You are on page 1of 8

Sumbangan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Pengenalan -Nama sebenar ialah Abdullah bin Uthman


- dilahirkan di Mekah.
- sebelum kedatangan Islam, beliau merupakan pemimpin terkenal dan dihormati dalam
kalangan bangsa Arab kota Mekah. Beliau merupakan pedagang yang kaya dan
disegani oleh kabilah-kabilah Arab di kota Mekah
- Apabila lahirnya agama Islam, beliau memeluk agama Islam. Beliau merupakan orang
yang kedua memeluk agama Islam selepas Siti Khadijah, isteri Nabi Muhammad.
Membentuk - Bagi menghadapi ancaman yang dilakukan oleh orang murtad dan musuh Islam
pasukan dari luar dan dalam negara, Khalifah Abu Bakar menubuhkan pasukan tentera
tentera yang teratur setelah dipersetujui oleh Saidina Umar al-Khattab.
- Panglima-panglima perang dilantik untuk memimpin pasukan tentera tersebut.
politik Antaranya ialah Khalid al-Walid, Akramah bin Hisham, Ayubrahbil bin Hasanan,
Amr al-As dan Mujahir bin Umaiyah.
Mengumpul - Ayat-ayat suci al-quran yang diturunkan pada zaman Nabi Muhammad SAW
ayat-ayat suci (wahyu) dikumpul dengan cara menulis pada kulit kayu, kulit binatang, dan
al-quran dihafal oleh para sahabat yang dikenali sebagai hafiz al-Quran.
- Bagi mengelakkan ayat-ayat suci al-quran hilang disebabkan kerosakan pada
kulit binatang dan kayu serta kematian para hafiz al-Quran, Khalifah Abu Bakar
mengarahkan Zaid bin Sabit mengumpulkan ayat-ayat suci al-Quran tersebut
untuk disimpan sebagai khazanah negara.
agama - Melalui usaha tersebut, ayat-ayat suci al-quran dapat dihimpun, disimpan serta
dibukukan secara teratur pada zaman khalifah Uthman bin Affan.
Menentang - Gerakan al-Riddah berbentuk ketenteraan dilancarkan untuk menentang dan
Gerakan Al- menghapuskan golongan yang menyeleweng dan menghancurkan kedudukan
Riddah umat islam dan negara Islam setelah wafatnya Nabi Muhammad SAW.
- Golongan yang tidak beriman dan tidak teguh pegangan agama telah keluar
daripada agama Islam dan tidak mematuhi kepada undang-undang atau
perlembagaan Islam.
- Sebab-sebab berlakunya Gerakan al-Riddah ialah
 Menghapuskan nabi-nabi palsu yang memesongkan dan merosakkan
akidah umat Islam
 Menghapuskan golongan yang enggan membayar zakat kerana mereka
menganggap hanya nabi Muhammad sahaja yang berhak membersihkan
politik kesalahan dan dosa mereka. Mereka mendakwa zakat tidak perlu
dibayar kerana Nabi Muhammad sudah tiada.
 Menghapuskan golongan yang ingin kembali kepada ajaran lama
mereka. Tujuan untuk mengelakkan mereka keluar daripada Islam dan
menjadi sesat.
- Sebelum Abu Bakar hantar pasukan tentera ke kawasan tersebut, beliau terlebih
dahulu mengirim surat kepada pemerintah tersebut supaya kembali semula
kepada Allah s.w.t. Bagi yang ingkar beliau bertindak menghantar pasukan
tentera untuk hapuskan mereka.

Peluasan kuasa - Berjaya meluas dan menyebarkan syiar islam ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab. Bagi mencapai tujuan itu, beliau telah meluaskan pengaruh Islam ke
negara jiran seperti Rom, Parsi dan Syria.
- Rom- penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan beragama Kristian.
politik Pemerintahnya zalim menyebabkan negeri tidak aman dan rakyat sering
memberontak. Mudah islam bertapak di Rom.
- Parsi- berlaku pemberontakan disebabkan tidak puas hati dengan bentuk
pemerintahan. Mudah Islam menguasai Parsi
- Syria- kekejaman pemerintah Syria terhadap umat Islam Syria.

Menyelamatkan - Setelah wafatnya Nabi Muhammad, berlaku krisis antara golongan Muhajirin
negara Islam dengan Ansar dalam menentukan pengganti Nabi Muhamamd saw untuk
menjadi khalifah. Khalifah Abu Bakar dapat menyelesaikan masalah tersebut
atau dengan aman.
- Abu Bakar lantik Umar sebagai wakil golongan Muhajirin, Abu Ubaidah wakil
Mengelakkan golongan Ansar.
keruntuhan - Umar dan Abu Ubaidah menarik diri.
Islam - Umar calonkan Abu Bakar.
- Disokong oleh Abu Ubaidah dan seluruh umat Islam
Atau

Menentukan
bakal khalifah

sosial
Kesimpulan - Abu Bakar Al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam
yang sampai ke hari ini dapat memberi manfaat kepada umat Islam iaitu al-
Quran.
- Kejayaan-kejayaan yang amat besar untuk dijadikan teladan oleh umat Islam.
Sumbangan khalifah Umar al-Khattab

Pengenalan - Umar al-Khattab berketurunan bangsawan yang disegani dan mendapat


kedudukan yang tinggi dalam kalangan orang arab Quraisy.
- Semasa zaman kanak-kanak beliau bekerja sebagai pengembala kambing,
apabila dewasa beliau menguruskan perdagangan ke sham.
- Beliau terkenal sebagai pemuda yang berani, tegas, berterus-terang dan
mempunyai pemikirna yang tajam. Ciri-ciri ini menyebabkan beliau disegani dan
ditakuti oleh lawan dan kawan.
- Beliau menjadi khalifah setelah dicalonkan pleh Abu Bakar al-siddiq dengan
persetujuan sahabat yang lain.

Pembaharuan Memantapkan - Menempatkan pasukan tentera di kawasan jajahan taklukan


politik pasukan Islam dan memperbaharui perjanjian dengan kuasa-kuasa
tentera luar.
- Latihan ketenteraan diadakan di seluruh negara. Markas
tentera dan tempat-tempat perkhidmatan ditubuhkan.
- Tentera diberi gaji dan uniform yang lengkap.
- Satu jabatan siasatan jenayah tentera rahsia diwujudkan.
- Tentera-tentera dibayar gaji khusus iaitu 4/5 daripada harta
rampasan perang manakala 1/5 adalah hak kerajaan.

Pembahagian -Membahagikan pentadbiran negara kepada 8 daerah ( Mesir,


pentadbiran Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah, Makkah dan Palestin)
negara -Disetiap daerah dilantik seorang gabenor dikenali Wali dan dibantu
oleh pegawai-pegawai yang dipilih berdasarkan kepimpinan dan
kewibawaan bukan berdasarkan kedudukan dalam masyarakat.
-Selalu bermesyuarat untuk mendapat kata sepakat dalam
sebarang tindakan yang dilakukan dalam Majlis Syura yang
dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.

Pentadbiran Menyusun -Pentadbiran tanah yang sistematik diwujudkan untuk mengelakkan


ekonomi semula sebarang penindasan ke atas rakyat.
peraturan tanah -Khalifah melarang pembesar-pembesar islam memiliki tanah di
wilayah yang dikuasai dan tidak membenarkan pihak tentere hidup
sebagai petani kerana mereka hanya ditugaskan menjaga
keamanan dan kemakmuran penduduk dan negara Islam serta
mengelakkan mereka daripada menetap di sesuatu tempat dalam
tempoh yang lama.
-Mengambil balik tanah-tanah rampasan perang dari tangan tentera
dan dijadikan hak milik negara (rakyat)
-Harta-harta rampasan perang dikembalikan kepada tuannya
apabila mereka memeluk Islam.
Memantapkan -Merupakan orang pertama menubuhkan institusi Baitul Mal iaitu
penubuhan tempat semua harta kerajaan disimpan.sebuah buku kira-kira
Baitul Mal negara disediakan untuk mengetahui wang keluar masuk.
-Sumber-sumber kewangan negara berpunca daripada cukai yang
diperkenalkan oleh Umar iaitu:
- Jizyah (cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam
yang berlindung di Madinah dan akur kepada pemerintahan
kerajaan Madinah.
- Usyur ( cukai perdagangan dan harta orang mati yang tidak
mempunyai waris)
- Kharaj ( dikenakan ke atas umat Islam yang mengerjakan
tanah-tanah kerajaan)
- Zakat ( cukai yang dikenakan ke atas umat Islam dan
merupakan Rukun Islam keempat)
Pentadbiran Bidang -Pendidikan berasaskan al-Quran dan hadis.
sosial pelajaran dan -Pendidik dihantar ke seluruh negara untuk memberikan pendidikan
pendidikan yang sempurna dan seragam kepada rakyat.
-Mata pelajaran tauhid menjadi mata pelajaran wajib yang diajarkan
di semua pusat pengajian.
-Pendidikan tentang hokum Islam dan pendidikan untuk imam-
imam dijalankan di masjid-masjid.
-Kufah dan Basrah menjadi pusat pengajian Islam yang penting.
Kesimpulan Pemerintahan Umar selama 10 tahun 6 bulan telah mengukuhkan sistem pentadbiran,
politik, ekonomi dan sosial sebuah negara Islam Madinah. Negara Islam menjadi
negara yang kuat dan digeruni oleh musuh-musuh Islam di sekitar semenanjung Tanah
Arab.
Sumbangan Umar Abdul Aziz

Pengenalan - Dilahirkan di Mesir


- Pernah bertugas sebagai gabenor Madinah selama tujuh tahun.
- Sejak kecil lagi beliau telah mendalami ilmu-ilmu Islam dan telah menghafal Al-
Quran sejak kecil lagi.
- Khalifah Umar Abdul aziz dilantik menjadi khalifah kelapan Kerajaan Bani
Umayyah
- Pelantikan beliau mendapat sokongan padu rakyat kerana beliau mempunyai
keperibadian yang tinggi dan warak. Kealiman dan sifat waraknya banyak
mempengaruhi polisi-polisi pemerintahannya.
politik Pemerintahan kembali -mula sedar Kerajaan Bani Umayyah berada jauh daripada
kepada Islam apa yang dituntut oleh Islam
- Mengutamkan keadilan, kejujuran, keamanan dan
mengelakkan kemungkaran.
- cuba membasmi segala bentuk penyelewengan dan
menjauhkan segala bentuk kemewahan hidup.
-Cth: segala barang perhiasan isterinya yang mahal diserah
kepada perbendaharaan negara.
-segala harta rampasan yang dikuasai oleh keluarga Bani
Umayyah dijadikan hak milik kerajaan.
Semua pegawai dan -Umar pernah memecat pegawai kerajaan yang zalim yang
kakitangan kerajaan tidak mengikuti al-Quran dan hadis seperti Usman bin Zaid
menjalankan tugas al- Tabikhi
berlandaskan al-Quran -Bahasa Arab menjadi bahasa rasmi kerajaan
dan hadis -Menghapuskan Jabatan Pegawai Peribadi Khalifah dan juga
pelbagai syarat yang menghalang rakyat jelata menemui
khalifah.
-Memastikan pentadbirannnya tidak terpesong daripada
pemerintahan Islam. Segala bentuk keputusan dilakukan
melalui mesyuarat dengan para pegawai kerajaan.
- Beliau menjalin hubungan dengan pegawai dan kakitangan
kerajaan dan rakyat tanpa mengira status dan keturunan.
Dengan ini mereka mudah berhubung dalam segala hal
dengan khalifah.

Menukar polisi luar -beliau tidak suka kepada pertumpahan darah dan
negara kerajaan Bani peperangan.
Umayyah -beliau yang cinta akan kedamaian dan keharmonian telah
memanggil pulang tentera yang mengepung kota
Constantinople.
-polisinya bertujuan supaya dakwah Islam dijalankan secara
aman sahaja iaitu melalui cara tabligh yang penuh hikmah.
-Perubahan ini membawa kejayaan yang besar kerana ramai
orang di Afrika Utara dan Sepanyol telah memeluk Islam
ekonomi Membaiki keadaan -menyamakan taraf pendapatan
ekonomi negara -meningkatkan gaji pegawai kerajaan dan golongan buruh.
Tindakan ini bertujuan menghapuskan jurang perbezaan
hidup antara rakyat supaya rakyat hidup mewah dan
Makmur. Tidak terdapat seorang pun orang Islam yang
miskin dan hidup melarat pada zaman pemerintahannya.
- mengemaskini sistem cukai dan mengubah kadar cukai
dengan tujuan untuk mengurangkan beban berat yang dipikul
oleh rakyat.
- beliau menghapuskan bayaran jizyah kepada orang kafir
zimmi yang memeluk Islam
- Cukai jizyah yang dikenakan ke atas orang Yahudi juga
dikurangkan dari 2000 dirham kepada 200 dirham.
- Kejayan terbukti apabila ramai golongan zimmi memeluk
islam dan membayar zakat. Jelas, kewangan Islam tidak
tergugat dengan penghapusan jizyah.
sosial Kemuncak -beberapa kota telah muncul sebagai Gedung ilmu
perkembangan ilmu pengetahuan seperti Kufah, Damsyik dan Basrah.
pengetahuan -ilmu duniawi dan ukhrawi dititikberatkan untuk umat Islam
Berjaya di dunia dan akhirat
-beliau menggalakkan ilmu pengetahun berkaitan al-Quran
dan hadis. Maka lahirlah ilmu tafsir, ilmu al-Quran dan hadis.
- Ilmu duniawi turut digalakkan seperti ilmu geografi, sains,
perubatan dan lain-lain.
-Golongan intelek bukan Islam diambil untuk mengajar ilmu
pengetahuan yang tidak bertentangan dengan akidah islam.
kesimpulan Khalifah Umar Abdul Aziz telah membawa keadilan politik dan ekonomi kepada rakyat.
Walaupun beliau hanya sempat memerintah selama dua tahun namun zaman
pemerintahannya meninggalkan kesan positif kerana sifat peribadi dan dasar
pemerintahan yang mementingkan kemajuan rakyat.
Sumbangan Khalifah Harun al-Rasyid

Pengenalan -Dilahirkan di Khurasan


- beliau dilantik sebagai khalifah Abbasiyah yang ke-5 semasa berusia 25 tahun
-beliau berpendidikan tinggi dan memiliki sifat-sifat keperibadian yang tinggi seperti
pemurah dan warak.
-beliau seorang yang mencintai ilmu dan dikagumi oleh setiap masyarakat.
-Kerajaan Abbasiyah mencapai kemuncak kejayaan di bawah kepimpinan beliau
sehinggakan Baghdad yang merupakan ibu kota menjadi pusat perdagangan dunia dan
pusat penyebaran ilmu.

Aspek pentadbiran -beliau begitu cekap dalam menguruskan pentadbiran negara.


Politik Beliau dapat membanteras segala kekacauan dan
pemberontakan di dalam negaranya.
-beliau berjaya kerana beliau telah menyusun semula pasukan
tenteranya agar menjadi sebuah pasukan tentera yang
berdisiplin dan teratur.
-beliau juga mengambil berat terhadap kreadibiliti tentera-
tenteranya dan juga memberi perlindungan serta keselamatan
untuk kesejahteraan rakyatnya.
Hubungan -membuat hubungan baik dengan kuasa-kuasa asing seperti
diplomatik Byzantine, Perancis dan keluarga al-Barmaki.
-tujuan untuk perdamaian kedua-dua pihak melalui pembayaran
ufti.
Ekonomi Pertanian dan -beliau membuka tanah baharu untuk pertanian. Tanah-tanah
perdagangan kerajaan dan tanah rampasan perang dibahagi kepada tentera
berkembang pesat yang bersara dan orang miskin untuk diusahakan.
-benih percuma dibekalkan kepada petani.
- dalam bidang perdagangan diperluas hingga ke Eropah, China
dan India. Kota Baghdad dijadikan pusat perdagangan Timur-
Barat. Bandar-bandar seperti Basrah, Masyul dan Damsyik juga
terkanal dalam aktiviti perdagangan.
-jalan laut darat dan jalan laut dikembangkan. Pasukan tentera
membuat kawalan rapi di sepanjang jalan perdagangan laut dan
pelabuhan bagi menjamin keselamatan keselamatan.
-Antara barang dagangan di Kota Baghdad ialah sutera dan teh
dari China, rempah ratus dari India, gading dan logam dari Afrika
serta madu dari eropah.
Sosial Zaman -beliau telah mendirikan sekolah, maktab dan universiti.
kebangkitan -buku-buku dalam bahasa asing seperti Yunani, India dan China
intelektual diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
-Ilmu pengetahuan yang berkenaan agama Islam, astronomi,
matematik, sains dan sebagainya diutamakan.
-Beliau memuliakan golongan ulama dan cendekiawan,
memperbanyak sumbangan kepada ahli-ahli ilmu
-beliau menggunakan wang sakunya sendiri di samping
peruntukan khas kerajaan. Beliau telah mendirikan
Perpustakaan Agung iaitu Baitul Hikmah.
Kegiatan -peringkat awal, ilmu pengetahuan dikumpulkan dalam bentuk
pembukuan lisan, hafalan dan ingatan individu. Ilmu itu akan hilang jika
individu tersebut meninggal dunia.
-untuk mengelakkan perkara itu berlaku, penulisan dan catatan
dilakukan pada kult binatang dan kayu.
-belia membuat pembaharuan dengan menggalakkan ilmu
pengetahuan dibukukan untuk kegunaan generasi pada masa itu
dan akan datang.
-melalui proses pembukuan ini, ilmu pengetahuan dapat
berkembang luas dalam pemerintahan Bani Abbasiyah.

kesimpulan Selama 23 tahun pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid, kerajaan Abbasiyah


mencapai kejayaan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial dan Baghdad telah
menjadi pusat perdagangan dunia dan pusat intelektual.

You might also like