You are on page 1of 14

@icebearrawrr

• Perpaduan kaum ialah keadaan rakyat daripada pelbagai


etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman dalam
PERPADUAN masyarakat yang bersatu
KAUM • Mereka memberikan komitmen yang penuh kepada identiti
kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara

• Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang


merapatkan hubungan masyarakat antara negeri dengan
INTEGRASI wilayah bagi membentuk satu bangsa
NASIONAL • Mereka ini mempunya identiti sendiri berteraskan
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

• Pentadbiran British menyebabkan pemisahan kaum dari segi kegiatan ekonomi dan petempatan
• Beberapa faktor sejarah dikenal pasti menjadi punca kepada masalah perpaduan
• Antaranya termasuklah kesan pentadbiran, kegiatan ekonomi dan petempatan, sistem
pendidikan serta fahaman politik

KESAN DASAR BRITISH

• Pentadbiran British bermula pada tahun 1974 menerusi pengenalan Sistem


Residen
• Dasar British yang mengutamakan sektor ekonomi menyebabkan pekerja
dibawa masuk dari luar untuk bekerja dalam sektor perlombongan,
perladangan dan perniagaan
• Kaum bumiputera pula bertumpu di kawasan luar bandar dan menjalankan
kegiatan ekonomi tradisional
• Keadaan ini menyebabkan mereka terpisah dan berlaku kerenggangan
hubungan kaum
• Kesannya, masalah hubungan kaum berterusan sehingga selepas kemerdekaan
dan menyebabkan peristiwa 13 Mei 1969
• Dasar pentadbiran British menyebabkan munculnya sistem pendidikan
vernakular Melayu, Cina, India dan Inggeris di negara kita
• Sekolah vernakular pula berkembang mengikut kaum masing-masing
• Sistem pendidikan vernakular diteruskan selepas kemerdekaan pada tahun
1957
• Pendidikan vernakular mewujudkan perbezaan pemikiran dalam kalangan
rakyat berbilang kaum

• British memberikan tumpuan kepada perkembangan ekonomi yang berasaskan


perlombongan bijih timah dan perladangan getah
• Kegiatan ekonomi yang berbeza antara kaum menyebabkan pemisahan dari
segi petempatan
• Rakyat juga terpisah dengan petempatan yang wujud di kawasan
perlombongan, bandar, estet dan perkampungan
• Keadaan ini menyebabkan setiap kaum kurang berinteraksi antara satu sama
lain dan mewujudkan jurang ekonomi yang tidak seimbang

• Fahaman politik berasaskan kaum bermula dengan penubuhan parti politik


sebelum kemerdekaan hingga kini
• Polarisasi kaum disebabkan perbezaan kegiatan ekonomi dan petempatan
menyebabkan parti politik ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-
masing
• Isu yang diperjuangkan berkaitan dengan bahasa, budaya, pendidikan dan
ekonomi
• Keadaan ini mempengaruhi hubungan antara kaum di negara ini

POLITIK

• Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara yang terletak di bawah bidang kuasa MAGERAN
• Jabatan ini berperanan mendraf satu ideologi untuk negara yang dikenali sebagai Rukun
Negara
• Mewartakan pembentukan Majlis Muhibah Negara pada 18 Julai 1969
• Majlis ini bertujuan menggalakkan perkembangan perasaan muhibah antara masyarakat
berbilang kaum di Malaysia
• Menubuhkan Majlis Perundangan Negara pada 29 Januari 1970
• Majlis ini ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan
integrasi nasional antara negeri dengan wilayah
@icebearrawrr
• Selain itu, majlis itu juga bertujuan memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat
• Membentuk gabungan parti politik selepas peristiwa 13 Mei 1969
• Menyelaraskan perkhidmatan awam antara semua negeri
• Penyelarasan ini mewujudkan integrasi antara negeri

EKONOMI
• Meneruskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia yang memberikan tumpuan kepada
pertumbuhan ekonomi semua kaum
• Memperkenalkan beberapa dasar pembangunan ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB)
dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) untuk kemakmuran ekonomi rakyat dan negara
• Memberikan tumpuan kepada pembangunan masyarakat luar bandar dan wilayah
• Pembangunan dilakukan melalui rancangan pembangunan tanah yang mampu menambah
pendapatan rakyat dan membasmi kemiskinan
• Memajukan bidang perindustrian dan perdagangan dengan memperkenalkan Zon Perindustrian
Bebas seperti di Bayan Lepas, Pasir Gudang dan Pelabuhan Klang
• Penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar berlaku disebabkan peluang pekerjaan yang
terbuka luas kepada semua kaum
• Hal ini mempercepat proses integrasi
• Mengintegrasikan ekonomi melalui pembangunan ekonomi wilayah termasuk di Sarawak dan
Sabah
• Pembangunan ekonomi wilayah membuka peluang kepada semua kaum bersaing dalam ekonomi
secara adil

SOSIAL
• Menambah baik Dasar Pendidikan Kebangsaan yang sedia ada melalui Akta Pendidikan 1996
bertujuan mengukuhkan perpaduan kaum dan integrasi nasional
• Mengukuhkan sistem pendidikan melalui pelaksanaan dasar pendidikan seperti Laporan
Rahman Talib, Laporan Jawatankuasa Kabinet dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
• Sistem pendidikan kebangsaan dapat melahirkan rakyat yang patriotik dan mempunyai
semangat cinta akan negara
• Memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan melalui pengenalan Akta Bahasa
Kebangsaan
• Penubuhan Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pusat ilmu dan peranan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi menyebar luas penggunaan bahasa kebangsaan
• Langkah ini dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai satu identiti bahasa yang sama
• Menggalakkan pengamalan satu kebudayaan kebangsaan yang dapat membentuk identiti
bangsa Malaysia yang bersatu padu
• Menggalakkan pelibatan dalam sukan sebagai medium untuk mewujudkan semangat kekitaan
dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
• Memperkenalkan Rukun Negara sebagai tunjang kesetiaan rakyat berbilang kaum terhadap
bangsa dan negara

• Pelbagai usaha yang dilakukan secara berterusan dapat


memantapkan hubungan rakyat berbilang kaum di negara ini
• Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghargai kepentingan
menjaga perpaduan serta keharmonian kaum demi kestabilan politik,
pembangunan negara dan kesejahteraan sosial

@icebearrawrr
@icebearrawrr

Latar Belakang Dasar Pendidikan Kebangsaan

• Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum


• Dasar ini dilaksanakan melalui Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali
sebagai Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
• Semua dasar pendidikan yang terdapat sebelum ini disemak semula pada tahun 1960
yang menghasilkan Laporan Rahman Talib dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979
• Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan meyatupadukan rakyat dan
menyediakan tenaga kerja mahir yang terdiri daripada pelbagai kaum
• Matlamat dasar ini adalah untuk mengadakan sistem pendidikan yang dapat memeuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan
politik
• Dasar ini juga bermatlamat melahirkan rakyat yang berilmu, seimbang dan harmoni
serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran negara

Latar Rahman Talib

• Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib pada tahun 1960 untuk menyemak
semula dan mengukuhkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
• Laporan jawatankuasa ini menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 dan penyemakan
Dasar Pendidikan Kebangsaan seterusnya

• Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat


pendidikan
• Penggunaan bahasa yang seragam dapat mewujudkan perpaduan
• Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan negara kita bagi semua
jenis sekolah
• Kurikulum yang berorientasikan negara mewujudkan perasaan cinta akan negara
• Laporan Rahman Talib mencadangkan beberapa cadangan tambahan kepada Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956
• Cadangan tambahan ini bertujuan memperkukuh semangat kekitaan dan kebersamaan dalam
kalangan murid pelbagai kaum ke arah perpaduan
• Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah untuk menanam perasaan cinta dan
kesetiaan terhadap negara
• Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat untuk membentuk sikap bertoleransi,
bekerjasama dan persefahaman antara kaum

• Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan untuk menampung


KAJIAN pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik
• Memperkenalkan kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja
AMINUDDIN mahir yang melibatkan pelbagai kaum serta persediaan memenuhi
permintaan pasaran kerja
BAKI • Mewujudkan sekolah kebangsaan yang menggabungkan semua kaum
untuk memupuk perpaduan
Latar Jawatankuasa Kabinet

• Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada bulan September 1974


1
• Fungsi jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran
kebangsaan
• Laporan Jawatankuasa Kabinet diumumkan oleh Menteri Pelajaran pada tahun 1979

KANDUNGAN LAPORAN JAWATANKUASA :


• Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dijadikan sebagai mata pelajaran wajib
dalam perperiksaan awam
2 • Penegasan kepada pendidikan kerahonian melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral
• Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum yang melibatkan semua kaum seperti unit
beruniform, sukan dan permainan serta persatuan

• Hasil daripada laporan jawatankuasa ini menghasilkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) yang diperkenalkan pada tahun 1982
3
• Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dan Falsafah Pendidikan Ngara pula digubal
pada tahun 1988

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal pada tahun 1988 untuk memperteguh hala tuju
dan matlamat pendidikan negara ke arah perpaduan
• FPN ditukar kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996
• Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan juga intelek

Akta Pendidikan 1996

• Kedudukan bahasa kebangsaan diperkukuh dengan memperuntukkannya sebagai bahasa


pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan melalui Akta Pendidikan 1996
• Kedudukan ini diperkuat lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran
yang wajib diajarkan di semua sekolah dan institusi pendidikan
• Institusi pendidikan swasta pula dikehendaki mengadakan pengajaran bahasa kebangsaan,
Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cinta akan
negara serta nilai murni

@icebearrawrr
7.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
ILMU DAN BAHASA PERPADUAN
@icebearrawrr

• Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi


• Beberapa langkah dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan
antaranya ialah pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan, memperkasakan bahasa
Melayu dalam sistem pendidikan, penubuhan UKM sebagai pusat keilmuan dan Peranan
DBP sebagai pusat perkembangan bahasa kebangsaan

AKTA BAHASA KEBANGSAAN


• Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang digunakan sebagai alat untuk memupuk
perpaduan kaum
• Kedudukan bahasa Melayu dimartabatkan melalui penggubalan undang-undang yang dikenali
sebagai Akta Bahasa Kebangsaan
• Akta Bahasa Kebangsaan diperkenalkan pada tahun 1967
• Akta ini dikenali juga sebagai Akta 32
• Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Malaysia
• Akta ini mula dikuatkuasakan pada 1 Julai 1971

BAHASA RASMI PENTADBIRAN


• Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi menjadi antara unsur penggerak jentera pentadbiran
negara
• Bahasa Melayu juga merupakan alat komunikasi rasmi dalam pelbagai urusan di kementerian
dan jabatan kerajaan
• Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam urusan mahkamah pada tahun 1990

MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN


• Pembukaan sekolah menengah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dipergiat di seluruh negara
• Antaranya Sekolah Alam Shah, Sekolah Seri Puteri dan Kolej Sultan Abdul Halim
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
• Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dapat memupuk semangat kekitaan dan
bersatu dalam kalangan murid
• Bilangan murid terlatih bahasa Melayu ditambah di sekolah menengah kebangsaan dan guru
khas untuk sekolah menengah jenis kebangsaan
• Langkah ini bermatlamat untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan
bahasa perpaduan
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
SEBAGAI PUSAT KEILMUAN BAHASA MELAYU
• Penubuhan UKM merupakan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
ilmu
• UKM ditubuhkan pada 18 Mei 1970
• Universiti ini muncul sebagai pusat pengajian tinggi awam pertama yang berjaya
memperkenalkan pengajian pelbagai jurusan dan bidang kursus dalam bahasa Melayu
• Penubuhan Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) pada 1
Disember 1972 menjadikan UKM sebagai pusat penyelidikan dan rujukan dalam bahasa,
kesusasteraan dan kebudayaan tamadun Melayu
• Institut ini kemudian bertukar nama kepada Institut Alam dan Tamadun Melayu (
ATMA ) pada tahun 1992
• Institut ini menjadi tumpuan para penyelidik, sasterawan, karyawan dan budayawan
daripada pelbagai kaum dari dalam dan luar negara
• Pengiktirafan terhadap tokoh UKM seperti Muhammad Haji Slleh dan Siti Zainon Ismail
sebagai Sasterawan Negara membuktikan kejayaan UKM sebagai pusat keilmuan
bahasa Melayu

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DPB)


• Penubuhan DBP pada 22 Jun 1956 di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor hasil daripada
resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga
• Penubuhannya bertujuan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
bahasa ilmu
• Nama asal DBP ialah Balai Pustaka, Pengarah pertama DBP ialah Ungku Abdul Aziz bin
Ungku Abdul Hamid (jawatan ini dikenali sebagai Ketua Pengarah )
• Pembukaan pejabat di wilayah dan cawangan di Pulau Pinang, Johor, Kelantanm
Saarawak dan Sabah bertujuan mengembangkan aktiviti bahasa dan sastera sebagai
medium untuk memupuk perpaduan
• DBP memainkan peranan penting dalam mengembangkan bahasa dan sastera Melayu
melalui penerbitan buku dan majalah, pelbagai aktiviti bersempena dengan Minggu dan
Bulan Bahasa Kebangsaan
• Peranan DBP ini adalah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara ini
• Slogan “ Bahasa Jiwa Bangsa “ dilancarkan pada tahun 1960, agar dapat mengukuhkan
pembinaan masyarakat yang bersatu padu melalui bahasa

@icebearrawrr
@icebearrawrr

SEJARAH PEMBENTUKAN AGENSI PELAKSANA


• Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah • Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
digubal dan diperakui melalui Kongres melibatkan semua kementerian , agensi dan
Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 jabatan yang berkaitan dengannya
• Kongres ini boleh dianggap sebagai • Dasar ini dilaksanakan oleh Kementerian
lanjutan daripada kongres rakyat 1956 Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ( kini
iaitu Konges Kebudayaan Melayu dikenali sebagai Kementerian Pelancongan,
• Kongres ini dirasmikan oleh Perdana Seni dan Budaya Malaysia)
Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul
Razak Hussein di Dewan Tuanku • Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara,
Canselor, Univeristi Malaya, Kuala Majlis Kebudyaan Negeri, Istana Budaya
Lumpur serta Akademi Seni Budaya dan Warisan
Kebangsaan (ASWARA)
PRINSIP UTAMA CITRAWARNA MALAYSIA
• Berteraskan kebudayaan rakyat asal • Dasar Kebudayaan Kebangsaan dijelmakan
rantau Melayu sebagai tunjang Dasar melalui program seperti Citrawarna
Kebudayaan Kebangsaan Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum
• Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan dan budaya
wajar diterima sebagai elemen • Program ini mula dianjurkan pada tahun
penting 1999 yang merupakan promosi pelancongan
• Islam menjadi unsur yang penting • Antara program yang dijalankan
dalam pembentukan Dasar Kebudayaan termasuklah memperagakan kebudayaan,
Kebangsaan pakaian, tarian dan nyanyian rakyat
Malaysia
• Citrawarna Malaysia diadakan di Dataran
Merderka pada bulan Mei setiap tahun
MATLAMAT PEMBENTUKAN dengan melibatkan rakyat pelbagai kaum
dan budaya

PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN BERTUJUAN PENGGIAT BUDAYA


MENCAPAI 3 MATLAMAT UTAMA :
• Dasar Kebudayaan Kebangsaan melahirkan
• Mengukuhkan perpaduan bansa dan ramai tokoh dan penggiat budaya yang
negara melalui kebudayaan tersohor
• Memupuk dan memlihara keperibadian • Tokoh ini memberikan sumbangan yang
kebangsaan yang terhasil daripada besar terhadap proses membudayakan
kebudayaan kebangsaan masyarakat dan kebudayaan bangsa
• Memperkaya dan mempertingkatkan • Sumbangan mereka juga penting dalam
kualiti kehidupan kemanusiaan dan menggalakkan penghasilan karya seni
kerohanian yang seimbang dengan tempatan yang bermutu tinggi dan
pembangunan sosioekonomi memartabatkan khazah asli negara
@icebearrawrr

• Sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan dalam


kalangan murid sekolah
• Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP) mengalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan
yang digemari
• Dasar ini juga memberikan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk
menceburi bidang sukan serta dapat memupuk semangat setia kawan dan
berpasukan
• Selain itu, dasar ini juga mampu melahirkan atlet yang berkaliber sehingga
ke peringkat antarabangsa
• Kejohanan olahraga tahunan sekolah melibatkan murid yang terdiri
daripada pelbagai kategori umur dan kaum
• Tiada acara sukan yang dipertandingkan mengikut kaum
• Rakan-rakan penyokong serta guru penasihat rumah sukan akan bersorak
memberikan sokongan kepasa atlet rumah sukan masing-masing tanpa
mengira kaum

• Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) bermula pada tahun 1974


• MASUM ditubuhkan bertujuan mengadakan pertandingan sukan dalam
kalangan penuntut dan staf universiti tempatan bagi memupuk perpaduan
dan integrasi nasional
• MASUM menjadi medan untuk atlet menunjukkan kebolehan dalam sukan
• Penganjuran MASUM secara bergilir-gilir dapat menggalakkan integrasi
antara negeri

• Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan secara dwitahunan pada peringkat


kebangsaan yang disertai oleh 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
• SUKMA bertujuan mengeratkan hubungan kaum serta integrasi antara
negeri
• SUKMA pertama diadakan di Kuala Lumpur dari 19 April 1986 yang disertai
oleh 3849 atlet dari 23 buah negeri di Malaysia
• Kejayaan Malaysia menganjurkan pelbagai jenis sukan pada peringkat
serantau dan antarabangsa juga membuktikan sukan dapat menyatukan
masyarakat berbilang kaum di negara kita
• Komitmen pemimpin dan kesungguhan para sukarelawan pelbagai kaum
memastikan penganjuran sukan yang cemerlang mendapat pengiktirafan
banyak pihak
• Antara sukan antarabangsa yang berjaya dianjurkan oleh Malaysia
termasuklah Hoki Piala Dunia, Sukan Komanwel, Piala Thomas, South East
Asia Games atau Sukan SEA, Sukan Permotoran Formula 1 dan sukan
berbasikal Le Tour de Langkawi

• Kejayaan pasukan negara dalam pertandingan sukan antarabangsa seperti


Sukan Olimipik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan Pestabola
Merdeka merupakan hasil kerjasama serta kesungguhan pelbagai pihak
• Dalam pasukan seperti bola sepak, hoki, badminton, renang, boling dan
olahraga, pemain dan jurulatih bekerjasama tanpa mengira kaum
• Kejayaan pasukan negara ini merupakan harapan seluruh rakyat Malaysia
• Jelaslah bahawa sukan memainkan peranan yang penting dalam membentuk
sebuah pasukan yang bersatu dan saling bekerjasama untuk mencapai
kejayaan
• Malaysia turut melakar kejayaan dalam sukan paralimpik seperti
Kejohanan Olahraga Paralimpik Dunia
• Atlet negara menunjukkan prestasi cemerlang dengan meraih kemenangan
dalam pelbagai jenis sukan seperti olahraga dan memanah

• Slogan “ Malaysia Boleh “ menunjukkan patriotisme rakyat Malaysia tanpa


mengira kaum, agama dan budaya Ketika menyokong pasukan Malaysia yang
bertanding dalam kejohanan peringkat serantau dan antarabangsa
• Slogan ini asalnya untuk kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan
Piala Thomas dan Uber pada tahun 1922 dan penyertaan Malaysia di
kejohanan Olimpik yang diadakan di Sepanyol serta kejohanan Sukan SEA di
Singapura 1993
• Laungan semangat “Malaysia Boleh “ oleh penyokong dapat dilihat apabila
Malaysia muncul sebagai juara Piala Thomas pada tahun 1922
• Sokongan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu untuk
kejayaan pasukan negara

@icebearrawrr
• Beberapa agensi diberi tanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian
dan kecermelangan sukan negara pada peringkat antarabangsa
• Antaranya termasuklah Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara,
Majlis Olimpik Malaysia serta persatuan sukan peringkat kebangsaan dan
negeri
• Pegawai pengurusan, pakar perubatan sukan, pegawai teknikal dan panel
kejurulatihan yang terlibat dalam organisasi ini terdiri daripada pelbagai
kaum dengan kepakaran dalam bidang masing-masing

• Kejayaan sukan di negara kita merupakan hasil pengurusan sukan yang


cekap dan teratur
• Kecermelangan ini juga disebabkan ketokohan pemimpin persatuan sukan,
jurulatih, para atlet dan pegawai sukan
• Keunikan perkembangan sukan di negara kita memperlihatkan pelibatan
kerabat diraja dan ahli politik sebagai penaung atau presiden persatuan
sukan
• Sementara itu, bekas atlet pula menjadi pengurus atau jurulatih pasukan
• Peranan mereka penting untuk menarik minat dan sokongan rakyat
terhadap perkembangan industry sukan negara

• Sukan berupaya untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum


dalam kalangan masyarakat di Malaysia
• Aktiviti sukan memberikan peluang kepada semua yang terlibat
membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti,
bertanggungjawab serta dapat menghargai pentingnya
menjaga perpaduan dan keharmonian kaum
• Melalui sukan juga, pemimpin dan rakyat saling bekerjasama
serta berperanan dalam memajukan kegiatan sukan yang
membawa kemakmuran negara

@icebearrawrr
7.6 RUKUN NEGARA SEBAGAI
TONGGAK KESEJAHTERAAN NEGARA
@icebearrawrr
• Rukun negara ialah ideologi negara yang dibentuk sebagai sebahagian daripada
usaha kerajaan untuk menyatukan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan

• Rukun Negara dibentuk ekoran daripada peristiwa 13 Mei 1969


• Rukun Negara hasil daripada perbincangan dan pemikiran Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang
dibentuk oleh MARGERAN pada 29 Januari 1970
• Rukun Negara telah diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970
bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan yang ke-13
• Pada tahun 2020, genaplah 50 tahun Rukun Negara dicipta

• Lima jalur merupakan simbolik lima prinsip Rukun


Negara yang perlu dipatuhi
• Bulan dan bintang melambangkan prinsip kepercayaan
kepada Tuhan
• Tengkolok berkerawang bulan dan bintang merupakan
simbol prinsip kesetiaan kepada raja dan negara serta
melambangkan prinsip keluhuran perlembagaan dan
kedaulatan undang-undang
• Angka 50 bersempena dengan sambutan ulang tahun
Rukun Negara
• Warna biru melambangkan amalan perpaduan dalam
kesopanan dan kesusilaan

MATLAMAT RUKUN NEGARA


o NEGARA BERSATU
• Kita mendukung cita-cita untuk mencipta satu bangsa dan negara yang
bersatu padu
• Setiap ahli masyarakat menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia
tanpa mengira keturunan atau kepercayaan
• Mereka juga mempunyai kesetiaan dan cinta akan negara

o MASYARAKAT ADIL
• Kita mendukung cita-cita untuk mecipta satu masyarakat yang adil apabila
semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara
• Masyarakat yang adil akan wujud apabila pihak yang lemah dan berkurangan
dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dan
bebas daripada penindasan
o MASYARAKAT PROGRESIF
• Kita mendukung cita-cita hendak menegakkan satu masyarakat yang progresif
mengikut kemajuan sains dan teknologi di samping mengamalkan nilai-nilai
ketuhanan
• Masyarakat progresif adalah satu masyarakat yang bergerak maju sejajar
dengan perubahan dan kemajuan pada masa ini

o MASYARAKAT LIBERAL
• Kita mendukung cita-cita hendak memelihara wujudnya satu masyarakat yang
liberal
• Ahli masyarakat bebas mengamalkan agama, adat resam serta kebudayaan
masing-masing sesuai dengan kepentingan perpaduan negara
• Ahli masyarakat bercita-cita mencipta satu masyarakat yang boleh menjadi
sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia
o MASYARAKAT DEMOKRATIK
• Kita mendukung cita-cita hendak memlihara cara hidup demokratik apabila
rakyat bertindak melalui parlimen yang dilantik menerusi perlembagaan
• Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan
berpolitik asalkan tidak melanggar undang-undang negara
• Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih daripada kepentingan sesuatu
kaum

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• Prinsip ini menunjukkan bahawa agama menjadi panduan hidup untuk membentuk
keperibadian yang baik dan landasan dalam membina keharmonian kaum
• Perlembagaan Malaysia menetapkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan
• Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram
• Kita perlu saling memahami dan menghormati serta bertoleransi dalam aspek
keagamaan

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA


• Prinsip ini menjelaskan bahawa negara kita mengamalkan sistem pemerintahan
Raja Berpelembagaan
• Raja merupakan simbol penyatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum
• Pengamalan prinsip ini dapat melahirkan rakyat yang menghormati simbol
kedaulatan negara, mematuhi undang-undang, berusaha untuk meningkatkan
imej negara dan berani mempertahankan kedaulatan negara serta mempunyai
ciri patriotisme yang teguh

@icebearrawrr
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• Prinsip ini membawa maksud ketertinggian dan juga keagungan perlembagaan
atau undang-undang
• Perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak kepada setiap
anggota masyarakat dalam negara
• Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat menerima, mematuhi dan
mempertahankan kemuliaan perlembagaan

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• Prinsip ini menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang, tidak
melakukan kesalahan di sisi undang-undang dan berusaha untuk menyokong
penguatkuasaannya
• Rakyat perlu bertanggungjawab mempertahankan dan memelihara kedaulatan
undang-undang daripada dicabar oleh mana-mana pihak demi mengekalkan
kehidupan yang aman dan harmoni

KESOPANAN DAN KESUSILAAN


• Prinsip ini adalah untuk memastikan bahawa setiap rakyat perlu sentiasa
bersopan santun, hormat-menghormati dan berakhlak mulia
• Kesopanan dan kesusilaan dapat menjamin hubungan baik sesama kaum agar
terus kekal terpelihara
• Prinsip ini menjadi garis panduan yang perlu dijadikan amalan dan disemai
dalam diri setiap rakyat Malaysia
• Penghayatan nilai murni akan melahirkan suasana yang harmoni dan saling
bertolak ansur

@icebearrawrr

You might also like