You are on page 1of 2

NAMA : NURFATIHA IWANI BT MOHD YATIM KELAS : 6S1 TANJUNG

Bincangkan perkembangan pendidikan di Jerman pada abad ke 19.


Perkembangan institusi Pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke-19 adalah selaras dengan
perkembangan politik Ketika itu. Kekalahan Jerman kepada Perancis menyebabkan pemerintah Jerman cuba
membangunkan negaranya melalui Pendidikan. Perkembangan system Pendidikan di Jerman melibatkan
pelbagai aspek bagi mengutamakan kepentingan negara. Oleh itu, terdapat banyak perkembangan daripada
pelbagai aspek yang telah dilaksanakan bagi memajukan sistem Pendidikan di Jerman.
Antara perkembangan Pendidikan di Jerman adalah perkembangan dari aspel dasar Pendidikan. Menjelang
abad ke-18, Pendidikan terletak di bawah pengurusan gereja. Institudi gereja memainkan peranan dalam
penubuhan dan pengurusan system persekolahan di peringkat rendah, menengah dan university. System
persekolahan yang dikendalikn oleh pihak gereja menjurus kepada pembelajaran ilmu teologi. Semasa
pemerintahan Raja Frederick II, kerajaan mengambil alih pentadbiran sekolah 1763, Raja Frederick II
mengumumkan persekolahan wajib untuk semua kanak-kanak antara usia 5 hingga 14 tahun. Akhir abad ke-
18, Lembaga Sekolah ditubuhkan untuk melancarkan kawalan pusat terhadap sekolah-sekolah menengah
tinggi di Prusia. Kerajaan pusat juga bertanggungjawab menubahkan Jabatan Pendidikan Awam, merupakan
mata pelajaran serta buku-buku teks yang digunakan di sekolah serta melantik guru-guru dan penyelia
sekolah. Abad ke-19, system Pendidikan di bawah kawalan dan pengurusan kerajaan sepenuhnya. Menteri
Pendidikan bertanggungjawab terhadap hal ehwal Pendidikan dan dibantu Lembaga penglola sekolah di
peringkat wilayah dan daerah. Oleh itu, perkembangan dasar Pendidikan kerajaan Jerman ini telah
membentuk system Pendidikan perkebangsaan menjelang abad ke-18.
Selain itu, perkembangan dari aspek institusi Pendidikan juga merupakan perkembangan Pendidikan di
Jerman. Di peringkat Sekolah Rendah, sekolah rendah dikenali sebagai Volksschulen yang terbuka kepada
semua lapisan penduduk Jerman. Kanak-kanak berumur 7 tahun diwajibkan mendaftar dan mengikuti
pembelajaran di sekolah rendah sehingga 14 tahun. Di peringkat Sekolah Menengah, dua aliran iaitu sekolah
gymnasium dan sekolah awam. Sekolah gymnasium keutamaan kepada Bahasa Latin dan Greek dan bertujuan
menyediakan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Di sekolah awam, pula menekankan
Bahasa Jerman, Matematik, Sains Tabii dan Bahasa-bahasa moden bertujuan melahirkan pelajar-pelajar yang
dapat menjalani kehidupan seharian dengan teratur. Tempoh pengajian menengah selama 9 tahun dengan
kadar yuran sebanyak 5 hingga 27 dollar. Di peringkat Sekolah Teknik, penekanan bidang teknologi sejajar
usaha membangunkan sektor perindustrian dan perdagangan. Penekanan kepada mata pelajaran teknikal
menyebabkan lebih banyak politeknik dan sekolah-sekolah perdagangan ditubuhkan. Di peringkat universiti,
pengajian di universiti dibahagikan kepada 4 fakulti – Teologi, Undang-undang, perubatan, dan falsafah.
Pentadbiran universiti dikendalikan rector. Universiti Berlin merupakan yang tersohor dan terbesar di Jerman
dengan 200 Professor dan 5000 pelajar. Oleh itu, perkembangan institusi pendidikan ini dapat memenuhi
aspirasi negara Jerman dalam memantapkan sistem Pendidikan.
Seterusnya, perkembangan dari aspek institusi Latihan perguruan merupakan salah satu perkembangan
Pendidikan di Jerman. Semasa pemerintahan Raja Freederick William I, seorang pesuruhjaya dilantik bagi
membekalkan tenaga pengajar pelatih untuk mengajar di kawasan luar bandar. Raja Freederick turut
merekrut guru-guru untuk berkhidmat di sekolah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajran bagi melahirkan
tenaga pengajar yang mahir, berwibawa dan berpengalaman. Pada tahun 1747, pusat latihan guru ditubuhkan
di Berlin. Pusat Latihan guru juga ditubuhkan di wilayah-wilayah Jerman seperti Austria, Saxe-Weimar dan
Saxony. Tegasnya, latihan perguruan yang disediakan ini dapat meningkatkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kerana dapat melahirkan tenaga pengajar yang mahir.
Di samping itu, perkembangan dari aspek kokurikulum. Kurikulum sekolah rendah memberi penekanan
kepada perkembangan mental kanak-kanak dan latihan menggunakan deria berasaskan teori yang
dikemukakan oleh Pestalozzi. Mereka diajar kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira di
samping aspek lain seperti etika, disiplin dan ketaatan. Mata pelajaran yang diajar ialah Agama, Geografi,
Sejarah, Lukisan, Matematik, Muzik, dan Bahasa Jerman bagi melahirkan semangat patriotisme. Proses
pembelajaran lebih kepada hafalan dan kanak-kanak diajar membawa menggunakan sistem bunyi fonetik.
Kurikulum sekolah menengah terdiri daripada Bahasa Latin, Greek, Jerman, Matematik, Sejarah, Geografi,
Agama dan Sains. Pendidikan di universiti menekankan pengkhususan dalam bidang seperti Psikologi, Sejarah
Falsafah, Undang-undang, Anatomi, Kimia dan Fizik. Jelaslah bahawa perkembangan bidang kurikulum dalam
sistem pendidikan di Jerman dapat memenuhi keperluan negara serta peningkatan ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, pada abad ke 18 dan ke 19, Jerman telah mewujudkan sistem pendidikan yang teratur dan
sistematik yang mengadunkan ilmu sains, matematik dan sains sosial. Pendidikan di Jerman bertujuan
memberikan peluang kepada individu mendapatkan pendidikan. Bidang ini berkembang disebabkan bukan
sahaja peranan kerajaan secara langsung bahkan mendapat kerjasama pihak swasta di samping penetapan
standard kualiti yang tinggi. Sistem Pendidikan di Jerman juga menjadi wadah penting pembinaan negara
bangsa serta penyatuan Jerman menyebabkan muncul ramai sarjana dalam pelbagai lapangan ilmu
pengetahuan di Jerman.

You might also like