You are on page 1of 5

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

YOUNG STEMist CONFERENCE

1.0 PENGENALAN

YOUNG STEMist CONFERENCE adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan,


Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini
merupakan platform kepada murid sekolah menengah dan pelajar tingkatan 6
dalam mengetengahkan projek penyelidikan, penemuan serta reka bentuk
mengikut tema yang ditetapkan.

Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan


minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini
meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis
kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN

2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian.

2.2 Satu (1) projek terbaik bagi setiap bidang daripada setiap negeri layak
untuk bertanding pada peringkat kebangsaan.

2.3 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1


hingga pelajar tingkatan 6 sahaja.

2.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1)
guru pembimbing.

2.5 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama.

2.6 Projek penyelidikan mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan.


Projek penyelidikan yang telah dipertandingkan dan memenangi
sebarang anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek
penyelidikan tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik.

2.7 Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam
hasil projek penyelidikan.

2.8 Penyertaan projek di bawah Young STEMist Conference dibenarkan


untuk menyertai Young Innovators Fair. Sekiranya sesi telesidang
bertembung semasa Karnival STEM Kebangsaan, peserta perlu akur
dengan giliran telesidang telah ditentukan oleh pihak pengelola dan
tiada perubahan giliran akan dibenarkan.
3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN
Peserta perlu menghasilkan slaid pembentangan untuk pembentangan
telesidang dan laporan projek penyelidikan berdasarkan tema dan bidang yang
telah ditetapkan oleh penganjur.
3.1 Tema
Projek penyelidikan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema
sahaja. Pemilihan tema adalah berdasarkan senarai yang berikut:

3.1.1 SDG 3: Good Health & Well-being


3.1.2 SDG 4: Quality Education
3.1.3 SDG 7: Affordable and Clean Energy
3.1.4 SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure
3.1.5 SDG 11: Sustainable Cities & Communities
3.1.6 SDG 12: Responsible Consumption and Production
3.1.7 SDG 13: Climate Action.

3.2 Bidang projek penyelidikan


Penyertaan dan penilaian adalah berdasarkan bidang pertandingan.
Satu (1) projek penyelidikan terbaik bagi setiap bidang seperti yang
berikut daripada setiap negeri layak untuk bertanding di peringkat
kebangsaan:
3.2.1 Sains Kehidupan;
3.2.2 Kajian Alam Sekitar;
3.2.3 Matematik;
3.2.4 Kejuruteraan/Robotik/Sains Komputer; dan
3.2.5 Sains Sosial.

3.3 Satu projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu bidang


sahaja. Jika projek yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka
penyertaan projek tersebut akan dibatalkan.

4.0 FORMAT PERTANDINGAN


4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua
penyertaan perlu:
4.1.1 memuatnaik fail slaid pembentangan projek penyelidikan dalam
format microsoft powerpoint dan laporan projek penyelidikan
dalam format .pdf melalui google form yang disediakan oleh
pengelola.
4.2 Pertukaran dan penambahbaikan projek penyelidikan dan slaid
pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran
bahan pertandingan.

4.3 Format laporan projek penyelidikan

4.3.1 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa


Inggeris dalam penulisan laporan.

4.3.2 Penyediaan laporan projek penyelidikan mestilah mengikut


spesifikasi yang ditetapkan:

4.4.2.1 jenis font: Arial;


4.4.2.2 saiz font: 12; dan
4.4.2.3 double spacing.

4.3.3 Kandungan laporan projek penyelidikan adalah seperti berikut:

Perkara Penerangan

Muka Depan/ Tajuk projek penyelidikan sahaja (sebarang identiti


Tajuk sekolah dan negeri tidak perlu dinyatakan)

Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian (nyatakan


persoalan kajian hipotesis, metodologi/prosedur
kerja, hasil, analisis dan kesimpulan kajian).

Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat


mengikut topik. Nombor muka surat diletakkan di
bahagian tengah atau hujung kiri setiap muka surat.

Penyataan Menyatakan penyataan masalah disokong oleh


masalah fakta, kumpulan sasaran, latar belakang projek
penyelidikan.

Objektif kajian Objektif kajian dibuat bagi mengatasi masalah/isu.

Sorotan Tinjauan literatur tentang bidang yang berkaitan


literatur dengan kajian.

Metodologi Rekabentuk dan perincian projek penyelidikan,


kajian bahan dan alatan yang digunakan, prosedur yang
dijalankan. Carta alir dan jadual boleh digunakan
untuk memberi gambaran bagaimana projek
penyelidikan dihasilkan.
Perkara Penerangan

Keputusan Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan


dan perlu dianalisis secara terperinci, membuat
perbincangan perbandingan antara nilai teori dan praktikal,
semakan data dalam jurnal dan sebagainya.
Nyatakan inovasi atau pembaharuan jika ada serta
ringkasan perlu spesifik. Keberkesanan inovasi
dalam penyelesaian masalah yang dinyatakan
(sertakan bukti). Cadangan penambahbaikan projek
penyelidikan pada masa hadapan jika ada.
Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika
melibatkan dokumentasi yang bukan hasil
persendirian mengikut format.(contoh: tajuk buku,
artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan,
muka surat dsb).
Penghargaan Halaman ini mengandungi senarai nama, institusi,
penaja,dan rakan usaha sama lain yang telah
terlibat dalam menjalankan projek penyelidikan.
Lampiran Gambar rajah, foto, graf dan visual/imej yang
mempunyai maklumat bertulis dengan tepat atau
paparan keputusan eksperimen.

4.4 Pembentangan lisan


4.4.1 Pasukan akan membentangkan projek penyelidikan secara
telesidang. Peruntukan masa pembentangan ialah 15 minit diikuti
dengan sesi soal jawab selama 10 minit bersama-sama panel
penilai.
4.4.2 Media slaid pembentangan yang dibenarkan ialah Microsoft
PowerPoint; dan
4.4.3 Kandungan slaid pembentangan adalah seperti berikut:
a. Pendahuluan;
b. Objektif;
c. Metodologi/Proses kajian;
d. Data dan pemerhatian;
e. Keputusan dan perbincangan;
f. Signifikasi projek penyelidikan;
g. Pembangunan projek penyelidikan masa depan; dan
h. Kesimpulan.
5.0 PROSES PENILAIAN
5.1 Proses penilaian peringkat negeri akan dilaksanakan
oleh sekurang-kurangnya tiga (3)orang hakim. Keputusan
hakim adalah muktamad.
6.0 KRITERIA PENILAIAN
6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu:

6.1.1 Pembentangan lisan secara telesidang; dan

6.1.2 Laporan projek penyelidikan.


6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk setiap bidang projek
penyelidikanadalah seperti berikut:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH

Pembentangan • Pengenalan
lisan secara • Penyataan masalah
telesidang • Objektif kajian
• Metodologi kajian
• Keputusan dan perbincangan kajian
• Kesimpulan dan signifikasi kajian 40
• Gaya persembahan
• Keaslian projek penyelidikan
• Aplikasi konsep sains dan penyelesaian
masalah
• Susun atur penyampaian

• Sesi soal jawab


• Responsif terhadap soalan 15
• Pemahaman terhadap projek
penyelidikan secara menyeluruh
Laporan Projek ● Abstrak
Penyelidikan ● Penyataan Masalah
● Objektif Kajian
● Kajian Literatur 40
● Metodologi Kajian
● Keputusan dan Perbincangan Kajian
● Kesimpulan dan Signifikasi Kajian
● Lampiran
Kesesuaian projek ● Selaras dengan tema
penyelidikan ● Faedah kepada masyarakat setempat 5
berdasarkan tema ● Sumbangan kepada pengetahuan saintifik
JUMLAH 100

You might also like