You are on page 1of 7

KHARAJ

DISEDIAKA OLEH : THASALINI PUNESWARAN


PURANEE KRISHNAKUMAR
KELAS : 6A UMT
NAMA GURU : CIKGU AKHMA
KONSEP KHARAJ…
 Istilah kharaj dalam bahasa Byzantine bermaksud ufti
 Dalam konteks Islam ia bermaksud cukai tanah .
 Sistem kharaj yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al Khattab untuk meringankan beban golongan petani.
 Kharaj merupakan cukai yang dikenakan ke atas pemilik sesuatu bidang tanah yang ditakluki oleh tentera Islam sama
ada cara peperangan atau aman.
 Terdapat 2 jenis tanah, iaitu tanah bertuan dan tanah tidak bertuan , sewaktu tentera Islam menguasai Iraq.
 Kesemua tanah berkenaan dikenakan cukai kharaj, kecuali pemiliknya menganut Islam, secara automatik ia akan
dikenakan zakat.
 Namun sekiranya tanah itu tidak bertuan (tuan melarikan diri) ia akan kekal sebagai tanah kharaj walaupun
pengusahanya beragama Islam.
 Tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar mengisytiharkan tanah- tanahtersebut tidak boleh dijualbeli atau diagih-
agihkan dan tanah tersebut akan menjadi milik bersama umat Islam .
Pelaksanaan Kharaj Zaman Khulafa’ al Rasyidin
( khusus Zaman Umar al-Khattab…
• Kharaj hanya diperkenalkan pada zaman Khalilah Umar al-Khattab.
• Pada zaman Rasulullah SAW, tanah-tanah yang dikuasai diberikan kepada pemilik asal dengan syarat membayar
cukai dan bagi kawasan yang pengamat Islam diwajibkan mengeluarkan zakat.
• Pada zaman Khalifah Umar, tanah-tanah yang dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yang ditakluki terutama di
Iraq.
• Tanah bertuan tidak dikenakan cukai sekiranya pemilik tanah tersebut memeluk Islam.
• Tanah-tanah lain yang dikenakan cukai kharaj ialah :
• (a) tanah rampasan perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada orang bukan Islam.
• (b) tanah-tanah yang diusahakan oleh golongan zimmi.
• (c) tamah terbiar yang dikerjakan oleh orang Islam.
• (d) tempat tinggal golongan zimmi yang diubah menjadi kawasan pertanian.
• Bagi tanah yang tidak bertuan, Umar memutuskan dijadikan milik bersama.
• .Golongan Ahl al-ayyam bertanggungjawab memungut cukai tanah.
• Kharaj pada zaman Umar dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu Kharaj Wazifah / masahah dan Kharaj muqasamah .
Jenis Kharaj Keterangan

Kharaj wazifah/  Dikenakan mengikut keluasan tanah atau jumlah pokok yang
masahah ditanam.
 Contohnya tanah di Iraq telah ditetapkan setiap jarib anggur
dikenakan sebanyak 10 dirham.
Kharaj muqasamah  Merupakan cukai yang dikenakan berdasarkan jumlah hasil
yang diperoleh daripada tanaman.
 Penentuan kadar cukai dibuat berdasarkan kepada banyak
perkara bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani.
• Kadar kharaj berdasarkan kemampuan seseorang dan tidak membebankan.
• Kadar maksimum adalah ½ daripada keseluruhan hasil dan dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil yang
disahkan.
• Kharaj wazifah dikenakan sekali dalam setahun tanpa mengira berapa banyak hasil yang diperoleh.
• .Manakala kharaj miqasamah dikenakan setiap kali hasil pertanian diperoleh.
• Faktor-faktor yang menentukan kadar kharaj ialah
• (a) kuliti tanah
• (b) disiram air hujan atau menggunakan penyiram
• (c) jenis dan kualiti benih tanaman
• (d) lokasi tanah dengan bandar
• Pada awalnya kharaj dikenakan kepada pemilik tanah dalam kalangan penduduk zimmi sahaja.
• Kharaj tidak akan dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh bencana alam.
• Kharaj akan tetap dikenakan ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah tetapi mempunyai
keupayaan untuk mengerjakannya
• Sekiranya pemilik tanah berkenaan tidak berupaya, kerajaan akan menyerahkan tanah tersebut kepada orang lain
untuk diusahakan
• Sekiranya tanah kharaj dipajak atau disewa, kharaj dikenakan ke atas pemilik dan bukannya ke atas pemajak.
• Kharaj juga akan dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian.
• Pengutipan cukai ini dilakukan secara adil.
• Jika kharaj tidak dapat dibayar oleh sebab masalah kewangan, mereka dibenarkan
menangguhkan pembayaran sehingga mampu.
• Sekiranya pembayar enggan bayar sedangkan dia mampu, tindakan diambil menerusi undang-
undang atau dijual oleh kerajaan.
• Khalifah Umar menyerahkan tugas kutipan cukai ini kepada golongan Ahl al-Ayyam di Iraq.
• Pelaksanaan dasar sebegini diteruskan oleh para Khalifah al-Rasyidin.
• Pada akhir pemerintahan Khalifah Uthman, golongan Ahl al-Ayyam tidak diberikan kuasa untuk
menguruskan cukai di Iraq.
• Sebaliknya, tugas menguruskan cukai diserahkan di bawah pentadbiran gabenor.
• Hasil yang diperoleh dari sumber kharaj ini disimpan di dalam baitulmal.
• Hasil kharaj tersebut akan digunakan untuk tujuan berikut.
(a) memperbaik infrastruktur
(b) memajukan kegiatan pertanian
(d) memperbaik sistem perhubungan
(e) mengadakan rancangan pengairan
(f) memperbaik saliran sedia ada
SEKIAN TERIMA
< KASIH >

You might also like