You are on page 1of 3

SYARAT PERTANDINGAN INOVASI STEM

1) Terbuka kepada murid tahun 4 hingga 6 sahaja.

2) Projek mesti selari dengan tema pertandingan.

3) Idea projek mesti asli dan tidak pernah dikomersialkan, dipaparkan atau

dikemukakan ke mana-mana sektor pembuatan.

4) Satu tema sahaja dibenarkan untuk satu projek inovasi. Peserta boleh

memilih salah satu daripada tema berikut :

a) Kesihatan dan makanan

b) Pertanian

c) Persekitaran lestari

d) Tenaga Boleh diperbaharui

e) Teknologi maklumat dan komunikasi

5) Peserta perlu menghantar laporan dan video rakaman inovasi (berdurasi

tidak lebih 5 minit)

6) Keputusan penjurian adalah muktamad. Sebarang aduan tidak akan

dilayan.

7) Durasi pembentangan adalah tidak melebihi 5 minit. Tempoh ini

termasuk montaj persembahan.

8) Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

9) Hasil karya persembahan hendaklah sesuai untuk dipaparkan dalam

segala bentuk media video. Format yang dibenarkan bagi video adalah

WMV, MP4 dan MOV.

10) Peserta hendaklah menyediakan laporan atau ringkasan projek yang

merangkumi pengenalan produk, penyataan masalah, objektif, uji lari /

impak produk/ kebolehpasaran produk dan keaslian produk.

11) Format menyediakan laporan/ ringkasan projek mestilah

menggunakan font Arial, saiz tulisan 12 dan double spacing.


12) Penilaian akan dibuat berdasarkan kreativiti, signifikan projek, impak

projek, keberkesanan kos, kebolehulangan/replikabiliti potensi

kebolehgunaan, aplikasi, persembahan dan penyampaian

13) Peserta perlu menghantar hasil video dan laporan inovasi yang dihasilkan

melalui pautan google form yang disediakan.

Contoh format laporan

Muka surat Penerangan

Tajuk Projek Nyatakan tajuk projek, nama peserta,

Tajuk perlu ditulis dengan ‘bold’ dan mudah dibaca

Abstrak Sinopsis/ringkasan kepada keseluruhan projek

(Nyatakan masalah kajian, metadologi/proses kajian,

hasil analisis dan kesimpulan kajian)

Isi Kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut

topik. Nombor muka surat diletakkan di bahagian

tengah atau hujung kiri setiap muka surat.

Penghargaan Senaraikan penghargaan kepada semua pihak yang

telah memberikan sumbangan kepakaran, bahan,

sokongan dalam menjayakan projek.

Pengenalan Latar belakang projek, Pernyataan Masalah, Signifikan

Kajian, Takrif Istilah, Skop dan batasan kajian,

perbandingan kajian lepas.


Metadologi/ Rekabentuk dan perincian projek, Bahan dan alatan,

rawatan atau prosedur yang dijalankan.


Proses Kajian

Eksperimen Terangkan metadologi yang digunakan untuk

pengumpulan data dan pemerhatian. Sertakan foto

atau lakaran bahan projek.

Hasil Kajian Analisa data, tafsiran keputusan dan hasil dapatan

Perbincangan dan Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan

kesimpulan perlu dianalisis secara terperinci, membuat

perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan

data di jurnal dan sebagainya. Bincangkan inovasi atau

pembaharuan jika ada. Ringkasan keputusan perlu

spesifik.

Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan.

(Contoh: Tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang,

tahun terbitan, muka surat dan sebagainya)

Apendiks Rajah, jadual, gambar, graf dan apa sahaja bahan

visual yang diperolehi dari eksperimen yang dijalankan.

You might also like