You are on page 1of 6

LAPORAN PAMERAN RBTS3183 PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI ELEKTRIK

DAN ELEKTRONIK

SEBELUM

Pada 9 Mac 2018, satu taklimat telah dilaksanakan bersama-sama pensyarah


dan pelajar RBT serta pastri di Mini Teater. Jawatankuasa pelajar bagi Hari terbuka RBT
telah dibentuk melibatkan para pelajar RBT unit Q, R, S. Tan Evon, Tey Ying Xin, Teo
Yue Ling dan Yim Yi Ting telah ditugas untuk menguruskan Pameran RBTS3183
Pengenalan Kepada Teknologi Elektrik dan Elektronik.

Selepas perjumpaan ini, kami telah berjumpa dengan pensyarah yang bertugas
untuk mengendalikan pameran ini, iaitu Encik Vespanathan A/L Subramaniyam. Beliau
telah memberi cadangan yang berguna untuk pameran. Beliau juga telah membantu
kami mencari bahan untuk pameran yang akan dibuat oleh pelajar RBT. Bahan-bahan
elektronik dan papan paparan yang berkaitan dengan subjek ini telah dipinjam oleh
pensyarah untuk meletakkannya di booth pameran. Selain itu, hasil kerja pelajar RBT
juga dijadikan sebagai bahan pameran untuk memeriahkan lagi tapak pameran.

Oleh sebab pameran ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan subjek


RBTS3183 Pengenalan Kepada Teknologi Elektrik dan Elektronik, maka kami juga
menyediakan nota-nota untuk ditampal di papan buletin. Nota yang dibuat adalah
berkaitan alat-alatan elektrik dan elektronik, bahan-bahan elektronik dan komponen
elektronik.

Persediaan dan persiapan tempat telah disediakan tiga hari sebelum pameran.
Kita telah melabelkan booth pameran. Seterusnya, kerusi dan meja telah disusun di
tempat pameran yang ditetapkan. Nota-nota ini kemudiannya ditampalkan di papan
buletin. Riben-riben dan kain meja juga digunakan untuk menghias booth pameran
supaya kelihatan lebih kemas.

Di samping itu, alatan kerja-kerja elektrik dan elektronik yang dipinjam juga
diletakkan pada meja di booth pameran. Kami juga telah memeriksa kebolehgunaan
alatan yang dipinjam ini agar dapat berfungsi dengan baik untuk dipamer dan dicuba
oleh pengunjung yang melawat tempat pameran elektrik dan elektronik.

Sebagai kesimpulan, tempat pameran ini telah berjaya dihias dengan cantik
sebelum Hari Terbuka RBT. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang
memberikan bantuan, tunjuk ajar dan kerjasama kepada kami.

1
Gambar sebelum pameran

2
SEMASA

Pada 10 April 2018, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah membuat
pameran RBTS3183 Pengenalan Kepada Teknologi Elektrik dan Elektronik sempena
Hari Terbuka RBT, anjuran Unit RBT. Pameran ini bermula pada pukul 9 pagi hingga
pukul 5 petang. Terdapat pelbagai jenis pertandingan, pameran dan kios keusahawanan
juga diadakan pada hari tersebut.

Pameran ini terbuka kepada semua guru pelatih dan pensyarah IPG Kampus
Ipoh. Pada Hari Terbuka Rbt, Ketua Jabatan Sains Sosial telah memberi ucapan yang
berkaitan dengan kursus Reka Bentuk dan Teknologi. Beliau mengatakan bahawa Reka
Bentuk dan Teknologi sebenarnya merupakan satu asas/kemahiran yang diperlukan
oleh setiap orang. Salah satu pameran iaitu pameran elektrik dan elektronik telah
memaparkan pelbagai jenis komponen elektronik dan projek yang dihasilkan oleh guru
pelatih elektif teras RBT.

Selepas upacara dan gimik perasmian, Timbalan Pengarah diiringi oleh Ketua
Jabatan Sains Sosial dan beberapa orang pensyarah untuk mengunjungi tapak pameran.
Semasa kunjungan ke tapak pameran elektrik dan elektronik, beliau juga bertanya
mengenai bahan pameran elektrik dan elektronik yang dipamerkan pada hari tersebut.
Kami berasa lega kerana dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik.

Semasa hari terbuka, kami bukan sahaja menjelaskan mengenai komponen


elektrik dan elektronik kepada para pengunjung malahan juga menjelaskan cara untuk
berfungsi papan litar dan hasilan projek tersebut. Pameran elektrik dan elektronik juga
menyediakan maklumat yang berkaitan dan ditampal di atas papan supaya
memudahkan pengunjung untuk mengenai tentang ilmu asas bahan dan alatan elektrik
dan elektronik.

Secara keseluruhannya, pameran ini berjalan dengan teratur dan lancar. Semua
guru pelatih juga dapat mempelajari pelbagai ilmu dan kemahiran yang baharu. Semua
guru pelatih telah memberikan kerjasama dengan baik sehingga hari terbuka selesai.

3
Gambar semasa pameran

4
SELEPAS

Selepas tamat pameran, kami telah mengumpul dan memulangkan bahan-bahan


dan hasil kerja pelajar untuk subjek elektrik dan elektronik ke bengkel KH. Kain alas
meja pula telah dipulangkan ke bengkel ERT bagi kegunaan pada masa akan datang.
Papan buletin yang ditampal dengan nota-nota pameran juga telah ditanggalkan untuk
dipulangkan ke perpustakaan.

Di samping itu, meja dan kerusi yang disusun untuk pameran telah diletakkan
semula ke tempat asalnya. Sebelum meninggalkan dewan, kami juga memastikan
tempat pameran bersih seperti keadaan asal.

Secara keseluruhannya, pameran ini telah berjalan dengan teratur dan lancar.
Semua pelajar IPGKI telah memberikan kerjasama yang baik sehingga pameran tamat.
Kami juga dapat mempelajari cara merancang sebuah pameran semasa membuat
pameran ini. Kelebihan dan kelemahan akan diambil kira dan dipertimbangkan semasa
merancang aktiviti pada masa hadapan.

Gambar selepas pameran

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Pameran Pengenalan kepada Elektrik dan Eletronik

5
ANALISIS SWOT PAMERAN ELEKTRIK DAN ELETRONIK

Strength (Kekuatan) Weakness (Kelemahan)


 Pengalaman menguruskan aktiviti  Kemahiran memberi penjelasan
o Setiap ahli jawatankuasa lemah
memperolehi kemahiran o Ahli jawatankuasa tidak
mengumpul dan dapat menggunakan
menganalisis maklumat bahasa Melayu dengan
semasa menyediakan fasih semasa
bahan yang akan memperkenalkan bahan
dipamerkan di papan bahan elektrik dan
kenyataan elektronik
 Berpeluang berkongsi ilmu dengan  Hiasan pameran kurang menarik
orang lain o Tidak menggunakan
o Setiap ahli jawatankuasa gambar-gambar dan
menggunakan ilmu yang pelbagai jenis warna serta
telah dipelajari semasa bahan hiasan seperti riben,
menghadiri kuliah kepada logo dan sebagainya
rakan-rakan yang lain
 Pelbagai jenis bahan pameran
ditunjukkan
o Bahan yang dipamerkan
ialah hasil produk pelajar,
contoh jenis wayar, sampel
komponen elektronik, bahan
bantu mengajar dan
sebagainya
Opportunities (Kesempatan) Threats (Ancaman)
 Dapat mengaplikasikan  Salah faham mengenai bidang RBT
pengetahuan yang diperolehi o Pengunjung yang mula
daripada pameran mengenali bidang RBT
o Menggunakan kemahiran mengganggap
mengendalikan sesuatu matapelajaran ini
aktiviti pada masa depan merangkumi banyak aspek
sekiranya menjadi pengurus dan amat membebankan
aktiviti di sekolah rendah sekiranya dipilih sebagai
 Menarik minat pengunjung terhadap elektif
bidang atau subjek RBT  Bilangan pengunjung terhad
o Lebih ramai pelajar akan o Hanya pelajar yang
mengenali bidang RBT dan berkuliah di berhampiran
memupuk minat untuk dewan datang mengunjungi
mempelajari dengan gerai pameran
memilih RBT sebagai elektif

You might also like