You are on page 1of 39

1

TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TUGASAN
SEMESTER SEPTEMBER 2017

KOD KURSUS EPM 414

NAMA KURSUS PENILAIAN BAHASA MELAYU SEKOLAH


RENDAH

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR SUZANA BINTI SALHI

NO. MATRIK E30205150003

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK PUAN HAJAH ZAITON BINTI PANJI

PUSAT
PEMBELAJARAN AEU SC ONLINE - PHM SARATOK
2
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KANDUNGAN HALAMAN

PERINCIAN TUGASAN 3

BAHAGIAN A 6

BAHAGIAN B 18

BAHAGIAN C 31

RUJUKAN 39
3
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Perincian Tugasan

Soalan Tugasan: Pemarkahan: 60%

Tugasan ini terbahagi kepada TIGA Bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B


dan Bahagian C.

Bahagian A: [20%]

Tujuan: Menjalankan kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam


bahasa Melayu di sekolah anda

Kaedah: Pilih beberapa guru bahasa Melayu dan temu bual mereka tentang
pelaksanaan PBS. Beri tumpuan kepada berikut:

 Adakah guru menyokong konsep PBS?


 Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?
 Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard,
evidens, deskriptor, instrumen dan sebagainya?
 Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?
 Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
 Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrumen?
 Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap
murid?
 Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?
 Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
 Lain-lain tentang PBS

Tulis satu laporan berdasarkan temu bual anda.

Bahagian B: [15%]

Buat ulasan secara kritis 10 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan
oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran.

Analisis perlu merangkumi:

i. Jenis soalan
ii. Aras soalan
iii. Komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu)
iv. Cadangan penambahbaikan terhadap soalan.

- Sumber dan soalan yang dipilih perlu dilampirkan.


4
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Bahagian C: Penulisan Esei [25%]

Tujuan:
Tujuan tugasan ialah untuk menilai kebolehan anda menggubal instrumen pentaksiran
untuk salah satu empat kemahiran Bahasa Melayu.

Tugas:
 Pilih salah SATU kemahiran bahasa (menulis, membaca, mendengar atau
bertutur)
 Rujuk kepada Dokumen standard prestasi Tahun 1- 4 (disertakan dibawah
Bab 4)
 Pilih satu Pernytaan Standard’, ‘Deskriptor’ dan ‘Eviden’.
 Gubal DUA instrumen yang dapat menguji ‘evidens’.

CONTOH:
Pernyataan Standard
Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada
sumber yang didengar, ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila

Deskriptor:
Berbincang dan mengemukakan pendapat yang dapat mempengaruhi
khalayak secara bertatasusila

Evidens:
Berbincang dan menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang
dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusila

[Gubal instrumen untuk evidens di atas]

Format Laporan: [20 markah]

 Pengenalan [2 halaman – 4 markah


o Rasional pemilihan kemahiran bahasa, pernytaan standard, deskriptor
& evidens
o Definisi dan ciri-ciri deskriptor & evidens

 Penggubalan Instrumen [3 halaman – 6 markah]


o Proses pembinaan instrumen
o Keputusan tentang format
o Sumber-sumber yang digunakan

 Lampiran: [10 markah]


o Instrumen # 1
o Instrumen # 2

PENTING: Jangan ambil instrumen daripada sumber-sumber lain. Anda hendaklah


menggubal instrumen itu sendiri.
5
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Format Tugasan

 Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)


 Gunakan Font Times New Roman, saiz 12

Penyerahan Tugasan

 Muat naik tugasan ke myPLS sebelum atau pada 15 Disember 2017

 Jangan lupa menulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman


pertama.

------------oooo-----------
6
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BAHAGIAN A

KAJIAN RINTIS GURU DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN


BERASASKAN SEKOLAH (PBS) DALAM BAHASA MELAYU DI
SK ABANG LEMAN, KABONG.

Suzana Salhi

Abstrak
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu transformasi dalam
sistem pendidikan di Malaysia. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mengenai
pelaksanaan PBS dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SK Abang Leman, Kabong.
Seramai 10 orang guru bahasa Melayu telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini.
Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumbalas berkaitan dengan pelaksanaan PBS
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Abang Leman, Kabong dengan
menggunakan kaedah temubual berstruktur. Hasil dapatan dianalisis menggunakan
statistik deskriptif ( kekerapan dan peratus ). Dapatan kajian ini boleh dimanfaatkan
oleh pihak yang terbabit dalam memartabatkan lagi pelaksanaan PBS dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

PENGENALAN
Malaysia masih ketinggalan dalam sistem pentaksiran pendidikan dari aspek kualiti
berdasarkan pentaksiran antarabangsa iaitu Program Penilaian Murid Antarabangsa
(PISA) dan Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) walaupun
negara kita telah mencapai akses kepada pendidikan hampir menyeluruh melalui dana
yang dilaburkan untuk pendidikan negara. Sebagai contoh prestasi murid berusia 15
tahun di Singapura, Korea Selatan dan Hong Kong adalah tiga tahun terkehadapan
berbanding dengan prestasi murid di sekolah-sekolah di Malaysia (KPM, 2013).
Berdasarkan dapatan analisis tersebut dapat dilihat kedudukan purata skor Malaysia
mulai menurun daripada skor purata negara peserta TIMSS yang lain bagi tahun 2007
dan makin menurun pada tahun 2011. Kedudukan Malaysia dalam PISA pada 2009
pula adalah pada tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang menyertainya.
7
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Antara faktor penyebab menyumbang kepada penurunan prestasi Malaysia


adalah format soalan TIMSS adalah yang berbentuk teks panjang dan memerlukan
murid membuat interpretasi, refleksi dan penilaian berdasarkan kehidupan sebenar.
Sebaliknya, format soalan peperiksaan awam di Malaysia adalah ringkas dan lebih
tertumpu kepada rajah dan jadual. Malah keutamaan guru juga hanya memberi
keutamaan untuk menghabiskan sukatan pelajaran bagi menyediakan murid
menghadapi peperiksaan awam. Ini menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) dibuat secara cepat dengan menggunakan jalan pintas tanpa perlu memahami
konsep. Latih tubi banyak digunakan untuk melatih murid menjawab soalan
peperiksaan (BPK, 2012).
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tahun 2013 hingga
2025 (KPM, 2013) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada
September 2012 menyaksikan kerangka transformasi sistem pendidikan kebangsaan
dalam usaha membuahkan produk sistem pendidikan yang lebih berdaya saing dan
melangkaui penanda aras antarabangsa. Pelbagai pihak berpandangan pelan ini
merupakan satu anjakan bestari kerajaan dalam usaha membangunkan sistem
pendidikan negara bagi melahirkan murid dan guru yang mampu menghadapi cabaran
abad ke-21.
Fokus utamanya adalah bagi membangunkan modal insan yang mempunyai
jati diri, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran
tinggi. Modal insan yang ingin dilahirkan juga berupaya untuk berfikir secara kreatif
dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai ketahanan serta
berkebolehan untuk berhadapan dengan cabaran dunia global. Lantaran itu salah satu
perkara daripada 11 anjakan dalam PPPM bagi tahun 2013 hingga 2025 adalah
merombak semula peperiksaan dan pentaksiran (KPM, 2013).
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem
pentaksiran yang ditambahbaik dalam transformasi pendidikan. Pentaksiran dalam
pendidikan adalah proses menilai kefahaman kognitif murid (Esah, 2004). SPPK
merupakan transformasi daripada sistem yang berorientasikan pencapaian dalam ujian
dan peperiksaan kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk
menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk
belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. Melalui majlis perbincangan meja
8
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

bulat untuk pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi memperkukuhkan sistem pendidikan
sedia ada. Didapati ramai tokoh pendidikan, ahli politik dan Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) bersetuju melakukan penambahbaikan kepada sistem peperiksaan
awam dan melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Secara spesifik, PBS digunakan bagi mentafsir bidang akademik dan bukan
akademik serta memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan sekolah (LPM, 2012).
PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM, 2012). PBS mula dilaksanakan
bermula Tahun 1 pada sesi persekolahan tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada sesi
persekolahan 2012. Pada tahun 2016 bentuk peperiksaan UPSR adalah mengikut
nisbah 60:40 di mana 60% adalah Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) yang
dikelolakan oleh LPM dan 40% adalah PBS. Perubahan ini secara dasarnya dapat
mengubah pengiktirafan keterlaluan kepada pencapaian akademik semata-mata dan
mengurangkan tekanan kepada murid, ibu bapa dan guru bagi mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan khususnya.
Dalam pelaksanaan PBS di Malaysia, guru dan murid memainkan peranan
utama bagi memastikan ianya berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Guru
berperanan sebagai motivator, pemudahcara, membuat pemerhatian ke atas tugasan
murid, mendapatkan maklumat daripada aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan oleh
murid dan akhir sekali memberi maklum balas. Secara keseluruhannya, guru perlu
membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh
(KPM, 2012). Selain itu murid juga diajar dan dipupuk oleh guru untuk berfikir secara
kritis dan mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Murid perlu mengetahui apa dan
bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari, seterusnya melaksanakan tugasan
yang diberikan supaya guru boleh mengetahui kemahiran murid dan boleh ditaksir.
Dengan melaksanakan PBS, seseorang murid itu dinilai berdasarkan hasil tugasan
yang lebih jelas dan berterusan dalam jangka masa yang lebih panjang.
Kesimpulannya, murid ditaksir dengan mencapai kejayaan dalam mendapatkan ilmu,
kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap yang terpuji (Noraini, 2005). Selaras
dengan itu, maka kajian maklumbalas PBS dalam kalangan guru ini dijalankan bagi
9
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

melihat sejauh mana pelaksanaan PBS telah dilaksanakan mengikut panduan PBS
yang telah disediakan oleh KPM khusus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.

PERNYATAAN MASALAH

Perubahan penekanan PBS daripada amalan pentaksiran sumatif yang memberi fokus
utama terhadap ujian dan peperiksaan kepada amalan PBS yang menitikberatkan
pentaksiran formatif telah menimbulkan banyak rungutan dalam kalangan guru.
Sebabnya guru berperasaan kurang keyakinan untuk menjalankan pentaksiran
formatif dalam proses P&P. Aplikasi pentaksiran formatif masih lemah kerana guru
kurang mahir mengintegrasikan teknik pentaksiran formatif dalam proses P&P kerana
menganggap bahawa ia sesuatu yang asing atau terpisah walhal teknik tersebut amat
biasa dengan amalan mereka (Black & Wiliam, 1998; Brookhart, 2007; Hall & Burke,
2003). Kajian Black dan Wiliam (1998) mendapati guru masih memerlukan latihan
untuk melaksanakan pentaksiran formatif. Lantaran itu mereka mencadangkan guru
menggunakan pelbagai teknik sebagai alat pentaksiran formatif selagi cara dan tujuan
teknik itu mampu memberikan maklumat bagi tujuan mengubah suai pengajaran dan
merancang pengajaran akan datang.
Hal ini disokong oleh Scherer (2005) yang menyatakan semua teknik yang
membolehkan guru mendapatkan maklumat berkaitan status kefahaman, kemahiran
dan pengetahuan murid sesuai digunakan sebagai teknik pentaksiran formatif.
Bagaimanapun, tulisan Black dan Wiliam (1998), Brookhart (2007), Hall dan Burke
(2003) dan Scherer (2005) tidak menjelaskan dengan terperinci bagaimana teknik-
teknik pentaksiran formatif dapat dijadikan panduan oleh guru dengan jayanya.
Bagaimanapun Fisher dan Frey (2007) mendapati garis panduan yang membezakan
antara fungsi teknik pentaksiran formatif dengan teknik P&P ialah teknik pentaksiran
formatif sewajarnya dijalankan selepas guru menggunakan teknik P&P untuk
menyampaikan konsep atau isi pelajaran. Mereka menyarankan guru memulakan
teknik pentaksiran formatif selepas sepuluh atau lima belas minit mengajar isi dan
konsep pelajaran.
Guru juga kurang pengetahuan terhadap penggunaan teknik pentaksiran
formatif. Sebagai contoh, kajian Mohd Azhar dan Shahrir (2007) mendapati guru
mengunakan teknik soal jawab sebagai teknik pengajaran dan bukan sebagai teknik
10
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

pentaksiran. Ini disokong oleh kajian Zamri dan Nor Razah (2011) mendapati
keserasian guru mengunakan teknik menyoal dalam meningkatkan pembelajaran
masih ditahap rendah. Kajian oleh Brookhart (2007) pula mendapati guru sekolah
rendah menganggap teknik pemerhatian adalah teknik utama pentaksiran formatif.
Hal ini menjadikan mereka kerap dan mahir menggunakan pelbagai jenis teknik
pemerhatian. Guru sekolah rendah turut dicadangkan memberi murid latihan yang
bersifat amali, latihan yang melibatkan pergerakan fizikal tubuh badan seperti
nyanyian, lakonan, bercerita, membaca sajak dan syair kerana ia mampu
meningkatkan pembelajaran pelbagai kebolehan seperti fizikal, kognitif, afektif,
emosi dan sosial (interpersonal dan intrapersonal) (Hamm & Adams, 2009). Teknik
seperti ini membolehkan murid mempamerkan kebolehan, bakat dan minat mereka.
Apa yang penting ialah maklumat daripada penggunaan teknik tersebut ialah
dalam bentuk tingkah laku. Justeru, tingkah laku yang ditunjukkan murid semasa
aktiviti pentaksiran formatif memberikan maklumat kepada guru untuk membuat
keputusan dan pertimbangan apa yang hendak dilakukan seterusnya dalam proses
P&P. Oleh itu penggunaan teknik pentaksiran formatif perlu dirancang dengan baik
supaya sesuai dengan pelbagai tahap kebolehan murid (Hall & Burke, 2003).

TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk mendapat maklumbalas berkaitan dengan
pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di SK Abang Leman, Kabong
dengan menggunakan kaedah temubual berstruktur.

KAEDAH KAJIAN
Kaedah temubual secara berstruktur dijalankan dalam kajian ini bagi
mendapatkan maklumbalas atau maklumat berkaitan PBS dalam Bahasa Melayu di
SK Abang Leman, Kabong. Menurut Merriem( 1998 ) , penggunaan temubual
berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat
sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan
sebagainya. Soalan temubual berstruktur ini telah ditetapkan atau digubal oleh saya
sendiri berdasarkan kepada kehendak soalan bagi tugasan EPM414 dan dijalankan
selama dua minggu akibat kekangan masa sama ada masa saya sendiri atau pun masa
respondan yang terlibat.
11
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

SAMPEL KAJIAN

Jenis persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah dimana


sampel kajian adalah seramai 10 orang guru-guru yang terdiri daripada guru yang
mengajar pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6 yang telah dipilih. Sampel kajian ini dipilih
kerana saya sendiri merupakan guru di sekolah tersebut dan kebanyakan responden
merupakan rakan sekerja saya sendiri. Ini memudahkan saya mengumpul borang soal-
selidik dan proses temubual.

INSTRUMEN KAJIAN

Chia Chio Ming et. Al( 2013 ) menyatakan bahawa temubual dijalankan
untuk meneroka dan memperolehi maklumat secara mendalam. Temubual dijalankan
secara bersemuka. Setiap temubual tersebut kemudiannya telah ditranskripkan supaya
penyelidik lebih memahami isi-isi perbualan respondan dengannya. Setiap respondan
bagi temubual ini dirahsiakan namanya dan nama-nama respondan dikenalpasti
melalui kod khas iaitu dikenali sebagai G1 bagi responding pertama dan begitulah
seterusnya sehingga kepada respondan yang kesepuluh.

SOALAN KAJIAN

1. Adakah guru menyokong konsep PBS?


2. Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?
3. Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?
4. Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
5. Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?
6. Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
7. Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard, evidens,
deskriptor, instrumen dan sebagainya?
8. Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrumen?
9. Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid?
10. Lain-lain tentang PBS
12
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

ANALISIS DATA

Analisis data adalah bersesuaian dengan tujuan kajian yang dilaksanakan. Guru yang
terlibat sebagai respondan hanya perlu menjawab dengan menandakan pilihan
jawapan “YA” atau “TIDAK” pada soalan temubual yang dijalankan. Namun begitu,
soalan 7, 8, 9 dan 10 meminta guru memberi pandangan yang lebih mendalam dalam
temu bual iaitu.
Saya meminta respondan menjawab soalan 7 hingga 10 dengan menandakan
atau menentukan tahap pada aras Sangat Sukar (SS), Sukar ( S), Tidak Sukar (TS) dan
Sangat Tidak Sukar (STS). Soalan 7 berfokus untuk mengetahui pemahaman guru
tentang konsep-konsep PBS seperti standard, evidens, deskriptor, intrumens dan
sebagainya. Soalan 8 pula memerhati cara guru menghadapi masalah dalam
menggubal instrumen. Soalan 9 pula berkenaan dengan cara guru menghadapi
masalah dalam menetapkan Band/Tahap untuk setiap murid. Manakala soalan 10
lebih kepada pengetahuan umum guru tentang PBS. Di akhir soalan tersebut, ruangan
catatan disedikan untuk respondan memberi pandangan dengan pelaksanaan PBS
secara bertulis.
Data telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif (kekerapan dan peratus).
Data kualitatif dianalisis secara deskriptif ( kuantitatif ) bagi mendapatkan peratusan
skor perbandingan di antara jawapan “YA” dan “ TIDAK.” Hasil daripada analisis
dapatan temubual tersebut telah dapat membantu saya untuk menyiapkan laporan bagi
memenuhi kehendak soalan tugasan bagi kod matapelajaran EPM414, Penilaian
Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

KEPUTUSAN

Dapatan daripada soalan 1 hingga 6 temubual berstruktur yang telah


dilaksanakan kepada 10 orang guru yang menjadi respondan kepada kajian ringkas
adalah seperti dalam Jadual 1 dan Rajah 1 serta solan 7 hingga 10 seperti di dalam
Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah;
13
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jadual 1: Dapatan Hasil Temubual Berstruktur Respondan Bagi Soalan 1


hingga 6 Mengenai PBS.

No. Item Soalan Jawapan Kekerapan Peratusan


1 Adakah guru menyokong konsep PBS? YA 9 90
TIDAK 1 10
2 Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi? YA 7 70
TIDAK 3 30
3 Adakah guru memerlukan latihan yang lebih YA 9 90
mendalam? TIDAK 1 10
4 Adakah pelaksanaan PBS menambah beban YA 5 50
guru? TIDAK 5 50
5 Adakah PBS membantu murid dalam YA 6 60
penguasaan bahasa melayu? TIDAK 4 40
6 Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar YA 5 50
murid? TIDAK 5 50

Jadual 2 : Dapatan Hasil Temubual Berstruktur Respondan Bagi Soalan 7


hingga 10 Mengenai PBS.

KEKERAPAN TAHAP
NO ITEM SOALAN DAN KESUKARAN
PERATUS SS S TS STS
7 Sejauh manakah guru memahami konsep- BIL 0 3 4 3
konsep PBS seperti standard, evidens, % 0 30 40 30
deskriptor, instrumen dan sebagainya?
8 Sejauh manakah guru menghadapi masalah BIL 2 2 5 2
menggubal instrumen? % 20 20 50 20
9 Sejauh manakah guru menghadapi masalah BIL 3 2 4 1
menetapkan Band untuk setiap murid? % 3 20 40 10
10 Lain-lain tentang PBS BIL 0 2 6 2
% 0 20 60 20
14
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Rajah 1 : Graf Bar Perbandingan Dapatan Hasil Temubual Berstruktur


Respondan Bagi Soalan 1 hingga 6 Mengenai PBS.

90
80
70
60
PERATUS

50
40 % Jawapan Ya

30 % Jawapan Tidak

20
10
0
1 2 3 4 5 6
ITEM SOALAN

Rajah 2 : Graf Bar Perbandingan Dapatan Hasil Temubual Berstruktur


Respondan Bagi Soalan 7 hingga 10 Mengenai PBS.

60

50

40
PERATUS

SANGAT SUKAR
30 SUKAR
TIDAK SUKAR
20
SANGAT TIDAK SUKAR
10

0
7 8 9 10
ITEM SOALAN
15
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Secara totalnya, hasil dapatan menunjukkan bahawa respondan yang


menjawab jawapan “Ya” lebih tinggi berbanding jawapan “Tidak.” Peratusan
daripada Graf Bar Perbandingan jelas membuktikan bahawa kebanyakan respondan
memberi jawapan “Ya” iaitu 68.33% manakala jawapan “Tidak” hanya 31.67%
berdasarkan empat daripada enam soalan, peratus jawapan “Ya”. Dapatan ini
menjelaskan, maklumbalas yang diterima menjelaskan tanda positif bahawa
pelaksanaan PBS di sekolah telah dilaksanakan dilandasan yang betul untuk
meningkatkan taraf pendidikan di negara kita agar mendapat pengiktirafan penanda
aras pentaksiran antarabangsa seperti TIMss dan PISA, yang berorientasikan kepada
pentaksiran yang mengukur pemikiran aras tinggi prestasi pelajar Malaysia.
Item soalan pertama: Adakah guru menyokong konsep PBS? Hasil dapatan
menunjukkan 90% respondan menjawab “Ya” berbanding hanya 10% menjawab
“Tidak.” Perbandingan ini menunjukkan bahawa guru menyokong konsep PBS di
sekolah.
Item soalan Kedua: Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi? Hasil
dapatan menunjukkan 70% respondan menjawab “Ya” berbanding hanya 30%
menjawab “Tidak.” Perbandingan ini menunjukkan bahawa guru mendapat latihan
yang mencukupi dalam melaksanakan PBS.
Item soalan Ketiga: Adakah guru memerlukan latihan yang mendalam? Hasil
dapatan menunjukkan 90% respondan menjawab “Ya” berbanding hanya 10%
menjawab “Tidak.” Perbandingan ini menunjukkan bahawa guru memerlukan latihan
yang mendalam untuk melaksanakan PBS.
Item soalan Keempat: Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
Hasil dapatan menunjukkan 50% respondan menjawab “Ya” dan 50% menjawab
“Tidak.” Perbandingan ini menunjukkan bahawa guru memaklumkan pelaksanaan
PBS menambah beban dalam aras sederhana guru di sekolah. Alasannya, guru rasa
terbeban apabila terpaksa menyediakan pelbagai jenis laporan. Selain itu, guru banyak
dokumentasi bagi menyokong setiap tahap penguasaan murid. Namun terdapat
penambahbaikan dalam sistem PBS yang membantu menyelesaikan masalah tersebut
apabila pihak KPM menyediakan pelaporan secara “Template OFFLINE MS Office
Excel” dan bukan “ATAS TALIAN.
16
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Item soalan Kelima: Adakah PBS membanntu murid dalam penguasaan


bahasa Melayu ? Hasil dapatan menunjukkan 60% respondan menjawab “Ya”
berbanding hanya 40% menjawab “Tidak.” Perbandingan ini menunjukkan bahawa
guru bersetuju bahawa PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu.
Guru beranggapan dengan adanya Buku Panduan yang disediakan oleh KPM dapat
membantu guru dalam melaksanakan PBS di sekolah. Selain itu, maklumbalas
daripada guru juga menyatakan RPH berdasarkan KSSR lebih memberi peluang
kepada guru untuk memberi perhatian kepada satu kemahiran yang diajar dalam satu
masa pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula dengan kewujudan Pembelajaran
Abad ke-21 (PAK) yang turut diperkenalkan. Kosep didik hibu turut diberi penekanan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Item soalan Keenam: Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
Hasil dapatan menunjukkan 50% respondan menjawab “Ya” dan 50% menjawab
“Tidak.” Perbandingan ini menerangkan bahawa sebahagian guru beranggapan PBS
boleh menunjukkan kemahiran sebenar murid dengan pelbagai jenis instrumen
pentaksiran yang dibina. Manakala separuh guru lagi beranggapan PBS tidak
menunjukkan kemahiran sebenar murid kerana ada murid yang pasif dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Secara keseluruhannya, Peratusan daripada Graf Bar Perbandingan
menjelaskan bahawa aras kesukaran bagi Sangat Sukar adalah 13%, Sukar 23%,
Tidak Sukar 48% dan Sangat Tidak Sukar 18%. Hasil dapatan ini menjelaskan
bahawa untuk soalan 7 hingga 10 yang meminta maklumbalas mengenai aras
kesukaran untuk melaksanakan PBS di sekolah menunjukkan tahap kesediaan guru
adalah pada tahap sederhana iaitu 66% .
Item soalan Ketujuh: Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS
seperti standard, evidens, deskriptor, instrument dan sebagainya? Bagi soalan ini, 30%
respondan memilih aras sukar, 40% respondan menyatakan tidak sukar dan 30%
menyatakan tidak sukar dalam memahami konsep-konsep PBS.
Item soalan Kelapan: Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal
instrumen? Bagi soalan ini, 20% respondan menyatakan sangat sukar, 30% respondan
memilih aras sukar, 50% respondan menyatakan tidak sukar dan 10% menyatakan
tidak sukar dalam menghadapi masalah menggubal instrumen PBS.
17
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Item soalan Kesembilan: Sejauh manakah guru menghadapi masalah


menetapkan Band untuk setiap murid? Bagi soalan ini, 30% respondan menyatakan
sangat sukar, 20% respondan memilih aras sukar, 40% respondan menyatakan tidak
sukar dan 10% menyatakan tidak sukar dalam menghadapi masalah menetapkan
Band untuk setiap murid.
Item soalan Kesepuluh : Lain-lain tentang PBS? Bagi soalan ini, 20%
respondan memilih aras sukar, 60% respondan menyatakan tidak sukar dan 20%
menyatakan tidak sukar dalam memahami lain-lain tentang PBS.

KESIMPULAN

Kecekapan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) penting untuk guru


memahaminya serta menguasainya agar matlamat akhir transformasi pentaksiran
adalah untuk melahirkan pelajar yang bukan setakat tahu, faham dan boleh melakukan
ilmu atau kemahiran yang dipelajari, malah mengadaptasikannya secara beradap
mithali. Tahap pencapaian tertinggi ini hanya boleh dicapai menerusi sistem
pentaksiran pendidikan yang berbentuk autentik dan formatif. Lantaran itu, bentuk
pentaksiran ini menuntut kesediaan, kreativiti, komitmen dan keupayaan berfikir aras
tinggi daripada para guru.
18
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BAHAGIAN B.

PENGENALAN
Objektif pengajaran memainkan peranan penting dalam pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Dalam setiap model pengajaran terdapat tiga elemen yang penting iaitu
objektif, pengajaran dan Pembelajaran, dan penilaian. Objektif pengajaran
memberikan panduan dan matlamat kepada para guru dan pelajar mengenai
pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan objektif pengajaran, para pengajar dapat
mengendalikan kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang sesuai untuk mencapai
objektif yang ditentukan (Pang & Denis Lajium, 2010). Secara ringkasnya objektif
pengajaran penting dalam pengajaran dan penilaian.
Dalam penilaian formatif, pengajar selalunya menggunakan beberapa kaedah
atau ujian untuk mengukur kebolehan pelajar dalam menguasai kursus yang sedang
diikuti (Thorndike, 2001). Antara penilaian formatif yang selalunya dikendalikan
adalah kuiz, tugasan, pembentangan dan sebagainya. Manakala ujian sumatif hanya
melibatkan peperiksaan akhir pada setiap kursus. Oleh itu seseorang guru perlu
menentukan kaedah yang digunakan untuk menentukan kebolehan pelajar dalam
sesuatu kursus yang sedang diikuti. Seseorang guru yang mengajar pelajar harus
mengetahui konsep-konsep pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
sebelum memahami penilaian secara holistik (Kubiszyn & Borich, 2003). Bagi
mengukur penguasaan pelajar, guru perlu menggunakan alat ukur mengikut
kandungan kursus. Alat ukur yang dimaksudkan disini boleh jadi kuiz, tugasan,
pembentangan atau peperiksaan yang terdiri daripada penilaian formatif dan sumatif.
Bagi menyiapkan tugasan ini saya telah menggunakan buku kerja Kuasa
Bahasa Malaysia Tahun 5 Penerbitan Nusamas, Global Mediastreet Sdn. Bhd. Buku
ini dimuatkan dengan aktiviti mengikut kemahiran bagi mengukuhkan kefahaman
murid untuk menguasai setiap topik. Pelbagai aktiviti yang melibatkan penggunaan
peta i-Think. Sudut KBAT khas bagi mengukuhkan keupayaan murid untuk
menjawab soalan-soalan beraras tinggi. Selaras dengan PPPM ( Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid ). Berdasarkan buku teks yang terbaru dan
jawapan yang lengkap disediakan. Malah, Pentaksiran Sumatif dalam bentuk Ujian
Pertengahan Tahun dan Ujian Akhir Tahum turut disediakan untuk menaksir
pencapaian murid sepanjang tahun.
19
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Dalam tugasan ini saya akan memilih sepuluh soalan objektif untuk dibuat
analisis dan ulasan. Analisis yang saya lakukan merangkumi jenis soalan, aras soalan,
komponen dan cadangan penambahbaikan terhadap soalan. Secara tidak langsung
saya telah memilih bentuk ujian objektif sebagai penilaian dan pengukuran.

ANALISIS SOALAN DAN ULASAN.


Analisis yang digunakan menggunakan jadual spesifikasi ujian ( JSU ). JSU juga
akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan
objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula,
JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi
semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
Sehubungan dengan itu, saya hanya menggunakan JSU untuk menganalisis
soalan yang telah saya pilih dan daripada buku kerja Kuasa Bahasa Malaysia Tahun 5
Penerbitan Nusamas, Global Mediastreet Sdn. Bhd. Hal ini membantu saya membuat
analisis dan ulasan. Jadual spesifikasi ujian yang saya gubal adalah seperti di bawah;

Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian Bahasa Melayu Tahun 5

PEMAHAMAN BAHAGIAN A
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM
(MORFOLOGI) & ARAS JAWAPAN JUMLAH
KONTEKS R S T
1. KATA KERJA TRANSITIF 7 B 1
2. KATA KERJA TAK TRANSITIF 2 A 1
3. KATA ADJEKTIF SIFAT 4 D 1
4. KATA GANDA BERENTAK 5 A 1
5. KATA MAJMUK 1 B 1
6. KATA TERBITAN ( IMBUHAN ) 6 C 1
7. PERKATAAN BANYAK MAKNA 8 B 1
8. KATA TUGAS KATA BILANGAN 3 B 1
9. SIMPULAN BAHASA 9 D 1
KONSTRUK : SUSUNAN KATA DALAM AYAT ( SINTAKSIS )
10. AYAT SAMA MAKSUD ( AYAT AKTIF) 1 D 1
20
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Merujuk kepada jadual diatas, saya hanya menguji konstruk Morfologi dan konstruk
Sintaksis. Aras soalan pula terdiri daripada tiga soalan aras rendah, lima soalan aras
sederhana dan dua soalan aras tinggi. Jumlah soalan adalah sepuluh yang tediri
daripada sembilan soalan Konstruk Morfologi dan hanya satu soalan Konstruk
Sintaksis.

UJIAN OBJEKTIF

Berdasarkan jadual diatas saya telah menggunakan bentuk ujian objektif. Secara
umum ujian objektif mempunyai objektiviti yang tinggi kerana jawapan bagi setiap
pilihan item diberikan hanya satu sahaja jawapan yang betul. Oleh itu untuk
memeriksa jawapan ini tidak perlu pengetahuan tentang subjek berkenaan. Sesiapa
sahaja boleh memeriksa kertas jawapan ini termasuk mesin. Walaubagaimana pun
ujian ini juga dikatakan tidak benar-benar objektif kerana terdapat unsur-unsur
subjektif dalam memilih jenis item ujian yang tidak sesuai. Pemarkatan ujian ini juga
sangat objektif sehingga jenis pelbagai pilihan sering dikenali sebagai soalan objektif.
Analisis item dilakukan berdasarkan pekali diskriminasi dan kesukaran (Embretson,
& Hershberger, 1999).
Item ujian objektif terdiri daripada dua bahagian iaitu stem dan opsyen. Stem
boleh dibina berdasarkan soalan atau peryataan. Manakala bahagian opsyen terdiri
daripada jawapan dan distraktor (Kubiszyn & Borich, 2003). Bagi ujian objektif
hanya terdapat satu sahaja jawapan yang betul dan yang lain adalah jawapan yang
salah. Kadang-kadang terdapat banyak jawapan tetapi dipilih jawapan yang terbaik.
Ujian objektif terdiri daripada lima jenis ujian iaitu isi tempat kosong, salah benar,
padanan, aneka pilihan dan aneka pilihan gabungan.

a. Item Isi Tempat Kosong

Jenis item ini memerlukan ketelitian yang mendalam untuk menjawab dan
jawapannya perlu diketahui dengan tepat. Garisan atau ruang kosong yang disediakan
untuk jawapan isi tempat kosong adalah sama besar atau panjang. Pelajar perlu
mempunyai kemahiran dalam memilih jawapan yang tepat berdasarkan kenyataan
yang diberi. Adakalanya jenis item ini memerlukan dua jawapan dengan mengisi dua
21
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

tempat kosong. Item isi tempat kosong menghendaki pelajar melengkapkan ayat atau
rumusan sesuatu kenyataan. Isi tempat kosong ada dua kategori iaitu jenis jawapan
telah diberi dan jawapan yang tidak diberi. Item isi tempat kosong mudah dibina dan
ditulis. Item jenis ini juga boleh menampung lebih banyak kandungan berbanding
dengan ujian aneka pilihan kerana jawapan item isi tempat kosong mudah ditulis. Di
samping itu, soalan jenis ini juga berupaya mengelak tekaan kerana item jenis ini
memerlukan daya ingatan yang tinggi (Embretson, & Hershberger, 1999). Item jenis
ini sesuai untuk mengukur ingatan, fakta, nama, tempat dan peristiwa khusus dan
tidak sesuai untuk tingkah laku yang sukar diramal seperti pemikiran kreatif dan
kritis. Di samping itu, item isi tempat kosong sangat sukar dimarkat sekiranya item
tidak disertakan dengan pilihan jawapan yang betul. Kelemahan utama item isi tempat
kosong ialah menggalak jawapan aras rendah yang tidak sesuai untuk objektif aras
tinggi. Untuk item soalan ini contoh soalannya seperti di bawah;

Arahan : Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Hakim menggunakan __________ nya semasa menjatuhkan hukuman
kepada pesalah itu.

A budi baik
B budi bicara
C budi bahasa
D budi pekerti

b. Item Betul-Salah

Item jenis betul-salah menghendaki pelajar menyatakan sama ada sesuatu kenyataan
yang dikemukakan betul atau salah. Item jenis ini mempunyai banyak kelebihan. Item
jenis ini menguji banyak kandungan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Lagipun item jenis ini memerlukan masa yang sedikit untuk membina dan
memerlukan masa pemarkatan jawapan yang pendek. Namun item jenis ini lebih
menekankan kepada daya ingatan pelajar daripada mengembangkan daya intelek
kerana terhad kepada jawapan betul atau salah dan mempunyai kebarangkalian tekaan
yang tinggi. Item jenis ini mempunyai kebarangkalian penekaan yang tinggi iaitu
22
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

sebanyak 50 peratus untuk menjawab dengan betul. Namun begitu, saya tidak memilh
item ini dalam soalan objektif yang saya pilih memadai saya menjelaskan maksud
item soalan ini.

c. Item Pemadanan

Item jenis pemadanan menghendaki pelajar memadankan sesuatu ciri dengan gagasan,
konsep atau prinsip yang berkaitan. Item bentuk pemadanan mudah dibina dan
dimarkat serta sesuai untuk menguji kefahaman pelajar dalam mengaitkan antara fakta
ciri yang dinyatakan dengan gagasan, konsep atau prinsip yang berkaitan. Item
pemadanan juga mempunyai kebarangkalian tekaan jawapan benar yang rendah
bergantung kepada bilangan pilihan yang diberi. Bagaimanapun, item pemadanan
cenderung untuk bertanya maklumat yang remeh-temeh. Kesukaran juga sering
berlaku apabila terdapat bilangan pilihan padanan yang banyak. Kebanyakan borang
jawapan komersial mempunyai ruang jawapan yang terhad bagi sesuatu ítem. Arahan
bagi item pemadanan mestilah jelas. Item-item pada setiap set hendaklah serupa dari
segi isi yang diuji. Susunan item perlu diteliti agar kenyataan ciri-ciri sesuatu pilihan
yang biasanya menggunakan ayat yang lebih panjang disenaraikan dahulu sebelum
mengemukakan pilihan jawapan yang biasanya menggunakan perkataan pendek. Para
guru juga perlu mengelakkan bilangan kenyataan sama dengan bilangan pilihan
jawapan bagi mengurangkan tekaan (Popham, 2000). Kebarangkalian tekaan boleh
dikurangkan dengan memaklumkan kepada pelajar bahawa setiap pilihan yang diberi
boleh digunakan lebih daripada sekali. Namun begitu, saya tidak memilh item ini
dalam soalan objektif yang saya pilih memadai saya menjelaskan maksud item soalan
ini.

d. Item Aneka Pilhan

Item aneka pilihan menghendaki pelajar memilih jawapan yang paling tepat daripada
beberapa pilihan jawapan bagi soalan yang dikemukakan. Justeru itu, item jenis
pelbagai pilihan bukan sahaja mengandungi satu pilihan jawapan yang benar tetapi
juga mengandungi pengganggu. Pengganggu adalah pilihan jawapan yang salah.
Pengganggu dibina untuk mengelirukan pelajar. Walaupun salah, pengganggu perlu
23
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

dibina dengan teliti supaya ianya memainkan peranan sebagai pengganggu yang
berkesan dan seterusnya mengelakkan pemilihan jawapan yang dibuat secara tekaan.
Item aneka pilihan mempunyai banyak kelebihan. Item aneka pilihan boleh digunakan
untuk menguji pelbagai tahap objektif pengajaran dari aras pengetahuan ke penilaian
untuk domain kognitif hingga ke pelbagai aras domain afektif dan psikomotor
Embretson, & Hershberger, 1999).
Ujian jenis ini membolehkan pelajar membezakan tahap ketepatan jawapan.
Ujian aneka pilihan juga boleh menguji banyak kandungan pelajaran. Pemarkatan
ujian ini juga sangat objektif sehingga jenis aneka pilihan sering dikenali sebagai
ujian objektif. Analisis item seperti analisis diskriminasi dan analisis kesukaran
mudah dilakukan. Namun, ujian aneka pilihan juga mempunyai kelemahan.
Pembinaan item aneka pilihan memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Sekiranya
item ujian pelbagai pilihan tidak ditulis dengan baik dan sempurna, kemungkinan
terdapat beberapa pilihan jawapan yang betul. Kebarangkalian tekaan tinggi (25
peratus) sekiranya bilangan pilihan jawapan 4 dan menurun kepada 20 peratus
sekiranya bilangan pilihan jawapan ditingkatkan kepada 5.
Kebanyakan item soalan yang saya pilih adalah daripada jenis item soalan
aneka pilihan. Contoh soalan seperti berikut:

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Hasnan terpaksa menuntun basikalnya kerana tayar hadapan


__________tercucuk paku zink yang tajam.

A nipis
B leper
C putus
D kempis
24
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Berdasarkan soalan diatas, ransangan atau stimulus adalah maklumat khusus di mana
sesuatu item itu didsarkan. Stem pula merujuk kepada pernyataan yang mengandungi
tugasan dan arahan. Biasanya ayat lengkap terhadap masalah yang hendak
diselesaikan atau ayat tidak lengkap dan ayat bentuk soalan. Stem tidak mengandungi
sebarang bayangan (clues) jawapan. Pilihan atau opsyen adalah perkara yang
diberikan sebagai opsyen. Ia mempunyai dua fungsi sama ada pilihan betul atau
distraktor. Set item hendaklah: dibina berdasarkan rangsangan yang diberikan, bukan
dari maklumat lain atau daripada item sebelumnya.
Guru disarankan jangan menggunakan opsyen seperti “semua di atas”. Tiada
unsur bias, menyinggung pelbagai pihak atau mengemukakan hal yang sensitif
(jantina, agama, emosi, budaya). Guru perlu elakkan penggunaan rangkai kata yang
berulang dalam setiap opsyen. Pengulangan satu perkataan dibolehkan. Dalam
sesuatu soalan, opsyen hendaklah seragam dan hampir sama panjang Setiap opsyen
hendaklah ada kaitan sama ada kaitan betul atau salah dengan item yang hendak
ditanya. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua opsyen dan mudah difahami.
Susun kunci secara rawak dan bilangan seimbang untuk tentukan A, B, C dan D.

e. Item Aneka Pilihan Gabungan

Item aneka pilihan gabungan merupakan item yang mempunyai gabungan beberapa
jawapan yang betul sebagai jawapan. Manakala item aneka pilihan hanya mempunyai
satu pilihan sebagai jawapan. Oleh itu item jenis aneka pilihan gabungan memerlukan
pengetahuan yang tinggi terhadap sesuatu item untuk dijawab. Kerapkali jenis item ini
dianggap sebagai sangat sukar dijawab oleh pelajar. Bagi item soalan ini, contoh
soalan yang saya pilih seperti berikut;

8. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

I Adik bongsu saya yang berusia lapan bulan itu sudah pandai jalan.
II Jalan cerita drama bersiri yang bersiaran di TV3 itu sungguh menarik.
III Mesyuarat persatuan itu menemukan jalan buntu kerana tidak ada kata
sepakat.
IV Masih banyak jalan kaki yang tidak mematuhi peraturan ketika melintas
jalan.
25
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

10 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Doktor sedang mengkaji punca penyakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu.

A Doktor sedang mengkaji pesakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu.
B Penyakit kanak-kanak ganjil yang sedang dialami oleh kanak-kanak itu.
C Mengkaji punca penyakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu kerja doktor.
D Punca penyakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu masih dikaji oleh
doktor.

Berdasarkan kepada soalan lapan dan sepuluh diatas, penambahbaikan yang perlu
dilakukan untuk membina pengganggu secara bandingan sama panjang, sama rumit,
dan sama bentuk, khasnya dengan kunci jawapan. Jika ini tidak mungkin dapat
dilakukan, susun secara menegak mengikut urutan yang munasabah. Ketidaksamaan
panjang, kerumitan, dan gaya bahasa yang berlainan menyebabkan pelajar boleh
meneka kunci jawapan. Pengganggu boleh jadi:
o Pernyataan atau penyelesaian masalah yang memang salah, separuh
salah atau betul tetapi tidak menepati kehendak tugasan (stem).
o Penyelesaian masalah yang betul tetapi kurang cermat
mengendalikan pengiraan.
o Penyelesaian masalah dengan konsep yang salah.
o Penggunaan rumus yang salah.
o Kurang cermat memahami soalan/tugasan.
26
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

RUMUSAN;

Guru perlu elakkan menggunakan perkataan penegasan seperti “selalu”, “tidak


pernah”, “paling” dan “sangat” kerana boleh menyebabkan pelajar meneka jawapan.
Opsyen hendaklah sesuai, dari segi susunan ayat dengan tugasan item. Jangan
perdaya pelajar dengan sengaja menggunakan kata penguat atau penegasan, lebih
panjang atau lebih rumit dibaca untuk pengganggu. Elak menggunakan opsyen seperti
“semua di atas”, “tiada satu pun di atas” dan “kedua-dua A dan B betul”. Selaras
dengan tugasan, terutamanya jenis pelengkap. Pastikan hanya satu jawapan betul atau
paling baik untuk dijadikan kunci jawapan.
27
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

SEPULUH SOALAN OBJEKTIF : BUKU KERJA KUASAI BAHASA


MALAYSIA TAHUN 5, PENERBITAN NUSAMAS, GLOBAL
MEDIASTREET SDN. BHD.
Bahagian A
[ 20 markah ]

Soalan 1 hingga 6

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.


1 Hakim menggunakan __________ nya semasa menjatuhkan
hukuman kepada pesalah itu.

A budi baik
B budi bicara
C budi bahasa
D budi pekerti

2 Kakak sangat geram kerana baju kebaya moden yang baru


dibelinya minggu lepas itu telah __________ oleh tikus.

A digerit
B digigit
C diratah
D dipagut

3 Pertandingan memancing udang galah itu terbuka kepada


__________ warganegara Malaysia yang berumur dua belas tahun
ke atas.

A segala
B semua
C separuh
D sebilangan
28
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

4 Hasnan terpaksa menuntun basikalnya kerana tayar hadapan


__________tercucuk paku zink yang tajam.

A nipis
B leper
C putus
D kempis

5 Puan Hajah Laila sedang menyediakan __________ untuk hidangan pasangan


raja sehari itu.

A lauk-pauk
B warna-warni
C sayur-mayur
D rempah-ratus

6. Ibu menyuruh kakak mengangkat semua pakaian yang _________ di ampaian


itu kerana hari hendak hujan.

A menyidai
B penyidai
C tersidai
D sidaian
29
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Seluruh rakyat Indra Pura mendoakan kebahagiaan dan


kesejahteraan Tuanku Megat Iskandar Shah semasa baginda
berkelana ke Majapahit.

7. Apakah doa rakyat jelata terhadap sultan semasa baginda merantau di negara
orang?
A memperoleh kaus
B memperoleh daulat
C memperoleh kerabat
D memperoleh mahkota

8. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan


betul.
I Adik bongsu saya yang berusia lapan bulan itu sudah pandai jalan.
II Jalan cerita drama bersiri yang bersiaran di TV3 itu sungguh menarik.
III Mesyuarat persatuan itu menemukan jalan buntu kerana tidak ada kata
sepakat.
IV Masih banyak jalan kaki yang tidak mematuhi peraturan ketika
melintas jalan.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

9 . Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Puan Nurin __________ sewaktu memilih pakaian kakak-kakak yang dijual di


gedung beli-belah itu dengan potongan harga yang sangat istimewa.

A buka mata
B putih mata
C gelap mata
D rambang mata
30
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

10 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Doktor sedang mengkaji punca penyakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu.

A Doktor sedang mengkaji pesakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu.

B Penyakit kanak-kanak ganjil yang sedang dialami oleh kanak-kanak itu.

C Mengkaji punca penyakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu kerja

doktor.

D Punca penyakit ganjil yang dialami oleh kanak-kanak itu masih dikaji oleh

doktor.
31
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BAHAGIAN C

PENGENALAN
Pada asasnya Kemahiran Bahasa mempunyai empat kemahiran iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras
penguasaan bahasa baku. Membaca melibatkan dua faktor iaitu pemahaman dan
interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Pandangan ini memberi
pengertian bahawa aktiviti membaca berlaku secara serentak dalam perlakuan
manusia yang akan melibatkan memahami. Zulkifley Hamid (2007), menyatakan
bahawa proses menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu
pekerjaan yang mudah berbanding dengan proses dengar-tutur. Penguasaan
kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk
prosa, puisi, dan grafik.
Pada dasarnya saya memilih kemahiran membaca dalam menyiapkan tugasan
ini. Rasionalnya, kemahiran membaca merupakan salah satu sumber pengetahuan dan
asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, kemahiran
membaca membantu murid menguasai kemahiran berbahasa yang lain. Pernyataan
Standard yang saya pilih ialah “ Mengetahui, memahami dan memberikan respons
terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai
situasi .” Saya memilih tahap penguasaan Band 4. Manakala dalam pemilihan
Deskriptor pula ialah “ Membaca dan menyatakan ilmu dalam bahan sastera dan
bahan bukan sastera.” Saya ingin mengesan masalah tidak memahami isi bahan
bacaan tentu akan mengganggu proses pembelajaran murid berkenaan. Saya akan
dapat mengesan masalah memaham di kalangan muridnya berdasarkan pemerhatian
dan juga melalui aktiviti-aktiviti soal jawab, kuiz, menceritakan semula, merumus
petikan, dan sebagainya.
Masalah pemahaman bacaan akan menjejas pencapaian dalam pelajaran secara
keseluruhannya sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Masalah
pemahaman murid-murid boleh diatasi melalui beberapa aktiviti pengajaran yang
boleh merangsang pemahaman mereka terhadap bahan yang dibaca. Antaranya adalah
seperti melatih mereka membuat pemetaan semantik atau peta konsep, carta alir
terutamanya untuk melatih membuat urutan peristiwa, membuat carta organisasi,
menggunakan kamus untuk mendapatkan makna perkataan, dan yang paling penting
adalah melalui teknik penyoalan seperti teknik soalan 5WH (what, who, , where,
32
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

when,why, dan how). Eviden yang saya pilih ialah “Membaca dan memahami
bahan kreatif serta menyatakan kosa kata umum dan kosa kata istilah dengan
betul.”
Seterusnya kita akan membincangkan definisi dan ciri-ciri Deskriptor dan
evidens. Penting untuk kita menjelaskan hal ini bagi meningkatkan pemahaman kita
dalam mengurus dan mentadbir deskriptor dan evidens. Deskriptor ialah pernyataan
yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana
kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Manakala Evidens pula merupakan bahan bukti
yang perlu diuruskan secara sistematik mengikut keputusan Jawaatankuasa PBS.
Evidens terbahagi kepada dua iaitu evidens murid dan evidens bahan. Evidens
murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid tentang apa yang dia tahu dan boleh
buat secara lisan atau perlakuan. Manakala evidens bahan merujuk kepada apa-apa
bukti produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain yang
dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bahan boleh
disediakan secara individu atau berkumpulan.
Ciri-ciri evidens adalah seperti berikut : Sah iaitu evidens yang dikemukakan
hendaklah relevan dan menggambarkan penguasaan/pencapaian standard yang telah
ditetapkan. Autentik iaitu murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah
hasil kerja sendiri. Kecukupan iaitu evidens yang dikumpul mencukupi untuk
menunjukkan kemampuan murid. Semasa iaitu evidens dapat membuktikan murid
dapat membuat tugasan mengikut piawaian semasa. Tekal iaitu evidens yang
dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dengan membuktikan keputusan
yang sama diberi oleh pentaksir yang berlainan.

PENGGUBALAN INSTRUMEN.

Menyentuh pula langkah pembinaan instrumen, ianya perlu mengikuti enam proses
bagi menjamin instrumen yang dibina aberkualiti. Proses-proses pembinaan instrumen
adalah seperti berikut;
Pertama, Proses Menentukan Kemahiran Bahasa yang diuji. Hal pokok yang
perlu dilaksanakan oleh guru sebelum instrumen dibina ialah menentukan Kemahiran
Bahasa yang hendak ditaksir. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi
33
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

kemahiran seperti berikut: Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran


Membaca dan Kemahiran Menulis. Setelah menentukan kemahiran bahasa yang
hendak ditaksir, kita perlu mengetahui objektif kemahiran bahasa yang perlu dikuasai
oleh murid.
Proses kedua pula ialah, Menentukan Tahap Penguasaan/Band yang hendak
ditaksir. Guru juga perlu menentukan tahap penguasaan/band yang perlu dikuasai oleh
murid dalam instrument. Tahap penguasaan/band adalah seperti berikut;

TAHAP PENGUASAAN HURAIAN TAHAP


1 SANGAT TERHAD
2 TERHAD
3 MEMUASKAN
4 BAIK
5 SANGAT BAIK
6 CEMERLANG

Seterusnya, proses yang ketiga iaitu, Menentukan Penyataan Standard. Guru


perlu menentukan penyataan standard yang hendak ditaksir. Hal ini penting untuk
menentukan alat pengukur/ujian yang akan dibina. Penyataan standard adalah
bergantung kepada kemahiran bahasa yang telah ditentukan semasa proses pertama.
Seterusnya, Proses Keempat pula ialah Menentukan Deskriptor. Guru juga hendaklah
menentukan deskriptor yang hendak dilaksanakan. Hal ini menjelaskan pernyataan
yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana
kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
Proses kelima ialah Menentukan Eviden. Guru perlu menentukan eviden yang
hendak digunakan. Guru juga perlu menyediakan dua bentuk eviden iaitu eviden
bahan dan eviden murid. Evidens murid merujuk kepada keupayaan sebenar murid
tentang apa yang dia tahu dan boleh buat secara lisan atau perlakuan. Manakala
evidens bahan merujuk kepada apa-apa bukti produk atau proses seperti foto, grafik,
artifak, laporan dan lain-lain yang dihasilkan oleh murid dalam melaksanakan sesuatu
tugasan.
Proses yang terakhir ialah Menentukan Aktiviti Pentaksiran yang bakal
dilaksanakan. Guru perlu menentukan aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran
bahasa, tahap penguasaan/band, pernyataan standard, deskriptor, dan eviden. Antara
34
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

aktiviti yang boleh dilakukan ialah mendeklamasikan sajak, lakonan, menyanyi,


mengecam, dan sebagainya. Guru juga perlu menyediakan pentadbiran sesuatu
instrumen itu dijalankan.
Seterusnya membuat keputusan tentang format instrumen yang dibina.
Langkah pertama untuk menentukan format instrument ialah menyediakan Jadual
Penentu Ujian. Tujuan penilaian/pengujian bukan sekadar untuk mendapatkan angka-
angka (markah). Yang penting ialah signifikan angka-angka itu sama ada
menunjukkan peningkatan prestasi atau penurunan prestasi, dan lebih jauh daripada
itu ialah mengesan kemahiran pelajar. Dengan itu, penilaian/pengujian mesti ada
organisasinya supaya sistematik. Dengan makna lain, mesti ada perancangan dalam
penilaian/pengujian. Jika tidak ada perancangan, agak sulit untuk mengesan
kemahiran-kemahiran tertentu. Supaya penilaian/pengujian mempunyai organisasi
yang sistematik, penetapan satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) adalah sangat berguna.
Melalui JPU kita dapat merancang apa yang ingin kita tanya: bentuk-bentuk
kemahiran tertentu, topik-topik tertentu, taburan soalan dan sebagainya. Seterusnya,
guru perlu menilai instrumen-instrumen tersebut.
Keseluruhan proses ini boleh membantu guru untuk memastikan kualiti item
instrumen dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan pengukuran yang adil ( Hale,
1980 ). Bagi menentukan format/ jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu
menentukan domain objektif pengajaran "kognitif, psikomotor, afektif atau sosial”
dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur. Misalnya, jika kita ingin
mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk “Struktur
ayat” pada peringkat Aplikasi, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis
objektif yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang
berbentuk “menggubal ayat-ayat”
Seterusnya jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan
pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang
hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi
kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu pentaksiran. Secara ringkasnya,
kebolehpercayaan pentaksiran bermaksud keupayaan sesuatu pentaksiran itu memberi
markah yang sama, sekiranya murid menjawab semula ujian tersebut. Kesahan
pentaksiran pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang
pentaksiran itu ingin mengukur.
35
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sumber-sumber yang digunakan pula adalah merujuk kepada DSKP mata


pelajaran serta tahun mata pelajaran itu diajar. Guru perlu lebih peka tentang
kehendak serta matlamat setiap jenis soalan pentaksiran yang hendak digubal supaya
matlamat sebenar PBS itu akan tercapai. Guru juga menggunakan sumber daripada
keratan akhbar, benda maujud dan sebaginya.
Kesimpulannya, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah dilancarkan
sekitar Februari 2007. Fokus PIPP bagi Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan
(SPPK) adalah menyediakan pentaksiran alternatif, mengkaji semula sistem
peperiksaan dan memantapkan kualiti sistem pentaksiran secara keseluruhan.
Lembaga Peperiksaan Malaysia sedang menyusun semula kerangka dan format
pentaksiran peringkat nasional dan merancang memantapkan aktiviti Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Selaras dengan perubahan fokus dan format pentaksiran,
kompetensi para guru perlu dipertingkatkan agar dapat menjalankan tugas secara
profesional dan berwibawa. Pajares (1992) dan Title (1994) mengenalpasti salah satu
faktor mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan pentaksiran di sekolah adalah
pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan. Black dan
William (1998) mengesahkan literasi pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah
menjayakan matlamat pendidikan berkualiti.
Sehubungan itu, beberapa kajian berkaitan amalan pentaksiran (Ismail Alias,
1993; Salbiah Ishak, 1998; Muhamad Sahari Nordin, 2001; Mohd Azhar Mat Ali,
2006) telah mencadangkan agar guru diberikan latihan berterusan dalam bidang
pentaksiran. Justeru, pembinaan instrumen bertujuan mengukur tahap literasi
pentaksiran guru adalah signifikan. Hasil pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan
kelemahan pengetahuan pentaksiran guru dan dijadikan panduan dalam merancang
program pembangunan profesionalisme.
36
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

KEMAHIRAN Membaca

BAND 4

PERNYATAAN Mengetahui, memahami dan memberikan respons


STANDARD terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan
ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul

DESKRIPTOR B4DB1
Membaca dan menyatakan ilmu dalam bahan sastera dan
bahan bukan sastera dengan betul

EVIDENS B4 DB1 E1(SK)


Membaca dan memahami bahan kreatif serta
menyatakan kosa kata umum dan kosa kata istilah
dengan betul

AKTIVITI Bahan 1:
PENTAKSIRAN  teks pantun

Langkah Pentaksiran
 Murid membaca teks pantun secara mekanis.
 Murid menyatakan maksud pantun.
 Murid menyatakan kosa kata umum dan kosa
kata istilah dalam pantun.

Bahan 2:
 Petikan cerita rakyat

Langkah Pentaksiran
 Murid membaca teks cerita secara mekanis.
 Murid menceritakan bahan yang dibaca
 Murid menyatakan kosa kata umum dan kosa
kata istilah yang terdapat dalam teks.
37
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

LAMPIRAN INSTRUMEN #1

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

NAMA : ______________________________ TARIKH : ____________

KELAS : _______________

RUJUKAN : B4DB1E1
Arahan: Lafazkan pantun dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Kemudian nyatakan maksud pantun serta senaraikan kosa kata umum dan kosa
kata istilah.

Wahai adik, dengarlah sini,


Nasihat kami tolong dengari;
Jadilah baik bernilai murni,
Semoga nanti orang hormati.

Ibu bapa kita kasihi,


Didikan guru kita ikuti;
Tekun belajar setiap hari,
Nescaya hidup kita diberkati.

Maksud pantun:
___________________________________________________________

Contoh:
Kosa kata umum : didikan nescaya
diberkati nasihat

Kosa kata istilah : bernilai murni baik


tekun hormati
38
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

LAMPIRAN INSTRUMEN #2

INSTRUMEN PENTAKSIRAN STANDARD PRESTASI


BAHASA MALAYSIA TAHUN 3

NAMA : __________________________ TARIKH : ____________

KELAS : _______________

RUJUKAN : B4DB1E1
Arahan: Baca petikan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Kemudian ceritakan semula bahan yang dibaca serta nyatakan kosa kata umum
dan kosa kata istilah yang terdapat dalam teks.

Pandai Emas, Pandai Besi

Dalam sebuah negeri, terdapat seorang pandai emas yang kaya.Di negeri
itu juga, ada seorang pandai besi. Malangnya, besinya tidak selaris emas yang
dijual oleh pandai emas.
Pandai emas selalu memandang rendah terhadap pandai besi.
“Besi tidak berguna . Emas lebih tinggi dan mahal harganya,” kata pandai
emas.
Pada suatu malam, pencuri memasuki rumah pandai emas. Kesemua
emasnya telah dicuri. Namun begitu, pandai emas tidak berputus asa. Dia terus
bekerja keras. Akhirnya, dia berjaya mengumpulkan emas. Perniagaannya
semakin maju.
Nasib malang menimpa pandai emas lagi. Pencuri masuk ke rumahnya.
Pencuri telah mencuri kesemua emas yang dikumpulnya.
Pandai emas sungguh kecewa. Akhirnya, dia berjumpa dan mengadu
kepada pandai besi, akhirnya pencuri itu dapat ditangkap.
Kedua-dua mereka berasa gembira. Pandai emas dan pandai besi akhirnya
menjadi rakan karib. Semenjak itu, pandai emas tidak memandang rendah akan
pandai besi.
39
TUGASAN EPM414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah

RUJUKAN;

1. Buku Kerja Kuasai Bahasa Malaysia Tahun 5, Penerbitan Nusamas, Global


Mediastreet Sdn. Bhd 2016.
2. Hamimah Abu Naim, Rohaya Talib, Prosiding Seminar Antarabangsa
Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014), Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014.
3. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS). Kementerian Pelajaran Malaysia.
4. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah: Manual Pengguna Bagi Guru Mata Pelajaran Sekolah Rendah. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
5. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah: Manual Pengguna Bagi Setiausaha Peperiksaan (SUP). Kementerian
Pelajaran Malaysia.
6. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah: Manual Pengguna Bagi Guru Besar/ Penolong Kanan. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
7. SUZANA ABD. MUTALIB, JAMIL AHMAD (2012 ), Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, Malay Language Education Journal (MyLEJ).
8. Arsaythamby Veloo, JGD – Journal of Governance and Development Vol.7,
2011 (8 - 15).
9. Mazlini Adnan, Noorfazelawati Abd. Kadir , Jabatan Matematik, Fakulti Sains
dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Kementerian Pendidikan
Malaysia, JURNAL PENDIDIKAN SAINS & MATEMATIK MALAYSIA ,
VOL.4 NO.1 JUN 2014 / ISSN 2232-0393.
10. Sumber : http://repo.uum.edu.my/11915/1/9.pdf)
11. Sanmuga Nathan K.Jeganathan ( 2016 ), Instruksi Model Taktikal Permainan,
PTS AKADEMIA, Selangor, Malaysia.
12. Sufean bin Hussin ( 2005 ) , Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan, PTS
Professional Sdn. Bhd, Selangor, Malaysia.
13. Zainudin Abu Bakar (2014 ), Psikologi Pendidikan, Pedoman Untuk Guru dan
Ibu Bapa, https://books.google.com.my/books?isbn=1482826097.

You might also like