• Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu identiti. • menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. CIRI-CIRI NEGARA BANGSA Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan yang ketiga adalah aspek kebangsaan
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri
setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan
bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu warganegara Malaysia. Negara bangsa di Malaysia. • Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep negara bangsa cuba direalisasikan melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pembentangan kertas kerja beliau yang bertajuk, Malaysia: Melangkah ke Hadapan, pada tahun 1991.
• Matlamat utama pembinaan negara bangsa
adalah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Negara bangsa Malaysia di masa hadapan. • Dapat dicapai jika isu2 ini dpt dselesaikan • Isu bahasa=satu pendekatan yang wajar sudah mampu untuk menyelesaikan masalah ini iaitu dengan memberi pendidikan awal kepada generasi muda tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan kepentingan meletakkan satu bahasa melambangkan satu bangsa. • Isu kebudayaan=Dasar Kebudayaan Negara yang bertindak sebagai pelindung kepada identiti semua budaya yang ada di Malaysia, dilihat mampu untuk menyakinkan semua masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak menghilangkan identiti sebenar sesuatu budaya. • isu pendidikan=penubuhan Sekolah Wawasan. Walaupun pendekatan ini tidak mendapat sokongan secara kolektif daripada masyarakat, namun, usaha yang diambil ini dilihat paling efektif dalam merapatkan jurang pendidikan antara kaum. • Isu demokrasi=masyarakat kita mengetahui hakikat sebenar perjalanan sistem demokrasi di Malaysia kerana salah faham tentang sistem pentadbiran boleh mencetuskan perpecahan sama ada antara interkaum mahupun intrakaum