You are on page 1of 10

Struktur Pentadbiran Khalifah al Rasyidin pada abad ke-7M dan Khalifah Uthmaniyah

dari abad ke-16 hingga 17 Masihi.

1.Khalifah kerajaan al Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun632M apabila Abu Bakar
al Siddiq dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah pertama.

2. Kerajaan ini diperintah empat sahabat Nabi Muhammad saw iaitu Khalifah Abu Bakar al-
Siddiq (632-634), Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644), Khalifah Uthman bin Affan (644-
656) dan Khalifah Ali bin Abi Talib (656-661).

3. Gelaran Khalifah al-Rasyidin digunakan kerana mereka meneruskan dasar dan model
kepimpinan Nabi Muhammad saw. Pemerintahan Khalifah al-Rasyidin berlangsung selama
29 tahun iaitu bermula tahun 632 hingga 661M.

4. Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Sultan Uthman Ertughrul pada tahun 1281M.
Kerajaan Uthmaniyah merupakan kuasa Islam yang muneul di barat laut Anatolia pada awal
abad ke-14M sehingga mampu menggugat kekuasaan kerajaan Byzantine.

5. Kerajaan Uthmaniyah bertahan selama kira-kira enam abad dan berakhir hanya selepas
Perang Dunia Pertama.

Isi-isi utama

A. Struktur pentadbiran pusat Khalifah al-Kasyidin

1. Institusi khilafah dan khalifah

• Institusi khilafah bermula serentak dengan pelantikan Abu Bakar al-Siddiq menggantikan
Nabi Muhammad saw sebagai ketua negara Islam Madinah baharu. Pelantikan khalifah
melalui proses musyawarah, wasiat, undian, sokongan golongan tertentu dan mendapat
baiah serta tidak berdasarkan keturunan.

• Khalifah merupakan ketua negara Islam. Khalifah bebas dari sebarang kawalan dalam
bentuk perlembagaan atau badan politik. Namun, kekuasaannya tidak bersifat mutlak dan
autokrasi kerana al-Quran dan Sunnah merupakan panduan yang membimbing dan
mengawal segala tindakannya.

• Khalifah boleh mengeluarkan ijtihad demi kemaslahatan negara seandainya ada perkara
penting yang perlu dipuU;:kan yang tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadis.

• Selain berperanan sebagai ketua badan eksekutif dan kehakiman, khalifah juga
merupakan panglima tertinggi angkatan tentera Islam.

• Khalifah mengetuai pentadbiran keagamaan seperti menjadi imam dalam solat berjemaah.
membaca khutbah Jumaat dan sebagainya.

• Khalifah bertanggungjawab menyelia dan menguruskan pemungutan hasil dalam negara,


pembangunan infrastruktur seperti pembinaan tali air dan sebagainya.

• Khalifah al-Rasyidin mengendalikan pemerintahan pusat berdasarkan tiga sumber utama


iaitu al-Quran, sunnah dan ijmak.

1
• Selaku ketua agama, khalifah bertanggungjawab memelihara agama Islam, memimpin
umat Islam, menegakkan keadilan, memperluaskan wilayah Islam dan membanteras
gerakan menentang Islam.

2. Majlis Syura

• Majlis Syura merupakan badan penasihat tertinggi negara yang dianggotai oleh ahli al-
hallu wal-aqdu (golongan bijak pandai). la menjadi tempat rujukan utama Khalifah al-
Rasyidin dalam urusan pentadbiran negara dan juga sebelum sesuatu keputusan dan
tindakan penting dilaksanakan seperti pemilihan gabenor, panglima tentera dan
peperangan.

• Sesuatu dasar kerajaan diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang dibuat
berdasarkan permesyuaratan. Amalan syura dapat menjamin kestabilan politik dan
kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.

• Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan seeara
rasmi dan berfungsi seeara formal. Anggotanya dilantik daripada kalangan para sahabat
berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah. Bilangan ahli majlis
syura tidak ditentukan dan bergantung kepada keperluan semasa.

• Orang bukan Islam yang menjadi warga Madinah boleh menjadi anggota Majlis Syura
tetapi hanya terbatas kepada menyampaikan pengaduan tentang kezaliman pemerintah dan
pegawai kerajaan terhadap mereka atau pengaduan tentang hak-ljak mereka yang
diabaikan oleh pemerintah.

3. Pusat pentadbiran

• Tidak wujud sebarang pejabat khusus pada zaman Khalifah al-Rasyidin dalam
melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah. Setiap khalifah
melakukan penyeliaan seeara langsung di dalam segala urusan negara.

• Kota Madinah dan Kufah (zaman Khalifah Ali) mcnjadi ibu kola pemerintahan dan
pentadbitan negara.

• Masjid Nabawi mcnjadi pusat pentadbiran negara seperti mana zaman nabi. Amalan syura
digunapakai untuk membincangkan pclbagai perkara penting nielibatkan urusan dalam dan
luar negara.

4. Jabatan kerajaan dan pelantikan pegawai

• Khalifah al-Rasyidin melantik pegawai terdiri daripada sesiapa yang layak dan berwibawa.

• Antara jabatan peringkat pusat yang wujud ialah Diwan al-Jimd (Jabatan Ketenteraan),
Diwan at-Kharaj (Jabatan llasil), Jabatan Kehakiman dan sebagainya.

• Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau melantik Umar al-Khattab sebagai Mu'awwin
(penolong khalifah). Setclah Umar menyandang jawatan khalifah, Uthman bin Aft'an dan Ali
bin Abi Talib nienjadi dua pegawai Mu awwinnya. Pada zaman Khalifah Uthman, Ali bin Abi
Talib dan Marwan al-Hakam menjadi dua pegawai Mu awwinnya.

2
• Antara jawatan pegawai peringkat pusat ialah ketua setiausaha, pegawai pemungut cukai
(Ami! al-Kharaj), agensi polis (Syuriah), pengurus perbendaharaan negara. ketua hakim
(Qadhi al-Qudha) dan Iain-Iain.

5. Pentadbiran ketenteraan

• Khalifah merupakan panglima tertinggi angkatan tentera Islam.

• Pada zaman Khalifah al-Rasyidin, sistem ketenteraan diperkemaskan lagi dengan


mewujudkan pasukan tentera tetap dan bergaji.

• Khalifah Umar al-Khattab menubuhkan Jabatan Ketenteraan (Diwan al-Jund) bagi urusan
berkaitan ketenteraan seperti mengatur dan mengendalikan latihan ketenteraan, menyimpan
data berkaitan nama-nama tentera. pembayaran gaji tentera tetap dan menyelia kebajikan
tentera.

6. Pentadbiran pcrcukaian

• Sumber pendapatan negara Islam di zaman Khalifah al-Rasyidin jtdalah sama seperti di
zaman Nabi Muhammad saw iaitu zakat, jizyah. kliaraj, ghanimah dan fay.

• Hasil pendapatan zaman Khalifah Abu Bakar dibahagi-bahagikan kepada golongan yang
berhak menerimanya.

• Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. pendapatan negara Islam bertambah dalam kadar
yang amat pesat sehingga tidak dapat dihabiskan walaupun setelah dibahagikan kepada
golongan yang berhak menerimanya.

• Justeru. satu sistem pemungutan dan penyimpanan hasil diperlukan untuk mengemaskini
pentadbiran hasil pendapatan negara. Ini membawa kepada penubuhan Diwan al-Kharaj
yang berfungsi menguruskan kewangan iaitu daftar yang mencatatkan hasil kutipan cukai.

• Sejak itu, Khalifah Umar memberi perhatian khusus dan serius di dalam pentadbiran
pemungutan cukai berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan oleh Nabi Muhammad saw.
Jenis cukai baharu juga diperkenalkan termasuk usyur.

7. Pentadbiran baitulmal

• Di peringkat pusat. ibu pejabat baitulmal telah ditubuhkan secata rasmi pada zaman
Khalifah Umar al-Khattab kerana kepesatan pendapatan negara ekoran peluasan wilayah
jajahan Islam. Sumber pendapatan yang amat banyak ini tidak dapat diagihkan serta merta
dan sepcnuhnya.

• Segala sumber pendapatan dan laporan kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar
melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah di Madinah setiap tahun.

• Sejak itulah, baitulmal berfungsi sebagai institusi kerajaan yang menguruskan harta negara
dan membelanjakannya untuk kepentingan rakyat dan negara.

• Institusi baitulmal terus berkembang luas sehingga setiap wilayah menubuhk * eawangan
baitulmal sendiri.

B. Struktur pentadbiran wilayah Khalifah al-Kasvidiii

3
• Pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin. empayar Islam dibahagH an kepada
beberapa wilayah untuk mclicinkan pentadbiran. Setiap wilayah diketuai oleh gabenor
yangmemperoleh kuasa eksekutif dan kehakiman daripada khalifah di Madinah.

• Pada zaman Khalifah Abu Bakar. antara gabenor yang dilantik bagi menguruskan wilayah
adalah Uthman bin al-As di Taif, Muhajir Ibn Umayyah di Sanaa dan Zaid Ibn Ubaid di
Hadramaut.

• Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. para pegawai pelbagai jabatan dilantik di setiap
wilayah di bawah penyeliaan gabenor. Setiap pegawai yang dilantik diberikan senarai tugas
dan tanggungjawab serta batas-batas kuasa masing-masing. Harta mereka disenaraikan
oleh gabenor untuk mengelakkan kekeliruan, pertindihan kuasa, penyelewengan kuasa.
rasuah dan sebagainya. Jika setelah memegang jawatan itu dalam jangka masa tertentu
didapati harta mereka luar biasa banyaknya, maka harta itu akan disiasat oleh khalifah.

• Pada zaman Khalifah Umar, antara pegawai yang dilantik di peringkat wilayah untuk
membantu gabenor ialah pegawai Jabatan Percukaian {Amil al-Kharaj) yang bertugas
memungut hasil wilayah, kadi sebagai hakim dan pengurus pentadbiran kehakiman serta
menguruskan urusan wakaf seperti masjid, madrasah dan sebagainya. Jawatan lain seperti
Katih al-Diwan (Setiausaha Daftar Negara) dan Sahib Baitulmal (Pegawai Perbendaharaan
Negara), Pegawai Kewangan Wilayah. Setiausaha Tentera dan Sahib al-Syurtah (Pegawai
Polis).

• Pegawai paling kanan di sisi gabenor wilayah ialah A mil al-Kharaj. Beliau dilantik secara
langsung oleh khalifah.

• Pada peringkat awal zaman Khalifah al-Rasyidin. para gabenor menyandang jawatan
hakim kerana tugas pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan bidang
keadilan. Namun. pada zaman Khalifah Umar. beliau melakukan pemisahan antara jawatan
pentadbiran dan kehakiman kerana bertambah luasnya wilayah-wilayah Islam yang
menyebabkan bertambahnya beban tugas dalam kadar di luar kemampuan seseorang
gabenor.

• Pada zaman Khalifah Uthman al-Affan. antara gabenor wilayah yang dilantik termasuk
Said al-As di Kufah, Abdullah bin Amir di Basrah dan Abdullah bin Amir di Mesir.

C. Struktur pentadbiran pusat Khalifah Uthmaniyah

1. Khalifah sebagai ketua negara

• Kerajaan Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan monarki.

• Pentadbiran pusat berbentuk sistem autokrasi di mana khalifah atau sultan mempunyai
kuasa mutlak dalam semua bidang pentadbiran termasuk politik, ekononii, sosial dan
agama.

• Sultan adalah pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negara. Pelantikan sultan


Uthmaniyah adalah mengikut sistem warisan sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah
Umayyah dan Abbasiyah.

2. Pegawai kerajaan pusat

4
• Wazir Besar (Perdana Menteri) merupakan orang kedua paling berkuasa selepas sultan.
Beliau adalah ketua pentadbir dan penasihat utama sultan. Kuasa beliau telah digariskan
dengan jelas dalam Kamimiame iaitu buku perlembagaan yang digubal pada zaman Sultan
Muhammad II. Beliau juga merupakan ketua seluruh wazir dan amir. Memandangkan
kedudukannya yang penting dan berpengaruh, beliau diamanahkan memegang luglira (cop
mohor kerajaan) sebagai wakil sultan.

• Para wa/ir dibantu oleh tiga orang hakim tentera, dua orang pegawai tentera berpangkat
Beylerbcv. 2 orang deferdar yang bertanggungjawab menguruskan hal kewangan dan
seorang Agha, panglima tentera Janissari sebagai wakil tentera darat. seorang laksamana
tentera laut dan seorang Nishanji bau monogram sultan.

• Khalifah Uthmaniyah mengamalkan pemerintahan liberal di mana bangsa bukan Turki turut
dberi peluang terlibat dalam pentadbiran utama negara. Antaranya, Joseph Nasi dan Nathan
Salnnon Ashkenazi berbangsa Yahudi pernah berkhidmat di istana sebagai ahli fizik
sewaktu pemerintahan Siltan Selim II. Pada zaman kegemilangan kerajaan Uthmaniyah
antara tahun 1453 hingga 1623M. hur a 5 daripada 48 Wazir Besar berbangsa Turki
Uthmaniyah manakala selebihnya berbangsa asing.

• Khalifah Uthmaniyah mengamalkan polisi peluasan kuasa dan tanah jajahan. Pada zaman
Sultan Bay/id U (148I-I512M), sistem autonomi dihapuskan dan seluruh wilayah ditadbir
seeara langsung oleh Istanbul, pusat pentadbiran kerajaan Uthmaniyah.

3. Pentadbiran kehakiman dan keadilan

• Sultan Uthmaniyah mengetuai bidang kehakiman. Sultan Sulaiman 1 (1520-1566M) yang


lebih dikenali sebagai Suleiman The Magnificent di Barat dan Sulaiman al-Qanuni di Timur
pernah memodenkan sistem perundangan negara.

• Sultan melantik Syeikh al-lslam (mufti) sebagai ketua pegawai pentad' . , erundanuan pusat.
Mufti berpcjabat di Istanbul, pusat pentadbiran empayartiadbiran kehakiman^a^ ^^j^^an
pada zaman Sultan Salim I. Tugasnya memberi fatwa dalanJ semua aijjek !aa$P" ^asuk
keputusan bcrperang terhadap sesama Islam atau golongan zimmr. Pandangan mufti
juga\mbi| ^ira dalam pelantikan pegawai-pcgawai istana di Istanbul. Namun, kadang kala
sultan turut campt-Uingan dalam soal fatwa seperti dalam isu memerangi golongan syiah yang
dianggap berbahaya kepad^enganut Ahl Sunnah wa al-Jamaah. mazhab rasmi Khalifah
Uthmaniyah.

• Di ptenngkat pusat dan wilayah. aspck kebajikan dan kehakiman untuk non muslim
dilaksanaK,n melalui sistemi millet.

• Pendluduk non muslim wilayah Uthmaniyah khasnya golongan Kristian dan Yahudi diben
^bebasan bcragawia termasuk amal ibadat tanpa sekatan.

• Bahkan orang-orang Yahudi telah diberi perlindungan oleh kerajaan pusat apabila mereka
dih^au oleh orang Kristian Sepanyol dan Portugal pada abad ke-16 Masihi dan pada tahun
1816M.

• Saudara-saudara baharu juga diberi layanan yang baik dan diberikan hak kerakyatan
penuh.

• Golongan paderi di Istanbul diberikan lebih banyak kuasa berbanding pada zaman pemt-
rintahan Byzantine.

5
Pentadbiran ketenteraan

• Kerajaan Uthmaniyah mempunyai struktur ketenteraan tersusun sesuai dengan


kedudukannya sebagai sebuah kuasa besar dunia pada zamannya.

• Sultan merupakan ketua tentera kerajaan. Sultan biasanya memimpin sendiri ekspedisi
ketenteraan. Umpamanya, Sultan Sulaiman I sendiri pernah memimpin pasukan tentera
Uthmaniyah untuk mei^akluki wilayah Kristian di Belgrade, Rhodes dan Hungary sebelum
penaklukannya dapat dipatahkaivi dalam Pcrang Vienna pada tahun 1529M.

• Bevlerbey merupakan pegawai tentera berpangkat paling tinggi. Hanya terdapat beberapa
oraii^a yang mcmegang jawatan ini. Bevlerbey yang paling kanan ialah Berlevbey Anatolia
dan diikuti oleh BerJrieybey Rumali di Eropah. Bevlerbey mempunyai kuasa yang amat luas,
malah kadang kala Putera H^ahkota terpaksa akur kepadanya. Bevlerbey juga dipanggil
dengan gelaran 'Pasha . Ada beberapa Bey di i^bawah Bevlerbey.

• Bey merupakan gelaran kepada ketua batalion atau ketumbukan tentera yang dianggotai
oleh tente^.ra fief. Bey bertanggungjawab membawa liwa' (bendera) ke medan peperangan.

• Tentera fief merupakan tentera asas Khalifah Uthmaniyah. Fief bermaksud tanah kurniaan.
NVereka dinamakan tentera fief kerana dikurniakan tanah oleh kerajaan pusat kerana jasa
mempertahankan,vnegara. Pemberian tanah ini menyebabkan tentera fief menjadi golongan
berpengaruh. Tanah fief ini diusaiahakan oleh para petani. Tanah kurnia ini juga dikenali
sebagai timar yang banyak menyumbang kekfcayaan kepada tentera fief.

• Tentera Uthmaniyah terdiri daripada tentera darat dan laut. Tentera darat dianggotai oleh
tentera,Ppcjalan kaki, tentera berkuda (Sipahi), tentera pembawa senjata (Silalular) dan
tentera pembantu (Akinci).

• Keanggotaan tentera terbuka kepada semua kaum termasuk penduduk wilayah jajahan
yang mqyme|uk Islam. Antara panglima terkenal ialah Mikhaloghlu berketurunan Yunani yang
dilantik sebagai lak^amana pada zaman Sultan Uthman.

• Peralatan senjata yang digunakan ialah tombak. pedang, panah dan perisai. Pakaian
mereka iatalpi, baju dan serban serta menunggang kuda.

• Sistem ketenteraan ditiru daripada sistem feudal kerajaan Byzantine. Pada abad ke-16M,
lama-kelan^aan sistem feudal ini digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan
senjata lebih moden terni»ijsuj< meriam besar.

5. Pentadbiran percukaian

• Khalifah Uthmaniyah mewujudkan cukai khas dana perang (avariz-i-y«vaniye) untuk


perbelanjaan peperangan tanpa melakukan sebarang rampasan harta atau mengenakan
v.J^ai yang tinggi kepada rakyat.

• Sistem cukai lebih adil telah diperkenalkan di seluruh empayar yang m^»pu dibayar semua
penduduk dan dengan itu dapat melenyapkan rasa tidak puas hati dan keadaan huru hH *

• Umpamanya, penduduk Kristian dikenakan cukai perlindungan sebanyak 2 dolar setahun


dan juga diberi

6
perlindungan. Kadar ini sangat rendah berbanding kadar yang pernah dikenakan ke atas
mereka oleh kerajaan Byzantine sebclum ini.

• Buat pertama kali, pada /aman Sultan Bayazid II (1481 hingga 1512M), anggaran
belanjawan negara diperkenalkan dan perbclanjaan diimbangi dengan pendapatan negara
secara sistematik.

I). Struktur pentadbiran wilayah Khalifah Uthmaniyah

• Wilayah-wilayah Islam yang berada di bawah penguasaan kerajaan pusat seperti Mesir
dan Makkah sentiasa diberikan perlindungan seperti perlindungan yang diberikan ke atas
dunia Arab dari imperialis Barat.

• Gabenor merupakan ketua pentadbir wilayah dan kebiasaaynya mereka terdiri dari
panglima perang berpengaruh (Beylerbey). Antara tangungjawab utama gabenor ialah
menguruskan aspek kehakiman, perundangan, kewangan, percukaian dan keselamatan
wilayah.

• Gabenor wilayah akan mentadbir tanah kurniaan yang luas (khass) manakala para petani
pula ditugaskan mengusahakan tanah kurniaan tersebut.

• Multezim bertanggungjawab untuk mengutip eukai dari kawasan tertentu dan sebahagian
daripada hasil kutipan akan diserahkan kepada kerajaan pusat.

• I iada sifat pi 1 ill kasih dan perkauman dalam jawatan tertinggi pentadbiran wilayah.
Kerajaan pusat turut menggunakan kepakaran dan kebolehan penduduk tempatan dalam
pentadbiran. Situasi ini telah menarik minat orang-orang bukan Islam seperti penduduk
rantau Balkan memeluk Islam.

• Sanjak (sanjak hey) merupakan ketua pentadbir peringkat subwilayah. Mereka terdiri dari
ketua tentera yang bertanggungjawab menyelia, merekrut dan menyediakan tentera untuk
peperangan.

• Kadi merupakan ketua pentadbir di peringkat daerah. Beliau juga bertindak sebagai hakim
dan berkuasa melaksanakan hukum jenayah dan sivil di peringkat daerah menurut syariat
Islam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

• Nahiye (kampung) merupakan struktur pentadbiran paling rendah pada /aman Khalifah
Uthmaniyah.

Kesimpulan

1. Sistem pentadbiran yang dipraktikkan pada zaman Khalifah al- Rasyidin adalah sistem
yang dikemaskini daripada sistem pentadbiran zaman Nabi Muhammad saw.

2. Struktur pentadbiran semakin sistematik apabila Khalifah Umar bin al-Khattab menerajui
pemerintahan negara Islam Madinah. Negara Islam berada di puncak keamanan.
kesejahteraan dan keadilan pada zaman

. pemerintahannya.

3. Pentadbiran yang cekap dan tersusun menyumbang kepada kegemilangan kerajaan


Khalifah Uthmaniyah. Malah dasar pentadbiran yang lebih adil dan terbuka kepada semua

7
penduduk tanpa mengira bangsa memberi peluang kepada mereka yang berbakat terlibat
dalam pentadbiran negara.

4. Pada penghujung abad ke-17M, Khalifah Uthmaniyah mula mengalami zaman


kemerosotan. Pada abad ke-18 hingga 19M. Khalifah Uthmaniyah berada di ambang
kejatuhan akibat kemaraan kuasa imperialis Barat.

Bandingkan antara dasar pemerintahan Maharaja Akhbar dengan Maharaja Aurangzeb


dalam mengukuhkan pemerintahan Moghul di India
Pengenalan :
o Pemerintahan  kerajaan Moghul  di India.
o Latar belakang Akbar – Pemerintah Moghul yang ketiga. Memerintah antara
tahun 1556 hingga 1605 menggantikan bapanya Humayun.  Pada awal
pemerintahannya, baginda dibantu oleh  Perdana Menterinya Bairam Khan. 
Terkenal dengan dasar liberal dan toleransi.
o Latar belakang Aurangzeb – Baginda menaiki takhta telah berjaya
menyingkirkan bapanya, Shah Jehan pada tahun 1658.  Memerintah
sehingga tahun 1707 dan dikenali sebagai Alamgir yang bermaksud
Pemegang Alam.  Sebelum memerintah India,  baginda pernah dilantik
sebagai Gabenor di Deccan, Gujerat dan Multa
Isi-isi :
Dasar Perluasan Wilayah
o  Akbar – Berjaya dalam gerakan perluasan wilayah dan meletakannya di
bawah satu sistem pemerintahan yang seragam.  Pada tahun 1561 berjaya
menakluki Malwa dan mengatasi pemberontakan Baz Bahadur.  Pada tahun
1564 hingga 1569 berjaya menakluki Chitor, Rantambor dan Kalinjar.  Chitor
ditawan setelah Raja Rama Chand menyerah diri.
o  Aurangzeb – Dasar perluasan wilayah yang paling luas.  Ia meliputi 14
wilayah di Utara India, 6 wilayah di Deccan dan 1 wilayah di Kabul.  Beliau
berjaya mengalahkan semua pemberontakan kaum Hindu dan Sind  seperti
pemberontakan kaum Pathan, kaum Jat dan Satnawi.  Semua pentadbiran
wilayah tersebut diselaraskan dibawah pentadbiran pusat dan wilayah.

Pentadbiran Islam :
o Akbar – Dasar Islam dalam pentadbiran Akbar tidak jelas.  Beliau lebih
memberi perhatian kepada usaha menyatupadukan rakyatnya dari berbilang
kaum dengan mengamalkan dasar pemerintahan yang liberal dan
toleransi sehingga         mengubahsuaikan prinsip agama seperti dasar
perkahwinan campur tanpa menukarkan agama. Beliau telah berkahwin
dengan puteri Raja Baghwan Das. Beliau dikatakan pemerintahan Islam yang
pertama di India mengasingkan politik dari agama dan menghapuskan
perbezaan yang berasaskan agama dan bangsa.
o  Aurangzeb melaksanakan dasar Islam yang  jelas dalam pentadbirannya 
Beliau melaksanakan perundangan Islam berpandukan  buku perundangan
yang terkenal iaitu Fatwa Alamgir. Para ulama dilantik sebagai penasihat
dalam pentadbirannya.  Lembaga Penapis ditubuhkan untuk melahirkan
masyarakat yang berakhlak dan tidak melanggar peraturan Islam.

8
Birokrasi :
o Akbar – Beliau tidak membezakan antara rakyat yang beragama Islam
dengan yang bukan Islam dalam memegang jawatan penting dan tertinggi
dalam pentadbiran awam dan tentera.  Akbar telah melantik Todar Mal dan
Man Singh sebagai penasihatnya. 
o  Aurangzeb – Beliau tidak membenarkan orang bukan Islam memegang
jawatan penting dalam pentadbiran negara  terutama yang berkaitan dengan
perkhidmatan awam dan ketenteraan.  Walau bagaimanapun beliau
membenarkan orang Hindu memegang jawatan lain.  Beliau telah melantik
ramai orang Hindu memegang jawatan di peringkat rendah.
Dasar  Terhadap Penganut dan Agama  Lain :
o Akbar – Melaksanakan dasar keagamaan yang liberal dan toleransi.  Untuk
mendapat sokongan rakyat, Akbar telah memperkenalkan agama Din-Illahi. 
Din Illahi merupakan gabungan daripada pelbagai agama seperti Islam,
Kristian, Hindu dan Sikh. Walau bagaimanapun rakyat diberi kebebasan
beragama.
o  Aurangzeb – Beliau merupakan  pengikut sunni yang tidak bertolak ansur
kepada mazhab dan agama lain.  Beliau sangat tegas dalam melaksanakan
hukum Islam.  Beliau telah melarang kanak-kanak Islam belajar di kuil Hindu
dan menghapuskan peraturan istana yang bertentangan dengan Islam.

Dasar Ekonomi :
o  Akbar – Beliau telah menyusun semula sistem cukai.  Cukai jizyah yang
dikenakan kepada orang bukan Islam telah dihapuskan.  Cukai lain yang turut
dihapuskan ialah cukai tanah, cukai  pasar dan cukai membeli dan menjual
rumah.  Beliau juga telah memperkemaskan sistem mata wang dengan
memperkenalkan syiling emas dan perak.
o Aurangzeb – Beliau memperkenalkan bayaran jizyah kepada orang bukan
Islam dengan kadar yang rendah.  Walau bagaimanapun beliau telah
menghapuskan 80 jenis cukai yang membebankan rakyat dan tidak
dibenarkan dalam Islam.  Aurangzeb berjaya meningkatkan pendapatan
negara sekali ganda sekiranya dibandingkan di zaman Akbar.   
Perkembangan ekonomi telah meningkatkan taraf hidup rakyat.

Dasar Sosial :
o Akbar – Beliau telah menjalankan usaha untuk mengukuhkan kedudukan
sosial untuk menjamin perpaduan rakyat.  Beliau mengadakan undang-
undang perkahwinan,  melarang keras adat sati dan melarang kanak-kanak di
bawah 12 tahun berkhatan.
o Aurangzeb – Beliau telah bertindak menegakkan sistem sosial Islam.  Beliau
mengharamkan judi dan penjualan arak.  Amalan tradisi menghadiahkan
emas dan perak oleh pembesar kepada Sultan turut dihapuskan.

Layanan Kepada Orang Hindu :


o Akbar – Beliau telah memberi hak yang sama kepada rakyat tanpa
membezakan kaum dan agama dalam semua bidang.  Orang Hindu diberi
keistimewaan memegang jawatan yang penting.  Akbar telah menjadikan
kaum bangsawan Hindu Rajput sebagai penyokong kerajaan melalui jalinan
persahabatan dan toleransi agama. Tindakannya mengahwini puteri raja
Hindu dan mengamalkan beberapa amalan orang Hindu seperti tidak
memakan daging lembu dan mengharamkan poligami menyebabkan
masyarakat Hindu memberi sokongan kepada pentadbirannya.

9
o  Aurangzeb – Beliau mengamalkan dasar yang keras ke atas orang Hindu
dan Sikh.  Beliau tidak berkompromi dengan masyarakat bukan Islam. 
Tindakannya mengenakan cukai jizyah, meruntuh dan menghalang
pembinaan kuil dan menghukum bunuh guru Sikh yang ke lima telah
membangkitkan kemarahan dan penentangan di kalangan orang bukan
Islam.  Orang Hindu Rajput  dari kaum Jat,  Satnawi dan Mahratta telah
melancarkan pemberontakan

10

You might also like