You are on page 1of 3

PERANCANGAN AKADEMIK

KOD KURSUS: GMGA 3023


NAMA KURSUS: PENTADBIRAN AWAM KORPORAT
MAKLUMAT PENSYARAH: DR.MOHD FITRI ABDUL RAHMAN
mohdfitri@uum.edu.my, 04-9287986

PENILAIAN KURSUS

TUGASAN 50 %
KUIZ 10 %
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER % (tiada)
PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 40 %

PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN

TUGASAN 1 (KUMPULAN) (40%)

Setiap kumpulan dikehendaki memilih SATU (1) dari tajuk-tajuk di bawah dan karang esei anda
berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

1. Berserta contoh, bincangkan langkah-langkah pro-aktif bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan


awam (soalan ini TIDAK hanya tertumpu kepada langkah-langkah aktiviti dan anugerah kualiti
seperti yang dinyatakan dalam modul).

2. Kerajaan baru PAKATAN HARAPAN sering mengutarakan inisiatif untuk mengecilkan saiz
perkhidmatan awam. Bincangkan manfaat dan kesan untuk mengecilkan saiz perkhidmatan awam
serta adakah penswastaan dapat menyelesaikan segala permasalahan ini.

3. Kepimpinan dalam Badan Berkanun mahu pun dalam Badan Bukan Kerajaan sering terlihat
menghadapi masalah intergriti hingga menyebabkan prestasi badan-badan ini terjejas. Berserta

[Type here] [Type here] [Type here]


contoh, bincangkan kesan kepimpinan sebegini dan cadangkan langkah penyelesaian.

4. Bincangkan kepentingan budaya kerja dalam menentukan kecermerlangan organisasi.

Tugasan ini perlu dibentang di hadapan kelas. Laporan hendaklah diserahkan kepada Pensyarah di
PERTEMUAN KEEMPAT.

TUGASAN 2 (INDIVIDU) (10%)

Para pelajar dikehendaki membaca, merumus serta menilai SATU (1) jurnal berimpak tinggi ATAU SATU
(1) bab dalam buku dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut;

a. Isi-isi utama atau penemuan kajian


b. Pendapat dan nilaian anda terhadap jurnal atau bab dalam buku tersebut.

Peringatan penting;

1. Pemilihan jurnal atau bab dalam buku adalah hanya kepada yang berkaitan dengan
pentadbiran awam korporat sahaja.
2. Pemilihan jurnal atau bab dalam buku perlu merujuk kepada pensyarah terlebih dahulu.
3. Tugasan perlu diserahkan pada pertemuan KEEMPAT.

MAKLUMAT KUIZ (10%)

Kuiz diadakan bagi menguji kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep asas subjek/pembelajaran. Kuiz
akan diadakan pada PERTEMUAN KE-3. Pensyarah Pusat (luar kampus UUM) akan menyediakan
soalan kuiz serta memberi markah/menilai bagi pusat pembelajaran masing-masing.

MAKLUMAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan ke-5. Tarikh, masa dan tempat peperiksaan
akan dimaklumkan kemudian. Format soalan peperiksaan ialah dalam bentuk esei. Ia meliputi 40%
darpada keseluruhan markah. Masa menjawab diperuntukkan sebanyak 2½ jam.

[Type here] [Type here] [Type here]


PANDUAN TUGASAN

1. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas A4 dengan langkau 1.5 (spacing), font-12
berhuruf Times New Roman atau Arial.

2. Jawapan hendaklah disertakan senarai isi kandungan, rujukan dan bibliografi lengkap
menggunakan format APA.

3. Penilaian tugasan berasaskan kepada aspek-aspek berikut;


a. Kandungan laporan (pengenalan, isi kandungan,rumusan)
b. Gaya dan tatabahasa
c. Susunan dan kelancaran idea
d. Kematangan berhujah.

4. Jawapan berunsur plagiat adalah TIDAK DITERIMA.

[Type here] [Type here] [Type here]

You might also like