You are on page 1of 4

Rukun Negara dan Matlamat

Rukun Negara

1.Kepercayaan kepada tuhan


2.Kesetiaan kepada raja dan Negara
3.Keluhuran perlembagaan
4.Kedaulatan undang-undang
5.Kesopanan dan kesusilaan

Matlamat Rukun Negara

1.Mengukuhkan perpaduan
2.Memelihara corak hidup demokratik
3.Mencipta sebuah masyarakat yang adil
4.Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
5.Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains teknologi

Langkah-langkah pembentukan dasar pendidikan negara

1. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum kemerdekaan lagi apabila British
memperkenalkan Sistem Ahli.
2. Laporan Barnes 1950 mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan Tamil
dibubarkan serta digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja,iaitu sekolah kebangsaan.
3. Sekolah kebangsaan dicadangkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pada peringkat rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat menengah dan tinggi.
4. Cadangan ini ditentang oleh masyarakt cina kerana menganggap bahas ibunda mereka
akan
tergugat.
5. Laporan Fenn-Wu 1951 mencadangkan sekolah vernakular cina terus kekal walaupun
bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan.
6. Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan mencadangkan dua sistem persekolahan yang
menggunakan dua bahasa pengantar,iaitu bahasa Inggeris dan Melayu.
7. Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan sekiranya ada permintaan daripada
ibubapa.
8. Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris dan sebaliknya bahasa Inggeris
diwajibkan diajar di sekolah Melayu.
9. Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan
India,kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis pada ketika itu.
10.Pada tahun 1955,Kerajaan Perikatan membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang
dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.
11.Penyata Razak 1956 telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan
iaitu
sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang
bercorak kebangsaan.
12.Cadangan penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah) yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan sekolah jenis umum (rendah)
yang menggunakan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
13.Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan
sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
14.Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan diajar disemua sekolah.
15.Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang
bersatu padu melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan
masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
16.Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957
Peranan Bahasa kebangsaan

1. Sebagai bahas penghantar di sekolah


2. Sebagai alat perpaduan rakyat Malaysia
3. Sebagai Bahasa ilmu
4. Sebagai Bahasa komunikasi
5. Sebagai Bahasa Lingua Franca
6. Sebagai symbol permuafakatan antara etnik
7. Sebagai wahana perpaduan

Dasar kebudayaan dan sukan sebagai perpaduan

Dasar kebudayaan untuk perpaduan


-Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan
yang dianjurkan oleh kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1971
-Dasar ini digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti
negara Malaysia
-Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk memperkukuhkan perpaduan
kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
-Dasar ini juga bertujuan memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dari aspek
kemanusiaan dan kerohanian seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
-Tiga Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan
i.Kebudayaan rakyat asal rantau Melayu sebagai tunjang
ii.Unsur-unsur kebudayaan lain wajar dan sesuai boleh diterima
iii.Islam sebagai unsur terpenting

Sukan untuk perpaduan


-Sukan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakkan
semangat patriotik di kalangan rakyat
-Aktiviti sukan tidak menghadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja malah membuka
peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat
-Pada peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokorikulum yang sangat digalakkan
-Majlis Sukan Sekolah-Sekolah telah ditubuhkan pada peringkat daerah, negeri, dan
kebangsaan untuk menggalakkan aktiviti sukan
-Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan dua tahun sekali jelas memainkan
peranannya mengeratkan perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri
-Kita sebagai warganegara yang bakal mewarisi negara kita yang tercinta ini
bertanggungjawab untuk memlihara perpaduan bangsa
-Dasar pembangunan dan perpaduan bangsa menuntut pemahaman kita untuk melibatkan diri
secara aktif dalam usaha-usaha memupuk perpaduan nasional

Tindakan saya bagi memupuk perpaduan Negara

You might also like