You are on page 1of 7

Akhlak Islam

Islam, bagi umatnya, ialah agama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w, rasul
atau utusan yang terakhir kepada umat manusia dan seluruh alam. Oleh itu, ajaran atau
syariat yang dibawa oleh Rasulullah untuk umat Islam adalah lengkap dan sempurna.
Dengan kata lain, agama Islam memenuhi keperluan dan memberi jawapan kepada segala
persoalan dan permasalahan yang berkaitan dengan kehidupan umatnya da seluruh alam.
Ajaran Islam mencakupi aspek aqidah, ibadah dan akhlak. Aqidah ialah keimanan dan
kepercayaan terhadap Allah s.w.t, Tuhan yang wajib disembah dan tiada Tuhan melainkan
Nya. Aqidah yang bersih pasti melahirkan akhlak yang bersih dan mulia, manakala aqidah
yan tidak mantap dan kacau bilau bakal melahirkan akhlak yang hina dan tidak sempurna.
Ibadah pula merupakan pengabdian diri sepunuhnya kepada Allah s.w.t. Ketaatan, tunduk
dan Patuh kepada segala suruhan Allah s.w.t termasuklah sembahyang, puasa, zakat,
berlaku adil, amanah dan menjauhkan diri daripada melakukan segala larangan Nya. Oleh
itu, asas ibadah dalam Islam ialah hakikat bahawa manusia ialah makhluk dan hamba
kepada penciptanya.
Ibadah dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah
khusus ialah kepatuhan dan tunduk manusia kepada hukum yang diyentukan. Manakala
ibadah umum ialah selain yang terkandung dalam ibadah khusus yang merangkumi segala
gerak-gerik dan tindak-tanduk manusia berhubung dengan kehidupan seharian mereka. Ini
bermakna,konsep ibadah dalam Islam adalah luas, serta tidak terbatas kepada soal ritual
sahaja, malah mencakupi setiap perlakuan manusia.
Dari segi pelaksanaannya, ibadah perlu disertai akhlak agar diterima Allah s.w.t dan individu
yang melakukannya mendapat ganjaran setimpal. Sifat ikhlas, misalnya, perlulah menghiasi
setiap ibadah. Ibadah yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna dapat membentuk
peribadi mulia dan mendapat pahala daripada Allah s.w.t
Daripada huraian di atas, jelas bahawa ketiga-tiga aspek dalam ajaran Islam, iaitu aqidah,
ibadah dan akhlak saling berkaitan antara satu dengan lain. tanpa salah satu daripadanya
akan melahirkan kepincangan dalam mengamalkan ajaran Islam. Tegasnya, apabila individu
Islam beriman dan percaya dengan kewujudan dan kebesaran Allah s.w.t, dia akan
melakukan ibadah yang dituntut dan menjauhi larangan Nya.

Pengertian Akhlak Islam

Akhlak berasal daripada kalimah bahasa Arab yang kata akarnya ialah Khuluk bermaksud
perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Berdasarkan
pengertian ini, akhlak merupakan sifat semula jadi, tabiat, maruah dan agama yang
mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang. Menurut Yalchin, akhlak boleh
disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut: sifat semula jadi yang dimiliki
individu; sifat ini dimiliki menerusi latihan, rangsangan atau sebagainya yang akhirnya mnjadi
adat atau tabiat; dan akhlak meliputi dua dimensi, iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam
bentuk perlakuan.
Menurut Yalchin lagi, akhlak merupakan prinsip dan dasar serta pendekatan yang ditentukan
oleh wahyu untuk mengatur perlakuan individu, membatasi atau membentuk hubungannya
dengan individu lain sehingga mencapai matlamat kewujudannya di dunia ini secara yang
paling sempurna.
Kesimpulannya, akhlak memberi maksud kepribadian, sahsiah dan tingkah laku yang telah
menjadi adat kebiasaan yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang. Akhlak lahir dari
jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan Tuhannya, diri sendiri dan individu
lain serta hubungannya dengan alam sekitar.

Kata Kunci Dalam Akhlak Islam


Menurut Ataullah Siddiqui (1997), untuk memahami konsep akhlak Islam dengan lebih jelas
empat aspek yang digariskan oleh al-Quran dan Hadis, iaitu iman, Islam, taqwa dan ihsan
hendaklah difahami dengan betul.

Iman
Iman merupakan perkataan daripada bahasa Arab yang kata akarnya ialah amana
bermaksud berada dalam aman atau berada dalam selamat. Manakala iman pula
membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai
amalan anggota badan.
Dalam Islam, terdapat enam perkara wajib diimani atau dipercayai yang disebt sebagai
Rukun Iman sebagaimana dijelaskan di dalam al-Quran dan Hadis. Enam Rukun Iman ialah,
pertama, percaya kepada Allah s.w.t dengan mengenali dalil-dalil kewujudan dan kebersaran
Nya. kedua, percaya kepada malaikat, iaitu mempercayai makhluk di alam ghaib. Ketiga,
percaya kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada para nabi dan rasul. Keempat,
percaya kepada para nabi dan rasul. Kelima, percaya e=kepada hari akhirat atau hari
sesudah mati setelah berlaku kiamat. Rukun keenam ialah percaya kepada qada dan qadar

Allah s.w.t, iaitu ketentuan Allah yang mesti dituruti bagi kesinambungan pengursan dan
memakmurkan mengeksploitasi alam semesta ini.
Apabila individu beriman dengan enam rukun di atas, dia terdorong melahirkan amalan yang
bersesuaian dengan keimanan itu. Ini kerana iman tidak hanya terpendam dalam jiwa, tetapi
perlu direalisasikan menerusi gerak laku dan amalan dalam kehidupan.
Sebagai rumusan, bolehlah dikaitkan bahawa iman seperti yang termaktub di dalam alQuran dan Hadis, mempunyai dua pengertian, iaitu membenarkan risalah Allah dan khabar
Nabi Muhammad s.a.w dan berpengang teguh serta bersungguh-sungguh dalam
mengerjakan perintah Allah s.w.t

Islam
Islam merupakan nama yang diberi oleh Allah s.w.t kepada agama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w berdasarkan firman Nya yang bermaksud: Dan Aku reda Islam menjadi
agamamu dan sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam.
Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab yang akarnya sa-la-ma bermaksud tulen dan suci
daripada sebarang kecacatan zahir dan batin; damai, aman dan sejahtera; dan taat serta
menyerah. Dari segi istulah pula, Islam bermaksud metauhidkan (mengesahan) Allah s.w.t,
patuh, tanduk dan jujur hati kepada Nya serta bermain dengan ajara Nya yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Islam bukan agama yang menyentuh soal ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa,
zakat dan beribadat di masjid. Sebernanya, agama ini mencukupi setiap aspek kehidupan
manusia. Malah, dalam setiap aspek kehidupan, soal akhlak atau etika sangat ditekankan.

Taqwa
Taqwa berasal daripada perkataan arab yang kata akarnya bermaksud melindungi atau
memelihara. Menurut istilah syarak, seperti di dalam al-quran, taqwa bermaksud melindungi
atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada
melakuka perkara yang dilarang oelh Allah s.w.t. Taqwa juga merupakan galakan kepada
manusi untuk melakukan perara berakhlak dan menepati garis-garis agama. Individu
bertaqwa ialah seseorang yang berusaha memlihara dirinya daripada melakukan perkara
yang dimurkai Allah s.w.t dan akan mendapat balasan pahala. Oleh itu, individu bertaqwa
ialah individu yang mulia di sisi Tuhannya. Akhirnya, sifat taqwa berperanan penting dalam
membentuk peribadi dan akhlak individu dengan tidak mengira bangsa, kaum, keturunan
atau darjat.

Ihsan
Menurut kamus bahasa, ihsan bermaksud sesuai, cantik, tersusun dan sesuatu yang baik.
Dari segi istilah syarak pula, ihsan bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah
dan pembuatan batin dengan keikhlasan. Konsep ihsan merupakan kemuncak akhlak Islam.
Pati sifat pula ialah kecintaan kepada Allah s.w.t.
Apabila individu mempunyai sifat ihsan atau kecintaan yang ikhlas kepada Allah s.w.t, dia
akan melakukan perkara yang disuruh dan diredai serta mengelakkan diri daripada perkara
yang dilarang serta dimurkai. Ihasan juga menyebabkan individu menyedari dan menginsafi
bahawa apa sahaja perlakuannya dapat dilihat oleh Allah s.w.t.

Sumber Akhlak Islam


Sumber utama bagi akhlak dalam Islam ialah wahyu Allah s.w.t, iaitu al-Quran dan Hadis.
Kedua-duanya menyediakan manhaj atau kaedah yang jelas dan mantap dalam membentuk
serta memelihara akhlak manusia.

Al-Quran
Al-Quran ialah kitab yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjadi panduan
dan hidayah dalam kehidipan manusia. Al-Quran boleh didefinisikan sebagai Kalam Allah
s.w.t yang diturunkan kepada Nabi Muhammad menerusi malaikat Jibrail secara tawatur
dalam bahasa Arab dan membacanya dikirakan sebagai ibadah. Kalam atau kata-kata Allah
s.w.t yang diturunkan kepada Rasullah secara beransur-ansu dan berterusan itu mengambil
masa 23 rahun dengan perantaraan malaikat Jibrail. Rasulullah akan menghafal setiap ayat
yang diturnkan menerusi ajaran malaikat Jibrail.
Setelah kewafatan Rasullah, dengan inisiatif para sahabat, al-Quran telah dikumpulkan
dengan begitu teliti dan hati hati untuk manfaat umat manusia pada masa akan datang.
Setelah dikumpul dan disemak, al-Quran ditulis dengan rapi agar tidak berlaku sebarang
kekurangan atau penambahan.
Al-Quran juga menggunakan pendekatan penceritaan atau pengisahan dengan gaya bahasa
indah, menarik dan benar-benar mendatangkan pengajaran yang amat baik dan memberi
kesan mendalam dalam jiwa individu Islam.
Pendekatan pengajaran dan nasihat pula digunakan di dalam al-Quran untuk mendidik
manusia ke arah kebenaran, kebaikan dan kesabaran sehingga dpat membangkitkan
kesedaran dan keyakinan kepada ajaran Islam. Satu lagi pendekatan ialah ganjaran dan

dendaan yang merupakan peringatan kepada manusia agar mengikuti garis yang ditentukan
syarak dalam kehidupan seharian. Ringkasnya, mana-mana muslim miukmin yang
melakukan perbuatan mulia dan diredai Allah s.w.t pasti kan menerima ganjaran atau pahala.

Hadis
Hadis merupakan sumber kedua selepas al-Quran dalam pengambilan ilmu akhlak Islam.
Definisi Hadis ialah segala perkara yang disandarkan kepada perkataan, perbuatan dan
taqrir atau pengakuan Nabi Muhammad s.a.w.
Daripada definisi di atas, Hadis boleh dikategorikan kepada Hadis perkataan, iaitu apa
sahaja yang diucapkan oleh Rasulullah dengan lidah baginda. Satu lagi kategori Hadis ialah
Hadis perbuatan, iaitu semua yang dilakukan oleh Rasulullah atas dasar kerasulannya atau
perutusannya. Hadis ini merangkumi gerak-geri, tingkah laku, perbuatan dan akhlak
Rasulullah.
Hadis yang dikategorikan sebagai Hadis pengakuan pula bersandarkan pengakuan atau
persetujuan baginda. Antara matlamat Hadis ialah penekanan terhadap soal-soal kehidupan
berakhlak serta mengatur kehidupan masyarakat manusia sejajar dengan akhlak Islam.

Ijtihad
Di samping dua sumber utama di atas, islam juga menggalakkan umatnya menggunakan
akal fikiran bagi perkara yang tidak disebutkan nasnya (dalil) di dalam al-Quran atau alHadis. Inilah disebut sebagai ijtihad. Namun, ijtihad hanya boleh dilakukan oleh para
mujtahid yang mencukupi syarat tertentu. Definisi ijtihad ialah mencurahkan tenaga dalam
usaha untuk mengetahui ketentuan hukum syarak dan dalil-dalil syariah

Dasar akhlak Islam


Keistimewaan akhlak dalam Islam bleh dilihat dari sudut prinsip atau dasarnya. Sepperti
yang dijelaskan sebelum ini, akhlak merupakan agenda terpenting dalam kehidupan umat.
Islam sehinggakan aspek ini adalah anatara bidang yang ditekankan dalam syariat Islam.
Satu daripaa dasar akhlak Islam ialah al-Ilzam. Dasar ini bermaksud akhlak dalam Islam
ditentukan atau ditetapkan oleh Allah s.w.t. dengan kata lain, akhlak Islam bersumberkan
wahyu Illahi yang sesuai dengan fitrah manusia. Oleh itu, akhlak untuk umat Islam bersifat
lengkap dan sempirna.
Satu lagi dasar akhlak Islam ialah syumul, iaitu akhlak Islam bersifat menyeluruh atau
universal. Akhlak Islam sesuai digunakan dan diamalkan pada bila-bila masa atau zaman,

iaitu sejak al-Quran diturunkan hingga hari akhirat. Apabila diteliti, jelas juga bahawa akhlak
Islam tidak terbatas kepada soal-soal siail dan ibadah sahaja, malah merangkumi bidang lain
yang diperlukan oleh umat Islam dalam kehidupannya.
Dalam dibdang ekonomi,terdapat nilai etika yang perlu diberi perhatian untuk menjamin
kestabilan dan keuntuhan sistem ekonomi. Hadis Rasululah juga ada mengingatkan manusia
agar tidak sekali-kali menurangkan timbangan dan menyediakan peraturan bersyarikat,
erhutang dan sebagainya. Tegasnya, apa sahaja yang berkaitan dengan pengurusan hidup
manusia, terdapat etika atau akhlaknya yang perlu diamalkan.
Syumulnya akhlak Islam ini juga dapat dilihat dari segi memlihara hubungan yang meliputi
hubungan manusia dengan Allah s.w.t manusia sesama manusia dan manusia dengan alam
sekitar. Dalam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t, misalnya, perlulah disertakan akhlak
yang mulia agar ibadah itu lebih sempurna dan mendapat ganjaran pahala.
Dalam hubungan manusia sesama manusia pula, terlalu banyak dibincangkan sama ada
terhadap diri sendiri atau hubungan dengan orang lain. Menurut Ghazali Darusalam (1997),
akhlak terhadap diri sendiri terbahahgi kepada dua bahagian. Pertama, menjaga tubuh
badan dan akal fikiran supaya sihat dan cergas. Kedua, menjaga diri daripada melakukan
perkara yang dilarang agama, undang-undang, adat serta kehendak masyarakat yang diakui
syarak.
Di samping itu, individu perlu berusaha meningkatkan taraf hidupa dari segi harta dan ilmu
pengetahuannya. Akhlak Islam juga menuntut hubungan sesama manusia dipelihara agar
wujud suasana aman dan harmoni.
Akhlak dalam Islam menitikberatkan juga dasar keseimbangan antara tuntutan jasmani
dengan rohani serta kebaikan dunia dan akhirat. Peraturan dalam Islam yang mengambil
kira keseimbangan keperluan jasmani dan rohani merupakan dimensi akhak dalam Islam,
iaitu zahir dan batin.
Akhir sekali, dasar akhlak Islam bersifat mudah atau tidak menyusahkan. Dengan kata lain,
akhlak yang ditentukan Islam adalah dalam ruang lingkup kemampuan dan keupayaan
manusia. Prinsip akhlak Islam sesuai dengan tabiat manusia dan mampu dilaksanakan oleh
semua lapisan manusia.

Kepentingan akhlak dalam Islam


Daripada penerangan setakat ini, jelas bahawa Islam amat mementingkan pndidikan akhlak.
Penekanan kepada pendidikan akhlak, menurut Islam, bermula sejak anak dalam

kandungan ibu. Ini bermakna, langkah pendidikan hendaklah dimulakan oleh ibu sebaik
sahaja mula merasai gerakan bayi dalam kandungan. Dalam Islam juga, Nabi Muhammad
s.a.w ialah contoh terbaik bagi pembentukan akhlak. Keperibadian Rasulullah yang mulia
dan tingkah lakunya yang indah, seperti disebut pada awal bab ini, turut diakui para
pembesar Quraisy sehingga baginda digelar al-Amin. Sesungguhnya, Rasulullah ialah role
model bagi umat Islam. Sifat dan peribadi nabi dan rasul yang lain serta para sahabat
Rasulullah juga boleh dijadikan teladan.

Penutup
Akhlak dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting bagi menentukan tingkah laku
dan membentuk serta memelihara peribadi mulia manusia. Akhlak Islam yang bertunjangkan
aqidah, merupakan asas kukuh dalam melahirkan umat Islam yang benar-benar beriman,
berilmu dan neramal mengikut apa yang digariskan oleh syariat. Konsep Islam tentang alam
dan manusia jelas menggambarkan hubungan antara akhlah manusia dengan Penciptanya.
Alam ciptaan Tuhan yang penuh dengan nikmat dan rahmat ini dipertanggungjawabkan
kepada manusia untuk mengurus dan memakmurkannya berdasarkan peraturan yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t yng disampaikan menerusi para rasul Nya. oleh itu, ilmu akhlak
patut dipelajari dan diajarkan kepada umat Islam sebagai suatu cara praktikal untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan membersihkan hati daripada sifat buruk.

You might also like