You are on page 1of 57

BAB 1

SEJARAH PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MALAYSIA
PENGENALAN
 Suatu ketika dahulu, Tanah Melayu merupakan sebuah tempat yang menjadi tumpuan para pengembara dan pelayar kerana fungsinnya
sebagai sebuah pusat perdagangan.
 Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Tanah Melayu dahulunya terkenal sebagai sebuah tempat persinggahan dan penempatan bagi orang - orang
daripada pelbagai budaya dan asal usul.
 J.S.Furnivall (1967) merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan
Burma.
 Menurut beliau (1967), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam
yang tersendiri.
 Zaman paling penting dalam menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Malaysia adalah sekitar tahun 1786 hingga 1914.
 Masyarakat majmuk di negara ini wujud apabila berlakunnya kemasukan imigran - imigran dari China, India dan kepulauan sekitar
Nusantara telah menjadi titik tolak kepada proses pembentukan masyarakat majmuk di negara ini.
 Pengaruh imigran - imigran di Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu sekali gus cara hidup masyarakat Melayu
pada ketika itu dan juga telah membentuk satu konsep masyarakat yang baharu, iaitu konsep masyarakat majmuk hasil daripada wujudnya
kepelbagaian budaya, seterusnya diasimilasikan ke dalam sistem sosial di Tanah Melayu.
1.1 Sejarah Masyarakat Malaysia
 Sebelum abad ke-19 ,majoriti masyarakat di negeri-negeri Melayu yang berbangsa Melayu berasal dari Kepulauan
Melayu.Komposisi masyarakat di Tanah Melayu mula berubah dengan kemasukan imigran dari negara China dan
India yang bermastautin di negeri-negeri Melayu.

 Mereka telah berhijrah untuk memulakan kehidupan baharu di negara ini atas tujuan mencari rezeki dan mengumpul
kekayaan sebagai bekalan,setelah kembali semula ke negara asal mereka.

 Kedatangan Inggeris yang berjaya menawan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819 telah
mengubah scenario penghijrahan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. Kemasukan imigran Cina dan India
secara besar-besaran,kerana mereka amat diperlukan untuk menamoung keperluan kegiatan ekonomi,terutamanya
dalam industry bijih timah dan getah.
Kehadiran imigran yang berbilang kaum

 Kehadiran imigran yang berbilang bangsa telah membentuk masyarakat majmuk di negara ini.

 Kemasukan buruh-buruh Cina dikaitan dengan perlombongan bijih timah. Orang-orang Cina mewujudkan institusi
social dan amalan adat istiadat tersendiri berdasarkan puak-puak daripada suku etnik Hakka,Hailam dan Kwantung.
Sistem Kangchu merupakan salah satu cara berkesan yang digunakan oleh pemerintah untuk mentadbir orang-orang
Cina di Johor.

 Kemasukan buruh India pula berkait rapat dengan perkembangan penanaman kopi dan getah. Kebanyakan mereka
bekerja di jabatan-jabatan kerajaan ,membina jalan raya dan landansan kereta api. Ada juga sebahagian kecil daripada
mereka menjadi guru, peguam dan doctor.

 British juga telah memperkenalkan sistem yang lebih sistematik untuk memastikan bekalan buruh daripada kalangan
imigran ini beterusan yang memberikan jaminan keselamatan nyawa dan harta benda yang juah lebih baik dari negara
asal mereka.
Kehadiran imigran Cina dan India
 Kehadiran imigran Cina dan India juga didorong oleh faktor penolak dari negara asal mereka sendiri. Di
China,ketidakstabilan politik dan ekonomi telah berlaku hingga mengakibatkan ramai dalam kalangan
mereka berhijrah keluar dari China. Begitu juga dengan imigran India,mereka turut menghadapi masalah
kemiskinan dan kebuluranyang berleluasa.

 Pada masa tersebut,muncul beberapa faktor penolak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu akibat
tekanan hidup yang berlaku di China.Pemberontakan anti-Manchu telah berlaku ,jumlah penduduk
semakin ramai,sedangkan pengeluaran makanan lambat bertambah.

 Kesan-kesan kewujudan masyarakat majmuk yang terbentuk oleh masyarakat Cina,India dan Sikh yang
masing-masing mengamalkan sistem sosial yang digelar ‘Kongsi Gelap’.

 Sistem perhubungan juga meningkat maju akibat pembinaan jalan raya ,landasan kereta api,pelabuhan
dan telegraf untuk memudahkan penghantaran bijih timah,getah dan sebagainya terus ke pelabuhan.
 Hal ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang dikenal pasti dari aspek penempatan dan aktiviti
ekonomi kesan daripada dasar pecah dan perintah oleh penjajah British.

 Maka,wujudlah persaingan antara ketiga-tiga kaum Melayu,Cina dan India. Akibat kemasukan semua
imigran ini ke Tanah Melayu ,maka bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang
kaum.

 Penghijrahan imigran-imigran ini juga telah menyebabkan wujudnya kelompak baharu dalam masyarakat di
negara ini.Sebagai contoh,hasil daripada penghijrahan orang Cina dan India ke negara ini telah wujud
kelompok seperti ‘Baba dan Nyonya’ yang berketurunan  Cina dan kelompok ‘Chitty’ yang berketurunan
India.

 Kesimpulannya,kemasukan orang Cina dan India menyebabkan terbentuknya masyarakat majmuk di negara
ini.
 
MASYARAKAT MELAYU DAN PERIBUMI DI SEMENANJUNG
MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK

 Penduduk asal negara dan peribumi di Semenanjung Malaysia terdiri daripada orang Melayu dan orang Asli.
 Orang Asli terbahagi kepada tiga suku bangsa utama, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli
 Orang – orang Asli ini menghuni di semua negeri Semenanjung kecuali Pulau Pinang dan Perlis.
 Orang Melayu ialah kelompok penduduk terbesar yang tinggal di Semenanjung dan terdapat sebahagiannya menghuni di Sarawak dan
Sabah.
 Orang Melayu telah bermastautin di Semenanjung sejak 2500 Sebelum Masihi (MS).
 Terdapat juga kaum Melayu yang tinggal di selatan Thailand, Filipina dan di merata - rata tempat di Nusantara dengan menggunakan
bahasa Melayu iaitu kelompok bahasa Austronesia.
 Sejarah Orang Melayu sering dikaitkan dengan kumpulan Orang Melayu Asli atau Orang Melayu Proto.
 Sebelum kedatangan agama Hindu dan Buddha, masyarakat Melayu mengamalkan sistem kepercayaan primitif iaitu animisme.
 Kedua – dua agama tersebut mempercayai bahawa setiap benda mempunyai jiwa, roh atau semangat yang mempunyai perwatakan sendiri
yang dapat mendatangkan kesan baik atau buruk kepada pengamalnya.
 Penulisan tentang Orang Melayu bermula pada abad ke-15, iaitu pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka yang merakamkan
undang - undang serta sistem pentadbiran yang sistematik seperti Undang - Undang Melaka dan Undang - Undang Laut Melaka.
 Struktur pentadbiran tradisional ini telah menjadi landasan kepada pembentukan negara bangsa dalam sejarah ketamadunan Malaysia.
 Salah satu ciri penting politik peribumi Melayu yang kekal hingga kini ialah Sistem Beraja.

 Sistem ini kekal kerana wujudnya hubungan institusi raja dengan sistem tradisi masyarakat Melayu yang
berpegang kepada agama Islam, adat istiadat melayu dan raja - raja serta bahasa Melayu dan unsur - unsur
ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada ciri - ciri Perlembagaan Malaysia hingga sekarang.
ASAL USUL MASYARAKAT MELAYU
 Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar untuk ditentukan dengan tepat, walaupun terdapat beberapa
kajian dilakukan bagi menjelaskan isu ini kerana kata sepakat antara sarjana masih belum dicapai.
 Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu bangsa Melayu yang berasal dari Yunan (Teori
Yunan) dan bangsa Melayu yang berasal dari Nusantara (Teori Nusantara).
 Selain itu, wujud pendapat yang mengatakan bahawa orang Minangkabau berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu
bangsa ARK yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang semasa banjir besar berlaku di bumi. Namun,
pendapat ini masih belum sah sebagai bukti yang kukuh.
 Alasan - alasan yang menyokong teori R.H.Geldern, J.H.C Kern, J.R. Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar
adalah seperti berikut:
a) Kapak Tua yang mirip dengan Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu – Berlakunya imigrasi penduduk dari
Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
b) Adat resam bangsa Melayu mirip dengan suku Naga di daerah Assam – Berhampiran dengan sempadan India dengan
Myanmar.
c) Bahasa Melayu serumpun dengan bahasa di Kemboja – Lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari
daratan Yunan dengan menyusuri sungai Mekong.
 Berdasarkan teori ini, orang Melayu dating dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama, iaitu:
i. Orang Negrito
ii. Melayu Proto
iii. Melayu Deutero
ORANG NEGRITO
 Orang Negrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu dan dipercayai berasal daripada golongan Austronesia
di Yunan.
 Mereka dikatakan berada di Kepulauan Melayu sejak 1000SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan.
 Menerusi orang Negrito ini, diperturunkan pula orang Semang, Kensiu dan Bateq yang mempunyai ciri - ciri fizikal, iaitu
berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
 Keturunan ini telah berkembang sebagai orang Asli di Semenanjung Malaysia, orang Dayak di Sarawak dan orang Batak di
Sumatera.
MELAYU PROTO

 Orang Melayu yang kedua pula ialah Melayu Proto.


 Mereka dikatakan berasal dari Asia Tengah.
 Perpindahan mereka diperkirakan sekitar tahun 2500SM (Karl Anderbeck, 2002).
 Peradaban mereka lebih maju daripada orang Negrito.
 Orang Melayu Proto lebih pandai membuat alat untuk bercucuk tanam, membut barang pecah belah, dan alat perhiasan.
 Kehidupan mereka berpindah - rendah dan zaman mereka dikenali sebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.
MELAYU DEUTERO
 Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia selepas perpindahan pertama (Melayu Proto) dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada
tahun 1500SM (Karl Anderbeck, 2002).
 Mereka dinamakan Melayu Deutero dan mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu Proto.
 Melayu Deutero telah mengenal kebudayaan logam yang Ketika itu dikenali Zaman Logam.
 Mereka menggunakan alat perburuan dan pertanian yang diperbuat daripada besi.
 Mereka tinggal di persisiran pantai dan tersebar hamper ke seluruh Kepulauan Melayu.
 Kedatangan orang Melayu Deutero dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang Melayu Proto ke Kawasan pedalaman,
sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah - rendah dan ini juga berbeza dengan cara hidup orang melayu Deutero yang
berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat.
 Ada sebahagian daripada mereka tinggal di tepi pantai dan bekerja sebagai nelayan.
 Sebahagiannya lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.
 Mereka hidup sebagai petani dan melakukan aktiviti memburu binatang serta orang melayu Deutero juga amat pandai bersosial.
 Seorang ketua dipilih sebagai ketua pemerintah dan sekali gus menjadi ketua agama animism.
 Keturunan orang Melayu Deutero dikatakan lebih bijak dan mahir daripada orang Melayu Proto dan mereka juga bijak dalam bidang
astronomi , pelayaran dan pertanian (bercucuk tanam).
 Bilangan mereka lebih ramai daripada orang Melayu Proto dan mereka juga menduduki di kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
 Menurut Harun Aminurrashid (1996) melalui tulisannya iaitu “bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara Teori Nusantara.
 Teori ini disokong oleh sarjana - sarjana berikut seperti J.Crawfurd, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan Gorys Keraf
dengan alasan - alasan yang berikut:

a) Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
berkembangnya sesuatu budaya dalam tempoh yang agak lama. Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu tidak
berasal dari mana-mana negara, tetapi berasal dan berkembang semata-mata di Nusantara.
b) K. Himly (1920) tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu datang daripada rumpun
bahasa Champa (Kemboja). Baginya, persamaan yang berlaku terhadap kedua-dua bahasa tersebut adalah secara fenomena
"ambilan“.
c) Manusia kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Penemuan manusia kuno di Pulau Jawa
menunjukkan bahawa ada kemungkinannya orang Melayu berasal daripada keturunan manusia kuno ini dengan kewujudan
tamadun yang tersendiri.
d) Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-
Eropah).
MASYARAKAT MELAYU DI SEMENANJUNG
 Di Malaysia, penduduk peribumi (bumiputera) kebanyakannya bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan
mengikuti adat istiadat Melayu.
 Bahkan orang bukan peribumi, contohnya orang berketurunan Minang, Jawa, Aceh, Bugis, Mandailing dan lain-lainnya
yang telah berkahwin dengan orang Melayu di Tanah Melayu juga diterima sebagai orang Melayu.
 Sebahagian besar daripada penduduk Melayu tinggal dan menetap di kawasan desa, seperti di perkampungan. Pada
masa duhulu, sesebuah kampung Melayu merupakan satu unit politik, ekonomi, genealogi dan keagamaan.
 Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoriti dalam kalangan mereka menjalankan aktiviti pertanian dan
menangkap ikan.
 Penguasaan ekonomi dalam kalangan orang Melayu di bandar secara relatifnya masih rendah jika dibandingkan dengan
penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan peribumi, terutamanya masyarakat Tionghoa.
 Namun kini telah ramai orang Melayu yang berjaya dalam sektor perniagaan dan menjadi ahli korporat.
 Orang Melayu hampir keseluruhannya beragama Islam tetapi sisa- sisa unsur hinduisme dan animisme masih dapat
dilihat dalam sistem kepercayaan mereka.
 Unsur kepercayaan tersebut sukar untuk dihapuskan seluruhnya.
 Proses sinkretisme terjadi, iaitu unsur kepercayaan sebelum Islam diterap secara laten (tersembunyi) dan kemudiannya
disesuaikan dengan unsur-unsur Islam.
 Proses ini jelas dapat ditemukan dalam ilmu perbomohan Melayu (pengubatan tradisional) dan dalam beberapa upacara
adat istiadat Melayu.
 Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur luar, selaras dengan kedatangan
pengaruh Hindu, Islam dan Barat ke Alam Melayu dan juga dalam sistem pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat
yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam adalah dibenarkan.
 Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur luar, selaras dengan kedatangan
pengaruh Hindu, Islam dan Barat ke Alam Melayu.

 Dalam sistem pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam adalah
dibenarkan.
 Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan pelbagai unsur tempatan dan
luar.
 Dalam masyarakat Melayu, kesenian dibahagikan kepada dua, iaitu:

a) Seni persembahan (tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, kuda kepang,
permainan tradisi).
b) Seni tampak (seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain).
MASYARAKAT MALAYSIA
BUMIPUTERA: Penduduk asal Malaysia yang dijamin oleh Perlembagaan contohnya orang Melayu,
Asli, Murut, Iban, Kadazan dan lain-lain.

BUKAN BUMIPUTERA: Bukan Penduduk asal terdiri daripada kaum Cina, India, Sikh dan kaum
minoriti yang lain.
ORANG MELAYU
MELAYU ANAK JATI MELAYU ANAK DAGANG MELAYU KACUKAN
Kallang dan Orang Sabimba Aceh Jawi Peranakan / Jawi
Orang Gergasi Ambon Pekan / Peranakan Kling
Orang Laut - Orang Biduanda Banjar Peranakan Arab

Orang Laut - Orang Selat Batak Peranakan Cina


Orang Sakai Laut Bawean / Boyan Peranakan Parsi
Orang Siam Asli Bugis Peranakan Turki
Suku Melayu Johor Cham Samsam / Sam-sam
Suku Melayu Kedah Jawa
Suku Melayu Kelantan Kerinci
Suku Melayu Melaka Mandailing
Suku Malayu Pahang Melayu Deli
Suku Melayu Palembang Melayu Jambi
Suku Melayu Patani Melayu Palembang
MASYARAKAT SABAH
 Terdapat beberapa kaum yang menjadi majoriti penduduk Sabah, iaitu kaum Dusun, Kadazan, Bajau, Iranun dan lain-lain lagi. Kaum-kaum
ini berada di daerah yang berbeza dan lazimnya berkelompok mengikut suku kaum mereka.
 Jelasnya, banyak rumpun dan suku penduduk di Sabah sememangnya berasal dari suku kaum Tatana, Rungus, Cocos, Baukan dan
sebagainya.
 Pada awal kurun ke-19, setiap masyarakat peribumi di negeri ini mempunyai organisasi sosial yang tersendiri.
 Pembentukan organisasi sosial masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran, interaksi dengan dunia luar dan peredaran
masa.
 Cara hidup dan budaya masyarakat Sabah begitu kompleks dan ditunjangi oleh kepercayaan terhadap alam sekitar.
 Ketika itu, masyarakat Sabah sebahagian besarnya masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme.
 Mereka percaya kepada benda-benda hidup di sekeliling yang kelihatan unik dan asing bagi mereka seperti pokok-pokok besar, batu, gua,
tangkal, sungai dan sebagainya.
 Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai semangat, roh spiritual yang boleh membawa nasib yang baik atau sebaliknya.
 Misalnya, masyarakat Sabah akan mengadakan perayaan upacara memuja semangat padi pada hari Pesta Menuai.
 Selain animisme, terdapat sebahagian besar masyarakat Sabah yang menganut agama lain seperti Kristian dan
Islam.
 Bahasa pertuturan di Sabah ialah bahasa kaum mereka, seperti bahasa Sungai, bahasa Kadazan, bahasa Dusun dan
sebagainya tetapi mereka tetapi menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi.
 Pada awal abad ke-19, masyarakat Sabah kebanyakannya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi kerana anak-
anak mereka diajar untuk Bertani dan diajar bekerja di bendang, ladang, bercucuk tanam, menjala ikan dan
sebagainya.
 Anak perempuan pula lazimnya diajar untuk membantu ibunya melakukan kerja-kerja rumah. Malahan pada waktu
itu, kebanyakan anak perempuan telah dikahwinkan pada usia yang masih muda.
MASYARAKAT SARAWAK
 Pada awal kurun ke-19, penduduk peribumi Sarawak terdiri daripada empat kumpulan etnik terbesar, iaitu Bidayuh, Iban, Melayu dan Melanau
dan terdapat juga subteknik seperti Kenyah, Ukit, Penan, Lahanan dan sebagainya.
 Namun, terdapat perbezaan dari segi terminologi unsur-unsur keagamaan dan tafsiran konsep.
 Masyarakatnya juga masih mengamalkan kepercayaan animisme, percaya kepada tangkal serta hukum alam semula jadi yang banyak
mempengaruhi kepercayaan dan amalan mereka.
 Masyarakat Sarawak sebahagian besarnya memuja semangat-semangat objek, alam sekeliling dan sebagainya.
 Misalnya, terdapat amalan 'potong kepala' bagi kaum Dayak Iban.
 Orang Iban amat terkenal dengan amalan memburu dan memenggal kepala dan mereka mempunyai reputasi yang menakutkan sebagai puak
yang kuat dan berjaya dalam peperangan pada zaman purba.
 Orang Iban juga mempercayai kewujudan berbagai-bagai semangat (antu) dan tuhan-tuhan (petara).
 Sesungguhnya melalui amalan agama dan kepercayaan inilah yang telah menjadi unsur dalam penyatuan masyarakat di Sarawak.
 Dari segi pendidikan, masyarakat di Sarawak tidak mempunyai sistem pendidikan yang formal tatepi mereka lebih mementingkan pendidikan
yang bersifat tradisional.
1.3 Sejarah Kemasukan Kaum Cina
Kaum Hokkien Kaum Kantonis dan Hakka
• Menjadi pedagang dan peniaga. • Satu ketika dahulu kaum ini
• Menetap di pelabuhan – pelabuhan merupakan pelombong dan
penting seperti Pulau Pinang , Melaka bertumpu di kawasan
dan Singapura. pelombongan biji timah.

Komposisi Penduduk

Kaum Teochew
• Menjadi pedagang dan pertanian Kaum Hailam
• Menetap di Johor dan Seberang Perai di • Sebagai buruh , lading dan kedai- kedai
kawasan Pantai Perak. makan
1.3.1 Faktor Kemasukan Kaum Cina

Sosial Ekonomi

Faktor penolak
kemasukkan kaum cina

Korupsi politik
Kekacauan
di China
 Pertanian tidak dapat dijalankan akibat bencana alam dan mengakibatkan berlaku
kebuluran teruk kerana kekurangan bekalan makanan.

 Pertambahan penduduk yang tidak seimbang dengan pembukaan tanah pertanian turut
menyebabkan hasil pertanian tidak mencukupi.

 Contohnya, penduduk Cina yang berjumlah 181 juta orang pada tahun 1751 telah
bertambah menjadi 432 juta orang pada tahun 1851.

 Dinasti Manchu yang menguasai China pada tahun 1644 mengamalkan dasar
diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan.

 Orang-orang Cina yang tidak bepuas hati sering melancarkan pemberontakan untuk
menggulingkan Kerajaan Manchu.

 Salah satu pemberontakan yang terkenal ialah Pemberontakan Taping (1850-1864)


tetapi masih gagal untuk menggulingkan Kerajaan Manchu.
Faktor penarik kemasukkan
kaum cina

Perkembangan
ekonomi yang pesat di Kestabilan Politik
Tanah Melayu
 Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu.

 Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah ialah salah satu faktor
yang penarik

 Di samping peluang-peluang perniagaan yang banyak dan boleh diterokai, khususnya di


kawasan bandar. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah sistem Kangchu di Johor
telah menggalakkan lagi kemasukan orang-orang Cina.

 British menggalakkan kedatangan orang-orang Cina dengan menyediakan pelbagai


kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya untuk memenuhi keperluan tenaga
buruh yang banyak.

 Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah menjamin lagi kestabilan politik di


Tanah Melayu.
1.3.2 CARA KEMASUKAN KAUM CINA

Cara Kedatangan

Sistem tiket Sistem Cara


kredit Kangchu Persendirian
 Kedatangan buruh dari china secara besar-besaran bermula sejak  awal abad ke-19. Kebanyakan
mereka berasal dari wilayah selatan China. Kerajaan British di Tanah Melayu telah mewujudkan
jawatan pegawai pelindung buruh dari China pada Mac 1872. Pegawai pelindung bertanggungjawab
mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.

 Imigran Cina yang ingin datang ke Tanah Melayu akan dikumpulkan oleh ketua yang digelar Kheh-
Thau adalah orang yang bertanggungjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum
dibawa ke pelabuhan.  Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian serta mereka
perlu bekerja untuk satu tempoh tertentu sehingga hutang dapat dilunaskan oleh majikan. Setiap
imigran dibekalkan satu tiket yang menunjukkan pelabuhan yang perlu mereka tuju serta keterangan
sama ada mereka bebas atau berhutang .

 Mereka masuk atau datang ke Tanah Melayu melalui bantuan daripada rakan atau ahli keluarga, malah
segala perbelanjaan ditanggung oleh mereka sendiri .Manakala , sistem kangchu adalah antara sistem
pertanian yang unik di negeri Johor. Sistem ini menggunakan sistem pajakan tanah kepada pengusaha
yang datang dari China.
1.3.3 Suku Kaum Cina Di Tanah Melayu
Orang Teochew
Orang Hokkien  Mereka tertumpu kepada kegiatan
 Kebanyakan mereka terlibat dalam pertanian dan perdagangan.
perdagangan dan perniagaan.

Suku Kaum Cina

Orang Hailam
Orang Kantonis dan Hakka  kebanyakan bekerja sebagai orang gaji di
 Mereka bekerja sebagai pelombong.
rumah-rumah orang British sebelum Perang
 Orang Kantonis sangat Mahir dalam
Dunia Pertama.
bidang pertukangan seperti
 Mereka juga menjadi buruh di ladang getah
pertukangan kayu, kasut dan besi.
serta membuka kedai-kedai minuman dan
pembekal keperluan domestic.
1.3.4 Bilangan / Komposisi Penduduk Kaum Cina

 Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu.
Suku kaum Cina terbesar ialah orang Hokkien, iaitu sebanyak 32.4% (380 627 orang) daripada jumlah
penduduk Cina (1 174 777 orang) di Tanah Melayu pada tahun 1921.

 Kumpulan kedua terbesar ialah orang Kantonis yang membentuk 28.3% (332 461 orang), diikuti oleh
orang Hakka iaitu sebanyak 18.6% (218 508 orang), 11.1% (129 225 orang) orang Teochew, 5.9% (69
311 orang) orang Hailam dan 3.7% (43 466 orang) bagi lain-lain suku kaum Cina.

 Mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang
Melayu yang hanya 41% pada tahun tersebut.

 Selepas perang Dunia Kedua, sebanyak 74.7% daripda bilangan orang Cina dilahirkan Tanah Melayu dan
membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
 
1.5 Masyarakat Majmuk dan Dasar Inggeris

Masyarakat Majmuk
dan Dasar Inggeris

Politik Ekonomi Sosial


SEJARAH KEMASUKAN KAUM INDIA
• Orang-orang India dipercayai telah tiba di Tanah Melayu sebagai pedagang sejak 2,000 tahun yang lalu.
• Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah Melayu sebagai suvarnabumi atau Tanah Emas.
• Mereka hanya berhijrah secara beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan
perusahaan getah di Tanah Melayu yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh.
• Hampir semua orang India yang berhijrah masuk ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan, terutamanya dari wilayah Madras
(Tamil Nadu) dan di India Utara dari Punjab menceburi industri getah pada ketika itu.
• Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah semakin bertambah setelah pembukaan negeri Pulau Pinang pada
tahun 1786 dan Singapura pada tahun 1819. Selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826, pihak British telah
membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam dan jalan raya di Negeri-Negeri
Selat.
• Kemasukan orang-orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah.
• Selain menceburkan diri dalam perusahaan getah, orang India juga telah menyumbangkan tenaga profesional mereka dalam
perkhidmatan awam seperti guru, doktor, kerani dan lain-lain.
FAKTOR KEMASUKAN KAUM INDIA

• Penjajahan Inggeris ke atas Negeri-Negeri Selat telah menyebabkan berlakunya senario penghijrahan kaum India ke
Tanah Melayu yang amat hebat ketika itu. Kerajaan British telah menggalakkan kemasukan imigran India secara
besar- besaran kerana British amat memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk menampung keperluan dalam
industri getah. Terdapat beberapa faktor penolak dan penarik yang mendorong kedatangan dan kemasukan
imigran-imigran India ke Tanah Melayu.
FAKTOR PENOLAK FAKTOR PENARIK
(a) Keadaan sosioekonomi di India: (a) Perkembangan perusahaan getah:
 Bencana alam seperti kemarau yang berlaku secara  Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya
berterusan di India telah memberikan penderitaan dalam sektor pertanian telah menggalakkan
kepada penduduknya kerana hasil pertanian kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu.
mereka tidak mencukupi untuk menampung  Keperluan tenaga buruh yang tinggi dalam sektor
sumber makanan. pertanian di Tanah Melayu seperti tanaman getah,
 Hal ini telah mengakibatkan berlakunya kira-kira 30 tebu, kopi dan sebagainya menjadi faktor utama
peristiwa kebuluran pada pertengahan abad ke-19. kemasukan orang India ke negara ini.
 Kebanyakan petani di India terpaksa
mengusahakan tanah yang disewakan oleh tuan- (b) Galakan daripada Kerajaan British:
tuan tanah.  Pihak British memberikan galakan kepada buruh
 Mereka telah dikenakan cukai yang tinggi. India untuk memasuki perkhidmatan awam,
 Pertambahan penduduk yang tinggi menyebabkan seperti pekerjaan di Jabatan Keretapi dan Jabatan
taraf hidup orang India semakin teruk. Kerja Raya.
 Penindasan dalam sistem kasta turut mendorong  Pada tahun 1920-an, kestabilan politik di Tanah
orang-orang India berhijrah ke Tanah Melayu. Melayu telah mendorong kedatangan orang-orang
India dan kewujudan koordinasi antara Kerajaan
British di Tanah Melayu dan Kerajaan British di
India telah memudahkan lagi kemasukan orang
India di Tanah Melayu
CARA KEMASUKAN ORANG INDIA

(a) Sistem buruh kontrak


Sistem buruh kontrak telah diperkenalkan sejak tahun 1820. Buruh-buruh India telah diambil untuk bekerja di ladang tebu dan
kopi. Menerusi sistem ini, pemilik sesebuah ladang getah akan membuat pesanan buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini
akan pergi ke kampung-kampung dan mengumpulkan buruh-buruh India yang ingin datang ke Tanah Melayu. Tambang pelayaran
buruh-buruh itu akan dibiayai oleh majikan-majikan yang membuat pesanan tersebut. Setibanya di Tanah Melayu, buruh-buruh
itu diserahkan kepada majikan. Mereka perlu menandatangani satu kontrak untuk bekerja dengan majikan itu selama 5 tahun
dengan suatu gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya diberikan layanan yang teruk. Mereka dipaksa bekerja selama 9-
10 jam sehari dan 6 hari seminggu dengan gaji yang rendah dan jika pekerja jatuh sakit, dia tidak mendapat gaji. Di samping itu,
mereka juga terpaksa membayar sebahagian daripada gaji mereka untuk menjelaskan tambang perjalanan. Pada tahun 1910,
sistem ini dihapuskan.

(b) Sistem Kangani


Sistem ini telah diperkenalkan pada tahun 1898. Melalui sistem ini, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan
menghantar seorang Kangani atau mandur dari ladangnya ke India. Kemudian, Kangani ini akan balik ke kampung halamannya di
India untuk mengumpulkan saudara-mara, sahabat ataupun penduduk yang ingin berhijrah ke Tanah Melayu. Kangani akan
membayar tambang dan lain-lain perbelanjaan bagi setiap buruh setelah tiba di ladang majikan. Di ladang, buruh-buruh tersebut
bekerja di bawah jagaan Kangani yang mereka kenal dan dilayan dengan baik.
 Pada tahun 1907, Tabung Imigrasi diwujudkan oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk membiayai kos pengambilan
buruh India. Melalui tabung ini, majikan dikehendaki membayar kos pelayaran serta gaji bagi tempoh setahun untuk setiap
buruh India. Sistem Kangani juga mempunyai kelemahannya. Setiap Kangani dibiayai mengikut bilangan pekerja yang
diambil. Oleh itu, ada dalam kalangan mereka cuba membawa masuk seberapa ramai pekerja dari India. Lama- kelamaan,
mereka juga menjadi ejen dalam sistem buruh kontrak. Pada tahun 1938, sistem Kangani telah dimansuhkan akibat
kemelesetan ekonomi sehingga menyebabkan permintaan buruh dari India dikurangkan.
SUKU KAUM INDIA DI TANAH MELAYU
(a) Orang Tamil - mereka berasal daripada Tamil Nadu. Kumpulan ini telah berjumlah 82% daripada jumlah penduduk India di
Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh seperti di ladang-ladang getah dan kelapa sawit.
Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat di jabatan-jabatan kerajaan.
(b) Orang Malayali - mereka berasal daripada pantai Malabar dan dikenali juga sebagai orang Malabari. Orang Malayali
membentuk kira-kira 6% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Kebanyakan mereka bekerja di
ladang estet dan terlibat dalam perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan jawatan-jawatan profesional.
(c) Orang Telugu - mereka berasal dari wilayah Andhra Pradesh. Orang Telugu berjumlah kira-kira 5% daripada jumlah
penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 dan bekerja sebagai buruh di ladang-ladang.
(d) Orang India Utara - mereka berasal daripada Punjabi yang terdiri daripada suku kaum Sikh, Banggali, Sindhi, Gujerati,
Parsis dan Marwaris. Kebanyakan mereka terlibat dalam bidang perniagaan, perkhidmatan kereta api, pengawal keselamatan
dan penternak lembu. Perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan
perlombongan. Ramai Orang Sikh berkhidmat sebagai pegawai keselamatan dan pasukan polis.
BILANGAN / KOMPOSISI PENDUDUK KAUM INDIA
 Jumlah orang India di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah sebanyak 172,465 orang, manakala jumlah
orang India di seluruh Tanah Melayu ialah 267,159 orang. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di
Tanah Melayu dan jumlah ini meningkat kepada 30,5219 orang di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan sebanyak 470,099
orang di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu telah meningkat kepada 621,847 orang.
Seterusnya pada tahun 1957, 62.1% kelahiran dicatatkan dan menyebabkan peningkatan seramai 695,985 orang (11%
daripada penduduk Tanah Melayu) (Hairi Abdullah, 1989).
Politik
 Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing telah berlaku sejak tahun
1874.  Sistem-sistem kemasukan seperti kontrak dan bebas adalah merupakan cara-cara orang Inggeris menggalakkan kemasukan
orang asing ke Tanah Melayu.  Pada tahun 1930an, Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak
menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.  Perkara ini amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan
oleh orang Inggeris kepada pendatang asing ke Tanah Melayu sebelumnya.

 Pada tahun 1930an juga undang-undang imigrasi menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu.  Tiada sekatan
terhadap kemasukan orang asing ke Tanah Melayu sebelum undang-undang imigrasi pada tahun 1930an kerana keperluan Inggeris
untuk mendapatkan tenaga buruh bagi merancakkan ekonomi perlombongan, peladangan dan pembinaan prasarana baru seperti
pembinaan jalan kereta api dan jalan raya.

 Kewujudan jabatan Pelindungan Orang Asing adalah untuk melindungi para buruh imigran daripada ditindas dan dianiaya oleh
kongsi gelap mahupun majikan.  Jabatan Pelindungan Orang Asing yang dilindungi oleh pemerintah Inggeris terhadap buruh-
buruh asing  menunjukkkan seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing.  Tindakan dan dasar kerajaan
Inggeris  mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.

 Kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh
imigran diperkukuhkan lagi dengan adanya Jabatan Pelindungan Orang Asing.  Jabatan Pelindungan Orang Asing bukan sahaja
menggalakkan kemasukan buruh asing tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal.  Pada tahun 1927–1932
sewaktu kemelesetan ekonomi orang-orang asing hendak pulang ke negara asal mereka dan menjadi masalah kepada pemerintah
Inggeris.
Ekonomi

 Perubahan sistem sara diri kepada sistem komersial disebabkan dasar


ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas berlaku.

  Ini mengakibatkan pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan


pelombongan bijih timah telah banyak mendorong kepada wujudnya
sistem  ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh.

 Oleh itu, keperluan pemodenan prasarana baru memerlukan tenaga


buruh dan berlaku kemasukan buruh-buruh asing.
Sosial
 Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris lebih menjuruskan aspek penekanan.  Dasar ini menjelaskan bagaimana wujudnya
masyarakat majmuk di Malaysia.  Inggeris menggalakkan perbezaan kaum dan melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia iaitu
melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda.  Oleh itu, kita dapat melihat tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan
sukatan pendidikan dan pendidikan guru.  Dengan kewujudan sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan
tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia telah meninggalkan kesan keadaan ini.

 Setiap kaum mengambil inisiatif mengikut sukatan pendidikan serta mengambil guru dari negara asal mereka.  Ini jelas
menunjukkan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka.
 Sementelah orang-orang Melayu hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak
diberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akademik.  Anak-anak para bangsawan Melayu dikhaskan mendapatkan
kemahiran dan ilmu akademik.  Justeru, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka
tahu bahawa mereka masih lagi memperolehi pendidikan walaupun di negara asing.  Oleh itu, ini menjelaskan bahawa Inggeris
sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

 Di Malaysia, etnik merupakan sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian,
bahasa dan kegiatan ekonomi adalah merupakan konsep masyarakat majmuk yang merujuk kepada etnik.  Konsep-konsep ras dan
bangsa adalah konsep etnik yang mempunyai pengertian dan saling berkait rapat.  Justeru itu, menurut Mansor Abdul Rahman &
Mohamad Ainuddin (2006), ras dan bangsa memberikan tekanan kepada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi iaitu keturunan dan
pertalian darah yang sama antara sesama manusia.  Terdapat pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan tetapi di bawah sistem
politik yang sama merupakan konteks masyarakat majmuk Malaysia.
Kesimpulan

 Suku kaum cina telah wujud sejak dari zaman Tanah Melayu lagi dan telah menetap di Tanah Melayu sejak
abad ke -19.

 Mereka juga terlibat dengan pelbagai aktiviti seperti perdagangan dan


perniagaan,pelombongan,pertanian,dan buruh.

 Beberapa undang-undang juga telah dilaksanakan untuk  mengawal kemasukan buruh cina di Tanah
Melayu.
Walaupun suku kaum cina telah wujud sejak abad ke -19 lagi .Ia telah menjadikan Malaysia sebuah negara
yang berbilang kaum.

 Oleh itu,masyarakat berbilang kaum perlu bersatu padu untuk meningkatkan ekonomi negara.
LATIHAN
PENGUKUHAN
SOALAN BAHAGIAN A
1) Bilakah orang India berhijrah ke Tanah Melayu akibat pembukaan PulauPinang dan Singapura sebagai Negeri-Negeri
Selat?
A Abad ke-19
B Abad ke-18
C Abad ke-20
D Abad ke-21

2) Penduduk asal negara dan peribumi di Semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada kaum-kaum yang berikut,
KECUALI
A Proto
B Iban
C Negrito
D Sakai

3) Kemasukan kaum India ke Tanah Melayu pada kurun ke-19 telah menyebabkan...
A penutupan lebih banyak kawasan perlombongan bijih timah.
B orang Sikh dapat berkhidmat sebagai pasukan keselamatan dan polis.
C tenaga buruh dalam bidang perkeranian dan guru dihadkan kepada kaum India sahaja.
D kuasa politik kaum Cina semakin terancam.
4) Kedatangan imigran kaum Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 adalahdisebabkan oleh salah satu daripada
faktor yang berikut.
A Keperluan tenaga buruh daripada Jabatan Keretapi dan Jabatan KerjaRaya
B Keadaan politik di China yang amat stabil
C Keperluan tenaga buruh dalam sektor perlombongan bijih timah
D Keperluan tenaga buruh dalam sektor pertanian getah, tebu dan kopi

5) Suku kaum yang tinggal di Sarawak adalah seperti yang berikut, KECUALI
A Senoi
B Murut
C Iban
D Dayak

6) Suku kaum Indonesia yang berhijrah ke Malaysia adalah seperti yang berikut, KECUALI
A Bugis
B Kadazan
C Batak
D Mandailing
7) Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19 semakin meningkat untuk kegiatan penanaman lada hitam
melalui system
A Kangani
B Mandur
C Kapitalis
D Kangcu

8) Orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai etnik, KECUALI
A Malbari
B Telugu
C Ceylon
D Sindhi

9) Sebahagian besar masyarakat X memuja semangat-semangat objek dan alam sekeliling, misalnya amalan 'potong
kepala'. Selain itu, mereka mempercayai kewujudan berbagai-bagai semangat (antu) dan tuhan- tuhan (petara). Amalan ini
dikaitkan dengan kaum.
A Sikh
C Bajau
B Cina
D Iban
10) Berdasarkan Teori Yunan, orang-orang Melayu yang berikut telah menduduki Kepulauan Melayu menerusi tiga
tahap gelombang utama, KECUALI
A Orang Negrito
B Orang Champal
C Melayu Proto
D Melayu Deutero

11) Di Malaysia, penduduk peribumi berikut dikategorikan termasuk dalamrumpun orang Melayu, KECUALI
A Jakun
B Minang
C Boyan
D Peranakan Kling

12) Orang-orang Cina datang ke Tanah Melayu melalui bantuan rakan atau ahli keluarganya serta dengan perbelanjaan
sendiri. Ramai orang Cina yang berhijrah setelah kerajaan China memansuhkan undang-undang menyekat penghijrahan
penduduk pada tahun 1897. Hal ini berkaitandengan
A Sistem Kangani
B Sistem Kangcu
C Sistem tiket kredit
D Sistem persendirian
13) • Membentuk 80% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931
• Bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa sawit
• Sebilangan kecil mereka juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaanMaklumat tersebut
berkaitan dengan subetnik

A Malayali
B Telugu
C Tamil
D Sikh

14) Orang Cina berhijrah ke Johor ketika pemerintahan iaitu pada tahun 1825-1862 untuk melakukan perusahaan di ladang
gambir danlada hitam.
A Temenggung Daeng Ibrahim
B Temenggung Che Wan Abu Bakar
C Temenggung Abdul Rahman
D Temenggung Hussein
15) Pada tahun 1921, 32.4% daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayuadalah terdiri daripada orang.
A Hokkien
B Hakka
C Teochew
D Kantonis

16) Bagi memudahkan pentadbiran dan mengelakkan penyatuan rakyat,British telah memperkenalkan dasar.
A gabung dan perintah
B susun dan perintah
C kelompok dan perintah
D pecah dan perintah

17) Sebelum zaman penjajahan, masyarakat Melayu mengerjakan aktivitiekonomi seperti


A Bertani
B menangkap ikan
C berniaga
D semua di atas
18) Semua bandar baharu yang berikut muncul dan berkembang ekoran kemasukan buruh-buruh asing, KECUALI
A Taiping
B Port Weld
C Melaka
D Port Dickson

19) Kawasan-kawasan perlombongan yang menjadi tumpuan awal pendatang pendatang masyarakat Cina adalah seperti
yang berikut, KECUALI
A Lukut
B Sungai Ujong
C Sepang
D Larut

20) Apakah jenis tanaman yang dikaitkan dengan kemasukan imigran Cina melalui Sistem Kangchu ke negeri Johor?
A Lada dan gambir
B Nanas dan padi
C Kelapa sawit dan getah
D Kelapa dan tebu
21) Masyarakat Cina dalam kelompok Hokkien yang berhijrah ke negara ini lazimnya tertumpu kepada kegiatan.
A perlombongan
B perniagaan
C pertukangan
D perladangan

22) Pada peringkat awal, kedatangan buruh-buruh India ke negara ini tertumpu di Seberang Perai untuk mengerjakan ladang-
ladang.
A kopi
B gambir
C nanas
D lada hitam

23) Suku kaum terbesar yang menduduki negeri Sarawak adalah seperti yangberikut, KECUALI
A Iban
B Bidayuh
C Melanau
D Bajau
24) Orang Semang, Kensiu dan Bateq dikatakan mempunyai ciri-ciri yangsama dengan
A orang Dayak
B orang Negrito
C Melayu Deutero
D orang Batak

25) Permulaan penghijrahan orang Sikh ke denganMalaysiaberkaitrapat


A perkembangan industri bijih timah
B perkembangan industri getah
C sengketa perlombongan antara kongsi gelap Cina
D kemunculan angkatan polis

26) J.S. Funeral pertama kalinya menggunakan istilah 'masyarakat majmuk'apabila beliau menyebut tentang.
A Belanda
B Malaysia
C Indonesia
D India

27) Apakah faktor yang telah menyebabkan wujudnya masyarakat pelbagai kaum di negara Malaysia?
A Imperialisme
B Kolonialisme
C Kapitalisme
D Federalisme
28) Kesan kedatangan bangsa asing ke Tanah Melayu adalah seperti yangberikut, KECUALI
A sekolah pelbagai aliran
B bahasa yang berlainan
C pertumbuhan pekan-pekan kecil
D kegiatan ekonomi yang berlainan

29) Majoriti kaum Kadazan, Dusun dan Murut di Malaysia tinggal dinegeri
A Sabah
B Sarawak
C Pahang
D Perak

30) Orang Cina yang bekerja di ladang gambir telah dibawa masuk melalui
A sistem Ahli
B sistem Kangchu
C sistem Kangani
D sistem Kad
SOALAN BAHAGIAN B

1) Nyatakan empat etnik masyarakat bumiputera Sabah.


(a)
(b)
(c)
(d)

2) Sistem Kangchu telah diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim (1833) di Johor. Nyatakan empat jenis
tanaman yang dijalankan oleh orang-orang Cina di bawah sistem ini.
(a)
(b)
(c)
(d)

3) Perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-19 telah mendorong British membawa masuk imigran Cina ke
Tanah Melayu khususnya bagi perusahaan bijih timah. Nyatakan empat kawasan atau daerah di Tanah Melayu yang
dikhususkan dengan perusahaan tersebut.
(a)
(b)
(c)
(d)
4) Senaraikan antara empat langkah yang boleh diambil bagi menyelesaikan masalah perpaduan kaum di Malaysia.
(a)
(b)
(c)
(d)

5) Antara etnik masyarakat India yang berhijrah ke Tanah Melayu di awal abad ke-19, iaitu kaum Tamil. Kumpulan ini
telah berjumlah 82% daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931. Senaraikan tiga bidang
pekerjaan utama yang mereka ceburi pada masa itu.
(a)
(b)
(c)
SOALAN BAHAGIAN C
1) Jelaskan faktor-faktor penolak dan penarik kedatangan imigran-imigran kaum Cina ke Tanah Melayu.

2) Huraikan tentang tempat asal dan sumbangan subetnik masyarakat India yang berhijrah ke Tanah Melayu
pada abad ke-19 dalam sektor pekerjaan.

3) Huraikan langkah-langkah kerajaan dalam menangani cabaran danhalangan dalam mewujudkan perpaduan
kaum di Malaysia.

You might also like