You are on page 1of 49

BAB 2

POTRET HUBUNGAN ETNIK


PENGENALAN

• Persaingan dan konflik antara etnik sering berlaku di


negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai
etnik.
• Antara puncanya ialah mengkategori dan menilai sesuatu
kumpulan masyarakat lain berdasarkan pemikiran dan
pemahaman yang sempit, selain pelbagai faktor lain.
• Perlu membina satu pemahaman yang mendalam dan
tepat tentang teori dan definisi hubungan etnik untuk
mengelakkan konflik antara kaum.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka

• Pemerintahan pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka


berdasarkan ajaran Islam.
• Perdagangan di Melaka berjalan lancar dan Undang-
undang Kanun Melaka dilaksanakan bagi menjaga
keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun.
• Corak Kependudukan Melaka bersifat pluraliti kerana
proses penghijrahan berlaku secara semulajadi.
• Kepelbagaian Budaya di Melaka telah wujud akibat
keterbukaan sistem pemerintahan empayar Melaka.
Kesultanan Melayu Melaka – Lambang Pertemuan
Masyarakat Pelbagai Etnik

• Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada 1400 dengan


kedatangan Parameswara dari Srivijaya.
• Zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan
• Melayu.
• Tempat pertemuan pedagang (The Venice of The East).
• Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan
Islam di Alam Melayu.
• Zaman keagungan Melaka dilihat dari aspek:
pemerintahan, perdagangan, kependudukan dan
kebudayaan.
Pemerintahan

• Perlembagaan Melaka dilaksana berdasarkan Islam (Kanun


Melaka & Undang-undang Laut Melaka).
• Pegawai istana Melaka terdiri orang Melayu, India dan hasil
perkahwinan campur (orang tempatan dan bangsa asing).
• Ini menunjukkan sistem pemerintahan Melaka
menitikberatkan keharmonian antara etnik.
• Pemerintahan diplomasi dan terbuka.
• Perkahwinan antara Sultan Mansur Shah dan Puteri Hang Li
Po.
Perdagangan

• Perdagangan rancak hasil sistem pemerintahan terbuka


dan pentadbiran pelabuhan yang sangat cekap.
• Undang-undang Kanun Melaka dilaksanakan untuk
mengawal keselamatan dari ancaman perompak dan
lanun.
• Tahap keselamatan yang tinggi di Selat Melaka.
• Kepulauan Melayu terkenal dengan rempah ratus yang
dianggap barang mewah.
Corak Kependudukan di Melaka

• Proses penghijrahan berlaku secara alamiah/ semulajadi


tanpa ada paksaan.
• Para pedagang tidak memerlukan pasport & visa sebagai
pengenalan diri.
• Interaksi aktif di kalangan pelbagai bangsa dan kaum di
Melaka.
• Pedagang dari Arab, India, China dan Nusantara melalui
proses asimilasi dan amalgamasi dengan penduduk
tempatan seperti Baba Nyonya, Melayu keturunan Arab
dan Melayu keturunan India.
Kepelbagaian Budaya di Melaka

• Pluralisme/Kepluralitian budaya bukan fenomena baru di


Alam Melayu.
• Interaksi pelbagai budaya: Arab pra-Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol,
Belanda dan British) dengan budaya Melayu telah berlaku
sejak abad ke-5 Masihi.
• Kota multi-budaya.
Pembentukan Masyarakat Majmuk Era
Kolonialisme British
• Penjajah memperkenalkan sistem baru yang
memperkukuhkan satu komuniti yang dikenali sebagai
masyarakat plural dalam peristilahan Furnivall.
• Pembentukan masyarakat terjadi secara paksaan dan
perbezaan fungsi ekonomi (Dasar Pecah dan Perintah).
• Melayu - terlibat dalam sektor pentadbiran di bawah
British dan menjalankan pertanian saradiri di luar bandar
mengikut keselesaan masyarakat tersebut.
• Migran daripada China & India dibawa masuk untuk
tujuan ekonomi penjajah – perlombongan dan
perladangan.
Sambungan…
• Pemisahan negara dari agama
- Pentadbiran negara oleh penjajah
- Hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu diletakkan di bawah Sultan.
- Ini berbeza dengan sistem di zaman sebelum Inggeris di mana tiada
pengasingan kuasa berlaku kerana Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak.
• Pengagihan kuasa
- Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman
- Setiap pihak hanya menjalankan bidang kuasa masing-masing dan tidak boleh
bercampur aduk.
- Mengelakkan berlakunya pertindihan bidang kuasa, iaitu badan yang sama
tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa.
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.
• Sistem Federalisme
- Wujud sistem persekutuan berlapis
- Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia
Sambungan…

• Sebelum 1848, hampir semua penduduk adalah orang


Melayu.
• Perkembangan bijih timah (abad ke-19) dan getah (abad
ke-20) membawa kepada penghijrahan orang Cina dan
India secara besar-besaran di Tanah Melayu.
• Kewujudan pelbagai kaum yang mengekalkan kebudayaan
masing-masing menyebabkan terbentuknya masyarakat
majmuk.
Zaman Penjajahan British

• Kedatangan British ke Alam Melayu berlandaskan


serampang tiga mata:
• Kemegahan, kekayaan dan keagamaan (Glory, Gold &
Gospel).
• British telah memperkenalkan sistem pentadbiran:-
i) Kehakiman
ii) Eksekutif
iii) Perundangan
Sambungan…

• Di Sabah, etnik bumiputera utama ialah Kadazan, Bajau,


Murut dan Suluk.
• Syarikat Borneo Utara British di Sabah telah mengalakkan
penghijrahan orang Cina untuk bekerja di ladang getah dan
tembakau.
• Di Sarawak, etnik bumiputera utama ialah Iban, Bidayuh,
Melayu dan Melanau.
• Dinasti Brooke menggalakkan kemasukan orang Cina
sebagai pedagang, petani dan pelombong.
KERANGKA TEORI

1. Teori Ekologi
2. Teori Freudian
3. Struktur Fungsionalisme
4. Teori Kelas
5. Teori Pasaran Buruh Terpisah
6. Teori Pilihan Rasional Tentang Hubungan Etnik
7. Teori Pertukaran Sosial
8. Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
Teori Ekologi

• Park (1950) dipengaruhi Darwin (1859).


• Penghijrahan membawa bersama, perhubungan ras yang
tak sama rata, pengekelasan ras mengikut warna kulit -
Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid.
• Dalam persaingan, individu sedar akan ciri-ciri status yang
membezakan mereka.
• Yang berstatus tinggi tidak mahu bersaing sama rata
dengan yang berstatus rendah.
• Prejudis untuk mempertahankan kepentingan kelompok
yang istimewa.
Teori Freudian

• Dollard (1937), konsep prejudis sebagai satu sikap untuk


mempertahankan hak orang kulit putih.
• Kehidupan sosial melahirkan kekecewaan psikologi
individu.
• Kekecewaan psikologi boleh dikurangkan dengan
menjadikan golongan minoriti sebagai sasaran.
Struktur Fungsionalisme

• Parsons (1975), individu bertindak kepada insentif dan


dikawal oleh hukuman dan denda.
• Wujud pembahagian buruh dan individu berkongsi nilai
bersama yang mensejahterakan masyarakat.
Teori Kelas

• Cox (1948), hubungan ras di US berkait dengan kelas dan


kasta.
- Proletariat-borjuis.
- Ketidaksamarataan yang memisahkan buruh kulit putih dan
hitam.
Teori Masyarakat Majmuk

• Furnivall (1948), mereka bergaul tetapi tidak bergabung.


• Setiap kumpulan masih berpegang pada agama,
kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidup sendiri.
• Konflik yang berlaku berdasarkan ras.
Teori Pasaran Buruh Terpisah

• Teori Bonacich (1972), bermula dari kesedaran terhadap


perbezaan kuasa dalam pasaran buruh yang boleh
melahirkan pertelingkahan antara golongan buruh kulit
putih dan kulit hitam.
• Sesetengah pasaran buruh terpisah mengikut garis etnik,
iaitu kumpulan ras yang mendapat gaji tinggi dibezakan
daripada buruh murah mengikut ciri-ciri etnik.
• Pertelingkahan etnik wujud kerana harga buruh yang
berbeza.
Teori Pilihan Rasional Tentang Hubungan
Etnik
• Berdasarkan konsep individu kerana setiap individu
mempunyai matlamat dan kecenderungan berbeza.
• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan
kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas
kumpulan bersifat terbuka.
• Apabila individu memilih untuk menggemblengkan
kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas
kumpulan bersifat tertutup.
Teori Pertukaran Sosial

• Pendekatan Psikologi dan Sosiologi.


• Manusia terlibat dalam aktiviti sosial bagi mendapatkan
ganjaran, keuntungan dan meminimumkan kos.
• Pekerjaan, perkahwinan dan persahabatan hanya akan
berterusan jika menguntungkan kedua-dua pihak (individu
dan masyarakat).
Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner

• Bronfenbrenner (1985, 1997), perkembangan manusia


dipengaruhi oleh sistem atau budaya di sekeliling.
• Persekitaran ekologikal ada lima:
i. mikrosistem – persekitaran terdekat seperti ibubapa dan adik-
beradik
ii. mesosistem – hubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain seperti keadaan di rumah dapat
mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah
iii. ekosistem – pengalaman persekitaran yang tidak melibatkan
individu secara langsung, tetapi keputusan dalam persekitaran
itu memberi kesan kepada individu tersebut
iv. makrosistem – perkembangan individu dipengaruhi oleh
norma-norma, nilai dan amalan masyarakat
v. kronosistem – perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa
seperti permainan berteknologi masa kini jika dibandingkan
dengan permainan bersumberkan alam sekitar seperti wau
dan gasing pada zaman dahulu
KERANGKA KONSEPTUAL

• Konsep ras dan etnisiti merujuk kepada ahli-ahli yang


berkongsi berketurunan nenek moyang yang sama
• Perasaan kekitaan akan terbentuk dalam kalangan mereka
yang menganggap mereka berkongsi keturunan atau nenek
moyang yang sama
RAS

• Ras - Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri


fizikal
• Rasisme - Pandangan, pemikiran atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-
mata.
• Tahap rasisme:
- Individu : Kepercayaan & sikap individu
- Institusi : Melibatkan dasar & pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi
ETNIK

• Etnik
- Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-
ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya
- Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai,
sikap dan tingkahlaku yang sama
• Etnosentrisme
- Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota
sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh
lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
BUDAYA

Budhi:
Kecergasan
akal fikiran Budaya: Suatu cara
hidup yang diamalkan
oleh kumpulan
tertentu dan meliputi
sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi,
politik, agama,
Daya: kepercayaan, adat
Kekuatan resam, sikap dll.
kuasa, tenaga
dan
pengaruh
Jenis Budaya

Budaya Kebendaan Budaya Bukan Kebendaan

Peralatan dan kelengkapan Kepercayaan, adat istiadat


hidup seperti rumah, kereta, dan undang-undang
perahu, senjata dan contohnya adat istiadat yang
sebagainya. berbeza-beza dalam
perkahwinan.
Faktor Mempengaruhi Pembentukan Budaya
Melayu
• Adat Resam
- Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi
seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan
berbudaya.
• Bahasa
- Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.
• Agama
- Faktor agama paling penting kerana agamalah dasar
tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.
Peranan Utama Pembentukan Budaya

• Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian


dan identiti.
• Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental.
Ciri-ciri Budaya

1. Dipelajari
- Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari
dan melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan
adaptasi.

2. Dikongsi
- Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong oleh
sekumpulan manusia.
- Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu
dan bukannya perlakuan masyarakat.
Sambungan…
3. Sejagat
- Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.
Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh
alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

4. Diwarisi
- Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi
berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan
daripada budaya terdahulu.

5. Berubah
- Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang
tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada
perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Sambungan…

6. Perlambagaan/Simbol
- Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan
seperti logo, bendera, ukiran dll.

7. Pandangan Semesta
- Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan
tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam
kehidupan seharian.
- Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat
dengan alam sekitar.
Fungsi Budaya Dalam
Kehidupan
Memenuhi
keperluan
hidup

Alat penyatuan
dan Panduan
pengenalan bertingkahlaku
identiti

Mengatur
Galakan manusia
hubungan
mencipta
manusia
PERASAAN DAN PEMIKIRAN
PRASANGKA
• Kepercayaan dan perasaan negatif mengenai ahli atau
kelompok etnik lain
• Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan
biasanya tidak diluahkan secara terbuka
• Apabila prejudis disuarakan,
prejudis menjadi stereotaip
• Sikap prejudis disalurkan dari
satu generasi ke generasi yang
lain dan boleh menjadi
diskriminasi
Sambungan…

STEREOTAIP
• Kenyataan umum yang negatif/positif terhadap sesuatu
kumpulan etnik
• Gambaran dalam otak kita
yang tetap dan sempit serta
sukar diubah.
• Gambaran berlebih-lebihan
tentang perlakuan baik atau
buruk sesuatu kumpulan
etnik
Sambungan…
DISKRIMINASI
• Sesuatu aksi atau kelakuan yang berlaku apabila ahli
sesuatu kumpulan dinafikan hak untuk mendapat layanan
yang saksama dari segi undang-undang dan hak menikmati
manfaat sosial yang lain.
• Layanan yang berlainan diberi kepada
individu atau kumpulan disebabkan
faktor ras, agama & jantina.
• Pembuangan kerja, serangan fizikal
secara terbuka atau penghapusan
etnik
TAHAP HUBUNGAN ETNIK

PLURALITI
BUDAYA

AMALGAMASI SEGREGASI

ASIMILASI AKOMODASI

AKULTURASI
SEGREGASI

Proses sosial yang menyebabkan individu/kumpulan


sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan
individu/ kumpulan sosial lain dan seterusnya
menyebabkan interaksi yang sedikit atau tiada interaksi.

Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal,


sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Terbahagi kepada dua jenis:


Segregasi Rela – keadaan golongan Segregasi Tidak Rela – timbul kerana
manusia yang memencilkan diri dengan paksaan daripada pihak berkuasa seperti
tujuan menentang asimilasi Dasar Apartheid di Afrika Selatan.
AKOMODASI

Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai


mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing

Satu keadaan apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk


menghentikan/mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi
secara aman damai

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan


etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni
(kepelbagaian bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas)

Formula: A + B + C = A + B + C
AKULTURASI

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan


individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain
yang berlainan.

Biasanya, kelompok minoriti mempelajari daripada kelompok dominan.


Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat yang menerima.

Contoh: Pakaian, makanan dan bahasa

Formula: A + B + C = A** + B** + C**


ASIMILASI
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik
yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:


Individu di dalam atau di antara Interaksi berlaku dalam
Etnik yang berbeza budaya
etnik sering berinteraksi. tempoh yang lama.

Satu proses yang berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan


secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.
Asimilasi mutlak/sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh
perbezaan dari segi kebudayaan & identiti

Berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Formula: A+B+C=A
Sambungan…

Kejayaan Asimilasi:
• Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan
identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.
• Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.
• Kelompok minoriti adalah kecil.
• Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

Kegagalan Asimilasi
• Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga
menimbulkan perasaan takut terhadap
budaya lain.
• Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu
etnik lebih tinggi dari etnik lain.
• Wujud perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.
• Penguasaan dalam sesuatu bidang
khususnya oleh etnik minoriti.
AMALGAMASI

Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan


dijadikan satu keseluruhan bersama.

Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk


membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan


kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti
sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Formula: A+B+C=D
PLURALITI BUDAYA
Pluraliti Budaya
Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara
seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan
ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

Kelebihan Pluraliti Budaya:


Boleh menjadi satu ‘penghubung Dapat mengelakkan sedikit sebanyak
penstabil’ antara cara hidup lama disorganisasi sosial dan peribadi yang
dengan cara hidup baru. mungkin timbul akibat kejutan budaya.

Diwakili oleh formula:


(A, B dan C) mewakili kumpulan etnik
A+B+C=A+B+C berlainan yang mengekalkan identiti masing-
masing.
Masyarakat Pluraliti Baru

Masyarakat Pluraliti
Gabungan dua atau lebih masyarakat
Ia wujud hasil dari pluraliti budaya
yang hidup bersama dalam satu unit
politik atau dalam satu kerajaan. dalam sesebuah negara

Masyarakat Pluraliti Baru Boleh Dikenali Melalui:


Kepelbagaian budaya yang Kewujudan unit politik yang
Lebih banyak keutamaan
terdapat dalam kelompok dibentuk oleh budaya-
bangsa dalam politik.
besar manusia. budaya masyarakat.
INTEGRASI

• “Proses penyatuan kelompok-kelompok etnik menjadi satu

entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan

bersama”

• “Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di

kalangan kumpulan yang terpisah dari segi

kebudayaan,sosial, pekerjaan dan lokasi.”


KESIMPULAN

• Aspek-aspek yang menjadi teras kebudayaan kebangsaan


sewajarnya dipelihara kerana ia berteraskan kepada
kebudayaan rakyat asal rantau ini.
• Penerimaan unsur kebudayaan lain yang sesuai
menunjukkan bahawa kebudayaan kebangsaan itu tidak
meminggirkan kebudayaan lain.
• Perpaduan merupakan cabaran besar kerana kejayaan
mewujudkan perpaduan akan menjamin keharmonian
sosial, kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi.
Rujukan

• Shamsul Amri Baharuddin (Ketua Editor).


(2013). Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua.
Bangi: Institut Kajian Etnik UKM.

You might also like