You are on page 1of 7

Bincangkan pelaksanaan cukai pada zaman

Khalifah Abbasiyah dari abad ke-9 hinggan


11 masihi.

next ->
next ->

~ If you get tired, learn to rest not to


quit. ~
Pendahuluan

 Zaman Khalifah Abbasiyah wujud dua diwan (jabatan) utama iaitu Diwan al-Jund ( Jabatan
Ketenteraan) dan Diwan al-Kharaj (Jabatan Percukaian).
 Wujud juga diwan yang lain seperti Diwan al-Rasa’il, al-Khatam, al-Barid, al-Azimmah, as-Sawafi dan
al-Sirr.
 Setiap diwan diketuai oleh seorang pegawai tadbir yang bertanggungjawap menjalankan urusan
tertentu mengikut keperluan negara.
 Pelaksanaan cukai zaman Khalifah Abbasiyah meliputi tiga sumber iaitu :
 Jizyah (Cukai Perlindungan) yang dikenakan terhadap gologan bukan Islam (Zimmi).
 Kharaj ialah cukai yang dikenakan pemerintah Islam terhadap pemilik tanah.
 Usyur (Cukai Perniagaan) yang dikenakan kepada semua peniaga Islam dan zimmi.
Diwan al-Kharaj

 Merupakan Jabatan Percukaian Negara yang mengendalikan pentadbiran cukai tanah


yang mengeluarkan hasil pertanian.
 Diketuai seorang pegawai yang berkuasa melantik wakil-wakil pemungut cukai dan
menentukan jumlah cukai mengikut keadaan dan kawasan.
 Hasil pungutan kharaj begitu tinggi dan dianggap penyumbang utama baitumal negara
(perbendaharaan negara).
 Khalifah al-Mahdi menubuhkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengawal selia akaun
setiap jabatan khasnya mengenai hasil pengutan dan perbelanjaannya.
 Khalifah Harun al-Rasyid mengarahkan Abu Yusuf bin Yaaqub, Qadhi Besar Baghdad
Menyusun segala peraturan percukaian sebagai panduan negara.
 Abu Yusufberjaya meghasilkan Kitab al-Kharaj yang menjelaskan secara terperinci
peraturan percukaian.
Pelaksanaan Jizyah

 Khalifah Abbasiyah telah mengembalikan sistem pungutan jizyah seperti zaman Khalifah al-
Rasyidin di mana kadar tahunan jizyah ialah 48 dirham atas golongan kaya, 24 dirham golongan
pertengahan dan 12 dirham golongan miskin yang mampu menyara hidup.
 Golongan yang dikecualikan jizyah ialah orang perempuan, kanak-kanak, orang tua, fakir miskin,
golongan cacat dan lemah, hamba dan golongan sakit berpanjangan.
 Zaman Khalifah Abbasiyah tiada diskriminasi manakala zaman Khalifah Umayyah orang Islam
bukan Arab (Mawali) turut dikenakan jizyah.
Pelaksanaan Kharaj

 Kadar kharaj yang dikenakan tidak sama antara kawasan kerana faktor yang menentukan
kadar kharaj ialah kualiti tanah, lokasi kawasan, penggunaan alat siraman dan kualiti benih
tanaman.
 Minima 10 dirham dikenakan bagi setiap unit tanah pertanian.
 Bayaran kharaj dibayar dalam bentuk mata wang dan harta benda yang bernilai seperti
haiwan ternakan dan hasil tanaman.
 Syarat tanah dikenakan kharaj ialah penduduk zimmi, tanah kediaman dijadikan kawasan
pertanian, tanah kharaj yang disewa atau dipajak (dikenakan kepada pemilik bukan penyewa)
dan pengecualian kharaj apabila pertanian musnah akibat bencana alam.
 Kharaj merupakan salah satu sumber terpenting baitulmal berikutan kemajuan pesat dalam
bidang pertanian dan pembangunan negara.
Pelaksanaan Usyur

 Kadar usyur berbeza terhadap jenis perdagangan dan berdasarkan nilai dagangan.
 Cukai 2.5% dikenakan ke atas peniaga Islam, 5.0% atas peniaga kafir zimmi dan 10% atas
kafir harbi.
 Khalifah Abbasiyah mencapai kemajuan ekonomi pesat dalam sektor perdagangan,
perindustrian dan pertanian.
 Pelabuhan utama terletak di Baghdad, Basrah dan Kaherah. Kapal-kapal membawa barang
dagangan melebihi sejuta dirham, antaranya sutera, kasturi, rempah ratus dan batu
permata.
 Oleh itu, usyur menjadi cukai terpenting dikenakan kepada para pedagang
 Usyur digunakan untuk pembangunan negara seperti menyediakan kemudahan tempat-
tempat perniagaan.
Kesimpulan

 Pengurusan dan pelaksanaan sistem cukai yang sistematik dan terancang


menyumbang kepada pembangunan dan kegemilangan kerajaan Khalifah
Abbasiyah.
 Sumber cukai yang stabil dan banyak menyebabkan kerajaan Khalifah
Abbasiyah mampu menyediakan pelbagai prasarana yang diperlukan rakyat.

You might also like