You are on page 1of 32

BAB CABARAN-CABARAN

6 HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
 Malaysia adalah sebuah negara yang
bermasyarakat majmuk. Masyarakat
majmuk di Malaysia boleh hidup bersama.

 Walau bagaimanapun, sekiranya tidak


dijaga, kesilapan kecil boleh membawa
kepada persengketaan
 Dalam mengekalkan kehidupan yang aman di
kalangan etnik, isu-isu sensitif seperti Islam sebagai
agama rasmi, isu ketuanan Melayu, dominasi
ekonomi oleh etnik Cina, kedudukan bahasa Melayu
dan kedudukan etnik minoriti yang lain yang perlu
diberi perhatian supaya tidak berlaku
kesalahfahaman.

 Selain daripada isu-isu sensitif, terdapat juga


pelbagai cabaran yang perlu ditangani bersama:
cabaran ekonomi, politik, sosial dan globalisasi.
 Terdapat pelbagai pendapat dan teori tentang
masyarakat majmuk dan cabaran-cabaran
yang ditulis oleh para sarjana khususnya
sarjana antropologi , seperti Furnivall, Oliver
Cox, Freedman, M.G.Smith, Van den Berghe,
Kuper, Lockwood,Malcom Cross,Hirschman
dan Banton.

 Antara teori yang terkenal ialah Teori Putaran


Ras oleh Robert Park (1950), Teori Kasta-
Warna oleh L. Warner (1936) dan Teori Kelas
oleh Oliver Cox (1959).
Teori
Putaran
Ras

6.1 Teori
Hubungan
Etnik
Teori
Teori
Kasta
Kelas
Warna
 Dikemukakan oleh Robert Park.
 Pendapat terawal tentang ras.
 Menerangkan bahawa hubungan antara
kumpulan biasanya diikuti oleh beberapa
proses tertentu seperti persaingan,
akomodasi dan akhirnya berlaku asimilasi dan
amalgamasi.
 Pendapat Park amat menarik pada zamannya
tetapi dalam konteks masyarakat majmuk
Malaysia, teori ini boleh dipersoalkan.
 Teori ini hanya menumpukan perhatian
terhadap situasi ras akibat daripada imigrasi.
 Juga tidak memberikan perhatian terhadap
ciri-ciri kumpulan yang berinteraksi.
 Lemah selagi menganggap asimilasi sebagai
kesan yang tidak dapat dielakkan, tetapi
asimilasi tidak berlaku di Malaysia.
 Dikemukakan oleh L. Warner (1936)
 Menggunakan garis kasta sebagai bahan
kajiannya.
 Beliau membahagikan masyarakat Amerika
Syarikat kepada dua kasta, iaitu kasta putih
dan kasta Negro.
 Setiap kasta ini wujud kelas-kelas tertentu.
 Garis kasta ini sukar ditembusi.
 Teori ini agak berguna di Amerika Syarikat
tetapi tidak sesuai di Malaysia atas beberapa
sebab.
 Pertama,hubungan ras di Malaysia
berdasarkan perbezaan budaya bukan
berdasarkan perbezaan fizikal di Amerika
Syarikat.
 Kedua,tidak pernah wujud garis kasta yang
memisahkan kumpulan-kumpulan etnik di
Malaysia.
 Ketiga,etnik Negro ialah etnik minoriti di A.
Syarikat, manakala etnik Cina di Malaysia
 Dikemukakan oleh Cox (1959).
 Reaksi terhadap teori Warner dan menentang
teori Warner.
 Berpendapat bahawa hubungan ras di
Amerika Syarikat ialah hubungan kelas politik
dengan Negro sebagai kelas bawahan yang
teruk ditindas di bawah sistem kapitalis.
 Konflik kelas selalunya menjadi faktor
penentu dalam hubungan ras.
 Teori ini diaplikasikan oleh Rahman Embong
(1974) untuk menganalisis masalah etnik di
Malaysia.
 Mengikut Rahman, hubungan kelas ialah
hubungan ras dan hubungan etnik.
 Konflik kelas sukar ditemukan di Malaysia
kerana ikatan ras jauh lebih kuat daripada
hubungan kelas.
 Mengikut R. William Liddle, masalah integrasi
nasional mempunyai dua dimensi, iaitu
dimensi mendatar dan dimensi menegak.
 Dimensi mendatar masalah yang disebabkan
oleh adanya perbezaan suku, ras, agama,
aliran, ideologi dan sebagainya yang
disebabkan oleh pangaruh ikatan “primodial” .
 Dimensi menegak pula berupa masalah yang
ditimbulkan oleh wujudnya jurang pemisah
antara golongan elit nasional yang sangat
kecil jumlahnya dengan majoriti terbesar
rakyat biasa.
Terdapat 3 cabaran sosial iaitu:
oPemisahan Petempatan
oSistem Pendidikan yang Berasingan
oPerbezaan Agama, Bahasa dan Kebudayaan
 Cabaran sosial di atas disebabkan penjajahan British
yang mengamalkan “dasar pecah dan perintah” dan
tidak mengambil berat soal perpaduan pelbagai etnik.
o Dasar ‘pecah dan perintah’ – pemisahan
petempatan di Malaysia
o etnik Melayu- tinggal di luar bandar
o etnik Cina- tinggal di kawasan lombong dan bandar
o etnik India- tinggal di estet
o Interaksi antara etnik adalah terhad – melambatkan
proses perpaduan sesama etnik
o Merenggangkan perhubungan dan interaksi dalam
setiap etnik- memperkuat perasaan kekitaan dan
etnosentrisme
 Sistem pendidikan sebelum Laporan Razak
o 4 aliran pendidikan yang berlainan- Melayu, Cina,
India dan Inggeris
o Perbezaan dari segi matlamat, sukatan pelajaran,
bahasa pengantar dan pendidikan guru
o Kurikulum yang berlainan
 Sekolah Melayu- kurikulum tersendiri
 Sekolah Cina dan Tamil- dari negara Cina dan India
o Setiap aliran mempunyai falsafah dan matlamat
yang berbeza
 Sekolah aliran Melayu- pelajaran asas dan ilmu
seperti pekebunan dan pertukangan
 Sekolah aliran Cina- memberikan pengetahuan
tentang negeri China sahaja
 Sekolah aliran India- peringkat sekolah rendah
sahaja
o Orang Melayu- Agama Islam
o Orang Cina- Beragama Buddha dan mengikuti
ajaran Confucius atau ajaran Taois
o Orang India- Penganut Hindu
o Setiap kumpulan etnik mempertahankan
kebudayaan dan adat resam tersendiri
o Menganggap kebudayaan mereka adalah yang
terbaik
o Kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa
• Walaupun pemerintah bernaung di bawah satu
payung, namun masih wujud pelbagai persatuan
politik yang berasaskan kumpulan etnik yang
tertentu.
• Setiap persatuan hanya akan memperjuangkan
kepentingan etnik yang diwakili mereka
• Wujud pelbagai bidang seperti politik, institusi
sosial dan ekonomi yang berasaskan etnik dan
lantas menyebabkan sukar untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu padu.
 Sistem demokrasi berparlimen telah membenarkan
penubuhan parti-parti politik yang berlainan untuk
bertanding dalam pilihan raya.
 Kewujudan parti politik yang pelbagai kadangkala
mencetuskan konflik politik.
 Gejala extremism dalam melaksanakan sesuatu
bersifat chauvinism dengan hanya menganggap
dirinya sahaja yang betul.
 Antara kejadian yang dikaitkan dengan gejala
extremism ialah kes pembunuhan Indira Gandi pada
tahun 1984 yang dikaitkan dengan pelampau Sikh
yang menjadi pengawal peribadinya.
 Ketaksuban yang berlaku dalam politik
menyebabkan kewujudan parti politik yang mewakili
kelompok etnik yang sama tetapi tidak bersehaluan.
 Contohnya, United Malays National Organisation
(UMNO) dan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang
masing-masing mewakili kumpulan etnik Melayu
tetapi sering kali berbalah antara satu sama lain.
 Kesimpulannya, ia merupakan tanggungjawab semua
masyarakat di negara ini untuk mewujudkan suatu
suasana politik yang harmoni.
 Pucuk pimpinan parti politik perlulah menjadi role
model dan bukannya setakat melepaskan batuk di
tangga sahaja.
 Terdapat 2 cabaran ekonomi, iaitu:
1. Perbezaan Pekerjaan
2. Penguasaan Ekonomi
 Dalam bidang pekerjaan, terdapat perbezaan antara
etnik yang memperlebar jurang antara satu dengan
yang lain.
o etnik Cina – sektor perlombongan & perdagangan
o etnik India – sektor perladangan
o etnik Melayu – sektor pertanian
 Jurang pekerjaan menyebabkan perasaan
perkauman terus menebal - menimbulkan persaingan
dan ketidakpuasan dalam kalangan etnik.
 Perbezaan pekerjaan akibat jurang
pendapatan antara etnik – setiap etnik
merebut kek ekonomi yang lebih.
o Melayu & bumiputera – bidang yang
mundur
- Sektor primer, kerja tenaga,
berteknologi rendah, gaji rendah
o Cina – bidang perusahaan & perniagaan
- Sektor maju, berteknologi moden
o India – bidang perladangan
 Ketidakseimbangan pendapatan berlaku – setiap
etnik saling mencemburui satu sama lain.
o Melayu – mencemburui kemewahan & kejayaan
Cina
o Cina & India – mencemburui kelebihan Melayu
yang mendapat peluang perkhidmatan dalam
sektor pentadbiran.
 Perbezaan aktiviti ekonomi akibat kurangan interaksi
antara etnik yang telah memperkukuh semangat
perkauman.
 Penyusunan semula masyarakat diperlukan untuk
mengeratkan perpaduan.
 Globalisasi selalu dikaitkan dengan dunia
tanpa sempadan di mana perhubungan
menjadi semakin pantas.
 Globalisasi boleh membawa kemudahan dan
kebaikan sejagat jika ia diurus dengan baik
tetapi juga boleh mengakibatkan kehancuran
jika disalahgunakan.
 Operasi globalisasi hanya menguntungkan
Barat kerana proses pembaratan dalam
ekonomi, sosial dan politik diketengahkan.
 Barat juga memasukkan unsur-unsur sosial
Barat.
 Pengaruh luaran dalam membentuk
keamanan dan kestabilan sesebuah negara
juga tidak boleh dipandang ringan. Selepas
Perang Dingin, U.S. Dan sekutunya dapat
mengawal politik dunia.
 Antara dominasi kuasa Barat ke atas dunia
ialah memiliki adan mengendalikan sistem
perbankan dunia (IMF, World Bank),
mengawal matawang utama dunia (USD
sebagai pengukur nilai wang antarabangsa),
mendominasi pasaran modal dunia,
mengawal laluan maritim dunia, mendominasi
industri senjata berteknologi tinggi dunia dan
 Kemelut yang berlaku di dunia luar seperti kemelut
Bosnia-Herzegovina, isu Aceh, isu Katolik dan
Protestan seharusnya dijadikan iktibar oleh rakyat
Malaysia supaya kita menghargai dan menjaga
perpaduan etnik.
 Kita harus menjadikan setiap konflik yang berlaku di
dunia luar sebagai pengajaran mengenai pentingnya
perpaduan, perasaan faham-memahami di kalangan
rakyat Malaysia, dan keharmonian etnik dijaga
dengan baik.
 Justeru itu, kes-kes yang menimbulkan
sensitiviti sesuatu etnik perlulah dielakkan.
 Malaysia sebagai sebuah negara yang
sedang menbangun menerima kesan
globalisasi secara langsung ataupuntidak.
Globalisasi telah mengubah segala budaya
masyarakat tempatan. Setiap aspek yang
datang dari Barat dikatakan baik.
 Akibatnya, masyarakat mula mengikitiraf
setiap pemikiran dan budaya Barat dalam
segenap aspek kehidupan.
Cabaran Globalisasi
 Globalisasitidak lebih hanyalah suatu bentuk atau
proses penjajahan baru barat ke atas dunia lainnya.
 Barat masih menganggap teori “The White Man
Burden” masih lagi diperlukan untuk
mentamadunkan dunia luar yang belum lagi
bertamadun.
 Kesannya, Barat mengeksport segala bentuk
keluaran mereka kepada dunia luar.
 Isu dan cabaran hubungan etnik di Malaysia
sebahagiannya disebabkan dasar yang
dijalankan oleh penjajahan sebelum
kemerdekaan.
 Isu hubungan etnik memerlukan sikap paling
bertolak ansur di kalangan semua etnik.
 Pelbagai cabaran akan timbul mungkin
disebabkan oleh salah faham antara satu
sama lain.
 Usaha untuk memahamkan masyarakat perlu
dilaksanakan dan proses integrasi antara satu
sama lain perlu diperluas lagi.
 Masyarakat juga harus melihat akibat konflik
yang berlaku di luar negara sebagai iktibar
supaya sejarah hitam yang pernah berlaku
tidak akan berulang lagi.

You might also like