You are on page 1of 10

Hierarki Taksonomi Bloom

Taksonomi bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pad tahun 1956. Taksonomi
bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada tiga
domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif digunakan untuk mengukur
kemahiran intelektual seterusnya domain afektif pula digunakan untuk mengukur kemahiran
generik yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan –
persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan. Domain yang terakhir
iaitu domain psikomotor pula bertujuan untuk mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.
Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri,ujikaji makmal dan juga lawatan
teknikal.

1. Domain kognitif 
Melibatkan pengetahuan dan pembangunan kemahiran intelek (Bloom, 1956). Ini
termasuk mengingati atau mengenali fakta tertentu, corak prosedur, dan konsep
yang terkandung dalam perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran. Terdapat
enam kategori utama dan dibentangkan dalam bentuk piramid iaitu bermula dari
bawah dan naik ke atas bermula daripada pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,
sintesis dan yang paling atas ialah penilaian. Berikut adalah jadual yang menunjukkan
aras-aras kemahiran domain kognitif.

Bil Kategori Huraian


.
1 Pengetahuan  Peringkat pengetahuan adalah peringkat yang
rendah sekali yang meliputi pengingatan
semula perkara-perkara khusus dan
umum,mengingat semula pola-pola,struktur
ataupon proses-proses yang telah dipelajari.
2 Kefahaman  Kebolehan memberi penghuraian atau makna
kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini
mungkin merupakan kemampuan menukar
bentuk sesuatu bahan pembelajaran daripada
satu bentuk bertulis kepada bentuk
angka,memberi ringkasan atau memberi
anggaran.
 Kefahaman terdiri daripada tiga peringkat iaitu
peringkat penterjemahan,peringkat pentafsiran
dan peringkat ekstrapolasi.
3 Aplikasi  Kebolehan menggunakan perkara-perkara
yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru
dan berlainan atau pun dalam situasi yang
sebenar.
 Kebolehan ini merupakan kemampuan
menggunakan petua-petua, konsep-konsep,
prinsip-prinsip dan teaori-teori dalam situasi
yang baru.
4 Analisis  Kebolehan memecah-mecahkan perkara-
perkara yang telah dipelajari kepada bahagian-
bahagian yang tertentu supaya susunan dan
perkaitan bahagian-bahagian mudah difahami.
 Terdapat tiga jenis analisis yang digunakan
iaitu analisis elemen,analisis perkaitan dan
analisis organisasi atau prinsip.
5 Sintesis  Kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan
kecil kepada satu bahagian yang lebih besar
dan yang baharu. Kebolehan ini diperlihatkan
dalam karya-karya baharu,rancangan-
rancangan penyelidikan dan skim mengatur
maklumat.
 Kebolehan pada peringkat sintesis
memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk
membentuk satu corak atau struktur yang
terbaharu daripada unsur-unsur lama.
 Terdapat tiga jenis sintesis iaitu Penghasilan
suatu perhubungan yang unggul, Penghasilann
satu pelan atau mencaadangkan satu set
tindakan dan penghasilan satu set hubungan
mujarab.
6 Penilaian  Kebolehan menghasilkan atau menimbangkan
nilai sesuatu bahan sama ada ia berupa
kenyataan,pendapat,novel,puisi atau laporan
penyelidikan.
 Pertimbangan yang dilakukan perlu
berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu
seperti organisasi,kegunaan dan kebaikan.

2. Domain Afektif
Domain ini adalah berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Perasaan murid-
murid yang suka atau benci sesuatu mata-mata pelajaran itu adalah penting dalam
pengajaran guru. Domain afektif ini mengandungi beberapa aras bermula daripada
peringkat paling rendah dan diikuti kepada peringkat yang tinggi iaitu bermula
daripada penerimaan,gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan atau peranan
sesuatu nilai yang kompleks.

Bil Kategori Huraian


1 Penerimaan  Keinginan para pelajar untuk memberi perhatian
dan tindakan pelajar dalam memberi kesdaran
berhubung dengan rangsangan,peristiwa dan
persekitaran.
 Menekankan kebolehan mendengar dengan
penuh minat, menanyakan soalan-
soalan,mengenal bahgian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.
 Tiga perkara yang dititkberatkan dalam aras ini
ialah tentang kesedaran,kesudian untuk
menerima dan perhatian yang terkawal atau
terpilih.
2 Gerak balas  Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu
dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada
peringkat ini pelajar bersedia dan rela untuk
membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu
objek atau situasi.
 Gerak balas ini didorong oleh tiga perkara iaitu
persetujuan untuk bertindak balas (melibatkan
tindak balas yang pasif terhadap rangsangan),
Kesudian untuk bertindak balas (bertindak balas
secara sukarela) dan kepuasan dalam bertindak
balas ( pelajar sudi untuk menjawab soalan dan
berpuas hati atas segala jawapan yang
diberikan).
3 Menilai  Perlakuan yang didasarkan atas konsep dan
prinsip yang telah dinuranikan sehingga
menjadi kepercayaan.
 Perlakuan yang cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan dipraktikan.
 Peringkat menilai terbahagi kepada kepada tiga
iaitu penerimaan sesuatu nilai, kecenderungan
terhadap sesuatu nilai dan penglibatan individu
dalam meningkatkan keyakinan atau
kepercayaan yang kukuh terhadap sesuatu nilai
tersebut.
4 Organisasi  Membentuk sesuatu sistem nilai, selepas lebih
daripada satu nilai dinuranikan.
 Pelajar perlu bertindak dalam membina
beberapa hubungan dan keutamaan antara nilai-
nilainya.
 Kategori ini menerangkan peringkat permulaan
iaitu penanggapan sesuatu nilai (Pelajar
mengenali ciri-ciri asas nilai itu dan nilai itu
ditanggapi) peringkat terakhir ialah organisai
sesuatu sistem nilai ( nilai dipertimbangkan
secara serentak dan dibina secara teratur dan
tersusun)
Misalnya, pelajar terpaksa merancang aktiviti-
aktiviti kelasnya berdasarkan penilaiannya
terhadap pertandingan,kerjasama,gred atau
sebagainya.
5 Perwatakan sesuatu  Tindakan secara konsistententang sesuatu nilai.
nilai yang kompleks  Nilai-nilai itu bertindak sebagai penyamarataan
bagi mengawal sebahagian daripada pelakuan
individu
 Set penyamarataan membawa maksud kualiti
keupayaan untuk bertindak dalam bentuk yang
logik dan konsisten dalam situasi.
 Perwatakan dikategorikan sebagai peringkat
yang melibatkan individu bertindak berdasarkan
falsafah kehidupan atau world view..

3. Domain Psikomotor
Bahagian ini adalah lebih kepada kemahiran atau kebolehan membuat sesuatu.Bidang
ini penting dari segi pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Oleh itu,
kebolehan psikomotor atau kemahiran seperti pengajaran peljaran
teknikal,pertukangan, pertanian dan lain-lain mestilah diutamakan terutama sekali
bagi murid-murid yang kurang cenderung dalam bidang akademik.

Bil Kategori Huraian


1 Persepsi  Langkah pertama dalam melakukan satu
tindakan motor. Ia adalah proses menjadikan
seseorang individu itu mengetahui atau sedar
tentang objek,kualiti dan hubungan-hubungan
melalui alat - alat deria
 Terdapat tiga jenis persepsi yang berhubung
kait iaitu stimulasi deria,pemilihan tanda saran
dan terjemahan.
 Stimulasi deria ialah berkait dengan rangsangan
seperti pendengaran,penglihatan,sentuhan,rasa
dan kinestetik.
 Pemilihan tanda saran pula ialah keperluan
dalam melaksanakan tugasan. Pemilihan tanda
saran ini dipengaruhi oleh pengetahuan dan
pengalaman lalu bagi menjadi panduan dalam
melakukan sesuatu tindakan.
 Terjemahan pula menghubungkan persepsi
kepada tindakan dalam melaksanakan satu
tindakan motor. Ia merupakan proses mental
bagi menentukan makna tanda saran yang
diterima. Misalnya terjemahan simbolik.
2 Set  Set adalah kesediaan untuk sesuatu jenis aksi
atau pengalamnan. Terdapat tiga jenis set iaitu
set mental,set fizikal dan set emosioanl.
 Set mental adalah kesediaan melaksanakan satu
tindakan motor yang tertentu. Sebagai contoh
melakukan diskriminasi menggunakan
pertimbangan dalam membuat perbezaan.
 Set fizikal pula iala kesediaan menjadikan
penyesuaian anatomis.
 Set emosional ialah kesediaan yang dipandang
dari segi sikap,sesuai untuk tindakan motor.
Kerelaan untuk bertindak balas.
3 Gerakan terbimbing  Satu langkah permulaan dalam membentuk
kemahiran.
 Tindak balas terbimbing adalah tindakan
perlakuan seseorang individu yang nyata di
bawah bimbingan seorang tenaga pengajar.
 Prasyarat untuk pelaksanaan tindakan itu adalah
kesediaan untuk bertindak balas.
 Terdapat dua kategori berhubung perkara ini
iaitu meniru dan cuna dan ralat.
 Meniru adalah pelaksanaan satu tindakan yang
merupakan satu tindak balas secara terus
terhadap persepsi seseorang yang lain yang
melakukan tindakan itu.
 Cuba dan ralat pula ialah mencuba pelbagai
tindak balas bagi mencapai sesuatu yang
dikehendaki. Tindak balas yang setepat itu
adalah sesuatu yang dapat memenuhi keperluan-
keperluan pelaksanaan tugas. Aras ini boleh
diterangkan sebagai pembelajaran tindak balas
berlipat ganda.
4 Mekanisme  Tindak balas yang telah dipelajari yang
menjadi habiat.
 Pada peringkat ini, pelajar telah mencapai satu
keyakinan dan satu kadar kemahiran dalam
melakukan sesuatu tindakan itu.
5 Geral balas nyata yang  Pada peringkat ini, seseorang individu itu
kompleks boleh melakukan satu tindakan motor yang
dianggap kompleks.Perkara ini disebabkan
kerana bentuk pergerakannya yang rumit.
 Terdapat dua kategori bagi menjelaskan
peringkat ini iaitu yang pertama ialah resolusi
ketidakpastian dan kedua ialah perlakuan
automatik.
 Resolusi ketidakpastian ialah tindakan itu
dilakukan tanpa ragu- ragu untuk mendapatkan
satu gambaran rangkaian tugas.
 Perlakuan automatik pula ialah seseorang itu
boleh melakukan satu koordinasi kemahiran
motor dengan kawalan otot dan
mengerjakannya dengan mudah sekali.
KEKUATAN TAKSONOMI BLOOM

Kekuatan terbesar taksonomi bloom adalah taksonomi tersebut mengangkat topik yang sangat
penting yang berkaitan dengan proses berfikir dan menempatkan sebuah struktur yang
bermanfaat bagi para pendidik. Banyak guru yang menggunakan kaedah ini semasa belajar
dan mengajar secara terangsang dengan menghubungkannya dengan pelbagai tingkat yang
terdapat pada taksonomi bloom. Hal ini akan dapat memastikan semua guru dapat
menjalankan tugas dengan baik terutamanya untuk mewujudkan kemampuan berfikir dengan
tingkat keteraturan yang lebih tinggi sekiranya dibandingkan dengan guru lain yang tidak
mempunyai alat bantuan mengajar yang lain.

KELEMAHAN TAKSONOMI BLOOM

Pada tahun 1994, salah seorang murid Bloom iaitu, Lorin Anderson Krathwohl dan para ahli
psikologi aliran kognitif telah membaik pulih Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman.
Hasil daripada pembaikan taksonomi Bloom tersebut baru dipamerkan pada tahun 2001
dengan nama Revisi Taksonomi Bloom. Revisi ini hanya dilakukan pada domain kognitif
sahaja. Revisi tersebut merangkumi:

i. Perubahan pada kata kunci daripada kata sifat menjadi kata kerja untuk setiap
peringkat taksonomi.
ii. Perubahan hampir berlaku pada semua peringkat hierarki namun, urutan level
masih sama iaitu daripada urutan terendah kepada urutan tertinggi. Perubahan
yang ketara terletak pada peringkat 5 dan 6.

Perubahan-perubahan tersebut boleh diterangkan seperti berikut:


 Pada level 1, knowledge diubah menjadi remembering iaitu, mengingat.
 Pada level 2, comprehension diperluas menjadi understanding iaitu, memahami.
 Pada level 3, application diubah menjadi applying iaitu, menerapkan.
 Pada level 4, analysis menjadi analyzing iaitu, menganalisis.
 Pada level 5, synthesis dinaikkan peringkatnya menjadi level 6 tetapi dengan perubahan
mendasar, iaitu creating (mencipta).
 Pada level 6, Evaluation turun kedudukannya menjadi level 5, dengan sebutan
evaluating iaitu, menilai.

Kesimpulan
Taksonomi ialah pengelasan atau pengelompokan benda mengikut ciri-ciri tertentu.
Taksonomi dalam bidang pendidikan digunakan untuk tujuan pembelajaran, penampilan, atau
sasaran untuk belajar. Taksonomi untuk tujuan ini terdapatnya hierarki yang dimulai pada
kedudukan yang paling bawah sehingga ke kedudukan tertinggi. Sekiranya kedudukan yang
paling bawah tidak berjaya, maka kedudukan yang paling tinggi turut tidak akan berjaya.
Taksonomi Bloom lebih menitikberatkan kepada domain kognitif. Domain kognitif
merupakan salah satu kerangka dasar untuk tujuan pendidikan, penyusunan teks dan
kurikulum. Aras taksonomi Bloom ialah pengetahuan (knowledge), pemahaman
(comprehension), penerapan (application), analisis (analysis), sintesis (synthesis), dan
penilaian (evaluation). Aras-aras tersebut telah digunakan hampir setengah abad sebagai
dasar untuk penyusunan tujuan-tujuan pendidikan, penyusunan teks dan kurikulum.
Perhubungan di antara domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor juga seolah –
olah mempunyai sifat yang tersendiri. Kesemuanya dapat digunakan untuk menganalisis dan
merancang pengajian khususnya dalam penyediaan objektif- objektif tingkah laku dan
ringkasan mengajar. Pembaharuan dilakukan terhadap taksonomi Bloom iaitu, perubahan dari
kata benda (dalam taksonomi Bloom) menjadi kata kerja (dalam taksonomi baru). Perubahan
ini dibuat agar ianya sesuai dengan tujuan-tujuan pendidikan. Tujuan-tujuan pendidikan
beranggapan bahawa para pelajar akan dapat melakukan sesuatu berdasarkan kepada kata
benda dan kata kerja. Pembaharuan dilakukan oleh Kratwohl dan Anderson yang
membahagikan taksonomi kepada mengingat (remember), memahami (understand),
mengaplikasikan (apply), menganalisis (analyze), menilai (evaluate) dan mencipta (create).

You might also like