You are on page 1of 12

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PKS (MINI TESIS)

1.
PENGENALAN
Panduan ini menjelaskan keperluan minimum bagi format dan bentuk
akhir kajian ilmiah pelajar. Pelajar boleh menggunakan langkah-langkah
penulisan ini bagi menghasilkan kajian ilmiahnya atau dikenali sebagai mini
tesis.
2.

FORMAT MINI TESIS


2.1 Bahasa
Pelajar dibenarkan menulis dalam Bahasa Melayu atau dalam
Bahasa Inggeris. Pelajar tidak dibenarkan mempercampuraduk bahasa
dalam mini tesis kecuali di bahagian abstrak dan abstract sahaja.
2.2 Penjilidan dan Kulit Hadapan
Kajian ilmiah hendaklah dijilidkan (comb-binding) dengan kulit
jenis manila kad atau yang setaraf dari segi kualiti kad manila. Warna
kulit adalah seperti berikut:
Jenis kajian ilmiah
Warna
Kajian Saintifik
HIJAU
Rekacipta
MERAH TUA/MAROON
Kajian Sains Sosial
BIRU
Sertakan logo maktab, tajuk yang lengkap, nama penulis, nama
maktab dan tahun pada kulit hadapan. Contoh di Lampiran A.
2.3 Saiz dan Kertas
Gunakan kertas saiz A4 ( 210 X 297 mm ) bermutu baik (75g/m 2)
berwarna putih. Cetak sebelah muka surat sahaja.
2.4
Penaipan
Semua penaipan mestilah ditaip satu setengah jarak (1.5
spacing) dengan menggunakan font Times New Roman. Saiz huruf
yang dibenarkan ialah 12 poin. Semua penulisan mesti menggunakan
ayat-ayat yang lengkap dan bukan bentuk poin atau nota ringkas.
2.5 Birai ( Margin )
Tepi sebelah atas
: 2.5 cm
Tepi sebelah kanan : 2.5 cm
Tepi sebelah kiri
:
3.5 cm
Tepi sebelah bawah :
2.5 cm
2.6
Penomboran Muka Surat ( Numbering)
Nombor
muka surat mesti dicetak sama ada di atas
pertengahan atau di sebelah kanan muka surat. Keseragaman tempat
adalah perlu. Bahagian permulaan iaitu kandungan diberi nombor kecil

Roman secara berturutan( i, ii, iii dll). Muka surat 1 bermula daripada
Bab 1 (Pengenalan) sehingga tamat senarai rujukan.
2.7 Jadual (Tables)
Jadual hendaklah diletakkan ditengah muka surat. Setiap jadual
diberi angka rujukan iaitu nombor bab diiringi dengan nombor jadual.
Sebagai contoh , jadual yang terdapat dalam Bab 3 diberi nombor
Jadual 3.1, Jadual 3.2 dan seterusnya. Perkataan Jadual ________
hendaklah ditulis pada sebelah bawah atau sebelah atas jadual
tersebut.
2.8 Rajah (Figures) dan Gambar Foto
Rajah ialah ilustrasi, graf atau gambar sebenar yang dicetak.
Perangkaan rajah juga diberi angka rujukan iaitu nombor bab diiringi
dengan nombor rajah. Sebagi contoh, rajah yang terdapat dalam Bab
2 diberi nombor Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan seterusnya.
2.9 Kulit Belakang
Terdiri daripada sehelai kertas keras berwarna mengikut warna
kulit hadapan bersaiz A4
3

SUSUNAN KANDUNGAN

Kajian ilmiah mengandungi empat bahagian : Permulaan, Teks,


Senarai Rujukan dan Lampiran.
3.1 Permulaan
Bahagian permualaan adalah bahagian awal sebelum penulis
menulis bahian penting dalam pelaporan hasil kajian. Bahagian ini
mengandungi
muka
surat
judul,
penghatgaan,jadual
kandungan/senarai kandungan, senarai jadual, senarai rajah, senarai
foto dan abstrak serta abstract.
3.1.1 Muka surat Judul.
Muka surat ini mengandungi maklumat berikut :
(a) Tajuk kajian ilmiah
(b) Nama Penulis
(c) Nama penasihat
(d) Bulan dan tahun
(e) Ditulis makluman berikut:

Laporan kajian ilmiah adalah memenuhi sebahagian


daripada syarat-syarat kursus kemahiran Akademik
MRSM Alor Gajah, Melaka. Contoh bahagian ini dapat
dilihat seperti di Lampiran B.

3.1.2 Penghargaan
Ucapkan terimakasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu menjayakan projek ini mengikut keutamaan seperti
berikut:
- Ucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
- Pihak maktab/universiti
- Penasihat Projek
- Pihak luar
- Ibu dan Bapa
- Dan lain-lain.
3.1.3 Jadual Kandungan
Senaraikan tajuk-tahuk, subtajuk dan pecahan kecil serta
dengan mukasurat.
3.1.4 Senarai Jadual dan Rajah dan Foto
Senaraikan semua jadual dan rajah serta dengan
mukasurat.
3.1.5 Abstrak/Abstract
Huraian ringkas kajian ilmiah yang mengandungi masalah
yang diselidiki, tujuan, kaedah dan ringkasan dapatan kajian.
Panjang abstrak hendaklah diantara 150 hingga 200 patah
perkataan yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan diterjemahkan
dalam Bahasa Inggeris jika mini tesis ini ditulis dalam bahasa
Melayu dan sebaliknya.
Penulisan Abstrak adalah berbeza
dengan penulisan sipnosis sesebuah kajian ilmiah. Penulisan
abstrak perlu menyatakan bidang kajian, menyatakan definasi
permasalahan,
metedologi
kajian,
proses
penyelidikan,
keputusan yang didapati dan kesimpulan daripada kajian.
Abstark mesti ditaip dengan satu jarak (single spacing). Abstrak
dan abstract hendaklah ditulis di dalam helaian yang berlainan.
3.2

Teks

3.2.1 Bab 1 : Pengenalan


-Latarbelakang kajian
-Bagaimana idea tercetus
-Pernyataan masalah
-Objektif kajian
-Hipotesis
-Kepentingan kajian
2.1.2 Bab 2 : Tinjauan bacaan/ Tinjauan Literatur
Subtajuk mengikut kesesuaian kajian. Bahagian ini perlu
ditulis dengan mendalam dan merupakan isi utama. Maklumat
boleh diperolehi daripada pelbagai sumber seperti buku, jurnal,
enskliopedia, majalah dan internet.
2.1.3 Bab 3: Methodologi Kajian
3.2.3.1
Sains Sosial)

Kaedah Penyelidikan / Kajian Saintifik dan

Penulisan
tentang
kaedah
kajian
yang
dijalankan seperti eksperimen, soal selidik, temubual dan
sebagainya.
3.2.3.2
Metedologi Rekacipta
Penerangan tentang bagaimana hasil rekaan
dibina ini termasuklah melibatkan perkara-perkara berikut
seperti:i. Bahan: penggunaan bahan-bahan semulajadi
seperti kayu dan pasir; bahan olahan seperi
konkrit, keluli dan Loyang; bahan sintetik dan
komposit seperti plastic, polesterin dan gentian
kaca; bahan siap guna seperti komponen
elektronik dan perpaipan PVC
ii. Peralatan .menyatakan apakah jenis peralatan
yang digunakan dalam memnuat penciptaan
iii. Kaedah pembuatan: menyatakan langlahlangkah kerja yang teratur dapat dipraktikan
seperti
1. Penyediaan bahan dan peralatan
2. Kerja-kerja penandaa
3. Kerja-kerja pemotongan
4. Kerja-kerja pemotongan

iv. Kos Pembinaan; menyenaraikan kos bahan


mentah termasuk bahan buangan, kos upah
dan kos-kos sampingan yang lain.
2.1.4 Bab 4: Keputusan/ perbincangan
2.1.4.1

3.4

Kajian Saintifik dan Sains Sosial

Persembahan hasil kajian berbentuk data,


carta, jadual, gambar dan sebagainya berserta ulasan.
Analisis dan huraian kajian mesti memberi lebih kefahaman
kepada pembaca. Perbincangan mesti berdasarkan
teori,objektif kajian,pernyataan masalah dan pengujian
hipotesis.
3.2.4.2.
Rekacipta
Penerangan tentang bagaimana hasil rekaan
dibina ini termasuklah melibatkan perkara-perkara berikut
seperti:i. Lukisan kerja yang mengandungi
1. Lukisan
Ortografik
(2D)
yang
mengandungi pelan (pandangan atas),
pandangan hadapan dan pandangan sisi
seperti Lampiran D2
2. Lukisan Isometrik (3D) rekacipta yang
berskala seperti Lampiran D1.
ii. Lukisan ceraian berlabel yang menunjukkan
semua bahagian dan demensikomponen model
atau rekacipta.
iii. Menerangkan fungsi bahagian dan prinsip kerja
rekacipta
iv. Menerangkan kelebihan rekacipta dan pasaran
3.2.5 Bab 5 :Penutup/Rumusan
Kesimpulan dari hasil kajian diterangkan secara terperinci.
Cadangan untuk pembaikan boleh dikemukakan supaya hasil
yang lebih baik diperolehi pada masa akan dating. Cadangan
kajian akan datang boleh dikemukakan.
Rujukan
3.3.1 Cara Menulis Rujukan Yang Lengkap Untuk Buku
Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang. Tahun penerbitan. Judul
buku(condong).Penyunting,penyusun, penterjemah(jika

4.4

ada). Nama siri buku dan jilid atau bilangan dalam siri
(jika ada). Edisi(Selain daripada edisi pertama). Bilangan jilid.
Tempat terbit: Penerbit.
Contoh:
1.Nik Anuar Nik Mahmud. 2000. Konfrontasi Malaysia Indonesia.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
2. Corcoran,K & Fischer,J. 1987. Measure for clinical pratice: a
source book. New York : The Free Press
3. Shaharir bin Mohamad Zain. 1990. Beberapa masalah
permulaan dalam sains hayat dan perubatan. Ed. ke-2. Bangi :
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.3.2 Cara Menulis Makalah dalam Jurnal
Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang. Tahun. Judul makalah, Nama
Jurnal(condong). Nombor jilid (tebal). nombor keluaran
(dalam tanda kurung): Halaman seluruh makalah.
Contoh:
1.Proceedings of the London Mathematical Society Third Series
Volume XXXVI
Hendaklah ditulis seperti berikut: Proc.London Math. Soc.36(3)
2. Mohammad Haji Alias. 1988. Pembinaan dan pemilihan model
respon penawaran pengeluar getah asli. Jurnal Ekonomi Malaysia
18: 3 -25
3.3.3 Bahan Rujukan Elektronik
Berikan maklumat yang selengkap mungkin seperti berikut:
Nama Pengarang. Tahun . Tajuk makalah. Nama
Jurnal/Buku(condong).Nombor jilid (tebal). Nombor
keluaran (dalam tanda kurung). Halaman seluruh makalah.
Jenis media(dalam tanda kurungan). Tapak/jejak/fail/alamat
sesawang. Tarikh akses(dalam tanda kurungan)noktah
Contoh
Clark,J.K. 1999.Humidity sensor. Journal of Physics 2(2): 9
13, (atas talian) http://www.cit.edu/phys/sensor.html (20
Julai 1999)
Lampiran

Contoh-contoh soal selidik, temu bual dan instrument kajian


yang digunakan. Gunakan abjad seperti: Lampiran A, Lampiran B dan
sebagainya.

LAMPIRAN A
Contoh Kulit Luar

MENGKAJI KESAN EKSTRAK DAUN DURIAN BELANDA DALAM MENGAWAL


POPULASI KUTU BERAS

AIMAN AZIZI BIN MOHD KADIR MG07900


WAFA BT. MOHD KADIR
MG07944
IZZATI BT. MOHD. KADIR
MG07488
(Kumpulan No. 85)

MAKTAB RENDAH SAINS MARA ALOR GAJAH , MELAKA


Mac, 2011

LAMPIRAN B
Muka surat Judul

MENGKAJI KESAN EKSTRAK DAUN DURIAN BELANDA DALAM MENGAWAL POPULASI


KUTU BERAS

Oleh
AIMAN AZIZI BIN MOHD KADIR MG07900

WAFA BT. MOHD KADIR


MG07944
IZZATI BT. MOHD. KADIR
MG07488
(Kumpulan No. 85)
Penasihat
En. Mohd. Kadir Bin Kamis

Laporan kajian ilmiah ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat kursus Kemahiran
Akademik (KA) MRSM Alor Gajah, Melaka.

MAKTAB RENDAH SAINS MARA ALOR GAJAH , MELAKA


Mac, 2011

LAMPIRAN C

PENYERAHAN DAN PENGESAHAN

Laporan ini diserahkan oleh kami kepada Jawatankuasa SEM bagi memenuhi sebahagian
daripada syarat program Kemahiran Akademik (KA), Maktab Rendah Sains MARA, Alor Gajah,
Melaka

Aiman Azizi Bin Mohd. Kadir


Wafa Bt. Mohd. Kadir
Izzati Bt. Mohd. Kadir

07900
07944
07488

Tandatangan:
Tandatangan: ...
Tandatangan: ...

Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah memadai
dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penilaian oleh pihak JK SEM MRSM ALOR GAJAH

Tandatangan : .
Nama Penasihat : EN MOHD. KADIR BIN KAMIS
Tarikh : 28 Feb 2011

LAMPIAN D1
Contoh Lukisan Isometrik

LAMPIRAN D2

Contoh Lukisan Ortografik

You might also like