You are on page 1of 32

HUBUNGAN ETNIK

:: MASYARAKAT PLURALISTIK
ALAM MELAYU ::
MASYARAKAT ALAM
MELAYU DALAM
SEJARAH

Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia


Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural (plural society).

Pluraliti:
istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai
bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah
(Eropah) yg terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang
rancangan pemaksaan di sebaliknya.
:: Masyarakat Plural:
Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah.
Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India
ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi.

Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi


dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama
yg wujud di Asia Tenggara.

Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup


terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat
yg sama (Masyarakat Majmuk)

::Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti


dan masyarakat Plural.
- Pluraliti alam Melayu boleh dikaji
berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar.
- Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan
realiti kehidupan masyarakat yang ada.

- Pluraliti alam sekitar merujuk kepada


keadaan alam sekitar dan muka bumi alam
Melayu yang begitu mudah berinteraksi
dengan kawasan-kawasan lain di dunia.
- Cth: Bunga raya – dibawa dari kepulauan
Pasifik.
Getah – dibawa dari Brazil.
Bagaimana Pembentukan Pluraliti di alam
Melayu
1. terjadi?dengan Cina dan India.
Hubungan
- Hubungan antara alam Melayu dengan
Cina dan India telah lama berlaku.
- faktor perdagangan- alam Melayu menjadi
persinggahan para pedagang dari kedua-dua
benua tersebut.
- Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi
pengajian agama di alam Melayu pada zaman
kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu
terkenal sebagai pusat pengajian dan
penyebaran ilmu pengetahuan.
2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
- Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg
besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan
pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-
Attas).
- Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan
idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg
berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg
ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.
- Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan
pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam.
Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam
Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi
candi-candi yg didirikan.
3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.
- Dapat dilihat dan difahami berdasarkan
perubahan yg bersifat epistemologikal yg
dibawa oleh penjajah Inggeris.
Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu
pengetahuan.
Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi
ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir
dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan
melibatkan perubahan terhadap cara memahami
sesuatu.
- Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu
pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan
epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg
bersumberkan alam ghaib.
- Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg
menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan
pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu
metafizik alam Melayu.

- Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat


non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat
rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material
menerusi pancaindera dan kemudiannya dipertingkatkan
menerusi alat-alat saintifik.

- Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden,


pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan
pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya
dikenali sebagai ilmu kolonial.
Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu
Hubungan Etnik
Pra-Penjajahan.
- Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan
kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
- Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang
dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar “The
Venice of the East”.
Dari segi pemerintahan
- Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-
orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa
asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
- Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka
dengan anak pemerintah China dll.
- Pemerintah Melaka mengambil kira
keharmonian di antara kaum.
- Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran
Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka) menyumbang kepada
kemakmuran dan kemajuan sistem
pemerintahan Melaka.

Dari aspek perdagangan.


- Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar
hasil daripada sistem pemerintahan terbuka
dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.
- Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka
menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada
ribuan kapal pedagang.
- Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-
ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan
Kependudukan.
- Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku
penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan
daripada mana-mana pihak, mereka tidak
memerlukan pasport dan visa untuk memasuki
sesuatu kawasan.
- Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi
dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan
telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak
pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba
dan Mamak.
- Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya
interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan
bangsa di Melaka.
Kebudayaan.
- Keterbukaan pemerintah empayar
Melaka menerima kehadiran para
pedagang daripada seluruh
pelosok dunia tanpa syarat-syarat
yg menyulitkan memungkinkan
pelabuhan Melaka berkembang
sbg pelabuhan penting dunia.
- Kemajuan perdagangan dan
kemajuan sebagai kota
metropolitan memungkinkan
Melaka wujud sebagai kota multi-
budaya, setiap budaya mempunyai
tempat masing-masing.
- Pluralisme budaya bukanlah suatu
fenomena baharu dlm alam Melayu.
Interaksi antara pelbagai budaya
seperti Arab pra-Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam dan Eropah
(Portugis, Sepanyol, Belanda &
British) dgn budaya alam Melayu telah
berlaku sekurang-kurangnya sejak
abad ke-5 Masihi lagi.
- Pertemuan & pertembungan budaya-
budaya besar dunia tersebut telah
melahirkan satu ciri fenomena sosial
yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu
fenomena kepluralitian budaya
Pengasasan Masyarakat Plural.

- Penjajahan British membawa bersama-sama


dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan
mereka dari segi ilmu pengetahuan.
- Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg
diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh
berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu.
- Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari
segi pemisahan di antara Negara dan Agama.
Kesannya di alam Melayu, pemerintahan
negara dikawal oleh penjajah manakala agama
& adat istiadat peribumi di bawah pengawasan
sultan Melayu.
- Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa
di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif
dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan
kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa.

- Hasil daripada pemerintahan moden itu


berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg
berasaskan ekonomi perindustrian dan
perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung
kepada pasaran, modal dan buruh.

- Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg


mendorong kepada kewujudan masyarakat plural
di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing
yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan
pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan
menguntungkan.
 Aspek Geo.budaya.
◦ Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung
Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina,
gugusan Kepulauan Maluku, Jawa & Sumatera.

◦ Penduduk - masyarakat terawal ialah orang


Melayu yg terdiri daripada pelbagai suku etnik
& mempunyai pelbagai kepercayaan & cara
hidup.

LATAR BELAKANG BANGSA MALAYSIA


DALAM KONTEKS KEPULAUAN MELAYU.
 Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu
(mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yg
jelas antara satu suku dgn suku yg lain)

 Aspek Rumpun Bangsa.


◦ Di Semenanjung Tanah Melayu:
Penduduknya ialah kelompok Melayu yg
bertutur dalam bahasa Melayu,
mengamalkan cara hidup orang Melayu &
beragama Islam.
◦ Sebahagiannya datang dari sekitar
Kepulauan Melayu (cth: Jawa, Banjar, Bugis,
Minangkabau, Melayu-Patani)
◦ Suku asli - Jakun, Sakai, Senoi dll.
 Sabah.
◦ Penduduknya lebih heterogenes & dikenali
sebagai bumiputera.
◦ Terdapat pelbagai suku peribumi:
Kadazandusun, Murut, Bajau, Bisaya, Suluk,
Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dll.
◦ Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat
bumiputera Islam.
◦ Kadazandusun dan Murut - masyarakat
bumiputera bukan Islam (beragama Kristian
& fahaman animisme) tetapi sebahagiannya
juga beragama Islam.
KLIK-KLIK

Pakaian tradisional
masyarakat Murut
orang Bajau
 Sarawak.
◦ Penduduknya lebih heterogenes & dikenali
sebagai bumiputera.
◦ Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban,
Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu,
Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dll.
◦ Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat
bumiputera Islam.
◦ Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan &
Bisaya - masyarakat bumiputera bukan
Islam (beragama Kristian & fahaman
animisme) tetapi sebahagiannya juga
beragama Islam.
KLIK-KLIK

Pakaian gadis
Iban
 Aspek Bahasa.
◦ Bahasa Melayu - berasal drp bahasa
Austronesia / dikenali sebagai bahasa Malay-
Polinesia. BM berkembang menjadi 150
cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di
Kepulauan Melayu.
◦ Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa
Sanskrit dalam BM kuno.
◦ Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) -
BM berkembang pesat, pengenalan tulisan
Jawi menyebabkan perkembangan ilmu
(Kesusasteraan, Teologi, Falsafah & Tasawuf)
◦ BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca
di alam Melayu terutamanya pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka.

◦ Kerajaan Tradisi Melayu.


 Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja.
Cth: Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka,
Srivijaya & Majapahit.
 Zaman Islam- kerajaan Melaka, Aceh.
 Selepas Melaka - kerajaan Johor-Riau, Brunei.
Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511,
Belanda -1641.
 Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang
-1786, Melaka - 1824 & Singapura - 1826.
 Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 -
Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di
bawah pengaruh British dan Belanda.
 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2
Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di
NNMTB.
CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN
MASYARAKAT PLURALISTIK
 Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (1841-
1946.
 Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam
Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946)
 Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan
Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang
Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British
berhubung dgn sultan-sultan Melayu untuk
mendapatkan persetujuan mereka.
 Penjajahan - mengakibatkan penentangan
tokoh/masyarakat tempatan.
 Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar
dlm politik, demografi & sosioekonomi T.Melayu.
Nama sebenar : Libau
Gelaran:'Raja Darat' oleh masyarakat Iban.
Jawatan: ketua orang Iban yang tinggal di hulu Sungai Sekrang
(Pahlawan Iban yang terkenal).
Punca penentangan: rasa xpuas hati terhadap beberapa tindakan
yang dijalankan oleh keluarga Brooke yang memerintah
 KEWUJUDAN
Berkait rapat denganMASYARAKAT
dasar British
mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk
MAJMUK/PLURALISTIK
keuntungan yg cepat dan maksimum.

 Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien -


dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh,
tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian.
 Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke
Singapura (negeri2 pantai barat)
 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina
berhijrah ke T.Melayu.
 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org
Cina.
 Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan
bandar Sibu, Miri & Bintulu.
 Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh
asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun -
bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa,
pembalakan & pemeliharaan mutiara.
 Migrasi orang India - dari India Selatan &
dibawa melalui sistem Kangani
 Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad
ke-20.
 1911- org India - 10% drp penduduk
T.Melayu. & meningkat kpd 15% pd th 1921.
 Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor
perkhidmatan & kerja raya.

 Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa &


Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian &
tinggal di luar bandar.
 Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi &
Ceylon.
• Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk
satu masyarakat yg tetap & mengasaskan
organisasi sosial masing-masing.
• Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan &
pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan).
• British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah
bagi memudahkan kawalan ke atas imigran
tersebut.
• Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan
pengasingan sistem pendidikan
 Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg
berbeza:
 Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar)
 Cina - perlombongan dan perdagangan
 India - perladangan dan kerja raya.
 Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi:
Perkembangan sistem Ekonomi Moden &
Ekonomi Tradisional tidak seimbang.
 Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah
Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil.
 Hubungan kaum baik dalam konteks
‘bercampur tetapi tidak bersatu’.
TAMAT

You might also like