You are on page 1of 38

BAB 2

PLURALITI MASYARAKAT
ALAM MELAYU
Objektif :
1. Menjelaskan Kesultanan Melaka sbg
lambang kemuncak pluraliti
2. Menerangkan kesan penjajahan Barat ke
atas masyarakat pelbagai etnik
3. Memiliki kemahiran menganalisis
fenomena sosial & permasalahan
hubungan etnik
Pengenalan

•Masyarakat terdiri daripada pelbagai


etnik.
•Memerlukan satu pemahaman yang
tepat tentang teori dan definisi untuk
menilai kumpulan masyarakat.
•Kefahaman akan menyokong
masyarakat pelbagai etnik untuk
kehidupan yang harmoni.
Sejarah Masyarakat Plural dan
Pluraliti di Malaysia
- Dua konsep yang sering digunakan untuk
menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah
masyarakat plural (plural society) dan pluraliti.
- Pluraliti merujuk kepada masyarakat pelbagai
bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-
kuasa penjajah (Eropah) yang terbentuk melalui
proses semula jadi tanpa sebarang pemaksaan di
sebaliknya.
sambungan…
- Masyarakat Plural terbentuk selepas zaman
kedatangan orang-orang Eropah.
- Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal
berasimilasi
- Masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok
lain.
sambungan…
- Malaysia menggunakan model integrasi
- Konsep pluraliti budaya atau cultural pluralism
- Amalkan cara hidup dan budaya masing-masing.
- Pengiktirafan negara terhadap sumbangan setiap cara
hidup dan budaya kaum-kaum yang terdapat di
Malaysia.
(Sebelum Penjajahan)
Pluraliti

Penjajahan menjadi titik


pemisah di antara
pluraliti dan pluralistik

Pluralistik
(Semasa & Selepas
Penjajahan)

7
RINGKASNYA;

Masyarakat pluraliti diasaskan


secara semulajadi dan tanpa
paksaan. Ia berlaku kerana tiada
persempadan politik/wilayah/negara.

Masyarakat pluralistik wujud


rentetan sistem/dasar penjajahan
oleh kuasa imperialisme.

8
Carta Alir Pluraliti
Pluraliti

Zaman Kesultanan
Negara Tamu
Melayu Melaka

Corak Kepelbagaian
Pemerintahan Perdagangan
Kependudukan Budaya

Payung Anak Watan

Islam Melayu Sultan


Kesultanan Melayu Melaka
sebagai Kemuncak Pluraliti Alam
Melayu
Rantau Alam Melayu - tumpuan imigran pelbagai
kaum sehingga mengubah kemajmukan masyarakat
Alam Melayu.
 Masyarakat plural yang wujud hidup aman dan damai
hasil dari sistem pemerintahan yang adil.
 Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-
Undang Laut Melaka yang berteraskan Islam mampu
memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka
pada waktu tersebut.
MELAKA : Lambang Pertemuan
Pelbagai Etnik

Melaka – ‘Venice of the


East’ merujuk kepada
zaman keemasan yg boleh
dilihat drpd aspek;

i.Pemerintahan
ii.Perdagangan
iii.Kependudukan
iv.Kepelbagaian budaya
Kemuncak Pluraliti: Kesultanan Melaka

i) Pemerintahan
Institusi raja / sultan : Hindu dan Islam
mengukuhkan kedudukan raja.
Pegawai istana: Terdiri daripada campuran
Melayu tempatan dengan bangsa asing.
Perkahwinan campur: Sultan Melaka
dengan anak pemerintah China (Puteri
Hang Li Po).
ii) Perdagangan

Pusat perdagangan dunia: China,


India, Timur Tengah, Asia Timur dan
Kepulauan Melayu.
Sistem pemerintahan terbuka dan
pentadbiran pelabuhan yg cekap.
BM menjadi lingua-franca dalam
perdagangan.

1
3
iii) Agama Islam

Pusat pengajian dan penyebaran


Islam: tumpuan pendakwah Islam
Kepulauan Melayu.
Undang-undang Melaka berasaskan
Islam (Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka).
Undang-undang Melaka menjamin
keselamatan masyarakat dan
pedagang.

1
4
iv) Kebudayaan

Kota multi-budaya: setiap budaya


mempunyai tempat masing-masing.
Pedagang Arab, Cina, India dll telah
berasimilasi / berinteraksi aktif dengan
penduduk tempatan.
Wujud kategori masyarakat baru:
-Baba Nyonya
-Serani
-Syed / Syarifah
-Mamak / Mami

1
5
Sarawak
 Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946.
 Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara -(1881-1946).
 Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu,
kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai
Tuan kepada tanah airnya.
 Penjajahan - mengakibatkan penentangan
tokoh/masyarakat tempatan.
 Penjajahan Barat yang berteraskan tiga matlamat
utama iaitu Gaspel, Gold and Glory.
 Kedatangan Inggeris membawa konsep pemikiran
pemisahan negara dan agama, ‘negara kolonial
sekular’.
 Agama dianggap penyumbang kepada perselisihan,
manakala sains dianggap penyumbang kepada
kemajuan.
sambungan
 Kedatangan orang China dan India ke Tanah
Melayu untuk memenuhi peluang-peluang
pekerjaan seperti perlombongan, perladangan dan
perniagaan yang disediakan oleh pihak penjajah
British.
Masyarakat Pluralistik Selepas
Merdeka
 Perubahan yang dapat dilihat selepas kemerdekaan
Tanah Melayu ialah dari sudut politik, ekonomi,
pendidikan dan perlembagaan.
i. Politik
 Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang
berupaya melaksanakan sistem demokrasi
dengan berkesan.
 Demokrasi di negara ini telah berjalan lancar
sejak pilihan raya umum pertama tahun 1955, di
mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu Melayu,
Cina dan India telah bersatu untuk mendesak
British memberikan kemerdekaan.
 Selepas era 1960-an perjalanan politik terus
berkembang secara dinamik.
 Kerjasama parti-parti politik dalam pakatan parti
pemerintah telah berkembang dengan
peningkatan keahliannya, contoh penubuhan
Barisan Nasional 1974.
 Dasar-dasar kerajaan berkaitan Hubungan Etnik
melalui formula tolak ansur telah berjaya
mengekalkan keharmonian masyarakat di
Malaysia.
ii. Ekonomi
 Sistem ekonomi ini merujuk kepada dua orientasi
dan tumpuan yang berbeza namun bergerak
seiringan dengan garis etnik:
Pertama : sistem ekonomi moden yang
mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran
(contoh getah, bijih timah).
Kedua, sektor ekonomi pertanian. Komoditi
utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik
pengeluaran, pemasaran, tenaga kerja serta
modalnya adalah didominasi oleh etnik Melayu.
sambungan
 Iltizam yang kuat daripada semua pihak untuk
merapatkan jurang yang sedia ada.
 Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi
berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia
boleh menjadi sumber pencetus konflik (contoh
peristiwa 13 Mei 1969).
iii. Pendidikan
 Sistem pendidikan kebangsaan dibentuk berasaskan
keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran
dan orientasi melalui :
– Laporan Razak 1956
– Laporan Rahman Talib 1960.
 Matlamat utama dasar pendidikan dalam laporan
tersebut ialah menyatukan kanak-kanak daripada
berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan.
 Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam
Perlembagaan 1957.
iv. Perlembagaan
o Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan yang
telah dirunding, pembentukan parti-parti politik
etnik dan “coalition” sebagai model
permuafakatan politik. Perlembagaan merupakan
panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik
di negara ini. Perlembagaan mencatatkan kontrak
sosial yang dipersetujui bersama antara kaum di
negara ini.
o
• Etnik Melayu
- Merupakan pribumi
Semenanjung Tanah
Melayu.
- Hidup dalam persekitaran
makmur.
- Beragama Islam.
- Bertutur dalam Bahasa
Melayu (bahasa
seharian mengikut
loghat).
- Identiti budaya berteraskan 3
sambungan
- Suka hidup saling bergantungan.
- Ikatan hidup dikuatkan dengan ajaran Islam.
- Mempunyai semangat persaudaraan.
- Adab Melayu berteraskan ‘sopan-santun’ dan
‘berbahasa’.
- Lebih cenderung kepada pekerjaan berbentuk
perkhidmatan awam.
- Cepat puas hati dan tidak dipengaruhi oleh cita-
cita besar.
Imigran Cina

Asal: China Selatan (Fukien, Kwangtung dan


Kwangsi).
Kelompok utama: Hokkien, Kantonis, Hakka,
Teochew dan Hailam.
Kemasukan: Sistem Kontrak (1848-1914) dan
Persendirian (selepas 1914).
Aktif sebagai pekerja lombong (Kuala Lumpur,
Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dll) dan
membuka kedai runcit.
Imigran India
Asal: India Selatan (Tamil Nadu).
Kelompok utama: Tamil, Malayani, Telugu
dan Sikh.
Kemasukan: Sistem Kontrak (1880an-
1910) dan Kangany.
Aktif sebagai buruh ladang getah serta
pekerja kemudahan asas seperti membina
jalanraya dan keretapi.
-.
Etnik Minoriti Di Sabah &
Sarawak
 Sabah dan Sarawak terletak di Kepulauan
Borneo, sempadan dengan Selatan Kalimantan.
 Kedua-dua negeri ini dipisahkan dengan
Semenanjung Malaysia melalui Laut China
Selatan.
 Sabah dan Sarawak pernah berada di bawah
pimpinan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan
James Brooke ke Sarawak dan Kompeni
Berpiagam Borneo Utara British di Sabah.
Masyarakat Bumiputera di
Sabah
 Tiga suku kaum terbesar ialah Kadazan-
Dusun, Murut dan Bajau. Diikuti oleh suku
kaum minoriti Bumiputera lain seperti Bisaya,
Kadayun, Orang Sungai, Suang Latut, Melayu-
Brunei dan lain-lain.
 Penduduknya lebih heterogenes dan dikenali
sebagai bumiputera.
 Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk merupakan
masyarakat Bumiputera Islam.
sambungan
 Kadazan-Dusun dan Murut adalah masyarakat
Bumiputera bukan Islam (beragama Kristian dan
menganut fahaman animisme) tetapi
sebahagiannya beragama Islam.
 Kadasan-Dusun merupakan suku kaum terbesar
iaitu 1/3 daripada penduduk Sabah. Kegiatan
ekonomi utama mereka ialah menanam padi dan
menternak lembu.
 Orang Bajau tinggal di kawasan barat daya Sabah
dan terkenal dengan penunggang kuda yang
handal. Ada yang terlibat dengan perusahaan
perikanan dan penanaman padi terutama di
kawasan kota Belud.
 Orang Murut pula tinggal di kawasan bukit dan
bahagian hilir Sungai Padas. Kegiatan utama
mereka ialah memungut hasil hutan. Kehidupan
mereka sering berpindah randah.
 Melayu-Brunei datang ke Sabah semasa
pemerintahan Kesultana Brunei. Mereka
beragama Islam dan bertanggungjawab
menyebarkan agama Islam di Sabah.
 Suku kaum Suluk menetap di pantai timur dan
utara Sabah. Mereka menganut agama Islam dan
kegiatan utama adalah memungut sarang burung,
hasil hutan dan laut.
Masyarakat Bumiputera di
Sarawak
 Terdapat pelbagai suku peribumi seperti Iban,
Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut,
Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain-lain.
 Melayu, Melanau dan Kedayan merupakan
masyarakat Bumiputera Islam.
 Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya
merupakan masyarakat Bumiputera bukan Islam
(beragama Kristian dan menganut fahaman
animisme) tetapi sebahagiannya adalah beragama
Islam.
sambungan
 Orang Melayu menetap di kawasan pesisiran pantai
dan bahagian muara sungai. Kegiatan ekonomi utama
ialah nelayan, petani dan peniaga. Beragama Islam dan
mendirikan sekolah pondok untuk pembelajaran dan
masjid sebagai tempat ibadah.
 Orang Melanau antara penduduk asal dan tertumpu di
bahagian hilir Sungai Igan, Sungai Oya, Sungai Mukah,
Sungai Balingian, Sungai Tatau dan Sungan Kemena.
Hidup sebagai nelayan (tradisi) . Mereka beragama
Islam.
sambungan
 Orang Iban atau dikenali Dayak Laut merupakan
suku kaum terbesar di Sarawak. Menetap di kawasan
pedalaman dan terkenal dengan ‘tuak’ (minuman
meraikan tetamu). Kebanyakannya mereka menganut
Kristian.
 Orang Bidayuh berasal dari Kalimantan Barat dan
kegiatan utamanya ialah menanam padi huma.
Kebanyakan mereka beragama Kristian.
Kesimpulan
- Memahami pluraliti adalah asas penting ke arah
memahami pembentukan masyarakat plural.
- Ideologi sekular telah mempengaruhi perubahan
dalam sistem masyarakat sepadu.
- Pluraliti masyarakat Malaysia diperkukuhkan
melalui dasar-dasar negara yang dibentuk berteraskan
persetujuan bersama.
- Kepelbagaian etnik di Malaysia membentuk pelbagai
kebudayan dan cara hidup.

You might also like