You are on page 1of 4

Kelab Seni kebudayaan terdiri daripada 3 pecahan iaitu senam seni, aerobic dan

tarian kebudayaan. Saya bersama rakan dari borneo telah dipiplh untuk
menyertai tarian tradisional. Kmai diberikan tugas untuk mempersembahkan
tarian daripada etnik-etnik yang terdapat di sabah dan Sarawak di samping
memperkenalkan tarian tradisional kepada guru-guru pelatih atau rakan-rakan
kami yang berasal dari semenanjung Malaysia. Sepanjang persiapan kami untuk
mempersembahkan tarian tradisional, banyak perkara yang telah dipelajari oleh
kami.

Sepanjang minggu-minggu menjalankan latihan tarian, saya sedari bahawa setiap


daripada kami mempunyai bakat yang terpendam. Walapun pada mulanya ramai
yang mngaku bahawa mereka tidak tahu menari dan hanya mempunyai sedikit
pengalaman dalam seni tarian, mereka tidak berputus asa, mahupun segan untuk
terlibat aktif dalam melibatkan diri mereka. Denagn kerjasama dan galakkan
sesame sendiri, kesanggupan dan kerelaan untuk mengajar langkah tarian
daripada asas, kami semua telah mampu menjalankan sesi latihan kami dengan
lancer dan seronok. Saya kagum dengan sokongan moral yang ditunjukkan oleh
setiap daripada kami. Kami yang terdiri daripada pelbagai kaum masing-masing
telah memperkenalkan tarian-tarian tradisional yang kami pernah dengar. Bagi
pendapat saya sebagai individu, saya kagum dengan bagaimana kami sanggup
belajar pelbagai jenis tarian malah banyak jenis tarian dalam masa yang singkat
tapi tiada seorang pun daripada kami membantah. Malahan kami bkerjasama
untuk memastikan semua terlibat secara langsung dan mampu menimba ilmu yang
sama. Amatlah penting untuk menyerlahkan potensi masing2 supaya pada masa
akan datang berupaya untuk menyerlahkan potensi anak-anak didik. Sifat itu
pada pendapat saya sangat mulia untuk dimiliki oleh setiap guru supaya tiada
bakal anak2 didik yang ketinggalan dan diabaikan.

Di samping itu, saya sebagai individu telah mempelajari pelbagai jenis tarian
malah yang tidak pernah saya ketahui. Ini telah membina keperibadian saya
sebagai bakal guru dan pendidik dalam mempelajari dan mempunyai ilmu
pengetahuan yang luas tentang pelbagai kaum di Malaysia. Dengan pengetahuan
yang luas, seorang guru mampu menyebarkan ilmunya kepada muridnya dan lebih
memahami latar belakang para muridnya. Itulah salah satu cirri seorang guru
yang bagi saya amatlah penting untuk dimiliki supaya minda anak didik lebih
terbuka dan berpengetahuan luas.

Sepanjang kami memilih tarian ndan lagu untuk digunakan dan dpersembahkan
dalam tarian kami, saya dan rakan2 telah mempelajari tentang kesabaran dalam
memilih jenis tarian dan lagu2 yang sesuai untuk keupayaan setiap ahli dan
ksesuaian masa. Dari situ juga saya telah mempelajari bagaimana untuk
menguruskan latihan langkah demi langkah. Setiap daripada m]kami mempunyai
potensi yang berbeza wlaupun kami percaya masing2 boleh mengikut langkah2
tarian. Oleh sebab itu, tarian yang kami pilih merupakan tarian yang agak senang
dan mampu dilakukan oleh setiap daripada kami. Kami juga masing2 mempelajari
langkah2 mempelajari sesebuah tariann iaitu contohnya bermula daripada
simbolik2 yang dtonjolkan oleh tarian tersebut contohnya r=tarian orang ulu.
Diperkenalkan dengan memberitahu bahawa tarian tersebut memarpakan symbol
burung kenyalang. Ini kerana bagi memudahkan setiap ahli untuk memahami
tarian tersebut sebelum melakukan langkah2 asas tarian. Dari situ kelihatan
kesabaran setiap daripada kami untuk mempelajari tarian yang banyak dan
berbeza dalam masa yang singkat tetapi mampu kami terapkan ilmu yang banyak
dan tak ternilai.

Semasa kami dimaklumkan bahawa kami akan mempersembahkan tarian kami


dalam masa yang agak lama dan akan dipersembahkan dalam bentuk penilaian,
kami agak kecewa kerana tarian kami tidak dapat dpersembahkan pada hari
Kokurikulum sepertimana yang telah dmaklumkan kepada kami sebelumnya,
Walaubagaimanapun, sebagai bakal seorang guru saya telah mempelajari untuk
berani dan sabar dalam menyahut cabaran dan segala perubahan yang bakal
dihadapi. Saya juga telah mempelajari bahawa seorang guru haruslah peka,
berfikiran positif dan responsif terhadap perubahan sekeliling. Oleh itu kami
bekerjasama dalam menjalani latihan. Kami juga berusaha untuk mencari pakaian
tradisional untuk setiap daripada kami dan memastikan semua memakai pakaian
tradisional. Walaupun kami tidak berpeluang untuk menunjukkan adat kami
melalui pakaian dan tarian kami kepada warga kampus, kami tetap memakai dan
melakukan yang terbaik agar sesiapa saja yang berpeluang melihat persembahan
kami dapat menikmati keunikan yang kami bawa jauh dari tempat asal kami.

Kesimpulannya, banyak yang telah saya pelajari daripda kelab yang disertai dalam
mempbentuk keperibadian saya sebagai seorang bakal guru dan juga sebagai
individu secara keseluruhannya. Secara keseluruhannya bermaksud tidak kira
dari segi social dalam memperkenalkan dan mempelajari pelbagai jenis tarian
bersama rakan dan jasmani saya iaitu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
ini. Selain itu emosi dalam menguruskan dan menjalankan latihan dan
persembahan dan rohani iaitu kami sentiasa percaya Tuhan akan membantu kami
dalam setiap pergerakan dan kelancaran aktivit kami, dan intelek kami untuk
menguruskan kelancaran persembahan dan masing2 telah menunjukkan kreativiti
dalam koriografi tarian.

You might also like