You are on page 1of 24

SUMBANGAN

KHALIFAH / TOKOH

 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq


BIODATA KHALIFAH ABU BAKAR
 Nama sebenar ialah Abdullah bin Quhafah.
 Dilahirkan di kota Makkah 2 tahun selepas Tahun Gajah.
 Berketurunan Bani Tamim.
 Dikenali sebagai al-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan kerana
beliau meyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w
 Terkenal dengan peribadi mulia, tidak pernah minum minuman keras dan
tidak pernah melakukan perbuatan keji.
 Merupakan sahabat kepada Nabi Muhammad s.a.w
 Merupakan orang kedua memeluk agama Islam selepas Saidatina
Khadijah binti Khuwailid ( isteri Nabi Muhammad s.a.w ).
 Wafat pada 22 Ogos 634M setelah demam selama 15 hari.
 Tempoh pemerintahan selama 2 tahun 2 bulan 10 hari.
PERLANTIKAN KHALIFAH ABU BAKAR
 Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, timbul masalah pemilihan
seorang khalifah bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w untuk
memimpin negara Islam.
 Masalah ini timbul kerana Nabi Muhammad s.a.w tidak meninggalkan
wasiat calon pengganti kerana tidak ada nabi selepas Nabi Muhammad
s.a.w
 Wujud ramai pesaing bagi menggantikan Nabi Muhammad s.a.w untuk
menjadi pemimpin dari kalangan Muhajirin dan Ansar.
 Umat Islam dari golongan Muhajirin dan Ansar telah berkumpul di Dewan
Bani Saadah untuk membincangkan perlantikan khalifah pertama.
 Saidina Abu Bakar telah mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili
golongan Muhajirin manakala Abu Ubaidah mewakili golongan Ansar
sebagai calon khalifah.
 Sebelum pemilihan dilakukan, kedua-dua calon telah menarik diri malah
Saidina Umar al-Khattab telah mencadangkan Saidina Abu Bakar sebagai
khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah.
 Cadangan ini mendapat sokongan majoriti umat Islam dan Saidina Abu
Bakar telah dibaiahkan dalam Majlis Syura sebagai khalifah pertama
kerajaan Islam Madinah.
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
(a) Menyelamatkan negara Islam
 Krisis antara golongan Muhajirin dengan Ansar dalam menentukan
pengganti Nabi Muhammad s.a.w untuk memerintah negara dan umat
Islam.
 Masalah orang murtad yang mengambil kesempatan untuk
menghancurkan keamanan dan perpaduan umat Islam.

-TTeerrddiririddaarripipaaddaappeennggikikuuttyyaannggmmeennddaakkwwaa
GGoololonnggaannyyaanngg mmeerreekkaasseebbaaggaainnaabbi.
--MMeerruuppaakkaannppeennggaannuuttIsIslalamm““ppaakkttuurruutt””
kkeeluluaarrddaarriiIsIslalamm
kkeerraannaattaakkuuttkkeeppaaddaatteenntteerraaIsIslalamm.

GGoololonnggaannyyaanngg -TTididaakkmmaahhuummeemmbbaayyaarrzzaakkaattkkeerraannaattididaakk
ttididaakkmmaahhuu faahhaammddeennggaannaayyaattaal--QQuurraannbbeerrkkeennaaaann
mmeemmbbaayyaarrzzaakkaat ddeennggaannzzaakkaattddaannmmeennggaattaakkaannzzaakkaatthhaannyyaa
ddibibaayyaarrsseebbaaggaaittaannddaammeemmbbeerrssihihkkaannddiriri
(b) Membentuk pasukan tentera
 Penubuhan pasukan tentera dipersetujui oleh Saidina Umar al-Khattab
bagi menghadapi ancaman orang murtad dan musuh Islam dari dalam dan
luar negara.
 Khalid al-Walid, Akramah bin Hisham, Ayubrahbil bin Hasanan, Amr al-As
dan Mahajir bin Umaiyah dilantik sebagai panglima perang.

(C) Mengumpul ayat-ayat suci al-Quran


 Memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-
Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya
semula.
 Salinan ayat al-Quran yang dihimpunkan itu kemudiannya disimpan oleh
Saidina Umar bin al-Khattab, Hafsah ( isteri Nabi Muhammad s.a.w ) dan
Saidina Uthman bin Affan.
 Melalui usaha tersebut, ayat al-Quran dapat dibukukan pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani.
(d) Peluasan kuasa
 Meluaskan pengaruh Islam di Rom, Parsi dan Syria.
 Rom merupakan sebuah empayar besar yang kuat dan menguasai Mesir.
 Penduduknya terdiri daripada pelbagagai kaun dan beragama Kristian.
 Akibat kezaliman pemerintah, keadaan Rom tidak aman dan rakyat sering
memberontak.
 Hal ini telah memudahkan pertapakan Islam.
 Keadaan yang sama turut berlaku di Parsi.
 Panglima Khalid al-Walid dan Muthana bin Harith dengan mudah
menakluk Parsi.
 Penaklukan di Parsi merupakan perluasan kuasa Islam pertama oleh
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.
(e) Gerakan al-Riddah
 Dilancarkan untuk menentang dan menghapuskan golongan yang
menyeleweng serta menghancurkan kedudukan umat Islam dan negara
Islam setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w
 Golongan yang tidak beriman dan tidak teguh pegangan agama telah
keluar daripada agama Islam dan tidak mematuhi undang-undang /
perlembagaan Islam.
 Golongan tersebut terbahagi kepada 2 kumpulan :-
(f) Membahagikan Tanah Arab kepada 10 wilayah
 Melicinkan pentadbiran kerajaan Islam dengan membahagikan Tanah
Arab kepada 10 wilayah iaitu Mekah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan,
Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut dan Nijran.
 Beliau turut melantik seorang amir untuk mentadbir wilayah-wilayah
tersebut.

(g) Memperkenalkan sistem bayaran gaji untuk tentera melalui ghanimah.

(h) Memperkenalkan undang-undang tanah seperti bayaran cukai kharaj


dan cukai jizyah.

(i) Melindungi hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali.


RUMUSAN
 Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar al-Siddiq
telah dilantik menjadi khalifah pertama kerajaan Islam Madinah.
 Ahli sejarah mengatakan bahawa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq seorang
pemerintah yang mementingkan keamanan, keharmonian dan
kesejahteraan umat Islam.
 Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq, beliau telah digelar Penyelamat Umat Islam.
SUMBANGAN
KHALIFAH / TOKOH

 Khalifah Umar bin al-Khattab


BIODATA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
 Nama sebenar ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza.
 Dilahirkan pada tahun 584M di Makkah.
 Berasal daripada Bani Adi dan berketurunan bangsawan Quraisy.
 Terkenal sebagai pemuda yang berani, tegas, berterus-terang dan
mempunyai pemikiran yang tajam.
 Digelar al-Farouq ( orang yang membezakan hak dan batil ).
 Memeluk agama Islam sewaktu berusia 33 tahun.
 Merupakan khalifah kedua kerajaan Islam Madinah selepas Saidina Abu
Bakar al-Siddiq.
 Wafat pada Rabu 3 November 644M semasa berusia 63 tahun.
 Beliau wafat akibat dibunuh oleh Abu Lu’lu’ah sewaktu sedang solat
subuh.
 Tempoh pemerintahan selama 10 tahun.
PELANTIKAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
 Ketika Khalifah Abu Bakar al-Siddiq sedang gering, keadaan negeri dan
umat Islam baharu pulih daripada masalah.
 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq melantik Saidina Umar al-Khattab sebagai
khalifah untuk menggantikannya memerintah negara dan umat Islam.
 Pelantikan Saidina Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua telah
dipersetujui dan direstui oleh para sahabat dan umat Islam.
 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq membuat surat pelantikan Saidina Umar al-
Khattab sebagai penggantinya.
 Apabila Khalifah Abu Bakar al-Siddiq wafat, Saidina Umar al-Khattab
dibaiahkan sebagai khalifah kedua memerintah negara dan umat Islam.
 Khalifah Umar al-Khattab memerintah selama 10 tahun iaitu pada tahun
634-644M.
PPOOLLITITIKIK

SSUUMMBBAANNGGAANNKKHHAALLIFIFAAHH EEKKOONNOOMMI
UUMMAARRAALL-KKHHAATTTTAABB

SSOOSSIAIALL
POLITIK
(a) Pembentukan Majlis Syura
 Merupakan lembaga / majlis perundangan negara yang tertinggi.
 Khalifah Umar al-Khattab sebagai ketua negara dan dibantu secara rasmi
oleh ahli Majlis Syura.
 Dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.
 Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara.
 Terdiri daripada 2 bahagian iaitu Majlis Tertinggi dan Majlis Am.
 Segala masalah penting berkaitan negara diselesaikan oleh Majlis Syura.
 Khalifah tiada hak istimewa dalam menentukan / membuat keputusan
tertentu tanpa mesyuarat majlis.
 Majlis Syura berkewajipan meneliti semua masalah umat Islam dan negara
yang diterangkan oleh al-Quran dan Al-Sunnah.
(b) Mewujudkan pembahagian wilayah
 Wilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada 8 bahagian seperti
Madinah, Makkah, Jazirah, Mesir, Syria, Basrah, Kufah dan Palestin.
 Setiap wilayah dilantik seorang gabenor yang dikenali sebagai wali.
 Gabenor dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik khas iaitu
Setiausaha Tentera (Khatib Dewan), Pegawai Perbendaharaan (Ahdul
Baitulmal) dan Pegawai Cukai (Syahibul Kadi).
 Pegawai-pegawai yang dipilih adalah berdasarkan kepimpinan dan
kewibawaan bukan berdasarkan kedudukan dalam masyarakat.
 Gabenor dan pegawai kerajaan dibayar gaji mengikut kedudukannya
untuk mengelakkan rasuah.
 Pegawai yang dilantik akan diperiksa harta dan keperibadian untuk
mengelakkan salah guna kuasa.
 Setiap tahun, pegawai itu akan datang ke Makkah untuk membuat
laporan.
(c) Penubuhan jabatan baru
 Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan
penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis,
Jabatan Perbendaharan Negara dan Jabatan Kehakiman.
 Jabatan Penyiasatan Jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota
pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan.
 Setiap jabatan diketuai oleh setiausaha atau khatib dan dibayar gaji
bulanan.
 Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan
salah laku.
 Jabatan Kehakiman diletakkan di bawah pengurusan kadi bagi
menguruskan pentadbiran undang-undang Islam.
 Untuk mengelakkan penyelewengan dalam kalangan hakim, mereka
dibayar gaji yang lumayan sekitar 500 dirham.
EKONOMI
(a) Pengenalan cukai
 Khalifah Umar al-Khattab telah memperkenalkan cukai jizyah, kharaj,
zakat dan usyur.
 Cukai kharaj ialah cukai yang dibayar oleh rakyat yang mengerjakan tanah
kerajaan.
 Cukai kharaj dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.
 Contohnya, tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak 1 dirham, gandum 2
dirham dan anggur 10 dirham.
 Cukai jizyah ialah cukai yang dikenakan kepada golongan Zimmi.
 Zakat ialah cukai yang dikenakan ke atas umat Islam.
 Usyur ialah cukai perdagangan.
(b) Penubuhan Baitulmal
 Baitulmal dikenali sebagai Institusi Perbendaharaan Negara.
 Ditubuhkan bagi tujuan mengumpul dan menguruskan harta dan
khazanah kerajaan.
 Buku kira-kira disediakan untuk mengetahui jumlah kewangan negara.
 Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai seperti Kharaj (cukai
tanah), Jizyah (cukai perlindungan), Ghanimah (harta rampasan perang),
Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada
waris akan dimasukkan ke dalam Baitulmal.
(c) Memajukan bidang pertanian
 Rakyat digalakkan meneroka tanah-tanah baharu dan mengusaha tanah-
tanah terbiar bagi meningkatkan hasil pertanian.
 Manakala tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak
terdapat aktiviti pertanian di dalamnya.
 Khalifah Umar al-Khattab berusaha meningkatkan hasil pertanian dengan
membina tali air dan terusan.
 Contohnya pembinaan 2 buah empangan besar iaitu Empangan Abu Musa
di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di
Mesir.
 Sistem pungutan cukai juga telah diubah.
 Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan kesuburan tanah dan juga jenis
tanaman.
 Peraturan yang tidak adil dan membebankan petani dimansuhkan.
SOSIAL
(a) Mengembangkan pengajaran al-Quran
 Antara langkah yang diambil untuk mengembangkan pengajaran al- Quran
adalah dengan menyediakan guru-guru agama untuk mengajarkan al-
Quran.
 Guru-guru agama dihantar ke kawasan taklukan Islam seperti Kufah dan
Basrah dengan ganjaran gaji yang lumayan.
 Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajarkan al-Quran
kepada orang Badwi di kawasan pedalaman.
 Pada peringkat wilayah, sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-
masjid untuk mengajarkan pelajaran al-Quran.
 Golongan yang menghafaz seluruh kandungan al-Quran akan diberi
ganjaran.
 Umat Islam juga diwajibkan menghafaz surah-surah yang tertentu.
(b) Penggunaan kalendar Hijrah
 Khalifah Umar al-Khattab adalah orang bertanggungjawab menentukan
tahun Hijrah dalam Kalendar Islam.
 Beliau menjadikan tahun Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Yathrib
(Madinah) sebagai tarikh permulaan perkiraan kalendar bagi umat Islam.
 Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17 Hijrah bertujuan
untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam
bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan tarikh.
RUMUSAN
 Kebolehan Khalifah Umar al-Khattab dalam bidang pentadbiran memang
diakui umum.
 Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, Khalifah Umar al-
Khattab telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung
Mukmin.
 Khalifah Umar al-Khattab telah memberi banyak sumbangan dalam
tamadun Islam sehingga zaman pemerintahannya dikenali sebagai Zaman
Keemasan.

You might also like