You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

BIL.
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
9.1
9.2
9.3
10.0
10.1
11.0
12.0

1.0

TAJUK
PENGENALAN
PENGERTIAN TAMADUN
ASPEK-ASPEK PENTING TAMADUN ISLAM
ASAS TAMADUN ISLAM
SUMBER TAMADUN ISLAM
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH
KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI ABBASIYAH
SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
PERKEMBANGAN EKONOMI
PERKEMBANGAN SOSIAL
FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI

MUKA SURAT
1
2
3
4
7
9
12
14
16
17
20
21
22
22
25
26

PENGENALAN

Tamadun Islam bermula apabila berlaku peristiwa penerimaan wahyu yang pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w
daripada Allah s.w.t. melalui malaikat Jibrail (a.s.) pada bulan Ramadan tahun 610 Masihi, ketika baginda berusia

40 tahun. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab menganut pelbagai kepercayaan dan agama. Agama
yang dianut terdiri daripada agama samawi iaitu Kristian dan Yahudi, ajaran Nabi Isa dan Musa (a.s.) serta agama
hanif (ajaran Nabi Ibrahim (a.s.), manakala kepercayaan-kepercayaan yang diamalkan adalah seperti menyembah
berhala, api, matahari dan sebagainya yang dipanggil sebagai amalan Jahiliah. Perkataan "Jahiliah" berasal
daripada kata kerja bahasa Arab "jahila" yang bermaksud jahil, bodoh dan tidak berilmu pengetahuan.
Masyarakat Arab sebelum Islam jahil dalam bidang akhlak dan keagamaan namun mereka telah maju dalam
bidang-bidang lain seperti pemiagaan, binaan, kesusasteraan pertanian dan sastera.
Perkembangan Tamadun Islam di dunia Arab boleh dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu zaman
Rasulullah dan Khulafa al-Rashidin (610 M - 660 M), zaman Bani Umaiyah (660 M - 750 M), zaman Bani
Abbasiyah (750 M - 1261M), zaman Bani Mughuliyah (Monggols) dan zaman Bani Uthmaniah (1261 M -1924
M). Kekuatan pengaruh Tamadun Islam turut menyumbang ke arah tercetusnya pembaharuan di Eropah dan
seterusnya perluasan sehingga ke Kepulauan Melayu. Zaman Rasulullah S.A.W. dan al-Khulafa' al-Rashidin
merupakan zaman model Tamadun Islam.
Untuk tugasan kali ini, saya akan mengupas dengan lebih lanjut Tamadun Islam pada zaman Kerajaan
Bani Abbasiyah dimana pada zaman ini perkembangan kebudayaan, keilmuan, kegiatan ekonomi dan politik
begitu meluas dan gemilang.

2.0

PENGERTIAN TAMADUN

Perkataan tamadun berasal daripada beberapa perkataan Arab seperti maddana, umran, hadarah,
maddaniah dan beberapa perkataan lain tetapi tamadun lebih popular dan meluas digunakan di
dalam dunia Islam.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah memberi erti umran

sebagai kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju manakala
hadarah pula ialah satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan (Abd
Rahman Ibn Khaldun, 1960). Ibnu Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau Tamadun
Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga
dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus
dan mempunyai nilai-nilai seni.
Menurut Profesor Syed Naquib Al-Attas dalam bukunya yang bertajuk Fahaman
Agama dan Asas Akhlak, tamadun membawa satu takrif Keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakat. (1977).
Mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi ke-4 (2007) , tamadun membawa empat maksud
iaitu yang pertama, keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf
kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran(sosial, politik dan lain-lain) yang tinggi,
peradaban. Maksud yang kedua, negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dan lain-lain) yang tinggi,
peradaban. Maksud yang ketiga, budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau
sesuatu zaman) tertentu, peradaban dan maksud yang keempat, keadaan pemikiran (budaya dan
moral) yang halus, peradaban.
3

3.0

ASPEK-ASPEK PENTING TAMADUN ISLAM

Terdapat tiga aspek penting dalam Tamadun Islam, iaitu aspek manusia, aspek masyarakat dam
aspek sejarah. Aspek manusia berkisar dalam tiga persoalan pokok, iaitu dari mana kita berasal,
kenapa kita diwujudkan dan ke mana kita akan pergi. Jawapan kepada persoalan-persoalan ini
akan menentukan hala tuju dan pembentukan Tamadun Islam.

Aspek masyarakat pula

melibatkan perkara-perkara berikut iaitu hak untuk hidup, hak untuk bebas, maruah dan hak
peribadi, hak berfikir, beragama dan mengeluarkan pendapat, serta keadilan dan kehakiman.
Aspek sejarah dalam Tamadun Islam merupakan satu mekanisma panduan, teladan dan
sempadan. Pengajaran dari fakta sejarah akan mendorongkan seseorang melakukan atau
meninggalkan suatu perbuatan. Kepentingan aspek ini terbukti pada sebahagian kandungan alQuran yang memaparkan sejarah umat yang silam dan juga sejarah para nabi (anbiya). Sebagai
contohnya, Surah Maryam menceritakan kisah Maryam yang merupakan ibu kepada Nabi Isa
AS. Demikian juga surah Ali Imran menceritakan kisah keluarga Imran yang juga salasilah
keluarga Nabi Isa AS. Surah Ibrahim memaparkan kisah Nabi Ibrahim AS termasuk kisahnya
dibakar oleh Namrud, namun tidak terbakar. Kisah Nabi Musa dengan Firaun, Nabi Lut dengan
umatnya, Nabi Nuh dilanda banjir besar, Nabi Ayob dtimpa penyakit, Nabi Syuib dengan
tanamannya, Nabi Harun menjadi teman Nabi Musa, Nabi Khaidir dan nabi-nabi yang lain
termasuk yang tidak dinyatakan namanya dengan jelas. Semua kisah sejarah ini bukan sekadar
dipaparkan untuk memenuhkan al-Quran tetapi untuk dijadikan iktibar dan teladan perjalanan
manusia hari ini dan akan datang.

Aspek-aspek manusia, masyarakat dan sejarah akan

melahirkan tamadun agung, iaitu tamadun yang menepati matlamat penciptaan manusia,
menghormati hak-hak asasi manusia dan menjadikan peristiwa silam sebagai dorongan ke arah
penciptaan tamadun yang lebih dinamik.
4

4.0

ASAS TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam terikat dengan beberapa perkara penting yang menjadi asas pembinaan tamadun.
Antaranya ialah akidah, syariah, akhlak dan ilmu. Empat asas ini dikuti dengan asas keadilan,
semangat kejiranan, toleransi dan kebebasan beragama sebagai pra-syarat Tamadun Islam.
(Mahyudin Hj.Yahya :1998:15).

Asas-asas ini menjadikan Tamadun Islam tetap unggul

walaupun tidak terbina di atas tapak sejarah awal Islam iaitu di Semenanjung Tanah Arab,
khususnya

di

bumi

Mekah

al-Mukarramah

dan

Madinah

al-Munawwarah.

Akidah merupakan satu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah
SWT, para rasul, para Malaikat, Kitab-kitab, Hari Akhirat dan Qada Qadar Allah. Keyakinan
kepada konsep tauhid kepada Allah memberi kesan dalam kehidupan manusia.

Tauhid

merupakan falsafah kehidupan dalam Islam dan menjadi asas kepada kelahiran tamadun.
Keimanan kepada Allah SWT akan mengubah dan membentuk pandangan manusia terhadap
Tuhan, sesama manusia dan alam semesta. Zaman Nabi Muhammad SAW merupakan zaman
kegemilangan Tamadun Islam, sama ada dalam aspek politik, pentadbiran mahupun ekonomi.
Umat Islam telah berjaya membentuk sebuah kerajaan Islam yang kukuh di Kota Madinah
dengan berasaskan akidah. Akidah yang mantap telah membentuk sistem nilai, iaitu suatu sistem
yang mengawal sifat dan bentuk ketamadunan.
Syariah merangkumi ibadah dan muamalah. Ibadah ialah peraturan-peraturan untuk
melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ia juga meliputi perilaku melaksanakan
kebaikan kepada sesama manusia dan alam.

Muamalah pula ialah peraturan perhubungan

sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan. Aspek
syariah dalam Tamadun Islam dilihat sebagai pemangkin kepada keutuhan dan kecemerlangan
tamadun.

Ia juga menjadi pembeza antara Tamadun Islam dengan tamadun-tamadun lain.


5

Melaksanakan keadilan pula adalah prinsip penting dalam perlaksanaan syariat Islam.

Ia

menjadi lambang kesucian agama Islam. Pelaksanaan keadilan merupakan asas bagi setiap
penyusunan masyarakat dan negara. Oleh itu, jika akidah boleh diibaratkan sebagai sumber
inspirasi dalam menggerakkan tamadun, syariah pula adalah sebagai penunjuk jalan, penentu
kaedah dan perlaksanaan Tamadun Islam. (Azhar, 2000: 129).
Akhlak merupakan mekanisma yang menggerakkan umat Islam menjadi umat yang
bertamadun tinggi. Tanpa akhlak, Tamadun Islam yang dibina tidak mempunyai sebarang erti.
Oleh itu, dalam ajaran Islam, akhlak merupakan pelengkap kepada akidah dan syariah. Imam alGhazali menjelaskan akhlak merupakan suatu kebiasaan yang terdapat dalam diri manusia.
Seseorang akan melakukan dengan mudah dan tidak perlu berfikir untuk menghasilkan
perbuatan dan tingkah laku. Sekiranya tingkah laku seseorang itu indah dan terpuji ia dinamakan
akhlak yang baik (akhlak mahmudah), tetapi jika perbuatan atau tingkah laku itu keji ia
dinamakan akhlak yang buruk (akhlak mazmumah). (Aboebakar Atjeh, 1985:13)
Nilai akhlak sebagai satu unsur pembinaan tamadun sudah ada dalam tamadun-tamadun
silam seperti Tamadun Yunani atau lain-lain tamadun. Walau bagaimanapun, nilai-nilai murni
dalam nilai akhlak disempurnakan oleh Nabi Muhamad SAW. Ini berdasarkan satu hadis
Rasulullah SAW yang bermaksud Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan
kemuliaan akhlak. Nilai paling utama dalam kehidupan manusia ialah nilai baik yang akan
membentuk akhlak seseorang dan ia tidak ditentukan oleh akal manusia, sebaliknya oleh wahyu
Allah SWT dan sunnah Rasul-Nya. Nilai yang diketengahkan oleh ajaran Islam terbukti lebih
sesuai dengan fitrah manusia. Oleh kerana itu, nilai dalam akhlak Islam mampu merentasi
sempadan, masa dan geografi. Akhlak Islam amat berperanan membantu keutuhan sesebuah
tamadun dalam rangka manusia melaksanakan amanah sebagai khalifah di dunia. Segala bentuk
6

perlakuan yang berasaskan ajaran Islam membawa penganutnya mengamalkan akhlak yang
mulia.
Kelahiran Tamadun Islam juga berasaskan ilmu pengetahuan yang disarankan oleh
firman Allah SWT dalam surah al-Alaq (ayat Iqra).

Ia merupakan wahyu pertama yang

diturunkan kepada Rasulullah SAW. Penekanan kepada ilmu pengetahuan yang bermula dari
peringkat awal telah membangkitkan kesedaran pentingnya pembinaan tamadun berasaskan
pengetahuan. Sejarah kegemilangan Tamadun Islam telah berjaya dicipta kerana penghayatan
ummah terhadap budaya ilmu dalam kehidupan seharian. Selain daripada kejayaan melahirkan
tenaga-tenaga mahir dan professional dalam pelbagai bidang, masyarakat Islam juga mempunyai
pegangan agama yang teguh, pemikiran yang tinggi dan akhlak yang luhur. Ilmu merupakan
elemen penting yang menjadi pemangkin pergerakan manusia.

Penguasaan pelbagai ilmu

pengetahuan menjadikan masyarakat Islam mampu melakukan penelitian, pengkajian dan


menghasilkan penemuan baru atau teknologi. Antara contoh intelektual Islam yang menjadi
pemangkin budaya ilmu pengetahuan dalam masyarakat seperti Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu
Maskawayh, Ibn Batutah, Ibnu Khaldun, al-Farabi, al-Kindi, al-Khawarizmi, al-Ghazali, alBiruni dan al-Battani. Selain itu, para ulama Islam turut berkembang kerana pemilikan ilmu.

5.0

SUMBER TAMADUN ISLAM

Sumber Tamadun Islam terbahagi dua, iaitu sumber wahyu dan sumber sekunder. Sumber
wahyu terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Al-Quran mrupakan mukjizat yang

diwahyukan oleh Allah SWT melalui Jibril AS kepada Nabi Muhammad SAW dan membacanya
dikira sebagai ibadah. Al-Quran mengandungi keseluruhan ajaran Islam yang merangkumi
konsep ketuhanan, sistem perundangan, alam ghaib, nilai moral, fakta-fakta sains, sejarah dan
lain-lain lagi. Al-Quran sebagai mukjizat tetap terpelihara daripada sebarang bentuk usaha
penyelewengan dan penambahan. Al-Quran sebagai sumber yang dapat disaksikan hingga ke
hari ini sentiasa menyeru umat Islam melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan serta
membangunkan alam untuk kebaikan bersama. Selain itu, al-Quran menekankan aspek keadilan
dan segala prinsip-prinsip sosial.

Selain al-Quran, sumber kedua yang menjadi sumber

Tamadun Islam ialah sunnah atau hadis Nabi Muhammad SAW. Al-Sunnah ialah segala yang
disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada perkataan, perbuatan dan pengakuan serta sifat
atau akhlak dan riwayat hidup baginda sebelum dan sesudah dilantik menjadi Rasul.
Sumber ini diterima sebagai sumber yang benar dan berautoriti dalam Tamadun Islam. Sunnah
bukan sekadar bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih walaupun
kesahihannya mengambil tempat kedua selepas al-Quran, malah dari sudut lain, adalah tidak
mungkin untuk melihat agama Islam sebagai sesuatu yang sempurna tanpa bantuan dan
penjelasan al-Sunnah. Walau bagaimanapun, haruslah diingat bahawa sunnah yang diterima
sebagai sumber autoriti ini hanyalah sunnah yang sahih sahaja.
Selain daripada al-Quran dan al-Sunnah, terdapat sumber lain yang berperanan sebagai
pengukuh kepada penjanaan Tamadun Islam. Antaranya ialah ijtihad, ijmak ulama, al-Qias,
Masalih al-Musalah dan al-Istihsan. Kesemua sumber ini dihasilkan oleh pemikir Islam yang
8

berusaha mencernakan Islam dalam kehidupan seharian umat Islam yang semakin kompleks.
Pemikiran intelek dan ulama Islam yang melahirkan pelbagai kaedah Islam tetap berdasarkan
firman Allah dalam al-Quran dan hadith Nabi SAW.
Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis yang mendorong manusia belajar dan
menggunakan akalnya atau memperkembangkan semangat intelektualisma. Contohnya, ialah
ayat-ayat yang disudahi dengan ungkapan yang bermaksud Apakah kamu tidak menggunakan
akal, Apakah kamu tidak berfikir dan lain-lain lagi. Ayat-ayat ini mengandungi maksud
supaya umat Islam menggunakan akal untuk memerhati dan mempelajari alam sekeliling. Di
samping itu, terdapat juga mekanisma lain yang kewujudannya merupakan manifestasi kepada
sumber-sumber ini seperti pembentukan pentadbiran yang berkesan selari dengan ajaran Islam,
monumen-monumen indah yang melambangkan keagongan Islam dan ketinggian ilmu-ilmu
Islam sehingga menjadi rujukan kepada pembinaan tamadun lain.

Tidak dinafikan juga

keindahan seni Islam seperti seni kaligrafi, seni bunyi, seni tampak dan sebagainya turut menarik
perhatian dan minat masyarakat dunia.

6.0

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

Ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh para sarjana Barat seperti wujudnya penempatan,
kemunculan kota atau bandar, peningkatan kualiti hidup, wujudnya organisasi, bahasa dan
penggunaan tulisan dan adanya daya reka cipta, turut terkandung dalam masyarakat Islam yang
menjadi penunjang Tamadun Islam. Bahkan ciri-ciri Tamadun Islam lebih luas daripada yang
dinyatakan. Namun ciri-ciri khusus Tamadun Islam tersebut jarang diketengahkan. Ciri-ciri
Tamadun Islam mempunyai keistimewaan dan nilai tersendiri. Ciri-ciri tersebut adalah seperti
berikut iaitu rabbani, keseimbangan dan kesederhanaan, universal, ideal dan realistik, tetap dan
anjal serta menyeluruh.
Ciri rabbani menunjukkan Tamadun Islam di dasari oleh nilai-nilai ketuhanan dan
keagamaan. Menerusi ciri ini, umat Islam sedar hakikat keberadaannya di dunia ini adalah
sebagai khalifah Allah yang diamanahkan untuk membangunkan setiap wilayah yang diduduki.
Sumber, matlamat dan tujuan kehidupan manusia berteraskan ketetapan Allah SWT yang
terkandung dalam al-Quran. Selain itu, ciri ini juga menjadikan umat Islam sedar bahawa
tujuan penciptaan manusia adalah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah
SWT. Perhubungan manusia dengan Allah SWT merupakan matlamat tertinggi dalam Tamadun
Islam. Sementara perhubungan manusia sesama manusia dan alam lainnya adalah pelengkap
hubungan dengan Maha Pencipta. Ciri ini juga menjadi bukti semua bangsa adalah sama dalam
masyarakat Islam.

Pembezanya hanyalah iman dan takwa, bukan warna kulit, pangkat,

keturunan dan kekayaan. Oleh itu, ciri ini merupakan tunggak utama Tamadun Islam dan asas
perbezaan Tamadun Islam dengan tamadun lain.

10

Kesimbangan bermaksud seimbang antara dua keadaan yang bertentangan.

Konsep

keseimbangan dalam Tamadun Islam merangkumi kerohanian (spiritual) dan kebendaan


(material), tanggungjawab ibadat kepada Allah dan urusan kehidupan dunia, kepentingan
individu

dengan

masyarakat

dan

keseimbangan

nilai

spiritual

dengan

material.

Tamadun Islam tidak terikat kepada bangsa tertentu, tempat dan tempoh tertentu, bahkan
Tamadun Islam milik seluruh manusia yang berpegang kepada Din al-Islam. Ini bermakna
Tamadun Islam sesuai dengan segala bangsa dan situasi.

Ia juga menepati keperluan dan

peredaran zaman. Tamadun Islam berpegang kepada konsep ummah dan tidak disandarkan
kepada sesuatu bangsa atau kawasan tertentu. Dengan ciri ini terbukalah ruang kepada semua
bangsa di dunia untuk membentuk masyarakat Islam dan membina tamadun sejagat.
Islam sentiasa meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat
dicapai dengan memberi landasan kukuh kepada seluruh kegiatan agar tidak bercanggah dengan
ajaran Allah SWT. Ciri realistik mengambil kira kehidupan manusia di alam sejagat dengan
kepercayaan bahawa alam sejagat merupakan suatu hakikat yang berlaku di dunia nyata. Dunia
nyata adalah antara bukti kewujudan Allah SWT yang Maha Pencipta.

Tamadun Islam

mempunyai prinsip yang tetap dan tidak berubah pada sasaran dan matlamat pembinaan
tamadun, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik pelaksanaanya. Islam memberi kebebasan dari
sudut merealisasikan tamadun pada setiap bangsa yang berbeza dengan mengambil kira
matlamat yang harus di capai, bukan kemajuan dari sudut kebendaan semata-mata.
Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk aspek akidah, syariat
(undang-undang) dan akhlak. Demikian juga hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan
sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ia juga merupakan satu seruan keadilan
untuk semua manusia, sama ada Islam atau bukan Islam, musuh atau lawan dan mempunyai

11

hubungan keluarga ataupun tidak. Dari aspek kehakiman, Tamadun Islam telah terbukti dapat
mengembalikan hak kepada yang empunya, sebagaimana yang berlaku dalam sejarah Islam.
Tamadun Islam juga menyentuh aspek kenegaraan yang meliputi hubungan dalam negara
mahupun antarabangsa.

12

7.0

LATAR BELAKANG KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Nama Kerajaan Abbasiyah diambil bersempena nama bapa saudara Rasulullah iaitu Al-Abbas.
Penubuhannya adalah untuk merialisasikan idea keturunan Bani Hasyim yang menganggap
tampuk pemerintahan Islam lebih layak disandang oleh mereka. Kerajaan ini telah ditubuhkan
secara rasmi oleh khalifah yang pertama bagi kerajaan ini iaitu Abu Al-Abbas As-Saffah.
Kerajaan ini muncul berpunca daripada penentangan secara dalaman dan luaran dalam
kerajaan Ummaiyah iaitu penentangan daripada golongan Mawali yang mana mereka berasa
telah didiskriminasi. Mereka juga telah dikenakan cukai yang lebih berbanding orang Arab yang
lain dan mereka tidak dapat memegang jawatan yang dianggap layak bagi mereka. Kesannya,
mereka telah menyertai gerakan Abbasiyah bagi menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah. Pada
masa yang sama, di akhir zaman Bani Ummaiyah, khalifah telah mengabaikan tanggungjawab
terhadap rakyat dan ajaran Islam, serta berlaku penentangan terhadap sistem warisan dalam
pemilihan khalifah. Akhirnya, mereka telah melancarkan revolusi Abbasiyah dan berjaya
menjatuhkan kerajaan Bani Ummaiyah.
Kerajaan ini mewarisi sistem khalifah secara warisan seperti juga Kerajaan Bani
Umaiyah iaitu menentukan sendiri bakal khalifah sebelum wafat.

Ia dipimpin oleh 37 orang

khalifah. Kerajaan Bani Abbasiyah memerintah selama lima kurun dan berpusat di Baghdad.
Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur kebudayaan
Parsi kerana ramai orang Parsi yang memeluk Islam dan menjawat jawatan penting dalam
Kerajaan Bani Abbasiyah. Dari segi sistem pemerintahan, kerajaan Bani Abbasiyah ini boleh
dibahagikan kepada tiga iaitu al-Khalifah, al-Wazir dan juga al-Dawawin.

13

Al-Khalifah ialah Ketua Negara yang bertindak Pemimpin Tertinggi dalam Wilayah
Islam, al-Wazir pula ialah Perdana Menteri yang bertindak sebagai Ketua Pentadbir, manakala alDawawin ialah Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan) dan
berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha). Baghdad menjadi pusat kegiatan
ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun
al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.

14

8.0

KHALIFAH-KHALIFAH KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Perkembangan jawatan ketua negara kerajaan Bani Abbasiyah boleh diringkaskan seperti berikut
iaitu menjalankan dasar dalam pemerintahan sebagai warisan daripada Nabi Muhammad yang
bertanggungjawab dalam menegakkan negara Islam dan dasar politiknya.

Dalam struktur

kerajaan Bani Abbasiyah, khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca
daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual (divine
authority).
Khalifah pertama Abbasiyah bernama Abu Abbas Abdullah As-Saffah, memerintah
selama empat tahun sembilan bulan (750M-754M). Antara sumbangan terulung baginda ialah
mengasaskan Kerajaan Abbasiyah. Selain itu baginda juga telah menghapuskan pemberontakan
yang ada pada zaman itu.
Khalifah yang kedua pula dipimpin oleh Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.

Baginda

merupakan saudara kandung kepada As-Saffah iaitu pemerintah zaman kegemilangan Kerajaan
Bani Abassiyah. Baginda menjadi khalifah selama 22 tahun iaitu bermula (136H/754M 158H/775M). Antara sumbangan baginda dalam membangunkan Kerajaan Bani Abbasiyyah
ialah menjadikan kota Baghdad sebagai ibu kota dan membangunkannya. Selain itu baginda juga
memperbaiki sistem cukai, membuat saliran-saliran air di kawasan pertanian serta menyediakan
pasar di tempat yang strategik.
Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah meneruskan kegemilangannya dibawah
pemerintahan khalifah yang warak dan terkenal iaitu Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Baginda

memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M). Antara sumbangan baginda


15

dalam membangunkan Kerajaan Bani Abasiyyah ini ialah memerintahkan Al-Qadhi Abu Yusuf
untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kitab Al-Kharaj. Selain itu baginda
juga turut mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah serta menubuhkan Baitul Hikmah
iaitu pusat ilmu pengetahuan. Pembangunan ini telah menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat
perdagangan, ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Baginda juga membina lebih banyak
kemudahan awam seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.
Kerajaan Bani Abbasiyah terus dipimpin oleh Khalifah Al-Makmum atau nama sebenar
baginda Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum iaitu putera kepada Harun Ar-Rasyid. Baginda
menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M). Antara sumbangan baginda
kepada kegemilangan Kerajaan Bani Abbasiyah ialah memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar
yang berjaya. Selain itu baginda turut menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan.

16

9.0

SUMBANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah. Umat
Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang sejagat. Islam mengamalkan
konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa serta warna kulit. Oleh kerana itu
perhambaan sesama manusia dihapuskan. Dasar politik kerajaan Abbasiyah yang diamalkan
memberi layanan yang adil kepada golongan orang bukan Islam. Mereka menikmati kebebasan
mengamalkan agama mereka sendiri. Disebabkan itu penduduk setempat tertarik dengan Islam
serta akhlak umatnya dan ini merupakan faktor utama yang mendorong penyebaran Islam ketika
pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah.

Kesan dari penyebaran Islam ini telah mengubah

pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut.


Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu yang
terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan,
fizik dan falsafah. Kerajaan Bani Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti
masjid dan sekolah agama.

Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat

berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas
dari baitulmal untuk para ulamak dan pendakwah menjalankan aktiviti dakwah juga menjadi
faktor penyebaran Islam ketika ini.
Kedudukan Baghdad yang strategik juga turut menyumbang kepada penyebaran Islam.
Ia berada di tengah-tengah laluan pedagang Timur dan Barat.

Kedudukan Baghdad yang

menjadi tumpuan dalam bidang keilmuan dan perdagangan telah menjadikannya sebagai pusat
kegiatan perdagangan dan pusat pertemuan sarjana dari Timur dan Barat. Ketika inilah para

17

pendakwah telah mengambil kesempatan untuk menyebarkan ajaran Islam kepada pedagangpedagang yang bukan beragama Islam.
9.1

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

Perkembangan ilmu pada zaman ini terbahagi kepada dua tahap iaitu yang pertama proses
penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik khususnya dalam bidang sains dan falsafah bahasa
Yunani, Suryani, Parsi dan Sanskrit ke dalam bahasa Arab. Tahap ini dianggap penting kerana
menjadi tunjang pembentukan ummah yang berteraskan nilai keislaman sebenar. Yang keduanya
iaitu era kelahiran dan kebangkitan intelektual Muslim yang menyaksikan kegiatan
penterjemahan, penyaringan dan penghasilan karya-karya asli dilakukan secara sistematik. Pada
peringkat ini berlaku kegiatan penterjemahan secara giat karya- karya klasik Yunani dalam
bidang sains dan falsafah ke bahasa Arab.
Pembesaran Khizanah al-Hikmah yang kemudiannya digelar Bayt al-Hikmah oleh al
Ma'mun membolehkan pelbagai kemudahan keilmuan diwujudkan. Bayt al-Hikmah diwujudkan
sebagai satu institusi keilmuan serba lengkap yang menggabungkan pelbagai institusi keilmuan
serba lengkap seperti penterjemahan, penyalinan manuskrip, akademi pengajian tinggi dan balai
cerap turut dilengkapi dengan kemudahan tempat tinggal untuk kakitangannya.

Proses

pembukuan ilmu pengetahuan seperti kitab al-Kharaj yang ditulis oleh Abu Yusuf, buku dari
ilmu Fiqh, tafsir, hadith, perubatanuh, fizik, falsafah, astronomi dan sastera dibukukan agar
rakyat mendalami ilmu tersebut.
Lahirnya mazhab dan karya-karya penulisan yang disusun secara sistematik seperti
mazhab Hanafi yang telah diasaskan Imam Abu Hanifah. Beliau turut menghasilkan Kitab Fiqh
al-Akbar dianggap sebagai pelopor aliran pemikiran secara ra'yi dan manthiq.
18

Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ini telah melahirkan beberapa tokoh ilmuan yang
terkenal yang telah menemukan beberapa bidang ilmu iaitu ilmu yang berteraskan wahyu dan
akal serta menjadi sumber rujukan utama pada masa kini. Dalam bidang ilmu yang berteraskan
wahyu, Yahya bin Ziyad al-Farra yang terkenal dengan ilmu tafsirnya telah menghasilkan
karyanya dalam kitab Maani al-Quran, dalam ilmu hadis yang menjadi sumber rujukan utama
iaitu imam-imam yang menghasilkan kitab hadis yang masyhur seperti sunan sittah. Ilmu fekah
daripada imam-imam terkenal seperti imam abu Hanifah, imam Malik, imam Syafie, Imam
Ahmad Hanbal, imam Al- Qadhi Abu Yusuf, Imam Mawardi, dalam ilmu Tauhid pula iaitu ilmu
matematik,Imam Abu Hassan al-Asari dan Imam al-Ghazali.
Tokoh dalam Ilmu yang berteraskan akal pula seperti imam Muhammad bin Musa alKhawarizmi dengan karya Hisabul Jabri wal-Muqabalah yang telah menemukan formula
Trigonometri, Algebra, Geometri, Logarithma, pengenalan kepada sistem angka dalam abjad,
pengenalan bilangan sifar (0) dalam sistem angka. Imam al- Batani dalam ilmu Falak telah
menemukan penemuan baru dalam mengukur jarak antara bumi dan matahari, membuat jadual
pergerakan bulan dan bintang, menjelaskan sistem geologi bumi serta pengaruh bulan dan
matahari terhadap pertukaran musim dan mencipta alat pengukur sudut (astrolabe). Imam Jabir
bin Hayyan dalam bidang Kimia telah menemukan asid galian seperti asid nitric, asid sulfuric,
dan asid hidroklorik dan mencipta teori penghasilan alkohol dan membaiki proses pembuatan
kaca.
Seterusnya imam al-Hassan bin Haitam menghasilkan lebih 200 karya seperti Kitabul
Manazir, Maqalatun Fi DhauI dan Maqalatun Fi at-Tahlil wa at-Tarkib dalam ilmu fizik dengan
mencipta teori pergerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya, menjelaskan tentang lapisan
mata serta proses penglihatan, menyukat kelajuan bumi dan cahaya dan mencipta cermin mata.
19

Imam As-Syarif al-Idrisi menghasilkan ensiklopaedia peta Eropah dalam ilmu Geografi dengan
penemuan memberi ujaran yang tepat tentang keluasan permukaan bumi dan menghasilkan peta
dunia pertama dalam bentuk glob.
Ilmu pelayaran diteruskan dari zaman Umayyah ke zaman Bani Abbasiyyah.

Bani

Abbasiyyah telah mengembangkan usaha kajian terhadap maritim dan kelautan. Pelbagai
panduan dan pedoman dibangunkan bagi mengatasi masalah panduan lama menggunakan angin
malam dan bintang-bintang.
Orang Islam pada zaman ini telah membina hospital dan klinik serta sekolah-sekolah
perubatan yang lengkap dengan pusat penyelidikan. Al-Zahrawi telah memperkenalkan kaedah
penelitian ilmiah dalam ilmu kedoktoran dan pembedahan. Ibnu Sina dalam kitabnya Qanun fi
al-Tibb dalam bidang perubatan yang telah menemukan beberapa bidang perubatan seperti
menjelaskan kesan kuman dalam penyakit, menjelaskan teori jangkitan virus seperti Tibi,
menemui pelbagai penyakit seperti Rubella, alahan, cacar, dan penyakit jiwa. Beliau turut
mencipta ubat-ubatan untuk berbagai-bagai penyakit kronik dan mencipta picagari, ubat bius,
dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
Orang Islam telah mewujudkan ilmu ukur, bidang, lingkaran dan sistem hitungan yang
terdapat dalam matematik.

Dalam perspektif Islam, matematik adalah suatu jalan yang

menghubungkan diantara sensibel dengan intelengible. Diantara ahli matematik Islam yang
terkenal ialah Al-Khawarizmi. Ilmuwan di Mesir, Syria, Iraq dan Hijaz telah memperkenalkan
alat-alat ukur yang bermanfaat daalam aktiviti pertanian. Mereka juga aktif melaksanakan kajian
dalam pertanian dan penternakan. Ahli falsafah semasa tempoh pemerintahan Abbasiyyah yakin
bahawa wujud hubungan antara al-Quran dengan akal. Mereka telah berjaya menghubungkan

20

diantara ajaran yang dibawa oleh al-Quran dan kefahaman berlandaskan akal fikiran.
Buku-buku sejarah yang disusun pada zaman Abbasiyah membahaskan tentang sejarah
peperangan, ekonomi, politik, sosial, suku kaum, golongan dan sebagainya. Sebagai contoh, Abu
Ismail Al-Azdi yang menghasilkan Futuh al-Syam.
Ketika zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah juga telah banyak buku yang
terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam Lahirnya
tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad Hambal dan Ibrahim
Adham.

Baghdad juga telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan, kesusasteraan dan

perdagangan. Pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah telah berkembang subur seni budaya seperti
seni suara, seni drama, seni muzik, seni pahat, ukiran, sulaman, lukisan dan hiasan bangunan.
9.2

PERKEMBANGAN EKONOMI

Khalifah Harun al-Rasyid telah menjana kemajuan yang pesat di Baghdad pada zaman
pemerintahan Abbasiyah. Kemajuan ini dapat dilihat melalui kejayaan Baghdad sebagai pusat
pelabuhan bertaraf antarabangsa dengan menjadikan lembah Sungai Tigris sebagai pusat
pelabuhan kapal perang dan kapal pedagang antarabangsa berlabuh. Pengurusan negara yang
efisien juga telah menjadikan Baghdad sebagai pusat perdagangan yang terkenal dan saudagar
Islam yang berjaya menguasai pasaran dunia kerana barangan yang didagangkan terdiri daripada
bahan galian seperti emas, permata,intan serta bahan sutera.
Pada zaman Jaa'far al-Mansur, telah melantik seorang pegawai kewangan yang
bertanggungjawab dalam urusan kewangan dan sistem ekonomi negara. Petani dikenakan cukai
perdagangan ('usyur) dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka.
Kemantapan ekonomi adalah dibantu dengan pembinaan semula kota Baghdad seperti
21

menambah bangunan-bangunan pusat pentadbiran, rumah pegawai, masjid, bangunan pejabat


dan istana agar dapat menarik lebih ramai pedagang luar untuk berdagang di Baghdad.
9.3

KEMAJUAN SOSIAL

Islam tidak pernah membezakan jantina dalam memberi sumbangan terhadap usaha memajukan
negara. Ini dapat dilihat ketika pelaksanaan pembinaan tali air yang dipelopori oleh seorang
wanita Islam. Pembinaan prasarana seperti rumah sakit dan farmasi memberi kemudahan dan
menjaga kepentingan kesihatan rakyat. Pembinaan pusat-pusat pemandian umum di beberapa
tempat dalam kerajaan Abbasiyyah turut dilakukan.

22

10.0

FAKTOR KEGEMILANGAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegemilangan pada zaman kerajaan Abbasiyah.
Antaranya ialah kestabilan politik. Khalifah yang pertama iaitu Abu Abbas Abdullah As-Saffah
memberi perhatian yang serius kepada pembasmian pemberontakan dan perbalahan puak.
Dasar politik kerajaan Bani Abbasiyah yang diamalkan memberi layanan yang adil
kepada golongan orang bukan Islam. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka
sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding
dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada
zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah. Orang bukan Islam juga diberi layanan baik
selagi mereka tidak mengkhianati Bangsa lain.
Kerajaan Bani Abbasiyah juga menjalankan hubungan diplomatik yang baik dengan
negara luar bagi mengekalkan kestabilan ekonomi kerajaan. Kedudukan Baghdad yang strategik
yang berada ditengah-tengah laluan para pedagang timur dan barat menjadikannya sebagai pusat
kegiatan perdagangan dan pusat pertemuan sarjana timur dan barat.
Penghayatan konsep kerja sebagai ibadat mendorong para sarjana untuk mengkaji tentang
muamalat menurut islam. Umat islam terdorong secara aktif dalam bidang ekonomi hasil dari
cetusan idea & hukum hakam yang dihurai oleh para cendekiawan islam dalam konsep
muamalat.
10.1

FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Kerajaan Bani Abbasiyyah yang diasaskan oleh Abu Abbas as-Saffah itu hanya sempat bertahan
selama 508 tahun (5 kurun) iaitu pada tahun 750 hingga 1258 Masihi. Namun dalam tempoh
400 tahun yang terakhir, pemerintahan Bani Abbasiyyah hanya tinggal pada nama sahaja.
23

Keagungan dan kehebatan sebelumnya gagal dikembalikan semula. Malahan berpunca daripada
kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri. Kerajaan Bani
Abbasiyyah menjadi lemah dan terus merosot. Akhirnya kerajaan Bani Abbasiyyah tumbang
pada tahun 1258 Masihi apabila digempur oleh tentera Hulagu Khan.
Faktor utama kejatuhan kerajaan Bani Abbasiyah adalah disebabkan oleh kelemahan
pemerintahnya sendiri. Pada pemerintahan Al- Wasiq tidak ada sebarang pembaharuan yang
dilakukan dan bergantung hanya kepada pegawai-pegawai Turki untuk mentadbir negara
menyebabkan politiknya telah dipengaruhi oleh Turki dan Parsi. Saudara Al-Wasiq iaitu AlMutawakkil mengambil alih pemerintahan dan cuba untuk mengembalikan kegemilangan
pentadbiran khalifah tanpa campur tangan pegawai berbangsa Turki dan Parsi. Usaha beliau
tidak dapat diteruskan kerana pengaruh Turki dan Parsi begitu kuat menguasai percaturan politik
kerajaan Bani Abbasiyah.
Perebutan kuasa daripada putera-putera Al-Mutawakkil mengakibatkan lagi kelemahan
dalam pentadbirannya. Pemberontak dari golongan syiah dan khawarij juga sering mengganggu
pentadbiran kerajaan Bani Abbasiyah.

Mereka berpendapat jawatan khalifah hanya layak

disandang oleh pemimpin kumpulan mereka sahaja. Keadaan ini mengganggu keamanan negara.
Selain mengalami kemunduran dalam bidang politik, Kerajaan Bani Abbasiyyah juga mengalami
kemerosotan ekonomi yang teruk sehingga menyebabkan jatuhnya kerajaan Bani Abbasiyah.
Kawasan-kawasan kecil

ada yang menuntut kemerdekaan dari jajahan Abbasiyah dan ini

menyebabkan jumlah bayaran pajakan daripada wilayah-wilayah semakin berkurangan. Bagi


meningkatkan pendapatan, pemerintah mengarahkan tentera memungut cukai secara paksa.
Pendapatan Kerajaan Bani Abbasiyyah turut menurun kerana para pengutip cukai memonopoli
hasil cukai. Pertanian pula terganggu kerana lumpur menimbus sistem pengairan. Rusuhan dan
24

pemberontakan yang berlaku pada akhir zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah juga
menyebabkan para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad menyebabkan dana yang
tersimpan di Baitulmal semakin merosot berbanding peruntukan yang dikeluarkan. Malahan
berpunca daripada kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri.
Pada tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini bukan sahaja
mengakhiri kekuasaan Kerajaan Bani Abbasiyyah di sana, tetapi juga merupakan tanda awal
kemunduran politik dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan
peradaban Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan
oleh tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan. Dalam kejadian itu, digambarkan bahawa
Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar. Akhirnya, kota
Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol. Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan
membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad
telah dihancurkan. Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah dikumpulkan
dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat daripada
tulisan kitab-kitab itu.

25

11.0

KESIMPULAN

Era pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah merupakan era keemasan dan kegemilangan Islam.
Ketika ini kedaulatan umat Islam sampai ke kemuncak kemuliaan, baik dari segi kekayaan,
kemajuan atau kekuasaan. Ketika ini juga telah lahir pelbagai cabang ilmu yang penting yang
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain itu, sumbangan umat Islam untuk peradaban
dunia juga hasil cetusan minda para cendikiawan besar dan hebat yang lahir ketika era Kerajaan
Bani Abbasiyyah.
Namun begitu, terdapat pengajaran penting yang perlu diberi perhatian dalam kita
menghayati dan menyulusuri sejarah sepanjang Kerajaan Bani Abbasiyyah yang telah menguasai
dunia berabad-abad lamanya. Pengajarannya ialah umat Islam jangan mudah terlena dengan
kekuasaan yang dimiliki, kerana apabila leka dibuai mimpi indah dan hidup dalam keadaan
bermegah-megah akan menyebabkan kita tersasar dari ajaran Allah s.w.t yang telah disampaikan
melalui utusannya Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini juga menjadi pemacu kepada umat Islam
kembali bangkit untuk mencapai kembali kegemilangan Islam seperti yang pernah diraih ketika
era Kerajaan Bani Abbasiyyah. Umat Islam harus bersedia untuk memiliki segala kepakaran
yang diperlukan demi mempertingkatkan martabat umat Islam dan mengelak dari bergantung
dengan pihak lain.

Umat Islam wajib berusaha memiliki pelbagai kepakaran, sama ada

kepakaran ilmu agama yang terus berkembang dan berubah, mahupun kepakaran ilmu dunia
yang berbentuk kemahiran dan daya cipta. Kepakaran ilmu dunia akan menyebabkan umat Islam
disanjung dan dijadikan rujukan, sementara kepakaran ilmu agama akan menjadikan umat Islam
umat yang teguh dengan dasar agamanya yang menganjurkan keseimbangan antara kebahagiaan
dunia dan akhirat.

26

12.0

BIBLIOGRAFI
Abd Aziz Mohd Zin (2006). Tamadun Islam dan Tamadun Melayu.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009).

Buku Teks

Tamadun Islam dan Tamadun Asia.


Shah Alam : Oxford Fajar.
Haji Ahmad Fauzi Murad, Ahmad Tarmizi Talib (1997). Tamadun Islam.
Serdang : Penerbit UPM Serdang.
Mohd Mokhtar Syafie (1996), Sejarah Islam Abad Pertama.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Nur Hakim (2008), Jatuhnya Sebuah Tamadun:Menyingkap Kebangkitan Dan Kejatuhan
Empayar Khalifah Islam.
Selangor: PTS Islamika, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Zakaria Abdullah (2009), Tamadun Islam Teks Lengkap Sejarah STPM.
Kuala Lumpur: Marshall Cavendish.
http://titasblog2012.blogspot.my/p/peristilahan-tamadun.html

27

You might also like