You are on page 1of 30

HUBUNGAN ETNIK NOTES

Bab 1: Malaysia: Kesepaduan Dalam Kepelbagaian


1.1: Hubungan Etnik Di Malaysia
- Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, Bahasa
kebudayaan dan adat resam tersendiri.
- Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo didominasi oleh orang
Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
- Terdapat kaum pendatang (migrasi dari luar) daripada Sumatera, Indonesia.
>> tidak menjejaskan corak masyarakat kerana kaum pendatang daripada rumpun bangsa yang
sama.
- Struktur Masyarakat Malaysia berubah kerana
1) migrasi dari luar
2) factor penolak dan penarik
- Migrasi berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat
>> Berleluasa selepas penjajahan barat
>> Faktor utama migrasi dari luar terutamanya dari China dan India= Aktiviti ekonomi dan
perladangan
>> Masyarakat Cina dari China ingin keluar daripada kemiskinan dan penderitaan>>berhijrah ke
Tanah Melayu
- Cara buruh-buruh Cina dating ke Tanah Melayu
>> melalui system tiket kredit
i) Sin Kheh dikumpul> Kheh-thau dibayar
- Sin Kheh diberi tiket sama bebas atau hutang
- Sin Kheh dihantar ke agensi sebagai orang tengah sebelum dihantar ke majikan untuk
bekerja dalam satu tempoh
- Migran kedua terbesar= kelompok dari India (kebanyakan berasal daripada India Selatan ~
Negapatam dan Madras)
>> Kemiskinan dan kebuluran mendorong penduduk untuk imigrasi
- Cara India dating ke Tanah Melayu
>> sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris
>> waktu awal bilangan kecil, bertambah selepas Inggeris Berjaya mengusai negeri-negeri
Melayu.
- Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule)
>> pihak british melaksanakan dasar ini untuk melahirkan masyarakat makmuk
>> Etnik Melayu: di kawasan kampung-kampung
: bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan, pertukangan etc
>> Etnik Cina: di kawasan bandar
: bekerja di kawasan lombong, melibatkan diri di perniagaan runcit
>> Etnik India: di kawasan estet dan ladang-ladang
: bekerja sebagai penoreh, buruh binaan
>> Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada
luar, berterusan sehiggan penjajahan British di Tanah Melayu.
- Masyarakat pelbagai etnik di Malaysia
i) Melayu : Jawa; Bugis
ii) Cina: Hakka; Kantonis; Hokkien
iii) India: Punjabi; Bengali; gurjarati
iv) Sabah Sarawak: Kadazan, Dusun, Iban, Bajau

1.2: Kesepaduan Sosial: pandangan alternatif untuk memahami hubugan etnik di


Malaysia
- Banyak kajian atas hubugan etnik malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis
dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.
- Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam
persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama.
- Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di
Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.
- Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah
– membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.
- Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan
amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.
- Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi – mekanisme untuk mengekalkan toleransi.

1.3: Tahap Hubugan Etnik


1 AKOMODASI
- etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing.
- different but stay the same
- contoh: Orang Asli di Malaysia hidup dengan cara mereka walaupun berlaku perubahan di
sekeliling mereka.
- A+B+C= A+ B+C
2 AKULTURASI
- penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.
- Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.
- acceptance but remain special
- ABC+BAC+CAB
3 ASIMILASI
- percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk
satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
- different join together into the same thing (mainly one influence)
- berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.
- Semua kumpulan lama kelamaan akan mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan
melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.
- A+ b+c= A
4 AMALGAMASI
- menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.
- satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis - jenis
budaya dan ras yang baru.
- Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.
- eg: baba nyonya, Serani, Jawi peranakan
- different join together create somthing new
- A+B+C=D

Bab 2: Potret Hubungan Etnik


- Masyarakat mempunyai kecenderungan untuk mengkategorikan dan menilai sesuatu kumpulan
masyarakat yang lain berdasarkan pemikiran dan pemahaman mereka sendiri yang sempit,
selain terpengaruh oleh pelbagai faktor.
- Oleh hal demikian, dalam dunia yang didominasi oleh masyarakat pelbagai etnik, adalah wajar
untuk membina satu pemahaman yang mendalam dan tepat tentang teori dan definisi yang
biasa digunakan untuk menilai kumpulan masyarakat yang berbeza budaya, ras, dan etnik
dalam pelbagai aspek untuk mengelakkan konflik antara etnik yang lebih dahsyat.

Pluraliti

- masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kehadiran penjajah yang terbentuk
melalui proses semulajadi tanpa sebarang pemaksaan
- Titik pemisah di antara plurality dan pluralistik: penjajahan
- Masyarakat pluraliti diasaskan secara semulajadi dan tanpa paksaan. Ia berlaku kerana tiada
persempadan politik/wilayah/negara.
- Masyarakat pluralistik wujud rentetan sistem/dasar penjajahan oleh kuasa imperialisme.
- pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia kerap kali tertumpu kepada tiga kelompok
komuniti etnik utama, iaitu Melayu, Cina dan India walaupun sebenarnya terdapat pelbagai
suku kaum lain.
>> kerana paling menyerlah dalam memenuhi tuntutan keperluan ekonomi dan politik
British di Tanah Melayu
- Sebelum tahun 1848, hampir kesemua penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang
Melayu. Namun demikian, perkembangan perusahaan bijih timah yang bermula pada
pertengahan abad ke-19 dan perusahaan getah pada awal abad ke-20 mengakibatkan
penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran ke Tanah Melayu. Menjelang tahun
1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu. Kewujudan pelbagai
kaum yang mengekalkan kebudayaan masing-masing mengakibatkan terbentuknya
masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
- Keharmonian hubungan etnik ini berterusan dan terbukti apabila mereka sama-sama
berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajah British pada
31 Ogos 1957 dan apabila Sabah dan Sarawak mengambil keputusan untuk sama-sama
membentuk Malaysia pada 16 September 1963..
Pluraliti Awal: Kesultanan Melaka

o Pemerintahan
 Institusi raja/ sultan: Hindu & Islam mengukuhkan kedudukan raja
 Pegawai Istana: Terdiri daripada campuran Melayu tempatan dengan
bangsa asing
 Perkahwinan campur: Sultan Melaka dengan anak pemerintah China (Puteri
Hang Li Po)
o Perdagangan
 Pusat perdagangan dunia: China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan
Kepulauan Melayu.
 Sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.
 Bahasa Melayu menjadi lingua-franca dalam perdagangan
o Agama Islam
 Pusat pengajian dan penyebaran Islam: tumpuan pendakwah Islam
Kepulauan Melayu.
 Undang-undang Melaka berasaskan Islam (Hukum Kanun Melaka dan
Undang-undang Laut Melaka).
 Undang-undang Melaka menjamin keselamatan masyarakat dan pedagang.
o Kebudayaan
 Kota multi-budaya: setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.
 Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi / berinteraksi aktif dengan
penduduk tempatan.
 Wujud kategori masyarakat baru:
 Cina + Melayu = Baba Nyonya
 Portugis + Melayu = Serani
 Arab + Melayu = Syed / Syarifah
 India + Melayu = Mamak / Mami

Definisi Pluralistik

o masyarakat pelbagai bangsa di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang


membawa masuk pendatang dari China dan India untuk kepentingan ekonomi
o Perubahan epistemologi yang besar ialah pemisahan di antara pentadbiran/negara
dan agama /// pendidikan sekular – agama
o Kesan: pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama dan adat
istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan.

Implikasi Penjajahan

 Dasar penjajah menyebabkan masyarakat cina dan India yang dibawa masuk ke
Tanah Melayu gagal berasimilasi dengan masyarakat tempatan.
 Wujud kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain
walaupun tinggal di tempat yang sama.
 Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.
 Imigran membentuk satu masyarakat yang tetap dan mengasaskan organisasi sosial
masing- masing.
 Dualisme ekonomi: Perkembangan sistem ekonomi moden dan tradisional tidak
seimbang.
- GLOSSARI
 ETINK:
Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat
resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.
 RAS:
Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.
 ETNISITI (ETHNICITY):
Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa
disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.
 ETNOSENTRISME (ETHNOCENTRISME):
Kepercayaan atau rasa bangga dalam kalangan anggota sesebuah etnik bahawa
budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
 RASISME (RACISME):
Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial
terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal dan biologi semata-mata.
 PREJUDIS (PREJUDICE):
Perasaan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak
berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
Contoh : Usahawan Melayu berkata dia tidak suka berniaga dengan orang Cina dan
India kerana ramai berpendapat mereka tidak jujur
 STEREOTAIP (STEREOTYPE):
Kenyataan umum yang positif atau negatif terhadapsesuatu kumpulan etnik atau
gambaran berlebih lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu
kumpulan etnik.
Contoh : Orang Melayu bersikap peramah, orang Cina pandai Matematik dan orang
India juara dalam lumba maraton.
 DISKRIMINASI (DISCRIMINATION):
Layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan etnik lain. Dipengaruhi
oleh pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif seseorang terhadap etnik lain.
Contoh : Kebanyakan syarikat swasta mengambil graduan bangsa Cina untuk bekerja
dengan mereka berbanding bangsa Melayu.
 MASYARAKAT (SOCIETY):
Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan
cara tertentu.
 BANGSA (RACE):
Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu
ikatan ketatanegaraan.”

Ciri-ciri Masyarakat

1. Manusia yang hidup berkelompok


 Mereka yang hidup bersama, saling mengenali dan bergantungan.
2. Melahirkan Kebudayaan
 Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan sebaliknya.
 Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.
3. Mengalami perubahan
 Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat
itu sendiri.
4. Berinteraksi
 Masyarakat berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan
mencetuskan interaksi.
 Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.
5. Terdapat Kepimpinan
 Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara
dan sebagainya.
 Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal, bercorak tertutup kerana
pemilihan berdasarkan keturunan.

Konsep Budaya

 Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan
tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.
 2 Bahagian: Budaya kebendaan vs Budaya bukan kebendaan
 BUDAYA KEBENDAAN
>> Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya.
 BUDAYA BUKAN KEBENDAAN
>> Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat yang
berbeza-beza dalam perkahwinan
 Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
 Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.
 Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam
mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.
- Ciri- ciri Budaya
 DIPELAJARI
 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan ia melibatkan
banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.
 DIKONGSI
 Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan
manusia.
 Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.
 DIWARISI
 Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.
 Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.
 BERUBAH
 Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami
perubahan.
 Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang
berlaku.
- Faktor Perubahan budaya
 Pertambahan bilangan anggota masyarakat.
 Pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
 Penemuan dan penciptaan teknologi baru.
 Pertembungan budaya.
 Konflik yang berlaku.
 Perubahan alam sekitar.

Bab 3: Limpahan Kemakmuran Merentasi Etnik


3.1 Isu Sosioekonomi Pada Awal Kemerdekaan

3.2 Ekonomi menjadi isu etnik

isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar kepada isu berbau
etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan.

1. Perbezaan pendapatan isi rumah


2. Perbezaan golongan kaya dan miskin
3. Pendapatan golongan bandar dan golongan luar bandar

tahap kemiskinan di kalangan etnik Melayu lebih menonjol pada tahun 1957- 1970

3.3 Dasar Ekonomi Baru (DEB)

- diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969
 Punca utama peristiwa  jurang ekonomi antara kaum, politik perkauman dan
prasangka
- Dasar Ekonomi Baru terangkum dalam RRJP1 (1970-1990) yang mencakupi empat rancangan
lima tahun Malaysia
- Matlamat DEB  membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
- Strategi membasmi kemiskinan
 Memodenkan keadaan kehidupan rakyat
 Meluaskan peluang pekerjaan bagi semua rakyat
 Menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor yang berpotensi tinggi
 Memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan mereka
3.4 Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
- dibentuk bagi menggantikan DEB yang berakhir pada tahun 1990; digubal dengan
mengambil iktibar daripada DEB
- dilaksanakan dalam tempoh RRJP2 (1991-2000) dalam tempoh 10 tahun
- Majlis Pembangunan Negara  merealisasikan konsep pembangunan seimbang. Diketuai
oleh Perdana Menteri, bermesyuarat sebulan sekali dan berfungsi sebagai badan pemantau
untuk menentukan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan selaras dengan matlamat DPN
- Strategi membasmi kemiskinan & meningkatkan kualiti hidup
o Mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum
o Tumpuan khas diberikan kepada keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian
Rakyat Termiskin (PPRT) dan program yang diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO)
o Kemudahan asas disediakan untuk isi rumah bandar dan desa, termasuk ladang dan
kampung baru
o Tumpuan kepada mengurangkan masalah kemiskinan relatif (perbezaan
pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin) dengan mengadakan peluang
ekonomi kepada yang berpendapatan rendah
- Strategi menyusun semula masyarakat
o Pengagihan melalui pertumbuhan bagi mewujudkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian di kalangan Bumiputera
o Guna tenaga dalam ekonomi negara disusun semula dengan meramaikan golongan
bumiputera dalam bidang profesional, pengurusan dan teknikal
o Sumber manusia dibangunkan melalui latihan dan pendidikan
o Menggalakkan penglibatan sektor swasta secara aktif untuk memberi peluang
pekerjaan dan meningkatkan keupayaan MPPB
o Memperluaskan infrastruktur fizikal, ekonomi dan sosial negara

3.5 Kejayaan Ekonomi Malaysia

- Bank Dunia mengiktiraf kejayaan ekonomi Malaysia sebagai salah sebuah negara “keajaiban
ekonomi Asia Timur” (World Bank 1993) dari segi:
- Kejayaan pembangunan ekonomi dlm masyarakat multietnik
- Berjaya mencapai pertumbuhan dgn agihan
- Mempamerkan kisah kejayaan pembangunan
- Kejayaan Malaysia dikategorikan kepada 3 perspektif
- Pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat
- Pembangunan manusia dan pengurangan kadar kemiskinan
- Kualiti hidup yang meningkat
 Pertumbuhan dan peningkatan pendapatan telah meningkatkan kualiti
hidup rakyat Malaysia.
 Hal ini dilihat dari aspek kesihatan, pendidikan, pemilikan barang keperluan
asas, penyediaan infrastruktur awam dan sebagainya.
 Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) iaitu ukuran kebajikan dan
kesejahteraan kehidupan memperlihatkan trend yang meningkat dari tahun
ke tahun.

3.6 Isu dan Cabaran


1. Ketaksamarataan pendapatan yang semakin melebar

2. Isu pertumbuhan atau agihan

Conclusion

kepesatan ekonomi ini perlu diurus dengan bijjak agar jurang antara kaya dan miskin serta
ketaksamarataan pendapatan dapat ditangani.

Bab 4: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: TIANG SERI HUBUNGAN ETNIK


- Konsep perlembagaan
- Definisi
 Undang-undang dasar yang menjadi teras panduan pemerintahan negara.
 Kerangka asas yang membentuk dan memandu sistem pemerintahan
sesebuah negara.
 Undang-undang tertinggi dan asas kepada semua undang-undang lain di
dalam negara.
 Rujukan tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan negara.
 Mengawal pemerintah dan yang diperintah dalam mempertahankan
kewujudan dan kesinambungan negara.
- Perlembagaan Persekutuan sepintas lalu (Bertulis)
- Mengandungi 15 Bahagian, 183 Perkara dan 13 Jadual
- Menyentuh bidang kuasa perundangan, kehakiman dan eksekutif
- Menyentuh juga aspek bahasa, agama, kewarganegaraan, hak istimewa dan
sebagainya
- Tujuan Perlembagaan
1. Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
3. Mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
4. Menjamin keamanan dan kestabilan negara
o Konsep Ketertinggian Perlembagaan
 Ketiga-tiga badan kerajaan iaitu perundangan, kehakiman dan eksekutif mahupun
YDPA adalah tertakluk kepada Perlembagaan.
 Contoh: Kuasa kehakiman iaitu mahkamah hendaklah juga dijalankan
tertakluk kepada sekatan-sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan
 Perkara 4(1) bahawa perlembagaan Malaysia adalah undang-undang utama
persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan yang berlawanan dengan
perlembagaan hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu.
- Susunan Perkar-perkara dalam perlembagaan
Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan
Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asasi
Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
Perkara 23 hingga 28A Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
Perkara 29 hingga 31 Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
Perkara 32 hingga 37 Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
Perkara 38 Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)
Perkara 39 hingga 43 Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)
Perkara 44 hingga 65 Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)
Perkara 66 hingga 68 Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)
Perkara 69 Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta,
kontrak Dan guaman )
Negeri-negeri
Perkara 73 hingga 79 Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 1 –
Bahagian kuasa-kuasa perundangan)
Perkara 80 hingga 81 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 2 –
Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)
Perkara 82 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri (Bab 3 –
Pembahagian beban kewangan)
Perkara 83 hingga 91 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 4 –
Tanah)
Perkara 92 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 5 –
Pembangunan negara)
Perkara 93 hingga 95 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 6 –
Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan
mengenai kegiatan Negeri)
Perkara 95A hingga 95E Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 7 –
Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
Perkara 96 hingga 112 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)
Perkara 112A – 112D Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian Bagi
negeri-negeri Sabah dan Sarawak)
Perkara 113 hingga 120 Pilihanraya
Perkara 121 hingga 131A Perhakiman
Perkara 132 hingga 148 Perkhidmatan Awam
Perkara 149 hingga 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-
kuasa Darurat
Perkara 152 hingga 160B Am dan Pelbagai
Perkara 161 hingga 161H Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
Perkara 162 hingga 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 181 Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja
Perkara 183 hingga 183 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja

- Sejarah Penggubalan
 Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu
membuktikan telah wujud sistem perlembagaan di Tanah Melayu.
 Perlembagaan paling awal dihasilkan di Tanah Melayu adalah pada tahun 1895
iaitu Perlembagaan Negeri Johor.
 Dalam perlembagaan tersebut diperuntukkan bahawa seorang raja hendaklah
berbangsa Melayu, berdarah raja, lelaki dan beragama Islam.
 Undang-undang tersebut tidak boleh disamakan dengan prinsip perlembagaan
moden kerana struktur masyarakat pada masa dulu berbeza dengan sekarang

Malayan Union

- Diperkenalkan pada 1 April 1946


- Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan:
 Menyatukan negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran.
Negeri-negeri yang terkandung dalam NNS, NNMB dan NNMTB disatukan
 British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama
dengan Jepun dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja- Raja
Melayu.
 Mengeksploitasi sumber bahan mentah
- Ciri-ciri Malayan Union
 Semua negeri Melayu kecuali Singapura disatukan di bawah pemerintahan Gabenor
British yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.
 Singapura dijadikan tanah jajahan berasingan.
 Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal agama Islam dan adat
istiadat Melayu sahaja.
 Pengenalan prinsip jus soli - Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa
mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan Malayan Union telah
memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu
selepas MU.
- Penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
 Sebab-sebab
 Kuasa Raja-Raja Melayu dilenyapkan.
 Hak kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli.
 Hak sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu
penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
 Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja- raja Melayu yang
menggunakan cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi
kata dua iaitu menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan
dari takhta pemerintahan.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

- British telah membatalkan perlaksanaan Malayan Union setelah mendapat tentangan


hebat daripada orang Melayu.
- Diisytiharkan pada 1 Februari 1948.
- Pembentukan persekutuan merupakan satu kejayaan kepada orang Melayu kerana
mengiktiraf kedaulatan dan hak negeri-negeri yang dahulunya telah dihapuskan dalam MU.
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjadi asas bagi Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.
- Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948:
 Sembilan negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan
Melaka. Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.
 Sultan-sultan diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri.
 Syarat kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan
telah bermastautin selama 8 hingga 12 tahun. Pemohon asing mestilah pemastautin
selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut adalah 18 tahun
dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
 Orang Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai
perwakilan terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Kerjasama antara etnik ke arah kemerdekaan


- Dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara etnik Melayu dan
bukan Melayu mula terjalin.
- Pilihan Raya 1955 (pilihan raya umum pertama) memberi implikasi yang cukup
besar kepada hubungan etnik di Malaysia.
- Ini disebabkan telah berlaku kerjasama dan toleransi yang cukup tinggi antara Melayu
dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kerusi pilihan raya seperti
dalam Jadual

- UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi kerana meletakkan calon bukan Melayu
di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu

Suruhanjaya Reid

1. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan
pada 1956.
2. Keahlian: Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik
(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
3. Berperanan merangka perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum mencapai
kemerdekaan.
4. Melalui permuafakatan sosial ini (kontrak sosial), orang bukan Melayu diberikan hak
kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.
5. Kedudukan orang Melayu dikekalkan dalam Perlembagaan dan begitu juga tentang
kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu serta
kedudukan Raja-raja Melayu.

Unsur-unsur tradisi

- Tradisi adalah pemindahan dan kesinambungan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Ini menggambarkan bahawa tradisi mencerminkan sejarah, budaya dan fahaman
sesuatu bangsa dan masyarakat.
- Unsur tradisi meliputi:
bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak)
dan pemerintahan beraja
- Unsur-unsur tradisi ini perlu kerana:
 Telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957.
 Berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh
Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira
faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957
 Dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang
daripada dijadikan isu perbincangan awam.
 Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan
diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu.
 Ini bermakna:
➢ Orang Melayu diberikan hak istimewa,
➢ Islam menjadi agama persekutuan dan
➢ Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat
penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
➢ Dengan ini pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan
masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada
ketika itu.

Pemerintahan Beraja

- Telah wujud dalam sistem sosial dan raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan
pentadbiran.
- Selepas merdeka, berkonsepkan Raja Berperlembagaan – bertindak atas nasihat Kabinet
- Yang di Pertuan Agong berperanan seperti:
 Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan
 Mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang telah disabitkan kesalahan di
mahkamah tentera
 Berkuasa membuat perlantikan menurut perlembagaan
 Pemelihara kepentingan dan harapan setiap etnik
 Ketua agama bagi negeri tidak beraja
 Institusi perlembagaan bersifat Melayu dan Islam

Agama Islam

1. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai seorang beragama Islam, lazim bercakap bahasa
Melayu dan menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur
yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan
Perlembagaan.
2. Yang di-Pertuan Agong dilantik daripada kalangan raja-raja di negeri-negeri Melayu dan di
dalam setiap perlembagaan negeri mensyaratkan seorang raja mestilah berbangsa Melayu,
beragama Islam dan keturunan diraja.
3. Di dalam sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda mengangkat sumpah
dengan didahului oleh lafaz Wallahi, Wabillahi, Watallahi yang merupakan lafaz sumpah yang
dikehendaki dalam agama Islam. Sumpah ini dikaitkan dengan janji baginda untuk
memelihara tentang kesucian dan kemuliaan agama Islam.
4. Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 3 (3) adalah ketua agama Islam di
negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga Wilayah Persekutuan yang tidak
mempunyai raja.
5. Raja dan Sultan di negeri-negeri yang beraja ialah ketua agama Islam bagi negeri masing-
masing. Dalam menjalankan tugas sebagai ketua agama Islam mereka mempunyai budi bicara
dan tidak terikat dengan nasihat Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO).
6. Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi hak istimewa
orang-orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan
Persekutuan. Oleh kerana Melayu dan Islam ialah dua entiti yang tidak boleh dipisahkan maka
tugas menjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu juga termasuk menjaga dan melindungi
agama Islam.
7. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini
kekal terjamin (Perkara 150 (6a)).
8. Adalah sah bagi kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau negeri memperuntukkan sejumlah
wang bagi pembangunan Islam di Malaysia (Perkara 2 (2)).
9. Undang-undang negeri boleh menyekat apa-apa penyebaran dalam kalangan orang Islam
mengenai agama selain dari Islam (Perkara 11 (4)).
10. Bidang kuasa Mahkamah Syariah terpisah dari Mahkamah Sivil yang menunjukkan
pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah (Perkara 121 (1A)).

Bahasa Melayu

1. Perkara 152 iaitu kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan tanpa menafikan
hak-hak bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
2. Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan seterusnya memperuntukkan bahawa
tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain daripada urusan
rasmi) atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
3. Begitu juga kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa lain dalam
persekutuan.
4. Bahasa Melayu dilindungi di bawah Perkara 150 (6A) dalam keadaan darurat
5. Perkara 160(B), teks terjemahan mengenai perlembagaan dalam bahasa kebangsaan
mengatasi teks dalam bahasa Inggeris
6. Bahasa kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat bahasa ibunda lain
7. Menjadi bahasa lingua franca
8. Pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu

Kedudukan Istimewa orang Melayu

1. Peruntukan istimewa orang Melayu disentuh dalam Perkara 153, Perkara 89 dan 90, Perkara
8(5e) dan Jadual 13.
2. Orang Melayu ditakrifkan dalam Perkara 160(2) sebagai seseorang yang menganuti agama
Islam, lazimnya bercakap dalam Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan
a. Lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu atau bapanya
telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari Merdeka itu ia adalah
berdomisil di Persekutuan atau di Singapura atau
b. Ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.
3. Perkara 8 (5) (f) menjelaskan bahawa kemasukan untuk perkhidmatan Rejimen Askar Melayu
di-Raja hanya diperuntukkan kepada orang Melayu. Namun kemasukan ke rejimen tentera
yang lain adalah terbuka kepada semua etnik.
4. Antara hak istimewa orang Melayu ialah bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam,
permit dan lesen bagi menjalankan perniagaan dan biasiswadan bantuan dalam pelajaran.

Isu-isu islam & orang Melayu dalam perlembagaan

o Kebebasan Beragama
1. Kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan bukan Islam.
Bagaimanapun, kebebasan dalam penyebaran beragama adalah tidak mutlak.
2. Cth: Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
meluluskan undang-undang pengawalan agama bukan Islam dalam kalangan orang
Islam
3. sebarang agama boleh diamalkan tetapi tidak menggangu ketenteraman
awam dan tidak menyakitkan hati penganut
4. Kebebasan beragama tertakluk kepada undang- undang awam seperti Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta
5. Kebebasan beragama juga bermakna seseorang itu tidak bebas mendirikan rumah
ibadat di mana sahaja yang disukai

Kesamarataan

o Semua orang adalah sama di sisi undang- undang


o Tidak dibenarkan sebarang bentuk diskriminasi menurut agama, ras dan lain-lain
kecuali dibenarkan oleh perlembagaan
o Namun, perubahan politik dan ekonomi menyebabkan sesetengah etnik ketinggalan
dan ini perlu dibantu

Diskriminasi Perlindungan

1. Melalui diskriminasi perlindungan ini, undang-undang memberi perlindungan dan hak yang
istimewa kepada golongan atau etnik di dalam sesebuah negara dan dalam masa yang sama
tidak menafikan peluang terhadap kumpulan atau etnik lain.
2. Etnik yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara dapat dibantu dan ditingkatkan
taraf hidup mereka agar dapat menyaingi etnik lain yang lebih terkehadapan.
3. Perkara 46 Perlembagaan India menghendaki kerajaan memberikan perlindungan yang
istimewa untuk kepentingan pelajaran dan ekonomi sesuatu kumpulan yang mundur.
Contohnya, keutamaan dalam lantikan dalam perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti
keretapi, pos, kastam dan perkhidmatan telegraf.
4. Tujuan:
I. Membetulkan semula ketidakseimbangan politik di sesebuah negara yang
rakyatnya bersifat majmuk dan baru merdeka.
II. Diskriminasi perlindungan diberi kepada golongan minoriti supaya kepentingan
mereka dapat dipertahankan daripada ditenggelami majoriti.
III. Perlembagaan memberi keutamaan kepada kumpulan yang telah merasai dan
mengecapi keistimewaan itu sebelumnya.
IV. Disebabkan oleh kompromi di antara kaum atau kumpulan tertentu semasa
perlembagaan digubal.

Conclusion:

Kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu
dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi kuasa. Permuafakatan sosial
atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa perlu mempersoalkannya
lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada
dalam keadaan tidak stabil yang boleh merosakkan perpaduan yang sudah sedia terjalin.

Bab 5: PERMUAFAKATAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pembangunan politik

o Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama pembangunan politik, iaitu satu
wilayah yang mempunyai sempadan, pemerintahan dan warganegara.
o Pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan penerapan dasar
awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat nasionalisme.
o Kewujudan parti politik, parlimen, perlembagaan negara dan pilihan raya merupakan
komponen penting untuk menentukan kewujudan amalan demokrasi di negara ini.

Pemupukan hubungan etnik secara formal dalam politik

o Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946, secara tersirat memperlihatkan pihak
British ingin memperkenalkan corak pemerintahan unitary yang berasaskan penguasaan
majoriti oleh pihak British dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa.
o Sejak menjelang kemerdekaan lagi, Parti Perikatan mengamalkan konsep perkongsian
kuasa atau pakatan politik.
o Perkongsian kuasa antara Melayu dengan Cina terjalin apabila UMNO dan MCA berpakat
dan bertanding dalam Pilihan Raya 1952.
o Kemenangan Perikatan pada 1955 menjadi bukti bahawa kerjasama politik dan
perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan baik sekaligus dapat memudahkan
usaha menuntut kemerdekaan.
o Pada tahun 1972, Perikatan telah bertambah besar dengan penyertaan Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) dan Gerakan dari Semenanjung dan parti politik lain dari Sabah dan Sarawak.
o Pada Julai 1963, Perjanjian Malaysia ditandatangani sebagai tanda persetujuan antara
pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Demografi dan politik

o Aspek demografi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap keadaan politik dan
proses politik khususnya dalam pilihan raya.
o Bilangan kerusi kawasan parlimen yang majoriti pengundinya daripada kumpulan
etnik tertentu memang tidak dapat dielakkan kerana taburan penduduknya
ditentukan oleh faktor sejarah dan ekonomi
o Kejayaan BN di Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan kuasa
membuktikan kejayaan konsep dan amalan pakatan dan kerjasama politik antara
pelbagai etnik.
o Kejayaan BN memperlihatkan keyakinan pengundi dan rakyat terhadap kemampuan BN
untuk terus memerintah.
o Formula perkongsian kuasa membolehkan pemimpin yang mewakili pelbagai etnik
bekerjasama menentukan dasar dan hala tuju dan masa depan negara.

Pakatan Politik di Sabah dan Sarawak


o Di Sabah dan Sarawak terdapat banyak parti politik yang mewakili etnik masing-masing,
terutamanya menjelang pembentukan Persekutuan Malaysia.
o Politik Sabah dan Sarawak lebih kompleks daripada di Semenanjung.
o Gabungan sedemikian penting untuk menjamin kestabilan dan memastikan suara semua
etnik diwakili.
o Pakatan politik di Sabah
1. Di Sabah, tidak terdapat kelompok dominan dari segi saiz penduduk. Perkembangan
politik di Sabah dan Sarawak memperlihatkan pola yang
hampir sama.
2. Dengan mengambil ilham daripada model kerjasama UMNO-MCA-MIC, UNKO, USNO
dan SCA, Sabah bergabung untuk menubuhkan parti
Perikatan.
3. Selepas pilihan raya negeri 1967, Perikatan Sabah terdiri daripada USNO dan SCA
setelah UPKO dibubarkan dan majoriti ahlinya menyertai USNO.
4. Parti Berjaya yang memerintah Sabah dari tahun 1976 sehingga tahun 1985
merupakan sebuah parti berbilang etnik dianggotai oleh bumiputera Islam dan
bukan Islam yang ditubuhkan pada Julai 1975 meskipun pucuk pimpinannya
dimonopoli oleh bumiputera Islam.
5. Ketika Sabah berada dalam genggaman PBS, krisis dan ketegangan berlaku antara
kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.
o Pakatan politik di Sarawak
1. Di Sarawak, komposisi penduduk turut memperlihatkan wujudnya pluraliti, malah
lebih kompleks daripada di Semenanjung dengan jumlah sekitar 30 suku kaum.
2. Di Sarawak, pelbagai parti politik ditubuhkan menjelang penubuhan Persekutuan
Malaysia pada tahun 1963.
3. Kewujudan SUPP menjadi inspirasi kepada etnik bumiputera untuk turut
menubuhkan parti masing-masing yang dapat memperjuangkan kepentingan,
kebajikan dan aspirasi bumiputera.
4. Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia turut menggerakkan penubuhan
beberapa parti etnik.
5. Dalam konteks etnik Cina pula, SUPP telah diundang menyertai kerajaan campuran
BN selepas pilihan raya umum pada tahun 1969 hingga tahun 1971.
6. Selama lebih 30 tahun selepas penubuhan Parti Bumiputera, kemunculan beberapa
parti baru Melayu dan Melanau tidak berjaya menggugat kedudukan politik Melayu
dan Melanau.
7. Sebelum tahun 1963, etnik Dayak sering berpecah antara SNAP dan Pesaka
sebelum penubuhan Malaysia, namun kini etnik terbabit menyertai semua parti
politik, sama ada BN atau parti pembangkang.

Tsunami Politik: politik perkauman semakin mengendur


o Pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 disertai lebih daripada 20 parti politik yang
menyaksikan BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
o Dalam pilihan raya tahun 2008, BN hanya menguasai 140 atau memperoleh 63 peratus
kerusi termasuk lapan kerusi dimenangi tanpa dicabar, manakala pembangkang memenangi
82 kerusi bersamaan 37 peratus daripada 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.
o Dalam pilihan raya 2004, BN memperoleh 24 daripada 25 kerusi manakala di Sarawak 27
daripada 28 kerusi.

Masyarakat Pelbagai etnik beralih angin

o Dalam pilihan raya 2008, di luar daripada jangkaan ramai, rakyat lebih memihak kepada
pembangkang dan menolak BN yang disifatkan sebagai tsunami politik.
o Untuk pertama kali BN kehilangan sokongan masyarakat pelbagai kaum.
o Persaingan sengit begitu ketara bagi kawasan bercampur, yang satu-satu etnik bukan
majoriti menyaksikan calon BN mengalami kekalahan sedangkan sebelumnya kawasan
sedemikian merupakan kubu kuat BN.
o Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan pertembungan sengit antara tiga
parti politik utama negara ini iaitu Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini
sejak pilihan raya pertama pada 1959, Pas dan Pakatan Harapan.
o Ia berkesudahan dengan rakyat negara ini memilih untuk memberikan kemenangan besar
kepada gabungan parti pembangkang sekali gus menamatkan era BN menguasai Kerajaan
Persekutuan.
o Barisan Nasional (BN) yang dianggap sukar dikalahkan dan mentadbir Malaysia secara
berterusan selama 60 tahun akhirnya terpaksa akur dengan kehendak dan pilihan rakyat.
o Ini bermakna, BN dilihat sebagai sebuah parti politik yang terakhir hilang kuasa memerintah
dalam kalangan parti politik seangkatannya seperti Parti Indian National Congress di India
dan Parti Golkar di Indonesia yang telah lama hilang monopoli penguasaan politik di negara
masing-masing.
o Ini juga sekali gus meletakkan Pakatan Harapan yang diterajui oleh bekas Perdana Menteri,
Tun Dr. Mahathir Mohamad, mencipta sejarah dalam arena politik dunia.
o Meskipun setengah pihak menjangka PRU-14 akan menyaksikan ‘tsunami Melayu’ dalam
mencorakkan keputusannya, dari segi realitinya, sentimen ‘mengubah’ kerajaan dalam
kalangan rakyat merentasi kaum, agama, dan lokaliti dilihat menyebabkan Pakatan Harapan
menang besar.
o Sementara itu, terhakisnya sokongan pengundi-pengundi terhadap UMNO dan kekalahan
ketiga-tiga presiden parti komponen BN, iaitu presiden MCA, MIC dan Gerakan turut
menimbulkan pelbagai persoalan.
o Antaranya apakah rakyat sudah sedia mengalih ke arah paradigma baharu, iaitu menolak
parti-parti politik yang bersandarkan kaum? Apakah kaum Cina dan India melihat
kepimpinan parti-parti yang menganggotai BN, yang mewakili kaum bukan Melayu, gagal
membela kepentingan kaum Cina dan India?
o Apa pun, proses transisi kuasa daripada kerajaan lama kepada kerajaan baharu secara lancar
tanpa sebarang kesulitan jelas menunjukkan rakyat Malaysia kini bukan sahaja
menghormati keputusan PRU-14 dengan hati terbuka, malah lebih matang dalam
menjunjung dan mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi tulen.
Conclusion:

Selain insiden konflik perkauman pada tahun 1945-1946 selepas jepun menyerah kalah, peristiwa 13
mei 1969 dan peristiwa kampung Medan pada 2001, keadaan masyarakat di Malaysia umumnya
adalah stabil, makmur dan harmoni. Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang
harmoni selaras denga perkembangan politik negara merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh
Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik yang sudah tentunya mempunyai ideologi politik
yang pelbagai.

Bab 6: Kepelbagaian Agama: mencari titik pertemuan


Definisi Agama

o Hubungan antara manusia dengan sesuatu kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat
memberikan perlindungan.
o Peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya dengan
tuhan.
o Sistem keyakinan yang dianuti dan dimalkan.
o Adanya konsep hidup selepas mati.

Peranan Agama

1. Sumber nilai moral


2. Penyatuan
3. Semangat kebangsaan
4. Perpasuan nasional
5. Keweujudan tamadun
6. Kesenian
7. Permerintahan

Penggolongan Agama

a) Agama Ciptaan Tuhan (Samawi)


a. Agama yang bersumberkan wahyu tuhan.
b. Diturunkan oleh Allah untuk memenuhi keinginan dan kecintaan jiwa manusia yang
semulajadi kepada Tuhan.
b) Agama Ciptaan Manusia (Duniawi)
a. Agama yang datang daripada diri manusia, usaha manusia mencari tuhan dengan
akal fikiran.
b. Lahir dalam kebudayaan, dibentuk oleh falsafah masyarakat dan dirumuskan oleh
ahli fikir masyarakat.
c. Terdapat penyembahan cakerawala seperti matahari dan bulan, simbol seperti
berhala, gambaran dan panji-panji

Agama di Malaysia

1. Islam 3. Hindu
2. Buddha 4. Kristian
5. Sikh

Agama Islam

Asal Usul Berserah diri dan mengikut perintah Allah serta mencontohi Nabi Muhammad.
Nabi Muhammad sebagai penyampai ajaran Islam daripada Tuhan dan pada masa
sama baginda menjadi ikon yang perlu dicontohi.
Sumber 1) Al-Quran
2) Sunnah
Prinsip o 6 rukun Iman
o 5rukun Islam
Perayaan 1) Hari Raya Pusa
2) Hari Raya Haji

Agama Buddha

Asal Usul Diasaskan oleh Siddharta Gautama yang selalu memikirkan punca penderitaan.
Sumber Falsafah Buddha
Prinsip 8 Jalan Berlapis
Perayaan Hari Wesak

Agama Hindu

Asal Usul o Wujud sejak awal abad ke 8.


o Juga dikenali sebagai Brahma.
o Meliputi pelbagai kepercayaan dan penyembahan batu dan pokok.
Sumber Kitab Veda
Prinsip Sistem kasta iaitu Brahman, Kshatriya, Vaishya dan Shundra
Perayaan 1) Deepavali
2) Thaipusam

Agama Kristian

Asal Usul Merupakan mazhab daripada kepercayaan Yahudi yang menerima Jesus
Daripada Nazaret
Sumber Bible
Prinsip 10 Prinsip Utama
Perayaan 1) Krismas
2) Good Friday

Agama Sikh

Asal Usul o Diasaskan oleh Guru Nanak pada 1469M.


o Mempercayai satu tuhan.
Sumber Sri Guru Granth Sahib Ji
Prinsip 5 simbol utama iaitu 5K, Kesh (berambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang
besi), Kirpan (pedang kecil) dan Kachera (seluar pendek khas)
Perayaan Vaisakhi

Konflik Agama

o Terjadi kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran agama.


o Konflik juga berlaku kerana kegagalan seseorang untuk memahami dan menghormati ajaran
agama lain.
o Antara contoh konflik yang berlaku ialah Bosnia-Herzegovina dengan Serbia (April 1992) dan
Hindu-Islam di India (Disember 1992).

Bab 7: Dari Segregasi ke intergrasi


Segregasi

o Pengasingan atau perpisahan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain.
o Pengasingan berlaku dalam dalam beberapa keadaan;
1. tempat tinggal
2. jenis pekerjaan
3. sistem persekolahan/ Pendidikan
4. penerbitan akhbar
5. fahaman dan pengaruh politik yang berbeza
6. Perbezaan kepercayaan atau agama

Intergrasi

o satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari
segi agama budaya, sosial, dan kawasan penempatan.
o Bentuk Integrasi di Malaysia
1. Integrasi Wilayah
2. Integrasi Ekonomi
3. Integrasi Kebudayaan
4. Integrasi Sosial
5. Integrasi Pendidikan
6. Integrasi Politik

Dari Pengasingan ke penyatuan

o Sebelum merdeka, Tanah Melayu telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di bawah
penjajahan British.
o Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan kuasa politik dan
ekonomi British di Tanah Melayu.
o Justeru, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat, Malaysia mengutamakan integrasi.
o Integrasi adalah merupakan proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri-ciri
sosial yang dapat diterima oleh semua etnik.
o Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses mewujudkan satu identiti nasional
di kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan penempatan.
Cabaran dalam memupuk integrasi di Malaysia / Faktor yang mencetuskan perpecahan

1. Prasangka
2. Diskriminasi
3. Stereotaip
4. Rasisme
5. Ethnosentrism

Peranan Kerajaan

1. Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni telah menjadi agenda utama kerajaan
yang dilaksanakan melalui dasar-dasar tertentu.
2. Pelbagai agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan usaha
menyatupadukan masyarakat pelbagai etnik. Antara usaha yang dirancang dan dilaksanakan
ialah;
3. Pelan tindakan JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005 –
2010 telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan lagi
perpaduan dan integrasi nasional melalui pelbagai strategi seperti berikut:
1. Strategi persefahaman poilitik
2. Strategi perpaduan dan pertubuhan sukarela
3. Strategi keseimbangan ekonomi
4. Strategi penggunaan tenaga manusia
5. Strategi media massa
6. Strategi keselamatan
7. Stratefi pembangunan kawasan
8. Strategi kesukanan
9. Strategi pemantauan isu-isu semasa dan politk
10. Strategi penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan
11. Strategi integrasi wilayah
12. Strategi kepercayaan agama
13. Strategi penggunaan Bahasa Kebangsaan
14. Strategi kebudayaan
15. Strategi sistem pendidikan

Peranan Masyarakat Dalam Konteks Hubugan Etnik

i. Rukun Tetangga
ii. Rumah Terbuka
iii. Penerimaan Budaya
iv. Program IPT

Rukun Tetangga

- Diperkenalkan pada tahun 1975.


- Pada peringkat awal, Rukun Tetangga bertujuan untuk mengawal keselamatan di kediaman
masing -masing.
- Visi & Misi:
 Memupuk persefahaman & bertolak ansur kearah pembangunan bangsa
 Objektif
 Memelihara, meningkat dan kukuhkan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun
- Di perkenalkan sebagai langkah untuk rakyat menjaga keselamatan kawasan kediaman dan
penekanan terhadap konsep kejiranan.
- Melakukan aktiviti kejiranan seperti amalan kunjung mengunjung, sukan, ceramah
kesihatan, keagamaan, keusahawanan dan lain -lain

Rumah Terbuka

- Diadakan sempena sambutan musim perayaan sesuatu kaum di Malaysia.


- Masyarakat pelbagai etnik saling berkunjung ke rumah jiran tetangga mereka.
- Contoh:
 Perayaan Hari Raya Aidil fitri
 Tahun Baru Cina
 Deepavali
 Krismas
- Memperlihatkan keharmornian hubungan etnik dan membuktikankan kesepaduan sosial
dalam masyarakat berada pada tahap yang tinggi walaupun berlainan agama, etnik dan
budaya

Penerimaan Budaya

- Masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India termasuk juga etnik bumiputera di Sabah
dan Sarawak telah menerima budaya etnik Melayu dari segi pakaian dan makanan.
- Begitu juga etnik Melayu, menerima budaya daripada etnik lain seperti penggunaan angpau
yang terkenal di dalam budaya etnik Cina

Program IPT

- Menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan dikalangan


mahasiswa yang pelbagai etnik. Antaranya;
 Menawarkan kandungan kursus di semua IPT yang menitik beratkan aspek
pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik.
 Mewujudkan Kelab Perpaduan atau Rukun Tetangga
 menyemai kesedaran tentang kepentingan perpaduan.
 Mewujudkan Program khidmat Masyarakat
 memberi pengalaman dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia.
 Menerapkan sikap perpaduan dikalangan pensyarah dengan memberi pendedahan
tentang kursus Hubungan Etnik.

Peranan NGO dalam Konteks hubugan etnik

1. Memainkan peranan untuk mempercepatkan proses hubungan etnik di Malaysia.


2. Terdapat pertubuhan yang berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan
Perniagaan dan Perusahaan Malaysia.
3. Barisan kepimpinan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Contoh; Majlis Belia Malaysia.
4. Terdapat pembahagian mengikut kaum seperti pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil,
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina dan Dewan Perniagaan India
Malaysia. Persatuan tersebut telah digunakan oleh NGO untuk adakan dialog dan seminar.

Conclusion

Malaysia sebagai negara majmuk masih perlu berterusan melakukan usaha bagi menyuburkan
integrase antara kaum. Masih banyak cabaran yang sedang dan akan dihadapi dalam menangani dan
menguruskan persoalan perpaduan kaum. Isu hubungan kaum masih lagi merupakan isu sensitive
dan boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmoni sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana. Isu
hubungan kaum masih lagi merupakan isu sensitive dan boleh menimbulkan keaadan yang tidak
harmoni sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana. Semua pihak perlu memainkan peranan dalam
kapasiti masing-masing untuk membina dan menyuburkan integrase kaum. Banyak iktibar dan
pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa ketegangan kaum yang berlaku di tempat lain
sekiranya hal ini tidak ditangani dengan sebaiknya.

Bab 8: Pemerkasaan Pendidikan ke arah kesepaduan sosial


- Sistem pendidikan di Malaysia berorientasikan komuniti etnik tertentu yang berkongsi
kurikulum yang sama.
- Sistem ini dikenali sebagai Sistem Pendidikan Vernakular atau jenis kebangsaan.
- Pengekalan sistem sedemikian akan menggalakkan pemisahan kanak-kanak daripada
komuniti etnik berbeza.
- Sekiranya langkah bersepadu kurang mampu dilaksanakan tidak mustahil matlamat kerajaan
untuk memupuk kesepaduan sosial sepenuhnya menerusi sistem pendidikan kebangsaan.

Malaysia- Sejarah pedidikan dan hubungan etnik

o Pendidikan bahasa dapat dipertahankan menggambarkan jiwa sesebuah bangsa.


o Malaysia – terdapat warisan nilai budaya dan peradaban berbeza –
setiap komuniti etnik ingin mempertahankan sistem pendidikan masing-masing.
o Kesan – kerajaan menghadapi cabaran membentuk satu sistem identiti kebangsan
menggunakan Bahasa Melayu (Bahasa Kebangsaan).

Latar Belakang pendidikan komuniti etnik di tanah melayu

- @Tanah Melayu ~ penjajah berperanan utama dalam menentukan hala tuju sistem
pendidikan.
- Sebelum campur tangan pihak penjajah (British), komuniti Melayu, Cina dan India memiliki
sistem pendidikan tersendiri yang bersifat tradisi.
- Dasar pecah perintah (British) – mengukuhkan lagi sistem pendidikan vernakular.
- Usaha menyatukan mereka di peringkat ini tidak timbul sehingga peristiwa Malayan Union
(1946)
- Peristiwa Malayan Union (1946) ~ pengukuhan usaha ke arah pembinaan negara bangsa.

Komuniti Melayu
- Komuniti Melayu dibentuk bersesuaian dengan sistem nilai dan adat Melayu.
- Terdapat dua bentuk sekolah di peringkat awal:
 Persekolahan secara tidak formal (sekolah pondok) – bahasa Melayu dan bahasa
(bahasa pengantar).
 Sekolah ini membabitkan sekolah agama, sekolah agama rakyat, sekolah
pondok dan madrasah.
 Sekolah vernakular Melayu yang didirikan oleh kerajaan British, bahasa Melayu
dikekalkan sebagai bahasa pengantar dan tumpuan lebih kepada perkara asas
seperti membaca, mengira, menulis, ilmu pertukangan, anyaman dan pertanian bagi
memenuhi kehendak kehidupan luar bandar (Chelliah 1940)
- Lepasan sekolah Melayu yang berkelayakan akan menyambung pelajaran ke Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI).
- Walau bagaimanapun, mereka tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi disebabkan
kelayakan yang rendah berbanding mereka yang berkelulusan sekolah Inggeris.
- Lulusan daripada kedua-dua jenis sekolah berkenaan tidak diterima untuk berkhidmat dalam
pentadbiran British (Roff 1975).

Komuniti Cina

- Berteraskan penerimaan sebahagian ajaran Konfusius (menekankan pendidikan peringkat


rendah dan tinggi) – majoriti komuniti Cina mendirikan sekolah di setiap wilayah dan di
negara baru yang diduduki mereka.
- Sukatan pelajaran dan tenaga pengajar diimport dari China dan menggunakan bahasa
Mandarin sebagai bahasa pengantar.

Komuniti India

- Komuniti India – tidak mempunyai dana kewangan tertentu untuk menubuhkan sekolah.
- Kebanyakan komuniti India enggan memasuki sekolah nernakular Melayu walaupun telah
disediakan oleh Kerajaan British
- Kesan: Sekolah vernakular Tamil ditubuhkan oleh pihak pengurusan estet – penerapan
nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan.
- Nilai-nilai ketamilan menjadi keutamaan:
 Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar
 Sukatan pengajaran dan tenaga pengajar diambil dari India.
- Namun, dengan persekitaran yang serba kekurangan dan lebih penekanan kepada sekolah
rendah – para ibu bapa kurang memberi sambutan
 kesan: tiada peluang berjawatan tinggi dalam pentadbiran British di Tanah Melayu.

Sekolah Vernakular Inggeris

- Pendidikan Inggeris berkembang di Tanah Melayu setelah penubuhan Penang Free School
(1816).
- Sekolah ini dikuasai oleh para mubaligh Kristian dan bahasa Inggeris dijadikan bahasa
pengantar utama.
- Bagi menjamin kualiti sukatan pelajaran – kerajaan British mengambil alih sekolah dengan
tujuan mengeluarkan pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa pentadbiran
British.
- Komuniti Cina dan India - kebanyakan yang menetap di bandar berpeluang memasuki
sekolah vernakular Inggeris.
- Komuniti Melayu – golongan kelas atasan lebih diberikan keutamaan berbanding kelas
bawahan untuk memasuki sekolah tersebut. (Chelliah, 1940)
- Pelajar lepasan sekolah tersebut berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej dan
universiti (dalam atau luar negara).
- Mereka juga boleh memegang jawatan tertentu dalam pentadbiran British dan dipandang
tinggi oleh masyarakat

Dasar Pendidikan 1945-1970 *Laporan Razak 1956*

- Laporan Razak 1956 dijadikan Dasar Pendidikan pertama setelah Persekutuan Tanah
Melayu
mencapai kemerdekaan.
- Dasar ini lebih berpengaruh dalam memartabatkan peranan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan dan seterusnya dalam pembinaan negara bangsa.
- Pengusulan Laporan Razak 1956
1. Bahasa Melayu - bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah.
2. Sekolah Jenis Kebangsaan akan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
3. Penggunaan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, latihan perguruan dan sistem
nazir yang sama.
4. Bagi memupuk kesatuan dalam proses pembinaan negara bangsa, bahasa Melayu
dijadikan sebagai kursus wajib untuk semua pelajar.
- Dengan laporan ini, sekolah vernakular beransur-ansur berubah kepada sekolah kebangsaan
yang akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
- Walaupun timbul penolakan daripada komuniti bukan Melayu, namun kerajaan bertolak
ansur untuk mengekalkan penggunaan bahasa ibunda di sekolah masing-masing (Fennell,
1968).

Peringkat Pendidikan di Malaysia

1. Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Vernakukar


o Dua jenis sekolah rendah (dibiayai oleh kerajaan)
a. Sekolah Kebangsaan (Bahasa Pengantar - Bahasa Melayu)
b. Sekolah Jenis Kebangsaanc(Bahasa Pengantar – Bahasa Mandarin dan Bahasa
Tamil)
o Kurikulum kedua-dua jenis sekolah rendah pada keseluruhannya adalah sama cuma
sukatan pelajarannya sahaja yang sedikit berbeza.
o Sukatan mata pelajaran bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan lebih mudah
berbanding dengan di Sekolah Kebangsaan.
o Walaupun terdapat beberapa penyesuaian yang dilaksanakan oleh pihak
kementerian dalam kurikulum, namun penyesuaian tersebut tetap memenuhi
Falsafah Pendidikan Negara, iaitu untuk melahirkan pelajar yang seimbang dalam
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Sekolah Wawasan
o Sekolah Wawasan - sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama.
o Ciri sekolah - dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran ditempatkan
dalam kawasan sama.
o Setiap sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu
sama lain menggunakan jambatan penghubung.
o Matlamat Sekolah Wawasan
1. Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai bangsa dan latar
belakang.
2. Memupuk semangat integrasi antara murid-murid daripada pelbagai aliran.
3. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang
tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu.
4. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan pelbagai aktiviti lain di
sekolah.
o 6 buah kompleks Sekolah Wawasan
i. Kompleks Sekolah Wawasan Pekan Baru, Parit Buntar, Perak
ii. Kompleks Sekolah Wawasan Taman Aman, Anak Bukit, Kedah
iii. Kompleks Sekolah Wawasan Tasik Permai, Pulau Pinang
iv. Kompleks Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, Selangor
v. Kompleks Sekolah Wawasan Pundut, Lumut, Perak
vi. Kompleks Sekolah Wawasan Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan.
2. Pendidikan Menengah
o Kategori Pendidikan Menengah Kebangsaan
i. Sekolah Menengah Harian,
ii. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan,
iii. Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
iv. Sekolah Teknik dan Vokasional,
v. Sekolah Menengah Agama,
vi. Sekolah Seni dan Sukan.
o Pendidikan peringkat menengah – bahasa pengantar utama - bahasa Melayu.
o Hak untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa ibunda mengikut etnik seperti
bahasa Cina dan Tamil adalah dibenarkan sekiranya memenuhi syarat – maka
pengekalan identiti menerusi bahasa ibunda masing-masing tidak akan terhakis.
3. Pendidikan Prauniversiti
o Pilihan pelajar selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah:
i. Tingkatan 6 ( tempoh dua tahun – menduduki peperiksaan STPM)
ii. Program matrikulasi – 90% tempat diperuntukkan bagi pelajar
Melayu/Bumiputera (satu atau dua tahun).
iii. Pengajian di peringkat diploma di pelbagai institut pendidikan (Contoh: Kolej
Politeknik)
o Kategori Institusi Pengajian Tinggi:
i. Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti
Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UTM)
ii. Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Taylor University, Lim Kok Wing University, Mahsa University, Segi University

Cabaran dalam pendidikan dan bahasa

- Isu sekolah vernakular dalam sistem pendidikan di Malaysia tidak pernah selesai dan kerap
menjadi kontroversi.
- Majoriti orang Cina yang diwakili oleh Dong Jiao Zong berkata sekolah vernakular sejak
berpuluh tahun lalu tidak pernah mengakibatkan polarisasi kaum, malah telah
mempertingkatkan daya saing negara di peringkat antarabangsa.
- Kewujudan sekolah vernakular ini juga dikatakan tidak pernah menjejaskan perpaduan kaum
negara.
- Namun, berdasarkan beberapa kajian, pelajar Cina yang mendapat pendidikan Sekolah
Kebangsaan dan pendidikan Inggeris, lebih mudah bergaul dengan orang Melayu berbanding
dengan para pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan.

Conclusion

- Peranan pendidikan ternyata amat dominan dalam proses sosialisasi.


- Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua penting dalam sosialisasi politik,
tetapi pengaruhnya tidak boleh dinafikan kerana perkaitannya yang amat rapat dengan
keluarga yang berhak untuk menentukan proses persekolahan anak-anak mereka.
- Dasar pendidikan dan bahasa di Malaysia amat unik jika dibandingkan dengan negara-negara
lain.

Bab 9: Pengalaman Harian: menjalin kesepaduan & melahirkan keharmonian


Aspek- aspek penting dalam membina & memantapkan kesepaduan etnik

1. Makanan
2. Media
3. Kesenian

Kepelbagaian Makanan Etnik Pemangkin Perpaduan

- Menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia – “Syurga Makanan”


- Menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara
- Setiap kaum etnik di Malaysia mempunyai makanan-makanan tradisional yang tersendiri
- Penduduk di Malaysia ini juga dikatakan banyak menghabiskan masa di meja makanan dan
menjadikan masa menikmati hidangan itu sebagai aktiviti kebangsaan

Makanan dan ruang sosial dalam konteks hubungan etnik

- Makanan
o Sesuatu yang menjadi santapan dan aspek yang penting dalam kehidupan manusia
untuk memenuhi keperluan biologi dan sosiologi
o Makanan yang dimakan juga menjadi darah daging manusia
- Perspektif Islam:
o Kepentingan memakan makanan yang halal akan memberi kesan terhadap amal –
amal kebaikan yang dilakukan.
o Surah al- Mu’minun, 23:51
“Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah
amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha mengetahui akan apa yang kamu
kerjakan”.
- Makanan memainkan peranan penting dalam menyatupadukan pelbagai etnik dalam
sesebuah masyarakat.
- Penyatupaduan dan pembahagian tersebut bergantung kepada bentuk ruang sosial sesuatu
makanan mengikut fungsinya dalam masyarakat yang terbahagi kepada dua iaitu:
o ruang awam
o ruang bukan awam

Ruang Awam Ruang bukan Awam


- Makanan yang tidak berkaitan dengan - Jenis makanan yang berkaitan dengan
upacara keagamaan atau kepercayaan acara keagamaan atau kepercayaan
tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan sesebuah kaum
acara keraian keagamaan. - Contoh: daging yang dimasak dalam majlis
- Contoh: Perayaan yang boleh dikongsi Aqiqah bagi orang Islam tidak boleh
bersama dihidangkan kepada orang bukan Islam
- Terdapat pelbagai jenis juadah supaya - Namun begitu, orang bukan Islam yang
memudahkan tetamu untuk memilih menghadiri majlis tersebut juga akan
makanan yang boleh dimakan kerana dihidangkan dengan masakan yang berbeza
mungkin terdapat juadah yang tidak boleh bagi menghormati tetamu yang berbeza
dimakan mengikut kepercayaan agama agama
mereka

Kesenian pelbagai etnik & kesepaduan sosial

1. Kesenian seni bina


o Masjid & Rumah Ibadat di Melaka
o Contoh:
i. Masjid Kapitan Kling
ii. Masjid Tengkera
o Mempunyai gabungan seni bina Cina, Melayu, Arab dan India
o Lantas ianya terus menjadikan Melaka sebuah negeri yang menjadi tarikan para
pelancong pada masa kini
2. Kesenian Tarian
o Perbarisan Kontinjen Malaysia
i. Semasa Hari Kemerdekaan
ii. Tarian dari pelbagai kaum dipersembahkan bagi memaparkan identiti
Malaysia yang mempunyai rakyat yang bersatu padu dan harmoni
o Senam Seni Malaysia
i. Gabungan seni tarian pelbagai etnik
ii. Bertindak sebagai serampang dua mata – Menjaga kesihatan & memulihara
warisan budaya
iii. Objektif: Membolehkan rakyat Malaysia lebih menyayangi dan mendekati
seni tari dan lagu rakyat pelbagai kaum melalui elemen senaman

Media dan Kesepaduan Sosial

- Pengaruh Iklan dan Kesepaduan Sosial


o Iklan: Dijadikan sebagai medium untuk memupuk semangat perpaduan
o Contoh: Iklan PETRONAS sempena perayaan, Hari Merdeka dan sebagainya.
- Pengaruh Laman Sosial

Kesan Positif Kesan Negatif


Maklumat dapat disebarkan dengan pantas Menimbulkan isu yang menyentuh sensitiviti
kaum, hak keistimewaan orang Melayu, adat
resam, agama dan sebagainya
Memudahkan lagi manusia untuk Menjejaskan semangat perpaduan antara kaum
menyampaikan dan mendapat maklumat di Malaysia yang terbina berkurun lama dahulu
Individu boleh memberi pendapatnya sendiri Isu negatif yang diperdebatkan boleh
dan berkongsi segala maklumat yang mereka menyebabkan perselisihan faham seperti isu
rasakan berguna kepada orang lain dan interksi murtad
ini membolehkan mereka berkongsi pendapat
yang berbeza-beza

- Kebaikan laman sosial


o Dijadikan sebagai kaedah mendekati masyarakat oleh pendakwah dan ahli politik.
o Akhbar-akhbar yang menjadikan facebook sebagai alternatif kepada pembaca
akhbar.
 Sinar Harian, Berita Harian, Harakah Daily, dan banyak lagi.

Conclusion

Malaysia sebagai negara majmuk masih perlu berterusan melakukan usaha bagi menyuburkan
integrasi antara kaum. Masih banyak cabaran yang sedang dan akan dihadapi dalam menangani dan
menguruskan persoalan perpaduan kaum. Isu hubungan kaum masih lagi merupakan isu sensitif dan
boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmoni sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana. Semua
pihak perlu memainkan peranan dalam kapasiti masing-masing untuk membina dan menyuburkan
integrase kaum.

You might also like