You are on page 1of 1

Ulasan artikel ‘Sastra Indigenous Australia : Perkembangan dan Tantangan di Era

Kapitalisme Lanjut’

Jurnal Poetika, Vol. IV, No. 2, Decemer 2016

Penulis : Arif Furqan

Artikel ini ia membincangkan tentang Indigenous yang berada di Australia. Indigenous


merupakan penduduk asli yang telah lama menetap di Australia sejak betahun lamanya.
Suku kaum Indigenous di Australia ialah suku kaum Aboriginal. Sebelum tahun 1901,
masyarakat Indigenous tidak dianggap sebagai manusia dan dianggap sebagai flora dan
fauna. Hal ini adalah kerana suku kaum ini tidak mempunyai sistem hierarki dalam
kehidupan sosial mereka. Namun begitu, anggapan ini telah bertukar pada tahun 1901 oleh
pihak Eropah dengan syarat mereka mesti meninggalkan budaya kehidupan mereka sebagai
Indigenous serta merta.

Objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini adalah mengkaji tentang
perkembangan masyarakat Aboriginal dulu sehingga kini. Selain itu, penulis juga
mengenalpasti tentang hak mereka sebagai penduduk peribumi Australia dan seterusnya
mengetahui perkembangan era kapitalisme di Australia. Kepentingan kajian ini adalah untuk
permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Indigenous di Australia semasa Era
kapitalisme. Metod yang digunakan dalam metodologi kajian ialah kuantitatif iaitu kaedah
kajian perpustakaan. Pengkaji banyak menggunakan soratah literatur sebagai rujukan bagi
menghasilkan artikel ini. Antara penulis sorotan literatur yang pengkaji rujuk ialah Jameson,
Heiss, Robert Ertington, McDonnel dan Grossman. Pengkaji telah menetapkan skop kajian
dalam kajian beliau bagi memudahkan pelaksanaan kajian. Terdapat tiga skop kajian
digunakan iaitu dari segi tempoh diambil tahun 1837 hingga kini. Bagi tempat kajian di
Australia dan melibatkan masyarakat Indigenous Australia.

You might also like