You are on page 1of 3

Definisi definisi ( Taswwur Islam )

Islam ialah agama Allah SWT untuk seluruh manusia.


Islam sebagai al-Din bermaksud Islam adalah cara hidup yang lengkap merangkumi
akidah, ibadah dan akhlak.

Pengertian Islam
Bahasa : sejahtera, selamat dan penyerahan.
Istilah : taat dan patuh kepada perintah Allah SWT, meninggalkan larangan-Nya,
beroleh kesejahteraan dan keselamatan apabila berserah kepada-nya.

Pengertian Iman
Bahasa : yakin dan percaya
Istilah : membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan
anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah SWT ,

Pengertian Ihsan
Bahasa : berbuat kebaikan
Istilah : kesunggguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata-mata
kerana Allah SWT.

Ihsan merupakan keadaan di mana manusia melakukan ibadah dan pekerjaan


dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.

Akidah ialah keyakinan yang teguh terhadap kewujudan Allah SWT serta sifat-sifat
kesempurnaan-Nya berdasarkan dalil naqli dan aqli(Al-quran & sunnah).

Ibadah bermaksud pengabdian kepada Allah SWT melalui perbuatan, perkataan, dan
pengakuan hati yang ikhlas semata-mata kepada-Nya yang berlandaskan syariat
Allah SWT.

Akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang mendorong sesuatu perbuatan dan
perlakuan tanpa memerlukan pertimbangan yang mendalam.

Akhlak Mahmudah
~Akhlak terpuji yang bersumberkan wahyu al-Quran dan al-Sunnah.

Akhlak Mazmumah
~Akhlak terkeji yang dilarang oleh al-Quran dan al-Sunnah daripada diamalkan.

Insan ialah makhluk ciptaan Allah SWT yang dikurniakan akal dan ditugaskan untuk
mengabdikan diri kepada Allah SWT sert amemakmurkan alam.

Hamba; manusia sebagai hamba Allah SWT bermaksud manusia berwajib


mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT dengan mematuhi segala suruhan-Nya
dan menjauhi segala larangan-Nya.
Khalifah; manusia sebagai khalifah Allah SWT bermaksud manusia wajib mentadbir
dan memakmurkan bumi selari dengan kehendak syariat.

Prinsip Pandangan Hidup Islam


1. Rabbaniyyah
~Ketuhanan ialah segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang
terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT.

2. Syumulliyyah
~Lengkap ialah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lengkap dan
sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan akhirat.

3. Alamiyyyah
~Sarwajagat iaitu Islam ialah agama yang sesuai bagi semua manusia tanpa mengira
bangsam, tempat dan zaman.

4. Waqi’iyyah
~Realiti Islam ialah agama praktikal, mampu diamalkan oleh semua golongan
manusia.

5. Thabat dan Marunah


Thabat ~Tetap dan teguh iaitu perkara (qat’iyy), tidak boleh diubah dasar, prinsip
serta perlaksanaannya menurut Islam.
Murunah ~Luwes atau anjal iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih
tetap pada prinsip asalnya.

Pengertian Wahyu
~Kalam Allah SWT yang disampaikan kepada para nabi dan rasul melalui perantaraan
malaikat Jibrail a.s. atau terus daripada Allah SWT.

Pengertian Akal
~Keupayaan berfikir yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia untuk
membezakannya dengan haiwan.

Keluarga ialah unit sosial yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan
atau pengambilan anak angkat .

Sifat nahnudah dalam pergaulan ialah sifat terpuji yang diamalkan oleh sesorang
individu semasa berinteraksi dengan orang lain.

Hiburan dalam islam merujuk kepada sesuatu perkara yang dapat menghiburkan dan
menggembirakan hati seseorang yang selari dengan kehendak syarak.

Kesenian Islam bermaksud aktivit seni atau hasil karya yang dicipta dengan
menggunakan bakat dan kreativiti manusia bagi menzahirkan keindahan dan
kehalusan yang menepati syarak.
Sistem Sosial Islam ialah sistem yang mengawal dan memberi panduan berkaitan
cara manusia berhubung antara satu sama lain.

Glosari
Qadak : sesuatu yang berlaku kepada makhluk Allah SWT semasa hidupnya.

Qadar : sesuatu hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT yang akan berlaku kepada
makhluk-nya sebelum makhluk itu dijadikan.

Salafusoleh : golongan umat islam generasi terdahulu yang hidup dalam kurun
pertama sehingga kurun ketiga Hijrah.

Nabi : lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu kepadanya dan tidak
diperintahkan menyampaikannya kepada orang lain.

Rasul : lelaki pilihan Allah SWT yang diberikan wahyu dan diperintahkan
menyampaikannya kepada orang lain.

Fardhu Ain : kewajipan individu atas suatu amalan yang dituntut secara tegas oleh
syarak ke atas setiap mukalaf. Pengamalannya mendapat pahala dan pengabaian
tanpa uzur syari’e mendapat dosa.

Fardhu kifayah : kewajipan secara kolektif yang merujuk kepada suatau amalan yang
dituntut oleh syarak ke atas seluruh kaum Muslimin secara umum untuk
mengerjakannnya. Apabila sebahagian daripada mereka melaksanakannya, maka
sebahagian yang lain terlepas daripada kewajipan tersebut.

Asnaf : kelompok yang berhak menerima zakat iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf
amil, asnaf mualaf, asnaf riqab, asnaf gharimin, asnaf fisabilillah, asnaf ibnu sabil.

Adab : Tingkah laku sopan, berbudi bahasa, pekerti yang halus dan mulia.

Etika : prinsip moral atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan sesorang individu
atau sesuatu kumpulan manusia.

Ta’aruf (saling mengenali)


Tafahum (saling memahami)
Ta’awun (saling bekerjasama)

You might also like