Professional Documents
Culture Documents
NUBUWWAH
Oleh :Farhana bt. Abd Hamid Nor Afida bt. Ramadzan Nurul Nadia bt. Yusof Nurlaili bt. Ghzali Muraini bt. Marzok Siti Aminah bt. Hamid
PENGENALAN Islam sebagai Rabbani atau agama ketuhanan membawa maksud Islam berhubung dengan Allah SWT . Segala hukum , konsep , prinsip , nilai dan neraca yang terdapat dalam agama Islam adalah daripada Allah SWT . Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang Maha Sempurna,tiada cacat celanya dan dapat di akui sebagai pencipta,pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai dan menandingi kuasa AllahSWT.
Rububiyyah
Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang mentadbir dan menguruskan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain, melainkan Allah SWT yang maha berkuasa dan Esa.. Konsep 1. Allah SWT Pencipta, Pentadbir dan Pemilik Alam ini. 2. Allah SWT berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendakNya 3. Kekuasaaan Allah SWT meliputi langit dan bumi. Ciri-ciri Mempunyai kuasa mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada Mencipta sesuatu dan mengadakan segala kemudahan untuk ciptaannya hidup dengan selesa Mencipta sesuatu dengan kehendakNya sendiri tanpa bantuan dan suruhan daripada kuasa lain. Menyediakan petunjuk dan pedoman (agama) kepada makhluk ciptaanNya
Uluhiyyah
Keyakinan (iktikad) dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang Maha Esa yang layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak. Konsep 1.Orang yang tidak beriman dengan tauhid Uluhiyyah menjadi sesat. 2.Mengakui hanya Allah SWT yang layak disembah dan ditaati. 3.Paksi utama keimanan kepada tauhid uluhiyyah ialah kalimah syahadah. Ciri-ciri Dapat menunaikan segala permintaan hambanya Berkuasa untuk menghidup dan mematikan hambanya Berkuasa untuk hukum-hukum yang sesuai dengan kehendak manusia (Islam)
Perbezaan antara tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Rububiyyah Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT sebagai pentadbir, pemilik dab pengurus alam ini. Dipercayai dan diyakini oleh semua manusia. Asma Wa Sifat Allah SWT mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia. Allah SWT 99 Nama untuk diriNya. 41 sifat 20 Sifat wajib 20 sifat mustahil 1 sifat harus Uluhiyyah Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah SWT yang Maha Esa dan layak disembah. Hanya dipercayai oleh orang islam sahaja.
KONSEP NUBUWWAH
Nabi manusia lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain. Rasul manusia lelaki yang dipilh oleh Allah SWT dari kalangan para nabi, diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umatnya. Rasul merupakan utusan Allah SWT kepada seluruh umat manusia, termasuk jin
Umat islam tidak diwajibkan mengetahui bilangan para nabi secara keseluruhannya.
SIFAT-SIFAT RASUL
Sifat Wajib : As-Sidq (benar) Al-Amanah (Jujur) At-Tabligh (Menyampaikan) Al-Fatanah (Bijaksana) Sifat Mustahil : Al-Kizb (Pendusta) Al-Khiyanah (Pecah Amanah) Al-Kitman (Menyembunyikan) Al-Baladah (Bodoh)
Sifat Harus : Bersifat seperti manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat sebagai utusan Allah SWT.
Maksum : Maksum adalah salah satu daripada sifat-sifat para rasul. Maksum bermaksud rasul-rasul terpelihara daripada melakukan perkara kejahatan, dosa dan perkara kurang sopan yang boleh merosakkan kehormatannya. Rasul juga terpelihara daripada perkara cacat yang mengurangkan kemuliaan seseorang seperti buta, tuli, bisu, gila atau lain-lain penyakit yang boleh merosakkan darjat kemuliaan seorang rasul. Mukjizat : Perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian dan kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka. Peranan Mukjizat : 1. Membuktikan kebenaran para nabi dan rasul 2. Mengukuhkan keyakinan orang ramai 3. Membantu nabi dan rasul menjalankan tugas 4. Menunjukkan kekuasaan Allah SWT.
KONSEP ALAM
Maksud Alam : Segala mahkluk yang ada di langit dan di bumi yang diciptakan oleh Allah SWT. Untuk kegunaan dan kemudahan manusia. Penciptaan alam ini adalah untuk menyempurnakan kehidupan manusia di dunia. Bahagian Alam: Alam Nyata : Alam nyata yang boleh ditanggapi oleh pancaindera manusia dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keupayaan akal manusia. Contohnya seperti haiwan, tumbuhtumbuhan, bahan galian dan sebagainya Alam Ghaib : Alam yang tidak dapat ditanggapi oleh pancaindera dan akal manusia.Kewujudan alam ini dapat di fahami melalui keimanan dan keyakinan yang teguh kepada Allah SWT. Contohnya pahala, dosa, Malaikat,alam akhirat,alam arwah,alam arasy dan alam kursi.
KEJADIAN MANUSIA
Alam tempat kita hidup dan membangun ini telah diciptakan Allah SWT , begitu juga manusia adalah ciptaan Allah SWT . Allah SWT menciptakan manusia daripada tanah , kemudian daripada air mani hasil percampuran benih lelaki dan benih perempuan . Allah SWT mengurniakan nikmat kepada manusia , iaitu nikmat zahir dan batin supaya manusia bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat kurnian- Nya .
Dilahirkan sebagai manusia. Seketul tulang (Mudghah) (Embrio) Tulang dibaluti dengan daging(Fetus)
Ditiupkan roh
KEISTIMEWAAN MANUSIA
Diberikan akal untuk berfikir Diberikan naluri untuk mencipta dan mendapatkan sesuatu. Diturunkan kitab suci Al-Quran dan hadis sebagai panduan untuk hidup . Setiap amalan manusia diberikan ganjaran, samada ganjaran baik (pahala) atau buruk ( dosa) Dilantik sebagai khalifah Allah SWT dimuka bumi
TANGGUJAWAB MANUSIA
Terhadap Allah SWT Menyembah / beribadah kepada Allah SWT dengan cara mentaati segala perintahNya Menunaikan amanah dengan sempurna, iaitu mengagungkan Allah SWT, dengan tidak menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain. Mengatur kehidupan seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT. Bersyukur atas rahmatNya dengan cara menggunakan nikmat pemberianNya dengan sebaik-baiknya. Sentiasa berzikir dengan memuji-muji dan menyebut nama-nama Allah SWT sebagai tanda mengingati dan mengasihi-Nya
Terhadap sesama manusia. Memelihara hak sesama insan seperti memelihara hak-hak jiran, membantu mereka yang memerlukan bantuan, dan menjalinkan hubungan yang baik tanpa mengira keturunan, darjat, warna kulit, dan agama. Sentiasa hormat-menghormati dan bertoleransi, terutamanya di kalangan masyarakat majmuk agar negara sentiasa aman, maju, dan harmonis.
Terhadap alam Memakmurkan alam, iaitu menguruskan alam secara bijaksana sepertimembuat pembangunan dengan terancang dan tidak merosakkan persekitaran. Memelihara dan memulihara alam agar tidak berlaku kepupusan habitat haiwan dan tumbuhtumbuhan yang menjadi sumber makanan dan perubatan.
Allah SWT menciptakan makhluknya secara berpasangan , tumbuh-tumbuhan , haiwan , manusia yang kita ketahui dan yang kita tidak ketahui . Allah SWT juga mencipta malam dan siang , gelap dan terang , bulan dan matahari serta bintang dan tumbuhan yang melata dan tidak melata . Allah SWT juga mencipta siang untuk manusia mencari nafkah kehidupan dan menciptakan malam silih berganti supaya manusia dapat beristirahat .
Allah SWT yang mentakdirkan bagi setiap yang bernafas atau bernyawa akan menemui mati dan mentakdirkan kepada manusia bahawa selepas mati , manusia akan dibangkitkan semula dan dihimpunkan semula ke alam mahsyar untuk memberi balasan yang setimpal di atas kerja-kerja yang telah dilakukan oleh manusia didunia ini iaitu baik atau jahat . Biasanya baik dibalas baik dan jahat dibalas jahat . Firman : Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup ( keatasmu ) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu , siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya , dan Dia MahaKuasa ( membalas amal kamu)lagi MahaPengampun ( bagi orang yang bertaubat ).
Allah telah memberi kemudahan untuk manusia segala sesuatu yang ada di langit dan di bumi , di darat dan di lautan . Awan = Berkhidmat kepada manusia kerana membawa air lalu diturunkan semula ke bumi dalam bentuk hujan yang boleh menyebabkan tumbuhan biji-bijian dan buah-buahan menjadi rezeki kepada manusia. Lautan dan sungai = Sumber pemakanan manusia .Jalan perhubungan daripada sesebuah negara ke negara lain . Matahari dan bulan = Sumber tenaga dan cahaya.
KONSEP KEMATIAN
Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad zahir batin , perpisahan antara keduanya ,atau penggantian diri dari satu keadaan kepadakeadaan lain . Mati berbeza dengan tidur keranatidur berupaya terputusnya roh buat sementaradengan hubungan-hubungan lahiriah . Allah yang menggengam roh pada saat tiba ajalnya, iaitu pada saat tidak adanya hidup , jiwa dan gerakannya . Allah juga yang menggengam roh yang belum datang masa ajalnya di saat dia sedang tidur . Roh tidak lagi mempunyai kemampuan untuk membezakan dan merasakan sekalipun secara batin .
Kita menyedari bahawa 2 perkara yang terpaksa dialami oleh setiap manusia ialah mati dan keduanya ialah bahawa sesudah mati itu akan dihidupkan kembali ke alam akhirat .Kematian ialah satu perkara yang pasti berlaku pada setiap orang yang bernyawa . Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun (7:34)
SEKIAN
TERIMA KASIH