You are on page 1of 13

PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DALAM PERSEKITARAN
KEPELBAGAIAN
SOSIOBUDAYA DI SEKOLAH
KONSEP NEGARA BANGSA

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat,


negara merujuk kepada suatu komuniti
yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh kerajaan manakala bangsa
merujuk kepada suatu komuniti yang
mempunyai identiti budaya, fahaman,
agama dan bahasa tersendiri.
Justeru, konsep negara bangsa dilihat
sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh
sesebuah negara melalui konsep satu
bangsa, satu identiti dan menjurus kepada
negara yang berdaulat dengan rakyat yang
hidup bersatu padu tanpa sebarang
sentimen perkauman, keturunan, agama,
bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya.
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri
setiap rakyat demi keutuhan negara.
Semangat kenegaraan ini boleh ditanam melalui simbol-simbol
seperti bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara dan
sebagainya.
Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa
bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat disatukan
melalui kewarganeraan yang sama iaitu warganegara Malaysia.
Negara bangsa di Malaysia berakarumbikan semangat
perpaduan.
Konsep negara bangsa cuba direalisasikan melalui Wawasan
2020 yang mengimpikan
CIRI-CIRI NEGARA BANGSA
Negara bangsa di Malaysia berakar umbikan
semangat perpaduan.
Konsep negara bangsa cuba direalisasikan melalui
Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia
berstatus negara maju pada tahun 2020 oleh mantan
PM Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah
mencapai negara maju menjelang 2020.
CABARAN MALAYSIA MENJADI
SEBUAH NEGARA BANGSA
Isu Bahasa
Persoalan kepentingan bahasa Melayu disamping keperluan bahasa-
bahasa lain.

Kewajaran Bahasa Inggeris menjadi bahasa kedua yang kini


melampaui batas kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya
dan juga bahasa-bahasa lain seperti bahasa Cina, India dan sebagainya.

Cabaran kedua ialah dari segi penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.
Orang Melayu sendiri dilihat kurang memartabatkan bahasa ibunda
sendiri.

Turut berlaku apabila kaum lain terus berusaha memartabatkan bahasa


ibunda mereka sendiri tanpa mengambil kira cabaran yang lain.
Ini menjadikan usaha membina negara bangsa semakin sukar.
Isu Kebudayaan
Setiap budaya mewakili identiti sesuatu kaum etnik yang wujud
di Malaysia. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian budaya
dibawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai kerana semua
kaum takut akan kehilangan identiti budaya masing-masing.

Cabaran seterusnya ialah sistem pendidikan yang


langsung tidak menyokong usaha untuk mengukuhkan
perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem
pendidikan yang berorientasikan peperiksaan telah
mewujudkan kelompangan berkaitan memertabatkan
kebudayaan dalam kalangan pelajar.
Isu demokrasi
Parti-parti politik yang wujud dilihat lebih
memperjuangkan kaum masing-masing seolah-olah
menidakkan kepentingan nilai perpaduan. Contohnya
UMNO untuk kaum Melayu, MCA bagi kaum Cina, MIC
bagi kaum lndia dan sebagainya.
INISIATIF DALAM PEMBINAAN
NEGARA BANGSA
 Mempertingkatkan Semangat Patriotik dan Cinta akan
Negara serta Warisan Bangsa dalam Kalangan Murid
-melalui perayaan sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan
dengan kepelbagaian tema dengan membawa mesej kepentingan
hidup dalam masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama,
hidup bersatu-padu, saling menghormati supaya dapat
mengekalkan keamanan dan keharmonian.
 Meningkatkan Tahap Kesedaran Murid Terhadap
Perlembagaan Negara
-kefahaman terhadap Perlembagaan Malaysia akan membantu
meningkatkan suasana yang harmonis antara kaum.
-aktiviti-aktiviti seperti lawatan ke muzium, bangunan Parlimen
dapat membantu meningkatkan kefahaman terhadap peranan
dewan rakyat
Mempertingkatkan Kefahaman tentang
Semangat Kerjasama ke Arah Perpaduan dan
Integrasi Kaum
-mengalakkan murid berkomunikasi dengan rakan-
rakan berlainan bangsa. Aktiviti mengunjungi rumah
terbuka semasa perayaan dapat menerapkan
semangat perpaduan.
-aktiviti-aktiviti yang lain seperti melaksanakan
projek-projek amali, pementasan, sambutan-
sambutan majlis dan sebagainya.
Pemantapan Kurikulum Sekolah dengan
Meningkatkan Kefahaman Sejarah Negara
-KPM mewajibkan semua murid lulus dalam subjek
Sejarah di peringkat SPM mulai tahun 2013.
-murid-murid belajar dan menghayati sejarah
negara supaya dapat menghargai perpaduan dan
keharmonian negara.
PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN
INTEGRASI NASIONAL
Penerapan Nilai Murni Merentas Pengajaran dan
Pembelajaran
Peranan Guru dan Pembentukan Semangat
Patriotisme dalam Kalangan Murid
Peranan dan Profesionalisme Guru dalam
Pembinaan Integrasi Nasional
Sekian, Terima Kasih

You might also like