You are on page 1of 17

PEMBINAAN NEGARA BANGSA DALAM

PERSEKITARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA


DI SEKOLAH - KONSEP NEGARA BANGSA

BAB 6
Definisi

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat :


Negara merujuk kepada suatu komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah
oleh kerajaan manakala bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti budaya,
fahaman, agama dan bahasa tersendiri.

Definisi Negara Bangsa


-bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui konsep ‘satu bangsa, satu identiti’.-
Negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa
- satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi
sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa sebagai sebuah(unit) wilayah yang berdaulat.
Bangsa Negara Bangsa

Rakyat sebuah negara bangsa berkongsi


identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan
semangat yang menjadi ciri dan hasrat
negara bangsa tersebut.

egara Bangsa
Hasrat Untuk Membentuk Sebuah Negara Bangsa Dalam Konteks
Di Malaysia

Ditakrifkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, membentuk sebuah negara yang


bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama.
Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-
kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah bangsa Malaysia dengan rasa
taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
Persekitaran Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah

Ditafsirkan sebagai hubungan murid-murid pelbagai kaum dengan merentasi


budaya mereka sendiri seperti agama, kepercayaan dan cara hidup.
Persekitaran dipengaruhi oleh budaya yang diwarisi dan dipengaruhi oleh
1. Faktor keluarga
2. Kumpulan etnik
3. Masyarakat/ penempatannya
Kesedaran tentang kepelbagaian budaya dapat membantu guru
melaksanakannya dengan lebih berkesan.
Memperkasa Bahasa Kebangsaan

Bahasa Melayu sudah pun dimartabatkan kedudukannya melalui


perlembagaan Persekutuan Malaysia (Fasal 152) dan Akta Bahasa
Kebangsaan 1967. 
Bagaimanapun terdapat masalah yang wujud dalam kepimpinan dan
masyarakat kini dari segi penguasaan dan penggunaan bahasa
kebangsaan dalam urusan rasmi atau kehidupan mereka.
Bahasa Melayu merupakan lambang perpaduan di awal kemerdekaan
tanah air, kerana pada waktu itu tidak timbul persoalan untuk mengangkat
sebarang bahasa bagi dijadikan bahasa kebangsaan.
Lingua Franca

Lingua Franca
- bahasa yang dikongsi bersama o!eh rakyat da!am perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat"
Da!am konteks Negara Bangsa Ma!aysia
- Bahasa Me!ayu ada!ah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi a!at perpaduan dan juga
se!aku bahasa perhubungan utama masyarakat"
Usaha Memperkasakan Bangsa Kebangsaan

1. Guru perlu memastikan penggunaan Bahasa Melayu pada tahap optima


2. Guru perlu ada komitmen dan tanggungjawab
3. Memastikan pendekatan pengajaran /pedagogi terkini
4. Memanfaatkan penggunaan ICT dalam PnP.
5. Melaksanakan pelbagai program kebahasaan dan kesusasteraan
Memantapkan Integrasi Nasional
1. Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan- satu kurikuklum & satu penilaian
2.menjadikan agenda memperkasakan SK menjadi teras dasar pelaksanaan RMK9
3. Menerapkan nilai jati diri, budi Bahasa dan seni budaya dalam PnP secara sisipan.
4. memperkenalkan subjek Sivik dan Kewarganegaraan
5. Sekolah Wawasan
Memantapkan Integrasi Nasional

6. Kurikulum sekolah rendah memberi tumpuan kepada sejarah, budaya dan


adat resam
7. Menerapkan nilai dan sikap yang positif melalui akademik dan kokurikulum
8. Menekankan pembelajaran sepanjang hayat- maksud dan kepentingan
9. Pastikan infrastruktur pendidikan yang mencukupi- bandar dan luar bandar
Memupuk Kecintaan Terhadap Seni, Warisan dan Budaya

1. Melalui aktiviti dan program di sekolah- integrasi budaya dalam aktiviti


2. Pengintegrasian kecintaan terseni, warisan dan budaya dalam PnP.
3. Melalui kurikulum kesenian
4. Penubuhan sekolah seni
5. Meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWA)
6. Membudayakan penulisan Jawi
Inisiatif Pembinaan Negara Bangsa

1. Mempertingkatkan semangat patriotik dan cinta akan negara


serta warisan bangsa dalam kalangan murid
- program mengibarkan Jalur Gemilang
- pelancaran Bulan Kemerdekaan
- ceramah ‘ Saya Anak Malaysia’
Inisiatif Pembinaan Negara Bangsa

2. Meningkatkan tahap kesedaran murid terhadap Perlembagaan


negara
- memahami apa diajar dalam PnP/forum
- menghormati dan mematuhi peruntukan undang-undang.
Inisiatif Pembinaan Negara Bangsa

3. Mempertingkatkan kefahaman tentang semangat kerjasama ke arah


perpaduan dan integrasi kaum
- kunjung-mengunjungi semasa perayaan,
- PdPc melalui rancangan pengajaran
- kokurikulum
- RIMUP
- Sukan
- Hari Terbuka
Peranan dan Profesionalisme Guru dalam Pembinaan Integrasi Nasional

- menyampaikan ilmu dan memupuk kesedaran tentang kepentingan membuka minda murid
- penerapan nilai murni merentas pengajaran dan pembelajaran
- memupuk semangat mencintai ilmu pengetahuan dan mendakapi budaya ilmu
- meletakkan keutamaan tugas dan tanggungjawabnya pada tahap tertinggi supaya dasar-dasar
pembangunan negara tercapai ke arah integrasi nasional
Rumusan
- Tanggungjawab semua guru, ibu bapa, murid, badan bukan kerajaan
- satu kemestian dan kewajipan setiap pihak dalam persekitaran sosiobudaya yang pelbagai

You might also like