You are on page 1of 7

KOLEJ VOKASIONAL GERIK

DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN

MPU 2172
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

FOLIO
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA

NAMA AMIRUL BIN ADNAN

NO ANGKA GILIRAN AKV0223KA001

NO KP 050225-14-0553

KELAS 1 DVM DKA

NAMA PENSYARAH EN. MOHD SALMI BIN MUSTAFA

1) PENGENALAN
Definisi etika menurut Encyclopedia of Americana, istilah etika diambil daripada bahasa
Inggeris iaitu “ethics' yang berasal daripada perkataan Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud
kebiasaan, adat, akhlak, keperibadian dan watak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral; prinsip moral atau nilai-
nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan,
pekerjaan dll).

Definisi peradaban pula dalam bahasa Inggeris, istilah peradaban dikaitkan dengan
perkataan civilization yang juga merujuk kepada perkataan tamadun. Perkataan civilized
bolehlah dikatakan sebagai keluar daripada kehidupan primitif atau barbarian kepada
kehidupan yang mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan. Istilah civilization dalam
bahasa Inggeris itu dikatakan lahir daripada perkataan Latin iaitu civitas yang membawa
maksud city atau bandar.

Agama kita juga ada mengajar kita beradab dan beretika untuk membina sebuah tamadun
dan negara bangsa. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghayati etika dan peradaban yang
wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di negara ini supaya kita dapat mengamalkan
nilai-nilai baik yang terdapat dalam etika dan peradaban, menjadi warganegara yang terdidik
dan bertanggungjawab, menangani kehidupan yang lebih mencabar serta melangkah ke arah
pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia.

2) PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA


2.1 Peradaban Peribumi Alam Melayu
Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibina dan dimiliki oleh masyarakat yang berbudaya
Melayu. Sosiobudaya mereka terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik manakala dari segi
politik pada masa lampau mereka terdiri daripada pelbagai kerajaan kuno. Peradaban Melayu
dikatakan berasal daripada penduduk Asia Tenggara, khasnya Gugusan Kepulauan Melayu
(yang mencakupi Selatan Siam, Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Sumatera, Jawa, Madura,
Sunda, Borneo, Sulawesi, Filipina, pulau-pulau timur Indonesia dan juga bahagian kecil
daripada Kampuchea sehingga ke Vietnam).
Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca antara orang-orang rumpun Melayu Asia
Tenggara berkenaan. Fenomena yang disebut sebagai imperialismebudaya ini turut berlaku di
Alam Melayu yang terkenal sebagai kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat
perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan. Berlaku penyerapan kosa kata pinjaman
daripada pelbagai bahasa dan budaya, antaranya Bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis,
Belanda dan lain-lain.

2.2 Peradaban Asia


Kedatangan masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur Tengah telah
membawa kepelbagaian adat dan budaya serta pegangan agama. Peradaban Asia seperti
peradaban India dan Cina yang ada di Malaysia masih tidak banyak berubah secara
keseluruhannya menurut acuan tempatan.
Dalam aspek keagamaan juga demikian walaupun terdapat dikalangan bangsa India
dan Cina yang memeluk agama Islam, namun bahasa dan kebudayaan masih diamalkan
dalam sebahagian kehidupan mereka.

2.3 Peradaban Barat


Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah
ketara berlaku memandangkan tempoh kependudukan British dalam negara khususnya dalam
rangka sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh corak masyarakat
kolonial itu meninggalkan satu kesan yang luas walaupun mungkin tidak mendalam.
Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya pemerintahan British, penyebaran agama
Kristian di Tanah Melayu pada laman tersebut tidaklah begitu ketara. Peradaban Barat mulai
memberi pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai kedudukan yang
mempunyai hebat di Alam Melayu ini.
3) KONSEP PEMBENTUKAN PERADABAN NEGARA DAN BANGSA DI
MALAYSIA

3.1 Konsep Negara


Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya
kerajaan yang memerintah. Konsep negara adalah sebuah kerajaan yang merdeka dan
mempunyai kedaulatan politik serta pentadbiran yang diiktiraf oleh negara-negara lain.
Manakala rakyat pula memiiíki taraf kewarganegaraan yang sah menurut undang-undang.
Rakyat merupakan elemen terpenting bagi negara kerana rakyatlah yang mengatur urus tadbtr
negara. Kewujudan rakyat juga yang akan membentuk satu bangsa kepada sesebuah negara.
Antara ciri-ciri utama pembentukan sesebuah negara adalah adanya penduduk, sempadan,
kerajaan dan kedaulatan. Sesebuah negara juga memiliki sistem politik yang ditegakkan oleh
sekumpulan manusia serta membentuk satu kerajaan yang sah dan diiktiraf oleh pihak luar.
Secara ringkasnya, untuk membentuk sebuah negara perlu rnempunyat elemen penduduk,
wilayah, kerajaan dan kedaulatan.

3.2 Konsep Bangsa


Istilah bangsa merujuk kepada tempat asal lahlrnya seseorang individu seterusnya
membentuk satu kumpulan besar manusia. Penggunaan istilah bangsa biasanya digunakan
untuk menjelaskan tentang sesebuah etnik, bahasa dan kebudayaan komuniti sesebuah
masyarakat. Kumpulan manusia yang membentuk sebuah bangsa biasanya mempunyai
hubungan darah dan keturunan, bahasa yang sama, perkongsian tradisi dan sejarah.
Walaupun pelbagai teori berkenaan bangsa ini, selain faktor-faktor tersebut, elemen
perasaan kebersamaan turut menjadi sentimen dalam membentuk sesebuah bangsa. Maka
dapat dirumuskan bahawa bangsa adalah hubungan erat yang wujud melalui perasaan
kekitaan terhadap sekumpulan besar manusia yang ada dalam sesebuah negara.

3.3 Konsep Negara dan Bangsa


Negara bangsa adalah satu konsep kenegaraan yang memperoleh pengesahan politik; satu
entiti bagi satu-satu bangsa dalam sebuah wilayah berdaulat; istilah negara bangsa
menyepadukan negara dan bangsa; dipertautkan melalui perkongsian wilayah bersama,
ekonomi bersama, serta mempunyai unsurunsur subjektif bersama; ia menandakan bahawa
warganya telah bersedia berkongsi satu bahasa - satu budaya - satu nilai - satu wawasan (Raja
Nazrin shah, 2017).

Bagi mencapai konsep sebenar negara dan bangsa, ia perlu memenuhl ciri-ciri negara dan
bangsa tersebut. Antara ciri-ciri negara bangsa adalah :

(a) Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah bersatu-padu tanpa berlaku
pemisahan ataupun diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain.
(b) Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh melalui simboi-simbol
keutuhan seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan sebagainya
(c) Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada suatu ideologi politik.
(d) Setiap warganegara mempunyai kepercayaan dan keyakinan penuh terhadap sistem
pernerintahan dan undang-undang negara.

Kerajaan Malaysia telah memilih pendekatan integrasi dalam usaha pembinaan negara
bangsa, dan bukannya pendekatan asimilasi seperti yang dilaksanakan di Indonesia. Cara
integrasi yang dikenali sebagai dasar Kesatuan dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity)
menjadi pilihan kerana menjamin keamanan dalam masyarakat majmuk, sebaliknya cara
asimilasi lebih terdorong untuk 'memaksa' penduduk minoriti untuk menyertai kumpulan
majoriti dengan menghilangkan identiti etnik itu, dan cara ini biasanya berakhir dengan
kegagalan (Cheah, 2004).

4) REFLEKSI
4.1 Rumusan
Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan
migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah
Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok- kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan
budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan
masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.
Namun kehadiran masyarakat luar ke Tanah Melayu telah mencorakkan
perspektif masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing
dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Pada
hari ini, masyarakat majmuk di malaysia terjadi secara tidak sengaja. Pada awal abad ke-19,
lebih 90% penduduk di tanah melayu adalah melayu.
Namun pada pertengahan abad ke-19, penghijrahan masuk kaum Cina dan
India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal Inggeris telah mengubah struktur
kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai
etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan
pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa
tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan
Cina dan pelbagai etnik.

4.2 Cadangan – cadangan


 Hormati menghormati
Islam mengajar umatnya untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain. Kita
tidak boleh derhaka kepada ibu bapa dan mengingkari guru kita. Generasi muda perlu
endukung dan menghayati prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada
Raja dan Negara untuk membantu Malaysia menjadi negara berdaulat

 Memupuk sikap cinta akan negara


Kerajaan perlu menyelaraskan silibus kelas moral dalam kalangan pelajar. Media
massa juga memainkan peranan penting dalam menggiatkan kempen dengan
menayangkan iklan – iklan tentang pentingnya semangat patriotisme dalam kalangan
Masyarakat.

 Semangat perpaduan
Ia merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara
seluruhnya melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identity dan nilai murni bersama.
5) RUJUKAN

 Buku penghayatan etika dan peradaban


 https://www.ipendidikan.my/cara-cara-menghormati-guru.html
 https://malaysiagazette.com//2022/06/05/hormati-institusi-beraja-negara-kita/
 Guru dan rakan – rakan s

You might also like