You are on page 1of 12

DOMAIN OBJEKTIF PENGAJARAN

Domain objektif pengajaran merupakan suatu pernyataan yang telah ditentukan yang perlu
dicapai oleh pelajar mengikut tahap – tahap tertentu. Ia melibatkan apa sahaja yang
dipelajari dan dikuasai yang melibatkan pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkah laku,
sikap, perangai dan sebagainya. Ia harus boleh diukur dan dilakukan oleh pelajar setelah
mengikuti sesuatu unit pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan objektif pendidikan yang
tepat, dilakuakan dengan mempertimbangkan kehadiran aras konseptual yang ada pada
pelajar terlebih dahulu. Selain itu, pembinaan objektif yang baik juga akan mengambil kira
syarat-syarat penulisan yang telah ditetapkan.

Objektif pengajaran boleh dilihat daripada tiga perspektif, iaitu daripada perspektif guru,
pelajar dan pentadbir. Daripada perspektif pelajar, objektif pengajaran memberi maklumat
jangkaan terhadap apa yang telah dapat dipelajari oleh pelajar. Daripada perspektif guru
pula, objektif pengajaran memberikan rangka tindakan untuk proses pengajaran yang
dipertanggungjawabkan kepadanya. Kepada pentadbir pula, objektif pengajaran berfungsi
untuk menyemak sama ada atau tidak guru telah menjalanakan proses pengajaran seperti
tercatat dalam sukatan pelajaran.

Objektif pengajaran penting kerana ia membantu guru dalam merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang sistematik dan berkesan. Melalui
pernyataan objektif, guru dapat menentukan strategi mengajar, mengenalpasti bahan-bahan
pengajaran, menentukan tugasan atau aktiviti yang hendak dijalankan, menganggarkan
bentuk penilaian, menentukan masa dan ruang, menganggarkan kadar pencapaian pelajar
dan sebagainya.

Dengan adanya komitmen dan kepekaan terhadap pelajar dalam fikiran seseorang guru, dia
akan bebas untuk membina objektif daripada satu opsyen yang agak luas.Hasil kerja dan
cadangan Benjamin Bloom (1956) adalah instruktif dan dapat dijadikan panduan apabila
anda berasa payah sangat untuk melakukan tugas-tugas merumus objektif bagi kelas anda.
Bloom telah membahagikan pengetahuan kepada satu skima yang berhierarki. Objektif
Pendidikan Taksonomi: Domain Kognitif boleh dijadikan rujukan dan panduan penting bagi
guru-guru. Kebanyakkan pendidik dan pengkaji mengistilahkannya sebagai Taksonomi
Bloom. Skima ini menggambarkan bahawa pembelajaran adalah berhierarki dengan objektif
pengetahuan yang bermula daripada aras yang rendah.

Istilah Taksonomi telah mula digunakan dalam bidang pendidikan sejak tahun 1956, dan ia
bertujuan untuk membentuk objektif-objektif pendidikan secara berkesan.Taksonomi
bermaksud kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat
(2005) ]. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk
menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan
yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat
tiga domain utama dalam pendidikan iaitu:-
a) Domain Kognitif
b) Domain Afektif
c) Domain Psikomotor
Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar manakalah domain afektif
melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar. Domain psikomotor pula melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif

Domain kognitif merujuk kepada pemikiran dan daya intelek. Ia memberi penekanan kepada
perkembangan otak dan minda manusia. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, pelbagai usaha untuk mengembangkan keupayaan minda pelajar daripada aras yang
rendah kepada aras yang lebih tinggi dikalukan. Kaedah mengkelasifisikan aras keupayaan
minda ini telah dibina oleh Englehart, Hill, Furst, Bloom dan Krathwohl (1956). Mereka
berpendapat bahawa domain kognitif boleh dokategorikan kepada enam kelas, iaitu aras
pengetahuan, yang bermula di peringkat rendah. Diikuti dengan aras pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan peringkat paling tinggi iaitu aras penilaian. Hal ini boleh dijelaskan
melalui ilustrasi yang berikut:-

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

PEMAHAMAN

PENGETAHUAN

Rajah : 2.1 Aras Domain Kognitif


Domain Kognitif Aras 1: Pengetahuan

Aras pengetahuan adalah didefinisikan sebagai peringkat mengingat bahan-bahan yang


telah dipelajari dan dikuasai. Ini mungkin melibatkan aktiviti mengingat kembali bahan-
bahan daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan mengingatkan
semula teori-teori yang lengkap. Semua ini adalah diperlukan dalam proses pembelajaran.
Pengetahuan mewaliki aras yang paling rendah dalam hasil pembelajaran mengikut
pengkelasan domain kognitif.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia.

Domain Kognitif Aras 2: Pemahaman

Aras pemahaman didefinisikan sebagai kebolehan menggarap maksud bahan – bahan


tertentu. Ini boleh diperlihatkan dengan menterjemahkan bahan-bahan daripada satu bentuk
ke satu bentuk yang lain. Umpamanya, menterjemahkan perkataan kepada nombor,
menterjemahkan bahan-bahan (menerang atau meringkas), dan dengan membuat jangkaan
pada masa hadapan (urutan ramalan atau kesan). Hasil pembelajaran ini menunjukkan
kemajuan satu langkah yang lebih ke hadapan daripada hanya mengingat bahan-bahan
dengan mudah yang mewakili aras paling rendah dalam domain kognitif.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:

Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menerangkan keadaan yang menyebabkan


perang saudara berlaku di negeri Perak.

Domain Kognitif Aras 3: Aplikasi

Aras aplikasi merujuk kepada kebolehan menggunakan bahan-bahan yang dipelajari dalam
satu situasi baru dan konkrit. Ini melibatkan aplikasi beberapa perkara seperti peraturan,
kaedah konsep, prinsip-prinsip, undang –undang dan teori. Hasil pembelajaran dalam bidang
ini menunjukkan aras kefahaman yang lebih tinggi dengan aras pemahaman yang
sebelumnya.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran, pelajar dapat melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang
diberi.
Domain Kognitif Aras 4: Analisis

Analisis merujuk kepada kebolehan mengasing-asingkan bahan ke dalam bahagian-


bahagian komponennya supaya struktur organisasinya mudah difaham. Ini mungkin
melibatkan aktiviti mengenalpasti bahagian-bahagian analisis hubungan antara bahagian-
bahagian dan tindakan mengenalpasti prinsip –prinsip organisasi yang terlibat. Hasil
pembelajaran di sini mewakili satu aras intelektual yang paling tinggi berbanding aras
pemahaman dan aplikasi kerana ia memerlukan satu pemahaman yang melibatkan kedua-
dua isi kandungan dan struktur bahan.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:

Pada akhir pengajaran, pelajar dapat mengenal pasti komponen utama dalam satu
ayat yang diberi.

Domain Kognitif Aras 5: Sintesis

Sintesis merujuk kepada kebolehan membina bahagian-bahagian bersama untuk


membentuk satu keseluruhan yang baru. Ini mungkin melibatkan produksi satu komunikasi
yang unik ( tema atau percakapan), satu pelan operasi ( kertas cadangan penyelidikan ) atau
satu set abstrak yang berhubungan ( umpamanya skima mengklasifikasikan maklumat).
Hasil pembelajaran dalam bidang ini menekankan tingkah laku kreatif, dengan penekanan
yang penting kepada perumusan satu struktur atau pola-pola yang baru.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran, pelajar dapat membina model tiga dimensi sistem solar.

Domain Kognitif Aras 6: Penilaian

Penilaian melibatkan kebolehan mengadili atau memberi pertimbangan terhadap nilai bahan-
bahan ( pernyataan, novel, puisi, ulasan pendidikan) untuk satu tujuan yang tertentu.
Pengadilan adalah berdasarkan kriteria tertentu. Ini mungkin berupa kriteria dalaman
umpamanya organisasi atau kriteria luaran yang relevan dengan tujuan dan matlamat. Hasil
pembelajaran dalam peringkat ini adalah yang tertinggi dalam hierarki pengkelasan kognitif
kerana ia mengandungi elemen –elemen semua kategori yang telah disebut sebelum ini.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran, pelajar dapat menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai
pemangkin pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia.

Taksomoni Bloom mungkin menjadi asas untuk kebanyakkan aktiviti pengajaran.


Pengetahuan, pemahaman dan aktiviti – aktiviti aplikasi adalah disebut sebagai convergent.
Elemen –elemen yang berada pada aras kategori tinggi seperti analisis, sintesis dan
penilaian adalah disebut sebagai divergent. Semua ini menggambarkan bahawa komponen
yang terdapat dalam Taksonomi Bloom adalah bahagian –bahagian yang sangat penting
sewaktu membina objektif, kaedah pengajaran dan penilaian. Senarai kata kerja yang berikut
boleh digunakan untuk menyediakan objektif untuk setiap aras yang telah diketengahkan
seperti yang berikut:-
TAHAP ISTILAH

Pengetahuan Nyatakan,
Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, terangkan,
definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll namakan, labelkan.
daripada pembelajaran yang lepas.

Kefahaman Pilih, terangkan,


Mengubah kefahaman daripada satu bentuk tulis semula.
kepada satu bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri,
menterjemah, memberi contoh kepada konsep,
menterjemah draf.

Aplikasi selesaikan,
Menggunakan maklumat dalam situasi yang ramalkan, cari,
baru, termasuk menyelesaikan masalah kesilapan, bina alat.
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori,
formula. Bina graf daripada data, dll.

Analisis Bezakan, pasti, pilih.


Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada
yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat,
kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur
organisasi.

Sintesis Bina, hasilkan,


Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, susun, kembangkan.
usaha tersendiri, menyelesaikan masalah,
membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Pilih, berikan alasan,


Penilaian kritikan, buktikan.

Membuat pertimbangan termasuk memberi


rasional atas alasan dalaman atau luaran,
menafsir dan mengkritik

Rajah 2.2: Taksonomi Kognitif Bloom (1956)


DOMAIN AFEKTIF

Domain afektif melibatkan aspek kerohanian dan memberi penekanan kepada pertumbuhan
dan perkembangan sikap, perasaan, emosi, dan nilai yang wujud pada diri seseorang
khususnya pelajar. Dalam proses pembelajaran yang berasaskan domain afektif ini, pelajar
menerima input yang berupa nilai-nilai tertentu, pengembangan darisegi perasaan, emosi
dan sikap dan lain-lain elemen kerohanian yang menjadi sebahagian daripada pertumbuhan
diri. Bloom (1964), telah mengklasifikasikan domain afektif ini kepada lima kategori iaitu,
peringkat menerima, peringkat memberi tindakbalas, peringkat menghargai, peringkat
organisasi dan peringkat perwatakan.

Domain Afektif

Membentuk perwatakan terhadap


5) PERWATAKAN sesuatu sikap atau nilai

4) MENGORGANISASI Menyelia diri sendiri atau orang


lain melakukan sesuatu

3) MENGHARGAI Mengetahui kepentingan atau


nilai

Memberi respon terhadap sesuatu


2) MEMBERI TINDAKBALAS yang telah dipelajari

Menerima arahan dan tunjuk ajar


1) MENERIMA

Rajah 2.3: Aras Domain Afektif

Sekali lagi ditegaskan bahawa domain afektif adalah berhubung dengan perasaan, emosi
dan sikap.Perasaan murid-murid yang suka atau benci sesuatu mata-mata pelajaran itu
adalah penting dalam pengajaran guru. Begitu juga halnya dengan minat dan penghargaan,
kedua-duanya tidak harus diketepikan dalam sesuatu pengajaran formal itu. Penghargaan
pula adalah satu ukuran terhadap kepuasan berinteraksi atau menghayati sesuatu
pesekitaran. Kesemua ini harus dipertimbangkan dalam sesuatu pengajaran dan
pembelajaran itu. Guru-guru harus berkebolehan menggunakan unsur-unsur ini bagi
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Dengan adanya sifat-sifat ini,
pembelajaran di kalangan mereka akan menjadi lebih mudah dan lebih berkesan. Bidang
afektif ini mengandungi beberapa aras bermula daripada peringkat yang rendah kepada
yang tinggi.
Domain Afektif Aras Penerimaan

Aras ini ada hubungannya dengan kemahuan pelajar-pelajar memberi perhatian. Ia


mencakupi tindakan-tindakan pelajar yang mencerminkan satu kesedaran atau perhatian
terhadap rangsangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan bidang afektif
ini. Dalam aktiviti pengajaran, ia menekankan kepada kebolehan mendengar dengan penuh
minat cerita-cerita atau pendapat, menanyakan soalan-soalan, mengenal bahagian-bahagian
ayat dan menjawab dengan lengkap. Tahap penerimaan dalam bidang domain afektif
bermula dengan satu kesedaran dan keperihatinan seseorang, khususnya pelajar terhadap
terdapatnya sesuatu rangsangan.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran, pelajar sedar tentang tiga jenis kepercayaan agama utama
bagi penduduk Malaysia.

Proses penerimaan berbentuk pasif ini diikuti dengan kesanggupan untuk mendengar dan
bertolak ansur dengan kehadiran rangsangan. Seterusnya individu berupaya memilih
pelbaagai aspek rangsangan, mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian lagi
rangsangan. Soalan ujian bagi aras penerimaan domain afektif ini mengesan sama ada
pelajar sedar dan prihatin tentang kewujudan rangsangan dan seterusnya berupaya
mengenalpasti dan memilih ciri-ciri sesuatu rangsangan.

MENAMAKAN MEMBERITAHU

ARAS PENERIMAAN
( Contoh Kata Kerja )

MENERANGKAN MENGENAL

MEMILIH

Gambarajah 2.4: Domain Afektif Aras Penerimaan

Domain Afektif Aras Memberi Tindakbalas


Tindakbalas bermaksud melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat
kepuasan daripadanya. Pada aras ini pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang
mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Dari aras penerimaan yang pasif seperti
mendengar, objektif afektif aras gerak balas menekankan penglibatan aktif seseorang pelajar
berasaskan rangsangan disekelilingnya.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat membezakan antara tingkahlaku yang baik
dengan tingkah laku yang buruh.

Aras tindakbalas ini bermula dari proses menurut permintaan guru untuk memberi gerak
balas terhadap rangsangan, meskipun pelajar boleh memilih untuk tidak memenuhi
permintaan berkenaan sekiranya pelajar diberi peluang. Proses tindak balas ini diteruskan
dengan penglibatan rela hati dalam aktiviti yang dirangsangkan meskipun beliau mempunyai
pilihan untuk tidak berbuat demikian. Proses tindakbalas ini berakhir dengan tahap kepuasan
selepas melibatkan diri dengan memberi gerak balas terhadap rangsangan.

Domain Afektif Aras Menghargai

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan-keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipraktikan.
Aras ini menekankan penilaian dan penghargaan pelajar terhadap sesuatu rangsangan.
Pada aras ini pelajar berupaya membuat pertimbangan sesuatu aktiviti berasaskan nilainya
kepada diri sendiri. Dari pertimbangan penilaian ini, pelajar berkecenderungan untuk
melakukan sesuatu tingkah laku yang bersesuaian dengan nilai rangsangan berkenaan dan
seterusnya berbuat demikian sehingga dikenali oleh orang lain.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran, pelajar berupaya menunjukkan tingkah laku yang baik
sebgaimana yang dituntut oleh agama.

Domain Afektif Aras Organisasi

Organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Selepas lebih daripada satu
nilai dinuranikan, keadaan yang timbul membolehkan beberapa nilai digunakan.untuk
bertindak terhadap keadaan – keadaan ini, pelajar itu terpaksa membina beberapa
hubungan dan keutamaan antara nilai-nilainya.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat merancang aktiviti-aktiviti kelasnya berdasarkan
kepada penilaiannya.
Domain Afektif Aras Perwatakan

Apabila seseorang itu telah tiba pada peringkat ini, dia akan bertindak secara konsisten
sesuai dengan nilai-nilai yang telah dinuranikan. Nilai – nilai itu akan bertindak sebagai
penyamarataan bagi mengawal sebahagian daripada perlakuan individu itu. Nilai ini akan
berinteraksi dalam satu falsafah yang lengkap. Aras ini adalah yang tinggi dalam aras
perwatakan. Ia menekankan ketekalan tingkahlaku dengan sistem nilai yang dianuti oleh
seseorang. Pelajar mempunyai falsafah tersendiri dan falsafah hidup ini dapat dizahirkan
secara automatik apabila perlu.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat bertindak berdasarkan falsafah kehidupannya.

DOMAIN PSIKOMOTOR

Bidang ini adalah lebih kepada kemahiran atau kebolehan membuat sesuatu seperti
kebolehan menjahit, menaip , berenang, menunggang basikal atau sebagainya. Ia memberi
penekanan kepada perkembangan pergerakan anggota seseorang pelajar secara sistematik.
Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa is melibatkan kebolehan pelajar, iaitu kebolehan
otak menerima dan memproses bahasa yang dipelajari dengan melibatkan alat-alat artikulasi
yang melahirkan perkataan –perkataan itu. Guru berusaha untuk memastikan pelajar
melakukan sesuatu tindakan atau aktiviti yang melibatkan anggota fizikal dengan cara yang
teratur. Bidang ini melibatkan semua pergerakan anggota seperti bercakap,
menulis,makan,melompat, membaling, menangkap, berlari, berjalan, memandu dan
sebagainya. Ia penting dari segi pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Oleh
itu, kebolehan psikomotor atau kemahiran atau kemahiran seperti pengajaran pelajaran
teknikal, pertukangan, pertanian dan lain-lain mestilah diutamakan terutama sekali bagi
pelajar yang kurang cenderung dalam bidang akademik. Domain ini mempunyai lima aras
iaitu:
Domain Psikomotor

Menyebatikan apa yang telah


5) NATURALISASI dipelajari

4) ARTIKULASI Melaksanakan tugas dengan


cekap

3) KETELITIAN Melakukan sesuatu dengan teliti

Mengaplikasikan apa yang


2) MEMANIPULASI dipelajari

Memerhati dan meniru


1) MENIRU

Rajah 2.5 : Aras Domain Psikomotor

Domain Psikomotor Aras Meniru

Ini adalah langkah pertama dalam melakukan satu tindakan motor. Ia adalah proses
menjadikan seseorang individu itu mengetahui atau sedar tentang objek, kualiti dan
hubungan –hubungan melalui alat-alat deria.Hal ini melibatkan tiga perkara seperti yang
berikut:-

1) Rangsangan deria -
melibatkan satu atau lebih alat-alat deria seperti
pendengaran,penglihatan, sentuhan, rasa dan kinestetik.
2) Pemilihan tanda saran – memutuskan apakah tanda saran yang harus dipilih untuk
memenuhi keperluan pelaksanaan tugas. Ini melibatkan
pengecaman tanda saran dan menghubungkannya dengan
tugas-tugas yang akan dilaksanakan.
3) Terjemahan - Ia bermaksud menghubungkan persepsi kepada tindakan
dalam melaksanakan satu tindakan motor. Ia merupakan
proses mental bagi menentukan makna saran yang
diterimauntuk tindakan. Ia juga melibatkan terjemahan yang
simbolik, iaitu mempunyai satu bayangan atau satu idea,
sebagai kesimpulan daripada tanda saran yang diterima.
Contoh penulisan hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran,pelajar dapat memerhati hubungan sesuatu maklumbalas
melalui alat-alat deria.

Domain Psikomotor Aras Memanipulasi

Ia adalah satu kesediaan untuk sesuatu jenis aksi atau pengalaman.

1) Set Mental kesediaan untuk melaksanakan satu tindakan motor yang


tertentu. Ia melibatkan aras persepsi dan kategori yang lain.
Diskriminasi, iaitu menggunakan pertimbangan dalam
membuat perbezaan adalah satu aspek.
2) Set Fizikal Kesediaan menjadikan penyesuaian anatomis penting untuk
tindakan motor dilaksanakan. Kesediaan dalam pengertian
fizikal melibatkan set penerima, iaitu penyertaan deria.
3) Set Emosional Kesediaan dipandang dari segi sikap, sesuai untuk tindakan
berlaku. Kerelaan untuk bertindak balas seperti yang telah
dinyatakan.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat melaksanakan satu tindakan motor dengan
menggunakan kesediaan aksi atau pengalaman sedia ada.

Domain Psikomotor Aras Ketelitian

Ini adalah satu langkah permulaan dalam membentuk kemahiran. Di sini ditekankan kepada
keupayaan yang merupakan komponen kemahiran yang lebih kompleks sifatnya. Tindak
balas terbimbing adalah tindakan perlakuan seseorang individu yang nyata bawah
bimbingan secara tenaga pengajar. Tindakan itu adalah kesediaan dari segi bagi
menghasilkan pemilihan terhadap tindak balas yang dilakukan mengikut keperluan
pelaksanaan tugas.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat memilih tindak balas daripada pelbagai
perlakuan, mungkin melalui pengaruh hadiah atau hukuman.

Domain Psikomotor ArasArtikulasi

Tindak balas yang telah dipelajari menjadi habitat. Pada peringkat ini, pelajar telah mencapai
satu keyakinan dan satu kadar kemahiran dalam melakukan sesuatu tindakan itu. Tindak
balas itu mungkin lebih kompleks daripada peringkat permulaan. Ia melibatkan beberapa
bentuk tindak balas dalam melaksanakan tugas itu. Kebolehan-kebolehan digabungkan
untuk mendapatkan kemahiran itu.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan
kebolehan dan kemahiran sedia ada.
Domain Psikomotor Aras Naturalisasi

Pada peringkat ini, seseorang individu itu boleh melakukan satu tindakan motor yang
dianggap kompleks. Ini adalah kerana bentuk gerakannya yang rumit. Pada peringkat ini,
satu kadar kemahiran yang tinggi telah pun dicapai. Tindakan itu boleh dijalan dengan licin
dan berkesan. Ini menggunakan kuasa dan tenaga yang minimum.

Contoh penulisan hasil pembelajaran:


Pada akhir pengajaran,pelajar dapat melakukan sesuatu tindakan tanpa ragu-ragu
untuk mendapatkan satu gambaran rangkaian tugas.

PERHUBUNGAN BIDANG KOGNITIF, AFEKTIF DAN PSIKOMOTOR

Ketiga-tiga bidang pengetahuan ini kelihatan seolah-olah begitu tersendiri sifatnya.


Kesemuanya dapat digunakan untuk menganalisis dan merancang pengajian khususnya
penyediaan objektif tingkah laku dan ringkasan mengajar. Dalam keadaan pengajaran –
pembelajaran semula jadi, pembahagian bidang pengetahuan atau objektif seperti ini
selalunya tidak wujud. Ambil sahaja contoh kebolehan menunggang basikal, secara kasar
kebolehan ini adalah dalam bidang psikomotor. Walaupun begitu, seseorang itu tidak boleh
menunggang basikal sekiranya dia tidak berminat langsung menunggangnya. Minat ialah
bidang afektif. Kiranya dia berminat, sedikit sebanyak dia perlu juga mengetahui tentang
basikal yang hendak ditunggangnya itu. Misalnya, tempat duduk, tempat pijak kaki,tempat
pemegang dan sebagainya. Ini ialah bidang kognitif. Kesimpulannya, dalam sesuatu sesi
pembelajaran di bilik darjah, ketiga-tiga domain ini hendaklah digabungkan untuk
menghasilkan satu bentuk pembelajaran yang sempurna.

You might also like