You are on page 1of 6

NEGARA BANGSA

Konsep Negara Bangsa


• Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat,
negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki
kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan manakala
frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang
mempunyai identiti budaya, fahaman, agama dan
bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa
dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh
sesebuah negara melalui konsep satu bangsa, satu
identiti.
• menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat
dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan
oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa,
budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh
membawa kepada perpecahan.
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
Pembentukan bangsa Malaysia boleh diukur dari tiga
perspektif utama iaitu, pertama melalui aspek
kenegaraan, kedua adalah aspek kewarganegaraan dan
yang ketiga adalah aspek kebangsaan

• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri


setiap rakyat negara itu demi keutuhan negara sebagai
kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini boleh
ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan
negara seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan,
Rukun Negara, dan sebagainya.

• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan


bahawa bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat
disatukan melalui kewarganegaraan yang sama iaitu
warganegara Malaysia.
Negara bangsa di Malaysia.
• Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep
negara bangsa cuba direalisasikan melalui
Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020 oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad dalam pembentangan
kertas kerja beliau yang bertajuk, Malaysia:
Melangkah ke Hadapan, pada tahun 1991.

• Matlamat utama pembinaan negara bangsa


adalah mencapai status negara maju pada tahun
2020.
Negara bangsa Malaysia di
masa hadapan.
• Dapat dicapai jika isu2 ini dpt dselesaikan
• Isu bahasa=satu pendekatan yang wajar
sudah mampu untuk menyelesaikan masalah ini
iaitu dengan memberi pendidikan awal kepada
generasi muda tentang kedudukan bahasa yang
sebenar dan kepentingan meletakkan satu
bahasa melambangkan satu bangsa.
• Isu kebudayaan=Dasar Kebudayaan Negara
yang bertindak sebagai pelindung kepada
identiti semua budaya yang ada di Malaysia,
dilihat mampu untuk menyakinkan semua
masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak
menghilangkan identiti sebenar sesuatu budaya.
• isu pendidikan=penubuhan Sekolah Wawasan.
Walaupun pendekatan ini tidak mendapat
sokongan secara kolektif daripada masyarakat,
namun, usaha yang diambil ini dilihat paling
efektif dalam merapatkan jurang pendidikan
antara kaum.
• Isu demokrasi=masyarakat kita mengetahui
hakikat sebenar perjalanan sistem demokrasi di
Malaysia kerana salah faham tentang sistem
pentadbiran boleh mencetuskan perpecahan
sama ada antara interkaum mahupun intrakaum

You might also like