You are on page 1of 10

Dakwah Kepada Non Muslim : Harapan

& Cabaran
PENGERTIAN DAKWAH

Pengertian dakwah dari segi bahasa ialah berasal dari kata Arab seperti daa, yadu,
dawatan yang membawa maksud menyeru, memanggil, mengajak, menjamu, memandu
dan menjemput. Manakala maksud dakwah dari segi istilah pula ialah mendorong manusia
agar berbuat kebajikan dan petunjuk. Menyuruh mereka berbuat yang ma`ruf dan
mencegah mereka daripada melakukan perbuatan mungkar, agar mereka mendapat
kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dalam erti kata yang lain pula, dakwah adalah
mengajak umat manusia dengan hikmah dan kebijaksanaan untuk mengikuti petunjuk Allah
dan Rasul-Nya.

Firman ALLAH SWT bermaksud ;

Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan Hikmah dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabb-mu Dialah yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui
orang-orang yang mendapat petunjuk.

( An-Nahl, ayat 125)

Jumah Amin Abdul Aziz :

Dakwah Islamiah adalah risalah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
sebagai wahyu dari Allah dalam bentuk kitab yang tidak ada kebatilan di dalamnya, baik di
depan atau dibelakangnya, dengan kalam-Nya yang bernilai mukjizat dan yang ditulis di
dalam mushaf yang diriwayatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan sanad yang mutawatir,
bagi yang membacanya dinilai sebagai ibadah.

Dr. Rauf Shalabi :

Dakwah Islamiah itu adalah gerakan membawa atau mengubah masyarakat daripada
keadaan kekufuran kepada keadaan keimanan, daripada keadaan kegelapan kepada
keadaan cahaya dan daripada keadaan sempit kepada keadaan lapang, di dunia dan di
akhirat.

Di Malaysia, peningkatan saudara baru memeluk Islam menunjukkan peningkatan yang


cukup baik, berpandukan statistik semenjak tahun 2000 sehingga 2009 jumlah saudara baru
yang memeluk Islam di Malaysia ialah seramai 76,663 orang.
TANGGUNGJAWAB DAN PERLAKSANAAN DAKWAH

Di antara persatuan yang bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah kepada non-


Muslim antaranya ialah jabatan agama ialam disetiap negeri, Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia (PERKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan banyak lagi.

Pada asasnya dakwah merupakan satu tugas dan tanggungjawab ke atas semua penganut
agama Islam secara Fardu Kifayah[1]. Ia berdasarkan kepada firman yang dinyatakan oleh
Allah SWT di dalam ayat 124 yang bermaksud :

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang
daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), sertakamu pula beriman kepada Allah
(dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di
antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.
(Surah Ali-Imran, ayat 110)

Dalam kita mengkategorikan konsep dakwah di dalam kehidupan Muslim, ia dibahagikan


kepada dua tahap iaitu tahap Fardu Ain dan tahap Fardu Kifayah. Di dalam tahap pertama,
setiap individu Muslim berkewajipan keatas diri mereka untuk menggunakan seluruh
anggota badannya termasuk harta, masa dan sebagainya bagi melaksanakan tanggungjawab
dakwah mengikut apa yang telah digariskan oleh Islam.

Komitmen ataupun perlaksanaan dakwah pada tahap ini sebenarnya secara tidak langsung
boleh dikategorikan sebagai dakwah bilhal iaitu dakwah melalui contoh tauladan yang baik
dan ia kadang-kadang lebih berkesan. Sebagaimana kata para ulama :

Dakwah secara contoh tauladanini telah berkesan berbanding dakwah secara


percakapan[2]

Kelemahan yang ketara sekarang bukanlah disebabkan pengabaian secara keseluruhan


terhadap perlaksanaan dakwah, akan tetapi yang lebih mendasar lagi adalah disebabkan
umat Islam sendiri tidak menzahirkan Islam pada tingkahlaku mereka. Sebagaimana nabi
SAW yang berakhlak dengan akhlak al-Quran sehingga menarik minat non-Muslim untuk
menganut agama Islam. Sepertimana thabit dalam hadis yang bermaksud :

Daripada Ummul Muminin Saidatina Aisyah ketika ditanya berkenaan akhlak Nabi SAW,
kemudian beliau berkata : Sesungguhnya akhlak nabi adalah al-Quran[3].

Jika sekiranya orang Islam melaksanakan Islam secara sempurna, nescaya orang bukan Islam
akan menerima kebaikan dan kebenaran Islam kerana tertarik dengan akhlak yang
ditunjukkan penganutnya secara tidak langsung.
PERINGKAT-PERINGKAT DAKWAH

Jika kita membelek buku yang dikarang oleh tokoh gerakan Islam, Syeikh Mustafa Masyhur
iaitu Thoriq Fi Ad-Dakwah (Jalan-Jalan Dakwah), beliau menyebut terdapat tiga tahap
dakwah yang perlu dilaksanakan oleh daie, iaitu :[5]

a) Taarif (penerangan/pengenalan) Tahap ini adalah untuk memperkenalkan,


menyampaikan idea, gagasan atau untuk menggambarkan kepada khalayak atau sasaran
tentang dakwah yang hendak disampaikan.

b) Takwin (pembinaan/pembentukan) Tahap pembentukan, pembinaan pendakwah dan


pemantapan mesej yang disampaikan.

c) Tanfiz (pelaksanaan) Tahap beramal, berusaha dan melaksanakan dakwah bagi


mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Dakwah merupakan sebuah perjalanan yang panjang dan berliku. Oleh yang demikian, para
daie yang bergerak dalam usaha-usaha perlu menyiapkan diri atau organisasi masing-
masing pada tahap yang maksimum.

Perkara yang penting juga untuk dititik beratkan oleh para daie adalah konsep tadarruj
(bertahap) dalam menyampaikan dakwah terutamanya kepada orang bukan Islam. Hal ini
adalah untuk memastikan dakwah dapat diterima dengan baik oleh masyarakat
terutamanya golongan non-Muslim.

Dr Jumah Amin di dalam kitabnya Fiqh Dakwah menyebut berkenaan peringkat-peringkat


dakwah yang perlu dilaksanakan oleh para daie antaranya ialah perlu memudahkan
bukannya menyusahkan.[6] Hal ini adalah untuk memastikan golongan non-Muslim
memandang Islam sebagai agama yang memberi jalan penyelesaian dan bukannya sebuah
agamanya yang sulit dan menyusahkan.

Tambahan pula dalam situasi masyarakat masa kini yang mengharungi pelbagai cabaran dan
dalam era globalisasi, dakwah perlu digerakkan sebagai membimbing manusia ke jalan yang
betul. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu berganding bahu untuksama-sama
melaksanakan usaha dakwah, menyampaikan ajaran Islam serta memberi kesedaran
mengenai ketinggian Islam bagi mewujudkan masyarakat Muslim yang terbaik.
PENDEKATAN DAKWAH NON MUSLIM

Statistik 2012 penduduk Islam dan agama lain di Malaysia:


Dari 28.334juta rakyat malaysia,
penganut Islam adalah 17,375juta (61.3%) ,
Kristian 2.617j (9.2%),
Buddhist 5.620j (19.8%),
Hindu 1.77 (6.3%),
Cina Tradisi 0.356j (1.2%),
lain-lain 0.11j (0.4%),
tiada agama 0.2j (0.7%)
dan tidak diketahui 0.272j (1%)

Sebagai pendakwah, kita seharusnya berfikiran kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan


atau uslub dakwah. Serta perlu mengetahui dan mengkaji perihal madu (orang yang
menerima dakwah) supaya tidak tersalah uslub. Kesilapan tidak memahami keadaan madu
akan mengakibatkan mesej Islam tidak sampai dan menjauhkan madu dengan hakikat
Islam. Sabda Nabi SAW:

Kami, golongan Nabi-nabi, diperintahkan supaya menempatkan manusia sesuai dengan


kedudukannya masing-masing, dan supaya kami berbicara dengan mereka menurut taraf
kecerdasannya masing-masing.
(Hadith riwayat Abu Daud)

Rasulullah SAW tidak mengatakan sesuatu melainkan orang yang mendengar ucapannya
akan tertarik terhadap mesej baginda. Cukuplah 23 tahun perjalanan dakwah baginda
menjadi bukti bahawa penggunaan uslub yang tepat, betul dan mudah berjaya menarik
pelbagai kabilah dan kaum menyerah diri kepada agama Allah SWT.

Firman Allah:

Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan
cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang
yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk

(Surah an Nahl: 125)

Di dalam ayat tersebut Allah telah menggariskan beberapa pendekatan yang boleh
digunakan dalam menarik manusia kepada Islam.

Uslub Pertama : Al Hikmah

Apakah maksud al Hikmah?


Kata Abu Jafar bin Yaqub: Setiap kebaikan dari perkataan yang menghasilkan perbuatan
yang tepat adalah hikmah .

Kata al Jurjani: Setiap tutur kata yang menepati kebenaran adalah hikmah.
Uslub al Hikmah adalah uslub yang amat luas dan boleh dipecahkan kepada beberapa
cabang seperti berikut:

1. Uslub al ilm wa al marifah (Pendekatan ilmu dan pengetahuan)

Pendekatan ini ialah dengan menggunakan fakta dan ilmu serta logik akal sebagaiman kisah
pendakwah awal Islam yang berhijrah ke Habsyah dan berhadapan dengan Raja Najasyi
beragama Nasrani dengan hujah ilmu pengetahuan

2. Uslub al Latf wa al Layn (Pendekatan lembut dan lunak)

Firman Allah yang bermaksud :

"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam
kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, dengan kata-kata Yang
lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

( Surah Thoha: 43 44)

Cara lembut dan lunak ini digunakan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun ketika berdakwah
kepada firaun yang begitu zalim, apatah lagi kalau madu kita tidak sezalim firaun, maka
lebih-lebih lagi dianjurkan untuk menggunakan pendekatan lembut dan lunak ini. Ini kerana
pendekatan ini lebih dekat dengan jiwa dan hati manusia

3. Uslub al Quwwah wa as Shiddah (Pendekatan kekuatan dan kekerasan)

Pendekatan kekuatan dan kekerasan ini dapat dilihat dari pengertian jihad pada zaman awal
Islam. Setelah pendekatan lemah lembut kurang memberi kesan dan umat Islam semakin
ditindas dan diperangi sehingga kota Madinah dirasakan tidak lagi selamat lagi maka Allah
SWT menurunkan ayat :

Firman Allah yang bermaksud :

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh),
kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk
menolong mereka (mencapai kemenangan)

( Surah al Hajj: 39)

Pendekatan ini digunakan terhadap kafir harbi. Dalam konteks Malaysia, non-Muslim terdiri
dari ahli zimmi, maka pendekatan ini boleh digunakan terhadap golongan bukan Islam yang
menganut fahaman sekularisme, komunisme, yang bertentangan dengan Islam yang cuba
untuk menyebarkan pengaruh mereka. Maka wajar untuk kita mengambil tindakan berupa
amaran dan sebagainya bagi memberi peringantan kepada mereka.

Uslub Kedua: Al Mauizoh al Hasanah

Al Mauizoh itu asalnya adalah merujuk kepada kata kata yang boleh melunakkan
sanubari yang mendengar sebagai persediaan untuk melakukan kebaikan bagi
menghayatinya.[7]

Satu dari cara-cara yang berguna yang sentiasa mempunyai pengaruh yang paling berkesan
dan baik adalah pembicaraan yang mampu memuaskan akidah manusia, antaranya ialah :

a- la dimulai dengan memantapkan di hati manusia tentang kewujudan Allah,


b- Seterusnya menjelaskan hakikat risalah kita dan tugas kita dalam hidup ini.
c- la disudahi dengan mengukuhkan, menegaskan bahawa Islam itu adalah manhaj, cara
hidup, satu pegangan hidup yang sejahtera dan lengkap.
d- dan berusaha untuk memulakan kehidupan Islam.

Selain itu Uslub al Murasalah / Cara menulis surat juga termasuk dalam pendekatan ini,
sepertimana yang digunakan oleh Rasulullah s.w.a ketika menulis surat kepada raja-raja
yang hidup di zaman Baginda. Dan pada zaman ini secara pratikalnya kita boleh
menggunakan media massa sekarang sebagai medium, contohnya menggunakan internet,
majalah, akhbar dan sebagainya.

Uslub Ketiga : Al Mujadalah

Terdapat tiga istilah yang dikaitkan dengan uslub ini, iaitu :

i- Mujadalah / Mujadilah (Bersoal jawab)

ii- Muhawarah (Berdialog)

iii- Munazoroh (Berdebat / Berbahas)

Untuk uslub ketiga ini lebih kepada penganjuran program yang menghimpunkan orang
ramai, atas satu tujuan mencari kebenaran, dengan cara yang paling baik sebagaimana
dianjurkan oleh Islam seperti para pendakwah bekerjasama dengan pertubuhan (NGO)
saudara baru yang berkenaan dalam menganjurkan program dan kegiatan di kalangan
golongan yang disasarkan.
Pendekatan Secara Individu
Sekiranya pendakwah berdakwah secara individu, antara persediaan awal yang boleh dibuat
oleh seorang pendakwah untuk menghadapi mad`u (non-muslim) ialah:

1- Persediaan awal dari segi keilmuan dan teknik-teknik berdakwah


2- Fahamai taraf pemikiran atau kebijaksanaan madu (non-Muslim)
3- Ketahui dari mana asal-usul mad u (non-Muslim)
4- Ketahui pandangan mad u (non-Muslim) berkenaan islam & pendakwah
5- Mengenali , merapati & adakan hubungan baik dengan non-Muslim.

Antara cara yang boleh digunakan ialah :

1- Ceritakan Tentang Keindahan Islam


2- Ceritakan Kebenaran & Kehebatan Al-Quran
3- Ceritakan Muhammad Bin Abdullah Itu Adalah Seorang Nabi & Rasul
4- Mempelajari Ilmu Perbandingan Agama
5- Betulkan Salah Faham non-Muslim Terhadap Islam
6- Menjelaskan Isu-Isu Semasa Umat Islam
7- Akhlak Seorang Daie Sebagai Senjata Utama

PERSEPSI NON-MUSLIM TERHADAP ISLAM DAN KELEMAHAN

Firman Allah SWT yang bermaksud :


..dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi semesta alam. (Surah al-Anbiya, ayat: 107)

Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah SWT ke dunia sebagai Nabi terakhir dalam
menyebarkan risalah tauhid merentasi kaum, warna kulit dan zaman. Komposisi kaum,
bangsa dan agama yang pelbagai merupakan salah satu bukti keunikan hasil ciptaan Allah
SWT. Islam telah berhadapan dengan situasi masyarakat majmuk ini sejak awal
perkembangannya lagi.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai manusia. Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya
kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi
Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Mengenal.(Surah al-Hujurat, ayat 13)

Berdasarkan ayat ini telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT sengaja
menciptakan manusia dengan pelbagai kaum agar manusia dapat merasai kepelbagaian
corak interaksi sosial yang membawa kepada lahirnya unsur-unsur ketaqwaan dalam diri
melalui aktiviti saling kenal-mengenal, bantu-membantu dan hormat-menghormati.

Karakter dan uslub terbaik telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW berkaitan cara
berinteraksi muslim dengan non-Muslim. Buktinya, semasa Nabi Muhammad SAW menjadi
pemimpin di Madinah baginda telah berjaya menyatukan penduduk yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan kabilah.

Realiti di Malaysia

Memikul tugas dakwah kepada non-Muslim bukanlah usaha yang baru. Tanggungjawab ini
telah dipikul setelah sekian lama. Berhadapan dengan masyarakat yang terdiri daripada
multi-bangsa dan multi-agama memerlukan usaha dan teknik yang berbagai.
Dakwah kepada non-Muslim di Malaysia bukanlah suatu tindakan yang mudah untuk
dilaksanakan. Semestinya terdapat mehnah dan tribulasi dalam menempuh liku-liku
perjalanan dakwah ini. Seruan dakwah Islam pada hari ini tidak mendapat galakan dari
kalangan masyarakat non-Muslim disebabkan oleh tindak balas persepsi mereka terhadap
Islam, di antaranya ialah :

a- Sikap prejudis
Pada hari ini umat islam sering dilabel dengan ungkapan fundamentalist, extremist,
terrorist, dan conservative atau kolot. Ungkapan- ungkapan seperti ini sering dicanangkan
oleh media-media yang dikuasai oleh golongan yang memusuhi islam. Gambaran negatif ini
telah menjadikan masyarakat non-Muslim fobia mendengar perkataan Islam dan memberi
anggapan bahawa Islam merupakan agama yang tidak relevan untuk dianuti.

b- Situasi umat islam


Umat islam pada hari ini mengahadapi krisis kekuatan dan kesatuan. Sikap terlalu
bergantung kepada Negara bukan Islam dalam banyak perkara seperti kemajuan sains,
teknologi, kekuatan ketenteraan dan sebagainya membuktikan umat islam lemah dalam
menguasai tuntutan keperluan kehidupan.

c- Masyarakat dan negara Islam


Realiti yang berlaku dalam masyarakat dan negara Islam pada hari ini adalah tidak
memperlihatkan Islam sebagai satu cara hidup terbaik untuk diamalkan. Konsep
pelaksanaan sistem politik, sosial, ekonomi dan kekeluargaan yang diajarkan oleh Islam
hanya tinggal teori sahaja.

Kelemahan Pendakwah

Mendekati masyarakat non-Muslim memerlukan cara dan strategi yang baik. Kelemahan
daie atau pendakwah ketika menyebarkan fahaman Islam kepada masyarakat non-Muslim
menyebabkan dakwah tidak sampai pada sasaran. Kelemahan berpunca daripada beberapa
faktor :

Kejahilan : kejahilan dalam setiap individu muslim merupakan penghalang utama dalam
menyebarkan dakwah kepada non-Muslim. Kejahilan berpunca daripada kurangnya
kefahaman tentang Islam yang jelas.

Kesedaran dakwah : Kesedaran dakwah terhadap non-Muslim boleh dikatakan kurang atau
hampir tiada. Masih ramai yang tidak sedar bahawa tugas menyebarkan dakwah walau
dengan sepotong ayat adalah tanggungjawab setiap muslim.

Tabiat : Sebelum non-Muslim mendekati Islam, mereka terlebih dahulu memerhatikan imej,
penampilan dan setiap tindak-tanduk muslim. Ramai non-Muslim tidak mahu mendekati
Islam disebabkan oleh imej dan tabiat buruk umat islam sendiri.
Kemahiran soft-skill : Islam bukanlah agama yang memaksa manusia menganutinya. Paksaan
hanya dapat mengislamkan manusia dari luaran sahaja. Islam sangat mementingkan dalil,
hujah dan alasan untuk memenangi hati- hati non-Muslim.

Penyelarasan dan kerjasama : Usaha penggemblengan tenaga dari institusi dan badan Islam
masih ditahap minimum. Penglibatan dari agensi dan pimpinan kerajaan amat diperlukan
untuk memberi sokongan dalam penyebaran dakwah.

KESIMPULAN

Dakwah terhadap non-Muslim merupakan fardhu khifayah bagi setiap individu muslim
sekiranya di sana tiada golongan yang melaksanakan tugas-tugas dakwah ini. Dakwah bukan
sahaja hanya boleh disampaikan melalui percakapan seperti dialog, forum, ceramah dan
sebagainya, akan tetapi dakwah juga boleh disampaikan melalui contoh tauladan
sepertimana yang ditunjukkan oleh baginda nabi Muhammad SAW. Dalam melaksanakan
tugas ini, peringkat-peringkat dalam menyampaikan dakwah perlu diambil kira supaya
dakwah yang disampaikan kepada golongan non-Muslim dapat diterima oleh mereka.

Pendekatan atau kaedah dalam berdakwah kepada non-Muslim perlu dipelbagaikan. Para
pendakwah juga perlu mempersiapkan persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi
perkara ini. Persediaan ilmu dan teknik-teknik berdakwah serta mengetahui latar belakang
mad`u dan tahap pemikirannya merupakan langkah awal yang perlu dipersiapkan oleh
pendakwah.

Selain itu, para da`ie atau pendakwah perlu menangani persepsi negatif mengenai Islam
yang sering digembar-gemburkan oleh musuh Islam kepada masyarakat non-Muslim.
Perkara ini juga turut berlaku dalam realiti masyarakat non-Muslim di Malaysia. Selain itu
juga, kegagalan sesetengah orang Islam untuk menjadi duta Islam yang baik menyebabkan
timbul tanggapan yang salah dan gambaran buruk terhadap Islam dari sudut pandangan
non-Muslim. Para da`ie juga perlu memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam
menyampaikan dakwah serta perlu menambahbaikan cara dan strategi berdakwah.

Ringkasnya, pelbagai strategi dan kaedah serta uslub boleh digunakan dalam merealisasikan
perkara ini. Semua pihak perlu memainkan peranan penting dan bertanggungjawab dalam
menyampaikan dakwah kepada golongan non-Muslim supaya cahaya Islam dapat dinikmati
oleh seluruh masyarakat khususnya di Malaysia.

Wallahu alam

Rujukan
1. Al-Quran al-Karim dan terjemahan.
2. Hadis.
3. Raheeq Makhtum karangan Syeikh Al-Mubarakfuri.
4. Fiqh Dakwah karangan Abdul Karim Zaidan.
5. Fiqh Dakwah karangan Dr Jumah Amin Abdul Aziz
6. Thoriq Fi Ad-Dakwah karangan Syeikh Mustafa Masyhur.
7. Bagaimana kita menyeru kepada Islam karangan Dr Fathi Yakan
8. Dakwah Fardiyyah Teori Dan Praktikal karya Sheikh Abdul Halim Al-Kinani.
Penterjemah : YB. Us. Md. Nor Hamzah.
9. USLUB DAWAH (Pendekatan Dalam Berdakwah) oleh Prof. Dato Dr. Harun Din
10. Kertas Kerja Dakwah Kontemporari Siri II, Seminar Politik Islam. Anjuran Badan
Kebajikan Anak Negeri Selangor. Tajuk : Non Muslim Peranan & memperanankan mereka
dalam membentuk negara Islam.
11. Muhadharah Syeikh Abdullah An-Nahari berkenaan Dakwah Bil Hal.
12. Ucapan Perasmian Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-12
13. Dakwah Non-Muslim - Masalah Dan Strategi- Ir Dr Muhamad Faud Yeoh BSc (Hons), BA
Syariah, MPhil, PhD
14. Dakwah non-muslim Ustaz Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr ( Bekas Penganut Agama
Kristian)

[1]Fiqh Dakwah karangan Abdul Karim Zaidan


[2]Muhadharah Syeikh Abdullah An-Nahari berkenaan Dakwah Bil Hal.
[3]Sahih Muslim
[4]Raheeq Makhtum karangan Syeikh Sofiyuddin al-Mubarakfuri
[5]Thoriq Fi Ad-Dakwah karangan Syeikh Mustafa Masyhur
[6]Fiqh Dakwah karangan Dr Jumah Amin Abdul Aziz
[7] Maalim fi manhaj al Dawah : m/s 24

You might also like