You are on page 1of 21

CABARAN

HUBUNGAN ETNIK
DI MALAYSIA
PENGENALAN
Hasil Pembelajaran
• Mengenalpasti asas hubungan antara etnik-etnik di Malaysia
• Mengenalpasti cabarancabaran hubungan etnik di Malaysia
• Menghuraikan isu-isu penting dalam konteks cabaran hubungan etnik
di Malaysia
• Menjelaskan faktor-faktor pembinaan dan acuan jati diri rakyat
Malaysia
• Kesepakatan 3 etnik terbesar negara ketika Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 membolehkan rakyat menikmati kuasa politik
yang sama rata dengan dasar perkongsian kuasa. Begitu juga dasar pengagihan
kekayaan, pembangunan masyarakat yang adil di sisi undang-undang, amalan
demokrasi serta kontrak sosial di antara kepelbagaian kaum menghasilkan
keharmonian masyarakat Malaysia. Konsep perkongsian kuasa, pengagihan
pendapatan negara secara adil, peluang pendidikan yang sama di antara kaum,
kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan negara, perlindungan
terhadap kaum minoriti serta dasar-dasar yang lain, telah dapat menjamin
keharmonian rakyat berbilang kaum dan etnik di negara kita.
HUBUNGAN ETNIK DI SEMENANJUNG
MALAYSIA HUBUNGAN ETNIK D MALAYSIA
Zaman Penjajahan
• Penjajahan meninggalkan kesan mendalam terhadap hubungan etnik dan pembangunan politik Malaysia
• Melalui penjajahan Inggeris, wujud masyarakat perlbagai etnik melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai
buruh
• Mereka diasingkan dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal dan sistem persekolahan, dan
menyukarkan untuk berinteraksi sesama kaum.
• Penjajahan Jepun pula mengamalkan dasar pembahagian yang jelas antara kaum menyebabkan meningkatnya
perasaan permusuhan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara kaum.
Selepas Perang
• Hubungan etnik dirumitkan lagi dengan penubuhan Malayan Union yang ditolak oleh Melayu dan diterima oleh
kaum Cina dan India terutama berkaitan dengan isu kewarganegaraan.
Zaman Darurat hingga Pembentukan Malaysia
• Menjadi semakin rumit selepas darurat diisytiharkan terutama antara kaum Melayu dan Cina
• Semakin teruk selepas British memperkenalkan rancangan penempatan semula yang
membataskan pergaulan kaum Melayu yang ditempatkan di kampung Melayu dan Cina di
kampung Baru
• Isu utama politik ketika ini seperti penguasaan ekonomi oleh golongan pendatang, penglibatan
Cina dalam politik Tanah Melayu serta perjuangan etnik mempertahankan budaya, bahasa dan
pendidikan.
• Penyatuan etnik dipupuk melalui dasar-dasar kerajaan berkaitan pendidikan dan ekonomi serta
kerjasama politik melalui Perikatan
Hubungan Etnik Masa Kini
• Pelaksanaan dasar-dasar awam kerajaan berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi bagi
mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.
• Antaranya melalui Majlis Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Gagasan 1Malaysia, Rancangan-Rancangan Ekonomi dan sebagainya
Sabah
• Hubungan etnik dicorakkan oleh penempatan penduduk bumiputera dan bukan bumiputera serta Bumiputera
bukan Islam dan Bumiputera Islam.
• Sistem penempatan dibentuk melalui sistem kepercayaan di kalangan penduduk; Bumiputera
Islam(Bajau,Idahan,Iranun,Sulu,Bisaya,Melayu-Brunei dan Orang Sungai) dan Bumiputera bukan
Islam(Dusun,Murut,Rungus)
• Mengamalkan hubungan etnik yang harmoni kerana penduduk meletakkan keutamaan kebudayaan dalam
urusan kehidupan bermasyarakat berbanding pembezaan keagamaan serta ikatan kekeluargaan yang lebih kuat
berbanding agama.
Sarawak
• Brooke mengamalkan dasar mengasingkan kumpulan etnik mengikut kepentingan kepada pentadbiran British
di Sarawak
• Perhubungan antara etnik-etnik berasaskan ekonomi.
• Mengasingkan setiap kumpulan etnik di Sarawak mengikut petempatan dan pekerjaan yang berlainan bagi
mengelakkan pertelingkahan dan pertumpahan darah yang membawa kepada pengenalan etnik berdasarkan
tempat tinggal.
• Perhubungan etnik semakin baik melalui perkahwinan campur, toleransi agama, kesedaran melalui pendidikan
dan sebagainya
KEPERLUAN MEWUJUDKAN HUBUNGAN
ETNIK 7 HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
Fitrah
kemanusiaa
n

Elak dari Keperluan


bergantung Tuntutan
dengan Hubungan keagamaan
kuasa luar Etnik

Memenuhi
keperluan
hidup
• Perbezaan dalam unsur-unsur kebudayaan seperti bahasa, agama dan adat resam.
• Timbulnya jarak sosial antara anggota masyarakat kerana kurang interaksi.
• Perbezaan pekerjaan dan tempat tinggal.
• Prasangka dan prejudis yang menebal.
• Keengganan anggota masyarakat untuk membuka dunia sosial kepada masyarakat
lain dan kecenderungan untuk mengekalkan identiti masing-masing.
• Dominasi sesuatu kaum dalam bidang-bidang tertentu seperti politik atau
perniagaan.
• Bilangan anggota masyarakat majoriti dan minoriti lebih kurang sama
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
POLITIK
EKONOMI
SOSIAL
AGAMA DAN BUDAYA
Politik Perkauman:
• Setiap kaum di Malaysia diwakili oleh parti politik masing-masing.
• Menyuara, menjaga serta memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kaum
masing-masing.
• Sukar menerima pemimpin dari kaum lain.
• Mengukuhkan semangat perkauman yang menebal
Dominasi Sektor Ekonomi:
• Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi dan
ketidakseimbangan pendapatan.
• Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar
daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud.
Perbezaan Pekerjaan:
• Menghalang interaksi yang lebih kerap.
• Interaksi berlaku di kalangan etnik yang sama.
• Semangat perkauman terus menebal
Pemisahan Fizikal
• Akibat dasar pecah perintah British.
• Merenggangkan hubungan dan menyukarkan interaksi.
• Memperkuatkan perasaan kekitaan dan etnosentrisme.
Sistem Pendidikan yang Berasingan
• Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri
• Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda menyebabkan interaksi
berkisar dikalangan etnik sendiri sahaja
Polarisasi dalam Kalangan Pelajar
• Keterasingan di peringkat sekolah rendah, kerenggangan di sekolah menengah serta di Institusi
Pengajian Tinggi menyukarkan proses hubungan etnik di Malaysia
Kontrak Sosial
• Kontrak Sosial yang menjadi asas dalam pembinaan masyarakat Malaysia seringkali di
pertikaikan
AGAMA, ADAT ISTIADAT & BUDAYA

Setiap etnik mempunyai agama, adat istiadat bahasa dan kebudayaan yang
berlainan:
• Mudah terjadinya konflik.
• Setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka
sendiri.
• Mengutamakan anggota dari etnik yang sama dalam mendapatkan
pekerjaan, memilih sahabat dan mencari teman hidup.
MASYARAKAT MALAYSIA
• Keazaman politik (Political Will)
• Golongan sasaran yang dikenalpasti (Critical Mass)
• Kekukuhan Ekonomi
• Peranan Islam Wawasan yang dikongsi (Shared Vision)
• Penggunaan Sains dan Teknologi
POLITICAL WILL
• Pemimpin ada niat untuk menginstitusikan hubungan etnik.
• Niat ini dicetuskan oleh kesedaran tentang pentingnya hubungan etnik.
• Dari sini akan tercetus kemahuan serta aktiviti dalam bentuk pelan
tindakan yang berkesan.
CRITICAL MASS
• Adanya badan induk yang menjadi faktor pemangkin kepada semua
program hubungan etnik dan integrasi yang melibatkan critical mass
seperti Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) dan
Institut Kajian & Latihan Integrasi Nasional (IKLIN).
KEKUKUHAN EKONOMI
• Faktor ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan
hubungan etnik di Malaysia. Pengajarannya ialah peristiwa 13 Mei 1969.
• Hubungan etnik dan integrasi hanya boleh terhasil jika keperluan asas
untuk survival manusia dipenuhi
PERANAN ISLAM
• Islam telah memberi pengaruh yang mendalam dalam pertumbuhan dan
perkembangan Tamadun Malaysia.
• Dengan majoriti penduduk beragama Islam, maka sewajar Islam menjadi
asas hubungan etnik dan integrasi nasional kerana ia serasi dengan
majoriti penduduk dan minoritinya.
• Sebagai agama rasmi, Islam mestilah dihormati kerasmiannya namun ia
tidak menghalang kebebasan beragama.
SHARED VISION
• Mestilah mempunyai visi yang sama tentang hala tuju dan hasil integrasi
yang diingini.
• Gagasan 1Malaysia dan Wawasan 2020 dan terkini Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 harus dijadikan salah satu paksi terpenting
pada keseluruhan gagasan hubungan etnik dan integrasi nasional negara
ini.
PENGGUNAAN SAINS DAN TEKNOLOGI

• Penggunaan Mykad untuk mengatasi masalah imigresen, interaksi virtual


dengan penggunaan teknologi tanpa wayar 3G, penerbangan yang lebih
murah daripada Air Asia dan rangkaian sosial seperti Facebook dapat
menangani masalah hubungan etnik dan integrasi nasional.
PENGUKUHAN
• Bincangkan EMPAT (4) cabaran hubungan etnik di Malaysia
• Huraikan TIGA (3) ciri asas untuk mengurangkan masalah polarisasi kaum yang terdapat dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan
• Bincangkan TIGA (3) kesan pengabaian hubungan antara etnik dalam menjalinkan perpaduan dan
keharmonian masyarakat Malaysia.
• TIGA (3) pengajaran akibat daripada peristiwa 13 Mei 1969.
• TIGA (3) cabaran pembentukan masyarakat berintegrasi di Malaysia.
• Bincangkan EMPAT (4) cabaran hubungan etnik.
• Huraikan TIGA (3) Dasar Negara dalam menyelesai cabaran hubungan etnik.
• Jelaskan TIGA (3) pelan tindakan dalam menangani masalah perpaduan di kalangan masyarakat.

You might also like