You are on page 1of 2

3.

1 Huraikan pelaksanaan pengurusan zakat pada zaman khulafa al-Rasyidin pada abad
7-8 masihi
Maksud zakat dari segi bahasa ialah penambahan dan penyatuan. Dari segi syarak
pula zakat membawa kepada maksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk mereka yang
berhak menerimanya. Zakat merupakan salah satu daripada rukun islam dan diwajibkan
keatas setiap orang yang cukup syaratnya. Zakat mula difardhukan ke atas setiap umat islam
sejak tahun kedua hijrah iaitu 632 masihi setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Kota
Madinah dan sebelum puasa Rmadhan difardukan. Pelaksanaan zakat memiliki hikmah
kepada pemberi dan penerima zakat yang amat ditekankan pada zaman Khulafa
Al-Rasyidin.Zakat wajib dikeluarkan bagi mereka yang mampu dan memenuhi syarat-syarat
tertentu dan fardhu ain keatas orang yang cukup syaratnya. Namun kedudukan mereka yang
tidak mengeluarkan zakat dikategorikan sebagai kafir.Mereka ingkar dengan kefarduan zakat
dan fasiq sekiranya mereka enggan mengeluarkan zakat kerana sifat bakhil dan
kedekut.Zakat wajib dikeluarkan sekiranya seseorang itu islam dan cukup nisab iaitu kadar
tertentu yang diwajibkan zakat dan genap haul iaitu setahun mengikut bulan hijrah.
Pada zaman Khalifah Abu bakar telah timbul kontroversi berhubung dengan
pelaksanaan zakat disebabkan wujudnya golongan Al-Riddah yang enggan membayar zakat.
Mereka menganggap zakat sebagai cukai yang dipaksa. Selain itu, ada yang enggan
membayar zakat kerana tersalah tafsir terhadap ayat-ayat al-quran yang mewajibkan zakat.
Mereka menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sahaja yang berhak mengutip zakat, jadi
apabila Baginda SAW wafat, maka dengan sendirinya zakat tidak wajib dibayar. Antara yang
termasuk dalam golongan ini ialah Malik bin Nuwairah iaitu ketua Bani Hanzlah yang
memberi bantuan kepada Sajjah yang mengaku sebagai nabi.Bagi menyelesaikam masalah
ini.khalifah Abu Bakar telah menghantar tentera bagi memerangi golongan yang menolak
pembayaran zakat.Akhirnya golongan ini telah menyerah diri dan bersetuju meneruskan
bayaran zakat kepada kerajaan
Zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula, pelaksanaan zakat diteruskan.Pada zaman
beliau, sumber zakat meningkat disebabkan kesan kejayaan kempen dakwah dan
ketenteraan yang dijalankan. Contohnya selepas menyerang dan menawan beberapa
wilayah diluar Jizyah seperti Syam,Parsi dan Mesir menyebabkan dakwah Islam berkembang
di wilayah tersebut dan kerana layanan yang baik daripada pemerintahan Khalifah
Umar,ramai dikalangan masyarakat tempatan telah memeluk Islam. Kesannya mereka yang
memeluk agama Islam diwajibkan bayaran zakat apabila memenuhi syaratnya.Hasil zakat
telah dihantar ke seluruh tanah jajahan yang dikuasai Islam dan sumber zakat  telah dapat
diagihkan kepada lapan  golongan asnaf yang layak menerimanya.Satu bukti kemakmuran
masyarakat pada zaman Umar ialah ada wilayah yang sukar untuk menemui penduduk yang
berhak menerima zakat seperti yang terjadi pada masyarakat di Yaman yang ditadbir oleh
Gabenor Muadz bin Jabal sehingga beliau terpaksa menghantarhasil zakat kepada kerajaan
pusat di Madinah
Zakat dilaksanakan dengan mengikut kaedah zaman Khalifah Uthman dengan sedikit
perubahan iaitu Khalifah Uthman memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik kuda.
Pengenalan zakat kuda ini tidak pernah dilakukan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Namun Khalifah Uthman menjelaskan perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh
masyarakat Islam sehingga berjaya memiliki kuda wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat
yang dikenakan ke atas binatang unta. Selain itu, pada zaman beliau membenarkan pemilik
zakat dalam bentuk emas ,perak serta barang dagangan membahagikan sendiri zakat
tersebut kepada para asnaf tanpa perlu menyerahkan kepada baitulmal.Alasan perkara ini
dibenarkan kerana sumber-sumber ekonomi tidak mampu lagi ditampung oleh Baitulmal
termasuklah zakat.Segala sumber zakat dimasukkan  ke dalam Baitulmal sebagaimana zaman
Khalifah Umar.Masalah timbul apabila Khalifah Uthman dituduh menyalahgunakan
pengagihan wang zakat ketika dana perbendaharaan merosot. Tindakan ini tidak dipersetujui
oleh sebilangan pihak dan menganggap tindakan Khalifah Uthman sebagai bidaah. Namun,
Khalifah Uthman menjelaskan bahawa wang tersebut diambil sebagai wang pendahuluan
untuk perbelanjan negara dan berjanji akan dikembalikan semula ke Baitulmal.
Pada era pentadbiran khalifah Ali Abi Thalib,pengurusan zakat agak kucar-kacir.Hal ini
kerana khalifah menghadapi kekacauan politik serta pemberontakan yang terjadi dkalangan
masyarakat Islam selain daripada ancaman musuh luar.Dalam hal zakat sendiri,masyarakat
mula berselisish kaedah pembayaran zakat iaitu sebahagaian masyarakat membayar kepada
kerajaan manakala sebahgian lagi lebih suka mengagihkan sendiri hasil zakat kepada
golongan asnaf.Ini terjadi kepada sebahagiam masyarakat Islam tidak menerima perlantikan
Ali sebagai Khalifah bagi menggantikan syaidina Uthman al-Affan.Selain itu,khalifah Ali turut
memansuhkan zakat terhadap pemilik kuda yang dibuat oleh khalifah Uthman. Dalam
pengurusan zakat di Baitulmal,Syaidina Ali sangat tegas menjaga amanah sumber Baitulmal
termasuk zakat.Beliau pernah menolak permintaan saudaranya Aqil Abu Talib untuk
memohon bantuan kewangan daripada Baitulmal.Selain itu beliau mengarahkan agar
pegawai baitulmal untuk menguruskan sumber ekonomi dengan sistemetik,tegas dan
amanah demi kepentingan masyarakat.
Kesimpulannya, zakat merupakan peranan penting dalam sistem ekonomi negara
islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara islam dan berfungsi
kepada pembangunan sesebuah. Melalui pelaksanaan zakat, jurang perbezaan ekonomi
antara umat islam dapat dikurangkan.

pengenalan
Latar belakang khulafa
4 khalifah
Definisi zakat
Cth zakat

You might also like