You are on page 1of 5

TUTORIAL 2

BMMB3136 : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Tarikh : 21 Januari 2021


Hari : Khamis
Kumpulan : PISMP C1
Semester / Tahun : 2/4
Tajuk Tutorial : Masyarakat Melayu
Oleh : Muhammad Farizuan bin Mohd Faizol

Arahan Tugasan:
1. Jelaskan takrif Melayu mengikut perlembagaan.
2. Berdasarkan carian internet, bincangkan satu teori mengenai asal usul bangsa Melayu.
3. Merujuk buku rujukan dan carian internet, bincangkan latar belakang orang Melayu secara
lebih mendalam. Gunakan templet dalam gc dan tuned in jawapan anda. Terima kasih.

Jawapan:
1. Definisi Melayu diperincikan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan:

“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa
Melayu, menurut adat Melayu dan-
a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir
sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di
Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di
Singapura; atau
b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian

Menurut Nisar Mohammad Ahmad (2020), Melayu dan Islam adalah dua elemen penting
yang menjadi perkara utama diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Taksiran ini
bermaksud seseorang Melayu dipanggil Melayu sekiranya mereka beragama Islam, jika
berkahwin dengan bangsa lain, jika anak beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan
mengamalkan cara hidup Melayu. Adalah berkemungkinan ini sebabnya Jabatan
Pendaftaran Negara meletakkan kaum Melayu itu sebagai Melayu sekiranya mereka
bergama Islam. Jika mereka memohon untuk bertukar agama sekali pun, mahkamah sukar
menerimanya kerana tidak dapat menetapkan kaum apakah mereka itu sekiranya mereka
telah keluar dari islam.
2. Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Sejak sekian lama,
pelbagai teori menafikan hakikat masyarakat Melayu berasal dari alam kepulauan Melayu
yang ditampilkan oleh ramai sarjana dan sejarawan Barat. Walaupun terdapat beberapa
kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, namun kata sepakat antara sarjana masih
belum dicapai. Disebabkan tiada kepakaran bagi menyelidik kesahihannya berpuluh tahun
lalu, teori itu diterima dan 'menyubur' di kalangan sebilangan besar masyarakat ketika itu.
Namun, Siti Haliza (2015) menyatakan bahawa terdapat beberapa teori mengenai asal usul
bangsa Melayu, iaitu:

a) Bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)

Beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern dan Robert von Heine Geldern
melakukan penyelidikan secara kasar mengenai latar belakang dan pergerakan
masyarakat Melayu kuno dan menyimpulkan mereka ialah kelompok manusia yang
berasal dari daerah Yunnan di China dan kemudian berhijrah dalam bentuk beberapa
gelombang pergerakan manusia sebelum menduduki wilayah Asia Tenggara.

Teori ini disokong beberapa sarjana atas alasan-alasan berikut:

i. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu.
Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke
Kepulauan Melayu.
ii. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
iii. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja.

Tambahan lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan


dengan menyusuri sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa
Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini
merupakan teori yang popular yang diterima umum, misalnya dalam buku Teks
Pengajian Malaysia turut menyatakan bahawa ‘nenek moyang’ orang Melayu itu adalah
berasal dari Yunnan. Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan
ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama, iaitu orang Negrito, Melayu
Proto dan Melayu Deutro.
b) Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

Teori ini disokong oleh sarjana-sarjana seperti J. Crawfurd, K. Himly, Sutan Takdir
Alisjahbana dan Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan alasan berikut:

i. Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi


Pada abab ke 19, taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya
yang lama. Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berasal dari
mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
ii. K. Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa bahasa
Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa. Menurutnya, persamaan
yang berlaku pada kedua-dua bahasa tersebut adalah disebabkan fenomena
‘ambilan’.
iii. Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa ini menunjukkan bahawa adanya
kemungkinan orang Melayu itu berketurunan daripada manusia kuno tersebut,
iaitu berasal dari Jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian.
iv. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia) mempunyai perbezaan yang ketara
dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

c) Teori Out of Sundaland

Menurut Anwar Omar. (2011), teori popular penghijrahan dari Taiwan ke Alam
Melayu oleh pakar linguistik, Robert Blust dan ahli arkeologi, Peter Bellwood
(1999), bersandarkan pada Formosan iaitu bahasa yang ditutur puak etnik di
Taiwan dan bukti antikuiti di Bellwood melalui artifak neolitik yang ditemui di
Filipina.

Blust membuat rumusan bahasa Austronesia yang termasuk dalam


bahasa Melayu Polinesia berasal dari Taiwan berdasarkan sembilan cabang
bahasa Austronesia yang dikesan di negara itu. Bahasa Austronesia tersebar ke
Asia Tenggara dan Kepulauan Polinesia disebabkan berlakunya penghijrahan
keluar penuturnya dari Taiwan sekitar 10,000 ke 6,000 Sebelum Masihi (SM).
Rujukan:

Anwar Omar. (2011). Asal-Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnya. Jurnal Melayu, 7.
1-82.

Ghani, M. F. (2018). Konsep Alam Melayu Dari Sudut Sejarah. MyNewshub.


https://www.mynewshub.tv/utama-sensai/konsep-alam-melayu-dari-sudut-sejarah/

Hishamudin Rais. (2019). Melayu itu apa?. Malaysiakini.


https://www.malaysiakini.com/columns/458559

Nisar Mohammad Ahmad. (2020). Definisi Melayu Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
dan Kesannya Terhadap Kefahaman dan Amalan Ajaran Islam di Malaysia. Jurnal Sains
Insani, 5(2). 9-16.

Siti Haliza. (2015). Asal usul Melayu. BH Online.


https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/41009/asal-usul-melayu

You might also like