You are on page 1of 4

USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial,
ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui
penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh
semua kumpulan etnik dalam negara kita.
Selain daripada memupuk perpadu
an antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah:
(a) Rukun Negara (ideology kebangsaan);
(b) Dasar Ekonomi Baru;
(c) Dasar Pendidikan Kebangsaan;
(d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan;
(e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu);
(f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara;
(g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional;
(h) Integrasi antara wilayah.
A. Rukun Negara
Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan
negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang
sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.
Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
(a) Kepercayaan kepada Tuhan;
(b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
(c) Keluhuran Perlembagaan;
(d) Kedaulatan Undang-undang; dan
(e) Kesopanan dan Kesusilaan.
Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu
serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif.
B. Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua
(1971 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah
bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara
melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua
rakyat Malaysia.

DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu:


i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum
ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat
dihapuskan.
C. Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan
kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu.
Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah:
i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan
institusi-institusi pengajian tinggi.
ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di
Malaysia.
iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum.
D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup
dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan
Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara
luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu
kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai
kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan.
Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan:
i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal
rantau ini;
ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan; dan
iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.[1]
E. Bahasa Kebangsaan
Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu,
kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa
Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa

Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen
untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan Gerakan Cintailah
Bahasa Kita.
F. Jabatan Perpaduan Negara
Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang
sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan,
yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar
bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik.
Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatan-kegiatan
yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan
keselamatan dan kelas kejiranan.
Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan
persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan
semangat perpaduan.
G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional
Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan
perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya
menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat
dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971.
Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan
kepentingan dalam parti pemerintah.
I. Pindaan Akta Hasutan
Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum, termasuk
di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah:
i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini; dan
ii) kedudukan raja-raja Melayu.
J. Integrasi Antara Wilayah
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan
negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain
yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah.
Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem
pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem
pendidikan kebangsaan.

Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan


telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan
televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen
nasional.
Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk
membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra
dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.

You might also like