You are on page 1of 77

BMP 3102 PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

TAJUK:

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK


NORFATIN AMIRA BINTI BUSTAMI D20181082485

NUR IFFIANA BINTI LAODE D20181082503

RINI SYAHIRAH BINTI YAHYA D20181082545

HANIF IMRAN BIN AZMAN D20181084638

KUMPULAN KULIAH: B

NAMA PENSYARAH: PROFESOR DR. ABDUL RASID BIN JAMIAN


PRAKATA

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kehendakNya kumpulan kami yang terdiri daripada
empat orang iaitu, Norfatin Amira binti Bustamin, Rini Syahirah binti Yahya, Hanif Imran
bin Azman dan Nur Iffiana binti Laode, dapat menyiapkan tugasan berkumpulan bagi kursus
Pentaksiran Bahasa Melayu (BMP3102) mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
Tugasan ini dihasilkan untuk menganalisis bentuk soalan sekolah menengah KSSM
berdasarkan konsep Taksonomi Bloom.

Tanpa sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak, tugasan ini sememangnya agak sukar
untuk disiapkan ekoran daripada sumber rujukan yang agak terhad. Justeru, ribuan terima
kasih kami ucapkan kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu untuk memberi maklumat
dan berkongsi pengetahuan serta pensyarah kursus BMP3012, Profesor Dr. Abdul Rasid bin
Jamian atas tunjuk ajar dan saranan yang diberi.

Diharapkan dengan hasil analisis ini dapat menambah lagi pengetahuan kami berkaitan
pentaksiran di sekolah dan menjadi ilmu pengetahuan kepada kami yang akan bergelar
seorang guru di sekolah.

Segala kekurang yang terlihat dalam penulisan analisis ini harap dapat diterima dan kami
sedia menerima pandangan untuk menambah baik penulisan analisis kami pada masa akan
datang.
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1.0 Pendahuluan 1

2.0 Analisis Item Soalan 4


 Soalan Kertas 1
 Pembinaan Jadual Spesifiksasi Ujian (JSU) Kertas 1
 Cadangan Kriteria Penskoran Kertas 1
3.0 Analisis Item Soalan 16
• Soalan Kertas 2
• Pembinaan Jadual Spesifiksasi Ujian (JSU) Kertas 2
• Cadangan Kriteria Penskoran Kertas 2
Ujian Lisan Berasakan Sekolah 43
• Ujian Mendengar
• Ujian Bertutur
• Format dan Pemarkahan

Rujukan 50

Lampiran 51
1

PENDAHULUAN

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Bahasa Melayu telah digubal semula sejajar
dengan transformasi kurikulum sekolah rendah yang mula digunakan sejak tahun 2011.
Kurikulum baharu berasaskan standard ini mengandungi Standard Kandungan (SK), Standard
Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi yang didokumenkan sebagai Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu (Halimah Jamil et al., 2017). SK dan SP
yang digariskan dalam DSKP Bahasa Melayu memberi penekanan kepada keupayaan murid
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta dalam aktiviti pembelajaran bagi
membolehkan murid menguasai kemahiran abad ke-21.

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sahaja yang mempunyai pentaksiran


jika dibandingkan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pentaksiran
adalah satu proses yang berterusan dan dijadikan sebahagian daripada pengajaran dan
pembelajaran. Melalui pentaksiran ini, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah untuk
mendapatkan maklumat dan hasilnya murid membolehkan guru mengambil tindakan susulan
yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperkembangkan potensi murid.
Pentaksiran ini dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di
sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. Terdapat dua pentaksiran yang
dilakukan secara umumnya iaitu pentaksiran formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran manakala pentaksiran sumatif
pula dilaksanakan pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun. Justeru, keberkesanan
kurikulum dapat dinilai.

Ujian yang dilaksanakan di sekolah adalah dibina berdasarkan Taksonomi Bloom.


Setiap soalan yang digubal adalah mengikut aras sistem tersebut. Taksonomi Bloom adalah
struktur hierarki yang menguji kemahiran bermula dari peringkat yang rendah hingga
peringkat yang lebih tinggi (Muhammad Yaumi, 2013). Maka, bagi mencapai tujuan yang
lebih tinggi, peringkat yang rendah haruslah dipenuhi terlebih dahulu. Dalam kerangka
konsep ini, tujuan pendidikan Bloom ini dibahagi menjadi 3 domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor. Namun begitu, disebabkan pengkaji mengkaji tentang peperiksaan, maka domain
yang terlibat adalah domain kognitif (John W. Santrock, 2007). Antara aras domain ini adalah
2

Penghasilan JSU ini adalah aplikasi daripada satu model yang dikenali sebagai
Taksonomi Bloom yang digunakan dalam penggubalan soalan atau ujian. Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) ialah langkah awal sebelum membina satu set item-item yang lengkap. Menurut
Mohd Fakrudzafie Mohd (2010) menyatakan JSU dibina menggunakan jadual secara
sistematik atau terancang yang akan menghasilkan satu set item-item berkualiti, adil dan
menyeluruh. Konsep yang digunakan oleh JSU ialah perancangan sistematik menggunakan
jadual untuk membina satu set item-item atau terancang. Selain itu, aras kesukaran seimbang
dan konstruk yang dibina adalah menyeluruh. Konsep terakhir ialah memudahkan membina
item sendiri. Perkara utama yang terdapat dalam JSU adalah aras yang terdiri daripada Aras
Rendah (R/P), Aras Sederhana (S/K) dan Aras Tinggi (T/C). Seterusnya adalah konstruk
yang terdiri daripada pengetahuan, pemahaman dan kemahiran.

Berdasarkan daripada tajuk tugasan, pengkaji-pengkaji telah menganalisis soalan


Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Tinggi (SPM) dari SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
bagi kertas 1 dan 2. Manakala bagi Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) pula, pengkaji
telah memilih soalan daripada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2019.
3

PENILAIAN SOALAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2 BERDASARKAN TAKSONOMI


BLOOM

Proses kemahiran berfikir ialah satu proses yang berasaskan kepada beberapa aspek khusus,
seperti pembentukan landasan pemikiran yang kukuh, penguasaan kemahiran asas dan
pelaksanaan operasi kognitif perlu diadun secara berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif ialah satu proses di mana ianya
bergantung kepada soalan yang dikemukakan oleh guru berkaitan isi pembelajaran. Proses
kemahiran berfikir ini sangat berkait rapat dengan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam
menjawab soalan-soalan peperiksaan yang dikemukakan oleh guru. Seperti yang sudah
diterangkan di bahagian pendahuluan, Taksonomi Bloom terdiri daripada enam peringkat
iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Aras
mengingat, memahami dan mengaplikasi terletak pada aras rendah, manakala aras
menganalisis, menilai dan mencipta terletak pada aras tinggi.

Analisis Item Soalan


Pada tugasan ini, pengkaji dikehendaki untuk menganalisis item soalan dari satu tingkatan
berdasarkan kertas soalan peperiksaan dari sebuah sekolah yang dipilih. Untuk kajian ini,
pengkaji telah memilih kertas soalan tingkatan 5 dari sekolah SMK (L) METHODIST
JALAN HANG JEBAT, KUALA LUMPUR. Kertas soalan ini digunakan sebagai soalan
untuk Peperiksaan Percubaab SPM 2019. Kertas soalan ini mempunyai kertas soalan 1 dan
soalan 2.

SOALAN KERTAS 1

1. Kertas soalan 1 mempunyai dua bahagian. Bahgaian A dan juga B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

SOALAN KERTAS 2

1. Kertas soalan 2 mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.
4

3. Jawapan bagi Soalan 2 (b), Soalan 2 (c), Soalan 2 (d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

ANALISIS SOALAN KERTAS 1

BAHAGIAN A

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara-cara menyayangi sekolah.


Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian
hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
5

Berdasarkan soalan pertama karangan dalam bahagian A, pengkaji mendapati bahawa soalan
tersebut menunjukkan aras menilai pada tahap rendah di mana pelajar perlu menilai sebuah
karangan yang sangat berkait rapat dengan mereka sebagai seorang pelajar. Walaupun aras
menilai merupakan tahap yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom, tetapi untuk soalan ini
ia hanya berada pada tahap rendah dalam aras menilai. Soalan yang berteraskan kepada aras
ini memerlukan pelajar untuk berfikir luar dari kebiasaan mereka namun masih dalam
lingkungan pengetahuan mereka sebagai seorang pelajar. Pada tahap ini memerlukan pelajar
untuk menjana lebih banyak idea bagi mengembangkan isi yang telah diberikan untuk
memperoleh karangan yang lengkap. Oleh sebab itu, soalan ini dikatakan jenis soalan aras
menilai tahap rendah kerana menuntut agar pelajar memberi lebih banyak idea yang lebih
bernas dan mereka wajib untuk menguasai kesemua peringkat aras yang terdapat dalam
Taksonomi Bloom.
6

BAHAGIAN B

1. Setiap individu mempunyai wawasan hidup yang tersendiri dalam mengejar cita-
citanya.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda.

Berdasarkan soalan pertama karangan dalam bahagian B, pengkaji mendapati bahawa soalan
tersebut menunjukkan aras mengaplikasi pada tahap rendah. Maksud aras mengaplikasi
dalam Taksonomi Bloom adalah pelajar menggunakan maklumat yang telah dipelajari serta
kefahaman mereka tentang pengetahuan itu dan kemudiannya mengaplikasikannya dalam
situasi yang baru. Manakala aras soalan adalah tahap rendah pula kerana soalan ini adalah
amat berkaitan dengan kehidupan pelajar dan kata kunci yang digunakan adalah huraikan.
Merujuk kepada soalan yang diberikan, pelajar perlu menghuraikan usaha-usaha bagi
menjadi cita-cita seseorang boleh tercapai. Justeru, dengan menggunakan pengetahuan yang
telah dipelajari oleh mereka semasa di dalam kelas lalu pelajar perlu mengaplikasikannya
mengikut kesesuian kehendak soalan tersebut.

2. Anda menyertai pertandingan pidato yang bertajuk “Ibu bapa Memainkan Peranan yang
Penting dalam Mencegah Anak-anak daripada Terlibat dalam Gejala Sosial”.
Tulis teks pidato tersebut.

Aras taksonomi bagi soalan di atas ialah aras menilai pada tahap sederhana. Dalam aras ini
pelajar akan membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi. Kata kunci ialah pada perkataan tulis.
Berdasarkan soalan itu, pelajar perlu menggunakan pengetahuan dan pengalaman mereka
misalnya seperti soalan yang merujuk tindakan yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk
mencegah anak-anak mereka daripada terlibat dengan gejala sosial. Dalam masa yang sama,
pelajar juga boleh mengaitkannya dengan diri sendiri bagaimana tindakan itu boleh
mengelakkan dirinya sendiri dari gejala sosial bagi memperoleh idea. Justeru itu, tahap soalan
ini berada pada tahap sederhana kerana ianya sangat dekat dengan kehidupan pelajar.
7

3. Perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan dan
mengatasi masalah kemiskinan penduduk di luar bandar. Bincangkan.

Soalan ketiga berada pada aras menilai tahap tinggi. Tahap ini adalah sesuatu tahap yang
begitu sukar dalam aras menilai. Melalui aras ini pelajar perlu menilai sesuatu perkara dengan
pengetahuan ilmu yang dimiliki. Mereka boleh mengemukakan cadangan, pandangan dan
hujah berlandaskan isu yang dikaji. Pelajar juga perlu membuat pertimbangan nilai bagi idea
yang ingin dipersembahkan. Berdasarkan soalan 3, pelajar perlu membincangkan mengapa
perkembangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) boleh menangani isu yang ditimbulkan
itu. Kata kunci bagi soalan adalah pada perkataan bincangkan.

4. Kekurangan makanan telah menjadi isu dunia sejak berdekad-dekad lamanya. Huraikan

langkah-langkah untuk menangani masalah kekurangan makanan yang boleh dilakukan

oleh negara serantau.

Soalan keempat berada pada aras mengaplikasi tahap rendah. Dalam aras ini pelajar akan
membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran
dan nilai serta memberi justifikasi. Kata kunci adalah hurai. Pelajar perlu menghuraikan
pendapat mereka mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara serantau untuk
menangani masalah kekurangan makanan. Oleh itu, pelajar perlulah mempunyai pengetahuan
dan ilmu mengenai negara serantau seperti apa yang menganggotainya dan peranan negara
serantau ini. Berdasarkan soalan di atas, perkaitan antara tajuk dapat dilihat berdasarkan tema
yang digunakan dalam DSKP iaitu tema kesihatan dan kebersihan. Dalam masa yang sama
pelajar juga dapat mengaitkan diri mereka kerana makan merupakan perkara asas untuk
kehidupan. Oleh itu, pelajar akan lebih mudah untuk menghuraikan isi-isi yang diberikan
kerana tajuk karangan ini sangat berkaitan dengan diri mereka. Justeru itu, tahap soalan ini
berada pada tahap sederhana kerana ianya sangat dekat dengan kehidupan pelajar.

5. Anda telah menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh sebuah persatuan penulis
8

di negara ini. Nyatakan manfaat-manfaat yang anda peroleh setelah menyertai kursus

penulisan tersebut.

Soalan lima menunjukkan aras menilai pada tahap sederhana. Maksud aras mengaplikasi
dalam Taksonomi Bloom adalah pelajar menggunakan maklumat yang telah dipelajari serta
kefahaman mereka tentang pengetahuan itu dan kemudiannya mengaplikasikannya dalam
situasi yang baru. Merujuk kepada soalan yang diberikan, pelajar perlu menyatakan manfaat-
manfaat yang diperoleh setelah menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh sebuah
persatuan penulis di negara ini. Justeru, dengan menggunakan pengalaman yang telah
diperolehi oleh mereka, soalan ini dapat dijawab. Dengan kata lain, pelajar boleh
membayangkan apakah manfaat yang mereka perolehi ketika guru mereka mengajar untuk
menulis karangan. Pelajar perlu sentiasa fokus untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang
boleh memberikan banyak manfaat kepada mereka. Kata kunci soalan adalah pada perkataan
nyatakan.
9

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

BIL TAJUK Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian JUMLAH


R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T
Karangan Bahagian A [30
markah]

Tema – Cara-cara menyayangi


sekolah.
 Mematuhi peraturan
sekolah / 1
1  Memelihara harta benda
sekolah
 Menghadiahkan
kecemerlangan
Akademik dan
Kokurikulum
Bentuk soalan : Gambar rajah

Karangan Bahagian B
10

[100 markah]

Soalan 1
2 Tema Soalan : Usaha-usaha yang / 1
perlu dilakukan untuk
merealisasikan cita-cita anda.

Format : Tiada
Soalan 2

Tema Soalan : “ibu bapa


memainkan peranan yang
3 / 1
penting dalam mencegah anak-
anak daripada terlibat dalam
gejala sosial”

Format : Pidato
4 Soalan 3

Perkembangan Industri Kecil


dan Sederhana (IKS) dapat
11

/ 1
12

meningkatkan pendapatan dan


mengatasi masalah kemiskinan
penduduk di luar Bandar.

Format : Tiada

Soalan 4

5 Tema Soalan : Langkah- langkah


menangani masalah kekurangan
/ 1
makanan oleh negara serantau.

Format : Tiada
Soalan 5

6
Tema Soalan : Manfaat-manfaat
menyertai kursus penulisan.
/ 1

Jumlah 0 0 0 0 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 2 1 1 4 1 1

Aras soalan : Soalan Rendah (R) 4


Soalan Sederhana (S) 1
Soalan Tinggi (T) 1
13

Tahap Rendah: 66.66%

Tahap Sederhana: 16.66%

Tahap Tinggi: 16.66

Kesimpulannya, berdasarkan daripada jadual JSU di atas, dapat disimpulkan bahawa soalan dibuat berdasarkan Taksonomi Bloom dan
ditentukan juga berdasarkan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Jumlah keseluruhan soalan iaitu 6 terbahagi kepada 4 tahap rendah
iaitu 2, 1 tahap sederhana dan 1 tahap tinggi. Pertama, 4 tahap rendah bersamaan dengan 66.66% meliputi pada aras aplikasi dan penilaian.
Kedua, 1 tahap sederhana dan tinggi yang masing-masing berkongsi jumlah peratus 16.66% serta kedua-duanya pada aras penilaian.
14

CADANGAN KRITERIA PENSKORAN (BAHAGIAN A)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


CEMERLANG 26 – 30 Karangan menepati tema bahan rangsangan. Bahasa
(28 – 30) gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda

(26 – 27) baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan
Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi dan menggunakan ungkapan yang
menarik. Isi relevan dengan tema bahan rangsangan
dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
KEPUJIAN 20 – 25 Karangan menepati tema bahan rangsangan Bahasa
(23 – 25) gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda

(20 – 22) baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan
Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas.
Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan
bervariasi Isi relevan dengan tema bahan rangsangan
dan dihuraikan dengan jelas.
MEMUASKAN 15 – 19 Karangan masih menepati tema bahan rangsangan
(17 – 19) Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.

(15 – 16) Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan
masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
Penggunaan kosa kata umum. Wacananya masih
lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi Idea masih
relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian
idea masih jelas.
Karangan masih/kurang menepati tugasan bahan
KURANG 10 – 14 rangsangan Bahasa kurang gramatis dari segi kata
MEMUASKAN dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.
(12 – 14)
Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu
(10 - 11)
tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.
Penggunaan kosa kata terhad. Wacana kurang
lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Idea
kurang relevan dengan tema bahan rangsangan dan
15

huraiannya kurang jelas.


PENCAPAIAN 06 – 09 Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran
MINIMUM menulis Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan
ayat. Idea tidak menepati tema bahan rangsangan
TIDAK (01 – 05)
MENCAPAI
TAHAP
PENCAPAIAN
MINIMUM
16

ANALISIS SOALAN KERTAS 2

Soalan 1 : RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang elemen penting
membentuk remaja bersahsiah unggul dan kesan jika negara gagal melahirkan remaja
bersahsiah unggul. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pencapaian remaja kini boleh dibanggakan kerana golongan ini berupaya untuk
mencipta nama pada usia muda. Boleh dikatakan dalam setiap bidang pasti ada kejayaan yang
dilakarkan oleh golongan remaja. Pujian harus diberikan kepada golongan remaja sebagai
tanda sokongan dan galakan untuk mereka lebih menonjol. Namun kadang kala sikap mereka
yang lebih berani, berwawasan, bercita-cita tinggi dan lantang bersuara perlu dibimbangi
ekoran perkembangan dunia globalisasi kini yang kian memamah sahsiah remaja. Perkara
tunjang yang perlu ada dalam membentuk sahsiah unggul mereka adalah dengan mendalami
ilmu akademik dan agama. Penguasaan ilmu akademik dan agama perlu diseimbangkan
supaya remaja dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. Tuntutan agama harus
disemat sekemas-kemasnya dalam sanubari mereka. Remaja wajar lebih dekat dengan ajaran
agama dan menjadikan kitab-kitab agama seperti Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk
dalam melakukan sesuatu perkara.

Perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa juga merupakan perkara penting
membentuk sahsiah unggul remaja. Kebanyakan remaja yang terjebak dalam masalah sosial
kerana kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Remaja
seperti ini akan melepaskan emosi mereka dengan melakukan perkara-perkara yang tidak
berfaedah dan kadang kala membahayakan diri mereka. Selain itu, remaja juga perlu
mempunyai ilmu pengetahuan tentang isu semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana
pengetahuan yang meluas amat penting sebagai bekalan remaja untuk meniti cabaran
kehidupan seharian. Remaja juga seharusnya memiliki nilai-nilai murni dalam jiwa di
samping mengamalkan norma budaya Malaysia dalam tatacara kehidupan seperti
menghormati orang tua, berbudi bahasa dan bersopan santun.

Pengaruh masyarakat sekeliling merupakan perkara yang tidak boleh dipandang


enteng kerana golongan muda sentiasa menjadikan masyarakat luar sebagai contoh ikutan.
17

Persekitaran yang selamat dan tidak terdedah kepada ancaman akan melahirkan keperibadian
unggul remaja. Pemilihan rakan sebaya yang berakhlak mulia akan membantu remaja
menjadi seorang yang bersahsiah unggul. Hal ini demikian kerana remaja lebih cenderung
untuk menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding bersama-sama keluarga
disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Rakan sebaya
yang positif akan mempengaruhi seseorang untuk melakukan perkara yang positif dan begitu
juga sebaliknya. Keperibadian unggul remaja dapat dikenal pasti sekiranya mereka
mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini menjadi
elemen penting yang akan membezakan seorang remaja dengan remaja yang lain.

Remaja yang berperwatakan unggul juga ialah remaja yang mempunyai kematangan
personality dalam melakukan sesuatu tindakan dan membuat keputusan. Kematangan remaja
dapat diserlahkan melalui perbuatan positif yang konsisten serta mempunyai emosi yang
stabil pada setiap masa. Remaja perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai ‘guru’ untuk
mematangkan diri dan tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Golongan remaja
perlu mempunyai wawasan atau cita-cita dalam hidup mereka sebagai pendorong membentuk
sahsiah unggul dalam diri mereka. Sedarlah bahawa usia remaja ini boleh diibaratkan sebagai
emas yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Jika remaja alpa, sudah tentunya emas itu
akan hilang sekelip mata.

Dipetik dan diubah suai daripada

‘Sahsiah Unggul Membentuk Personaliti


Remaja’

Oleh Muhammad Farkhan Kamarolzaman

Dewan Siswa, Jun 2018

Berdasarkan kertas 2 soalan 1 (Rumusan), pengkaji mendapati bahawa soalan tersebut


merupakan soalan aras menganalisis tahap sederhana. Aras menganalisis merangkumi
kebolehan untuk membahagikan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan
fakta daripada idea yang menjadi pembahagian data. Selain itu, pada aras menganalisis ini
juga pelajar perlu menaakul, mencari sebab dan musabab serta meleraikan suatu komunikasi
atau tajuk kepada beberapa bahagian. Soalan ini perlu membuat sebuah rumusan mengikut
kehendak soalan dan di sinilah pelajar perlu melakukan analisis tersebut iaitu memecahkan
18

atau mencerakinkan fakta. Pelajar perlu melakukan analisis dengan mencerakinkan fakta
yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan elemen penting membentuk remaja bersahsian
unggul. Seterusnya, pelajar perlu menganalisis kesan jika negara melahirkan remaja yang
bersahsiah unggul berdasarkan pengetahuan umum dan sedia ada pelajar. Kata kunci yang
digunakan adalah “elemen penting” dan “kesan”.

Soalan 2 (a)- PETIKAN UMUM

i) Berikan maksud rangkai kata disemat sekemas-kemasnya.

Berdasarkan soalan pelajar diminta untuk memberi maksud rangkai kata. Kata kunci soalan
adalah pada perkataan berikan maksud. Soalan ini pada aras pengetahuan ditahap sederhana.
Aras pengetahuan memerlukan pelajar untuk mengingat semula istilah, fakta, turutan,
laziman dan lain-lain. Soalan menjadi tahap sederhana kerana pelajar perlu memberikan
maksud tiga perkataan yang menjadi rangkai kata. Jawapan bagi soalan ini tidak terdapat
dalam teks yang diberikan dan pelajar perlu menggunakan pengetahuan sendiri.

ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan sekiranya remaja kurang
mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
Nyatakan kesan-kesan tersebut.

Berdasarkan soalan ini ia berada di aras kefahaman ditahap sederhana. Di aras kefahaman
pelajar perlu mempunyai kebolehan dalam memahami prinsip. Pelajar mampu untuk
memahami, meramal, menjelas dan menterjemah teks untuk menjawab soalan. Pengarang
telah menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan sekiranya remaja kurang mendapat kasih
sayang dan perhatian daripada ibu bapa di dalam teks yang diberikan. Kata kunci soalan ini
adalah pada perkataan nyatakan kesan-kesan. Soalan berada di tahap sederhana kerana pelajar
perlu memberi kesan lebih daripada satu.
19

iii) Kaunselor di sekolah merupakan individu penting dalam menyelami perasaan dan
mendekati murid.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kaunselor
di sekolah untuk membnatu membentuk kepribadian unggul dalam kalangan murid.

Berdasarkan soalan ini, ia berada di aras sintesis pada tahap tinggi. Tema soalan adalah
apakah langkah- langkah yang perlu dilakukan oleh kaunselor di sekolah untuk membnatu
membentuk kepribadian unggul dalam kalangan murid. Di aras sintesis pelajar dapat
mencantumkan elemen untuk menjawab soalan. Pelajar mampu menggabungkan, ringkaskan,
Menyusun, mengulas, merumus dan mengubah. Sintesis ini berada dalam pemikiran aras
tinggi. Jawapan bagi soalan ini tiada di dalam teks dan pelajar boleh memberikan apa-apa
jawapan selagi jawapan tersebut bersesuaian dengan soalan.

SOALAN 2 (b)- PETIKAN CERPEN

Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan
dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan
saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada
hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu,
baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa
saya.

Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasai sekelumit ilmu yang mengisi
dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang
agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih
sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan yang
lebih terurus.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Hazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah fungsi bahasa ibunda berdasarkan pendapat Mel?

(ii) Kehidupan di kota menyebabkan manusia sering terlibat dengan gejala yang tidak

sihat.Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang
20

remaja yang tinggal di kota supaya kehidupannya lebih bermanfaat?

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat

lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.

Berdasarkan soalan 2 (b) Kertas 2, pengkaji mendapati bahawa soalan 2 (b) (i) merupakan
soalan aras menganalisis pada tahap tinggi. Aras menganalisis merangkumi kebolehan untuk
membahagikan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada idea
yang menjadi pembahagian data. Mengikut soalan yang diberikan, pelajar perlu menganalisis
apakah fungsi bahasa ibundamenurut pendapat Mel. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar
perlu memberikan jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang bernas, berfakta dan berkaitan
kerana soalan ini berbentuk KBAT yang menggunakan kata kunci “apakah”.

Selain itu, soalan 2 (b) (ii) merupakan soalan aras memahami yang berada pada tahap
sederhana. Kefahaman dimaksudkan dengan kebolehan memahami sesuatu perkara. Keadaan
ini muncul ketika menterjemahkan, menghuraikan dan menjangkakan apa yang mungkin
berlaku kepada sesuatu sumber. Hasil pembelajarannya melebihi aras pengetahuan. Soalan
ini berada pada tahap sederhana aras memahami kerana pelajar perlu mentafsir idea dan
menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Dengan melihat kehendak soalan
2 (b) (ii) yang menggunakan kata kunci “apakah”, dapat difahami bahawa pelajar perlu
menyatakan fakta atau huraian sendiri tentang perkara bermanfaat yang perlu dilakukan oleh
seorang remaja apabila tinggal di kota. Oleh sebab itulah, soalan ini dikatakan pada tahap
sederhana aras memahami.

Seterusnya, soalan 2 (b) (iii) pula merupakan soalan aras kefahaman yang berada pada
tahap tinggi. Aras kefahaman boleh dikelaskan sebagai membuat interpretasi mudah dan
menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah
kepada bentuk yang baru. Dengan melihat kehendak soalan 2 (b) (ii) yang menggunakan kata
kunci “huraikan”, dapat difahami bahawa pelajar perlumenghurai satu latar masyarakat yang
terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.
Tuntasnya, soalan ini sesuai dikelaskan sebagai soalan aras kefahaman yang berada pada
tahap tinggi.
21

SOALAN 2 (c) – PETIKAN PROSA TRADISIONAL

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis
kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada
Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal
dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruh
orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari
malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan
lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya
lalu berjalan di tengah orang banyak itu, Maka ia pun pergi ke rumah orang kaya. Maka
dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu
dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berikan maksud membaca pustakanya?

(ii) Nyatakan reaksi dan tindakan-tindakan Temenggung selepas mendapat arahan daripada

sultan?

(iii) Kebijaksanaan seorang pemimpin akan memastikan keselamatan negara terjamin.

Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sebuah negara yang selamat?


22

Berdasarkan soalan 2 (c) Kertas 2, pengkaji mendapati bahawa soalan 2 (c) (i)
merupakan soalan aras pengetahuan yang berada pada tahap rendah. Pengetahuan bermaksud
mengingati semula perkara yang sudah dipelajari .ia melibatkan mengingat semula fakta-
fakta spesfik sehingga teori-teori yang sukar. Ia merupakan hasil pembelajaran yang paling
rendah dalam domain kognitif. Maksud aras pengetahuan pada aras ini ialah pelajar perlu
memberi penjelasan atau makna kepada sesuatu perkara dengan jelas dalam bahasa tersendiri
dan mudah difahami oleh pihak lain. Dengan melihat kehendak soalan 2 (c) (i) yang
menggunakan kata kunci “berikan”, boleh difahami bahawa pelajar perlu memberikan
maksud potongan ayat yang dinyatakan. Oleh sebab itulah, soalan ini dikatakan pada tahap
rendah aras pengatahuan kerana ia sudah dipelajari, difahami dan diingati.

Selain itu, pengkaji mendapati bahawa soalan 2 (c) (ii) merupakan soalan aras
memahami yang berada pada tahap sederhana. Kefahaman dimaksudkan dengan kebolehan
memahami sesuatu perkara. Keadaan ini muncul ketika menterjemahkan, menghuraikan dan
menjangkakan apa yang mungkin berlaku kepada sesuatu sumber. Hasil pembelajarannya
melebihi aras pengetahuan. Soalan ini berada pada tahap sederhana aras memahami kerana
pelajar perlu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Dengan melihat kehendak soalan 2 (c) (ii) yang menggunakan kata kunci “nyatakan”, dapat
difahami bahawa pelajar perlu menyatakan tindakan Temenggung selepas mendapat arahan
daripada sultan. Oleh sebab itulah, soalan ini dikatakan pada tahap sederhana aras memahami
kerana pelajar boleh mendapatkan jawapan dalam teks yang disediakan.

Seterusnya, pengkaji mendapati bahawa soalan 2 (c) (iii) merupakan soalan aras kefahaman
pada tahap tinggi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi
mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk
diubah kepada bentuk yang baru. Mengikut soalan yang diberikan, pelajar perlu memberikan
pendapat tentang ciri-ciri sebuah negara yang selamat. Kehendak soalan ini menunjukkan
bahawa pelajar perlu memberikan jawapan berdasarkan pendapat sendiri yang bernas,
berfakta dan berkaitan kerana soalan ini berbentuk KBAT yang menggunakan kata kunci
“apakah”.
23

SOALAN 2 (d)- SAJAK

Erti Hidup Bererti


Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
24

TEO WEI SING


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan pesanan penyajak kepada anak-anaknya?


(ii) Ibu bapa tidak mengharapkan balasan atas segala pengorbanan terhadap anak-anak
mereka. Apakah sumbangan yang dapat anda lakukan kepada ibubapa untuk membalas
jasa mereka?

(iii) Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut

Berdasarkan soalan 2 (d) Kertas 2, pengkaji mendapati bahawa soalan 2 (d) (i) merupakan
soalan aras memahami yang berada pada tahap sederhana. Maksud aras memahami ialah
pada aras ini pelajar perlu memberi penjelasan atau makna kepada sesuatu perkara dengan
jelas dalam bahasa tersendiri dan mudah difahami oleh pihak lain. Soalan ini berada pada
tahap sederhana aras memahami kerana pelajar bukan sahaja perlu mengingat kembali fakta-
fakta yang berkaitan dengan sajak yang telah dipelajari tetapi mereka juga perlu memahami
sekaligus menerangkannya kembali dengan bahasa sendiri (Mok, 1992). Dengan melihat
kehendak soalan 2 (d) (i) yang menggunakan kata kunci “nyatakan”, dapat difahami bahawa
pelajar perlu menyatakan pesanan penyajak kepada anak-anaknya dan perkara ini telah
dipelajari oleh pelajar sewaktu dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itulah, soalan
ini dikatakan pada tahap sederhana aras memahami kerana ia sudah dipelajari, difahami dan
diingati.

Seterusnya, pengkaji mendapati bahawa soalan 2 (d) (ii) merupakan soalan aras menganalisis
pada tahap tinggi. Aras menganalisis merangkumi kebolehan untuk membahagikan sesuatu
yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada idea yang menjadi
pembahagian data. Mengikut soalan yang diberikan, pelajar perlu menganalisis apakah
sumbangan ibubapa kepada anak-anak berdasarkan sajak yang diberi dan memberikan
jawapan apakah sumbangan mereka sebagai anak untuk membalas jasa ibubapa mereka. Hal
ini menunjukkan bahawa pelajar perlu memberikan jawapan berdasarkan pendapat sendiri
yang bernas, berfakta dan berkaitan kerana soalan ini berbentuk KBAT yang menggunakan
kata kunci “apakah”.
25

Soalan 2 (d) (iii) pula merupakan soalan aras menganalisis pada tahap rendah. Di mana
pelajar hanya perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah mereka kuasai pada tahap
mengingat dan memahami dalam Taksonomi Bloom. Pelajar perlu mengimbas kembali
komponen-komponen dalam sajak yang telah mereka pelajari sewaktu PdPc yang telah
berlalu dan mereka perlu memahami setiap komponen yang diajar seperti tema sajak,
persoalan, gaya bahasa, ciri-ciri dan yang berkaitan dengannya. Dengan menguasai dua
perkara tersebut, pelajar dapat menjawab soalan aras analisis tahap rendah ini. Kata kunci
untuk soalan ini adalah huraikan.
26

Soalan 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud

dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan

perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) lapangan

(ii) bekas

(iii) alamat

Berdasarkan soalan 3 (a) Kertas 2, pengkaji mendapati bahawa soalan ini merupakan soalan
aras sintesis tahap rendah, sederhana dan tinggi. Aras sintesis ini memerlukan keupayaan
murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras
sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana
murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Dengan
melihat kehendak soalan 3 (a) yang menggunakan kata kunci “perbezaan”, dapat difahami
bahawa pelajar perlu membina 2 set ayat yang lengkap yang berbeza menggunakan kata
kunci yang telah diberikan. Tuntasnya, soalan ini sesuai dikelaskan sebagai soalan aras
kefahaman yang berada pada tahap tinggi. Oleh sebab itulah, soalan ini dikatakan pada tahap
rendah aras sintesis kerana ianya memerlukan kebolehan menulis dengan susunan dan gaya
yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran.

(b) Cerakinkan ayat majmuk berikut kepada ayat tunggal.

(i) Ahli kelab robotik yang menyertai pertandingan robotik peringkat kebangsaan itu perlu
27

melengkapkan borang pendaftaran sebelum pagi esok.

(ii) Kehadiran ibu bapa pada hari akademik agak mendukacitakan pihak sekolah kerana
kebanyakan pelajar tidak memaklumkan program tersebut kepada ibu bapa mereka.

(iii) Pihak polis menyedari bahawa semua bahan bukti dalam kes pembunuhan itu telah
dipalsukan.

Soalan bagi 3 (b) merupakan soalan yang terletak pada aras menganalisis dengan
menggunakan kata kunci cerakinkan. Aras ini terletak dalam kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dan tahapnya adalah rendah, sederhana, tinggi dalam Taksonomi Bloom kerana aras
soalan disusun dari mudah ke sukar. memahami dan mengaplikasi sebelum dibolehkan untuk
menjawab soalan berbentuk analisis. Dalam komponen aras ini, pelajar perlu memecahkan
sesuatu ke dalam bahagian, bentuk dan pola. Berdasarkan kehendak soalan, pelajar diminta
untuk cerakinkan ketiga-tiga ayat majmuk itu dalam bentuk tunggal.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Lukisan mural yang terdapat pada dinding kedai di persekitaran kawasan Bukit Bintang

itu menerapkan element flora dan fauna.

(ii) Pembentukan sahsiah dan keperibadian murid menjadi tanggung jawab semua warga

sekolah supaya mereka tidak tejebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

(iii) Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, telah merasmikan istiadat membukakan

mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen Ke-14.

Berdasarkan soalan tersebut, menganalisis merupakan aras yang menepati dengan kehendak
soalan tersebut. Tahap bagi aras soalan itu berada pada tahap yang rendah, sederhana dan
akhirnya ke tahap yang tinggi. Aras ini memerlukan pelajar untuk menganalisis secara
28

spesifik kesalahan yang ada dalam ayat. Sebagai contoh, menerusi soalan itu, pelajar perlu
menyenaraikan satu kesalahan ejaan dan imbuhan yang terdapat dalam ketiga-tiga ayat itu
lalu membetulkannya dengan ejaan dan imbuhan yang betul. Di sini pelajar akan
menggunakan pengetahuan mereka dengan mengingat semula bagaimana untuk membetulkan
kesalahan ejaan dan imbuhan yang mereka telah kenal pasti. Kata kunci bagi soalan itu
adalah senaraikan dan betulkan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Longgokan sampah-sarap pada kawasan pesisir sungai itu masih belum dibersihkan oleh
pihak berkuasa tempatan hingga mencacatkan pemandangan di kawasan sekitar.

(ii) Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memilih dua puluh orang jurutera untuk
melukis pembangunan pelan di sekitar kawasan Menara Warisan.

(iii) Perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di zaman sekarang telah


memudahkan

Merujuk kepada soalan 3 (d), aras bagi soalan tersebut adalah menganalisis dalam aras urutan
menaik iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Aras menganalisis bermaksud pelajar akan
menganalisis dengan teliti ketiga-tiga ayat berdasarkan kehendak soalan dan memecahkannya
kepada bahagian tertentu. Misalnya, dalam soalan di atas, pelajar diminta untuk
menyenaraikan dan membetulkan (kata kunci) kesalahan penggunaan kata, kesalahan
penggunaan istilah dan kesalahan penggunaan tatabahasa. Oleh itu, bagi menjawab soalan
tersebut, pelajar terlebih dahulu perlu menganalisis ketiga-tiga ayat itu bagi mencari
kesalahan-kesalahan yang diminta dalam kehendak soalan.
29

(e) Baca ayat dibawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat tersbut.

i) Pihak pemaju yang baru dilantik itu telah mengambil kesempatan dengan
mengenakan caj baik pulih rumah yang mahal terhadap pembeli yang
mengalami masalah rumah terbengkalai.

ii) Walaupun nasihat dan teguran sering diberikan oleh guru kepada tiga orang
pelajar yang sering berbuat bising dan malas itu, tetapi mereka tidak
menunjukkan perubahan.

iii) Setelah berjaya memperoleh ijazah pendidikan, Cikgu Razali Kembali menabur
bakti untuk mengajar murid-murid di sekolahnya yang dahulu.

Merujuk kepada soalan 3 (d), aras bagi soalan tersebut adalah menganalisis aras rendah,
sederhana dan tinggi. Aras menganalisis bermaksud pelajar akan menganalisis dengan teliti
ketiga-tiga ayat dan memberikan peribahasa yang bersesuaian dengan konteks ayat. Soalan 3e
(i) merupakan soalan menganalisis aras sederhana. Soalan 3e (ii) berada di aras menganalisis
tahap rendah dan soalan 3e (iii) berada di aras menganalisis tahap tinggi. Tahap soalan ini
ditentukan dengan penggunaan peribahasa dalam kehidupan seharian. Soalan yang berada di
tahap tinggi mempunyai jawapan yang pelbagai namun membawa maksud yang sama.
30

Soalan 4: NOVEL

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib

(ii) Di Sebalik Dinara Karya Dayang

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi) Tirani karya Beb Sabariah

(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang
menunjukkan pengajaran berkaitan tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang
memaparkan sikap- sikap terpuji dalam perwatakan watak utama bagi setiap novel
tersebut.

Berdasarkan soalan 4 (a), ia berada di aras sintesis pada tahap sederhana. Kata kunci soalan
adalah dua contoh peristiwa yang menunjukkan pengajaran berkaitan tanggungjawab dalam
novel yang dipilih oleh pelajar. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Ia melibatkan kebolehan membina atau
membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan
sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau
faktor yang diberi. Sebagai contoh, melalui novel yang dipilih, murid perlu menjelaskan dua
peristiwa yang menunjukkan persoalan tanggungjawab.
31

Berdasarkan soalan 4 (b), ia berada di aras penilaian tahap tinggi. Kata kunci soalan adalah
satu peristiwa yang memaparkan sikap- sikap terpuji dalam perwatakan watak utama bagi dua
novel yang dikaji. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan
kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea
hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan
piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Bagi soalan
ini terdapat dua buah novel yang berbeza dan murid perlu menyatakan sikap-sikap terpuji
watak utama bagi setiap novel. Aras soalan menjadi tinggi kerana murid menggunakan bahan
yang pelbagai untuk menjawab soalan.
32

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN
MALAYSIA MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU
KERTAS 2 (1103/2)

BIL TAJUK Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian JUMLAH


R S T R S T R S T R S T R S T R S T R S T
1 Rumusan [30 markah] / 1
Soalan: Elemen penting
membentuk renaja bersahsiah
unggul dan kesan jika negara
gagal melahirkan remaja
bersahsiah unggul.
P – Aras R (2m)
S – Aras R (12m)
T – Aras T (4m)
K – Aras S (2m)
Markah Bahasa: 10m
Pemahaman [35 markah]

2a : Petikan Umum
33

i) Maksud rangkai kata / 1


disemat sekemas-
kemasnya [2m]
ii) Pemahaman petikan :
1
Kesan sekiranya remaja /
kurang mendapat kasih
sayang dan perhatian
daripada ibu bapa. [3m]
iii) KBAT: langkah-
langkah yang perlu
dilakukan oleh kaunselor
1
di sekolah untuk /
membantu membentuk
keperibadian unggul
dalam kalangan murid.
[4m]
2 b : Cerpen (Ting. 5)
Munsyi
-m/s 50-51
[Jumlah Patah Perkataan
: 150-180]
34

(i) Pemahaman Teks: Fungsi / 1


bahasa ibunda berdasarkan
pendapat Mel. [2m]
(ii) KBAT – Pada
pendapat anda,
apakah perkara-
perkara yang perlu
dilakukan oleh
/ 1
seorang remaja
yang tinggal di kota
supaya
kehidupannya lebih
bermanfaat
[3m]
(iii) Komsas – satu latar
masyarakat yang terdapat
dalam petikan dan satu latar / 1
masyarakat lain daripada
keseluruhan cerpen yang
tidak terdapat dalam petikan
[4m]
35

2c : Prosa Tradisional
(T4)
- Kepimpinan Melalui
Teladan
- m/s 32
[Jumlah Patah Perkataan
/
: 130-150] 1

(i) Berikan maksud membaca


pustakanya
[2m]
(ii) Pemahaman Petikan :
reaksi dan tindakan-
tindakan Temenggung / 1
selepas mendapat arahan
daripada sultan
[3m]
(iii) KBAT: ciri-ciri sebuah / 1
negara yang selamat
[3m]
2d : Puisi Moden - Sajak
36

(T5) Erti Hidup Beerti


1
(i) Soalan /
pemahamanTeks
: pesanan
penyajak kepada
anak- anaknya
[2m]
(ii) KBAT :
sumbangan yang dapat
anda lakukan kepada ibu / 1
bapa untuk membalas
jasa mereka
[3m]
(iii) Komsas – Gaya bahasa / 1
[4m
3. Pengetahuan 2 2 2 2 2 2
dan Kemahiran
Bahasa
3a – Morfologi
Membina ayat untuk
menunjukkan perbezaan
maksud dan penggunaannya
37

cth:
lapangan, bekas, alamat
3 b–Sintaksis: 2 2 2 2 2 2
menukarkan ayat majmuk
kepada ayat tunggal bagi
setiap ayat
[ 6ayat]
3 c– membetulkan / / / 1 1 1
kesalahan ejaan dan
imbuhan.
[3 ayat]
3 d– membetulkan / / / 1 1 1
kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan
kesalahan tatabahasa
[3 ayat]
3 e– peribahasa - Menyatakan / / / 1 1 1
peribahasa yang sesuai
dengan ayat.

4. Novel –Komsas 1
4(a)-KBAT
38

- Dua peristiwa yang /


berkaitan dengan
pengajaran berkaitan
tanggungjawab
[7 markah]
4 b – Komsas
-satu peristiwa yang
memaparkan sikao terpuji
dalam perwatakan watak / 1
utama.[8 markah]
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
Jumlah 1 4 2 6 5 4 3 3 3 1 9 14 13

Tahap Rendah: 28.85%

Tahap Sederhana: 34.61%

Tahap Tinggi: 36.54.

Kesimpulannya, daripada JSU yang tertera di atas, dapat dilihat bahawa tahap tinggi memungut peratus yang paling besarnya nilainya berbanding
yang lain iaitu pada 36.54%. Kedua ialah tahap sederhana bersamaan dengan 34. 61% dan yang terakhir adalah 28.85% bagi tahap rendah.
Jumlah peratus bagi tahap-tahap tersebut meliputi bagi aras paling rendah iaitu pengetahuan hingga ke aras paling tinggi iaitu penilaian.
39

CADANGAN KRITERIA PENSKORAN (BAHAGIAN B)

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


- penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
dengan
jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang
sesuai
CEMERLANG (60-70)
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan
sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang
jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan
penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun,
cogan
kata atau frasa
- penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
- penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis
tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
- ejaan dan tanda baca betul
KEPUJIAN (50 – 59)
- laras bahasa sesuai dengan tugasan
- penggunaan kosa kata luas dan tepat
- idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan
40

dengan
jelas dan disertakan dengan contoh yang sesuai
- pengolahan menarik dan berkesan serta
pemerengganan
sesuai
- wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea
yang
jelas antara perenggan
- penggunaan unsur bahasa bervariasi
- gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun,
cogan kata atau frasa
- penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
- penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi
terdapat kesalahan yang minimum
- penggunaan kosa kata umum
- laras bahasa sesuai mengikut tugasan
- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi
masih
BAIK (40-49)
jelas dan contoh masih sesuai
- wacana masih lengkap
- penggunaan unsur bahasa masih bervariasi
- gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan
bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan
- penggunaan pelbagai jenis kata terhad
- ayat kurang gramatis
- ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan
yang
MEMUASKAN (30-39)
minimum
- laras bahasa kurang sesuai
41

- idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi


kurang
jelas dan contoh kurang sesuai
- wacana masih/kurang lengkap
- penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi
- gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan
- penggunaan kata kurang tepat
- ayat tidak gramatis tetapi masih difahami
- terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea masih relevan/idea bercampur aduk dan
huraian
tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak
sesuai
KURANG (20-29)
- pengolahan tidak menarik
MEMUASKAN
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang
- Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
penggunaan
ungkapan lemah
- keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan
ayat
yang tidak gramatis
- kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
- idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak
PENCAPAIAN (10-19)
berkembang dan contoh tidak sesuai
MINIMUM
- pengolahan tidak menarik
- wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak
seimbang dan tidak sesuai
- gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan
42

penggunaan
ungkapan lemah serta tidak menarik

TIDAK
MENCAPAI
(01-09) - keseluruhan karangan sukar/tidak difahami
TAHAP
PENCAPAIAN
MINIMUM

UJIAN LISAN BERDASARKAN SEKOLAH (ULBS)

UJIAN BERTUTUR
43

Pentaksiran Ujian Lisan Bertutur Tingkatan 3 Bahasa Melayu adalah berdasarkan


kemahiran lisan dalam konteks perbincangan kumpulan. Pentaksiran ini dilakukan dalam
bentuk kumpulan yang memunyai 4 atau 5 orang calon. Kumpulan bagi setiap individu akan
ditetapkan oleh guru sebelum sesi ujian ini berlansung. Calon perlu memilih salah satu
daripada tema yang telah diberikan dan kesemua tema itu berkait rapat dengan kandungan
pembelajaran murid bagi tingkatan 3. Pentaksiran ujian lisan ini berlansung selama 10 hinggan
12 minit. Sebelum memulakan ujian ni pelajar akan diberikan masa selama 10 minit untuk
membuat persiapan dan berbincang bersama ahli kumpulan mereka. Setiap ahli dalam
kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan bertutur. Walaupun ujian lisan bertutur ini
dijalankan secara kumpulan tetapi skor diberikan secara individu.

Seterusnya, analisis untuk kemahiran bertutur yang digunakan oleh guru dalam ujian
lisan bahasa Melayu Tingkatan 3 ini menggunakan dua standard pembelajaran. Standard
pembelajaran pertama ialah 1.4.1 berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar,
ditonton atau dibaca dalam situasi tidak formal secara bertatasusila dan standard pembelajaran
kedua yang digunakan ialah 1.4.2 berbicara untuk menganalisis isu semasa yang didengar,
ditonton atau dibaca dalam situasi formal secara bertatasusila. Kemahiran bertutur yang
digunakan oleh guru dalam ujian lisan bahasa Melayu Tingkatan 3 ini mempunyai lapan tema
yang digunakan. Tema yang digunakan ini berkaitan dengan kandungan pembelajaran murid di
Tingkatan 3.

Aras taksonomi soalan yang banyak digunakan untuk ujian bertutur ini ialah aras
memahami dan menganalisis. Aras memahami memerlukan keupayaan murid memberi huraian
atau makna sesuatu perkara. Aras ini memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke bahasa
lain tanpa menggubah makna asal. Selain itu, aras menganalisis pula menguji murid tentang
fakta, konsep dan prosedur yang digunakan dalam sesuatu perkara. Murid perlu memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Di
samping itu, aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur
dengan lebih jelas. Akhir sekali, analisis kemahiran mengikut DSKP. Kesemua soalan dalam
ujian bertutur ini menepati standard pembelajaran yang terdapat dalam DSKP soalan ini perlu
menganalisis isu yang berkaitan dengan tema yang terdapat dalam tingkatan tersebut.
44

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3

UJIAN LISAN DAN BERTUTUR BAHASA MELAYU (03/1) TAHUN 2019

No. KANDUNGAN/ Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta Catatan


Soalan BENTUK SOALAN/ ARAS
KERTAS UJIAN BERTUTUR
1 Sains dan Teknologi /

1.1) Kesan Penggunaan Komputer


1.2) Kepentingan Komputer /
1.3) Penggunaan Teknologi dalam /
Kehidupan
2 Seni dan Budaya /

2.1) Pakaian Tradisional Rakyat Malaysia


2.2) Makanan Tradisi Masyarakat di /
Malaysia
2.3) Permainan Tradisional /
3 Pendidikan /

3.1) Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


3.2) Kepentingan Ilmu dalam Kehidupan /
45

3.3) Kaedah Belajar yang Berkesan /


4 Patriotisme /

4.1) Sambutan Hari Kebangsaan

4.2) Bulan Kemerdekaan /

4.3) Lagu Patriotik yang anda Minati /


5 Alam Sekitar /

5.1) Punca-punca Kemusnahan Alam


Sekitar

5.2) Kitar Semula /

5.3) Jerebu /
6 Sukan /

6.1) Atlet Malaysia yang Anda Kagumi

6.2) Sukan sebagai Alat Perpaduan /

6.3) Sukan yang Anda Gemari /


7 Sekolah /

7.1) Kebaikan Menyertai Aktiviti


46

Kokurikulum

7.2) Sambutan Hari Guru /

7.3) Guru Idola Anda /


8 Kekeluargaan /

8.1) Keluarga Bahagia

8.2) Peranan Ahli Keluarga dalam /


Membentuk Sahsiah Anak- anak

8.3) Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa / /


Penjaga

*Sila lihat lampiran, soalan ULBS bertutur


47

UJIAN MENDENGAR

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


PEPERIKSAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
UJIAN MENDENGAR BAHASA MELAYU (03/1) TAHUN 2019

No. KANDUNGAN/ Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta JUMLAH


Soalan BENTUK SOALAN/
ARAS
KERTAS UJIAN MENDENGAR R S T R S T R S T R S T R S T R S T
PERNYATAAN BILANGAN
KEMAHIRAN SOALAN
1 PETIKAN 1 3 /// 3

2 PETIKAN 2 2 // 2

3 PETIKAN 3 2 // 2

4 PETIKAN 4 2 // 2

5 PETIKAN 5 2 // 2

6 PETIKAN 6 2 // 2

7 PETIKAN 7 3 /// 3

8 PETIKAN 8 1 / 1

9 PETIKAN 9 2 // 2
48

10 PETIKAN 10 1 / 1

JUMLAH KESELURUHAN 20

*Sila lihat lampiran, soalan ULBS mendengar


49

FORMAT UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) PENTAKSIRAN TINGKATAN 3


(PT3) TAHUN 2019
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

KETERANGAN
BIL PERKARA
Kertas 1 (03/1) Kertas 2 (03/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Lisan

Ujian Bertutur Ujian Mendengar


2 Jenis Item Subjektif Respons Terbuka  Objektif Aneka Pilihan
(OAP)
 Objektif Pelbagai
Bentuk
 Subjektif Respons
Terhad
3 Bentuk Tugasan Kumpulan Individu

4 Bahagian/ Bilangan  24 tajuk beradasarkan 8  20 soalan


Soalan tema  Objektif
 Pilih 1 tajuk untuk  Subjektif
perbincangan kumpulan
 Subjektif
5 Jumlah Markah 30 Markah 20 Markah

Jumlah Markah: 50 Markah

6 Tempoh Ujian 10-12 Minit 30 Minit

7 Konstruk Kemahiran lisan-Bertutur Kemahiran lisan-Mendengar


dan berbincang dan Memahami
8 Kaedah Penskoran  Dikotomus
 Analitik
 Holistik
50

RUJUKAN

Halimah et al. (2017). Perbandingan Aspek Pentaksiran Lisan Berdasarkan Deskriptor KBSM
dengan Standard Pembelajaran dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
International Journal of education and Training, 3(2), 1-9. Diperoleh daripada
www.injet.upm.edu.my
Muhammad Yaumi. (2013). Prinsip-prinsip Desain Pembelajaran. Kencana: Jakarta.
John W. Santrock. (2007). Psikologi Pendidikan. Kencana: Jakarta.
Mohd Fakrudzafie Mohd. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dalam Membina Ujian Bilik Darjah (Tesis Sarjana). Diperoleh daripada
https//eprints.utm.my
51

LAMPIRAN

Nama:……………………………………….… Kelas: 5 …….

SMK (L) METHODIST


JALAN HANG JEBAT , KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019


BAHASA MELAYU
Kertas 1 Julai
1103/1
2 1/4 jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya
ruang jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.


52

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada cara-cara menyayangi sekolah. Huraikan


pendapat anda tentang cara-cara menyayangi sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.

CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH

Mematuhi Peraturan Sekolah Memelihara Harta Benda Sekolah

Menghadiahkan Kecemerlangan
Akademik dan Kokurikulum
Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan:1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Setiap individu mempunyai wawasan hidup yang tersendiri dalam mengejar cita-citanya.
Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita anda.

2 Anda menyertai pertandingan pidato yang bertajuk “Ibu bapa Memainkan Peranan yang Penting dalam
Mencegah Anak-anak daripada Terlibat dalam Gejala Sosial”.
Tulis teks pidato tersebut.

3 Perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan dan mengatasi masalah
kemiskinan penduduk di luar bandar.
Bincangkan.

4 Kekurangan makanan telah menjadi isu dunia sejak berdekad-dekad lamanya.


Huraikan langkah-langkah untuk menangani masalah kekurangan makanan yang boleh dilakukan oleh negara
serantau.

5 Anda telah menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh sebuah persatuan penulis di negara ini.
Nyatakan manfaat-manfaat yang anda peroleh setelah menyertai kursus penulisan tersebut.

Kertas Soalan Tamat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………….. ………………………………
(Aiman Fashah Bin Abu Nipah) (Rozana Binti Hashim)
Guru Bahasa Melayu Guru Kanan Bahasa
Nama:……………………………………….… Kelas: 5 ….

SMK (L) METHODIST


JALAN HANG JEBAT , KUALA LUMPUR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2019 1103/2


BAHASA MELAYU
Kertas 2
Julai
2 jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen
Sastera Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

4. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam kertas jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang
jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

5. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak


[Lihat halaman sebelah
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang elemen penting
membentuk remaja bersahsiah unggul dan kesan jika negara gagal melahirkan remaja
bersahsiah unggul. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pencapaian remaja kini boleh dibanggakan kerana golongan ini berupaya untuk mencipta nama
pada usia muda. Boleh dikatakan dalam setiap bidang pasti ada kejayaan yang dilakarkan oleh
golongan remaja. Pujian harus diberikan kepada golongan remaja sebagai tanda sokongan dan galakan
untuk mereka lebih menonjol. Namun kadang kala sikap mereka yang lebih berani, berwawasan,
bercita-cita tinggi dan lantang bersuara perlu dibimbangi ekoran perkembangan dunia globalisasi kini
yang kian memamah sahsiah remaja. Perkara tunjang yang perlu ada dalam membentuk sahsiah unggul
mereka adalah dengan mendalami ilmu akademik dan agama. Penguasaan ilmu akademik dan agama
perlu diseimbangkan supaya remaja dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. Tuntutan
agama harus disemat sekemas-kemasnya dalam sanubari mereka. Remaja wajar lebih dekat dengan
ajaran agama dan menjadikan kitab-kitab agama seperti Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk dalam
melakukan sesuatu perkara.

Perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa juga merupakan perkara penting membentuk
sahsiah unggul remaja. Kebanyakan remaja yang terjebak dalam masalah sosial kerana kurang
mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Remaja seperti ini akan melepaskan
emosi mereka dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan kadang kala
membahayakan diri mereka. Selain itu, remaja juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang isu
semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana pengetahuan yang meluas amat penting sebagai bekalan
remaja untuk meniti cabaran kehidupan seharian. Remaja juga seharusnya memiliki nilai-nilai murni
dalam jiwa di samping mengamalkan norma budaya Malaysia dalam tatacara kehidupan seperti
menghormati orang tua, berbudi bahasa dan bersopan santun.

Pengaruh masyarakat sekeliling merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng kerana
golongan muda sentiasa menjadikan masyarakat luar sebagai contoh ikutan. Persekitaran yang selamat
dan tidak terdedah kepada ancaman akan melahirkan keperibadian unggul remaja. Pemilihan rakan
sebaya yang berakhlak mulia akan membantu remaja menjadi seorang yang bersahsiah unggul. Hal ini
demikian kerana remaja lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya
berbanding bersama-sama keluarga disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu
bapa mereka. Rakan sebaya yang positif akan mempengaruhi seseorang untuk melakukan perkara yang
positif dan begitu juga sebaliknya. Keperibadian unggul remaja dapat dikenal pasti sekiranya mereka
mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini menjadi elemen
penting yang akan membezakan seorang remaja dengan remaja yang lain.

Remaja yang berperwatakan unggul juga ialah remaja yang mempunyai kematangan personaliti
dalam melakukan sesuatu tindakan dan membuat keputusan. Kematangan remaja dapat diserlahkan
melalui perbuatan positif yang konsisten serta mempunyai emosi yang stabil pada setiap masa. Remaja
perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai ‘guru’ untuk mematangkan diri dan tidak melakukan
kesilapan yang sama berulang kali. Golongan remaja perlu mempunyai wawasan atau cita-cita dalam
hidup mereka sebagai pendorong membentuk sahsiah unggul dalam diri mereka. Sedarlah bahawa usia
remaja ini boleh diibaratkan sebagai emas yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Jika remaja alpa,
sudah tentunya emas itu akan hilang sekelip mata.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Sahsiah Unggul Membentuk Personaliti Remaja’
Oleh Muhammad Farkhan Kamarolzaman
Dewan Siswa, Jun 2018
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata disemat sekemas-kemasnya. [2 markah]

ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan sekiranya remaja kurang mendapat kasih
sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]

iii) Kaunselor di sekolah merupakan individu penting dalam menyelami perasaan dan mendekati
murid.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kaunselor di sekolah
untuk membantu membentuk keperibadian unggul dalam kalangan murid. [4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan
golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya
cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat
betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik,
sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.

Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasai sekelumit ilmu yang mengisi dada
saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu.
Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempurna di ibu kota.
Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan yang lebih terurus.

Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Hazri
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Apakah fungsi bahasa ibunda berdasarkan pendapat Mel? [2 markah]

(ii) Kehidupan di kota menyebabkan manusia sering terlibat dengan gejala yang tidak sihat.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang remaja yang
tinggal di kota supaya kehidupannya lebih bermanfaat? [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya
pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala
saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik
mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada
Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”

Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan
segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkisah
orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung
pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun
masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu
berjalan di tengah orang banyak itu, Maka ia pun pergi ke rumah orang kaya. Maka dicurinya harta
yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun
kembali ke tempatnya.

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’


dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari
Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia

(ii) Berikan maksud membaca pustakanya? [2 markah]

(iii) Nyatakan reaksi dan tindakan-tindakan Temenggung selepas mendapat arahan daripada sultan?
[3 markah]

(iv) Kebijaksanaan seorang pemimpin akan memastikan keselamatan negara terjamin.


Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sebuah negara yang selamat? [3 markah]
Soalan 2(d) Sajak

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Erti Hidup Bererti

Aku selalu didatangi


malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.

Aku bagi mereka


tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

TEO WEI SING


Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan pesanan penyajak kepada anak-anaknya? [2 markah]

(ii) Ibu bapa tidak mengharapkan balasan atas segala pengorbanan terhadap anak-anak mereka.
Apakah sumbangan yang dapat anda lakukan kepada ibu bapa untuk membalas jasa mereka?
[3 markah]

(iii) Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua
soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) lapangan
(ii) bekas
(iii) alamat
[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat majmuk berikut kepada ayat tunggal.

(i) Ahli kelab robotik yang menyertai pertandingan robotik peringkat kebangsaan itu perlu
melengkapkan borang pendaftaran sebelum pagi esok.

(ii) Kehadiran ibu bapa pada hari akademik agak mendukacitakan pihak sekolah kerana
kebanyakan pelajar tidak memaklumkan program tersebut kepada ibu bapa mereka.

(iii) Pihak polis menyedari bahawa semua bahan bukti dalam kes pembunuhan itu telah
dipalsukan.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula

(i) Lukisan mural yang terdapat pada dinding kedai di persekitaran kawasan Bukit Bintang itu
menerapkan element flora dan fauna.

(ii) Pembentukan sahsiah dan keperibadian murid menjadi tanggung jawab semua warga
sekolah supaya mereka tidak tejebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.

(iii) Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, telah merasmikan istiadat membukakan
mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen Ke-14.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Longgokan sampah-sarap pada kawasan pesisir sungai itu masih belum dibersihkan oleh
pihak berkuasa tempatan hingga mencacatkan pemandangan di kawasan sekitar.

(ii) Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memilih dua puluh orang jurutera untuk
melukis pembangunan pelan di sekitar kawasan Menara Warisan.

(iii) Perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di zaman sekarang telah memudahkan
pengguna kerana mereka dapat mengurangkan masa.
[6 markah]

(e) Baca ayat dibawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat
tersebut.

(i) Pihak pemaju yang baru dilantik itu telah mengambil kesempatan dengan mengenakan caj
baik pulih rumah yang mahal terhadap pembeli yang mengalami masalah rumah
terbengkalai.

(ii) Walaupun nasihat dan teguran sering diberikan oleh guru kepada tiga orang pelajar yang
sering berbuat bising dan malas itu, tetapi mereka tidak menunjukkan perubahan.

(iii) Setelah berjaya memperoleh ijazah pendidikan, Cikgu Razali kembali menabur bakti untuk
mengajar murid-murid di sekolahnya yang dahulu.
[6 markah]
Soalan 4: NOVEL

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel berikut:

(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib

(ii) Di Sebalik Dinara Karya Dayang

(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin

(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

(vi) Tirani karya Beb Sabariah

(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

viii) Silir Daksina karya Nizar Parman

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang
menunjukkan pengajaran berkaitan tanggungjawab yang terdapat dalam novel
tersebut.
[7 markah]

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang memaparkan
sikap- sikap terpuji dalam perwatakan watak utama bagi setiap novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT


LOGO SEKOLAH

UJIAN BERTUTUR 10 - 12 MINIT

ITEM
CONTOH
TEMA TAJUK PERBINCANGAN

 Kesan Penggunaan Internet


Sains dan Teknologi  Kepentingan Komputer
 Penggunaan Teknologi dalam Kehidupan

 Pakaian Tradisional Rakyat Malaysia


Seni dan Budaya  Makanan Tradisi Masyarakat di Malaysia
 Permainan Tradisional

 Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Pendidikan  Kepentingan Ilmu dalam Kehidupan
 Kaedah Belajar yang Berkesan

 Sambutan Hari Kebangsaan


Patriotisme  Bulan Kemerdekaan
 Lagu Patriotik yang anda Minati

 Punca-punca Kemusnahan Alam Sekitar


Alam Sekitar  Kitar Semula
 Jerebu

 Atlet Malaysia yang Anda Kagumi


Sukan  Sukan sebagai Alat Perpaduan
 Sukan yang Anda Gemari

 Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum


Sekolah  Sambutan Hari Guru
 Guru Idola Anda

 Keluarga Bahagia
 Peranan Ahli Keluarga dalam Membentuk Sahsiah Anak-
Kekeluargaan
anak
 Cara-cara Membalas Jasa Ibu Bapa / Penjaga
LOGO SEKOLAH

UJIAN MENDENGAR 30 MINIT

ITEM
Untuk Kegunaan Pemeriksa
Nama Pemeriksa:
Markah Markah
Soalan
Penuh Diperoleh
Petikan 1 3
Petikan 2 2
Petikan 3 2
Petikan 4 2
Petikan 5 2
Petikan 6 2
Petikan 7 3
Petikan 8 1
Petikan 9 2
Petikan 10 1
Jumlah 20

CONTOH
Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Tandakan [ √ ] pada penyataan yang betul dan [ X ] pada penyataan yang salah.

1. Belimbing pasir ialah sejenis tumbuhan herba yang biasanya digunakan dalam
perubatan tradisional. [ ]

2. Belimbing pasir dapat ditemukan hidup meliar di lembah, tanah lembap dan
kawasan berpasir.
[ ]

3. Air rebusan belimbing pasir boleh merawat sakit buah pinggang. [ ]


PETIKAN KEDUA : GAMBUS

Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Tandakan [ √ ] pada pernyataan yang diberikan.

Betul
Gambus ialah alat muzik tradisional yang berasal dari Johor dan
1
Sabah.
Salah

Betul
2 Gambus dimainkan ketika mengiringi tarian zapin. Salah
Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Sempena ulang tahun kelima Pasar Raya Indah, pelbagai promosi potongan harga barangan terpilih
antara 20 peratus hingga . Cabutan bertuah layak bagi
pelanggan yang membeli barangan yang melebihi dalam satu resit pembelian.

PETIKAN KEEMPAT : JUALAN MURAH

Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Lengkapkan maklumat pada jadual yang disediakan dengan jawapan yang betul.

Jenis Barangan Harga Sekilogram

RM 3.00

Tepung Gandum RM 1.50

Gula Pasir

Kacang Tanah RM 3.50


Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Padankan keterangan di bawah dengan jawapan yang betul.

KETERANGAN JAWAPAN

Rabu
Tarikh Kejohanan
Tae kwan do Peringkat
3.00 petang
Daerah

Hari 4 April 2018

7 April 2018
Masa Perjumpaan Tamat
5.00 petang

PETIKAN KEENAM : BERITA

Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Lengkapkan maklumat berikut dengan jawapan yang betul.

1. Malaysia diharap dapat mencapai sasaran menjadi negara bebas asap rokok
pada tahun .

2. Pertubuhan yang membentangkan Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau


(FCTC) .
Arahan: Berdasarkan maklumat yang didengar, jawab soalan-soalan di bawah.

Isikan maklumat yang betul dalam jadual yang disediakan.

Nama Program Bilangan Penyertaan Tarikh Tutup Penyertaan

PETIKAN KELAPAN : KEDUDUKAN CALON DI DALAM BILIK


PEPERIKSAAN

Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, bulatkan jawapan anda, sama ada
A, atau B, atau C, atau D pada pelan tempat duduk di bawah.

.
Di manakah kedudukan meja Saleha?

PAPAN TULIS

MEJA PENGAWAS
PEPERIKSAAN

ALYA A SUDIPA AINI

HASSAN SAMAD MAZELAN WENDY

NAZIM B KUMAR RAMLAH


C HARIS D IRFAN

RAHMAN HARUN SUHAIMI ANDY


Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, tulis jawapan anda pada ruang
yang disediakan.

Apakah barang-barang yang dibeli oleh Encik Yazid di Stesen Rawang dan Tapah Road?

Butterworth
Bukit Mertajam

Ipoh

Tapah Road
Tanjung Malim

Rawang

Kuala Lumpur
Arahan : Berdasarkan maklumat yang didengar, bulatkan jawapan anda, sama
ada A, atau B, atau C, atau D pada pelan tempat duduk di bawah.

Pada peringkat manakah dalam kitaran hidup nyamuk, proses pernafasan berlaku
melalui dua tiub yang berbentuk seperti tanduk?

A.

TELUR

D
B
NYAMUK DEWASA LARVA

PUPA

You might also like