You are on page 1of 20

BAB 2:

Potret Hubungan Etnik.


HASIL PEMBELAJARAN BAB INI:
1. Memahami Kesultanan Melayu Melaka sebagai
lambang kemuncak kepada pluraliti di Nusantara.
2. Memahami kesan British
pelbagai etnik di Malaysia.

kepada

masyarakat

3. Menguasai
kemahiran
untuk
menganalisis
fenomena sosial dan hubungan etnik di negara ini.

Hubungan Etnik

Masyarakat pelbagai etnik, budaya dan agama


adalah ciri utama kebanyakan negara pada hari ini.
Persaingan dan konflik antara etnik sering berlaku di
negara-negara yang berlatarbelakangkan pelbagai
etnik. Namun di negara monoetnik juga keadaan
konflik masih wujud.
Hubungan Etnik: Oleh itu dalam dunia yang
didominasi oleh pelbagai kaum adalah penting
membina satu pemahaman mendalam untuk menilai
masyarakat yang berbeza ras, budaya dan etnik
untuk mengelakkan konflik.

Kesultanan Melayu Melaka


KMM menjadi lambang pertemuan masyarakat pelbagai etnik.
Malaka : Zaman Keagungan
Pemerintahan: Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka.
Pemerintahan dijalankan dengan penuh diplomasi dan terbuka.
Perdagangan: Pemerintahan bersikap terbuka dan keselamatan
dengan adanya undang-undang laut Melaka dan Hukum Kanun
Melaka serta bebas dari ancaman perompak dan lanun. Pedagang
bebas dan aman berniaga di Melaka.
Corak kependudukan Melaka: Zaman pluraliti iaitu pelbagai etnik
hidup bersama-sama. Contoh: Pedagang Arab, India, Cina dan
Nusantara melalui proses asimilasi dan amalgamasi dengan
masyarakat tempatan mewujudkan masyarakat baharu seperti
Baba Nyonya, Melayu keturunan Arab dan Melayu keturunan
India.

Kepelbagaian Budaya di Melaka

Pluralisme budaya bukan sesuatu baru


di Malaysia. Tetapi ia telah wujud sejak
abad ke 5M.
Interaksi antara budaya Hindu, Buddha,
Islam, Portugis dll.
KMM merupakan zaman keemasan bagi
masyarakat plural.

Pembentukan Masyarakat majmuk di Era British

Kedatangan British: Serampang tiga mata iaitu


3k- keagamaan, kekayaan, kemegahan.
Di Eropah wujud pemisahan antara agama dan
sains. Masyarakat juga terpisah kepada dua iaitu
pihak menyokong agama dan satu lagi
menyokong sains. Antara ini sokongan majoriti
adalah untuk sains dan agama menjadi anutan
individu sahaja.
Dengan keadaan yang wujud di Eropah
menyebabkan pihak kolonial akan menguasai
semua hal di negara yang dijajah oleh mereka
kecuali tidak campur tangan dalam hal agama
Islam dan adat orang Malayu ataupun kaum lain.

Sambungan.
Abad Ke-19 dan 20 membawa buruh Cina dan
India secara besar-besaran ke TM akibat
perkembangan bijih timah dan getah.
Dasar pecah dan perintah
Di bawah dasar ini masyarakat M-C-I dipecahkan
di kampung, bandar dan estet / ladang.
Walaupun British mengasingkan M-C-I melalui
tempat tinggal dan pekerjaan, namun secara
tidak langsung hubungan itu terbentuk dalam
ketiga-tiga kaum itu sehingga wujud
persefahaman dan keharmonian kaum yang
erat.
Hal ini juga dilihat secara ketara dalam
memperjuangkan kemerdekaan TM.

Fokus Hubungan Etnik


Persoalan asas Hubungan etnik:
pemahaman individu terhadap
kumpulan etnik yang lain.
4 bentuk hubungan antara etnik:
Bekerjasama
Penyesuaian
Persaingan
Konflik

Keranga Teori
Teori Ekologi:
membincangkan tentang hubungan ras.
Hubungan ini berlaku dalam 2 bentuk iaitu
1. melalui perkahwinan sesama kumpulan
yang dipengaruhi oleh pusaka biologikal.
2. melalui komunikasi.
Teori Freudian:
konsep prejudis sebagai satu sikap untuk
mempertahankan hak orang kulit putih.
Teori Fungsionalisme:
Membayangkan individu bertindak kepada
insentif dan dikawal oleh hukuman dan denda.

Sambungan.

Teori Kelas:
Berhubungkait dengan persoalan
kelas dan sistem kasta.
Teori masyarakat Majmuk:
Mengutarakan pola masyarakat yang
bersifat majmuk di Asia Tenggara.
Menurut teori ini didapati bergaul
tetapi tidak bergabung dengan setiap
kumpulan yang berpegang kepada
agama, budaya, idea, bahasa dan
cara hidup sendiri.

Sambungan.

Teori pasaran buruh terpisah:


Lahir daripada kesedaran terhadap
perbezaan kuasa dalam pasaran buruh
yang boleh lahirkan pertelingkahan
antara golongan buruh kulit putih dan
hitam.
Teori pilihan rasional tentang hubungan
etnik:
Teori ini meneliti realiti sosial dengan
cara melihat pilihan tingkahlaku
manusia di peringkat individu dan

Sambungan.

Teori Pertukaran Sosial:


Teori ini melihat manusia terlibat dalam aktiviti
sosial seperti kerja, cinta, kahwin dll bagi
mendapatkan ganjaran, untung dan kurangkan
kos serta meneruskan jika menguntungkan
kedua-dua pihak. Intipati teori ini melihat
manusia sebagai makhluk yang rasional.
Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner
Perkembangan manusia dipengaruhi oleh
sistem / budaya di sekeliling. Persekitaran
ekologikal ada 5 sistem: mikrosistem,
mesosistem, eksosistem, makrosistem,
kronosistem.

Sambungan.

Mikrosistem:
Melibatkan persekitaran terdekat. Cth: interaksi kanakkanak di dalam keluarga.
Mesosistem:
Adalah perhubungan antara mikrosistem dengan
mikrosistem yang lain. Cth: keadaan di rumah dapat
mempengaruhi tingkahlaku individu ketika berada di
sekolah.
Eksosistem:
Merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan
yang diambil dalam persekitaran itu memberi kesan
kepada murid itu. Cth: peraturan yang dikuatkuasakan di
sekolah secara tak langsung akan mempengaruhi
perkembangan sosial murid itu.

Sambungan.

Makrosistem:
Melibatkan perkembangan individu yang
dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan
amalan masyarakat. Cth: perkembangan yang
dilalui oleh anak lelaki dan anak perempuan
dalam sesuatu persekitaran sosial.
Kronosistem:
Merupakan keadaan dalam suatu tempoh masa.
Cth:kanak-kanak masa dulu berminat terhadap
permainan yang bersifat alam seperti wau dan
gasing dan kanak-kanak sekarang lebih fokus
kepada permainan berteknologi seperti
permainan internet.

Konsep Ras dan Etnik di Malaysia


Ras: merupakan kumpulan manusia
yang berkongsi ciri-ciri biologi yang
tersendiri yang diwarisi dan dapat
dibezakan dengan jelas dalam
masyarakat. cth: warna kulit, warna
rambut, rupa bentuk dll.
Etnik: sekolompok manusia yang
mengamalkan budaya, bahasa dan
agaman seragam dan berasal dari
negara nenek moyang yang sama.

Sambungan.
Rasisme: Pandangan, pemikiran dan
kepercayaan negatif oleh satu kelompok
terhadap kelompok lain berdasarkan ciri-ciri
fizikal.
Etnosentrisme: Kepercayaan / rasa bangga
yang wujud dalam sesebuah kelompok etnik
bahawa budaya dan etnisiti adalah yang
paling baik berbanding kumpulan etnik lain.
Malaysia: konsep ras dan etnik di Malaysia
menjelaskan bahawa manusia mempunyai ciri
kepelbagaian yang tidak terbatas dan ciri-ciri
sesuatu kumpulan itu sering bertindih dengan
kumpulan-kumpulan yang lain.

Budaya
Satu sistem pemahaman dan kelakuan yang
diwarisi daripada satu generasi kepada
generasi yang lain.
Budaya meliputi semua adat, nilai, tradisi
daripada persekitaran.
Budaya sentiasa berubah dan saling
bergantung kepada persekitaran.
Malaysia: pelbagai budaya. Cth: cara masakan
Cina di Malaysia berbeza seperti menggunakan
cili banyak dalam masakan berbanding
masyarakat Cina di China. Ini kerana budaya
pemakanan orang Cina di Malaysia berubah
akibat interaksi dan asimilasi dengan budaya
makanan Melayu dan India di Malaysia.

Konsep Stereotaip, Prejudis, Diskriminasi

Stereotaip: kenyataan umum terhadap


sesuatu kumpulan / etnik berbentuk positif /
negatif. Cth: kenyataan positif seperti orang
Melayu peramah, orang Cina pandai
Matematik, orang India juara lumba maraton
dan sebaliknya.
Prejudis: kepercayaan dan perasaan negatif
mengenai etnik lain. Cth: seorang murid
India berkata saya tak mahu belajar
dengan cikgu Melayu kerana malas.
Diskriminasi: layanan buruk satu kumpulan
etnik terhadap kumpulan etnik lain. Cth:
zaman British.

Konsep-konsep Tahap
Hubungan Etnik

Segregasi: proses sosial yang


menyebabkan individu / kumpulan
tertentu dipisahkan / diasingkan
dengan individu / kumpulan lain.
pemisahan dari segi budaya, ras,
agama, kelas, sosial, dasar, adat
resam, tempat tinggal, sekolah,
kemudahan awam dll. Cth: British
memisahkan kaum M-C-I mengikut
tempat tinggal dan kerja.
Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan
Amalgamasi.

Kesimpulan

Kajian di Malasyia sentiasa


memfokuskan perbezaan antara
etnik dan mengabaikan persamaan,
perkongsian nilai, sikap menghormati
antara etnik.
Hubungan antara manusia seperti
stereotaip, prejudis, etnosentrisme
dan diskriminasi sangat penting
dalam menilai dirinya dalam
hubungan antara etnik dalam
sesebuah masyarakat seperti

Sekian Terima Kasih.


Isnin, 29/2/2016, 12-2pm.

You might also like