You are on page 1of 8

HIPOTESIS TEMPAT ASAL

BAHASA MELAYU
Tempat asal bahasa melayu dikaitkan dengan
tempat asal penuturnya, iaitu tempat asal orang
melayu.
Terdapat 2 hipotesis tentang tempat asal orang
melayu seperti yang di utarakan oleh ahli
arkeologi dan ahli linguistik, iaitu:
1.Kawasan Asia Tengah
2.Kawasan Nusantara
Kawasan Asia Tengah
 Orang Melayu beresal dari bahagian selatan China. Pelbagai
nama digunakan untuk merujuk kawasan tersebut, antaranya Indo-
China selatan, iaitu di Champa dan Kampuchea, dan ada yang
mengatakan tempat tersebut adalah Burma.
 Penghijrahan dari utara (bahagian selatan China) ke selatan, iaitu
Nusantara, dilakukan secara berkelompok-kelompok. Walau
bagaimanapun, sebab-sebab perpindahan masih tidak dapat
dipastikan. Perpindahan ini telah menurunkan elompok melayu.
 Kelompok Melayu pertama yang sampai ke kawasan nusantara ini
dinamakan sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah
menduduki nusantara sekitar tahun 2000 SM.
 Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu ini
telah dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892.
 Hipotesis tentang perpindahan kelompok Melayu ini telah
dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. beliau yang
merupakan ahli prasejarah telah membuat kajian terhadap beliung
bersegi panjang yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Sungai
Yangtze, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawadi dan
Sungai Brahmaputra.
 Beliau mendapati bahawa bentuk dan jenis beliung yang sama
juga telah dijumpai di beberapa kawasan di Nusantara. Oleh itu,
beliau telah membuat kesimpulan behawa beliung tersebut telah
dibawa oleh orang Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
 1500 SM,kelompok melayu kedua telah datang ke Nusantara dan
mereka dikenali sebagai Melayu-Deutro. Kedatangan kelompok
Melayu-Deutro telah menyebabkan kelompok Melayu-Proto
berundur ke kawasan pedalaman seperti memasuki hutan, lembah
dan kawasan-kawasan pergunungan.
 Walaupon kelompok ini melarikan diri ke pedalaman, namun
kelompok ini masih wujud sehingga kini dan keturunan mereka
dikenali sebagai orang Asli. Antara yanag masih wujud di Malaysia
ialah orang Asli Negrito, Senoi, Jakun dan Temuan. Apabila
petempatan Melayu-Proto ini terpisah-pisah, bahasa yang
dituturkan oleh mereka berkembang dan melahirkan dialek-dialek
dan bahasa berlainan.
 Golongan Melayu-Deutro pula telah menurunkan orang Melayu
moden. Mereka dikatakan mempunyai peradaban yang lebih
tinggi daripada Melayu-Proto. Golongan ini lebih pandai dan
berkemahiran jika dibandingkan dengan Melayu-Proto. Mereka
telah membina petempatan di pesisir pantai dan menetap di situ.
 Melayu-Deutro juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam
bidang pelayaran . Dengan kemahiran ini, mereka telah membuka
petempatan-petempatan baharu di kepulauan Melayu dan
mereka terus berkembang di kawasan tersebut.
 Hipotesis pertama ini agak meragukan dari segi tarikh berlakunya
penghijrahan. Dikatakan bahawa tarikh penghijrahan kedua-dua
kelompok ini ternyata bercanggah daripada bukti arkeologi
bahawa manusia moden telah menghuni Alam Melayu sejak
35000 tahun yang lalu.
 Jika benar kelompok Melayu berasal dari selatan China, sudah
pasti kelompok induknya di selatan China ini mempunyai
persamaan dari segi bahasa pertuturan atau kebudayaan yang
asas. Namun, daripada penelitian yang dilakukan terhadap
kelompok yang kini tinggal di kawasan tersebut, tiada satu pun
yang mempunyai ciri persamaan dengan rumpun Melayu di alam
Melayu.
 Para sarjana yang tidak bersetuju dengan pendapat yang
menyatakan bahawa kelompok Melayu berasal dari kawasan Asia
Tengah telah mengemukakan hipotesis kawasan Nusantara.

You might also like