You are on page 1of 79

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

SEMESTER 1, OKT. 2020


ISI KANDUNGAN
PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

• ASAL USUL INSAN 


• HAKIKAT DAN SIFAT INSAN
• POTENSI-POTENSI INSAN
• FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS
KEMANUSIAAN
 
 
 
 
  ASAL USUL INSAN
 

• APAKAH KONSEP-KONSEP UTAMA DALAM MENCIRIKAN KEINSANAN?


INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA
• Individu bermaksud “seseorang manusia”.
• Apabila individu itu dirujuk dalam konteks keberadaannya di dalam
suatu wilayah atau sesebuah negara maka disebut sebagai ‘rakyat’
kepada sesebuah negara.
• Rakyat juga membawa maksud “sekumpulan manusia yang
dipersatukan oleh suatu keadaan persamaan dan mendiami suatu
wilayah” yang mana mereka terikat kepada undang-undang, aturan dan
kaedah tertentu.
• Pada sisi lain, rakyat bermaksud orang yang berada dalam persekitaran
tertentu di bawah tanggungjawab suatu pihak penguasa.
• Individu, keluarga dan masyarakat pada hari ini lazimnya
mendiami suatu tempat di dalam wilayah kekuasaan sebuah
negara.
• Kewujudan sesebuah negara muncul daripada hasrat
masyarakat dahulu untuk berada di bawah suatu sistem politik
atau pentadbiran yang efektif atau tersusun dengan tujuan
untuk saling bekerjasama dalam hal ehwal kehidupan mereka.
• Hal ini bertepatan kerana ciri utama suatu masyarakat ialah
hidup secara berkelompok, berbudaya, berinteraksi,
mempunyai kepimpinan, memajukan diri dan mempunyai
aturan sosial. 
• Sudah menjadi kemestian apabila wujudnya suatu negara, maka sistem politik,
keamanan, ketenteraan, ekonomi, sosial ataupun budaya diatur oleh kerajaan
yang memerintah di dalam wilayahnya.
• Ciri-ciri negara adalah berpaksi pada kedaulatan dengan mempunyai wilayah,
penduduk, kerajaan dan sistem politik.
• Negara berbeza daripada pertubuhan kerana salah satu cirinya ialah
kewilayahan.
• Setiap individu yang dilahirkan di suatu tempat sama ada memiliki
keistimewaan sebagai seorang warganegara atau sebaliknya akan bergantung
pada status ibubapanya dan undang-undang di tempat kelahirannya.
• Suatu pertubuhan tidak memiliki kuasa kewilayahan walaupun berkuasa untuk
menetapkan syarat keahliannya.
RAS, ETNIK DAN BANGSA
• Dalam membicarakan status negara bangsa, tiga istilah yang
saling berkait rapat dan sering diperdebatkan ialah ras, etnik
dan bangsa.
• Ras merujuk kepada satu kelompok manusia yang
mempunyai persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit,
bentuk kepala, mata, hidung, bibir dan telinga.
• Ciri-ciri fizikal ditentukan secara genetic yang diwarisi
daripada satu generasi kepada generasi yang lain. 
•Ahli antropolgi membahagikan penduduk dunia kepada ras caucasoid, mongoloid,
negroid dan australoid berdasarkan perbezaan fizikal.
•Proses amalgamasi (perkahwinan campur) menghasilkan kelompok manusia yang
mempunyai keturunan campuran. 
•Di sabah, terdapat etnik cina yang berkahwin dengan etnik kadazan yang dikenali
sebagai sino-kadazan.
•Perkataan ras dengan etnik serta bangsa seringkali menjadi kabur dan sering
digunakan bertukar ganti.
•Misalnya orang melayu, bidayuh, bajau, kadazan, cina dan india bukan sahaja
dikenali sebagai kelompok ras tetapi disebut sebagai kelompok etnik kerana
kedua-dua perkataan itu mempunyai kaitan dengan genetik.
•Istilah bangsa pula berkerangka lebih besar tanpa batasan genetik sebagai unsur
kesatuan walaupun berkongsi ruang dan udara. 
• Konsep bangsa merujuk kepada kumpulan masyarakat yang
mendiami suatu wilayah di bawah pemerintahan sebuah kerajaan
pusat yang diikat dengan sistem undang-undang yang sama.
• Setiap anggota bangsa mempunyai hak dan tanggungjawab yang
ditetapkan oleh undang-undang, tidak dibatasi oleh kaum, warna
kulit, keturunan, umur, jantina mahupun keluarga.
• Istilah bangsa melangkaui kumpulan ras atau etnik. Sebaliknya,
konsep ras atau etnik memiliki ciri-ciri, nilai, budaya, sejarah dan
warisan berasaskan pada darah keturunan.
• Maka dengan itu, ras atau etnik yang sama boleh menganggotai
pelbagai bangsa.
• Sebuah negara yang sekian lama didirikan oleh kumpulan etnik
pastinya memiliki jati dirinya tersendiri.
• Pengertian ‘jati diri’ melangkaui pengertian ‘identiti.’ Identiti ialah
pengenalan keperibadian secara luaran. Sebaliknya, pengertian ‘jati
diri’ berpangkal pada perkataan ‘sejati,’ ‘tulen,’ ‘sebenar’ dan ‘asli.’
• ‘Jati diri’ lazimnya dilihat pada aspek-aspek keagamaan,
ketamadunan, ketinggian ilmu pengetahuan, bahasa, nilai, norma,
keutuhan keperibadian, ketatasusilaan tingkah-laku dan
keberadaban yang menjadi teras simbol keperibadian seseorang
individu, masyarakat dan bangsa
HAKIKAT DAN SIFAT INSAN

 
• APAKAH MAKSUD DUALISME PEMISAHAN MINDA RAGA DAN ROH JASAD
TRADISI VS MODEN
KESAN DUALISME TERHADAP PENGHAYATAN
AGAMA
POTENSI-POTENSI INSAN

 
• HURAIKAN SECARA RINGKAS PERLEMBAGAAN/POTENSI INSAN IAITU JASMANI
ROHANI EMOSI DAN INTELEK
 
FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS
KEMANUSIAAN

APAKAH PERANAN FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM MENDEPANI KEMELUT


KEMANUSIAAN SEMASA?
• Elemen jati diri dalam Negara Bangsa Malaysia tidak wajar
lagi diperbahaskan kerana setiap satunya terakam dalam
undang-undang tertinggi negara.
• Agenda Negara Bangsa Malaysia perlu dibina dan
dilaksanakan dalam kerangka undang-undang menerusi
perancangan pendidikan berstrategik, pengisian fakta sejarah
perundangan sebenar, hala tuju berwawasan dan kuat kuasa
undang-undang yang lebih tegas.
• Pembentukan negara bangsa bukan sekadar hanya dirancang
berasaskan bangsa-impian yang diinginkan tetapi mesti
berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang dan
keluhuran perlembagaan.
•Sewajarnya semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada tiga
wilayah, iaitu semenanjung, sabah dan sarawak dapat
menyematkan lima prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
•Lima prinsip rukun negara adalah seperti berikut:
 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
ISU PENDIDIKAN

• Deklarasi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada


akhir ogos 1957 menandakan satu titik permulaan pembentukan negara
bangsa kosmopolitan dan demokratik bersandarkan kepada
perlembagaan negara,
• memaktubkan ketetapan kuasa pemerintahan yang dipertuan agong dan
Raja-raja Melayu, kuasa pentadbiran negeri-negeri, kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan kedudukan Islam sebagai
agama rasmi.
• Agenda utama negara baharu ialah membentuk negara bangsa (nation
building) dalam konteks ancaman komunisme, kemunduran ekonomi
agrarian, masyarakat luar bandar dengan 70 rumpun etnik berbeza
bahasa dan budaya, dan taraf pendidikan rakyat yang rendah.
LAPORAN RAZAK (1956) DAN LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)

• Menjadi tunjang mereformasikan sistem Pendidikan Inggeris kepada sistem


Pendidikan Kebangsaan, yang kemudiannya diperkukuhkan secara
perundangan oleh akta pendidikan 1961.
• Prinsip teras ialah pendidikan sebagai saluran dan agen untuk pembasmian
buta huruf, membina modal insan, dan membina perpaduan kaum dan integrasi
nasional melalui fahaman demokrasi pendidikan,
• iaitu fahaman yang menyorotkan idea bahawa aliran pendidikan untuk anak-
anak ditentukan oleh ibu bapa dalam masyarakat kosmopolitan dan idea
bahawa anak-anak diberi peluang maksimum untuk menyelusuri peringkat dan
proses dalam sistem pendidikan formal dari peringkat rendah hingga ke
peringkat tinggi.
Elemen Falsafah

• Falsafah pragmatism itu diperkukuhkan lagi manifestasinya oleh


perlaksanaan Dasar Ekonomi Baharu dalam era 1970an, iaitu
pendidikan menjadi nadi dalam agenda kerajaan membasmi
kemsikinan dan menyusun semula ekuiti ekonomi masyarakat.
• Proses pendidikan hendaklah diteruskan oleh individu dengan
konsep pendidikan sepanjang hayat (lifelong education).
• Falsafah progresivisme inilah yang mendasari pemikiran dalam
laporan kabinet 1979 dan seterusnya perlaksanaan KBSR KBSM
dalam era 1980an dan juga pembentukan satu gagasan pemikiran
dalam falsafah pendidikan kebangsaan pada tahun 1988
• Akta Pendidikan 1996 telah memperakukan dasar-dasar yang
sedia ada dan juga Falsafah Pendidikan,
• Namun akta itu juga menggariskan orientasi baharu iaitu
penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang melalui kemajuan ict
untuk trend globalisasi dan internasionalisasi, liberalisasi
university dan disiplin ilmu,
• Urus tadbir universiti awam yang lebih seragam, dan akreditasi
kualiti program dan kursus pengajian di IPT.
ISU EKONOMI
ISU SOSIAL
KESIMPULAN
ISU SOSIOEKONOMI KE ARAH PERJUANGAN HIDUP
• Kehidupan ke arah perjuangan yang bermula dalam diri setiap insan.
Pemupukan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan
juga persekitaran seharusnya semakin berkembang tanpa mengira kedudukan,
kemampuan dan ruang.
• Sejak sebelum merdeka lagi, golongan yang menyedari tentang kepentingan
perjuangan dalam hidup merupakan golongan yang menyumbang kepada
pembebasan tanah air dari campur tangan Inggeris.
• Kini, perana generasi yang baru menyumbang tenaga, masa, wang ringgit dan
juga kepakaran untuk membangunkan Negara mengatasi kemelut krisis dan
kegawatan sosial, ekonomi dan juga politik.

You might also like