You are on page 1of 43

Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat

September 04, 2017 Jururawat, SPA8i


Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat |Mungkin ada yang berminat mahu menjadi seorang
jururawat kerajaan atau swasta, tetapi masih kurang jelas dengan profesion kerjaya ini. Jika anda lihat kerjaya
jururawat lebih cenderung kepada kaum wanita dek kerana sifat kelembutan mereka yang sesuai untuk kerja
ini. Jururawat bukan sahaja tugasnya dilihat seperti kebiasaannya di hospital membantu pesakit, tetapi
sebenarnya anda perlu mengetahui lebih jelas tugas sebagai jururawat. Disini Spa8i akan terangkan lebih lanjut
apakah gaji, kelayakan dan tugas jururawat.

Senarai Tugas Jururawat dan Kerjaya Jururawat

Berikut adalah informasi tentang kerjaya jururawat yang berkaitan dengan gaji jururawat, tugas jururawat dan
syarat lantikan jururawat mengikut gred seperti di bawah ;

Gaji Jururawat
Jika sebut saja pasal gaji ia cuma anggaran kerana ia bergantung situasi semasa dan imbuhan lain. Bidang
kerjaya sebagai jururawat ini dibahagikan kepada 4 gred iaitu U29, U32, U36 dan U41 dan terdapat di
kumpulan Pelaksana/ Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu) di bawah Kementerian
Kesihatan.

Syarat Lantikan / Kelayakan Jururawat

Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Lantikan ke Gred U29


Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat
Malaysia.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred
C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
dengannya oleh Kerajaan.

Lantikan ke Gred U41


Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan
Lembaga Jururawat Malaysia.

Baca juga : Gaji, Kelayakan dan Tugas Jururawat Gred U41


Tugas Jururawat

Tugas-tugas Jururawat Kesihatan

1. Perawatan Kesihatan Keluarga


Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak
Perkhidmatan lawatan ke rumah
Perkhidmatan kesihatan di sekolah
Perkhidmatan perancang keluarga
Pendidikan kesihatan

2. Menyelia
Menyelia pekerja-pekerja 'Auxiliary' dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi
Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

3. Pentadbiran
Mentadbir klinik
Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah
Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan
Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kewasan operasi.
Tugas-tugas Jururawat di Hospital

1. Menjaga pesakit seperti mengurus, melayan makan minum, menjaga kebersihan pesakit, merawat ibu
selepas bersalin dan merawat bayi selepas kelahiran.
2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas kejururawatan.
3. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-pelatih.
4. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.

Apa yang penting menjadi seorang jururawat adalah mental dan fizikal perlulah kuat tahap tinggi kerana anda
perlu melayan karenah dan ragam pesakit yang boleh menimbulkan masalah di luar jangkaan anda. Buat anda
yang berminat bekerja sebagai jururawat kerajaan dan swasta, boleh buat permohonan kerja
jururawat melalui sistem SPA.
Pengurusan Tertinggi

Ketua Setiausaha
YBhg. Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min
Profil | FB KSU

Ketua Pengarah Kesihatan


YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah

Profil | FB KPK
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)

YBhg. Dato' Hasnol Zam Zam Bin Ahmad

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan)

YBhg. Dato' Mohd Shafiq Bin Abdullah

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)


Kosong
Profil

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal)


YBhg. Datuk Dr. Shahnaz Binti Murad
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)
YBhg. Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai

Piagam Pelanggan

TERAS PIAGAM
Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
1. KEMUDAHAN UNTUK PELANGGAN
1.1 Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur,
jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
1.2 Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
2. TARAF PERKHIDMATAN
2.1 Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
2.2 Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
2.3 Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.
3. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
3.1 Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
3.2 Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah
membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.
4. PENDIDIKAN KESIHATAN
4.1 Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan
pencegahan penyakit.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah
berkewajipan untuk:
(i) Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
(ii) Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
(iii) Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.
PIAGAM PELANGGAN TERAS KKM

Kami warga Kementerian Kesihatan Malaysia akan sentiasa komited dalam


menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional
serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira
umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi. Bagi mencapai matlamat
tersebut kami berjanji:

A) Memastikan Setiap Pelanggan Berpuas Hati Dengan


Perkhidmatan Diberikan Dengan:

1. Setiap aduan pelanggan yang diterima diberi maklum balas awal


dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh aduan diterima

2. Semua pesakit yang ditakrifkan oleh Malaysian Triage Category


(MTC) sebagai kes MERAH akan dirawat oleh pegawai perubatan
di Jabatan Kecemasan Hospital dengan serta merta.

3. 80% pelanggan dilihat oleh first provider dalam tempoh masa 30


minit (melalui data TPC)

4. 70% pesakit luar dipanggil untuk rawatan oleh pegawai pergigian


dalam tempoh 30 minit

5. 90% pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang


diberikan.

6. 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit

B) Memastikan Permohonan Dan Kelulusan Perkhidmatan


Diproses Dan Diselesaikan Dalam Tempoh Berikut Dari Tarikh
Borang Permohonan Lengkap Diterima Serta Memenuhi
Syarat-Syarat Permohonan Dan Perundangan Yang
Ditetapkan:

1. Sijil Pendaftaran Ahli Farmasi: 100% diproses dalam tempoh 7


hari bekerja

2. Sijil Pendaftaran Jururawat : 100% dikeluarkan dalam tempoh 14


hari bekerja

3. Pendaftaran Klinik Pergigian Swasta: 90% ditentusahkan dalam


tempoh 7 hari (dari tarikh fail permohonan diterima oleh Unit
Kawalan Amalan Perubatan Swasta (UKAPS))

4. Lesen Memiliki Radas Penyinaran /Bahan Radioaktif (Baru Dan


Memperbaharui): 90% dikeluarkan dalam tempoh 7 hari (tertakluk
di bawah Akta 304 bagi maksud perubatan)
5. Lesen Pewasapan: 95% diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah
Kesihatan Malaysia dalam tempoh 5 hari bekerja

6. Lesen Air Minuman Berbungkus dan Air Mineral


Semulajadi:100% dikeluarkan dalam tempoh 5 hari bekerja.

7. Keputusan Peperiksaan Lembaga Jururawat Malaysia dan


Lembaga Bidan Malaysia: 100% diisytiharkan dalam tempoh 7
hari bekerja

8. Keputusan Laporan Audit HACCP: 100% sijil dikeluarkan dalam


tempoh 40 hari bekerja (manual) dan 30 hari bekerja (online)

9. Perkhidmatan Promosi Kesihatan: 100% diberi maklum balas


dalam tempoh 5 hari bekerja

KEWAJIPAN PELANGGAN

Kerjasama pelanggan adalah dipohon untuk membolehkan Kementerian


Kesihatan Malaysia melaksanakan Piagam ini dengan berkesan dengan:

(i) Mematuhi semua proses kerja, sistem dan peraturan yang


digunapakai dan;

(ii) Bersedia dengan maklumat dan dokumen-dokumen yang


diperlukan.
Soalan Lazim

1. Bagaimana caranya untuk mendapatkan rawatan kepakaran ?


Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor
pakar yang berkaitan.

2. Berapakah caj kemasukan @ cagaran hospital bagi warganegara dan bukan warganegara ?
Bagi warganegara wang cagaran berbeza mengikut disiplin. RM 30 untuk kes Perubatan atau Pembedahan dan
RM 15 bagi kes Sakit Puan. Manakala bagi bukan warganegara RM 1100 bagi kes Perubatan atau Pembedahan
dan RM 800 bagi kes Sakit Puan.

3. Siapakah yang boleh mendapat pemotongan atau pengecualian bil hospital ?


Bagi semua kes penyakit berjangkit : ianya adalah percuma bagi mereka berpendapatan bawah RM 300,
pemegang kad bantuan Kebajikan masyarakat / MAIK, OKU, pelajar sekolah, kaki tangan kerajaan : pemotongan
@ pengecualian boleh dipertimbangkan.

4. Apakah penyakit berjangkit yang dimasukkan ke wad dikecualikan dari bayaran?


Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan.

5. Apakah dokumen-dokumen yang perlu dibawa semasa mendapatkan rawatan atau kemasukan bagi tujuan
pengecualian bayaran ?
Kad Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah, surat pengesahan (GL)

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kes-kes kecemasan bagi tujuan rawatan di Jabatan Kecemasan ?
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah,
serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit
perut secara tiba-tiba dan amat kuat.

7. Adakah waris dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?


Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan
penjaganya mestilah sama jantina

8. Adakah pihak hospital bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda atau kenderaan pesakit / waris?
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris
dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital

9. Bagaimana cara untuk memohon kemasukan ke kolej kejururawatan?


Kelayakan untuk kursus Sijil Jururawat Masyarakat ialah Sijil PMR / kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan manakala syarat bagi kursus Diploma Kejururawatan ialah;
i. Memperolehi 5 kredit dalam SPM terutama dalam mata pelajaran Sains, Matematik, BM dan BI;
ii. Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik; dan
iii. Mempunyai sikap yang positif.

1 Bagaimana ingin mengetahui status keselamatan produk kosmetik?


0.
Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia. Maklumat mengenai status
keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK boleh layari laman web
www.bpfk.gov.my.

1 Apakah garis panduan dalam melakukan pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan Planned
1. Prevantive Maintenance (PPM) terhadap peralatan/peranti yang digunakan dalam hospital dan klinik-klinik
swasta?
Pengurusan penyenggaraan peralatan perubatan di hospital atau klinik, dokumen "MS2058; Code of Practice for
Good Engineering Maintenance Management of Active Medical Devices" boleh digunakan sebagai rujukan.
Standard ini boleh dibeli dari pihak SIRIM Bhd.

1 Adakah produk makanan perlu didaftarkan di KKM?


2.
Produk makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta
Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

1 Bagaimana prosedur untuk mendapatkan kelulusan pemasaran ubat herba?


3.
Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah
(PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah
dan Kosmetik 1984, Drug Registration Guidance Document (DRGD Appendix 12) dan segala keperluan lain di mana kategori
produk dikategorikan. Permohonan pendaftaran produk perlu dikemukakan secara online melalui sistem online Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), QUEST 3.

Produk herba boleh diklasifikasikan dalam kategori produk tradisional dan suplemen kesihatan. Borang ini juga boleh didapati
daripada laman web tersebut (bahagian borang) borang (BPFK-003). Proses klasifikasi produk yang dijalankan secara percuma.
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya akan mendaftar produk yang berkesan, selamat dan berkualiti. Sekiranya didapati
maklumat yang dikemukakan semasa permohonan pendaftaran tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan permohonan
pendaftaran produk ditolak.

Maklumat lanjut perkara ini boleh diperolehi dengan melayari laman web BPFK iaitu www.bpfk.gov.my.

1 Adakah pelabur asing dibenarkan untuk melabur dan menguruskan kemudahan Kesihatan jagaan swasta
4 di Malaysia ?
Secara umumnya, KKM menggalakkan pelaburan asing dalam sektor kesihatan di negara ini. Walau
bagaimanapun, penyertaan ekuiti asing dalam kemudahan kesihatan jagaan swasta hanya terhad kepada
beberapa jenis kemudahan yang disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1 : Dasar Penyertaan Ekuiti Asing Dalam Kemudahan Kesihatan Jagaan Swasta

Catatan: Untuk kemudahan kesihatan jagaan swasta yang tidak disenaraikan di atas, penyertaan ekuiti asing akan
dipertimbangkan secara case by case.
Tarikh kuatkuasa: 29 Julai 2015

1 Apakah semua skim perkhidmatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlibat dengan Peperiksaan
5 Perkhidmatan Awam?
Semua skim perkhidmatan telah menetapkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Awam sebagai salah satu syarat
untuk disahkan di dalam perkhidmatan, kakitangan perlu menjalani peperiksaan tersebut sama ada yang
dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana lain
Kementerian yang membolehkan calon-calon untuk mengambil peperiksaan melalui kementerian tertentu. Pada
ketika ini, Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan Peperiksaan
Jabatan bagi Mata Pelajaran Fungsional untuk 15 skim perkhidmatan di bawah Kementerian Kesihatan manakala
bagi Subjek Umum, calon perlu menduduki peperiksaan melalui Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian
Perkhidmatan, JPA. Semua kakitangan boleh merujuk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan di
dalam Surat Tawaran mereka. Maklumat lanjut mengenai tarikh Peperiksaan Perkhidmatan Awam, sila rujuk portal
Bahagian Pembangunan Kompetensi ini: http: // kompetensi.moh.gov.my

1 Berapa banyak kertas Peperiksaan Perkhidmatan Awam perlu diambil oleh calon-calon daripada
6 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?
Senarai Peperiksaan Jabatan serta kertas peperiksaan yang perlu diambil oleh calon-calon boleh diperolehi dan
dilihat melalui portal Bahagian Pembangunan Kompetensi, Kementerian Kesihatan [http://
kompetensi.moh.gov.my]

1 Pada masa ini, apakah kaedah-kaedah penilaian kompetensi semasa yang digunakan untuk kakitangan
7 awam?
Program Bersepadu Pembangunan Potensi dan Kompetensi adalah satu kaedah penilaian baru yang telah
dicadangkan untuk menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Walau bagaimanapun, pelaksanaan
Program Bersepadu Pembangunan Potensi dan Kompetensi telah ditangguhkan memandangkan pembatalan
Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini sedang mengkaji semula Sistem
Saraan Malaysia (SSM) di mana PROSPEK adalah salah satu perkara dalam fokus.

1 Adakah kakitangan perlu mengemukakan mata kredit tahunan Pembangunan Profesional Berterusan
8 (CPD) mereka ke Bahagian Pembangunan Kompetensi (BPK), Kementerian Kesihatan?
Pada kakitangan yang hadir tidak perlu mengemukakan mata kredit CPD kepada Bahagian Pembangunan
Kompetensi, KKM, disebabkan oleh pembatalan PTK pada 1hb. Januari 2011. Walau bagaimanapun, menurut
Surat dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) ref. KKM / 87 / P2-1 / 10 Jld.5 (81) bertarikh 9
Januari 2012, menyatakan bahawa semua Jabatan Perubatan Negeri / Bahagian / Institusi perlu mengemukakan
pencapaian tahunan laporan kredit semua kakitangan kepada kepada Sekretariat CPD di peringkat / Bahagian /
Institusi Jabatan Perubatan Negeri, rekod dan tujuan pemantauan.

1 Adakah Keputusan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) masih boleh digunakan untuk tujuan perkhidmatan?
9
Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) keputusan boleh dianggap sebagai salah satu kriteria kenaikan pangkat, jika
dikehendaki oleh Bahagian Sumber Manusia, KKM. Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak menentukan
kenaikan gaji bagi tahun 2011 dan seterusnya apabila PTK dibatalkan.

Bahagian Kejururawatan, Kementerian Kesihatan Malaysia


24hb Januari

Pelatih Jururawat/JP dibezakan setiap sem melalui warna Pip dibahu. Mereka akan menjalani praktikal di
hospital-hospital kerajaan; klinik-klinik kesihatan serta Hospital Psikiatri dibawah KKM.
Tiada PiP - Semester 1
Adik junior yang akan master dalam sponging; pengambilan vital sign serta positioning. Mereka pada mulanya
akan kekok untuk berhadapan dengan pesakit. Dan merupakan pelatih 'favourite' untuk melakukan procedur
menukar pampers.
Pip Hijau - Semester 2
Mereka akan belajar detail sedikit tentang penyakit terutama CVS. Akan mendapat pengalaman praktikal di
ICU/CCu. Mereka akan dibenarkan untuk turut sama membantu dalam pemberian ubatan. Suctioning
procedure? Senang ajeeeee..
Pip Biru - Semester 3 dan semester 4
Mereka akan lebih berpengalaman dan akan diberi peluang praktikal di Dewan Bersalin selain klinik-klinik
kesihatan. Mereka akan master tentang penjagaan ibu-ibu hamil serta penyakit berkaitan kanak-kanak.
Pip Merah - Semester 5 dan semester 6
Lebih senior, lebih sedikit ilmu. Ada kata kakak merah ni lebih garang kerana kadangkala tanggungjawab
untuk memerhatikan junior ini adalah dibahu mereka. Mereka akan menimba pengalaman di Dewan Bedah
selain mempunyai peluang melakukan management di Wad-wad terpilih. Ala-ala pre-exposure sebagai seorang
jururawat terlatih 1 hari nanti. Mereka juga akan diberi penekanan tentang jagaan pesakit PSY, selain perlu
praktikal di PSY hospital/klinik.
**Pelatih Jururawat akan diberikan elaun bulanan oleh KKM yang berjumlah Rm800++. Mereka perlu
menghadiri kelas setiap hari dari jam 8am-5pm tanpa berpeluang miss 1 kelas pun. Jika MC, kelas perlu
diganti bagi memenuhi jumlah jam kredit.
** Pelatih Jururawat akan menjalani tempoh praktikal pada setiap semester cuma dibezakan awal atau lambat.
** Pelatih Jururawat akan menduduki peperiksaan setiap semester selain kuiz/assignment yang diberi oleh
pengajar jururawat.
** Pelatih Jururawat juga akan menduduki periksaan praktikal (OSCE) dimana tajuk diberi berdasarkan
pembelajaran/semester. 5 stesen akan diberi dengan tempoh menjalani peperiksaan adalah 5min/stesen.
** Diakhir tempoh 3 tahun Diploma; ia akan dilengkapi dengan peperiksaan akhir semester yang
menghimpunkan soalan topik-topik yang dipelajari dari semester 1- semester 6.
** Bagi melengkapkan tittle Jururawat Terlatih, pelatih juga perlu menduduki peperiksaan Lembaga Jururawat
Malaysia bagi tujuan untuk mendapatkan 'lesen'akuan pengamalan kejururawatan. Lesen ini laku worldwide!!
788 suka97 komen879 Kongsi

Perbezaan Pakaian Jururawat


Teks : Rosnia Dahlan
Foto : Carian Google

# Entri 7

Perasan tak anda bahawa terdapat pelbagai warna jalur pada cap/topi atau tudung jururawat dan
terdapat juga pelbagai warna pakaian yang mereka guna. Setiap warna ini menunjukkan jenis
dan tugas yang berlainan pada jururawat seta pangkat yang berbeza. Mari kita mengenali
mereka satu persatu melalui pakaian yang dipakai oleh mereka. Contoh pakaian yang saya
terangkan ini adalah pakaian rasmi yang digunakan oleh semua jururawat terutama di Sabah.

Foto dibawah menunjukkan pakaian seorang Pelatih Jururawat Masyarakat. Mereka memakai
pakaian putih dan berbip coklat dibahu. Setiap jalur dibahu mereka menunjukkan tahun kursus
yang dilalui. Kursus mereka adalah 2 1/2 tahun jadi alur dibahu sama ada satu ataupun 2 jalur,
Apabila tamat kursus mereka akan menjadi Jururawat Masyarakat Terlatih.

Pakaian Pelatih Jururawat Masyarakat

Jururawat Masyarakat Terlatih memakai pakaian putih berjalur ungu di cap/topi atau tudung
yang mereka guna seperti dalam contoh foto di bawah ini.
Pakaian Jururawat Masyarakat Terlatih

Jururawat pelatih pula memakai pakaian putih berbip hijau, biru dan merah dibahu juga
mengikut tahun berkursus mereka. Apabila tamat kursus mereka akan menjadi Jururawat
Terlatih yang memakai cap/topi atau tudung berjalur biru. Bagi Jururawat Terlatih lelaki pula
mereka akan memakai baju putih berbip putih tetapi berjalur biru dan berseluar hitam. Foto
dibawah adalah menunjukkan foto Pelatih Jururawat.

Pakaian Pelatih Jururawat

Pakaian Jururawat Terlatih

Bagi jururawat yang berbaju biru tetapi memakai jalur biru di cap/topi atau tudung, mereka
adalah Jururawat Terlatih yang telah mencapai time base. Namun mereka boleh memohon untuk
menjadi Ketua Jururawat bila ada kekosongan jawatan dan bagi jururawat yang memakai baju
biru dan bercap/topi atau tudung putih mereka adalah Sister ataupun Ketua Jururawat. Bagi yang
memakai baju biru tua pula mereka adalah Matron ataupun Penyelia Jururawat, Begitu juga
dengan Ketua Penyelia Jururawat Hospital mereka memakai baju biru tua dan berkasut hitam.
Pakaian Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat

Jururawat Pergigian pula dikenali melalui pakaian putih dan berjalur kuning di cap atau tudung
yang diguna. Bidang tugas memang jauh berbeza dari Jururawat Terlatih

Pakaian Jururawat Pergigian


.
Dengan sedikit pengenalan yang saya berikan diharap dapat meberi idea atau pengenalan kepada
para pembaca. Begitu juga kepada para pembaca yang berminat untuk menjadi jururawat boleh
mengkaji dahulu sebelum memohon untuk menjadi warga jururawat.

pangkat2 dalam jururawat

Salam..jururawat ni banyak pangkatnye..mula dari bawah ek..


Bidan ada..line hijau (nak jumut dah)..skrg ni masih ada lagi beberapa orang saja yg tinggal n masih
bekerja.
Penolong Jururawat..line merah (nak jumut x lama lagi)..
Jururawat Desa (nama lama)..,Jururawat Masyarakat (nama baru)..line purple..(diaorang ni ada
course perbidanan,keje jadik Mak Bidan ler..)
Jururawat Kesihatan (yg keje kat klinik2 kesihatan yg xde kursus perbidanan)..Jururawat Kesihatan
Umum (JKU/PHN..ni keje kat klinik2 kesihatan gak tp diaorg ni ada kursus perbidanan)..Jururawat
Terlatih (yg keje kat spital2 ada perbidanan / xde)..Semua ni di kategorikan sebagai
STAFFNURSE...le..Gaji sama jer..kitaorang ni pakai line biru..Jururawat Pergigian....line
kuning (diaorang ni khas utk gigi jer..ha! kalau nak senang cek gigi tu ble la cari bini meksi gigi
[kalau lelaki la]..free beb!!..gaji sama jer ngan staffnurse (line biru).
Ketua Jururawat kosong,xde line..kesian..ha! tapi baju warna biru..dari jauh dah nampak..takut jerk
tengok..
Penyelia Jururawat pun sama kosong xde line tapi baju fuhhh..kelabu gelapbeb..nampak diaorang
punyer garang nyer...KITA NI BAJU WARNA PUTIHJER..BUDAK BAIKKK..
Ketua Penyelia Jururawat..sama jer mcm penyelia..Gaji jer lah KENCANGGGG skit..

Ada lagi tertinggal ker...erm..tak kot...! Ha!!! last sekali...ada tu pakai tudung putih,uniform
putih,kasut itam..ha..itu Atendan/PPK,bukan jururawat ekk.
JURURAWAT KASUT NYER SPECIAL..WARNA PUTIH GAK..BUDAK BAIKKK...KASUT HITAM
HANYA UTK KETUA JURURAWAT/PENYELIA JURURAWAT/PPK..Ada faham..Bila agaknyer
Jururawat dibenarkan menukar warna kasut yer...?
Dan lagi...dan lagi...dan lagi..Tak tengok lagi swasta nyer camner laks..colorful..x yah ler cite..byk
sangat

pichalala

Dicatat oleh pichalala di 2:26 PTG

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

6 ulasan:

1.

awie chickenfloss2 Mei 2016 9:52 PG


terima kasih ats prkongsian :)

Balas

2.

Ajjax's Streamyx8 Mei 2016 7:02 PTG

Hehee bagus atas perkongsian ini.. dah lamee dah paakcik jd penunggu di wad nie.. dah
tahu serba sedikit pangkat dan kuasa2 pelangi mereka... ermm okay kipidap dongibab..
teruskan berkongsi

Balas

3.

Unknown25 Oktober 2016 6:54 PTG

Bab paling atas pasal jururawat kesihatan yg kje klinik2 kesihatan tp XDE kebidanan tu,
totally SALAH..
Sebab jururawat terlatih yg kje klinik yang xde kebidanan 1, kalau jururawat kesihatan
memang akan ada couse kebidanan 1..

PHN/JKU pulak, bukan semua jururawat kesihatan yg ada kebidanan 1, yang memiliki
postbasik kesihatan awam..

Plsss take note .

Ini 6 Cara Membezakan Jururawat Di


Hospital Kerajaan Melalui Pakaian
Mereka
Oleh Lara Marina Kehidupan November 8, 2016
Ada seorang anonymous bertanyakan kepada saya apakah maksudnya disebalik line-
line berwarna pada tudung warga jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
dan perbezaan uniform-uniform warga penjawat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selama ini ramai orang awam di luar sana yang tidak faham atau tidak mengetahui
langsung makna-makna di sebalik line berwarna tersebut dan perbezaan sesuatu
uniform.
Sehinggakan pada satu masa yang lepas ada seseorang yang telah mempertikaikan
jururawat melakukan kesalahan hanya disebabkan sudah tersalah tafsir pada si pemakai
uniform tersebut.

Advertisement

MARI KENALI KAMI

Inilah antara jawatan-jawatan yang kerap anda lihat di hospital kerajaan. Selain yang
tersebut, keluarga besar kami juga terdiri daripada ahli farmasi, dietetik, juru xray,
juruteknologi makmal, ahli fisioterapi, Inspektor Kesihatan, pemandu ambulan dan
pelbagai lagi jawatan lain.

1. JURURAWAT LINE BIRU Jururawat terlatih


Juga dikenali sebagai Staffnurse (SN) di mana jururawat ber ine biru ini adalah
dianggap tangan kanan kepada para doktor di hospital. Merekalah yang akan memberi
ubat,membuat tatacara kejururawatan (NURSING CARE), menulis laporan pesakit,
menyempurnakan segala pelan perawatan doktor pakar, even menukar cadar katil,
mencuci berak/kencing /memandikan pesakit sekalipun.

Ditempatkan di jabatan kecemasan, wad-wad, klinik-klinik pakar, klinik-klinik


kerajaan, klinik 1MALAYSIA, turut bekerjasama dengan Penolong Pegawai Perubatan
(PPP/MA) dalam melaksanakan segala tugas-tugas dan tanggungjawab di
hospital/klinik.

Mereka boleh melakukan apa-apa tugas kejururawatan kecuali tugas yang


memerlukan PostBasik contohnya menyambut kelahiran bayi yang mana memerlukan
mereka WAJIB mempunyai PostBasik MIDWIFERY.

2. LINE PURPLE Jururawat Masyarakat


Juga dikenali sebagai JM. Kumpulan Jururawat yang SANGAT istimewa. Mempunyai
kelebihan dalam menyambut kelahiran bayi.

Digelar BIDAN PROFESIONAL. Mengetuai rumah bidan kerajaan / klinik desa dan
bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada para ibu mengandung,
perkhidmatan kesihatan bayi / kanak-kanak, perkhidmatan lawatan ke rumah dan
perancang keluarga.

Juga ditempatkan di wad-wad / klinik-klinik kesihatan kerajaan. Tugasnya


memeriksa vital sign pesakit setiap 4 jam, kadang-kadang ada yang sampai perlukan
setengah jam sekali.

Mereka menyuap makan kepada pesakit yang tak berdaya/tiada ahli keluarga menjaga,
menolong menukar lampin pakai buang pesakit, menolong menukar kain/cadar pesakit
yang kotor, membuang urin pesakit.
Jururawat masyarakat sekarang sudah ramai ditempatkan di specialist area mereka
iaitu di jabatan obstetric and gynaecology (O&G) sama ada di wad atau di bilik bersalin.

Jururawat Masyarakat akan automatically menjadi jururawat terlatih (line biru) selepas
mereka berjaya menamatkan pengajian (KPSL). Kenaikan pangkat secara lantikan
selama 1 tahun pengajian.

Kini dikenali sebagai PSL (Peningkatan Secara Lantikan)

3. LINE KUNING Jururawat Pergigian / Juruterapi Pergigian

Jururawat yang ditempatkan di klinik gigi kerajaan.Skop tugas adalah berkaitan dengan
kesihatan dan penjagaan gigi. Memberi ceramah di sekolah-sekolah tentang cara
memberus gigi dengan betul dan penjagaan gigi serta perawatan lain.
Ceramah diberi kepada kanak-kanak dan ibu bapa bayo daripada umur 5 bulan dan ke
bawah. Rawatan pergigian yang dibuat adalah untuk pesakit berusia 17 tahun ke bawah.
Memeriksa, mendiagnos dan mengatur rawatan pesakit-pesakit.

Bagi yang mempunyai postbasik pergigian contohnya postbasik ortodontik, mereka


akan membantu pakar-pakar pergigian di klinik-klinik pakar.

Bagi line oren/jingga pula adalah pembantu pembedahan pergigian (DSA)/Dental


Surgery Assistant-Membantu doktor-doktor pergigian dalam perawatan ke atas pesakit
di hospital kerajaan.

4. BAJU PUTIH, LINE BIRU DI BAHU, SELUAR BIRU GELAP Jururawat


Lelaki
Mereka adalah male nurse atau jururawat lelaki. Tugas dan skop kerja adalah sama
dengan Jururawat line Biru. Ubah lah persepsi yang mengatakan bahawa male
nurseadalah seperti sotong-sotong kurita sedangkan mereka yang sebenarnya adalah
gagah berani dan wira sebenar di hospital-hospital kerajaan.

5. BAJU PUTIH, SELUAR HITAM, KASUT HITAM, TIE Penolong Pegawai


Perubatan

Mereka adalah Penolong Pegawai Perubatan (Medical Assistant) / Dressar.


Biasanya anda akan kerap melihat mereka di jabatan kecemasan kerana di sana adalah
kawasan jajahan mereka.

Front line yang menyambut ketibaan pesakit di jabatan kecemasan, menilai kategori
sakit untuk penempatan zon (red / green / yellow), menjawab ambulance call dan
seterusnya ke lokasi kemalangan, memberi pertolongan cemas, mereka serba boleh.
Kalau jururawat adalah tangan kanan doktor,mereka pula adalah kaki kanan. Mereka
bertungkus lumus di jabatan kecemasan menyelamatkan pesakit sebelum diserahkan ke
wad-wad untuk perawatan seterusnya.

Nota: Jangan lupa MA juga terdiri daripada kaum wanita!

6. BAJU PUTIH, SELUAR PUTIH, KASUT HITAM Pembantu Perawatan


Kesihatan (PPK)
Jika tiada golongan PPK ini, maka lumpuhlah kelancaran perawatan di hospital. PPK
ditempatkan di jabatan kecemasan / wad-wad dan klinik. Mereka mempunyai skop
tugas yang tersendiri.

Jika di jabatan kecemasan, PPK akan membantu jururawat dan MA dalam


menyempurnakan tatacara. Mereka akan membantu menguruskan pesakit untuk di
hantar ke wad, menghantar sampel-sampel darah ke makmal dan banyak lagi tugas lain.

Di wad pula, mereka bertanggungjawab ke atas skop tugas masing-masing di samping


membantu para jururawat dalam menyempurnakan tugas-tugas kejururawatan.

Mereka yang akan menghidangkan makanan para pesakit di wad-wad dan menghantar
pesakit ke jabatan-jabatan lain seperti dental / x-ray / ophthalmology jika ada pesakit
yang memerlukan perawatan di sana.

PPK pun ada kaum wanita! Berbaju putih, seluar putih, kasut hitam, tudung putih, no
line.

Baca lagi: Aku Seorang Jururawat, Kisah Menyentuh Hati Misi Hospital Kerajaan

Artikel di atas disumbangkan oleh Lara Marina. Boleh ikuti beliau di sini.
SHARE
Garisan/line pada tudung/topi misi - maksudnya apa serta warga
Kementerian Kesihatan Malaysia
Assalamualaikum reader.. Ada seseorang yang anonymous bertanya pada saya tempoh hari (dalam
beberapa bulan lepas) Apa maksud line yang terlekat kat tudung misi ni. Saya pula tak terfikir selama ni
bahawa orang awam tidak mengetahui makna makna yang tersembunyi.. Jadi, macam biasa, saya
menggunakan khidmat en google untuk mencari makna maknanya (walaupun saya tau kan) tapi hasil dia
kurang memuaskan. Ada yang terkurang dalam definisi kerja mereka. Kali ini, saya akan bawakan senarai
pakaian seragam warga Kementerian Kesihatan Malaysia untuk panduan semua.. Hoho, sesapa yang nak
terasa mengular tu, boleh lah berjaga jaga ia selepas ni >.<

Biru

Jururawat U29
Jururawat gred U29 ni ada dua : 1. Yang baru keluar kolej, takde basic dan ditempatkan dimana mana
wad/klinik.. Mereka boleh melakukan apa apa aktiviti kejururawatan kecuali tugas yang memerlukan post
basic contohnya : menyambut kelahiran atau melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung. Kalau
jururawat yang ada post basic dalam Midwife : mereka boleh melakukan prosedur tersebut. Detailnya,
jururawat U29 ni adalah tangan kanan para Doktor.. Merekalah yang akan memberi ubat, menulis
laporan pesakit, membuat nursing care, even menukar cadar hospital pon. Ada sesetengah dari mereka
akan ditempatkan di klinik, biasanya di Jabatan Pesakit Luar, peranannya di sini adalah berkerjasama
dengan Penolong Pembantu Perubatan (Medical Assistant).
Tangga gaji untuk tahun pertama kemasukan kerja : RM1687.59 dengan kenaikan gaji RM145.00
setahun.

Ungu

Jururawat Masuarakat U19/U24

Jururawat yang istimewa.. Walaupun ranking dia rendah sedikit dari Jururawat U29 tetapi mereka ni
mempunyai kelebihan dalam melakukan prosedur. Jururawat Masyarakat (JM) ni boleh menyambut
kelahiran. Hebatkan? Ya.. Saya merasa sangat hebat kerana saya dalam ranking ini.. Sememangnya setiap
warna garisan ni ada keisitimewaan dia yang tersendiri, tapi bagi saya kaler ungu ni memang unik..
Mereka inilah sebenarnya yang akan melakukan segala kerja yang orang lain pandang remeh.. Dahulu,
JM ditempatkan di wad wad medical/surgical, jauh menyimpang dari major kerja.. Di situ, mereka ambil
tanda vital setiap 4jam sekali, kadang kadang ada pesakit yang perlukan 1/2jam sekali, mereka bagi
makan pada pesakit yang tak terdaya, mereka yang tukar posisi pesakit supaya tiada kudis tekanan,
mereka tukar cadar, mereka buang urin, mereka tukang tukar pampers.. Itu cerita dulu, sekarang, mereka
kembali ditempatkan di jabatan yang sepatutnya iaitu Jabatan O&G, sama ada di wad atau Labor Room.

Tangga Gaji tahun pertama kemasukan : RM 1286.27 (basic tidak termasuk elaun) dengan kenaikan gaji
RM100 setahun.

Kuning

Jururawat Pergigian U29

Jururawat ni biasanya ada di klinik gigi.. Kerja confirm ikut masa office hour 8am-5pm. Kerja mereka
biasanya berkaitan rapat dengan kesihatan gigi, yang selalu g sekolah bagi ceramah tentang kesihatan
gigi, mengajar cara cara memberus gigi, itu adalah di antara tugas tugas mereka. Nak jadi jururawat gigi
ni, syarat utama gigi kena cantik. Kalau gigi macam gigi ikan seperti saya.. Bermimpilah.. Takpun g baiki
gigi tu dulu.. Haha.. Sebab saya pernah kena interview untuk jawatan ini. Soalan pertama dia tanya kat
saya "adakah anda rasa gigi anda cantik?" Huhu.. Kalau dah gigi spesies gigi ikan jerung, mampu
tersengih je la >.<

Tangga gaji tahun pertama kemasukan : RM 1687.59 dengan kenaikan gaji RM 145 setahun.

Oren/Jingga
Pembantu Pembedahan Pergigian U17

Skop tugas mereka lebih kepada membantu Jururawat Pergigian/Doktor Pergigian. Kerja di klinik
pergigian juga dengan waktu kerja 8am-5pm.

Tangga gaji tahun pertama kemasukan RM 945 dengan kenaikan gaji RM 95 setahun.

Baju Putih & Seluar Hitam

Penolong Pegawai Perubatan U29 (Medical Assistant)

Lokasi kerap dijumpai adalah di ED (emergency department), ini kiranya kawasan jajahan mereka. Hihi..
Front line yang akan mengikut ke lokasi kemalangan, yang memberi pertolongan cemas, mereka ni serba
boleh.. Kira multitasking la... Kalau pasang simen (POP) selain dari doktor, mereka juga boleh buat,
bersunat juga serah pada MA.. Kiranya kerjaya MA special sikit walaupun skop tugas lebih kurang macam
Jururawat U29, uniknya, mereka boleh menyambut kelahiran jika tiada JM atau Jururawat Midwife.
Kalau Jururawat jaga pesakit dalam wad, mereka selamatkan pesakit di ED sebelum dihantar ke wad atau
jika di klinik, mereka membantu Doktor. Tangga Gaji lebih kurang dengan Jururawat U29 : RM 1687.59
dengan kenaikan gaji RM 145 setahun.

Ini adalah jawatan jawatan yang paling kerap anda jumpai.. Keluarga kami (KKM) masih adalagi pegawai
farmasi (yang memakai kot putih), pegawai perubatan, dietitian (pegawai penasihat pemakanan),
penolong pegawai farmasi (pakai seragam warna kelabu), pembantu perawatan kesihatan (semua pakaian
putih kecuali kasut hitam), juru-xray, dan pelbagai lagi untuk saya senaraikan.

KaTaNya Si KoTaK KoSonG @ 7:35 PM

Labels: inFo miSi


6 comments:

Nazrin Nazeerah said...1

doakan sy supaya dapat latihan kejururawatan di SPA8i ye...


October 7, 2016 at 11:16 AM

Mohamad said...2

Info yg bagus. Sy pun tertanya2 makna warna garis tu. Nak tanya dgn missi rasa malu pulak.
Nasib terbaca blog ni. Tp nak tanya pulak. Kenapa ada misi yg guna baju warna biru sb biasanya
warna putih.
February 5, 2017 at 1:05 PM

KoTaK KoSonG said...3

Misi yang pakai baju biru tapi ada garisab biru kat tudung/topi dia bermaksud misi senior yang
telah naik pangkat.. selepas 7-10 tahun perkhidmatan, dah boleh mohon untuk kenaikan
pangkat.. yang itu kita panggil KUP
February 6, 2017 at 1:24 PM

Nur Faz said...4

Kalau misi yg pakai baju seragam biru cair tu sister. Sister ni ketua jururawat dlm satu satu wad.
Kalau seragam biru gelap tu matron ketua jururawat dkt satu department. Kira atas lagi dari
sisters. Then, yg line ribbon hijau baju nurse putih dulu2 je ada skrg tinggal sikit, ni jururawat
bidan (midwife). Yg ni kerja dia sambut baby.
February 22, 2017 at 2:30 PM

shikin sailun said...5

Perkongsian yang sangat baik... baru tau makna semua warna garisan missi....
June 2, 2017 at 7:46 AM

siti iqkhawida said...6

terima kasih untuk perkongsiannya..penerangan ini sangat membantu untuk pengetahuan


am.Akhirnya dapat juga mengetahui perbezaan line yangb dipakai oleh jururawat. :)

Oh! Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu


Anda Tahu
MARCH 18, 2015 BY ADMIN LEAVE A COMMENT

Apakah jenis bidang jururawat yang perlu anda tahu? Anda mesti sudah tahu apa
tugas seorang jururawat kan? Jika belum, anda boleh baca post lepas. Kami
kongsikan apakah tugas jururawat dan kenapa anda sepatutnya tidak memandang
rendah pada kerjaya sebagai jururawat.

Jika anda perasan, terdapat beberapa warna jalur pada cap atau tudung jururawat.
Sebenarnya setiap warna ini menunjukkan jenis dan tugas berlainan pada jururawat.

Contohnya, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 manakala jalur ungu pula adalah
Jururawat Masyarakat U19. Bergantung pada hospital.

Ketahui Lanjut Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat


Jangan pandang rendah pada tugas seorang jururawat. Mereka semua adalah kakitangan
yang penting dalam sistem kesihatan.

Jenis Bidang Jururawat Yang Perlu Anda


Tahu
#1 Jururawat Pelatih
Jururawat ini masih seorang pelajar kejururawatan dan sedang mengikuti latihan
jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf. Bermula tahun
2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835 sebulan. Manakala jururawat
pelatih peringkat Diploma pula diberi elaun RM1165.58 sebulan.

Lazimnya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa jalur warna.

#2 Jururawat Masyarakat Gred U19


Jururawat ini mesti berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan. Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 tidak
termasuk elaun. Mereka juga biasanya dipanggil jururawat kebidanan.

Biasanya, jururawat ini memakai topi atau tudung jururawat berjalur warna ungu.

#3 Jururawat Terlatih Gred U29


Jururawat ini adalah dari kelulusan Diploma Kejururawatan daripada institusi-institusi
latihan Kementerian Kesihatan Malaysia. Institusi tersebut mestilah diiktiraf oleh
kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 belum masuk elaun. Jururawat jenis ini dapat
kita kenal dengan jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat mereka.

#4 Jururawat Terlatih Gred U41


Jururawat jenis ini pula adalah dari kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam
bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan adalah RM2259.08 tidak
termasuk elaun.

#5 Jururawat Pergigian U29


Mereka mestilah dari kelulusan Diploma Kejururawatan Pergigian daripada Sekolah
Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia. Tugasnya berbeza dari jururawat
terlatih atau masyarakat. Gaji permulaannya adalah RM1687.

Kerjaya Sebagai Jururawat


Jadi macam mana? Berminat dalam kerjaya kejururawatan? Anda berminat dengan
laluan kerjaya jururawat yang mana satu?

Jika anda berminat, ada pelbagai laluan kerjaya jururawat. Salah satunya anda mesti
dapatkan ebook ini!

Apa yang ebook ini dapat bantu anda? Apa intipati


menarik yang didedahkan dalam ebook ini?
1. Anda akan didedahkan dengan tugas dan tanggungjawab seorang jururawat. Ini
penting untuk maklumat awal anda sebelum hari temuduga kelak.
2. 5 kelebihan sebagai seorang jururawat diterangkan sebagai ganjaran kepada
anda yang bergelar jururawat. Wahh ini kena baca ini yang dikatakan lumayan!
3. Menjadi jururawat bukan hanya lumayan sahaja, anda harus pertingkatkan
persediaan mental anda dengan lebih kuat. Di dalam ebook ini, dimuatkan
mentaliti yang perlu ada bagi seorang jururawat.

Sumber: http://ohkerjaya.com/persediaan-temuduga/jenis-bidang-jururawat-
kejururawatan/#ixzz4veidaI7i
Under Creative Commons License: Attribution

Maklumat Lengkap Kerjaya Jururawat Di


Kementerian Kesihatan
2 APRIL 2015 BY AFIQ AIMANNAAIM 1 COMMENT

5Share
Tweet
0Share
0Pin

Kerjaya sebagai jururawat sudah wujud di Malaysia sejak tahun 1800. Sejarah
latihan jururawat pertama bermula di Johor Bahru pada tahun 1938 dan
terhenti pada tahun 1942-1945 disebabkan Perang Dunia Ke-2.

Hari ini, latihan jururawat merupakan salah satu daripada 13 jawatan yang
dikendalikan di bawah skim Latihan Separa Perubatan Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA).

LATIHAN JURURAWAT
Latihan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan. Tempoh latihan selama 3
tahun bagi calon lantikan terus manakala 1 tahun bagi calon PSL daripada
Jururawat Masyarakat.

Setiap pelatih akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM835.57 sebulan.

SENARAI KOLEJ KEJURURAWATAN


Berikut kami kongsikan 17 senarai kolej kejururawatan yang menyediakan
latihan jururawat, antaranya:

1. Kolej Kejururawatan Alor Setar, Kedah


2. Kolej Kejururawatan Sungai Petani, Kedah
3. Kolej Kejururawatan Pulau Pinang
4. Kolej Kejururawatan Ipoh, Perak
5. Kolej Kejururawatan Taiping, Perak
6. Kolej Kejururawatan Seremban, Negeri Sembilan
7. Kolej Kejururawatan Melaka
8. Kolej Kejururawatan Muar, Johor
9. Kolej Kejururawatan Johor Bahru, Johor
10. Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
11. Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu, Terengganu
12. Kolej Kejururawatan Kubang Kerian, Kelantan
13. Kolej Kejururawatan Sibu, Sarawak
14. Kolej Kejururawatan Kota Kinabalu, Sabah
15. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Sungai Buloh (KSKB) Selangor
16. Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kuching Sarawak
17. Kolej Kejururawatan Sandakan, Sabah

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
1. Warganegara Malaysia
2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi
tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
3. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan)
dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa
Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur
tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
4. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
5. Kepujian mata pelajaran Matematik, Sains dan 3 mata pelajaran lain;
dan
6. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan.

Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai


kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang
boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat
latihan.

Pelatih-pelatih yang telah tamat latihan akan diperakukan oleh Kementerian


Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan Jururawat Gred U29.

GRED & GAJI JURURAWAT DI MALAYSIA


Bagi jururawat yang berkhidmat di sektor awam, gaji mereka dibezakan
mengikut gred, iaitu:

Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

U29 RM1,312.00 RM5,173.00 RM145.00

U32 RM2,214.00 RM5,774.00 RM155.00

U36 RM3,455.00 RM6,885.00 RM180.00

U41 RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00

U42 RM2,260.00 RM8,756.00 RM225.00

U44 RM3,423.00 RM9,560.00 RM250.00


Gred Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan Gaji Tahunan

U48 RM5,008.00 RM10,689.00 RM270.00

U52 RM5,642.00 RM11,289.00 RM290.00

U54 RM5,942.00 RM11,976.00 RM320.00

TUGAS JURURAWAT
Bagi Jururawat Gred U29, mereka akan bertugas sama ada Jururawat
Kesihatan atau Jururawat di hospital.

Tugas Jururawat Kesihatan lebih kepada memberi perkhidmatan seperti


perkhidmatan lawatan ke rumah bagi ibu bersalin, perkhidmatan kesihatan di
sekolah, perkhidmatan perancang keluarga dan pendidikan kesihatan.

Selain itu, Jururawat Kesihatan ditugaskan mentadbir klinik, merancang dan


menjalankan lawatan ke rumah, juga membantu dalam penilaian kakitangan
bawahan.

Skop kerja jururawat di hospital lebih luas. Mereka lebih memfokuskan


kepada penjagaan pesakit termasuklah mengurus dan menjaga makan
minum pesakit, menjaga ibu bersalin dan menjaga bayi baru selepas
kelahiran.

Jururawat di hospital juga ditugaskan membantu doktor dalam menjalankan


tugas perawatan. Mereka juga dipertanggungjawabkan menyelia Penolong
Jururawat, Bidan dan pekerja bawahan lain.

DIPANGGIL TEMUDUGA SEPARA


PERUBATAN 2015?
Adakah anda calon panggilan temuduga latihan separa perubatan tahun ini?
Tahniah!
Berita baik di mana kami mempunyai sebuah ebook panduan temuduga
separa perubatan untuk diberikan kepada anda. Tak kiralah sama ada anda
dipanggil temuduga jururawat atau pegawai X-Ray, ebook ini sesuai untuk
sebarang jawatan dalam skim Latihan Separa Perubatan.

Apa anda perlu buat cuma masukkan nama & emel di bawah dan klik
langgan. Kami juga akan hantarkan tips temuduga kerajaan dari semasa ke
semasa kepada anda yang melanggan sahaja.

Isi nama & emel anda, kemudian klik Saya Calon Latihan Separa Perubatan

Apakah Tugas-Tugas Jururawat?


34

Seorang doktor tidak dapat melakukan kerjanya sebaik mungkin tanpa bantuan
dari seorang jururawat. Betul tak?

Aku setuju dengan kenyataan ini, setiap prosedur atau rawatan yang
dilakukan kepada pesakit memerlukan bantuan dari seorang jururawat.
Contohnya, ketika doktor lelaki memberikan rawatan kepada pesakit wanita,
jururawat wanita perlu menemani doktor tersebut bagi mengelakkan sebarang
masalah berlaku.
Satu contoh lagi, ketika membuat pembedahan, seorang jururawat bedah perlu
membantu doktor untuk menyediakan peralatan kelengkapan pembedahan bagi
melancarkan prosedur tersebut. Oleh itu, jangan pandang rendah pada tugas
seorang jururawat. Mereka adalah kakitangan yang penting dalam sistem
kesihatan.

Mungkin ramai adik-adik lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang
jururawat tapi kurang pendedahan atau pengetahuan tentang tugas seorang
jururawat. Hari ini, aku nak kongsi info yang berguna kepada adik-adik yang
berminat untuk menjadi seorang jururawat. Post kali ini agak panjang ye..

Tugas-tugas jururawat ini diperolehi dari laman web rasmi Suruhanjaya


Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) .
Terlebih dahulu, adik-adik kena tahu jenis-jenis jururawat. Perasan tak,
terdapat pelbagai warna jalur pada cap atau tudung jururawat? Setiap warna ini
menunjukkan jenis dan tugas yang berlainan pada jururawat. Contohnya, kat
hospitalku, jalur biru adalah Jururawat Terlatih U29 dan jalur ungu pula adalah
Jururawat Masyarakat U19.
Apakah Jenis-Jenis dan Tugas-Tugas
Jururawat?
Jururawat Pelatih
Mereka ini masih seorang pelajar kejururawatan. Masih mengikuti latihan
jururawat selama 3 tahun di kolej-kolej kejururawatan yang diiktiraf.
Bermula tahun 2013, jururawat pelatih peringkat Sijil diberi elaun RM835
sebulan. Manakala jururawat pelatih peringkat Diploma pula diberi
elaun RM1166.58 sebulan.
Biasanya, jururawat pelatih ini memakai topi atau tudung jururawat tanpa
jalur warna.
Jururawat Masyarakat Gred U19
Jururawat dari kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Gaji pokok permulaan adalah RM1284.27 (tidak termasuk elaun lagi)
Biasanya dipanggil jururawat kebidanan
Jalur warna ungu pada topi atau tudung jururawat
Antara tugas-tugas jururawat masyarakat adalah:
1. Mengetuai Rumah Bidan Kerajaan/Klinik Desa (bagi Jururawat yang
ditempatkan di Rumah Bidan Kerajaan atau Klinik Desa).
2. Memberi perkhidmatan kesihatan ibu mengandung.
3. Memberi perkhidmatan kesihatan bayi/kanak-kanak.
4. Memberi perkhidmatan rawatan ke rumah.
5. Memberi perkhidmatan perancangan keluarga.
6. Memberi pendidikan kesihatan.
7. Menyambut kelahiran bayi.

Jururawat Terlatih Gred U29


Jururawat Gred U29 adalah jururawat dari kelulusan Diploma
Kejururawatandaripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan
Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
Gaji pokok permulaan adalah RM1687.59 (tidak termasuk elaun)
Jalur warna biru pada topi atau tudung jururawat
Antara tugas-tugas Jururawat Terlatih adalah:
Tugas-tugas Jururawat Kesihatan ( Bertugas di klinik)
1. Perawatan Kesihatan Keluarga

Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.


Perkhidmatan lawatan ke rumah.
Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
Perkhidmatan perancang keluarga.
Pendidikan kesihatan.
2. Latihan
Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan
semasa latihan mereka.
3. Menyelia

Menyelia pekerja-pekerja Auxilliary dan kakitangan kesihatan lain dalam


kawasan operasi.
Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.
4. Pentadbiran

Mentadbir klinik.
Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di
dalam kawasan operasi.
Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.
Tugas-tugas Jururawat Di Hospital
1. Penjagaan Pesakit

Mengurus dan melayan makan minum pesakit.


Mengurus dan menjaga kebersihan pesakit.
Penjagaan dan merawat ibu selepas bersalin.
Penjagaan dan merawat bayi selepas kelahiran.
2. Membantu Doktor dalam menjalankan tugas-tugas perawatan.
3. Menyelia Penolong Jururawat, Bidan dan kakitangan bawahan.
4. Membantu Ketua Jururawat dalam pentadbiran wad dan penilaian pelatih-
pelatih.
5. Rawatan-rawatan lain mengikut arahan.

Jururawat Terlatih Gred U41


Jururawat Gred U41 pula adalah jururawat dari kelulusan ijazah sarjana
muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat
Malaysia.
Gaji permulaan adalah RM2259.08 ( tidak termasuk elaun lagi)
Antara tugas-tugas jururawat gred U41 adalah:
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
Pemantauan Kejururawatan
Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit
berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan
keselamatan pelanggan.
2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan

Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran


sains dan teknologi juga konsep terkini.
Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui
latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
3. Kawalan Mutu

Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan


dijalankan mengikut piawaian.
Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating
Procedures (SOP) menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur
kejururawatan dipraktikkan.
4. Latihan Kejururawatan

Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di


antara kolej dan diperingkat negeri.
Jururawat Pergigian U29
Jururawat adalah jururawat dari kelulusan Diploma Kejururawatan
Pergigian daripada Sekolah Latihan Pergigian Kementerian Kesihatan
Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Tugasnya adalah berbeza dari jururawat terlatih atau masyarakat.
Gaji permulaan adalah RM1687.
Antara tugas jururawat pergigian adalah:
Tugas-tugas Rawatan Pesakit
1.Am
Perkhidmatan kesihatan oral kanak-kanak tadika, sekolah, kanak-kanak
istimewa dan warga tua. Juga agensi kerajaan dan pusat-pusat kesihatan.
2.Diagnosis

Memeriksa, mendiagnosis dan mengatur rawatan pesakit-pesakit dibawah


penjagaannya dan merujuk kepada pegawai pergigian untuk tindakan
selanjutnya.
3.Profilaksis

Pembersihan gigi termasuk prosedur penskoleran, pembersihan dan


pengilapan bagi permulaan.
4.Restorasi

Menyedia kaviti dan membuat tempahan.


5.Cabutan gigi serta mengawal pendarahan setelah cabutan
6.Rawatan lain mengikut arahan

Pendidikan Kesihatan Pergigian


1.Melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan pergigian melalui latihan
memberus gigi, ceramah, pameran kempen kesihatan.
2.Menyediakan bahan-bahan pendidikan serta menggunakan alat pandang
dengar.

3.Kaunseling

Penjagaan kesihatan Oral.


Penjagaan di rumah (Home Care).
4.Kawalan Jangkitan
5.Kejururawatan Komuniti
6.Penyelidikan Sistem Kesihatan

Menganalisa kekurangan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan, restorasi


atau bahan tampalan komposit gigi.
7.Pentadbiran dan Pengurusan

Penyelenggaraan, keselamatan dan kelemahan seperti kawalan, jangkitan,


restorasi atau bahan tampalan komposit gigi.
Memastikan bahan-bahan kelengkapan menepati spesifikasi yang ditetapkan.
Sapa-sapa yang berminat untuk menjadi seorang jururawat, mungkin boleh
memahami tugas dan peluang kerjaya seorang jururawat melalui buku yang
disediakan oleh KKM iaitu Kerjaya Jururawat. DOWNLOAD (ebook Kerjaya
Jururawat ini telah dikemaskini pada 16/6/2014)
Pastikan adik memilih bidang kejururawatan ini kerana adik berminat untuk
memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan bukannya sekadar ingin
menjadi kakitangan kerajaan sahaja. Jika adik-adik tidak berminat, maka
masalah jururawat tak sopan, garang dan tidak profesional mungkin akan
timbul. Kenapa? Ini disebabkan adik bekerja dalam keadaan tertekan kerana
tidak berminat dengan tugas tersebut. Bayangkan kita melakukan sesuatu
perkara yang kita tidak minat setiap hari, mesti stress kan?

Kan seronok kalau pesakit datang ke hospital atau klinik untuk mendapat
rawatan, jururawat atau kakitangan lain memberikan senyuman dan layanan
sebaik mungkin. InsyaAllah, pasti dapat mengurangkan serba sedikit kesakitan
pesakit tersebut. Betul tak?

Maka, jadilah seorang jururawat yang penyayang dan profesional. Selamat


Menyambut Hari Jururawat Sedunia.
P/s: Oh ye, ada terjumpa satu ebook Panduan Lengkap Kerjaya Jururawat di
mana penulisnya merupakan salah seorang penjawat awam di KKM
mendedahkan rahsia bagaimana boleh dapatkan jawatan jururawat tanpa guna
Kabel atau orang dalam. Klik Sini: Kerjaya Jururawat
Satu lagi panduan yang bagus kepada adik-adik yang ingin kerja di kerajaan,
iaitu Rahsia Lulus Kerja Kerajaan Tanpa Sebarang Kabel.. eBook ini
BESTSELLER sejak tahun 2009 lagi dan telah membantu ramai orang dapat
kerja. Tapi kena baca dan praktiskan..

You might also like