You are on page 1of 16

BERIMAN KEPADA RASUL

MAKSUD BERIMAN KEPADA RASUL


 Meyakini bahawa Allah SWT mengutuskan para nabi dan rasul
kepada umat manusia dan meyakini pengutus 25 orang rasul
yang disebutkan dalam Al-quran secara khusus.

PENGERTIAN NABI DAN RASUL


NABI
 Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan
wahyu kepadanya tetapi tidak diperintah untuk
menyampaikannya kepada orang lain.

RASUL
 Seorang lelaki yang dipilih oleh Allah SWT dan dikurniakan
wahyu kepadanya serta diperintah untuk menyampaikannya
kepada umat.

SIFAT WAJIB,MUSTAHIL,DAN HARUS BAGI RASUL

Page | 1
SIFAT WAJIB
o SIDIQ
Iaitu para rasul besifat benar dalam percakapan dan perbuatan.
o AMANAH
Iaitu para bersifat amanah,jujur serta terpelihara daripada melakukan
sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT.
o TABLIGH
Iaitu para rasul bersifat menyampaikan semua ajaran Allah SWT yang
diwahyu kepada mereka.
o FATANAH
Iaitu para rasul bersifat bijaksana semasa berdakwah dan memberikan
keterangan dan hujah.
SIFAT MUSTAHIL
o KAZIBUN
Iaitu berbohong sama ada dalam percakapan atau perbuatan.
o KHIANAT
Iaitu melakukan larangan Allah SWT.
o KITMAN
Iaitu menyembunyikan wahyu walaupun sedikit.
o BALADAH
Iaitu bodoh.
SIFAT HARUS (AL-BASYIRIYAH)
Harus bagi para rasul memiliki sifat manusia biasa yang tidak menjejaskan
martabat dan kenabian dan kerasulan mereka seperti makan, minum,
tidur, berkahwin, suka, duka, sihat, letih dan sakit.

Page | 2
HIKMAH RASUL DIPILIH DALAM KALANGAN
MANUSIA
1. Rasul dapat menunjukkan contoh ikutan yang sempurna
kerana rasul lebih mengetahui keperluan manusia.Manusia
tidak boleh menolaknya dengan alasan diluar kemampuan
mereka.

2. Menunjukkan kemuliaan manusia yang dipilih menjadi


khalifah di bumi berbanding dengan makhluk lain.

3. Manusia lebih mudah beriman kepada rasul apabila dapat


membuktikan kerasulannya dengan mukjizat.

4. Menjadi ujian kepada manusia sama ada mengakui


kebenaran rasul yang diutuskan kepada mereka atau
mendustakannya.

MAKSUD ISMATUL RASUL

Page | 3
BAHASA
o Terpelihara daripada sesuatu yang buruk.
ISTILAH
o Pemeliharaan Allah SWT terhadap para rasul daripada
melakukan dosa dalam apa bentuk sekali pun sama ada dosa
kecil atau dosa besar.

MAKSUD MUKJIZAT,JENIS DAN CONTOH


BAHASA
o Yang melemahkan.
ISTILAH
o Perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada nabi
dan rasul untuk membuktikan kebenaran kenabian dan
kerasulan mereka.
JENIS
HISIYAH
o Mukjizat yang dapat dikesan pancaindera tetapi tidak
berkekalan.
o Berlaku ketika seseorang rasul yang diberi mukjizat tersebut
masih hidup.
MAKNAWIYAH
o Mukjizat yang difahami dengan pemikiran dan pemerhatian
berdasarkan ilmu.
o Mukjizat yang kekal (khalidah) hingga kiamat iaitu Al-quran
Al-karim yang sentiasa membuktikan kebenaran Rasulullah
SAW dan ajaran Islam.
CONTOH MUKJIZAT HISIYAH
Page | 4
NABI SOLEH AS
o Seekor unta yang sempurna sifatnya keluar daripada batu.
NABI MUSA AS
o Tongkat baginda bertukar menjadi ular kemudian menelan
jelmaan ular tukang sihir firaun.
o 12 mata air terpancar daripada batu yang dipukul dengan
tongkatnya.
NABI ISA AS
o Membuat burung daripada tanah kemudian meniupnya lalu
burung tersebut hidup dengan izin Allah SWT.
o Menyembuhkan orang buta dan sopak setelah menyapu
dengan tangan baginda.
NABI MUHAMMAD SAW
o Peristiwa isra’ dan mikraj.
o Baginda membelah bulan dengan isyarat tangan baginda
sehingga penduduk mekah dapat melihatnya dengan jelas.

MAKSUD ULUL AZMI

Page | 5
 Ulul azmi bermaksud rasul yang mempunyai kecekalan dan
kehebatan hati untuk menghadapi ujian dalam dakwah.

CONTOH KECEKALAN RASUL ULUL AZMI


NABI NUH AS
 Berdakwah selama 950 tahun siang dan malam, tetapi hanya
sebahagian kecil sahaja umatnya yang beriman.Kebanyakkan
umat baginda kufur termasuklah isteri dan seorang anak baginda.
NABI IBRAHIM AS
 Dijatuhkan hukuman bagar oleh Namrud dan dihalau daripada
tanah air sendiri.Baginda diuji olehh Allah SWT menyembelih
anak baginda Nabi Ismail AS.
NABI MUSA AS
 Berhadapan dengan firaun yang zalim dan berhijrah ke Palestin
dengan Bani Israel yang degil dan ingkar.
NABI ISA AS
 Di tentang oleh orang yahudi sehingga mereka merancang untuk
membunuh banginda,tetapi Allah SWT menyelamat baginda lalu
diangkat ke langit.
NABI MUHAMMAD AS
 Berhadapan tentangan Quraish di Mekah dan tentangan Yahudi
dan menafikan di Madinah Al-Munawwarah (Yathrib).

TUGAS-TUGAS RASUL

Page | 6
1. Menjadi seksa terhadap manusia yang tidak beriman kepada
Allah SWT.

2. Menyampaikan berita gembira kepada orang orang beriman


dan berita sengsara kepada kafir.

3. Menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat kepada


dalam semua aspek kehidupan.

4. Menyeru manusia supaya mengabadikan diri kepada Allah SWT


semata-semata.

KESAN BERIMAN KEPADA PARA RASUL

1. Bersyukur kepada Allah SWT kerana mengutuskan rasul untuk


membimbing manusia ke arah kebenaran.

2. Mencintai dan memuliakan rasul yang membawa rahmat


daripada Allah dan menyampaikannya dengan penuh
kesabaran.

3. Mencontohi Rasulullah SAW dalam semua aspek kehidupan.

4. Mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat kerana mematuhi


ajaran Rasulullah SAW.

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT


Page | 7
MAKSUD BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
 Beriman kepada hari akhirat bermaksud yakin kewujudan hari
kehancuran seluruh alam dan kebangkitan semula yang kekal
abadi untuk menerima pembalasan sama ada syurga atau
neraka.

NAMA LAIN BAGI HARI AKHIRAT

YAUMUL QIAMAT -Bermaksud hari kiamat

YAUMUDDIN-Bermaksud hari pembalasan

YAUMULHISAB-Bermaksud hari perhintungan

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HARI AKHIRAT

Page | 8
PAHALA DAN DOSA
 PAHALA ialah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada
orang yang mematuhi perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
 DOSA ialah balasan buruk yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada
orang yang melanggar larangan-Nya.
KEMATIAN DAN ALAM BARZAKH
 KEMATIAN ialah perpisahan antara roh dengan jasad.
 ALAM BARZAKH ialah alam pemisah antara dunia dengan
akhirat.Selepas berlaku kematian roh manusia akan ditempatkan di
alam barzakh.
TANDA KECIL DAN BESAR HARI AKHIRAT
TANDA KECIL KIAMAT
 KURANG BILANGAN PARA ULAMA
 KEJAHILAN BERLELUASA
 TERSEBAR PEZINAAN DAN ARAK
 BANYAK DIBINA BANGUNAN PENCAKAR LANGIT
 AMANAH DIKHINATI
 BANYAK BERLAKU PEPERANGAN
 NEGARA ARAB DIPENUHI SUNGAI DIPENUHI DAN TANAMAN HIJAU
 ORANG JAHIL DILANTIK MENJADI PEMIMPIN

TANDA BESAR KIAMAT


 MUNCUL IMAM MAHDI
 KELUAR DAJJAL
 TURUNNYA NABI ISA AS
 KELUAR YAKJUD DAN MAKJUD
 MATAHARI TERBIT DI SEBELAH BARAT
 KELUAR MAKHLUK DABATUL ARDH (BINATANG YANG MELATA)
 KELUAR ASAP (AL-DUKHAN)
 BERLAKU GEMPA BUMI DITIMUR,DIBARAT,DAN DISEMENANJUNG BARAT
 KELUAR API DARI NEGERI YAMAN YANG MENGHALAU MANUSIA KETEMPAT
PERHIMPUNAN DI SYAM

KEMUSNAHAN ALAM DAN KEBANGKITAN SEMULA

Page | 9
 KEMUSNAHAN ALAM ialah kemusnahan seluruh ciptaan Allah
SWT yang terdiri daripada langit dan bumi termasuklah semua yang
menghuninya.Kemusnahan ini berlaku selepas tiupan sangkakala
pertama yang ditiup oleh malaikat Israfil AS.
 KEBANGKITAN SEMULA ialah kehidupan semula makhluk yang
telah mati apabila ditiup sangakakala kali kedua oleh malaikat Israfil
AS.

PERHIMPUNAN DI MAHSYAR
 MAHSYAR ialah tempat perhimpunan semua makhluk yang
dihidupkannya semula dan dibangkitan daripada kubur mereka.

HISAB
 HISAB atau PERHITUNGAN AMALAN ialah perbicaraan terhadap
amalan manusia setelah menerima buku catatan amalan sama ada
dari sebelah kanan sebelah kiri mengikut amalan masing-masing.

MIZAN
 MIZAN ialah penimbang amalan yang disediakan Allah SWT untuk
menimbang amalan dan buruk manusia.Keputusan timbangan ini
yang menentukan seseorang sama ada di syurga dan di neraka.

TITIAN SIRAT
 SIRAT ialah titian yang merentang di atas neraka antara mahsyar
menuju ke syurga.

SYURGA DAN NERAKA


 SYURGA ialah tempat yang penuh dengan nikmat yang disediakan
untuk golongan yang beriman dan beriman dan beramal soleh.
 NERAKA ialah tempat yang dipenuhi dengan azab,disediakan untuk
golongan kafir dan orang yang melanggar perintah Allah SWT.

KESAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT


AKIDAH
Page | 10
1. Meninggalkan maksiat kerana yakin bahawa segala amalan akan
dibentangkan dan dihisab pada hari akhirat.

2. Akan segera bertaubat setelah melakukan maksiat,supaya dapat


mengelakkan diri daripada api neraka Allah SWT.

IBADAT

1. Sentiasa memperbanyakkan amalan soleh kerana yakin bahawa


Allah SWT akan menghitung amalan manusia.

2. Mematuhi syariat Islam dalam semua bidang kehidupan supaya


dapat masuk ke dalam syurga Allah SWT.

AKHLAK ISLAMIAH

1. Bersungguh-sungguh untuk melakukan kebaikan supaya mudah


melalui titian sirat.

2. Bersifat amanah dalam sesuatu pekerjaan kerana yakin setiap


amalan akan ditimbang oleh Allah SWT.

3. Sanggup berkorban masa,harta dan jiwa supaya dapat menerima


suratan amalan dengan tangan kanan.
BERIMAN KEPADA QADA’ DAN
QADAR

Page | 11
PENGERTIAN QADA’ DAN QADAR
QADA’
BAHASA
 Menyempurnakan sesuatu.
ISTILAH
 Ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk.
CONTOH
 Allah SWT menentukan sejak azali akan mencipta manusia dibumi.
QADAR
BAHASA
 Menjelaskan qadar sesuatu.
ISTILAH
 Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak
azali.
CONTOH
 Allah SWT menciptakan manusia yang telah mendiami bumi.
MAKSUD BERIMAN KEPADA QADA’ DAN QADAR
BERIMAN KEPADA QADA’DAN QADAR BERMAKSUD MEYAKINI BAHAWA:

1. Allah SWT menentukan setiap perkara yang berlaku kepada


makhluk dengan ilmu dan kehidupan (iradat).
2. Allah SWT melaksanakan ketentuan tersebut mengikut ketetapan.
3. Semua perkara tertakluk kepada kehendak kekuasaan Allah SWT
sama ada yang banyak atau yang buruk.
4. Semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap
hambanya.
JENIS QADA’BERSERTA CONTOH
QADA’ MUBRAM

Page | 12
MAKSUD:Ketentuan Allah SWT yang tidak berubah dan
dilaksanakan dccdscdcrmengikut kehendak dan kekuasaan.
CONTOH:Bangsa dan jantina yang telah di tentukan tidak akan
yujijijijijijpberubah.
QADA’ MUALAQ
MAKSUD:Kententuan Allah SWT yang berubah kepada ketentuan
dgfdgdggfyang lain bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh
nbcbbcvqlhamba.

Qada’ yang
Qada’ asal berubah
(sakit) (sembuh)

CONTOH:
1. Seseorang yang sakit (qada’ asal),diberikan kesembuhan kepadanya
(qada’ yang berubah) dengan sebab berdoa (asbab).

2. Seseorang yang sakit (qada’ asal) ,menjadi sembuh (qada’ yang


berubah) dengan sebab bersedekah kepada fakir miskin (asbab).

3. Pencapaian murid yang sedehana dalam peperiksaan (qada’ asal),


bertukar kepada cemerlang (qada’ yang berubah) kerana belajar
bersungguh-sungguh (asbab).

KONSEP USAHA DAN TAWAKKAL


USAHA

Page | 13
 Berusaha menggunakan seluruh kemampuan yang diberikan oleh
Allah SWT untuk mencapai maksud.
TAWAKKAL
 Menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah SWT dan yakin
bahawa hanya Allah SWT yang menentukan keberhasilan perkara
tersebut setelah berusaha bersungguh-sungguh.

KESAN BERIMAN KEPADA QADA’DAN QADAR


AKIDAH
1. Mengelakkan diri daripada perbuatan syirik kepada Allah
SWT kerana yakin bahawa setiap perkara adalah daripada
Allah SWT.
IBADAT
1. Tekun melaksanakan ibadat kepada Allah SWT kerana
mengharapkan rahmat dan kemampuan Allah SWT.
AKHLAK ISLAMIAH
1. Bersabar dan redha ketika ditimpa musibah kerana yakin
adanya hikmah pada setiap perkara.
2. Bersyukur atas nikmat Allah SWT kerana meyakini bahawa
apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah terbaik
untuk-Nya.
3. Berusaha mencapai kecemerlangan dalam segala bidang
kerana yakin Allah SWT mengurniakan kejayaan bagi orang
yang berusaha.

Page | 14
Page | 15
Page | 16

You might also like