You are on page 1of 16

Penulisan Laporan Penyelidikan

Dr. Annie Gorgey (annie gorgey@fsmt.upsi.edu.my) 15 Mei 2013


Bengkel Penyelidikan Pelajar Program AT14 dan AT48 2013 Jabatan Matematik Fakulti Sains dan Matematik

Contents
1 Kandungan Tesis 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 Tajuk Muka Depan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Penghargaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Abstrak . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Isi Kandungan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Senarai Jadual . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Senarai Rajah . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Senarai simbol dan singkatan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Senarai Lampiran . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Jadual dalam teks . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 2 3 3 5 6 6 6 7 7 7 8 8 8 8 8 9 9

1.10 Rajah dalam Teks . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 1.11 Persamaan Matematik . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 Saiz dan Format Tesis 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Kualiti kertas dan saiz . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Margin . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Nombor Muka Surat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Format Penulisan Teks . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Jumlah maksimum muka surat . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

3 Rujukan 3.1 3.2 3.3 3.4 Sistem Rujukan Penulis (Tarikh) . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

9 9

Memetik rujukan dalam teks . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10 Cara penulisan nama pengarang . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 10 Rujukan dari pelbagai jenis sumber . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 11

1
1.1

Kandungan Tesis
Tajuk Muka Depan
Contoh Tajuk

1.1.1

Format Tajuk Sila rujuk lampiran

1.2

Penghargaan

Pelajar boleh memberikan penghargaan kepada pelbagai pihak atau organisasi yang menjayakan penulisan tesis ini. Penghargaan perlu ditulis dalam satu muka surat. Penghargaan boleh dibahagikan kepada beberapa perenggan. Spacing yang digunakan ialah 1.5 spacing Setiap perenggan perlu menggunakan allignment justied. 1.2.1 Contoh Penulisan Penghargaan 2.5cm PENGHARGAAN 4 baris Sepanjang penulisan tesis ini, saya terhutang budi kepada beberapa pihak. Pertama, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Dr. Annie Gorgey kerana telah banyak membimbing, memberi tunjuk agar dan memberikan dorongan kepada saya agar membolehkan saya menyempurnakan tesis ini dengan sebaiknya. Tanpa sumbangan daripada beliau saya tidak mungkin boleh menyiapkan tesis saya pada tarikh yang ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada . . ..

1.3

Abstrak

Denition 1. Abstrak merupakan ringkasan pendek tesis. Penting (perlu dimasukkan) Objektif, pernyataan masalah, metadologi, dapatan atau hasil penyelidikan dan juga penutup kajian Tidak penting (tidak perlu dimasukkan) kajian literatur, cadangan dan rujukan

Abstrak tidak boleh melebihi 300 patah perkataan. Ditulis menggunakan format 1.5 spacing . Ditulis dalam SATU PERENGGAN.

1.3.1

Contoh Penulisan Abstrak 2.5cm ABSTRAK 2.5cm

Satu fungsi dikatakan bukan linear sekiranya pembolehubah bebas x muncul selain daripada 0 atau kuasa satu. Persamaan bukan linear ini penting dalam penyelesaian masalah yang lebih praktikal. Terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan dalam menyelesaikan persamaan bukan linear bagi satu dimensi iaitu kaedah Bisection, Secant dan keadah Newton. Penyelesaian persamaan bukan linear menggunakan ketiga-tiga kaedah ini tidaklah begitu rumit namun sekiranya penyelesaian memerlukan pengiraaan yang tepat atau banyak, maka pengiraan mengunakan tangan tidak digalakkan. Cara yang betul dan cepat ialah menggunakan pengaturcaraan mengunakan Matlab. Cara ini memerlukan tahap pengaturcaraan yang mahir. Seseorang perlu membeli lesen Matlab dan lesen tersebut amatlah mahal. Namun, terdapat cara yang lebih mudah dan pantas iaitu grak kalkulator. Dalam kajian ini, pengkaji membuat perbandingan penyelesaian persamaan bukan linear mengunakan pengaturcaraan dan grak kalkulator. Oleh kerana grak kalkulator menggunakan kaedah Newton, pengkaji juga akan menggunakan kaedah Newton dalam pengaturcaraan. Walaupun terdapat beberapa kekangan dalam penyelesaian persamaan bukan linear mengunakan grak kalkulator namun kekangan ini tidak begitu membimbangkan. Keputusan yang didapati ialah penggunaan grak kalkulator ini adalah lebih cepat jika dibandingkan dengan penggunaan pengaturcaan. Pengaturcaraan memerlukan masa 30 saat manakala kalulator grak memerlukan masa 28 saat.

1.4

Isi Kandungan
2.5cm ISI KANDUNGAN 4 baris

BAB

PERKARA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK HALAMAN KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SIMBOL/SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

MUKA SURAT i ii iii iv v vii x xii

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah . . . KAJIAN LITERATUR 2.1 . . . METODOLOGI KAJIAN 3.1 . . . ANALISIS DATA 4.1 . . . PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 . . .

1 3 . . .

II

. . .

III

. . .

IV

. . .

IV

. . .

RUJUKAN LAMPIRAN

1.5

Senarai Jadual
4 baris SENARAI JADUAL 4 baris NO. 2.1 2.2 TAJUK Senarai kalkulator grak Contoh-contoh persamaam bukan linear MUKA SURAT 16 20

1.6

Senarai Rajah
4 baris SENARAI RAJAH 4 baris NO. 1.1 2.2 TAJUK Contoh kalkulator grak jenama HP Pemplotan graf MUKA SURAT 10 22

1.7

Senarai simbol dan singkatan


4 baris SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN 4 baris SD g t Standard Deviation Graviti = 9.81 m/s Ketinggian

1.8

Senarai Lampiran
4 baris SENARAI LAMPIRAN 4 baris APPENDIX A B TAJUK Soal-selidik Data-data analysis MUKA SURAT 88 90

1.9
1.9.1

Jadual dalam teks


Contoh Jadual

Semua Jadual perlu dinomborkan. Tajuk jadual perlu diletakkan di atas jadual. Jadual dinomborkan mengikut nombor bab dalam tesis. Jadual 2.1 : Senarai kalkulator grak Jenama Texas Ins Casio HP Penulisan jadual dalam text Terdapat pelbagai jenis kalkulator grak yang boleh digunakan dalam menyelesaikan persamaan bukan linear (Rujuk Jadual 2.1). Tahun 2003 2003 2005

1.10
1.10.1

Rajah dalam Teks


Contoh Rajah

Semua gambar dalam bentuk carta, graf, peta dan lukisan dilabelkan sebagai rajah. Rajah perlu jelas dan berada dalam kualiti yang baik. Semua rajah perlu dinomborkan mengikut nombor bab dalam tesis. Tajuk rajah diletakkan di bawah rajah. Penulisan rajah dalam text Rajah 1.1 merupakan salah satu contoh kalkulator jenama HP. 8

Rajah 1.1: Contoh kalkulator grak jenama HP

1.11

Persamaan Matematik

Semua persamaan matematik perlu dinomborkan. Nombor persamaan di tulis di akhir persamaan mengikut nombor bab dalam tesis. Contoh persamaan matematik di bawah digunakan dalam bab 2 untuk persamaan yang ketiga dan keempat. Semua persamaan matematik perlu ditulis menggunakan equation editor. y 2 = 3x2 + 3xy + C z = 10x + 9y + 7y x + yx
6 5 6 5

(2.3) (2.4)

2
2.1

Saiz dan Format Tesis


Kualiti kertas dan saiz

Menggunakan kertas putih A4 (210mm 297mm) yang berkualiti, berat 80 gram.

2.2

Margin

Setiap muka surat tesis termasuk tajuk cover perlu mempunyai margin 4cm dari kiri, 2.5cm dari kanan, 2.5cm dari kanan dan 2.5 cam dari bawah. Margin boleh di ubah di Microsoft Word di bahagian menu Page Layout Custom Margins.

2.3

Nombor Muka Surat

Nombor muka surat diletakkan di bahagian atas sebelah kiri (1.5cm dari atas dan 2.5 cm dari kanan). Nombor setiap muka surat perlulah mempunyai format seperti berikut: Bermula dari tajuk depan muka surat sehingga senarai simbol dan singkatan muka surat dinomborkan menggunakan tulisan kecil nombor Roman (i,ii,iii,iv,etc). Bermula dari Bab 1 sehingga Lampiran muka surat dinomborkan menggunakan nombor Arabic (1,2,3,4 ,etc). 9

Tajuk muka depan Penghargaan Abstrak Isi Kandungan Senarai Jadual Senarai Rajah Senarai Simbol dan singkatan Bab 1 - Bab 6 Rujukan Lampiran

Tidak perlu nombor Nombor Roman (ii) Nombor Roman (iii) Nombor Roman (iv) Nombor Roman Nombor Roman Nombor Roman Nombor Arabic Nombor Arabic Nombor Arabic

Tajuk depan muka surat tidak dinomborkan i. Muka surat pertama setiap bab dalam tesis tidak dinomborkan.

2.4

Format Penulisan Teks

Tesis perlu di tulis menggunakan komputer menggunakan font Times New Roman, saiz 12. Langkah setaip barisan teks ialah 1.5 lines Setiap tajuk Bab di tulis dalam huruf besar, dihitamkan dan ditengahkan. Setaip bab bermula pada muka surat yang baru.

2.5

Jumlah maksimum muka surat

Bagi penulisan tesis Ijazah Sarjana Muda, jumlah muka surat tidak boleh melebihi 100 muka surat.

Rujukan
Format Rujukan

3.0.1

Setiap sumber rujukan perlu dinyatakan dalam tesis. Sumber rujukan ini penting agar pembaca boleh mendapatkan maklumat yang asal. Format rujukan yang sering digunakan ialah sistem rujukan Penulis (Tarikh).

3.1

Sistem Rujukan Penulis (Tarikh)

Sistem rujukan ini juga dikenali sebagai American Psychological Association (APA) sistem.

10

3.2

Memetik rujukan dalam teks

Suatu rujukan boleh ditulis dalam ayat itu sendiri atau pada akhir ayat. Dalam gaya Penulis (Tarikh), tahun penerbitan mesti diletakkan dalam kurungan selepas nama pengarang. Sebagai contoh; Menurut Mohamad (2005), system persamaan bukan linear adalah sukar untuk diselesaikan bagi sistem yang berdimensi besar. Jika rujukan tidak dinamakan dalam ayat itu sendiri, nama penulis dan tahun penerbitan hendaklah ditulis dalam kurungan. Sebagai contoh; Sistem persaman bukan linear terutamanya sistem yang berdimensi besar amatla sukar untuk diselesaikan (Mohamed, 2005). 3.2.1 Rujukan yang mempunyai lebih daripada dua penulis

Sekiranya sumber rujukan ditulis oleh dua orang, nyatakan nama kedua-dua pengarang. Sebagai contoh; Menurut kajian yang dijalankan oleh Peter & Keith (2012), pengaturcaan menggunakan C++ adalah lebih senang jika dibanding dengan pengaturcaraan menggunakan Matlab. 3.2.2 Rujukan yang mempunyai lebih daripada dua penulis

Jika rujukan yang mengandungi tiga penulis, menyatakan ketiga-tiga nama pada kali pertama dalam teks. Bagi rujukan yang sama untuk kali kedua dan ketiga hanya nama pengarang pertama diikuti oleh et al. dan tahun dinyatakan. Sebagai contoh; Satu kajian oleh Alias, Black & Gray (2002) menunjukkan pelajar dalam jurusan kejuruteraan mempunyai keupayaan visualisasi spatial yang rendah daripada yang diperlukan. Oleh kerana keupayaan ini adalah penting dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan, ia perlu dipertingkatkan di kalangan pelajar kejuruteraan (Alias et al., 2002). Bagi rujukan yang mempunyai lebih daripada empat penulis, hanya nyatakan penulis yang pertama dan diikuti dengan et al. dan tahun.

3.3

Cara penulisan nama pengarang

Secara umumnya, nama keluarga pengarang (nama keluarga) atau nama patronymic (nama bapa) ditulis pertama diikuti oleh singkatan beliau atau nama yang lain. Cara penulisan ini ialah penulisan akademik di peringkat antarabangsa. Berikut merupakan contoh penulisan nama pengarang:

11

(i) Nama : Johnneville Pavlovic Ditulis sebagai : Pavlovic, J. N. (ii) Nama : Mohd Noor Abdullah Ditulis sebagai : Abdullah, M. N. (iii) Nama : Syed Muhammad Naquib Al-Attas Ditulis sebagai : Al-Attas, S. M. N. (iv) Nama : Tan Beng Keat Ditulis sebagai : Tan, B. K. (v) Nama : Srinivasan Venkataraman Ditulis sebagai : Venkataraman, S.

3.4

Rujukan dari pelbagai jenis sumber

Dalam penulisan tesis, rujukan boleh dibuat daripada pelbagai jenis sumber. Contoh-contoh berikut boleh digunakan sebagai garis panduan dalam menulis rujukan daripada pelbagai jenis sumber. Di antara sumber-sumber yang boleh dirujuk ialah seperti berikut: Buku Artikel dari buku Artikel dari jurnal Dokumen korporat Tesis Prosiding Lukisan teknikal / peta Keratan akhbar Temubual 3.4.1 Buku

Rujukan dari buku ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk buku. Tempat: Penerbit. Contoh rujukan oleh seorang pengarang; Race, P. (2002). How to Get a Good Degree: Making the Most of Your Time at University. Buckingham: Open University Press.

12

Contoh rujukan oleh dua atau tiga penulis; Creme, P. & Lea, M. R. (2003). Writing at University. 2nd ed. Maiden: Open University Press. Delamont, S., Atkinson, P. & Parry, O. (2004). Supervising the Doctorate: A Guide to Success. 2nd ed. Maidenhead: Society for Research into Higher Education & Open University Press. 3.4.2 Artikel dari buku

Rujukan artikel yang dipetik dari buku ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk artikel. dari penulis.Tajuk buku. Tempat: Penerbit. Muka surat. Contoh Sarmani, S. (1987). Pencemaran Radioaktif. in Mohamad, A. B. (Ed.). Perspektif Persekitaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti. pp. 71- 87. 3.4.3 Artikel dari jurnal

Rujukan artikel yang dipetik dari jurnal ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk article. Tajuk journal, no. vol.(no. isu), muka surat. Contoh Mikac, N. & Branica, M. (1994). Complexation of trialkyllead with diethyldithiocarbonate. Electroanalysis, 6(2), pp. 37 - 43. 3.4.4 Dokumen korporat

Rujukan artikel yang dipetik dari dokumen korporat ditulis seperti berikut: Nama badan korporat (Tahun). Tajuk dokumen. Tempat: Penerbit. Contoh Womens Law Center (2002). Promise Still Owed to the Nations Young Women. Washington DC: Womens Law Center.

13

Engineers Joint Council (1969). Thesaurus of Engineering and Scientic Terms. New York: Engineers Joint Council. Thomas, R. (Ed.) (1978). Handbook for Authors of American Chemical Society Publications. Washington, D. C.: American Chemical Society. 3.4.5 Tesis

Rujukan artikel yang dipetik dari tesis ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk tesis. Nama Universiti: Tahap Tesis. Contoh Abdullah, M. K. (1989).Modeling of Swirling Fluidized Bed Hydrodynamic Characteristics. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Ph.D. Thesis. Mat Ali, A. (2008). Hubungan antara Gaya Pembelajaran Pelajar Kejuruteraan dan Pencapaian Akademik. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Masters Thesis. Mohamed, B. (2008). Hubungan Guru dengan Persekitaran Sekolah: Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Degree Thesis. 3.4.6 Prosiding

Rujukan artikel yang dipetik dari prosiding ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk. Prosiding. Tempat: Penerbit. Muka Surat. Contoh Alias, M. (2006). The Eects of Teacher Generated Concept Maps on the Learning of Secondary School Physics. Proc. of the Second Int. Conf. on Concept Mapping. San Jose: Universidad de Costa Rica. pp. 550-557. 3.4.7 Lukisan teknikal / peta

Rujukan artikel yang dipetik dari lukisan teknikal ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk. Tempat. No Rujukan. Nota.

14

Contoh Sulaiman, Z. (2006). Double Story Buildings: Perspective View. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. LT10-2006. Technical Drawing. Rujukan artikel yang dipetik dari peta ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk [Map]. Tempat. Penerbit. Contoh Derbysgire, E. et al. (2000). Glacier map of Tasmania. [Map]. London: Royal Georgraphical Society. 3.4.8 Keratan akhbar

Rujukan artikel yang dipetik dari keratan akhbar ditulis seperti berikut: Nama Pengarang (Tahun). Tajuk artikel. Nama keratan Akhbar. Muka Surat. Contoh Lati, A. B. A. (2001, Februari 14). Hatinya telah dimiliki. Utusan Mingguan. p. 12. 3.4.9 Temubual

Temubual tidak dianggap sebagai maklumat yang boleh diperolehi oleh orang lain, oleh itu tidak perlu memberikan senarai rujukan. Anda boleh, bagaimanapun, memetik temubual dalam teks sebagai komunikasi peribadi. Contoh ...students are not interested in community services (Hassan, A. R., personal communication, August 15, 2006). ... pelajar tidak berminat dalam khidmat masyarakat (Hassan, A. R., komunikasi peribadi, 15 Ogos 2006). 3.4.10 Rujukan dari internet

Walaupun internet menyediakan sumber rujukan yang amat luas, maklumat dari internet tidak kekal dan sentiasa mengalami pembaharuan dari semasa ke semasa. Justeru itu, ia adalah sumber yang tidak boleh dipercayai sebagai rujukan. Internet hanya boleh digunakan untuk mendapatkan sumber-sumber utama rujukan.

15

Terdapat juga manual tesis daripada IPTS lain yang boleh digunakan sebagai rujukan. Kebanyakan manual tesis IPTS yang terdapat di internet adalah sama. Bagi rujukan yang lebih lengkap, pelajar boleh mendapatkan Tesis Manual daripada UTHM dan UTM yang boleh diperolehi di laman web di bawah: http://psm-space.fke.utm.my/manual-thesis dan http://ps.uthm.edu.my/downloads/Upload/Panduan Penulisan Tesis 2011.pdf

16

You might also like