You are on page 1of 92

Lakaran Cadangan Penambahbaikan

Pengenalan
➢Kerja projek Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) Tingkatan 3 dalam Standard Kandungan Penghasilan Produk
merupakan salah satu komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang wajib
dilaksanakan oleh murid tingkatan 3 tahun semasa.
➢Kerja projek ini memerlukan murid memilih sekurang-kurangnya dua bidang
ilmu dalam aplikasi teknologi yang telah dipelajari.
➢Pada akhir pelaksanaan projek, murid dikehendaki menyediakan dokumentasi
dan membentangkan bersama projek mereka mengikut kreativiti murid dengan
bimbingan guru.
➢Tahap Penguasaan (TP) murid hendaklah direkodkan dalam templat pelaporan
PBD dan skor murid hendaklah dihantar kepada Lembaga Peperiksaan (LP) untuk
tindakan selanjutnya.
Objektif
Kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 membolehkan murid:
a)Mendapat kemahiran menggunakan peralatan, bahan dan perisian komputeryang sesuai dalam menghasilkan
produk.
b)Memerihal kepentingan perkembangan reka bentuk pembangunan produk dengan kehidupan murid.
c)Menghasilkan produk yang direka bentuk berasaskan budaya fikir lestariselaras dengan prinsip Kelestarian
Global.
d)Membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah menggunakanteknologi yang bersesuaian.
e)Mengaplikasikan Jujukan Reka Bentuk (Design Cycle) dalam proses rekabentuk projek.
f)Membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang menggunakanteknologi.
g)Menghasilkan laporan bertulis dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuksecara kreatif dan inovatif.
h)Mengamalkan nilai murni yang relevan dalam mereka bentuk produk yanglebih ergonomik, mesra pengguna,
berkualiti tinggi dengan kos yang efisien.
i)Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti.
Standard Pembelajaran
2.1.1: Menyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan kajian keperluan pelanggan dan
projek brief.
Guru membimbing murid:
•Mengenal pasti keperluan pelanggan dan maklumat produk melalui kajian keperluan pelanggan.
•Mengenal pasti jenis produk berdasarkan projek brief.
•Mengadaptasikan produk yang hendak dihasilkan dengan penyelesaian masalah secara inventif.

2.1.2 : Mengenal pasti asas teknologi yang sesuai.


Guru membimbing murid:
•Menjana idea reka bentuk produk secara individu.
•Memilih dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua bidang ilmu yang telah dipelajari untuk produk
yang akan dihasilkan.

2.1.3: Merancang konsep, elemen dan prinsip reka bentuk.


Guru membimbing murid :
•Merancang konsep reka bentuk produk kepada fungsi atau fungsi kepada reka bentuk produk.
•Memastikan konsep mempunyai elemen dan prinsip reka bentuk dengan membuat analisis dalam
bentuk jadual.
Standard Pembelajaran
2.1.4: Menghasilkan lakaran produk
Guru membimbing murid :
•Menghasilkan lakaran yang mengandungi elemen dan prinsip yang dipersetujui.
•Lakaran yang dihasilkan menggunakan skala penuh atau nisbah.
•Membuat rendering jika perlu.
•Menghasilkan beberapa lakaran reka bentuk yang sesuai dengan mengintegrasikan asas teknologi yang
dipilih.

2.1.5: Menyediakan jadual kerja


Guru membimbing murid :
•Membuat jadual kerja mengikut ketetapan sekolah.
•Memastikan murid mengikut jadual seperti yang dirancangkan

2.1.6: Membuat senarai bahan, peralatan dan bajet produk


Guru membimbing murid:
•Mengenal pasti bahan produk yang dihasilkan berdasarkan perbincangan yang telah dipersetujui.
•Mengenal pasti peralatan yang digunakan untuk menghasilkan produk.
•Membuat bajet produk yang menasabah.
Standard Pembelajaran
2.1.7: Menghasilkan produk berfungsi atau berfungsi sebahagian Guru membimbing murid:
•Mengenal pasti langkah-langkah kerja yang bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.
•Sentiasa mematuhi langkah keselamatan seperti dalam prosedur operasi standard semasa melakukan
kerja amali.
•Memastikan bahan dan peralatan mencukupi semasa melakukan kerja amali.
•Melakukan kerja-kerja penyudahan (finishing) produk.

2.1.8: Pengujian, penilaian kefungsian dan kesesuaian produk


Guru membimbing murid:
•Membuat pengujian produk yang dihasilkan berfungsi atau berfungsi sebahagian.
•Membuat pengujian dan penilaian produk dari sudut objektif, keselamatan, elemen dan prinsip reka
bentuk produk.
•Membuat ujian parameter bergantung kepada jenis produk yang dihasilkan.
•Menyediakan keputusan ujian dalam bentuk jadual.

2.1.9: Membuat cadangan penambahbaikan


Guru membimbing murid:
•Membuat rujukan yang sesuai untuk kerja penambahbaikan.
•Membuat kerja penambahbaikan terhadap produk jika perlu.
Standard Pembelajaran
2.1.10: Menyediakan dokumentasi
Guru membimbing murid untuk menyediakan laporan projek RBT PT3 merangkumi:
Kulit hadapan : Kandungan :
▪ Nama mata pelajaran • Pendahuluan
▪ Tajuk produk • Penentuan gabungan teknologi
▪ Gambar/Lakaran produk • Perancangan konsep
▪ Gabungan teknologi • Lakaran akhir
▪ Nama sekolah • Jadual kerja
▪ Nama calon • Pengurusan kewangan
▪ Nombor kad pengenalan calon • Penghasilan produk
▪ Angka giliran peperiksaan • Pengujian dan penilaian
▪ Nama penilai • Cadangan penambahbaikan
▪ Tarikh dihantar • Penutup
• Lampiran
Standard Prestasi
Tahap Tafsiran
penguasaan

1 Menyatakan fungsi produk yang akan dihasilkan.

2 Menerangkan lakaran idea awal yang mengintegrasikan teknologi


dalam reka bentuk produk.

3 Mengaplikasikan jadual kerja untuk pembangunan produk.

4 Menganalisis lakaran produk dari aspek elemen dan prinsip reka


bentuk.

5 Menjustifikasi penambahbaikan produk berdasarkan analisis lakaran.

6 Menghasilkan produk yang mencapai objektif dan membuat


dokumentasi secara sistematik.
2.1 PENGHASILAN PRODUK
1. Murid dikehendaki membangunkan sebuah produk berfungsi atau berfungsi sebahagian
2. Kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 ditaksir secara individu. Namun begitu, murid boleh
menghasilkan projek mereka secara individu atau berkumpulan.
3. Sekiranya murid memilih menghasilkan projek secara berkumpulan, murid mestilah mengikut
syarat dan peraturan seperti di lampiran 1.
4. Projek ini dilaksanakan dalam tempoh dari bulan Mac hingga Julai selama 22 minggu.
5. Murid dikehendaki memilih dua atau lebih bidang ilmu aplikasi teknologi yang dipelajari bagi
menghasilkan projek mereka.
6. Murid mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan dengan melengkapkan maklumat yang
diperlukan .
7. Murid menyediakan dokumentasi produk yang dibangunkan
8. Murid disarankan berbincang dengan guru bagi memastikan keberhasilan produk yang
dibangunkan
9. Pentaksiran dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan
CARTA ALIR PENGHASILAN PRODUK
LANGKAH PENGHASILAN PRODUK

• Borang Kajian Pelanggan • Keputusan Ujian


• Kelemahan &
makmal / parameter
• Penyelesaian masalah Cadangan
inventif(jika ada produk • Analisis Keputusan Penambahbaikan
terlibat) • Penilaian (Soal Selidik) • Lakaran
• Borang Projek Brief • Kesesuaian Penambahbaikan
• Tahap Keselamatan
• Gabung sekurang2nya 2/9
drp aplikasi teknologi
• Justifikasi pemilihan • Produk berfungsi / • Laporan Lengkap
Teknologi- Berfungsi sebahagian ikut format
kekuatan&kelmahan • Model/Prototaip

• Konsep :Form Follow Function


/Function Follow form
• Lakaran Perkembanan idea3D
• Senarai bahan
(Thumb nail view) • Senarai peralatan
• Mematuhi Elemen dan Prinsip • Pengiraan bajet
dlm Borang brief (Kaedah Unit
/Konsep SMART)

• Lakaran Bermaklumat
(Nama,Elemen, Prinsip,
Saiz, Komponen)
• Lakaran ceraian • Carta Gantt /
• Lukisan Isometrik Jadual
• Lukisan Skematik
• Lukisan Unjuran
Ortografik / Pola
• Analisis Elemen & Prinsip
Standard Pembelajaran
2.1.1 Menyatakan produk yang hendak dihasilkan berdasarkan:

1. Kajian keperluan pelanggan


2. Projek brief
Kajian Keperluan Pelanggan
TP1

Kajian keperluan pelanggan perlu dijalankan untuk memastikan idea reka


bentuk produk yang akan dihasilkan memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan.
Kajian keperluan pelanggan yang baik dapat membantu pereka bentuk
meyakinkan pelanggan untuk menggunakan produk yang akan dihasilkan.
Terdapat beberapa kriteria dalam kajian keperluan pelanggan, iaitu:
1. Maklumat pelanggan
2. Latar belakang produk
3. Penambahbaikan
Borang Kajian
keperluan pelanggan
Penyelesaian Masalah Secara Inventif
TP1

Penyelesaian masalah inventif ialah kaedah penyelesaian masalah


secara sistematik dengan masalah dan penyelesaiannya telah
dikenal pasti terlebih dahulu.
Penyelesaian masalah secara inventif bukan berdasarkan idea
spontan daripada individu atau kumpulan
Kaedah ini membolehkan proses diulang beberapa kali untuk
mendapatkan keputusan yang lebih baik, cepat dan menjimatkan.
Prinsip inventif diaplikasikan untuk menyelesaikan masalah inventif yang TP1
dihadapi oleh pelanggan. Sebanyak 6 langkah terlibat dalam proses
penyelesaian Masalah Inventif:
Langkah 1 : Kenal pasti masalah inventif
Langkah 2 : Bina model fungsi dengan garisan interaksi (Tunjukkan
kedudukan punca masalah)
Langkah 3 : Buat analisis berantai punca kesan (Kenal pasti punca
permasalahan)
Langkah 4 : Tentukan jenis percanggahan fizikal (Ruang atau masa)
Langkah 5 : Tentukan prinsip inventif yang sesuai
Langkah 6 : Cadangan inventif dalam bentuk lakaran (Penentuan
konsep, lakaran perkembangan idea)
Projek Brief
❑Projek brief ialah proses perbincangan awal antara pengurus projek
dengan pelanggan, yang turut dihadiri oleh pereka bentuk.
❑Pereka perlu membandingkan produk sedia ada di pasaran untuk
mengetahui kelebihan dan kekurangan pada produk sedia ada.
❑ Pereka bentuk berperanan menterjemahkan idea reka bentuk produk
daripada pelanggan kepada bentuk lakaran atau contengan.
1.3: BORANG PROJEK BRIEF
Boleh dipercayai Dan Sahih
❑Perkataan boleh dipercayai dan sahih yang terkandung dalam rubrik Panduan Kerja Projek
KSSM RBT Tingkatan 3, penerangannya adalah seperti berikut:
❑Boleh dipercayai bermaksud maklumat yang diperoleh oleh murid untuk projek mereka
boleh diterima tetapi murid tidak menyatakan sumber atau rujukan atau maklumat yang
diperoleh. Contoh, murid mendapat maklumat daripada pengalaman murid sahaja tanpa
membuat rujukan seperti yang dinyatakan dalam projek brief.
❑Sahih pula bermaksud maklumat yang diperoleh daripada sumber atau rujukan yang
tepat dan betul serta dibuktikan fakta seperti dalam bahan bercetak akademik atau petikan
pakar. Contoh, murid mendapat maklumat dengan menyatakan sumber atau rujukan
daripada buku atau internet pendapat daripada pakar.
2.1.2 Mengenal Pasti Asas Teknologi yang Sesuai
dengan Kehendak Reka Bentuk Produk.
Setelah mengenal pasti cadangan projek, pereka bentuk perlu memilih
teknologi yang sesuai dengan cadangan reka bentuk bagi memastikan
produk dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Justifikasi Pemilihan Teknologi

Aplikasi Tujuan Kekuatan dan


teknologi yang Fungsi
penggunaan kelemahan
dipilih teknologi
teknologi teknologi
Aplikasi teknologi yang dipilih
Pereka bentuk perlu menggabungkan dan mengaplikasikan
teknologi yang sesuai dan tepat semasa proses menghasilkan
reka bentuk produk baharu.

Tujuan penggunaan teknologi


Pereka bentuk perlu memahami tujuan suatu teknologi dipilih
bagi reka bentuk produk baharu yang akan dihasilkan.
Pemilihan teknologi yang tepat akan menghasilkan produk
baharu yang unik, memenuhi keperluan dan kehendak
pelanggan serta mampu bersaing dengan produk-produk lain
yang terdapat di pasaran.
Fungsi teknologi
Teknologi yang digunakan mestilah sesuai dan mampu menyelesaikan
masalah yang terdapat pada produk sedia ada. Pereka bentuk perlu
memahami keupayaan teknologi yang dipilih supaya produk baharu yang
dihasilkan mempunyai keunikan dari segi fungsi berbanding produk-produk
lain di pasaran. Pada masa yang sama, produk baharu tersebut hendaklah
dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.

Kekuatan dan kelemahan teknologi


Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan teknologi adalah amat penting
dalam proses menghasilkan suatu reka bentuk produk baharu. Pereka
bentuk perlu memilih teknologi yang sesuai dan dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi pelanggan pada produk sedia ada di pasaran.
2.1.3 Merancang konsep, elemen dan prinsip reka
bentuk yang dipersetujui dalam bentuk lakaran

Konsep rekabentuk produk ialah >


bentuk mengikut fungsi (form follow function)
fungsi mengikut bentuk (function follow form)
Bentuk mengikut fungsi Fungsi mengikut bentuk
(form follow function) (function follow form)

Reka bentuk produk mengikut fungsi yang Reka bentuk akan mewujudkan fungsi bagi
dikehendaki oleh pelanggan. produk yang telah dihasilkan.

Reka bentuk produk mesti memenuhi fungsi Reka bentuk menentukan bagaimana produk
sepenuhnya akan berfungsi. Lazimnya, produk
mempunyai reka bentuk yang menarik.

Contohnya, kerusi direka bentuk untuk Contohnya, peralatan dapur yang menyerupai
berfungsi sebagai tempat duduk. Namun, raksasa ‘Loch Ness’ mendapat permintaan
bagi memenuhi fungsi sebagai tempat duduk kerana reka bentuknya menarik dan boleh
sambil merehatkan badan, maka kerusi malas berfungsi.
telah direka bentuk.
Bentuk mengikut fungsi Fungsi mengikut bentuk
ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK
·Lakaran yang dihasilkan oleh pereka bentuk untuk menyampaikan idea
penghasilan produk perlu mematuhi elemen dan prinsip reka bentuk.
Elemen Reka Bentuk
· Elemen reka bentuk ialah
unsur-unsur yang digunakan
dalam lakaran bagi
mempamerkan idea awal suatu
rekaan.
· Elemen reka bentuk
membolehkan idea yang hendak
disampaikan oleh pereka bentuk
pada lakaran boleh difahami
oleh pelanggan.
Prinsip Reka Bentuk
•Prinsip reka bentuk ialah
konsep atau peraturan yang
digunakan oleh pereka bentuk
ketika menggunakan elemen-
elemen reka bentuk.
•Prinsip reka bentuk
membolehkan lakaran yang
dihasilkan oleh pereka bentuk
menarik, selesa dan boleh
menimbulkan emosi positif secara
visual kepada pelanggan.
Contoh lakaran idea berserta TP2

elemen dan prinsip reka bentuk

Lakaran yang
dipilih
2.1.4 Menghasilkan lakaran produk yang hendak dibuat

Lakaran produk yang hendak dibuat adalah lakaran idea terbaik


yang mengandungi semua maklumat penting sesuatu reka bentuk
produk.
Lakaran dihasilkan dengan gaya persembahan yang menarik dan
mampu meyakinkan pelanggan terhadap produk.
Lakaran idea terbaik yang dipilih akan ditambah baik dari segi
persembahan dengan menggunakan kaedah lakaran perspektif dan
rendering.
Lakaran
3D
Lakaran Ceraian
Lakaran ceraian ialah lakaran yang menunjukkan hubungan antara setiap komponen
(bahagian) pada suatu reka bentuk produk. Fungsi lakaran ceraian:
• Menunjukkan urutan pemasangan komponen-komponen pada reka bentuk produk.
• Menggambarkan rupa sebenar reka bentuk produk.
• Menunjukkan kedudukan komponen-komponen pada reka bentuk produk.
• Menunjukkan hubungan antara komponen-komponen pada reka bentuk produk.
• Menunjukkan urutan untuk mencantum reka bentuk produk yang mempunyai lebih
daripada satu bahagian.
• Memudahkan proses pembuatan dan penyelenggaraan reka bentuk produk.
TP5

Lakaran Ceraian
Lukisan kerja
Lukisan kerja ialah lukisan yang menerangkan dengan
terperinci rupa bentuk komponen suatu produk yang akan
dihasilkan.
Lukisan ini dihasilkan sebelum suatu model atau produk
dihasilkan.
Lukisan kerja merangkumi:
i.Lukisan isometrik
ii.Lukisan skematik
iii.Unjuran ortografik
i) Lukisan
Isometrik
•Lukisan isometrik ialah lukisan
piktorial yang dapat memberikan
maklumat dan gambaran objek
dengan lebih jelas.
•Lukisan isometrik dapat
menunjukkan bentuk suatu objek
dalam 3D melalui pandangan atas,
pandangan hadapan dan
pandangan sisi.
ii) Lukisan Skematik
•Lukisan skematik menunjukkan
kedudukan komponen elektronik
dalam bentuk simbol.
•Maklumat dalam lukisan skematik
membantu pereka bentuk memilih
komponen elektronik yang betul
semasa melakukan penghasilan
produk
Lukisan Unjuran Ortografik
•Lukisan unjuran ortografik dapat menunjukkan pandangan
atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi.
•Ukuran sebenar dinyatakan dalam lukisan unjuran ortografik
untuk digunakan sebagai rujukan semasa proses pembuatan
produk.
Contoh Lukisan Unjuran Ortografik
Menganalisis Lakaran Reka Bentuk Produk TP4
Berdasarkan Aspek Elemen dan Prinsip
Lakaran reka bentuk produk
yang telah dihasilkan oleh
pereka bentuk perlu
dianalisis dari aspek elemen
dan prinsip reka bentuk bagi
memastikan lakaran tidak
tersasar daripada kehendak
dan keperluan pelanggan.
2.1.5 Menyediakan Jadual Kerja TP3

▪Jadual kerja ialah suatu perancangan aktiviti yang


dipersembahkan dalam bentuk jadual.
▪Perancangan dibuat berdasarkan senarai aktiviti dan
tempoh masa yang diperuntukkan untuk aktiviti yang
disenaraikan
Garis Panduan Menyediakan Jadual Kerja TP3
Menganggarkan kos dan
menyediakan bajet bagi projek

Menganggarkan tempoh masa


untuk melaksanakan setiap aktiviti

Menganggarkan sumber yang


Garis panduan penyediaan jadual
diperlukan untuk setiap aktiviti
kerja

Menentukan aktiviti yang perlu ada


di dalam jadual

Menyusun aktiviti-aktiviti
mengikut keutamaan
Contoh Jadual Kerja
TP3
2.1.6 Membuat Senarai Bahan,
Peralatan dan Bajet Produk

•Perancangan setiap projek perlu dilakukan dengan sistematik


agar proses penghasilan produk tidak membazirkan masa, bahan
dan kos.
•Kesesuaian bahan dan peralatan perlu dipertimbangkan ketika
merancang penghasilan reka bentuk produk
A) Contoh Senarai Bahan
B) Contoh Senarai Peralatan
1. Mesin gergaji jig
2. Sesiku L
3. Pembaris keluli
4. Mesin gerudi mudah alih
5. Set pemateri
6. Hot glue gun
7. Ragum meja
Penyediaan Bajet Projek
Bajet ialah anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk
memastikan projek yang dijalankan berjaya dan
menguntungkan.
Berdasarkan bajet, belanjawan projek dapat disediakan.
Kos yang terlibat dalam bajet ialah kos bahan, kos upah dan
kos overhed.
Dua kaedah menentukan bajet :
i)Kaedah unit
ii)Kaedah SMART
i) Kaedah Unit
Kaedah unit ialah bajet yang dibuat berdasarkan kuantiti barangan atau
perkhidmatan.
Bajet disediakan berdasarkan bilangan unit pengguna.
Contohnya, bilangan murid di sebuah sekolah, bilangan pelanggan di dalam
sebuah kedai atau bilangan kerusi di dalam sebuah pawagam.
i) Komsep SMART
Konsep SMART digunakan pakai dalam penentuan bajet
projek.
B. Konsep SMART
Konsep ini diguna pakai dalam penentuan anggaran keseluruhan projek bermula dari:
S: (specific) spesifik - iaitu penetapan tujuan atau objektif objek
M: (measurable) boleh diukur - iaitu pengukuran pengagihan kewangan dalam kos-kos yang
terlibat
A: (attainable) boleh dicapai - bermaksud projek itu boleh dilaksanakan dari sudut keupayaan
kewangan dan tenaga kerja.
R: (realistic) realistik - mewakili kesesuaian dengan kehendak pengguna dan dianalsis sama ada
kehendak mereka mencapai tujuan projek.
T: (time-bound) jangka masa ditetapkan - bermaksud masa dan sumber kewangan mencukupi
untuk menyiapkan projek itu
Nama projek Rak Serbaguna

Tujuan Menyimpan alatan dan peragaan

Bilangan 100 unit

Sasaran Pelajar sekolah


Contoh aplikasi SMART
a) Kos bahan dan alat untuk 100 unit
Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah
1 Kayu 5 keping RM 40.00 RM 200.00
2 Perspek 100 keping RM 0.50 RM 50.00
3 MDF 50 keping RM 1.00 RM 50.00
4 Paip PVC 10 batang RM 4.50 RM 45.00
5 Glu 1 botol RM 5.00 RM 5.00
6 Paku 1 kg RM 5.00/kg  RM 5.00
7 Tona Kayu 4 tin RM20.00 RM 80.00
8        
  Jumlah bahan untuk 100 unit RM 435.00
Contoh aplikasi SMART
b) Kos upah

Bil. Pekerja X Masa X Kadar upah sejam X Bil. hari


3 X 5 X 5 X 2
= RM 150.00

c) Kos overhed

Perkara Kos/hari (RM) Jumlah (RM)

Bil elektrik 5.00 10.00

Bil Air 2.50 5.00

Jumlah   RM 15.00
Contoh aplikasi SMART
Jumlah kos modal

Kos bahan + Kos upah + Kos overhed  


RM 435.00 + 150.00 + 15.00 = RM 600.00

RM 600.00
Kos pengeluaran untuk seunit
100

  RM 6.00
Kos jualan

Kos modal + Peratus keuntungan

RM 6.00 + RM 6.00 (100% untung)

Kos jualan = RM 12.00


Contoh aplikasi SMART
Kos jualan – kos modal = keuntungan
RM 12.00 - RM 6.00 = RM 6.00

Produk yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan melalui perbandingan harga produk yang sedia ada
dipasaran

Produk dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan sumber kewangan yang diperlukan tidak
melebihi kos yang dianggarkan.
 
2.1.7 Menghasilkan Produk Berfungsi TP6
Atau Berfungsi Sebahagian
Mock up Produk berfungsi sebahagian Produk berfungsi

Dihasilkan sebelum produk Dihasilkan selepas mock-up Dihasilkan selepas produk


berfungsi sebahagian dibina. dibina berfungsi sebahagian dibina.

Dibina menggunakan bukan Tidak semestinya dibina Dibina menggunakan bahan


bahan sebenar. menggunakan bahan sebenar sebenar

Tidak berfungsi sepenuhnya Beberapa komponen Berfungsi sepenuhnya


berfungsi seperti produk
berfungsi sebenar
Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk
berfungsi sebahagian
Proses penghasilan produk melibatkan pembinaan, sama ada produk berfungsi atau produk
berfungsi sebahagian. Kepentingan merancang pembinaan produk berfungsi atau produk
berfungsi dengan teliti:
❑Menghasilkan produk yang menepati keperluan dan kehendak pengguna
❑Membolehkan penambahbaikan dilakukan pada reka bentuk dan fungsi produk
❑Membantu menganggar kos jualan produk
❑Merancang tenaga kerja yang diperlukan
❑Menjalankan pengujian dan penilaian yang lengkap terhadap produk dari segi reka bentuk
dan kefungsian.
❑Menentukan kaedah dan tempoh pembinaan produk
TP6
Langkah-Langkah Menghasilkan Produk
Berfungsi
Penghasilan produk berfungsi dibahagikan
kepada tiga langkah utama, iaitu;
(i) Mengukur, menanda dan memotong
bahan
(ii) Membina dan mencantum bahagian-
bahagian produk
(iii) Membuat kemasan
2.1.8 Membuat Pengujian dan Penilaian
Kefungsian serta Kesesuaian Produk
Pengujian dan penilaian kefungsian serta kesesuaian ialah proses
terakhir untuk mengukur tahap keberkesanan produk yang telah
dihasilkan.
Tahap keberkesanan produk diukur berdasarkan tiga faktor, iaitu:
1.Mematuhi projek brief
2.Memenuhi kehendak pelanggan
3.Ketepatan rupa bentuk.
A)Pengujian
Ujian makmal Ujian parameter

Pengujian terhadap produk berfungsi di dalam Pengujian terhadap produk berfungsi yang
makmal atau bengkel dibuat dalam situasi dan di lokasi yang sebenar.
Menggunakan peralatan dan kelengkapan Ujian ini bagi menentukan kefungsian,
tertentu yang bersesuaian dengan jenis produk kesesuaian, keupayaan serta kebolehgunaan
produk

Faktor-faktor seperti daya, cahaya, suhu, angin,


kelajuan dan lain-lain lagi dikawal oleh peralatan
di dalam makmal atau bengkel.

Contoh ujian makmal ialah ujian kemuluran,


ujian kekuatan dan ujian beban.
Keputusan perbandingan ujian parameter
antara penggunaan kaedah konvensional
dan kaedah baharu

Berdasarkan keputusan ujian


parameter, dapat dirumuskan
bahawa Penggilap Kasut Magik
dapat membersihkan dan
menggilap kasut dengan lebih
cepat dan mudah berbanding
berus kasut konvensional.
B) Penilaian
Penilaian dijalankan untuk menganalisis keputusan pengujian yang telah
diperoleh.
Penilaian menggunakan borang soal selidik yang mengandungi soalan-soalan
meliputi aspek seperti:
I.Kefungsian
II.Ergonomik
III.Reka bentuk
IV.Nilai estetika
V.keselamatan
BORANG SOAL SELIDIK
ANALISIS MAKLUM BALAS
BORANG SOAL SELIDIK
C)Kesesuaian produk

❑Kesesuaian ditentukan berdasarkan penilaian terhadap keputusan pengujian yang telah


dijalankan terhadap produk.
❑Keputusan pengujian dapat membuktikan sama ada produk yang telah dihasilkan menepati
keperluan dan kehendak pengguna atau sebaliknya.

Hasil daripada penilaian, produk didapati dapat berfungsi sepenuhnya seperti yang dirancang. Produk dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk membersihkan dan menggilap kasut dengan mudah,
berkesan dan cepat. Oleh itu, Penggilap Kasut Magik amat sesuai digunakan untuk membersihkan dan
menggilap kasut.
D)Tahap Keselamatan Produk

Memastikan tahap keselamatan produk yang telah


dihasilkan adalah amat penting. Beberapa perkara
perlu diambil kira semasa menilai tahap keselamatan
sesuatu produk. Hal ini adalah bertujuan untuk tidak
membahayakan pengguna. Berikut adalah beberapa
contoh penilaian yang boleh digunakan berdasarkan
produk yang telah dihasilkan.
1. Adakah produk mempunyai bahagian yang tajam?
2. Adakah produk mempunyai manual penggunaan?
3. Adakah produk selesa untuk dikendalikan?
4. Adakah bahagian elektronik pada produk boleh
membahayakan pengguna?
2.1.9 Membuat Cadangan Penambahbaikan Produk Berdasarkan Laporan
Keputusan Ujian
Penambahbaikan bertujuan menjadikan produk lebih baik dan
sempurna dari segi kefungsian dan mampu mencapai objektif
asal penghasilannya
Perkara Yang Perlu Diambil Kira Dalam Cadangan
Penambahbaikan
 Menambah atau menggantikan komponen yang rosak atau
tidak bersesuaian.
1.Membuat pengubahsuaian pada bahagian tertentu supaya
produk lebih mantap dan efisien.
2.Menambah baik kemasan pada produk seperti susunan
komponen dan warna yang digunakan.
3.Mengubah reka bentuk produk untuk disesuaikan dengan
fungsinya.
4.Memberi perhatian terhadap ciri-ciri ergonomik bagi
keselesaan pengguna.
5.Memberi perhatian kepada ciri-ciri keselamatan yang perlu
ada pada produk
2.1.10 Menyediakan Dokumentasi
TP6

Pendokumentasian ialah satu laporan bertulis yang


menghuraikan perincian reka bentuk meliputi maklumat
daripada peringkat penjanaan idea sehinggalah ke peringkat
mock-up atau model produk dihasilkan.
Laporan bertulis ini penting sebagai rujukan pada masa akan
datang dan merupakan dokumen yang diperlukan dalam proses
pendaftaran paten sesuatu produk.
Kepentingan Pendokumentasian

1. Menjadi bukti rekaan seseorang pereka bentuk


2. Diperlukan untuk memfailkan permohonan paten
3. Memudahkan membuat rujukan dan penyelidikan
FORMAT PENULISAN
a) Laporan kerja projek KSSM RBT Tingkatan 3 hendaklah ditulis
tangan atau bertaip dalam kertas saiz A4 bersaiz huruf 12 pt dan
jenis tulisan times new roman / times roman / jenis yang mudah dan
sesuai dibaca.
b) Penerangan grafik muka hadapan laporan projek adalah seperti
berikut:
i. Muka hadapan laporan mengikut format yang diberi.
ii. Perlu dikokot dan tidak perlu ring binding.
iii. Tidak perlu memasukkan senarai kandungan dalam laporan
Contoh Format Penulisan Laporan
1.Muka hadapan
2.Penghargaan
3.Abstrak
4.Kandungan • Penentuan gabungan teknologi
5.Pengenalan • Perancangan konsep
6.Laporan • Lakaran akhir
• Jadual kerja
7.Penutup
• Pengurusan kewangan
8.Bibliografi • Penghasilan produk
9.lampiran • Pengujian dan penilaian
• Cadangan penambahbaikan
RUBRIK PENSKORAN
Contoh-Contoh Produk yang telah Dihasilkan
SEKIAN, TERIMA
KASIH

You might also like