You are on page 1of 22

PANDUAN PENULISAN LAPORAN AKHIR

PROJEK
1.0 Pengenalan
Naskah ini adalah sebagai panduan kepada para pelajar dalam penyediaan
penulisan laporan. Format yang ditetapkan tidak boleh dipinda sebarangan
oleh pelajar. Disertakan contoh kandungan dalam laporan iaitu muka depan,
pengisytiharan, penghargaan, abstrak, abstract, senarai jadual, senarai rajah,
senarai singkatan perkataan, dan 1 contoh penulisan kajian literatur yang
mengandungi contoh rajah dan jadual di dalamnya.
2.0 Bahasa
Terdapat 2 pilihan bahasa iaitu bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris
(bergantung atas budi bicara penyelia). Sekiranya ada perkataan yang tidak
dapat di alih bahasa, perkataan tersebut mesti di -italic. Seperti yang
dipaparkan dalam Lampiran B (sampel) dan C (sampel), pilihan bahasa tidak
semestinya mesti mengikut format yang disertakan. Sebagai contoh, jika
anda memilih untuk menggunakan format penomboran, anda boleh
menulisnya menggunakan bahasa Inggeris.
3.0 Penilaian Laporan
Berikut ialah skema penilaian laporan.
3.1 Teknik Penulisan
Susunan persembahan laporan mengikut jujukan secara logik
Susunan ayat yang mudah dan jelas difahami
Rajah atau lakaran yang dapat memudahkan pemahaman
3.2 Kandungan Laporan
Abstrak
Objektif, skop, dan pernyataan masalah
Analisis keperluan perisian/perkakasan
Rekabentuk perisian/perkakasan
Implementasi perisian/perkakasan
Pengujian dan keputusan
Kesimpulan
Rujukan atau Bibliograf
4.0 Penulisan Laporan
1. Sila rujuk perkara 3.1 untuk panduan teknik penulisan.
2. Semua rajah dan jadual, yang terpapar dalam laporan perlu dilabelkan dan
disenaraikan
di dalam senarai rajah dan senarai jadual. Setiap rajah dan jadual yang
terpapar perlu
diikuti dengan penerengan yang berkaitan.
3. Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan laporan projek secara
berkumpulan.
5.0 Format Penulisan
BI
L
1

PERKARA
Jenis

KETERANGAN
Times New Roman (Bold untuk tajuk)

2
3

tulisan
Saiz tulisan
Margin kiri

Spacing

Kertas

Binding

7
8

Warna
Kandungan
muka
hadapan

9
10

Muka surat
Panjang
laporan

12
Kiri - 40mm
Kanan, atas dan bawah - 25mm
- Dua spacing bagi setiap baris ayat
- Empat spacing bagi setiap perenggan
Satu spacing bagi nota kaki, bibliograf, jadual,
gambarajah, apendiks, headings atau subheading
A4 80 atau 100 gram
Comb binding (binding sikat / ring)
- laporan hanya boleh di-bindingn setelah mendapat
persetujuan
daripada penyelia.
cover hadapan dan belakang : MERAH
- Tajuk laporan
- Nama Pelajar
- Kursus
- Nama Politeknik
- Tahun
Saiz font : 18
Bahagian bawah sebelah kanan
Tidak melebihi 100 muka surat

6.0 Kandungan Laporan


Berikut adalah panduan isi kandungan yang perlu ada dalam laporan :
a) Muka hadapan (Rujuk contoh dalam Lampiran)
b) Pengisytiharan (Rujuk contoh dalam Lampiran)
c) Penghargaan (Rujuk contoh dalam Lampiran)
d) Abstrak (Rujuk contoh dalam Lampiran)
6.1. Abstrak
Kandungan abstrak perlu menggambarkan keseluruhan projek/kajian
yang biasanya mengandungi pengenalan ringkas, penyataan masalah,
objektif projek, metodologi/kaedahyang digunakan, dan hasil capaian.
Gunakan satu atau dua ayat bagi setiap perkara yang dinyatakan
tersebut.
Bilangan perenggan yang digunakan adalah SATU sahaja.
Tidak melebihi daripada 1 mukasurat.
Perlu disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
Abstract Merupakan alih bahasa abstrak ke dalam bahasa
Inggeris (Rujuk contoh dalam Lampiran).
Sekiranya laporan ditulis dengan menggunakan bahasa Inggeris,
dalam kes ini
abstrak hendaklah diterjemah ke bahasa Malaysia.
6.2. Senarai Kandungan (Rujuk contoh dalam Lampiran)
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta muka surat.
6.3. Senarai Jadual (Rujuk contoh dalam Lampiran)
Senarai ini diperlukan jika terdapat jadual yang digunakan dalam
penulisan laporan.
Tajuk jadual dalam laporan hendaklah ditulis di bahagian atas jadual.

6.4. Senarai Rajah (Rujuk contoh dalam Lampiran)


Senarai ini diperlukan jika terdapat rajah yang digunakan dalam
penulisan laporan.
Tajuk rajah dalam laporan hendaklah ditulis dibahagian bawah rajah.
6.5. Senarai Singkatan (Rujuk contoh dalam Lampiran)
Senarai ini diperlukan jika terdapat huruf singkatan yang digunakan
dalam penulisan
laporan. Oleh itu perkataan penuh yang mewakili singkatan tersebut
perlu dinyatakan di sini.
6.6. Senarai Istilah (jika perlu)
Senarai ini diperlukan jika terdapat istilah yang digunakan dalam
penulisan laporan yang memerlukan penerangan yang lebih
terperinci.
Terjemahan bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia tidak diperlukan.
6.7. Senarai Lampiran (jika perlu)
Senarai ini perlu ditulis bagi setiap lampiran yang terdapat di akhir
laporan.
6.8. Bab I (Pengenalan)
Mengandungi Pengenalan, Pernyataan Masalah, Objektif, Skop dan
Struktur Laporan.
Pengenalan menceritakan dengan ringkas mengenai pengenalan
sistem / kajian yang dijalankan beserta isu semasa yang berkaitan
dengan sistem / kajian.
Pernyataan Masalah menceritakan permasalahan-permasalahan yang
timbul
yang
membuatkan sistem / kajian dipilih untuk dijalankan.
Objektif menyenaraikan matlamat untuk sistem / kajian yang bakal
dijalankan. Ianya
hendaklah dalam bentuk point (1..2.3) dan bukan dalam bentuk
perenggan.
Skop membincangkan mengenai had bagi sistem (sistem dan
pengguna) dan kajian.
Struktur Laporan pula memberi ringkasan bagi setiap bab dalam
laporan anda. Sebagai contoh:
Laporan ini mengandungi lima bab. Bab pertama membincangkan
pengenalan kepada kajian yang dijalankan.
6.9. Bab II (Kajian Literatur / Analisis Kajian)
Bab ini menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pihak
lain atau sistem/aplikasi yang sedia ada, berkaitan dengan bidang
projek yang sedang dijalankan.
Bab ini juga boleh menerangkan tentang teknik/kaedah/peralatan atau
teknologi yang akan diambil dalam melaksanakan projek/kajian.
Banyak rujukan perlu dibuat dalam bab ini.
Rujukan boleh sama ada dari buku, kertas kerja persidangan, artikel
jurnal, majalah, laporan atau/dan Internet. Segala sumber rujukan
perlu dirakamkan secara jelas dalam teks dan dinyatakan dalam
senarai rujukan.
6.10. Bab III (Metadalogi / Reka Bentuk Sistem atau Perkakasan)

Bab ini melaporkan pendekatan/model pembangunan aplikasi dan


rangka kerja secara menyeluruh yang diambil dalam pembangunan
sistem/aplikasi atau perlaksanaan kajian.
Kandungan boleh mengandungi kaedah, teknik atau pendekatan yang
akan digunakan semasa rekabentuk dan implementasi projek/kajian.
Bab ini juga boleh menerangkan mengenai justifkasi penggunaan
kaedah atau pendekatan tersebut serta keperluan perkakasan dan
perisian.
Tidak hanya menerangkan fungsi fasa tetapi apa yang sebenarnya
dilakukan dalam fasa tersebut. Sebagai contoh, jika SDLC digunakan,
penerangan setiap fasa hendaklah dikaitkan terus dengan sistem yang
akan dibangunkan dan bukannya defnisi yang dirujuk dari manamana sumber.
Pelajar juga perlu menerangkan jangkaan atau hasil kerja yang
dilaksanakan meliputi rekabentuk senibina aplikasi sistem cadangan,
rekabentuk antaramuka, rekabentuk pangkalan data, teknik dan
algoritma yang berkaitan.
Bab ini turut mengandungi cartalir, DFD, carta struktur, gambarajah
kes guna,
gambarajah jujukan, gambarajah kelas dan sebagainya bergantung
kepada model pembangunan aplikasi yang telah dipilih (berstruktur
atau berorientasikan objek).
6.11. Bab IV (Implementasi)
Hasil perlaksanaan projek/kajian dinyatakan dengan terperinci.
Setiap antaramuka bagi sistem anda hendaklah dilabel dan
dibincangkan dengan terperinci seolah-olah ianya adalah manual
pengguna.
6.12. Bab VI (Pengujian dan Keputusan)
Segala pengujian dan keputusan yang dijalankan terhadap sistem
yang telah dibangunkan perlu dilaporkan dengan jelas.
Dokumen serta bukti ketepatan terhadap hasil projek/kajian perlu
disertakan. Jenis dan teknik pengujian serta hasil pengujian perlu
dinyatakan.
Bagi projek berasaskan penyelidikan, penganalisaan data dan
pembangunan model, rumusan terhadap hasil kajian dan analisa perlu
dinyatakan dengan terperinci dan sistematik.
6.13. Bab VII (Kesimpulan)
Bab ini merumuskan secara keseluruhan projek yang telah
dilaksanakan, hasil dan pencapaian projek yang telah perolehi serta
perancangan dan harapan /cadangan pembaikan ke atas sistem yang
dibangunkan. Kelemahan, kelebihan dan cadangan pembaikan perlu
dinyatakan dengan ringkas dan tepat.
Pelajar juga perlu menyatakan ciri-ciri kreatif atau inovatif yang telah
ditunjukkan di dalam hasil kerja.
6.14. Rujukan
Bahagian ini mengandungi senarai rujukan khusus yang telah
digunakan sebagai kutipan dalam penulisan teks laporan projek (babbab di atas).
Setiap senarai rujukan perlu dipastikan direkod dalam teks laporan.
Contoh Penulisan Rujukan:
a) Journal:
Ho, Y.W. and A. Nawawi. 1991. Effect of carbon and nitriogen
sources on growth of

Ganoderma boninense from oil palm. Journal of Plant Protection


in the Tropics 8:37-43.
b) Monographs:
Herlina, S and Tan, F.H. 1992. Molecular aspects of typhoid
fever. Kuala Lumpur: Protea Press.
c) Book Chapter:
Chan, T.K. 1992. Plasmids of enterobacteria. In Pathogenesis of
bacterial infections, ed. A. Ramirez, and S. Aquino, pp 235-243.
Kuala Lumpur: Protea Press.
d) Personal Communications:
These should be mentioned in the text in the following form:
(A.B. Salleh, pers.comm.).
e) Webpages
Vice President, 1999. University of Calgary Research Policies
and Procedures Handbook.
http://www.ovpr.uga.edu/rpph/rph_misn.html. Accessed on 23
February 1999.
f) Thesis
Chin, Y., 1986. Title of Ph.D. Dissertation, Ph.D Thesis, Any State
University.
g) Reports
Country/Ministry/State/Institution, 1999. Title of reports.
Malaysia, 199. Rancangan Malaysia Keenam 1991-1995.
7.0 Penghantaran Laporan
1.
Pelajar perlu menghantar 2 (dua) salinan hardcopy laporan :
- 1 salinan akan dipulangkan untuk simpanan pelajar selepas dinilai.
- 1 salinan lagi untuk simpanan penyelia.
2.
Pelajar juga perlu menghantar poster abstrak projek :
- 1 salinan di cetak atas kertas A4
- 1 salinan lagi di- burn dalam CD
3.
Pelajar yang tidak menghantar laporan projek akan diberikan
keputusan GAGAL untuk modul ini.

LAMPIRAN

Lapiran A : ( Muka Depan)

AUTOMATIC WATER SPRINKLER

MARINA BINTI HASAN

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMPUTER)


POLITEKNIK SEBERANG PERAI
JANUARI 2009
Lampiran B (Muka Ke Dua Selepas Cover Depan)
AUTOMATIC WATER SPRINKLER

Oleh
MARINA BINTI HASAN

Penghantaran Laporan Ini Adalah Untuk Memenuhi Keperluan Untuk


Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik Politeknik Seberang Perai
Januari 2009
Lampiran C : (Pengistiharan)

PENGISTIHARAN
Di sini saya mengistiharkan bahawa laporan ini adalah berdasarkan hasil kerja saya
sendiri dengan bantuan maklumat daripada sumber-sumber yang diberitahu di dalam
pengakuan. Saya juga mengistiharkan hasil projek saya ini tidak pernah dihasilkan
oleh mana-mana pelajar lain serta dari institusi pengajian yang lain.

...................................
( Marina binti Hasan )
Tarikh : 4 May 2008

Di sahkan oleh Penyelia Projek :

.......................................
(Nama Penyelia Projek)
Tarikh :
*(cop pensyarah)

Lampiran D : (Abstrak)

ABSTRAK
Sistem penyiraman automatic (automatic water sprinkler) adalah salah satu
alat yang direka berteraskan pengawal mikro. Ia berfungsi untuk menjalankan
operasi penyiraman keatas padang padang rumput dan juga tanaman secara
automatik di mana ia dikawal penuh oleh pengawal mikro. Sistem penyiraman
automatik ini dibangunkan dengan perkakasan seperti injap kawalan air automatik
secara elektrik, berdasarkan aturcara yang telah disetkan pada pengawal mikro.
Apabila suis dihidupkan, injap akan menunggu isyarat dari pengawal mikro untuk
mengalirkan air. Kelebihan alat ini ialah pengguna boleh menjimatkan masa bagi
proses penyiraman kerana pengguna hanya perlu menyambungkan bekalan elektrik
dan air serta meletakkanya di tempat yang dikehendaki. Ia akan berfungsi secara
automatik. Ia juga dapat menjimatkan air dari membazir akibat bekalan tidak ditutup.
Dengan menggunakan sistem ini, tanaman akan sentiasa menerima bekalan air
secukupnya seperti yang telah disetkan.

* Abstrak perlu di tulis dalam dwi-bahasa ;


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Lampiran E : (Penghargaan)
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya yang
memberikan kesihatan yang baik sepanjang melaksanakan projek ini. Terima kasih
atas sokongan kawan-kawan. ahli keluarga atas dorongan yang diberikan
sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Lampiran F : (Senarai Kandungan)


ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
ABSTRAK

ii

ABSTRACT

iv

PENGHARGAAN

vi

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

xi

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

xii

BAB
1

PENGENALAN

1.1 Pernyataan Masalah

1.2 Objektif

1.3 Skop

1.4 Struktur Tesis

1.5 Rumusan

KAJIAN LATAR BELAKANG

2.1 Pengenalan

2.2 Gentian Agihan Data Antaramuka (FDDI)

2.2.1 Media Penghantaran FDDI

2.2.2 Spesifikasi FDDI

2.2.3 Format Rangka FDDI

2.3 Kaedah Capaian Masa-Token

2.4 Perkomputeran Selari

2.5 Model Mesin Selari

2.5.1 Mesin Sequent


3

2.6 Rumusan

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

3.2 Simulasi

3.2.1 Kaedah Simulasi

3.2.2 Keperluan Simulasi

3.3 Rumusan

REKABENTUK DAN IMPLIMENTASI SIMULASI

4.1 Pengenalan

4.2 Model Simulasi

4.2.1 Penambahan Simulasi


4.3 Simulasi Selari
4.3.1 Kaedah Pengaturcaraan

4
4
4

4.4 Rumusan

KEPUTUSAN SIMULASI

5.1 Pengenalan

5.2 Keputusan Simulasi

5.3 Rumusan

RUMUSAN DAN KAJIAN LANJUTAN

6.1 Pengenalan

6.2 Rumusan

6.3 Kajian Lanjutan Simulasi

RUJUKAN

R-1

LAMPIRAN

L-1

Lampiran A : Carta Gantt


Lampiran B : Kod Aturcara
Lampiran C : Keputusan Simulasi
LAMPIRAN D : SALINAN JURNAL

Lampiran G : (Senarai Jadual)

SENARAI JADUAL

Jadual

Muka surat

2. 1 :

Ciri-ciri FDDI

3.1 :

Model Simulasi

Lampiran H : (Senarai Rajah)


SENARAI RAJAH

Rajah

Muka surat

2.1 : Perbezaan sumber cahaya bagi gentian satu mod dan pelbagai mod

2.2 : FDDI menggunakan counter-rotating pertama dan kedua

3.1 : Elements of Simulation Analysis

Lampiran I : (Senarai Singkatan Perkataan)


SENARAI SINGKATAN PERKATAAN
Singkatan
FDDI
TTRT
TRT
THT
MAC
PPTP
PPP
FC
FCS
PA
SD
ED

Perkataan
Fiber Distribution Data Interface
Target Token Rotation Time
Token Rotation Time
Token Holding Time
Media Access Protocol
Point-to-Point Tunneling Protocol
Point-to-Point Protocol
Frame Control
Frame Check Sequence
Preamble Byte
Starting delimiter
End Delimiter

CONTOH LAPORAN

BAB 2
KAJIAN LATAR BELAKANG
2.1 Pengenalan

Bab 2 akan membincangkan dengan lebih terperinci segala maklumat yang


berkaitan dengan simulasi yang akan dibangunkan seperti gentian agihan data
antaramuka, perkomputeran selari..Simulasi asal telah membincangkan
satu kaedah bagi mendapatkan masa pusingan token yang optima bagi
penghantaran data masa nyata (Jain, 1994). Beberapa isu telah
dibangkitkan bagi memperbaiki simulasi asal.

2.2 Gentian Agihan Data Antaramuka (FDDI)

Menurut Jain (1994), FDDI merupakan singkatan bahasa inggeris bagi


Fiber distributed data interface merupakan satu protocol yang membenarkan
data

dihantar

dalam

kapasiti

yang

lebih

besar

iaitu

sehingga

100Mbps..beberapa cirri FDDI seperti di dalam Jadual 2.1 menunjukkan


sebahagian operasi FDDI yang hampir sama dengan cincin token (Kolan De
Velu, 2000).

Jadual 2. 1: Ciri-ciri FDDI

Parameter
Kapasiti rangkaian
Konfigurasi rangkaian
Panjang maksima
Jarak maksima antara stesen
Maksima bilangan stesen
Kaedah MAC

Nilai
100 Mb/s
Dual counter-rotating rings
100Km
2Km
1000
Circulating token

2.2.1 Media Penghantaran FDDI


FDDI menggunakan gentian optikal sebagai medium penghantaran utama,
ianya juga boleh dilaksanakan menggunakan kabel copper..Rajah 2.1
menunjukkan perbezaan sumber cahaya bagi satu mod dan pelbagai mod yang ianya
akan..

Rajah 2. 1 : Perbezaan sumber cahaya bagi gentian satu mod dan pelbagai
mod(Herlina, Tan F.H., 1992)

Stesen 1

Stesen 4
Stesen 2

Stesen 3
Rajah 2.2 : FDDI menggunakan counter-rotating pertama dan kedua

RUJUKAN
Chan, T.K. 1992. Plasmids of enterobacteria. In Pathogenesis of bacterial infections, ed.
A. Ramirez, and S. Aquino, pp 235-243. Kuala Lumpur: Protea Press.

Chan, T.K., Herlina, S and Ruangsap, B. 1993. Cloning of promoter sequences from
Escherichia coli. Journal of Molecular Biology 45:567-575.

Herlina, S and Tan, F.H. 1992. Molecular aspects of typhoid fever. Kuala Lumpur:
Protea Press.

Ho, Y.W. and A. Nawawi. 1991. Effect of carbon and nitriogen sources on growth of
Ganoderma boninense from oil palm. Journal of Plant Protection in the Tropics 8:37-43.

Karim F, Hainsworth R, Sofola, OA, Wood, LM. Responses of the heart to simulation of
aortic body chemoreceptors in dogs. Circulation Research 1980; 46:77-83.

Roberts, D.W. 1980. Toxins of entomopathogenic fungi. In Microbial Control of Pests


and Plant Diseases, ed. H.D. Burgess, pp 441-463. New York: Academic Press

You might also like