You are on page 1of 32

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

CADANGAN NAIK TARAF SKIM PEMBANTU


KESIHATAN AWAM DI KEMENTERIAN
KESIHATAN MALAYSIA
PROGRAM KESIHATAN AWAM

24 Februari 2014

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan ( Kesihatan Awam)


CADANGAN NAIK TARAF SKIM PEMBANTU KESIHATAN AWAM DI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KANDUNGAN MUKASURAT

Ringkasan Eksekutif 2
1. Tujuan 3
2. Latarbelakang 3
3. Asas-asas pertimbangan 5
4. Cadangan naik taraf skim PKA ke

skim bersepadu PPKP 11

5. Cadangan struktur latihan 14


6. Impak Perkhidmatan 17
7. Impak Kewangan 19
8. Isu-Isu yang dijangka susulan
daripada naik taraf skim PKA 20
9. Proses rundingan dan persetujuan
pihak pihak terlibat 23
10. Implikasi Sekiranya Tidak Diluluskan 26
11. Kesimpulan 26
12. Lampiran 27

1
RINGKASAN EKSEKUTIF
CADANGAN NAIK TARAF SKIM PEMBANTU KESIHATAN AWAM DI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)
1. Kertas ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan persetujuan
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berhubung cadangan
naik taraf Skim Pembantu Kesihatan Awam (PKA) ke Skim Bersepadu
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi memantapkan perkhidmatan kesihatan awam sedia ada.
2. PKA merupakan barisan hadapan yang membantu di dalam aktiviti kawalan dan
pencegahan penyakit serta aktiviti kesihatan awam lain. Tiga skim perkhidmatan
yang memberikan perkhidmatan membantu aktiviti kawalan dan pencegahan
penyakit adalah skim PKA di peringkat sijil, PPKP di peringkat diploma dan
Pegawai Kesihatan Persekitaran di peringkat ijazah. Mereka dibantu oleh skim lain
yang tidak memerlukan latihan khusus seperti Pembantu Rendah Awam (PRA).

3. Kertas cadangan ini mencadangkan kompetensi asas PKA sedia ada dinaiktaraf
dari peringkat sijil ke peringkat diploma untuk perkukuhkan dan meningkatkan
kualiti perkhidmatan di barisan hadapan serta mengurangkan birokrasi
perkhidmatan dengan mengurangkan tiga peringkat perkhidmatan (PKP, PPKP dan
PKA) ke dua peringkat penyampaian perkhidmatan (PKP dan PPKP).

4. PPKP dan PKA mempunyai dua tahap kompetensi berbeza. Oleh itu, naiktaraf
perkhidmatan di barisan hadapan ini dari peringkat kompetensi sijil ke diploma
memerlukan naiktaraf PKA ke PPKP selepas PKA melepasi penilaian kompetensi
yang telah dikenalpasti. Modul latihan yang dicadangkan adalah latihan lanjut
dengan pengajian selama dua (2) tahun sama seperti latihan naiktaraf skim-skim
lain. Mengambilkira sumbangan PKA kepada KKM dan Negara, kertas ini juga
mencadangkan latihan setahun bagi PKA senior (lebih 25 tahun berkhidmat).
5. Proses naiktaraf skim PKA ke PPKP ini akan mengambilkira masa empat (4) ke
lapan (8) tahun untuk dilaksanakan dan akan melibatkan tambahan peruntukan
kerajaan sebanyak lebih kurang RM 800,000.00 setahun. Pelaburan ini dirasakan
amat berpatutan dengan nilai peningkatan kualiti perkhidmatan dan peningkatan
imej KKM khasnya kerajaan amnya.

2
CADANGAN NAIK TARAF SKIM PEMBANTU KESIHATAN AWAM DI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Kertas ini adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan persetujuan


Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berhubung cadangan naik
taraf Skim Pembantu Kesihatan Awam (PKA) ke Skim Bersepadu Penolong
Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) di Kementerian Kesihatan Malaysia bagi
memantapkan perkhidmatan kesihatan awam sedia ada.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Skim Pembantu Kesihatan Awam (PKA) telah diwujudkan sejak zaman
penjajahan Inggeris lagi untuk meningkatkan taraf kesihatan penduduk luar
bandar. Pada awalnya, nama jawatan ini adalah Pengawas Kesihatan
Umum dan pengambilan pertama dijalankan pada tahun 1954. Objektif
utama jawatan tersebut adalah untuk membantu Inspektor Kesihatan di
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang di dalam
pengawalan dan pencegahan penyakit. Pada awal pengwujudannya,
pengisian jawatan ini dibuat oleh negeri-negeri mengikut keperluan dan
budi bicara negeri masing-masing. Setelah Negara mencapai kemerdekaan,
pengambilan bagi jawatan ini diambil alih oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam
2.2 Pada tahun 1992, nama jawatan Pengawas Kesihatan Umum telah
ditukar kepada Pembantu Kesihatan Awam. Jawatan Pembantu Kesihatan
Awam dilihat sebagai penggabungan dua jawatan iaitu Pengawas
Kesihatan Umum dengan Inspektor Pencegahan Malaria.

2.3 Buat masa ini syarat kemasukan ke skim ini adalah Sijil Rendah Pelajaran
Malaysia (SRP). Calon perlu mengikuti kursus diperingkat sijil selama dua
(2) tahun sebelum dipertimbangkan untuk diserap ke dalam skim PKA.

3
2.4 Tugasan utama PKA di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebagai
anggota barisan hadapan yang berperanan menjadi perantara di antara
orang awam dan jabatan. Fungsinya meliputi aspek-aspek pencegahan dan
penggalakan (preventive and promotive) serta kawalan semua
penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan makanan serta penyakit-
penyakit bawaan vektor. Standard kompetensi bagi seorang PKA adalah
seperti di lampiran 1.

2.5 Di Kementerian Kesihatan, PKA ditempatkan di pelbagai peringkat termasuk


di Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
PKA juga ditempatkan di unit terkecil di Kementerian Kesihatan Malaysia
iaitu di stesen tertentu di pendalaman yang melibatkan seorang anggota
sahaja untuk melaksanakan aktiviti pencegahan.

2.6 Skim PKA bukan sahaja di Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi juga
ditempatkan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di
Pihak Berkuasa Tempatan serta di Kementerian Pertahanan Malaysia.
Terdapat variasi dari segi senarai tugas dan latihan PKA diantara PKA yang
berkhidmat di KKM dan KPKT. Bagi tujuan penyelarasan, pihak KPKT kini
sedang berusaha untuk memastikan PKA di KPKT memperolehi sijil PKA
sepertimana yang disyaratkan oleh perkhidmatan.

2.7 Pada tahun 1986, PKA telah diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat diploma untuk dilantik sebagai PPKP. Walaubagaimanapun, ia
hanya melibatkan bilangan yang kecil dan kemasukan ke skim PPKP adalah
bergantung kepada kekosongan jawatan sedia ada.

2.8 Retreat YB Menteri Kesihatan pada tahun 2013 telah memohon supaya
latihan peringkat sijil disemak semula untuk mempertingkatkan kompetensi
asas anggota dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan keseluruhan KKM.
Cadangan ini juga selari dengan cadangan naiktaraf skim-skim lain
diperingkat sijil di KKM termasuk naiktaraf Jururawat Masyarakat skim
Jururawat dan lain-lain. Oleh itu, cadangan ini selari dengan halatuju
Kementerian Kesihatan Malaysia.

4
3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

Berikut merupakan asas-asas pertimbangan bagi cadangan naik taraf skim PKA ke
PPKP

3.1 Memperkasakan perkhidmatan kesihatan awam melalui peningkatan


kompetensi anggota barisan hadapan dari kompetensi peringkat sijil ke
peringkat diploma

a. PKA merupakan antara kumpulan teknikal yang paling rapat dengan


masyarakat di mana kedudukan mereka di lapangan termasuk di stesen
yang terkecil memerlukan mereka bertugas bersama masyarakat.
Peningkatan kompetensi asas bagi kumpulan ini daripada peringkat sijil ke
peringkat diploma bukan sahaja mempertingkatkan keseluruhan
perkhidmatan tetapi juga akan meningkatkan imej KKM. Peningkatan
profesionalisme PKA susulan dari peningkatan kompetensi dijangkakan akan
membawa demensi baru kepada perkhidmatan kesihatan secara
keseluruhannya.

b. Kita masih lagi dibebani oleh pelbagai penyakit termasuk denggi yang
masih belum terkawal, malaria, TB dan lain-lain. Peningkatan kompetensi
bagi perlaksana program kawalan dilapangan dilihat sebagai salah satu cara
untuk memperkemaskan sistem kawalan sedia ada supaya perlaksanaan
program kawalan dan pencegahan dapat dipertingkatkan melalui
peningkatan kompetensi anggota bagi memastikan perkhidmatan yang lebih
cekap serta kawalan dan pencegahan penyakit yang lebih mampan.

c. Berikut merupakan kompetensi yang dicadangkan untuk dipertingkatkan;

5
Jadual 1: Kompetensi standard PKA sedia ada dan cadangan naiktaraf

Bil Kompetensi sedia ada Peningkatan kompetensi yang


dicadangkan

1 Menjalankan kawalan vektor seperti Memahami sistem kawalan vektor


pemeriksaan pembiakan aedes, dengan lebih terperinci termasuk
semburan ruang terma dan ultra low teknologi terkini dengan memastikan
volume, cari, kenal dan musnah larva kawalan yang lebih menyeluruh dan
dan analisa ovitrap mampan.

Berupaya membuat analisa ringkas


penemuan dilapangan dan
mencadangkan tindakan awal
pencegahan

2 Menjalankan tugasan di program Memahami konsep pengendalian sisa


BAKAS termasuk bancian penduduk, pepejal dan sistem kumbahan serta
pengendalian sisa pepejal dan sistem piawaian air bersih supaya PKA bukan
kumbahan, piawaian air bersih dan lain saja menjalankan tugasan rutin tetapi
lain berupaya membuat analisa awal kesan
kepada persekitaran dan manusia.

3 Membantu didalam kawalan penyakit Berupaya memahami konsep asas


bawaan air kawalan penyakit bawaan air dan
berupaya untuk menjalankan aktiviti
kawalan dengan lebih berkesan dan
berupaya untuk membuat analisa awal
dan mencadangkan tindakan awal
pencegahan.

6
Bil Kompetensi sedia ada Peningkatan kompetensi yang
dicadangkan

4 Membantu PPKP didalam Memahami konsep kawalan penyakit


melaksanakan aktiviti kawalan penyakit tidak berjangkit dan KPAS supaya
tidak berjangkit dan kesihatan berupaya menjalankan tugasan. Tiada
perkerjaan serta alam sekitar (KPAS) lagi pembantu tetapi bertugas bersama
PPKP untuk memastikan perkhidmatan
yang lebih mampan dan menyeluruh

5 Membantu PPKP didalam penyediaan Memahami konsep perundangan


kertas siasatan, pengambilan bukti dan supaya berupaya dalam penyediaan
persediaan pendakwaan bukti dan kertas siasatan yang lebih
kemas dan berkualiti. Semua tugasan
ini dicadang dinaiktarafkan ke
peringkat diploma

6 Membantu didalam program promosi Memahami konsep asas promosi


kesihatan melalui membantu kesihatan supaya kumpulan ini bukan
persediaan ceramah, risalah dan lagi membantu tetapi menjalankan
pameran tugasan promosi kesihatan. Ini kerana
kumpulan ini adalah kumpulan teknikal
yang boleh dipertanggungjawabkan
untuk memperbanyakkan program
promosi manakala kumpulan bukan
teknikal lain boleh membantu didalam
penyediaan pameran dan lain lain.

7
3. 2 Memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan

a. Pada masa ini perlaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan


oleh tiga kumpulan skim perkhidmatan yang mempunyai tahap kompetensi
yang berbeza iaitu Pegawai Kesihatan Persekitaran di peringkat ijazah,
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di peringkat diploma dan
Pembantu Kesihatan Awam di peringkat sijil. Kumpulan ini juga dibantu oleh
beberapa skim lain yang tidak memerlukan latihan formal untuk kemasukan
ke skim iaitu Pembantu Rendah Am, Pembantu Perawatan Kesihatan dan
lain-lain. Kewujudan pelbagai lapisan terutama yang melibatkan skim yang
memerlukan latihan formal menyebabkan pelbagai lapisan sebelum sesuatu
perkhidmatan sampai kepada masyarakat.

b. Oleh itu, kertas cadangan ini bertujuan menaiktaraf skim di peringkat sijil
ke peringkat diploma (tiga lapisan kepada dua lapisan perkhidmatan) untuk
memperkemaskan perkhidmatan kesihatan yang diberikan dan
mengurangkan birokrasi di dalam perkhidmatan.

3.3 Sejajar dengan halatuju Kementerian Kesihatan Malaysia

a. YB Menteri Kesihatan semasa retreat beliau pada tahun 2013 telah


menyarankan semua skim diperingkat sijil disemak semula supaya
kompetensi asas bagi skim- skim teknikal dipertingkatkan untuk memastikan
peningkatan menyeluruh perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.

b. Oleh itu, kertas cadangan ini adalah selari dan mendukung hasrat YBMK
khasnya dan KKM amnya didalam memperkemaskan dan mempertingkatkan
kualiti perkhidmatan sedia ada

8
3.4 Sejajar dengan halatuju kerajaan untuk memperkasakan perkhidmatan

Cadangan naik taraf ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
memperkasakan perkhidmatan awam melalui:

 Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan

 Pengejatan perkhidmatan awam melalui pergabungan skim yang


hampir serupa

 Memberikan halatuju jelas bagi skim- skim perkhidmatan

 Pembangunan modal insan multi-tasking

3.5 Memperluaskan skop perkhidmatan bagi PPKP

a. Skop-skop perkhidmatan PKA sedia ada seperti pemeriksaan pembiakan


aedes, semburan ruang terma piawaian air dan lain- lain merupakan satu
skop perkhidmatan asas yang telah dibangunkan di negara-negara maju dan
membangun untuk memantapkan sistem kawalan dan pencegahan penyakit.

b. Peningkatan kompetensi bagi skop-skop perkhidmatan ini bukan sahaja


akan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan tetapi juga menyediakan skop
perkhidmatan yang lebih luas bagi kumpulan PPKP untuk mempertingkatkan
kerjaya termasuk di dalam penyediaan pegawai- pegawai kumpulan highly
skilled dan subject matter expert.

3.6 Isu Syarat Kemasukkan Peringkat Sijil Rendah Pelajaran/ Penilaian


Menengah Rendah (PMR)

a. Syarat kemasukkan ke program PKA sedia ada adalah PMR.


Walaubagaimanapun, buat masa ini hampir semua pelatih mempunyai
sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) malah ada pelatih yang
mempunyai kelulusan yang lebih tinggi sehingga peringkat diploma dan
ijazah. Kemasukan PPKP pula adalah melalui lulusan SPM. Konsep program
pengajian kedua- dua skim PKA dan PPKP adalah sama. Hanya dibezakan
dengan peringkat kompentensi sahaja iaitu di peringkat sijil dan diploma.

9
b. PMR akan dimansuhkan. Oleh itu syarat kemasukkan PKA juga perlu
disemak semula bukan hanya selari dengan dasar pemansuhan PMR oleh
kerajaan malah untuk mempertingkatkan keseluruhan perkhidmatan
kesihatan sedia ada.

c. PKA sedia ada telah menjalani latihan selama dua tahun dan sekiranya
menyambung ke PPKP mereka memerlukan masa tiga tahun lagi. Dengan
kebanyakan pengambilan adalah melalui SPM, pengajian lima tahun untuk
mendapatkan diploma adalah agak terkebelakang dan tidak mesra untuk
kerjaya serta amat merugikan bukan saja anggota tetapi perkhidmatan awam
amnya.

3.7 Menyediakan Halatuju Kerjaya bagi PKA

a. Buat masa ini PKA perlu menjalani latihan selama dua tahun. Selepas
berkhidmat beberapa tahun (purata 8 tahun) barulah mereka layak untuk
menjalani latihan PPKP selama tiga tahun. Kemasukan ke skim PPKP pula
bukan secara terus tetapi bergantung kepada kekosongan.

b. Sejak kebelakangan ini pula, kumpulan yang terpilih ke program PKA


bukan saja di peringkat SPM tetapi ada yang telah mempunyai diploma. Oleh
itu, jangka masa lima (5) tahun yang diperlukan untuk mendapatkan diploma
adalah tidak mesra pada kerjaya PKA serta anggota perkhidmatan awam.
Oleh itu, adalah satu pembaziran kepada tenaga kerja perkhidmatan awam
sekiranya kumpulan ini tidak diberikan ruang untuk memperbaiki kerjaya
masing masing. Naik taraf ke skim PPKP bukan sahaja akan
mempertingkatkan kualiti perkhidmatan tetapi bakal memberi ruang kepada
kerjaya PKA bukan saja untuk ke kumpulan perlaksana 1 (U29-36) tetapi
juga ke skim professional (U41-54).

10
4.0 CADANGAN NAIK TARAF SKIM PKA KE SKIM BERSEPADU PPKP

Cadangan naik taraf Skim Pembantu Kesihatan Awam ke Skim Bersepadu


Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran adalah berdasarkan konsep naik
taraf selepas melepasi tahap kompetensi yang telah ditetapkan. Latihan
yang diperlukan untuk mencapai kompetensi yang ditetapkan akan dibangunkan
oleh Bahagian Pengurusan Latihan, KKM berdasarkan keperluan-keperluan
kompetensi sedia ada. Butiran cadangan naik taraf skim PKA ke PPKP adalah
seperti berikut:

4.1 Naik taraf Skim PKA ke Skim Bersepadu PPKP

a. Skim PPKP dipilih untuk naik taraf PKA disebabkan tugasan dan latihan
asas bagi PKA dan PPKP adalah hampir serupa tetapi dibezakan oleh
peringkat kompetensi iaitu diperingkat sijil dan diploma.
Walaubagaimanapun, garisan pemisah diantara kedua-dua skim mula sedikit
kabur bila PKA sudah mula menjalankan beberapa tugasan PPKP samaada
atas sebab kepentingan perkhidmatan atau sebab sebab lain.

b. Pengwujudan jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran juga menyumbang


kepada pertambahan peringkat di dalam perkhidmatan. Sistem penyampaian
perkhidmatan sedia ada iaitu tiga peringkat kompetensi (Pegawai Kesihatan
Persekitaran, Penolong Pegawai Persekitaran dan Pembantu Kesihatan
Awam) dicadangkan diperkemas ke dua peringkat kompetensi (Pegawai
Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Persekitaran).

c. Disebabkan oleh kedua-dua skim mempunyai kompetensi standard yang


berlainan, kertas cadangan ini mencadangkan naik taraf jawatan PKA ke
PPKP hanya selepas PKA mencapai kompetensi standard yang telah
ditetapkan. Proses yang dicadangkan adalah seperti berikut:

i. PKA diberikan pilihan sama ada berminat untuk dinaikkan taraf ke


PPKP atau tidak secara formal.

ii. Bahagian latihan KKM akan menilai kurikulum latihan yang bersesuaian
untuk memastikan kompetensi PKA mencapai peringkat kompetensi
PPKP.

11
iii. PKA yang berminat untuk dinaiktaraf ke PPKP akan melalui sistem
latihan untuk menaiktaraf kompetensi sedia ada. Mereka perlu melepasi
kompetensi standard yang dikenalpasti sebelum layak diserap ke skim
PPKP.

iv. PKA yang melepasi tahap kompetensi akan diserap ke skim


perkhidmatan PPKP atas gred U29.

v. Mereka akan ditempatkan ditempat asal bertugas sebelum


mengikuti latihan. Jawatan PKA sedia ada di PTJ masing masing
yang akan dinaiktaraf dari PKA ke PPKP ditempat bertugas sedia
ada. Ini bertujuan agar PKA yang dinaiktaraf berupaya untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan dijawatan sedia ada dari peringkat
sijil ke peringkat diploma.

vi. Bagi PKA yang gagal dan tidak berupaya melepasi tahap kompetensi
yang ditetapkan, akan dicadangkan untuk terus di jawatan PKA sedia.
Bagi menghargai jasa yang telah diberikan kepada masyarakat dan
kerajaan, dicadangkan mereka layak untuk dinaikan pangkat didalam
skim PKA sedia ada (U17, U22 dan U24) berdasarkan merit.

vii. Memandangkan skim PKA telah memberi perkhidmatan melebihi 50


tahun, dicadangkan juga PKA yang gagal melepasi tahap kompetensi
diberikan peluang kenaikan pangkat sehingga gred U26 secara Kha
untuk Penyandang (KUP). Gred U26 ini pula dicadangkan hanya
diberi secara ekslusif kepada PKA yang telah mencapai kecemerlangan
didalam perkhidmatan PKA.

viii. Bagi PKA yang tidak berminat untuk dinaiktaraf atau tidak berminat
untuk melalui tapisan kompetensi, dicadangkan untuk terus kekal di
jawatan sedia ada secara Khas Untuk Penyadang.

12
4.2 Naik taraf skop perkhidmatan PKA sedia ada di KKM

a. Naik taraf skim PKA ke PPKP ini adalah berdasarkan konsep naik taraf
perkhidmatan PKA sedia ada iaitu daripada perkhidmatan peringkat sijil ke
perkhidmatan peringkat diploma.

b. Bagi tujuan ini PKA perlu melepasi tahap kompetensi yang dikenalpasti.
Selepas melepasi tahap kompetensi yang ditetapkan, PKA dicadangkan
terus ditempatkan ditempat tugas hakiki masing masing (jawatan sebelum
menghadiri latihan). Ini adalah untuk memastikan kumpulan ini berupaya
meningkatkan kualiti perkhidmatan ditempat sedia ada supaya hasrat
kerajaan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di barisan hadapan
tercapai seterusnya meningkatkan tahap kesihatan masyarakat setempat.

4.3 Naik taraf Jawatan PKA ke PPKP

Secara keseluruhan sehingga Disember 2013, sebanyak 3552 orang PKA


diseluruh Malaysia. Taburan perjawatan bagi 3552 orang PKA ini adalah
seperti di lampiran 2. Kertas ini mencadangkan;

a. Kesemua jawatan PKA sedia ada dinaiktarafkan menjadi jawatan PPKP


secara berperingkat selepas PKA melepasi kompetensi asas yang
dikenalpasti.

b. Bagi PKA yang gagal tapisan kompetensi atau yang tidak berminat untuk
dinaiktaraf, mereka akan terus kekal di skim PKA. Jawatan mereka kekal
sebagai PKA sehingga mereka bersara barulah jawatan tersebut di
cadangkan dinaiktaraf sebagai jawatan PPKP dengan pengisian oleh
PPKP baru.

4.4 Keperluan untuk latihan lanjut sebelum di naik taraf

Naik taraf ini merupakan naik taraf perkhidmatan daripada peringkat sijil
ke peringkat diploma. Oleh itu, PKA yang akan dinaikkan taraf perlu melalui
latihan dan penilaian kompetensi yang telah ditetapkan sebelum diserap ke
skim PPKP.

13
4.6 Pertambahan jawatan kanan PPKP dan PKP

a. Pertambahan jawatan sebanyak 3552 PKA ke PPKP akan menyebabkan


pertambahan jawatan asas PPKP iaitu PPKP gred U29. Pertambahan skop
perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan berserta pertambahan jawatan PPKP
memerlukan kajian menyeluruh jawatan-jawatan kanan bukan sahaja
diperingkat PPKP tetapi PKP.

b. Pertambahan jawatan kanan ini dicadangkan bersesuaian dengan


pertambahan anggota di skim, pertambahan skop perkhidmatan dan
pertambahan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan. Pertambahan
jawatan kanan ini adalah perlu bagi tujuan memastikan sistem perkhidmatan
yang lebih berkesan terutama untuk pemantauan dan merangka program
bagi skop perkhidmatan yang telah di pertingkatkan dari segi kualiti dan
kuantiti.

5.0 CADANGAN STRUKTUR LATIHAN

Beberapa siri mesyuarat telah dijalankan bersama Ketua Program latihan PPKP
dan PKA dari semua Kolej-Kolej Latihan Sains Kesihatan Bersekutu KKM yang
bertujuan untuk merangka latihan terbaik bagi memenuhi tuntutan peningkatan
kualiti perkhidmatan. Latihan yang dicadangkan juga mengambilkira bilangan
masa kredit bagi kedua-dua skim serta pengalaman perkhidmatan seseorang
PKA. Berikut merupakan cadangan latihan yang dipersetujui.

5.1 Keperluan lantihan lanjut

PKA dan PPKP merupakan dua skim yang mempunyai kompetensi


standard yang berlainan. Oleh itu, PKA perlu melalui latihan lanjut untuk
peningkatan kompetensi mereka sebelum layak dipertimbangkan ke skim
PPKP

5.2 Pengisian latihan

Latihan yang dicadangkan adalah untuk pengisian seperti berikut:

 Pengisian kurikulum yang tertinggal sewaktu latihan peringkat sijil

14
PKA. Kurikulum yang tertinggal ini perlu ditambah untuk membolehkan
PKA menjalankan tugasan PPKP

 Upgrade kurikulum PKA. Walaupun subjek yang diajar adalah sama


tetapi peringkat pengajaran subjek tersebut adalah berbeza. Oleh itu,
bagi melengkapkan PKA ke PPKP, latihan diperlukan untuk pengisian
kepada peringkat pengajaran supaya ia setara dengan pengajaran
PPKP.

5.3 Modul latihan

a. Dua modul latihan dicadangkan iaitu;

i. Latihan PKA kanan (perkhidmatan 25 tahun dan lebih) yang


melibatkan seramai 385 orang.

ii. Latihan PKA (perkhidmatan kurang 25 tahun).

b. Cadangan modul adalah seperti berikut:

i. Bagi PKA yang telah berkhidmat 25 tahun dan lebih, latihan


dicadangkan adalah;

 Latihan dengan tempoh latihan Sembilan (9) bulan ke setahun

 Latihan “in situ’ iaitu latihan adalah berpusat di tempat


bertugasan PKA sedia ada.

 Mode latihan dicadangkan multiple mode iaitu gabungan


kursus-kursus dan latihan secara berkala, kerja kursus dan
penempatan log book.

 PKA perlu melepasi standard kompetensi yang telah ditetapkan

ii. Bagi PKA yang berkhidmat kurang daripada 25 tahun, cadangan


adalah seperti berikut:

 Latihan berstuktur selama dua (2) tahun

 Latihan adalah di Pusat Latihan KKM selama setahun disusuli


dengan latihan praktikal selama setahun di tempat bertugas
asal pegawai.

15
Cadangan struktur pembelajaran adalah seperti dilampiran 3.

5.4 Jangka masa proses naik taraf

Naik taraf keseluruhan PKA ke PPKP dijangkakan mengambil masa


selama 4-8 tahun berdasarkan keupayaan pusat latihan KKM sedia ada.
Pengiraan adalah seperti berikut:

a. Modul pertama (PKA senior ( perkhidmatan 25 tahun dan lebih)

- Latihan dicadangkan serentak diseluruh negara bagi seramai 385


orang PKA.

- Dijangkakan modul ini siap selepas 2 tahun dengan mengambilkira


pegawai yang gagal dan pegawai yang tertinggal bagi kohort
pengambilan pertama.

b. Modul ke dua (PKA dengan perkhidmatan kurang 25 tahun)

- Keupayaan pusat latihan KKM sedia ada adalah seramai 400-500


orang bagi satu kohort.

- Secara keseluruhan sebanyak 7 kohort diperlukan untuk


melengkapkan keseluruhan naik taraf ini.

- Oleh itu, ia bakal mengambil masa selama 8 tahun sekiranya


pengambilan adalah satu kohort setahun dan akan memerlukan 4
tahun sekiranya keupayaan pengambilan dipertingkatkan kepada 2
kohort setahun.

5.5 Pusat Latihan

Pusat latihan yang dicadangkan adalah menguna sepenuhnya Kolej-kolej


Sains Kesihatan Bersekutu, Kementerian Kesihatan Malaysia.

5.6 Tarikh permulaan pengambilan

Adalah dicadangkan sekiranya diluluskan pengambilan pelajar kohort


pertama dijalankan pada Januari 2015.

5.7 Penamatan Pengambilan Pelajar PKA

16
Cadangan ini akan melibatkan penamatan pengambilan PKA disebabkan
tiada lagi keperluan perkhidmatan PKA dan dalam masa yang sama
memberi tumpuan penuh kepada naik taraf PKA sedia ada di KKM.

Tarikh yang dicadangkan untuk penamatan pengambilan adalah pada


tahun 2015.

6.0 IMPLIKASI PERKHIDMATAN

Cadangan naik taraf ini sekiranya diluluskan akan mendatangkan impak seperti
berikut:

6.1 Peningkatan Kualiti Perkhidmatan

Secara keseluruhanya kualiti perkhidmatan akan dipertingkatkan melalui:

a. Peningkatan keseluruhan kualiti perkhidmatan aktiviti kawalan dan


pencegahan penyakit.

b. Peningkatan kompetensi daripada peringkat sijil ke diploma bagi


barisan hadapan akan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang
diberikan kepada masyarakat.

c. Pengekalan sebanyak 3552 jawatan PKA yang dinaiktaraf ke jawatan


PPKP akan memastikan sumber tenaga yang lebih berkualiti dan
mencukupi bagi memberi perkhidmatan membendung gejala penyakit
masa kini

6.2 Sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih tersusun

a. Sistem penyampaian perkhidmatan sedia ada yang melibatkan tiga


peringkat iaitu peringkat pegawai, pelaksana 1 dan pelaksana 2 (Pegawai
Kesihatan Persekitaran (PKP, PPKP dan PKA) diperbaiki dengan sistem
dua peringkat iaitu peringkat pegawai dan kumpulan pelaksana sahaja
(PKP dan PPKP).

b. Penyusunan semula perkhidmatan ini bukan sahaja akan


mengurangkan birokrasi pada sistem penyampaian perkhidmatan tetapi
akan meningkatkan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan melalui

17
peningkatan tahap kompetensi anggota.

6.3 Pengejatan perkhidmatan Awam

Naik taraf PKA akan mengurangkan satu skim melalui pergabungan skim
ini dengan skim PPKP. Ia selari dengan halatuju kerajaan untuk
mengejatkan perkhidmatan awam dan mengurangkan skim-skim
perkhidmatan. Ia juga mendokong hasrat kerajaan didalam pembangunan
modal insan yang bersifat multi-tasking.

6.4 Penyediaan laluan kerjaya

a. Halatuju kerjaya PKA sedia ada hanya setakat gred U24 walaupun
pengambilan buat masa ini adalah adalah ditahap SPM. Terdapat juga
PKA yang mempunyai kelayakan STPM dan Diploma.

b. Walaupun, ada peluang bagi PKA untuk menyambung pelajaran ke


PPKP, bilangan yang terpilih adalah kecil dan lantikan adalah bergantung
kepada kekosongan perjawatan sedia ada.

c. Kertas cadangan ini akan membuka ruang kerjaya yang lebih terbuka
dan mantap kepada PKA bukan sahaja di peringkat kumpulan perlaksana
tetapi sehingga ke peringkat kumpulan professional melalui skim
bersepadu PPKP.

18
7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

7.1 Impak kewangan dikira berdasarkan perkara berikut:

a. Kenaikan pangkat PKA dari Gred U17,22 dan 24 ke satu gred PPKP
iaitu PPKP Gred U29

b. Pengiraan perbezaan gaji pokok terkini semua PKA terlibat dengan gaji

pokok PPKP yang paling dekat di gred U29

c. Perbezaan elaun PKA gred U17,22 dan 24 dengan elaun PPKP gred
U29 bagi semua PKA yang terlibat.

d. Mengambilkira semua PKA bersetuju dan layak diserap ke skim PPKP


(gred U29)

7.2 Berdasarkan pengiraan tersebut, beban tambahan kewangan kerajaan


adalah sebanyak RM 570,000.00 sebulan atau RM 6,841,200.00 setahun.

7.3 Sekiranya kohort pertama membuat pengambilan pada tahun 2015, impak
kewangan hanya bermula pada tahun 2016 yang akan melibatkan pertambahan
kewangan sebanyak RM 361,776.00 setahun.

7.4 Mengambilkira jangkamasa naik taraf yang mengambil masa empat (4) ke
lapan (8) tahun untuk dilaksanakan, tambahan peruntukan kewangan bagi
membiayai naiktaraf ini hanyalah sekitar RM 800,000.00 hingga RM 1.7 juta
setahun (mengambilkira latihan naiktaraf memerlukan 4-8 tahun untuk
diselesaikan).

7.5 Impak kewangan ini adalah kecil berbanding dengan peningkatan kualiti
perkhidmatan secara keseluruhan dan penyusunan sistem penyampaian
perkhidmatan yang akan meningkatkan imej KKM seterusnya akan membantu
didalam membendung gejala penyakit yang semakin meningkat.

19
8.0 ISU-ISU YANG DIJANGKA SUSULAN DARIPADA NAIK TARAF SKIM PKA

8.1 Isu PKA di Luar KKM

a. Sepertimana sedia maklum, PKA bukan sahaja bertugas di KKM tetapi


juga ada PKA yang bertugas di KPKT, Pihak Berkuasa Tempatan dan
Kementerian Pertahanan Malaysia. Hampir kesemua pengambilan PKA di
KPKT, Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Pertahanan Malaysia
adalah melalui pengambilan terus oleh agensi berkenaan dan bukan
melalui jawatan kader KKM.

b. PKA yang memegang jawatan kader KKM akan tertakluk kepada


cadangan naiktaraf ini, manakala bagi PKA yang memegang jawatan
hakiki di KPKT, pemanjangan naiktaraf ini adalah bergantung kepada
keupayaan mereka untuk menjalankan naiktaraf dan juga kesediaan
mereka untuk terlibat sama dengan proses naik taraf ini.

c. Masih ramai PKA di KPKT yang masih tidak mempunyai sijil PKA malah
ramai dikalangan pembantu tadbir yang dijadikan PKA. Isu telah
dibincangkan bersama KPKT , JPA dan KKM . Keputusan telah
menetapkan KKM akan membantu didalam latihan bagi PKA ini.

d. Tugasan PKA di KKM adalah lebih jelas dan tertumpu kepada tugasan
teknikal. Walaubagaimanapun, di Kerajaan Tempatan, tugasan PKA agak
berlainan termasuk tugasan pentadbiran dan lain lain tugasan. Isu ini akan
diselesaikan oleh pihak JPA dan KPKT.

e. Mesyuarat bersama pihak KPKT telah bersetuju KKM untuk


meneruskan kertas cadangan ini manakala pihak KPKT akan cuba untuk
mengunapakai cadangan ini setelah mendapat kelulusan JPA sekiranya
kertas ini diluluskan. Walaubagaimanapun, pemanjangan kertas
cadangan ini adalah tertakluk kepada kelulusan JPA dan kemampuan dan
kesediaan Kerajaan Tempatan untuk menerima pakai cadangan ini.

20
8.2 Isu Dalam KKM

a. Isu PKA vs PPKP

Sejak diwujudkan, PKA dikenali sebagai pembantu PPKP. Naiktarafkan


PKA ke PPKP akan menyebabkan PPKP yang telah terbiasa dengan
pembantu tidak mempunyai pembantu disebabkan PKA sedia ada adalah
di jawatan yang sama. Isu ini juga telah diutarakan oleh kesatuan PPKP
Semenanjung Malaysia sewaktu mesyuarat bersama Ketua PPKP negeri
dan Pej TKPK(KA).

Untuk menangani isu ini, kesatuan PPKP dan wakil PPKP telah
dimaklumkan hasrat kerajaan untuk memperkasakan perkhidmatan sedia
ada, memperluaskan skop sedia ada dan PPKP sedia ada perlu bersama
berganding bahu untuk menjalankan tugasan dilapangan.

Prinsip asas Blue Ocean Startegy yang digunapakai didalam


pembangunan kertas cadangan ini iaitu pengejatan perkhidmatan awam
dan penyediaan pegawai serba boleh untuk menjalankan pelbagai task
disamping mengurangkan birokrasi didalam perkhidmatan awam perlu
disebar luas untuk memastikan pemahaman sepenuhnya terhadap kertas
cadangan ini.

b. Kekurangan Kakitangan Sewaktu Naik Taraf

Naik taraf akan menyebabkan kekurangan kakitangan seramai 400 orang


bagi setiap kohort. Ia sedikit sebanyak akan mendatangkan kesan kepada
perkhidmatan sedia ada.

Bagi menangani masalah ini, berikut merupakan cadangan;

 Latihan dijalankan secara berperingkat melibatkan keseluruhan


PTJ bagi mengurangkan kesan tersebut

 Latihan tertumpu di lapangan dimana pegawai yang akan mengikuti


latihan akan ditempatkan semula di stesen asal selepas setahun di
kolej (latihan lapangan dijalankan di PTJ asal pegawai)

 Bagi kohort pertama (pegawai yang telah terkhidmat 25 tahun dan

21
lebih), latihan adalah selama setahun dan dijalankan di PTJ asal.
Ini mampu untuk mengurangkan kesan anggota yang mengikuti
latihan.

 PTJ perlu menyusun semua perkhidmatan di PTJ masing masing


untuk memastikan perkhidmatan sedia ada tidak terjejas

d. Isu kekananan

Kesemua PKA samada gred U17, U22 atau U24 akan di naiktaraf ke
Gred U29. Oleh itu, dijangkakan sedikit kesan terutama kekananan
anggota dan proses mengeluarkan arahan.

Bagi menangani masalah ini, perbincangan telah dijalankan dengan


Kesatuan PKA dan taklimat kepada PKA telah dijalankan
menerangkan keadaan ini. Disamping itu, kemasukan ke kohort latihan
adalah berdasarkan kekananan dalam perkhidmatan untuk
memastikan pegawai yang lebih kanan dinaiktarafkan dahulu.

22
9.0 PROSES RUNDINGAN DAN PERSETUJUAN PIHAK PIHAK TERLIBAT

Program Kesihatan Awam telah mengadakan beberapa rundingan untuk


memastikan hasrat bagi menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan ini
difahami oleh setiap lapisan anggota.

Berikut merupakan beberapa proses rundingan yang telah dijalankan untuk


mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat didalam naik taraf
ini;

 Mesyuarat bersama Wakil KPKT

 Mesyuarat Bersama Kesatuan PKA

 Mesyuarat Bersama wakil Kesatuan PPKP dan wakil PPKP

 Survey dikalangan PKA

9.1 Mesyuarat Bersama Wakil KPKT

Mesyuarat bersama Pengarah Kesihatan KPKT dan wakil wakil dari KPKT
telah dijalankan pada 9 Januari 2014. Cadangan ini telah dibincangkan
secara mendalam termasuk kesan kepada pihak KPKT.

Keputusan:

 Pihak KPKT menyokong cadangan naiktaraf yang dibentangkan

 Pihak KPKT akan memaklumkan cadangan ini kepada Kerajaan


Tempatan

 Pihak KPKT akan berusaha supaya cadangan ini dipanjangkan ke


KPKT setelah kertas ini diluluskan. Walaubagaimanapun,
perlaksanaan tertakluk kepada keupayaan dan kesediaan kerajaan
tempatan untuk mengunapakai cadangan ini

 Pihak KPKT memohon bantuan dari KKM untuk membantu didalam


naiktaraf sekiranya cadangan ini diluluskan dan dipanjangkan
kepada KPKT

23
9.2 Mesyuarat bersama PKA dan Kesatuan PKA

Mesyuarat bersama Kesatuan PKA, Semenanjung Malaysia telah


dijalankan lebih 3 kali sepanjang 2013 secara formal dan beberapa kali
secara tidak formal bagi mengenalpasti masalah dan hasrat PKA.
Mesyuarat bersama Kesatuan PKA Sabah dan Sarawak telah dijalankan
pada 13 dan 15 Januari 2014

Manakala bagi PKA Semenanjung pula tiga sessi dijalankan iaitu di:

 Persidangan PKA ( mesyuarat Vektor) di Melaka pada bulan Jun


2013

 Persidangan PKA (Negeri Sembilan) pada bulan September 2013

 Persidangan PKA Kebangsaan (Klang) pada November 2013

Keputusan:

 Kesatuan PKA Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak


menyambut baik hasrat Program Kesihatan Awam untuk
menyediakan kertas cadangan naik taraf dan memaklumkan ia
merupakan halatuju yang diperjuangkan oleh kesatuan

 PKA secara keseluruhnya bersetuju dengan cadangan yang


dibentangkan dan menyokong penuh hasrat kerajaan untuk
menaiktaraf perkhidmatan kesihatan serta menyemak semula
halatuju skim PKA

9.3 Mesyuarat bersama dengan Kesatuan PPKP dan Wakil PPKP

a. PPKP telah dilibatkan seawal penyediaan konsep naik taraf melalui:

 Ketua profesyen PPKP telah dijemput dan hadir bagi semua


mesyuarat awal yang dijalankan.

 Wakil Ketua Profesyen juga telah bersama merangka latihan untuk


tujuan naik taraf

 Ketua Program PPKP di semua kolej-kolej KKM telah berganding


bahu didalam penyediaan modul latihan

24
 Ketua PPKP Negeri telah bersama menyediakan senarai penuh
PKA setiap negeri dan senarai ini telah dihantar terus ke Program
Kesihatan Awam untuk tujuan analisa

b. Mesyuarat bersama Kesatuan PPKP dan PPKP Sabah dan Sarawak


juga telah dijalankan pada 13 dan 15 Januari 2014.

Keputusan:

 Pada dasarnya kesatuan dan wakil PPKP tiada halangan dengan


cadangan ini dan menyokong hasrat kerajaan untuk
menambahbaik sistem penyampaian kesihatan.

 Memohon supaya kompetensi standard PPKP dijaga dan naiktaraf


adalah berdasarkan keupayaan PKA mencapai kompetensi
standard PPKP

e. Mesyuarat bersama kesatuan PPKP Semenajung Malaysia telah


diadakan secara formal pada 10 Februari 2014 .

9.4 Kajian Ringkas Penerimaan Dikalangan PKA

Satu kajian penerimaan PKA terhadap kertas cadangan ini telah


dijalankan sepanjang bulan Oktober 2013 hingga Januari 2014. Seramai
1674 orang PKA (47.1%) telah terlibat didalam kajian ini. Taburan
melibatkan semua negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.

Keputusan:

 Seramai 1672 (99.9%) bersetuju dengan cadangan naik taraf yang


diusulkan dan hanya 2 orang (0.1%) yang tidak bersetuju dengan
cadangan ini

 Daripada jumlah yang bersetuju, 1541 (92.2%) menyatakan minat


untuk menyambung pelajaran dan mengikuti program latihan yang
dicadangkan manakala 131 (7.8%) tidak berminat untuk mengikuti
program latihan

 Dua orang PKA yang tidak bersetuju dengan cadangan ini adalah

25
PKA di gred U22 dan 17 masing masing. Walaubagaimanapun,
mereka tidak menyatakan sebab penolakan.

10.0 IMPLIKASI SEKIRANYA TIDAK DILULUSKAN

Berikut merupakan implikasi sekiranya kertas ini tidak dipertimbangkan:

10.1 Perkhidmatan Kesihatan Awam akan kekal ditakuk lama disebabkan


kompetensi bagi barisan hadapan masih lagi ditakuk lama.

10.2 Pemberian perkhidmatan masih lagi melalui banyak peringkat yang


menyebabkan banyak birokrasi didalam penyampaian perkhidmatan

10.3 Halatuju Skim PKA samar-samar terutama bila PMR dimansuhkan

10.4 Tiada kerjaya yang jelas bagi skim PKA

11.0 KESIMPULAN

Setelah meneliti secara keseluruhan cadangan naik taraf Skim PKA ke Skim PPKP
termasuk meneliti impak kepada perkhidmatan dan kerajaan serta impak lain termasuk
tanggungan kewangan kerajaan, pihak kami berbesar hati mencadangkan kertas
naiktaraf skim PKA ke PPKP ini dipertimbangkan dengan cadangan-cadangan yang
telah dinyatakan. Kertas ini juga telah mendapat maklumbalas yang positif daripada
PKA dan Kesatuan yang terlibat dan juga telah mendapat sokongan daripada KPKT.
Oleh itu, cadangan ini diangkat untuk pertimbangan.

Disediakan oleh:

Pej TKPK(KA)
Program Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia
(Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Dr Ismuni Bohari ditalian 03-8883006
atau email ke ismuni@moh.gov.my)

26
Lampiran 1
PROFIL KOMPETENSI DAN STANDARD KOMPETENSI

Pembantu Kesihatan Awam


Lokasi: Pejabat Kesihatan Daerah/ Program Kesihatan Awam, JKN

DESKRIPSI TUGAS SPESIFIKASI TUGAS STANDARD KOMPETENSI


(JOB (JOB SPECIFICATION) (COMPETENCY STANDARD)
DESCRIPTION)
1. Kawalan dan Penyakit berjangkit Berupaya dalam menjalankan
Pencegahan tugas berikut:
 Vektor  Pemeriksaan Pembiakan Aedes
(PPA)
 Semburan Ruang Thermal(SRT)
dan Ultra Low Volume(ULV)
 Semburan Anti Larva (Larvaciding)
 Active Case Detection(ACD) dan
Mass Blood Survey (MBS)
 Cari,kenal dan musnah Larva
 Analisa Ovitrap

 Kejuruteraan Berkebolehan dalam:


(BAKAS)  Bancian penduduk dan premis
 Pengendalian sisa pepejal terpakai
 Sistem air perlimbahan
 Pembinaan tandas sempurna
 Piawaian bekalan air bersih

Berkeupayaan :
 Membantu pengesanan kontek
dan “Defaulter Tracing”
 Pengklorinan telaga
 Kawalan infeksi (sampling air)
 Penyakit Bawaan
Air Berkeupayaan
 Membantu Pengesanan Kontek
dan “Defaulter Tracing”
 Persampelan mikro dan kimia air.

 Penyakit Bawaan  Kawalan Infeksi


Makanan
 Sample makanan
 Persekitaran
 premis

27
DESKRIPSI TUGAS SPESIFIKASI TUGAS STANDARD KOMPETENSI
(JOB (JOB SPECIFICATION) (COMPETENCY STANDARD)
DESCRIPTION)
2. Kawalan dan Penyakit tidak berjangkit Berkeupayaan :
Pencegahan  Membantu dalam pengesanan
,penyiasatan dan pengumpulan
data kes
 Bancian penduduk dan premis
 Kejuruteraan  Pengesanan pencemaran sisa
(BAKAS) toksid

 Kesihatan Am Berkeupayaan :
(KPAS) Mengenalpasti keperluan dari segi
keselamatan banggunan sekolah,pusat
jagaan,taska, tadika dan pusat
perpindahan semasa bencana
3. Penguatkuasaan  Membantu Berkeupayaan
Perlaksanaan  Menyediakan kertas Siasatan
Perundangan  Ekhibit dan Gambar Forensik
Kesihatan Awam (Bukti)
 Simpan dan rekod barang kes
 Notis

4. Promosi  COMBI dan Berkeupayaan


Kesihatan Pameran  Membantu mempromosi kesihatan
melalui ceramah/ risalah /banner/
pameran dll

28
Lampiran 2

Jadual 2: Bilangan PKA Berdasarkan Negeri, Gred dan Tempoh Perkhidmatan


Bersara Dalam
Negeri Gred/Tempoh 1-3 thn 4-10thn 11-15thn 16-20thn 21-25thn > 25 thn TOTAL Masa 3 Tahun
U24 0 0 0 0 0 10+11 21 11
SARAWAK U22 0 0 0 9 11 32+14 66 14
U17 231 122 18 40 12 28+13 464 13
TOTAL 231 122 18 49 23 108 551 38
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
KELANTAN U22 0+1 5+2 0 8+1 0 6+4 27 8
U17 113 120+5 18+3 23+1 0 2+3 288 12
TOTAL 114 132 21 33 0 15 315 20
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
PAHANG U22 0 0 0 15 0+1 2+12 30 13
U17 103 108 16+2 43+2 23+2 2+2 303 8
TOTAL 103 108 18 60 26 18 333 21
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
NEGERI 9 U22 0 0 0 0 2 3+6 11 6
U17 61 47 11+1 12 0 4+3 139 4
TOTAL 61 47 12 12 2 16 150 10
U24 0 0 0 0 0 0+4 4 4
SELANGOR U22 0 5 1 4+1 4 5+10 30 11
U17 137 147+1 33+3 21 2 8+12 364 16
TOTAL 137 153 37 26 6 39 398 31
U24 0 0 0 0 0 0+2 2 2
PERAK U22 0 2+4 1 1+1 1 1+9 20 14
U17 109 96+2 25 13 6 4+5 249 7
TOTAL 109 104 26 15 7 21 282 23
U24 0 0 0+1 0 0 2 3 3
JOHOR U22 0 1+5 0 0 0 1+8 15 13
U17 67 96+3 24+1 23+1 1 3+11 230 16
TOTAL 67 105 26 24 1 25 248 32
U24 0 0 0 0 0 0+1 1 1
KEDAH U22 0 2+2 1 7 0 2+11 25 13
U17 141 69 23 12 1 3+2 251 2
TOTAL 141 73 24 19 1 19 277 16
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
MELAKA U22 0 0 0 1 0 2+4 7 4
U17 49 17 6 6 2 2 82 0
TOTAL 49 17 6 7 2 8 89 4
U24 0 0 0 0 0 0+2 2 2
WPKL U22 0 0 0 2 0 0+1 3 1
U17 15 12 3 0 0 0 30 0
TOTAL 15 12 3 2 0 3 35 3
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
PENANG U22 0 0+1 0 15 0 2+2 20 3
U17 85 40+2 6 2 0 0+1 136 3
TOTAL 85 43 6 17 0 5 156 6
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
LABUAN U22 0 0 0 0 0 0 0 0
U17 4 7 0 1 0 1 13 0
TOTAL 4 7 0 1 0 1 13 0
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
TERENGGANU U22 0 2+1 0 8 0 2+5 18 6
U17 68 62 18 24+1 2 1+5 181 6
TOTAL 68 65 18 33 2 13 199 12
U24 0 0 0 0 0 5+5 10 5
SABAH U22 0 0 0 0 13 31+14 58 14
U17 159 79 15 60 38+1 30+7 389 8
TOTAL 159 79 15 60 52 92 457 27
U24 0 0 0 0 0 0 0 0
PERLIS U22 0 0 0 1 0 0+2 3 2
U17 25 15 2 4 0 0 46 0
TOTAL 25 15 2 5 0 2 49 2
U24
JUMLAH U22 1368 1082 232 363 122 385 3552 245
U17

Punca: Pej TKPK(KA): Data berdasarkan pengiraan bilangan penjawat pada 30 Jun 2013

29
Lampiran 3

STRUKTUR KURIKULUM NAIK TARAF PEMBANTU KESIHATAN AWAM KE SKIM PEN. PEG. KESIHATAN PERSEKITARAN

TAHUN TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN

Teori Jumlah Nilai Teori Jumlah Nilai


SEMESTER Kod Subjek Subjek Kod Subjek Subjek Klinikal SEMESTER
K A T Jam Kredit K A T Jam Kredit

Sa i ns Ti ngka h La ku 16 0 24 40 2 PRAKTIS KLINIKAL


Peng. Ta na h da n Hi drogeol ogi 24 0 12 36 2 Kes el a ma tan da n Kua l i ti Ma ka na n 24 8 6 38 2 wks 3
Ki mi a Pers eki tara n 20 8 12 40 2 Perunda nga n Kes i ha tan 24 8 6 38 2 wks 3
SEMESTER Ma tema tik Pers eki tara n 16 16 12 44 2 Ka wa l a n Penya ki t 24 8 6 38 2 wks 3 SEMESTER
1 1
Mi krobi ol ogi 20 8 12 40 2 Penyel i di ka n 12 0 6 18 2 wks 2
Fi zi k 16 8 18 42 2
JUMLAH 112 40 90 242 12 JUMLAH 84 24 24 132 8 weeks 11
Teori Jumlah Nilai Teori Jumlah Nilai
SEMESTER Kod Subjek Subjek Kod Subjek Subjek Klinikal SEMESTER
K A T Jam Kredit K A T Jam Kredit
Pengurus a n Si s a Pepeja l da n
16 8 18 42 2 PRAKTIS KLINIKAL
Kumba ha n
Toks i kol ogi Pers eki tara n 16 8 18 42 2 Beka l a n Ai r da n Ai r Rekrea s i 16 8 6 30 3 wks 3
Teknol ogi Ma ka na n 20 8 12 40 2 Ka wa l a n Pes t da n Vektor 8 0 0 8 3 wks 2
SEMESTER Peni l a i a n Pers eki tara n 16 8 18 42 2 Kes el a ma tan & Kes i ha tan Pekerja a n 16 16 12 44 2 wks 3 SEMESTER
2 2
Epi demi ol ogi da n Bi os tatis tik 16 8 18 42 2

JUMLAH 84 40 84 208 10 JUMLAH 40 24 18 82 8 weeks 8

K = Kuliah, A = Amali, T = Tutorial

Catatan :
1. Jumlah Jam Kredit = 41 jam kredit
2. T1SI dan T1SII = Full time (16 minggu) didaktik di Kolej
3. T2SI dan T2SII = 8 minggu pertama didaktik di Kolej dan 8 minggu kedua praktis klinikal di Pej. Kesihatan Daerah

30
31

You might also like