You are on page 1of 24

BAB 3 PEMERKASAAN SYIAR ISLAM

3.0

KONSEP DAKWAH

Dakwah merupakan istilah yang khusus dalam Islam. Ia merupakan satu kewajipan yang
dipertanggungjawabkan ke atas setiap muslim yang mempunyai kemampuan, dalam sebarang
bentuk dan dalam setiap kesempatan. Dakwah merupakan tugas para Rasul dan perintah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan juru dakwah pertama semenjak
agama Islam diturunkan. Banyak perintah Allah yang ditujukan kepada Rasullullah supaya
melaksanakan tugas tersebut secara kesinabungan, seperti Firman Allah


yang bermaksud:Dan serulah ia kepada tuhan engkau, sesungguhnya engkau di atas petunjuk
yang luirus (Al-Haj; 67)
Walaupun banyak ayat-ayat dalam Al-Quran menyuruh Nabi Muhammad SAW supaya
berdakwah, tetapi ayat tersebut juga ditujukan untuk seluruh manusia muslim dan hanya
dikecualikan bagi mereka yang dikecualikan oleh syara. Dakwah merupakan perlaksanaan
terhadap perintah Allah, iaitu menyeru manusia ke arah ajaran Islam yang meliputi persolan
teologi, syariah, akhlak, dan institusi. Dakwah merupakan satu usaha untuk mengajar kebenaran
kepada mereka yang lalai, membawa berita baik tentang nikmat dunia dan nikmat syurga,
memberi amaran tentang balasan neraka di akhirat dan kesengsaraannya. Melaksakan tugas
dakwah merupakan puncak kebaikan dan kebahagiaan sepertimana Firman Allah yang

bermaksud:Siapakah yang lebih baik pertuturannya daripada mereka yang menggunakannya


untuk menyeru manusia ke jalan Allah (Fusilat 41; 33)



Definisi dakwah dari Sudut Bahasa ialah dakwah kepada Islam merupakan satu teknik
untuk menarik manusia kepada ajarannya sama ada secara teoritikal atau praktikal. Perkataan
DAKWAH berasal daripada perkataan arab yang bererti mengajak, menyeru, menjemput,
memanggil kepada sesuatu perkara sepertimana yang terdapat dalam Firman Allah:Ertinya: dan
Allah menyeru kepada negara kesejahteraan.
Dari erti perkataan dakwah dari segi bahasa tersebut memperlihatkan bahawa dakwah
merupakan satu perkara yang memerlukan satu usaha atau kesungguhan sama ada
secara amali atau teori bagi mencapai objektif yang digariskan, justeru itu di dalamnya
terdapat tuntutan jihad dan amal.
Dari Segi Istilah banyak definisi dakwah dari sudut istilah telah diberikan oleh para
Ulamak Islam, antaranya:Ibn. Taimiyah: Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar
beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-Nya dengan
membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka. Abul
AlaAl-Mawdudi: Dakwah adalah panggilan Ilahi dan Rasul mengajak manusia memiliki nilainilai suci dan agong. Dakwah adalah menghidupkan manusia, iaitu menghidupkan pancaindera,
daya pemerhatian, daya rasa, daya ciptanya, menghidupkan dhamir, hati nurani dan bashirah.
Menghidupkan manusia yang seimbang dari segi ilmu, iman dan amal. Ibadah, ikhtiar dan doa.

Definisi dakwah dapat disimpulkan bahawa dakwah ialah menyeru manusia supaya taat
dan beriman kepada Allah dan Rasul. Dakwah ialah mengajak manusia mengamalkan nilai-nilai
yang dibawa oleh Islam bagi menghidup dan menyeimbangkan manusia. Dakwah adalah usaha
mengingati fitrah manusia dan seruan kepada pembebasan manusia.
Dakwah merupakan kewajipan yang dipertanggungjawabkan untuk umat islam
seluruhnya tanpa kecuali mengikut kemampuan dan keupayaan masing-masing seperti
Firman Allah yang bermaksud: Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk
manusia, supaya kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang dari kejahatan
Ayat di atas menerangkan dua perkara, iaitu tentang kebaikan umat Islam(Khaira
Ummatin) dan kebaikan umat Islam itu terletak kepada tugasnya menyuruh dan mengajak
manusia berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran. Menurut Imam Al-Qurtubi, Allah
telah menjadikan amar makruf nahi mungkar sebagai garis pemisah di antara orang beriman
dengan orang munafik. Ia merupakan ciri orang beriman yang paling istimewa yang
membezakannya dengan golongan munafik. Apabila umat Islam melalaikan tanggungjawab
berdakwah maka Allah akan mengharamkan kedudukannya sebagai Khaira Ummatin(sebaikbaik umat), kerana Allah memberikan status umat mulia ke atas umat Islam kerana perlaksanan
terhadap tanggungjawab dakwah.
Tanggungjawab berdakwah diletakkan ke atas setiap muslim sama ada lelaki atau
perempuan, baligh, berakal, sama ada ulamak atau tidak, tetapi peranan ulamak lebih ditekankan
dalam memperincikan ajaran agama kerana pengetahuan mereka yang luas. Ia boleh dilakukan
sama ada secara perseorangan sepertimana Hadis Nabi yang bermaksud:Maka hendaklah yang
telah menyaksikan antara kaum memyampaikan ilmu kepada orang yang tidak hadir (Hadis

Riwayat Bukhari; Kitab Sahih Bukhairy) Dan juga boleh dilakukan berorganisasi terutama
apabila terdapat aspek-aspek kerja dakwah yang tidak dapat dilakukan secara individu
sepertimana Firman Allah yang bermaksud:
Hendaklah ada diantara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan dan menyuruh
membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, mereka itulah orang-orang yang
mendapat kemenangan. (Ali Imran; 104)
Bagaimanapun, terdapat pendapat yang menyatakan wajib ke atas setiap umat Islam
berdakwah, tetapi ia menjadi fardu kifayah iaitu tanggungjwab yang tertanggung kepada orang
orang yang tertentu yang mempunyai syarat-syarat keahlian dalam sesuatu bidang yang tertentu
yang memerlukan syarat-syarat tersebut yang tidak ada pihak lain menyempurnakannya.
Bagaimanapun, hukum fardu kifayah ini tidak bermaksud umat Islam yang lain harus berpeluk
tubuh sekiranya kemungkaran terus berlaku dalam masyarakat. Fardu kifayah bemaksud,
sekiranya masyarakat tersebut sudah meninggalkan kemungkaran dan membuta kebaikan, tetapi
jika sekiranya masyarakat masih lagi melakukan kemungkaran, maka setiap muslim wajib
memikul tanggungjawab tersebut atau memberi sokongan kepada pendakwah. Setiap orang
wajib menambah kekuatan dan memberi Sokonngan kepada para pendakwah, meramaikan
bilangan mereka sehingga mereka menjadi kuat, hebat, dan mempunyai pengaruh yang cukup
untuk mencegah kemaksiatan.
3.1

CIRI-CIRI PENDAKWAH

Pendakwah mempunyai kedudukan yang sangat penting sekali dalam agama. Allah berfirman
bahawa dakwah itu adalah sebaik-baik perkataan:

Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah serta
beramal salih seraya berkata saya seorang muslim (Fushilat; 33)
Pendakwah merupakan golongan yang mewarisi peranan para Nabi dan Rasul yang
menyampaikan ajaran agama kepada setiap manusia dan menyeru manusia kepada Allah. Justeru
itu, mereka sudah semestinya lebih wajar dari orang lain dalam menghiasi diri mereka dengan
akhlak Islam seperti mempunyai sifat benar, amanah, pemaaf, lemah-lembut, tawadu,
memudahkan, mulia dan pemurah. Di samping itu, mereka harus menjauhkan diri dari sifat-sifat
bohong, munafik, pemarah, sombong, megah, bakhil dan kedekut. Pendakwah yang beramal
dengan akhlak islami ini akan membawa pengaruh yang sangat besar dalam perubahan yang
dikehendaki dan mendapat penghormatan yang tinggi dalam masyarakat.
Abul Ala Al-Mawdudi telah mernggariskan sifat-sifat yang perlu ada kepada para
pendakwah. Pertama, pendakwah harus mempertingkatkan kualiti dirinya sehingga ia betul-betul
taat kepada Allah dan Rasul, serta tunduk kepada apa yang dibawa oleh Rasul. Ia harus terlebih
dahulu memerangi musuh dalam dirinya melalui jihad nafs sebelum berhadapan dengan musuhmusuh lain. Kedua, seorang pendakwah harus berpegang teguh dengan prinsip yang
dipoegangnya dan matlamat perjuangan, mengajak orang yang diseru dengan cara yang lembut,
tidak kasar atau bermusuhan, tidak menghina mereka, tidak menanamkan rasa kebencian tetapi
tanamkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perikemanusiaan.
Di samping sifat-sifat tertentu yang perlu ada kepada pendakwah, setiap pendakwah juga
perlu mempunyai persiapan-persiapan dalam menjalankan tugasnya agar perjuangannya
memperolehi kejayaan. Beberapa persiapan yang perlu ada bagi seorang pendakwah ialah
menguasai ilmu pengetahuan yang luas terutama dalam bidang agama, memahami kandungan al-

Quran, halal-haram, memahami hakikat dunia, tipu dayanya dan sebagainya. Pendakwah juga
harus mempunyai keimanan yang kuat bagi menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam
berdakwah. Selain itu, seoarang pendakwah perlu mempunyai sifat sabar seperti teliti, tidak
tergopoh gapah dalam semua tindakan, mempunyai tekad yang kuat, tidak bersifat pesimis atau
berputus asa, pendirian yang teguh dan selalu memelihara keseimbangan antara akal dan emosi,
di mana akal akan tetap mengawal emosi, bukan sebaliknya. Persiapan yang lain ialah mesti
mempunyai sifat sedia memberi pertolongan dan bersedia berkorban masa, tenaga, fikiran, dan
harta. Mereka juga perlu, mempunyai perasaan cinta kepada perjuangan dan memiliki semangat
yang tinggi dalam mencapai tujuan serta menyediakan diri untuk terus bekerja terus menerus,
secara teratur dan berkesinabungan.
Pada dasarnya dakwah mestilah dilakukan tanpa kekerasan kerana Islam tidak
membolehkan kekerasan atau paksaan dalam agama seperti Firman Allah:Tiada paksaan dalam
beragama(masuk Islam). Sesungguhnya sudah nyata petunjuk dari kesesatan(Al-Baqarah; 256)
Menurut al-Mawdudi, paksaan akan melahirkan nifaq dan munafiq kerana dakwah adalah
mengajak dengan kesedaran. Namun demikian, terkadang diperlukan kekerasan untuk menjaga
kemuliaaan agama atau untuk memelihara masyarakat, negara dan sebagainya. Sebagaimana
yang ditegaskan oleh Rasulullah:Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran
hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak sangggup dengan lidahnya. Jika ia
tidak sanggup, maka dengan hatinya dan ini adalah iman yang paling lemah. (Hadis Sahih
Muslim)
Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metodologi yang diikuti oleh para
Nabi dan Rasul, disamping menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan persekitaran,

mengikut apa yang terbaik untuk zaman dan masyarakat tersebut. Dakwah boleh disampaikan
secara lisan, tulisan atau memanfaatkan dari perkembangan teknologi maklumat yang wujud
pada masa kini. Secara dasarnya, al-Quran telah memperjelaskan tiga cara dakwah yang efektif,
seperti Firman Allah yang bermaksud:
Serulah kepada jalan tuhan kamu dengan cara hikmah, nasihat yang baik dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. (Al-Nahl; 125)
3.2 CARA BERDAKWAH
Ahli tafsir telah menghuraikan maksud tiga cara tersebut iaitu hikmah merujuk kepada
keterangan yang jitu dan tepat yang dapat meyakinkan dan menghilangkan keraguan, dengan
memasukkan roh tauhid dengan akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas
sehingga meyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan menggunakan susunan katakata yang biasa dan senang diterima akal dan bukannya menggunakan kata-kata yang tidak
difahami atau sukar difahami oleh penerima dakwah sepertimana yang dilakukan oleh
Rasullullah SAW.
Nasihat yang baik juga cara iaitu huraianhuraian yang memberi petunjuk dan nasihat
yang dapat menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua pertunjuk Islam.
Huraian-huraian ini dilakukan dengan jelas dan tanpa menyakitkan hati orang lain. Metode ini
ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah
Islam. Mereka tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan, memperlembutkan hati,
dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud.

Berdialog Dengan Cara Yang Baik ialah memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat
menolak sanggahan dan pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Ishlahi, metode mujadalah
hasanah adalah metode yang diizinkan oleh al-Quran, iaitu dengan pendakwah memberi
penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip dan kesimpulan logik agar
dapat mereka merenungkannya, menerima kebenaran atau tidak menentang seruan dakwah lagi.
Telah kami jelaskan di dalam pendahuluan bahawa tugas dakwah bererti melaksanakan
tugas yang besar di bumi ini menegakkan agama Allah di bumi iaitu dengan menegakkan negara
Islam di seluruh dunia yang berteraskan khilafah Islamiyyah,. Kita perlu berusaha mendapatkan
sebuah negara baru Islam untuk penyebaran agama Allah di muka bumi ini.
Sehingga tidak ada fitnah dan jadilah agama semuanya untuk Allah (Surah Al-Baqarah; 193)
Telah dijelaskan juga bahawa binaan yang besar ini memerlukan contoh teladan yang
baik dalam setiap peringkat pembangunan dari setiap individu, keluarga, masyarakat muslim,
kerajaan islam, negara islam dan khilafah Islmamiyyah. Di sini terdapat perbezaan di antara
menegakkan kerajaan Islam yang lemah di dalam kelompok negara Islam yang asas lemah, yang
tidak ada satu jalinan yang kukuh di antara kerajaankerajaan dengan menegakkan negara Islam
di seluruh dunia yang kuat dan bersepadu berdasarkan asas yang kukuh dan jitu. Satu perkara
yang perlu diperhatikan ialah bahawa kita tidak boleh menbangunkan manusia dengan cara yang
mudah yang tersedia untuk dimajukan tetapi kita perlu bersihkan segala ranjau dan halangan
untuk pembangunan manusia.
Allah tidak akan mengubah apa pada kaum itu sehingga mereka itu sendiri mengubah
apa yang ada pada diri mereka (Surah al-Rad; 11)

Di dalam dakwah kita tidak harus ada perasaan putus asa disebabkan kerana banyaknya
ranjau dan halangan yang ada dalam masyarakat kita. Sebaliknya perlu ada cita-cita agar kita
dapat mengatasi ranjau dan halangan yang ada itu dengan pertolongan Allah. Kita juga perlu
mempunyai sifat-sifat bersih hati, takwa dan baik supaya kita dapat membina masyarakat yang
sejahtera dan kukuh. Kalau kita lihat masyarakat jahiliah pada masa Rasulullah kita dapati
keadaan mereka amat dasyat sekali. Walaupun begitu keadaannnya, beliau boleh berubah hingga
menjadi masyarakat yang baik, berkasih sayang, mementingkan sahabat dari dirinya dan
bekerjasama untuk kebaikan. Semua ini didasarkan pada aqidah, tauhid kepada Allah dan
pengabdian diri terhadap-Nya. Sebagai kesan dari ajaran Al-Quran dan Rasulullah yang menjadi
contoh teladan di dalam berdakwah. Sekiranya kita mengikut cara yang digariskan oleh
Rasulullah iaitu dengan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka dengan pertolongan Allah,
masyarakat kita pasti akan berubah dan terhindar dari wabak yang melanda masyarakat kita hari
ini Oleh itu, generasi yang terkemudian ini tidak akan berjaya kecuali dengan mengikut cara
orang-orang terdahulu. Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna telah menggambarkan keadaan orangorang Islam masa kini dan cara mengatasinya.
Sesungguhnya ummat ini telah ditimpa satu keadaan yang mengancam kedudukan dan
menggoncang bangunannya pada zahirnya seolah-olah ia sedang dilanda ombak penyakik, hina
dan lemah yang menjadi buruan orang-orang yang tamak dan perampas. Ianya tidak berdaya
untuk mempertahankan diri dari pencerobohan kebudayaan. Cara mengatasinya ialah dengan tiga
cara: Mengenal pasti punca penyakit, sabar dalam kesakitan untuk diubati oleh doktor yang
mahir yang mengendalikannya sehingga Allah melaksanakan apa yang dikehendaki dan sembuh
dengan sempurnanya serta mendapat kemenangan.

Setelah dibentangkan tentang keadaan setengah dari negara Islam yang sedang dilanda
wabak penyakit dan kerosakan beliau menambah: Apa yang diharapkan oleh ummat Islam yang
sedang diserang dari segenap penjuru dari segala kekuatan yang ada pada mereka, yang terdiri
dari penjajahan, kepartian, riba, syarikat-syarikat asing, pemikiran bebas, pendidikan dan
perundangan yang kucar-kacir, putus asa, kikir, pengecut, penakut, mengagungkan musuh yang
mempengaruhi mereka menyebabkan mereka menurut apa sahaja yang dibawa oleh musuh
mereka terutama dalam perkara yang buruk. Satu dari penyakit-penyakit ini sudah cukup untuk
membunuh ummat secara terang-terang, bagaimana nhalnya jika penyakit itu ada pada semua
ummat. Kalaulah tidak ada benteng dan perisai yang kuat di dalam ummat ini nescaya hanya
tinggal kesannya sahaja, tetapi Allah dan juga orang-orang yang beriman tidak menghendakinya
Setelah hilangnya rasa putus asa dari hati orang-orang Islam ia berkata: Apa yang ada
disekitar kita ini memberi harapan baik walaupun orang lain menganggapnya buruk.
Sesungguhnya ummat Timur ini telah dilanda zaman beku sehingga dipenuhi dengan kebekuan
dan dilanda dengan diam sehingga terlena dengan diam. Tetapi sekarang ia bangkit dalam
keadaan menggelegak dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan serta mempunyai
semangat yang kuat. Kalaulah tidak kerana ikutan-ikutan dari satu segi dan strategi yang tidak
teratur nescaya ia telah meninggalkan kesan yang menakjubkan. Ikutan-ikutan itu tidak akan
berlanjutan sepanjang zaman tetapi masa itu akan berubah dengan kehendak Allah. Semuanya di
dalam kekuasaan Allah sama ada bagi yang telah lalu atau yang akan datang. Oleh itu, kita tidak
putus asa selama-lamanya.
Inilah yang telah diperkatakan oleh Imam Al-syahid Hassan Al-banna. Kita sekaranng
berjalan mengikut uslub dawah dan kita tidak putus asa dan berusaha untuk mengubah keadaan

yang ada dan mengubah penyakit yang menimpa masyarakat walau banyak mana pun penyakit
tersebut dengan perpandukan contoh teladan iaitu Rasullah SAW dan para sahabatnya dengan
cara hikmat, nasihat yang baik praktikal dan usaha yang berterusan dengan pertolongan Allah.
Usaha-usaha kea rah menbersihkan akidah tauhid dari pencemaran dan khurafat yang telah
banyak dilakukan dan terus di laksanakan. Tuntutkan media massa di bersihkan dari unsur-unsur
yang merosakkan sering kedengaran semuanya ini menberikan harapan yang baik pada
perubahan yang mengalakkan.
Dari perbincangan di atas dapat difahami bahawa dakwah merupakan satu kewajipan
yang perlu dipikul oleh setiap muslim bagi menyeru manusia ke arah kebenaran dan hidayat.
Dakwah yang hendak dilakukan hendaklah mengikut metologi yang ditunjukkan oleh para Nabi
dan Rasul, panduan al-Quran dan Hadis Nabi atau dakwah yang hendak dijalankan mencapai
matlamatnya. Di samping itu, dakwah tidak hanya terhad kepada seruan secara lisan, tetapi juga
harus menggunakan media yang luas dan terkini asalkan tidak bercanggah dengan ajaran islam.
Golongan pendakwah yang menyeru manusia ke arah kebenaran haruslah terlebih dahulu
mempraktikkan akhlak islam dan mempunyai sifat-sifat yang ditunjukkan. Pendakwah akan terus
berhadapan dengan pelbagai tribulasi dalam usahanya untuk menyampaikan kebenaran kerana ia
merupakan satu sunnah perjuangan.

3.3

AYAT-AYAT PENDIDIKAN DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

SERTA PERANANNYA DALAM MEMPERKASAKAN TAMADUN


UMMAH

Mengenai Pendidikan Menurut Al-Quran, Al-Quran telah diturunkan oleh Allah SWT
(Subhanahu Wa-Taala) kepada Nabi Muhammad SAW (SalallahuAlaihi Wassalam) melalui
perantaraan Jibrail AS (Alaihi Salam) untuk dijadikan panduan bagi umat manusia. Al-Quran
juga diturunkan untuk mendidik manusia, khususnya masyarakat Islam, dalam menjalani
kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin kerana mereka yakin adanya hari pembalasan kelak.
Al-Quran juga mengajak manusia supaya sentiasa memerhati serta merenungi tanda-tanda
kekuasaan Allah SWT yang ada di langit dan di bumi. Alam ini merupakan bahan untuk berfikir,
sebagai lembaran buku pengetahuan, di samping menjadi bukti bagi kesatuan pentadbiran dan
peraturan (Shadid, 1994:61). Secara umumnya, proses pendidikan terhadap manusia berlaku
sejak azali lagi apabila Allah SWT menciptakan Nabi Adam AS seperti firman-Nya (AlBaqarah, 2:31) yang bermaksud:

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda dan gunanya, kemudian
ditunjukkannya kepada Malaikat, lalu Ia berfirman, Terangkanlah kepada-Ku nama
benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.1

Ayat ini jelas menggambarkan bagaimana Allah SWT mengajar Nabi Adam segala nama
benda yang terdapat di dalam dunia ini yang bakal dihuninya.Tujuan pengajaran ini untuk
kemudahan Nabi Adam dan zuriatnya tinggal di dunia sehingga hari kiamat (Ashraf, 1985:3; dan
Azmi Jasmi & Halim Tamuri, 2007:5). Menurut Mahyuddin Ashaari (2001:5) pula bahawa alAsma ialah nama-nama sesuatu benda atau perkara yang mana dengan mengenali atau
mengetahui nama sesuatu perkara atau benda merupakan kunci atau asas kepada pembentukan
ilmu daripada seseorang manusia. Oleh yang demikian, manusia ditaklifkan sebagai khalifah

atau pemimpin untuk memakmurkan bumi ini kerana manusia dibekalkan dengan akal yang
berpotensi untuk berfikir dan mencari ikhtiar bagi mengatur kehidupan mereka di dunia ini
(Ashraf, 1985:4).
Sehubungan dengan itu, paradigma pendidikan dalam Al-Quran juga tidak lepas dari
tujuan Allah SWT menciptakan manusia itu sendiri, iaitu penyerahan diri secara ikhlas kepada
pencipta yang terarah kepada tercapainya kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat,
sebagaimana firman Allah SWT (al-Zariyyat, 51:56) yang bermaksud:

Dan (ingatlah), Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepada-Ku (Pimpinan ar-Rahman, t.t.).

Di samping itu, Islam adalah agama yang amat mementingkan dan menggalakkan
umatnya menuntut ilmu. Bahkan Al-Quran telah memainkan peranan yang cukup penting dalam
pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki
terhadap sesuatu perkara. Perkara ini dibuktikan di dalam wahyu pertama yang diturunkan
kepada Rasulullah dalam firman Allah SWT (al-Alaq, 96:1-5) yang bermaksud:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian


makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dengan nama
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; Ia
mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (Pimpinan ar-Rahman, t.t.).

Ayat ini memberi isyarat dan perintah yang amat jelas dalam bidang pendidikan.
Perkataan iqra (bacalah) yang disebutkan oleh malaikat Jibrail AS berulang-ulang kali kepada
Rasulullah SAW menegaskan supaya umat manusia belajar, mengkaji, dan mencari ilmu. Jika
diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang yang beriman supaya
menjadi orang yang berilmu (Yusuf Ahmad, 2002:53). Petunjuk awal ini jugalah yang telah
mendorong Rasulullah SAW menjadikan aspek pembinaan peribadi cemerlang sama ada secara
fizikal, mental, mahupun spiritual mendahului segala agenda lain yang bersifat duniawi,
material, dan pembangunan fizikal (Jaafar, 2003:137). Berdasarkan ayat ini juga, ulama

1Semua terjemahan ayat Al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan ar-Rahman
kepada Pengertian Al-Quran (Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Fikir Sdn. Bhd, t.t.).
membuat kesimpulan bahawa belajar atau mencari ilmu itu adalah wajib, terutamanya ilmu-ilmu
yang berkaitan dengan agama Islam (Yusuf Ahmad, 2002:53). Kejadian Allah SWT yang sangat
luas memerlukan kajian yang mendalam, memerlukan manusia menggunakan akalnya, dan
memperoleh pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah amat dituntut oleh Islam. Justeru
itu, Islam mewajibkan setiap umatnya, lelaki atau perempuan, untuk menuntut ilmu secara
berterusan. Kewajipan ini juga bertujuan supaya umat Islam itu tergolong dalam umat yang
cerdas dan terhindar dari kejahilan. Inilah ayat-ayat pertama yang diturunkan oleh Allah SWT
dan ia merupakan rahmat Allah yang terbesar untuk umat manusia. Dalam ayat-ayat permulaan
ini, Allah SWT telah memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya membaca dan
memperhatikan bukti kebesaran Allah di muka bumi ini; serta ayat ini jugalah yang telah menjadi
landasan terciptanya pendidikan Islam bagi sekalian umat Islam (Reza, 2008: 24).

Selain daripada perintah secara langsung dari surah Al-Alaq, minda dan kesedaran
manusia selalu dirangsang dengan pertanyaan retorik firman-firman Allah SWT yang berbentuk
Apakah engkau tidak berakal?, Apakah engkau tidak berfikir?, dan seumpamanya. Menurut
Mahyuddin Ashaari (2001:2), dalam Al-Quran, perkataan akal diulang sebanyak 49 kali yang
kebanyakannya diungkapkan dalam bentuk perbuatan (fiil mudhari). Dalam ilmu Bahasa Arab,
ungkapan dalam bentuk ini membawa maksud selalu menggunakan akal dan berfikir. Ini
menunjukkan bahawa Al-Quran sering merangsang dan menggalakkan manusia supaya
menggunakan akal atau berfikir. Sehubungan dengan itu, manusia juga dilahirkan dalam keadaan
yang suci, bersih, dan tidak mengetahui apa-apa. Pendidikan awal adalah amat penting bagi
mencorakkan kehidupan seseorang itu yang bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Firman
Allah SWT yang bermaksud:

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui
sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta
hati (akal fikiran) supaya kamu bersyukur (Pimpinan ar-Rahman, t.t.).

Di samping itu, Allah SWT juga telah menegaskan dalam firman-Nya, surah Al-Zumar
(39:9) tentang perbezaan di antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. FirmanNya yang bermaksud adalah seperti berikut:
Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan

orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya, orang-orang yang dapat


mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna
(Pimpinan ar-Rahman, t.t.).

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memberikan penghargaan yang
cukup tinggi terhadap orang yang berakal, berfikiran, dan berilmu pengetahuan. Dalam ayat ini
pula perkataan ulul al-bab dapat diertikan sebagai orang yang berakal, atau orang yang
mempunyai hati, yakni orang yang mempunyai hikmah dan kebijaksanaan, yang terdiri daripada
para ulama, golongan cendekiawan, dan intelektual, serta sesiapa sahaja yang menggunakan hati
dan akal untuk memerhati dan memikirkan semua kejadian di muka bumi ini (Ashaari, 2001:3).
Sehubungan dengan itu, dalam Al-Quran terdapat juga galakan supaya manusia sentiasa
berusaha untuk memperlengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya,
firman Allah SWT dalam surah Al-Mujadalah (58:11) yang bermaksud:

Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan


orang-orang yang berilmu beberapa darjat (Pimpinan ar-Rahman, t.t.).

Janji ganjaran di sisi Allah ini merupakan insentif terpenting bagi umat manusia dalam
mencari dan menyebar ilmu yang mana telah mewujudkan satu budaya ilmu yang universal.
Dalam sejarah, umat Islam bersikap terbuka terhadap khazanah ilmu tamadun-tamadun lain,
tetapi kritis dengan menyebatikan khazanah ilmu tersebut dengan nilai-nilai dan tuntutan Islam.
Insentif inilah yang telah menjadi pendorong kepada pemimpin-pemimpin Islam untuk menjadi
pelopor dan penaung kepada perkembangan ilmu pengetahuan dan memberikan hak kepada

setiap lapisan masyarakat untuk memperkembangkan minat dan kecenderungan mereka terhadap
ilmu pengetahuan, walaupun tidak semua yang melibatkan diri secara aktif (Nor Wan Daud,
1990:63). Menurut Ibn Khaldun (2000:537), Allah SWT telah memberikan darjat yang tinggi
kepada manusia dan membezakan manusia dengan makhluk lain ciptaan-Nya melalui
kemampuan manusia untuk berfikir supaya manusia dapat mengatur segala tindak-tanduknya
dengan baik. Al-Ghazali pula menyifatkan ilmu pengetahuan adalah ilmu yang mampu
meninggikan martabat manusia serta memberi input yang berkesan untuk membina kekuatan
pada jiwa manusia. Kekuatan inilah yang akan mematahkan keinginan hawa nafsu dan
membawa manusia menghampirkan diri (taat) kepada Maha Pencipta. Jelasnya, ilmu
pengetahuan bukan sahaja menduduki hierarki terpenting dalam pembangunan manusia dan
pembinaan masyarakat secara keseluruhan, bahkan menjadi medium utama untuk menggerak
manusia melaksanakan fungsi manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Oleh yang
demikian, potensi yang dibekalkan oleh Allah SWT kepada manusia ini perlu dibangun, dididik,
dan dilatih secara seimbang bagi melayakkan mereka memikul tanggungjawab mengurus dan
memimpin umat manusia, di samping merancang dan mengatur untuk membangun dan
memakmurkan alam ini sesuai dengan kejadiannya sebagai makhluk berakal (dipetik oleh
Ashaari, 2001:2).
Halangan/ cabaran
i.

Pendakwah

Masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat orang Asli Islam di Malaysia secara umumnya
adalah kekurangan pendakwah yang mampu dan berkebolehan serta mempunyai kekuatan dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai pendakwah. Kecetekan pemahaman konsep dakwah

dalam Islam itu membawa kepada kefahaman bahawa dakwah hanya ditujukan kepada
masyarakat yang belum menganuti agama Islam.
Majlis Agama Islam dan adat Melayu perak
diluluskan secara rasmi pada 1 Mei 1952. Kerajaan negeri pada ketika itu dipimpin oleh Yang
Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Orang Kaya-kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar
Diraja, Dato Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz (1948-1957). Entiti pentadbiran lain yang
bernaung di bawahnya adalah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Jabatan Mufti Negeri Perak
dan Mahkamah Syariah Negeri Perak.
Sejak penubuhannya, struktur organisasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
mengalami beberapa fasa perubahan dan peningkatan. Pada 2 Januari 1997, D.Y.M.M. Sultan
telah berkenan untuk melantik Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak sebagai Yang
Dipertua Majlis. Di bawah peruntukkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004,
Majlis bertanggungjawab terhadap kemajuan ekonomi dan sosial umat Islam di negeri Perak.
Dasar-dasar tentang ekonomi dan sosial umat Islam ditentukan oleh Persidangan Majlis yang
terdiri daripada 28 orang anggota dan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis. Ketua Pegawai
Eksekutif Majlis dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan hendaklah
menjadi Setiausaha dan Pentadbir Majlis dan bertanggungjawab menjalankan dasardasar dan
ketetapan-ketetapan Majlis. Dengan peredaran masa dan perkembangan undang-undang
pentadbiran Majlis, kini Majlis terus mengorak langkah dalam memperkasa dan memartabatkan
agama dan masyarakat Islam melalui Bahagian Zakat, Bahagian Hartanah dan Bahagian
Khidmat Pengurusan di samping pejabat-pejabat cawangan di seluruh negeri Perak.

2.1.1 PENTADBIRAN KAMPUNG TONGGANG


Kampung Tonggang dihuni oleh suku kaum temiar dan semai. Penduduk
kampung tonggang diketuai oleh batin jasachewan. Kampung tonggang
mengalami perubahan dan kemajuan sekarang dengan prasarana yang lebih
lengkap. Antaranya kemudahan yang ada seperti surau, sekolah agama

rakyat, dewan untuk kemudahan penduduk dan beberapa bangunan.


Penduduk

menggunakan semua

kemudahan yang

disediakan

dengan

bekerjasama. Kebanyakkan penduduk kampung tonggang bekerja di ladang


sawit dan sawit merupakan mata pencarian rezeki mereka. Anakanak
penduduk disini bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah yang
berdekatan. Antara sekolah anak-anak penduduk di sini ialah sekolah rendah
tanjung rambutan, sekolah menengah tanjung rambutan, sekolah menengah
ulu kinta dan sekolah menengah tambun.
Sekolah

agama

rakyat

yang

terdapat

di

kampung

tonggang

menggunakan khidmat ustazah yang berasal di kampung tonggang. Ustazah


mengajar anak-anak penduduk kampung tonggang yang berumur dari darjah
1 hingga darjah 6. Penduduk kampung tonggang ini sememangnya
merupakan orang Islam dan menganut Agama Islam. Kebanyakan programprogram yang dianjurkan oleh pihak JAKOA diadakan di kawasan kampung
tonggang iaitu di dewan yang terdapat di kampung tersebut. Pendidikan
yang diberikan adalah sama seperti standart sekolah rendah harian biasa.
Penduduk kampung ini menghantar anak mereka ke sekolah agama ini
bertujuan

untuk

menanam

sikap

Islam

dalam

diri

anak-anak

dan

menerapkan pendidikan seperti anak-anak yang lain.


Penduduk

Kampung

Tonggang

saling

tolong-menolong

dan

bekerjasama dalam melakukan aktiviti masyarakat. Mereka tidak pernah


bermusuhan sekalipun mereka daripada suku kaum yang berbeza iaitu suku
temiar dan semai. Pengangan Islam mereka amat kuat dan mereka
mementingkan agama mereka iaitu Agama Islam. Sebagai contoh, penduduk
kampung tonggang mengamalkan Agama Islam dan solat secara berjemaah
di surau yang ada di kampung itu. Ustaz berperanan mengajak mereka
memperkasakan syiar Islam. Setiap jumaat, mereka akan solat jumaat
secara berjemaah di surau kampung mereka dan dikendalikan oleh ustaz
yang juga adalah dalam kalangan mereka sendiri. Hal ini membuktikan

mereka mengamalkan ajaran Islam dan memperkasakan syiar Islam dalam


kalangan penduduk asli di kampung tersebut.

2.2

LATAR BELAKANG JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) ialah nama baru bagi menggantikan
nama

lama

Jabatan

Hal

Ehwal

Orang

Asli

yang

berkuat

kuasa

penggunaannya pada 15 Januari 2011. Sejarah awal penubuhan pentadbiran


masyarakat Orang Asli bermula di Negeri Perak apabila kerajaan Negeri
menguatkuasakan enakmen Perak Aborigional Tribes Enactment No.3,
Disember 1939 dengan melantik seorang Field Etnographer yang bertindak
sebagai Protector of Aborigines. Pada tahun 1954, selepas beberapa
langkah

penambahbaikan

dllakukan,

Jabatan

Orang

Asli

(JOA)

telah

ditubuhkan di bawah Aborigional People Ordinance. No. 3 `954. Ketika


pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963 nama Jabatan
Orang Asli telah ditukar kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOEA).
Selepas 47 tahun pemakaian nama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
(JHOEA), ketika pembentangan Bajet 2011 di Parlimen pada 15 Oktober
2010, YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia telah
mengumunkan penukaran namanya kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA). JAKOA ditubuhkan bertujuan untuk melindungi Orang Asli dan cara
hidup mereka daripada kepesatan perkembangan tamadun dan eksploitasi
masyarakat

luar

di

samping

menyediakan

kemudahan

dan

bantuan

pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosioekonomi. Perubahan nama


kepada JAKOA telah memperluaskan lagi peranannya ke arah pembentukan
masyarakat Orang Asli yang lebih progresif dan dinamik selari dengan Visi
JAKOA

iaitu,

Organisasi

penggerak

yang

unggul

masyarakat Orang Asli setanding masyarakat perdana.

dalam

memajukan

Pendekatan
melibatkan

JAKOA

pembangunan

melalui

pembangunan

sosioekonomi,

secara

pendidikan,

inklusif

yang

kesihatan

dan

pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan. Tujuannya


adalah untuk mencapai objektif peningkatan pendapatan, memperluaskan
kemudahan prasarana dan amentiti sosial, tahap kesejahteraan hidup yang
lebih baik, melahirkan generasi baru yang berpendidikan dan dinamik serta
pemuliharaan warisan dan budaya masyarakat Orang Asli. Di dalam akta
Orang Asli 1954 (Akta 134) Seksyen 3, Orang Asli ditakrifkan sebagai manamana yang bapanya ahli kumpulan etnik Orang Asli bercakap bahasa Orang
Asli dan mengamalkan cara hidup Orang Asli, mena-mana orang daripada
mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa kecil dan
dibesarkan sebagai Orang Asli, yang lazimnya bercakap bahasa Orang Asli
dan mengamalkan cara hidup Orang Asli, Anak daripada mana-mana
penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki
daripada satu kaum lain dengan syarat anak itu lazimnya bercakap bahasa
Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan
Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli
dan Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan
Orang Asli kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh sebab
apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan
adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan
sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia
mengamalkan agama itu. Apa-apa soalan sama ada mana-mana orang
adalah Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri.

2.3

SEJARAH PENUBUHAN JAIPK

Pada 10 Ogos 1947, satu perjumpaan alim ulama dari seluruh negeri Perak telah diadakan di
Kuala Kangsar. Perjumpaan tersebut telah menghasilkan satu resolusi mengenai kepentingan
penubuhan sebuah Majlis Agama Islam di Perak khususnya dan seluruh Semenanjung Tanah

Melayu amnya. Semenjak itu, organisasi Pentadbiran Agama Islam mula diwujudkan dan
dikenali sebagai Balai Syarak yang berpusat di Kuala Kangsar. Susulan daripada perjumpaan
tersebut, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak ditubuhkan pada 2 Ogos 1949. Peranan jabatan
ini pada masa itu adalah untuk memberi bimbingan dan pendidikan berkaitan Agama Islam
kepada masyarakat. Seterusnya diikuti dengan penubuhan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu
Perak pada 23 Oktober 1949 yang bertujuan untuk menasihati dan membantu Sultan dalam halhal yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana yang terkandung di
dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Undang-Undang Majlis ini telah diluluskan
pada 1 Mei 1952.
Mengikut Enakmen Undang-undang di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran
Agama Islam 2004, suatu perbadanan bernama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
ditubuhkan (sebelum ini ditubuhkan di bawah Seksyen 5 Undang-Undang Pentadbiran Ugama
1965) dan menjadi suatu badan yang kekal turun temurun.

2.4

SEJARAH

PENUBUHAN

MAJLIS

AGAMA

ISLAM

DAN

ADAT

MELAYU PERAK

Menjelang pertengahan tahun 1947, ketika tanah air bergolak hebat dengan
perjuangan menentang Malayan Union, beberapa pergerakan, pertubuhan
dan persatuan telah muncul memperjuangkan semangat nasionalisme
bangsa menentang penjajahan British. Antara persatuan yang begitu lantang
bersuara di negeri Perak pada ketika itu ialah Persatuan Melayu Perak. Atas
inisiatif persatuan inilah maka, satu perjumpaan para alim ulama telah
diadakan pada 10 Ogos 1947 bertempat di Madrasah Iskandariah Kuala
Kangsar.
Pada pertemuan itu, Dato Seri Ali Zaini bin Haji Muhamad Zain, bekas
speaker Dewan Undangan Negeri Perak, telah mencetuskan idea yang
bernas bagi menubuhkan sebuah pusat agama

secara rasmi untuk

mentadbir hal ehwal Agama Islam di negeri Perak. Tanggal 21 Januari 1948,
merupakan suatu detik bersejarah yang amat bermakna bagi negeri Perak
apabila Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah Ibni
Almarhum Raja Muda Musa (1938-1948) menandatangani suatu perjanjian
dengan Sir Gerard Edward James Gent (Pesuruhjaya Tinggi British/GabenorJeneral Malayan Union) yang mewakili kerajaan British. Perjanjian yang
dinamakan sebagai Perjanjian Negeri Perak 1948 telah membawa kepada
pembentukan undangundang tubuh kerajaan negeri Perak.
Bahagian pertama undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak tersebut
telah dikuatkuasakan pada 1 Februari 1948 di bawah pemerintahan baginda
sultan. Dengan berkuat kuasa undang-undang tubuh kerajaan negeri itu,
hasrat untuk menubuhkan sebuah pentadbiran Agama Islam di negeri Perak
akhirnya dapat direalisasikan. Kuasa untuk menubuhkan Majlis Agama Islam
dan Adat Melayu Perak dinyatakan secara jelas di bawah fasal vi.(1)
bahagian pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak iaitu:
Kepala ugama negeri ini ialah Yang Maha Mulia, dan Yang Maha Mulia akan
memerintah supaya diadakan undangundang untuk mengaturkan perkaraperkara ugama dan menubuhkan sebuah Majlis Ugama Islam dan Adat
Melayu Perak bagi menolong dan menasihatkan Yang Maha Mulia berkenaan
dengan perkara-perkara yang bersabit dengan ugama negeri ini dan adat
Melayu. Pada masa pemerintahan baginda Sultan Yussuf Izzudin Shah,
kerajaan negeri Perak secara rasmi menubuhkan Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Perak pada 1 Muharam 1369 Hijrah bersamaan 23 Oktober
1949. Undang-undang khusus berhubung pentadbiran Agama Islam dan adat
Melayu di negeri ini telah

You might also like