You are on page 1of 4

Bincangkan strategi-strategi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dalam

usaha mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum.


Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar
sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat
integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri
sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. Selain
daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitik beratkan integrasi
antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:


A. Rukun Negara
Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi
kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu
semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat
perlbagai etnik.
Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan;
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.
Rukun Negara
(ideology
kebangsaan)
Dasar Ekonomi
Baru
Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Dasar Kebudayaan
Kebangsaan
Bahasa
Kebangsaan
(Bahasa Melayu)
Penubuhan
Jabatan Perpaduan
Negara
Pergabungan
parti-parti politik
melalui Barisan
Nasional
Integrasi antara
wilayah.
Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu
padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.
B. Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia
Kedua (1971 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum
dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk
perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama
dalam kalangan semua rakyat Malaysia.
DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:
i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat
dihapuskan.
C. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah
berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat
Malaysia yang bersatu padu.
Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:
i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu
gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum.
Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali
oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara
beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik
daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan
kebudayaan asli tempatan.
Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.[1]
E. Bahasa Kebangsaan
Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum.
Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara
kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi.
Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan
kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan Gerakan
Cintailah Bahasa Kita.
F. Jabatan Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan
yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas
perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara
dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia
dan pelajaran Sivik.
Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan
yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan,
rondaan keselamatan dan kelas kejiranan.
Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan
persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan
semangat perpaduan.
G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional
Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan
perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya
menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui
muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada
tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari
pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah.
I. Pindaan Akta Hasutan
Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum,
termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah:
i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini;
dan
ii) kedudukan raja-raja Melayu.

h. Integrasi Antara Wilayah
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan
negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan
Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan
negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan
ekonomi wilayah.
Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem
pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem
pendidikan kebangsaan
Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui
perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik.
Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan
rangkaian radio dan televisyen nasional.
jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk
membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah
mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.

You might also like